i persepsi guru-guru teknikal sekolah menengah …€¦ · i persepsi guru-guru teknikal sekolah...
TRANSCRIPT
i
PERSEPSI GURU-GURU TEKNIKAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI
NEGERI KELANTAN TERHADAP MASALAH-MASALAH PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM MATAPELAJARAN TEKNIKAL (PKA, PKE, PKM
DAN LK)
NAJAYATI BINTI MOHAMED ZAKI
Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………….
Nama Penulis : NAJAYATI BINTI MOHAMED ZAKI
Tarikh : …………………………………….
iii
DEDIKASIDEDIKASI
Segala Puji bagi Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani kerana
melimpahkan nikmat dan rahmat yang tidak terhingga terhadap hambaNya yang
lemah ini.
Buatmu Ayahanda dan bonda,
Yang dikasihi dan disayangi,
Mohamed Zaki dan Wan Azmiah,
Yang sentiasa mendoakan kejayaanku dan,
Sesungguhnya kalian terlalu istimewa,
Ketabahan dan kesabaranmu amat kukagumi.
Buat Adinda dan Kekandaku yang dirindui,
Filzah Zahilah, Mohd Zakwan, Mohd Zharfan, Mohd Zahran, Nurul Hanani dan
Nurathirah.
Kemesraan, keakraban antara kita
Moga akan berkekalan.
Hingga ke akhr hayat.
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi dengan berkat limpah dan kurniaNya dapat saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan
penghargaan yang tak terhingga kepada penyelia projek iaitu Encik Azlan Abd. Latib
diatas segala sumbangan, tunjukajar dan saranan-saranan yang bernas serta kesudian
beliau meluangkan banyak masa untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan
sepanjang tempoh projek ini dibuat.
Tidak lupa juga kepada guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik di
Negeri Kelantan selaku responden kajian ini. Setinggi penghargaan juga diberikan
kepada ibubapa yang telah banyak berkorban tanpa mengenal erti jemu untuk kejayaan
saya. Juga buat adik-beradik yang dikasihi, terima kasih atas drongan anda.
Akhir sekali jutaan terima kasih buat rakan seperjuangan yang telah memberikan
sokongan sama ada secara lengsung atau tidak sehingga projek ini siap. Semoga Allah
memberkati kalian semua. Amin
v
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi guru-guru
teknikal di 5 (lima) buah sekolah menengah teknik di Negeri Kelantan terhadap masalah
pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran teknikal khususnya Pengajian
Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal dan Lukisan Kejuruteraan. Seramai 65 orang guru yang merupakan populasi
kajian ini telah dipilih sebagai sampel kajian. Responden adalah terdiri daripada guru-
guru yang mengajar matapelajaran teknikal di 5 (lima) buah sekolah menengah teknik di
Negeri Kelantan. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang merangkumi latar
belakang responden dan persoalan kajian. Aspek-aspek persoalan kajian yang ingin
dikaji merangkumi penguasaan kurikulum dan pengetahuan guru, kemahiran guru(teori
dan amali), kaedah pengajaran guru, kemudahan fizikal dan minat pelajar dirangkumkan
dalam item soal selidik bagi mencapai objektif kajian. Data-data mentah ini dianalisis
dengan menggunakan SPSS Window Versi 11.0 dan dikemukakan dalam bentuk
frekuensi, min dan peratusan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan
bahawa masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru teknikal
adalah rendah namun begitu dari segi aspek kemudahan fizikal dan minat pelajar masih
lagi ditahap yang sederhana.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to study on technical teachers perception of
teaching and learning problems in technical subject at 5 (five) technique school in
Negeri Kelantan especially in Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan
Elektrik, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal and Lukisan Kejuruteraan. The total of 65
teachers who was the population of this study were picked as samples. Respondent
comprised teachers who teach technical subjects at 5 (five) technique school in Negeri
Kelantan. Five aspect covered in this research were curriculum mastery and teachers
knowledge, teachers skill (theory and practice), teaching method, school facilities and
student interest. The raw data were gathered and analyzed using SPSS for Window
Version 11.0. The finding results were presented in the form of frequency, percentage
and mean. Overall, the analysis compiled showed that the problems facing by technical
teachers in teaching and learning were still at lower level but in school facilities and
student interest aspect were in medium level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang masalah 1
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Terminologi 9
1.8.1 Persepsi 9
1.8.2 Guru Teknikal 10
viii
1.8.3 Masalah 10
1.8.4 Pengajaran 11
1.8.5 Pembelajaran 11
1.8.6 Matapelajaran Teknikal 12
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kajian Mengenai Masalah Pengajaran dan 13
Pembelajaran
2.3 Kajian Mengenai Penguasaan Kurikulum dan 15
Pengetahuan Guru
2.4 Kajian Mengenai Kemahiran (Teori dan Amali) 18
2.5 Kajian Mengenai Kaedah Pengajaran Guru Yang 19
Berkesan
2.6 Kajian Mengenai Kemudahan Fizikal 24
2.7 Kajian Mengenai Minat Pelajar 27
2.8 Kajian-kajian Lepas 31
2.9 Kaedah Penyelidikan 32
2.9.1 Soal Selidik 32
2.9.2 Sampel dan Populasi 33
2.9.3 Keperluan Mendapatkan Sampel Yang Baik 33
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Tempat Kajian 35
3.4 Populasi Kajian 35
3.5 Instrumen kajian 36
3.6 Kandungan Soal Selidik 37
3.7 Kajian Rintis 38
ix
3.8 Prosedur Mengumpul Data Kajian 38
3.9 Analisis Data 39
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 43
4.2.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden 43
Mengikut Jantina
4.2.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden 44
Mengikut Kelulusan Akademik
4.2.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden 45
Mengikut Matapelajaran Yang Diajar
4.2.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden 46
Mengikut Pengalaman Mengajar
4.2.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden 47
Mengikut Pengalaman Mengajar
Matapelajaran Teknikal
4.2.6 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden 47
Yang Pernah Mengikuti Kursus dan
Tidak Pernah
4.3 Analisis Data Bahagian B 48
4.3.1 Penguasaan Kurikulum dan Pengetahuan 49
Guru
4.3.2 Kemahiran Guru (Teori dan Amali) 52
4.3.3 Kaedah Pengajaran Guru 55
4.3.4 Kemudahan Fizikal 58
4.3.5 Minat Pelajar 61
4.4 Rumusan Analisis Data 63
x
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan 65
5.3 Perbincangan 68
5.3.1 Penguasaan Kurikulum dan Pengetahuan 69
Guru
5.3.2 Kemahiran Guru (Teori dan Amali) 71
5.3.3 Kaedah Pengajaran Guru 72
5.3.4 Kemudahan Fizikal 74
5.3.5 Minat Pelajar 76
5.4 Cadangan 77
5.4.1 Pihak guru-guru Teknikal 78
5.4.1.1 Penguasaan Kur ikulum dan 78
Pengetahuan Guru
5.4.1.2 Kemahiran Guru (Teori dan Amali) 78
5.4.1.3 Kaedah Pengajaran Guru 78
5.4.1.4 Kemudahan Fizikal 79
5.4.1.5 Minat Pelajar 79
5.4.2 Pihak Sekolah 80
5.5.3 Pihak Kementerian Pendidikan Malayisa 80
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81
5.6 Penutup 82
BIBLIOGRAFI 83
LAMPIRAN 90
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Populasi Kajian Mengikut Jenis Matapelajaran Teknikal 35
3.2 Populasi Kajian Mengikut Sekolah-Sekolah 36
3.3 Taburan Item-item Mengikut Aspek Kajian 37
3.4 Tahap Bagi Setiap Nilai Min 40
4.1 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 43
4.2 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kelulusan 44
Akademik
4.3 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Matapelajaran 45
yang Diajar
4.4 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman 46
Mengajar
4.5 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman 47
Mengajar Matapelajaran Teknikal
4.6 Kekerapan dan Peratusan Responden yang Pernah Mengikuti 47
Kursus dan Tidak Pernah Mengikuti Kursus
4.7 Analisis Data Bagi Penguasaan Kurikulum dan Pengetahuan 49
Guru
4.8 Analisis Data Bagi Kemahiran Guru (Teori dan Amali) 52
4.9 Analisis Data Bagi Kaedah pengajaran Guru 55
4.10 Analisis Data Bagi Kemudahan Fizikal 58
4.11 Analisis Data Bagi Minat Pelajar 61
4.12 Rumusan Analisis Persoalan Kajian 63
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Akuan Pelajar 90
B Borang Soal Selidik 91
C Analisis Kebolehpercayaan Item 97
Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Teknologi merupakan kunci kepada manusia bagi mencapai taraf negara maju
mengikut acuan sendiri seperti yang diimpikan dalam Wawasan 2020. Negara perlu
membuat pelaburan dalam usaha meningkatkan sumber manusia yang berkualiti yang
akan menjadi pendukung utama untuk merealisasikan cita-cita Malaysia, sebuah negara
maju yang mampu bukan sahaja mengguna tetapi juga mencipta, mengembang dan
mengeksport teknologi. Sehubungan itu, para pendidik di bidang teknikal dan
vokasional hendaklah memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk
program-program yang sejajar dengan perkembangan teknologi tersebut (Abd. Aziz
Mastam, 1998).
Noran Fauziah Yaakub (1993) pula mengatakan bahawa seorang guru
perlu memahami, menjiwai dan melaksanakan Dasar Pendidikan Negara.
Berdasarkan perkembangan semasa, seorang guru hendaklah sentiasa
menjadikan falsafah dan matlamat pendidikan negara / sekolah serta wawasan
2020 dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana
pihak-pihak yang berkaitan sering sahaja mengaitkan produk (pelajar) yang
2
dihasilkan oleh sesebuah sekolah dengan falsafah dan matlamat yang telah
digariskan.
Pelbagai usaha kerajaan dilakukan untuk menambahkan sumber tenaga manusia
yang terlatih didalam pelbagai bidang dengan wujudnya rangkaian penubuhan sekolah-
sekolah latihan kemahiran seperti sekolah menengah teknik, politeknik dan universiti
yang menawarkan pelbagai bidang latihan berasaskan teknologi.
Pada awal penstrukturan pendidikan teknik dan vokasional (PTV) pada tahun
1964, ianya adalah bertujuan memperkembangkan pendidikan teknik dan vokasional
serta kemahiran kepada pelajar-pelajar yang bakal memasuki bidang pekerjaan, di
samping menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan tenaga mahir bagi memajukan
bidang ekonomi dan perindustrian berasaskan pengetahuan teknik dan vokasional.
(Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979).
Latihan kemahiran yang disalurkan melalui bidang teknik dan vokasional dari
peringkat rendah hingga ke peringkat lebih tinggi adalah sejajar dengan hasrat kerajaan
untuk melahirkan generasi yang berkemahiran sama ada mahir atau separa mahir untuk
pasaran sumber tenaga manusia dan negara.
Sehubungan dengan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah
dilancarkan diseluruh negara pada tahun 1989. Dalam program KBSM ini,
matapelajaran teknikal seperti Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Pengajian
Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik, dan Pengajian Kejuruteraan
Jentera telah menjadi sebahagian matapelajaran elektif baru dalam kumpulan II
(vokasional dan teknologi) bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 (empat) dan 5 (lima).
3
1.2 Latar belakang Masalah
Memandangkan negara kini memerlukan ramai pakar dalam bidang kejuruteraan
maka Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan sekolah vokasional.
Berikutan dengan pengstrukturan semula sekolah-sekolah vokasional seluruh negara
pada tahun 1995, semua sekolah vokasional telah distrukturkan kepada sekolah
menengah teknik dalam 3 (tiga) fasa, seterusnya memperkenalkan matapelajaran
teknikal seperti Pengajian Kejuruteraan (Awam, Elektrik dan Jentera) dan Lukisan
Kejuruteraan.
Matapelajaran teknikal adalah amat penting dalam era sains dan teknologi kerana
matapelajaran ini memberi pengetahuan dan mendedahkan kepada pelajar dalam bidang
kejuruteraan dan perindustrian. Justeru, guru-guru teknikal memainkan peranan penting
dalam memastikan pelajar-pelajar diberikan pengetahuan dan pendedahan secukupnya
selain minat pelajar itu sendiri.
Analisis peperiksaan SPM dan SPMV 1995 yang telah dikeluarkan oleh
Bahagian Pengurusan Teknik dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal pada 8 April
1996 pula menyatakan bahawa pencapaian kumpulan pertama yang menduduki SPM
bagi kesemua matapelajaran Pengajian Kejuruteraan (Elektrik, Awam, Jentera) adalah
tidak begitu memuaskan (Laporan Perkembangan Sukatan Matapelajaran PKE, PKA
dan PKM, 1996). Pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pengajian Kejuruteraan
(Awam, Elektrik dan Jentera) yang tidak begitu cemerlang menunjukkan terdapat
masalah-masalah yang wujud dalam pelaksanaan matapelajaran ini, khususnya masalah
yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru-guru teknikal yang mengajar matapelajaran teknikal mungkin mempunyai
masalah dalam pengajaran di mana mungkin guru tidak menguasai sepenuhnya
kurikulum matapelajaran teknikal tersebut. Dalam analisa mengenai faktor penyampaian
guru dalam mempengaruh minat pelajar terhadap matapelajaran Teori Teknologi
4
menunjukkan bahawa sebanyak 45% responden setuju bahawa penyampaian guru adalah
sukar difahami dan kurang jelas dan 28.7% tidak pasti (Zainol Daud, 1999).
Kajian mengenai masalah pembelajaran dalam matapelajaran Teknologi
Kejuruteraan yang dijalankan oleh Nazaruddin Komari (2001) dalam dapatan kajian
beliau menyatakan bahawa keadaan dan kelengkapan bengkel Teknologi Kejuruteraan
didapati tidak cukup lengkap. Selain itu, pelajar-pelajar juga menghadapi masalah untuk
mendapatkan bahan-bahan rujukan bersesuaian dengan matapelajaran Teknologi
Kejuruteraan dan didapati sebahagian besar pelajar sekolah berkenaan merasa bosan
ketika belajar matapelajaran ini kerana guru sekolah tidak selalu menggunakan Alat
Bantu Mengajar (ABM) semasa pengajaran. Selain itu, Abdullah Mohd Noor (1994),
dalam kajiannya turut mendapati guru menghadapi masalah dalam pengajaran dan
penggunaan ABM. ABM adalah berguna dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi
guru harus membantu pelajar membuat refleksi pada aktiviti mereka.
Matapelajaran teknikal merupakan matapelajaran bercorak teori dan ama li jadi
adalah penting proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan bukan sahaja dalam bilik
darjah tetapi dalam bengkel / ruang kelas yang mempunyai kemudahan fizikal yang
lengkap. Tanpa kemudahan bengkel yang lengkap, proses pengajaran dan pembelajaran
tidak akan dapat dijalankan dengan baik. Selain itu, kemahiran guru mengajar
matapelajaran teknikal turut dipersoalkan. Kebanyakan guru teknikal lebih banyak
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara teori berbanding amali
mungkin disebabkan guru tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk
mengendalikan amali dan sekadar menyampaikan maklumat secara teori.
Pembelajaran hanya berlaku pada aras pengetahuan mengikut Taksonomi Bloom
dan tidak mencapai aras aplikasi. Menurut Abdullah Junas (1989), aplikasi boleh
didefinisikan sebagai penggunaan pengabstrakan di dalam situasi-situasi yang khusus
dan konkrit tidak kira sama ada dalam bentuk idea-idea umum, aturan-aturan prosedur
atau kaedah-kaedah yang menyeluruh. Pelajar mengaplikasikan istilah- istilah saintifik
atau konsep-konsep yang telah dipelajari untuk fenomena atau situasi baru dengan
5
berdasarkan pengetahuan dan kefahaman sedia ada. Kaedah pengajaran yang kurang
sesuai dan tidak dipelbagaikan dan hanya berpusatkan guru akan menyebabkan pelajar
lekas bosan serta kurang memahami apa yang hendak disampaikan oleh guru. Oleh itu,
guru harus memilih kaedah pengajaran yang baik agar proses pembelajaran dijalankan
dengan berkesan.
Dari segi masalah pembelajaran pula, masalah yang timbul mungkin daripada
minat pelajar. Minat merupakan salah satu faktor penting bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Zainal Abas (1996),
menunjukkan bahawa tidak semua pelajar yang masuk ke sekolah menengah teknik
mempunyai minat terhadap bidang yang diambil sebaliknya adalah disebabkan faktor-
faktor lain seperti desakan keluarga atau tidak mempunyai pilihan lain.
Pelajar mempunyai minat yang semulajadi dan kecenderungan terhadap sesuatu
matapelajaran tetapi pada masa yang sama pelajar tersebut tidak akan berminat pada
matapelajaran yang lain. Oleh itu, pelajar yang kurang minat dalam matapelajaran
teknikal akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Abu Zahari Abu Bakar (1987), minat dan kecenderungan seseorang terhadap
sesuatu perkara memberikan pengaruh yang penting kepada pencapaian
pembelajarannya. Mereka yang berminat biasanya akan menunjukkan pencapaian yang
tinggi berbanding mereka yang kurang berminat. Namun sekiranya terjadi perkara
sebaliknya apa yang berlaku adalah amat sukar bagi pelajar itu untuk memahami dan
menguasai sesuatu dengan baik dan berkesan apatah lagi terhadap matapelajaran
teknikal yang merupakan matapelajaran yang menggabungkan pembelajaran secara teori
dan amali.
Faktor-faktor yang dinyatakan di atas adalah saling berkaitan di antara satu sama
lain. Faktor minat boleh dikaitkan dengan kemudahan fizikal dan alat bantu mengajar di
mana sekiranya sekolah itu tidak mempunyai kelengkapan dan kemudahan yang baik
untuk belajar, maka minat pelajar terhadap matapelajaran tidak akan timbul. Apabila
pelajar tidak berminat dengan matapelajaran yang diajar oleh guru, ia menunjukkan guru
6
tersebut menghadapi masalah dalam pengajarannya. Ini mungkin disebabkan kurang
kemahiran dan penggunaan kaedah mengajar yang tidak sesuai. Ia juga mungkin
disebabkan guru tidak menguasai sepenuhnya kurikulum matapelajaran yang diajar.
Faktor-faktor inilah yang mungkin menyebabkan kemerosotan prestasi matapelajaran
teknikal dalam peperiksaan SPM.
Berdasarkan faktor- faktor yang menyebabkan kemerosotan matapelajaran
teknikal dalam peperiksaan SPM seperti yang dinyatakan di atas, maka penyelidik
merasakan perlu mengadakan satu kajian bagi melihat persepsi guru-guru teknikal
khususnya guru PKA, PKE, PKM dan LK terhadap masalah-masalah dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam matapelajaran teknikal.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi guru-guru teknikal terhadap
masalah-masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran
teknikal di sekolah menengah teknik di seluruh Negeri Kelantan.
1.4 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang dibuat oleh pengkaji adalah seperti yang berikut :
i. Apakah guru telah menguasai kurikulum dan mempunyai pengetahuan yang luas
dalam matapelajaran teknikal yang diajar?
ii. Apakah guru mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengajar matapelajaran
teknikal dari segi teori dan amali?
7
iii. Apakah guru menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran yang berkesan dalam
matapelajaran teknikal yang diajar?
iv. Apakah kemudahan fizikal di sekolah untuk proses pengajaran dan pembelajaran
disediakan dengan sempurna?
v. Apakah pelajar berminat terhadap matapelajaran teknikal?
1.5 Objektif Kajian
Dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji dan mengesan masalah pengajaran
dan pembelajaran oleh pelajar dan guru dalam matapelajaran teknikal mengikut persepsi
guru iaitu daripada aspek seperti yang berikut :
i. Mengenalpasti penguasaan pengetahuan dan kurikulum matapelajaran teknikal
yang diajar oleh guru-guru teknikal.
ii. Mengenalpasti tahap kemahiran guru-guru matapelajaran teknikal dari segi teori
dan amali
iii. Melihat keberkesanan pendekatan pengajaran yang digunakan guru dalam
penyampaian isi matapelajaran teknikal.
iv. Meninjau sama ada kemudahan fizikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran
disediakan dengan sempurna.
v. Melihat minat pelajar terhadap matapelajaran teknikal mengikut persepsi guru.