hukum pembatalan hibah dari perspektif al...
TRANSCRIPT
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
732
HUKUM PEMBATALAN HIBAH DARI PERSPEKTIF AL-SYAFI’I MENERUSI
KARYANYA AL-UMM: SATU ANALISIS
NOOR SYAHIDA ABDUL RAHMAN
PROF. DR. MOHAMAD SABRI HARON
DR. MOHD MUSA SARIP
AZIZAH MAT RASHID
ABSTRAK
Pembatalan hibah (al-ruju’ fi al-hibah atau revocation of hibah) merujuk kepada tindakan penghibah menarik
balik pemberiannya daripada penerima hibah sebelum atau selepas berlakunya pindah milikan (qabd). Artikel
ini akan mengetengahkan pemikiran Imam al-Syafi’i dalam isu pembatalan hibah sebagaimana yang terdapat
di dalam karyanya al-Umm. Imam al-Syafi’i merupakan seorang tokoh pemikiran Islam yang tersohor dan
terkemuka dalam sejarah Islam. Kitabnya al-Umm adalah antara karya Imam al-Syafi’i yang mengandungi
hampir ke semua topik perbincangan utama dalam bidang fiqh termasuklah dalam fiqh al-mu‘amalat.
Metodologi yang digunakan ialah kajian perpustakaan (library research) dan analisis kandungan (content
analysis). Dapatan kajian ini secara deskriptif mendapati Kekuatan yang ada pada pandangan Imam al-
Syafi’i dalam karya al-Umm menerusi perbincangan tajuk pembatalan hibah ini adalah berpaksikan kepada
hadis yang menjadi rujukan istinbatnya dalam pengambilan hukum. Penulisan beliau mengenai konsep
pembatalan hibah khasnya dan karya al-Umm amnya adalah masih lagi relevan dan praktikal serta mampu
menjadi asas yag kukuh dalam memenuhi keperluan umat Islam. Daripada hasil analisis didapati pemberi
hibah berhak membatalkan hibahnya sekiranya tidak berlaku qabd kecuali pemberian bapa kepada anak.
Oleh itu, qabd merupakan syarat yang sempurna dan berkuat kuasanya hibah dan ia menentukan hak
penarikan balik atau pembatalan hibah oleh pemberi hibah.
Kata Kunci: Imam al-Syafi’i, al-Umm, Hibah.
1.0 PENDAHULUAN
Artikel ini akan menganalisis sumbangan pemikiran Imam al-Syafi’i dalam muamalah dengan
tumpuan pada akad hibah sebagaimana yang terdapat di dalam Kitabnya al-Umm. Imam al-
Syafi’i adalah seorang Ulama Fiqh yang tersohor dan terkemuka dalam sejarah Islam. Kelahiran
di Ghazzah, Palestin tahun 150H/767M dan wafat pada tahun 204H/819M di Mesir ketika
berusia 54 tahun. Karya al-Umm hasil buah fikiran beliau ini merupakan antara kitab fiqh utama
yang begitu bernilai dalam pengajian Islam. Analisis pemikiran beliau ini akan tertumpu kepada
penulisan muamalahnya dalam kitab tersebut yang diterbitkan oleh Dar al-Wafa’ Mansurah
Mesir pada tahun 1422H./2001M dan dirujuk secara khusus pada kitab al-Hibah dan kitab
Ikhtilaf al-‘iraqiyyin daripada halaman 259 hingga ke halaman 263 dalam Jilid 8. Penulis
1058
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
733
mengetengahkan pemikiran Imam al-Syafi’i berkaitan pembatalan hibah dalam silah zawjiyyah
(hubungan perkahwinan), dalam isu marad al-mawt al-wahib (kematin penghibah), penarikan
balik hibah bapa kepada anak dan hukum pembatalan hibah menurut fuqaha.
Analisis terhadap pemikiran Imam al-Syafi’i dalam akad hibah adalah amat penting
kerana walaupun beliau berada di abad ke 3H./9M, tetapi pemikiran dan penyelesaiannya
terhadap persoalan hibah adalah penting dalam amalan semasa terutamanya kepada Umat Islam
di Malaysia pada milenium ke 3 ini.
2.0 BIOGRAFI RINGKAS IMAM AL-SYAFI’I
Secara ringkasnya nama Imam al-Syafi’i ialah Muhammad bin Idris bin al-`Abbas bin ‘Uthman
bin Syafi'i bin al-Sa’ib bin ‘Ubayd bin ‘Abd Yazid bin Hasyim bin al-Muttalib bin ‘Abd al-
Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay al-Qurasyi al-Muttallabi al-Syafi’i
al-Makki1. Beliau memiliki pertalian nasab dengan Rasulullah SAW melalui ‘Abdul Manaf Bin
Qusay. Menurut riwayat Imam al-Bayhaqi, Imam al-Shafi’i dilahirkan di Ghazzah, Palestin
tahun 150H/767M dan wafat pada bulan Rajab tahun 204H/819M di Mesir ketika berusia 54
tahun2. Imam al-Syafi’i hidup pada zaman khalifah Harun al-Rasyid, al-Amin dan al-Makmun
dari dinasti ‘Abbasiyyah3. Menurut al-Suyuti (t.t) Imam al-Syafi’ adalah dikenali sebagai
mujtahid mutlaq mustaqil.4 Imam al-Syafi’i adalah ahli fiqh Islam yang terkemuka dalam sejarah
Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafi’i, salah satu daripada mazhab Islam yang
banyak diikuti oleh penganut agama Islam. Beliau adalah salah seorang ulama yang pandangan
fiqhnya menjadi rujukan utama majoriti umat Islam. Karya-karya penulisan Imam Syafi’i dalam
1 Al-Daqr, ‘Abd al-Ghani. 2005. Al-Imam al-Syafi’i Faqih al-Sunnah al-Akbar. Damsyiq: Dar al-Qalam. ‘Abd al-
Mu’ti, Faruq. 1992. ‘A’lam al-Fuqaha wa al-Muhaddithin al-Imam al-Syafi’i. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Lihat: Tabaqat al-Mufassirin li al-Dawudi 3/98. Jamharah Ansab al-‘Arab li Ibn Hazm 73. 2 Al-Baihaqi. Manaqib al-Syafi’i. tahqiq Ahmad Saqar, al-Qahirah: Dar al-Turas, .t.t.
3 Abdul Karim, M.Ag. 2012. Pola Pemikiran Imam Syafi’i dalam Menetapkan Hukum Islam. Jurnal Adabiyyah Vol
XIII (2) (2013). 4 Imam empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali dikenali sebagai mujtahid mutlaq mustaqil, hampir
boleh dikatakan tidak ada lagi mana-mana ulama yang mampu membina metode ataupun kaedah tersendiri dalam
pembinaan hukum melainkan dengan kehendak Allah SWT. Ibn Burhan dalam menjelaskan situasi tersebut
menegaskan bahawa metode mazhab dan kaedah-kaedah dalil telah diambil dari golongan terdahulu (salaf). Oleh itu
tidak harus bagi generasi kemudiannya melakukan sesuatu yang bertentangan dengannya.13 ‘Abd al-Rahman bin
Abu Bakar al-Suyuti (t.t.), al-Radd ‘ala man Akhlada ila al-Ard wa jahila an al-Ijtihad.(t.t.p.):Maktabat al-Thaqafah
al-Diniyyah, h. 39.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
734
bidang fiqh serta disiplin ilmu yang berkaitan dengannya cukup untuk menempatkannya di
barisan ulama fiqh yang terbilang hingga kini. Nama Imam al-Syafi’i merupakan satu nama
besar sebagai tokoh pemikiran Islam dan intelektual yang hebat dan dikagumi terutamanya
dalam mencetus idea dan menjana pemikiran kepada perkembangan fiqh Islam termasuk
muamalat. Melihat kepada sumbangan pemikiran Imam al-Syafi’i yang besar terhadap dunia
Islam, para sejarawan bersetuju meletakkan al-Syafi’i sebagai pengasas prinsip perundangan
Islam (The founder of the sciene of jurisprudence)5.
3.0 KITAB AL-UMM KARYA IMAM AL-SYAFI’I
Al-Umm merupakan kitab induk dalam mazhab al-Syafi’i. Ia dinamakan sedemikian kerana
boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab al-Syafi’i berasal daripada kitab ini. Kitab al-
Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar dan tiada tandingan pada masanya. Kitab ini
membahaskan pelbagai permasalahan hukum, lengkap dengan dalil-dalilnya, sama ada daripada
al-Qur’an, al-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qiyas. Isi kandungan kitab ini adalah sebagai bukti
keluasan ilmu Imam al-Syafi’i dalam bidang fiqh. Sedangkan dari sudut yang lain, ia juga
dianggap sebagai kitab hadith kerana dalil-dalil hadith yang ia kemukakan menggunakan jalur
periwayatan tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadith.
Dalam menghuraikan sesuatu bab ataupun permasalahan hukum, Imam al-Syafi‘i
kadang-kadang menggunakan metode hiwar (soal-jawab), dalam ertikata menghuraikan
pendapat pihak lain yang diadukan kepadanya sebagai pertanyaan, kemudian dibalasnya dalam
bentuk jawapan. Hal itu jelas dilihat, umpamanya ketika ia menolak penggunaan al-istihsan. Dan
dalam sesetengah kes yang lain beliau menggunakan metode bayan (eskplan) dalam ertikata
menghuraikan secara panjang lebar suatu masalah dengan memberikan penetapan hukumnya
berdasarkan prinsip-prinsip yang dianutinya tanpa ada pertanyaan. Hal seperti ini terbukti dalam
penjelasannya mengenai persoalan muamalat, munakahat dan lai-lain persoalan fiqh.
4.0 HUKUM PEMBATALAN ATAU PENARIKAN BALIK HIBAH MENURUT FUQAHA.
4.1 Penarikan Balik Hibah Sebelum Qabd
5 Esler, Anthony. 1992. The Human Venture; A word History. Prentice Hall, New Jersey (Edisi ke 3).
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
735
Fuqaha berselisih pendapat tentang hukum penarikan balik hibah sebelum qabd iaitu:
Pendapat pertama yang merupakan pendapat Mazhab Hanafi, Syafi’i, Imamiyyah, Zaiydiyyah
dan satu riwayat daripada mazhab Hanbali mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd.6
Mereka berhujah berdasarkan ijmak para sahabat Rasulullah SAW yang mengharuskan
penarikan balik hibah sebelum qabd7 dan ia dikuatkan lagi dengan hujah-hujah yang telah
dikemukakan dalam masalah keperluan qabd dalam akad hibah.
Pendapat kedua pula merupakan pendapat Mazhab Maliki dan Zahiri tidak mengharuskan
penarikan balik hibah sebelum qabd. Mereka berhujah berdasarkan firman Allah SWT :
Terjemahan:
“Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjianperjanjian...”
(Surah al-Maidah, ayat 1)
Akad hibah berkuat kuasa dengan lafaz ijab dan qabul dari pemberi dan penerima sehingga
memberi kesan kewajipan menunaikan janji yang telah diakad tanpa perlu kepada qabd. Mereka
juga berhujah dengan logik akal dengan mengatakan bahawa akad hibah adalah seperti akad-
akad lain yang tidak perlu kepada qabd sebagai syarat sah sesuatu akad.8
Dan Pendapat ketiga merupakan pendapat Mazhab Hanbali daripada riwayat yang lain
mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd sekiranya barang yang dihibahkan itu
berbentuk barang yang disukat atau ditimbang. Namun sekiranya barang yang dihibah itu tidak
6 Hasan Muhammad Buda. 2004. Mawani’ al-Ruju’ fi al-Hibah fi al-Fiqh al-Islamiy wa al-Qanun al-Wad’i.
Iskandariyyah: Dar al-Jami’ah al-Jadidah li al-Nasyr. 7 Ibn Qudāmah, ‘Abd Allah bin Ahmad. t.th. al-Mughni. Juz. 6. Beirut: Dār al-Kitāb al-’Arabi.
8 Hasan 2004, hlm 72. Noor Lizza Binti Mohamed Said, Mohd Ridzuan Bin Awang & Amir Husin Bin Mohd Nor.
Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
736
boleh disukat atau ditimbang, tidak harus menarik balik hibah tersebut sebelum berlakunya
qabd.9
4.2 Penarikan Balik Hibah Selepas Qabd
Penarikan balik hibah yang telah sempurna dengan qabd oleh penerima hibah selain dari hibah
seorang bapa kepada anaknya juga telah menjadi perselisihan fuqaha tentang keharusan.
Perselisihan tersebut terbahagi kepada tiga pendapat iaitu:
Pendapat pertama yang merupakan pendapat mazhab Syafi’i10
, Hanbali, Abu Thawri, Ibn
Hazm, Daud al-Zahiry dan sahabatsahabatnya. Mereka berpendapat bahawa hibah yang telah
sempurna11
tidak harus bagi pemberi hibah menarik balik hibahnya.3812
Mereka berhujah dengan
dalil-dalil berikut:
i. Firman Allah SWT :
...
Terjemahan: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-
perjanjian ...”
(Surah al-Maidah : 1)
Hibah merupakan akad yang wajib ditunaikan dan tidak harus ditarik balik.
ii. Sabda Rasulullah SAW:
...
Maksud: Orang yang menarik balik hibahnya seperti anjing yang muntah kemudian memakan
muntahnya kembali.
9 Ibid.
10 Al-Syafi’i, Muhammad Bin Idris. 2001. al-Umm. Mansurah Mesir: Dar al-Wafa’. J uz 8, hlm 263. 11 Hibah yang sempurna menurut mazhab Syafi’i dan Hanbali ialah barang yang dihibah telah diterima oleh
penerima hibah (qabd) dan menjadi miliknya. Manakala menurut mazhab Zahiri, hibah dikira sempurna dengan
sempurnanya akad. 12
Ibn Qudamah t.t., hlm 290.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
737
iii. Sabda Rasulullah SAW lagi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Umar:
Maksud:
Tidak halal bagi seseorang yang memberi hibah menarik balik hibahnya kecuali hibah bapa
kepada anaknya. (Al-Qazwini t.th.: 2:295)
Rasulullah SAW menyamakan penarikan balik hibah dengan satu gambaran yang teruk yang di
luar tabiat semula jadi manusia yang baik iaitu gambaran seperti anjing yang menelan semula
muntahnya.
Pendapat kedua pula merupakan pendapat mazhab Hanafi, Imamiyyah dan Zaydiyyah
13bahawa sekiranya hibah itu diberikan kepada ajnabi
14dan telah sempurna pemberian hibah
dengan qabd oleh penerima hibah, maka tidak terhalang pemberi hibah daripada menarik balik
hibah yang telah diberikan kecuali jika terdapat salah satu daripada perkara yang menghalang
penarikan balik hibah.15
Sungguhpun begitu, menurut fuqaha mazhab Hanafi ia makruh dan tidak
digalakkan.16
Pendapat ketiga merupakan pendapat al-Nakhaie, al-Thawri dan Ishak bahawa hibah boleh
ditarik balik sekiranya diberikan kepada selain dari kaum kerabat dan hibah yang tiada syarat
13
Hasan 2004, hlm 73. 14
Sesiapa yang bukan tergolong daripada kaum kerabat yang menjadi
mahram kepada pemberi hibah 15
Muhammad Husni 1994, hlm 100. 16
Al-Qadiri 1997, 7 hlm 494.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
738
balasan walaupun telah sempurna penyerahan hibah tersebut.17
Mereka berhujah dengan athar
saidina Umar:
,
Maksud:
Sesiapa yang memberi hibah kepada seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengannya adalah harus, dan sesiapa yang memberi hibah kepada selain daripada yang
mempunyai hubungan keluarga dengannya dia lebih berhak ke atas hibah tersebut kerana tidak
mendapat apa-apa ganjaran daripadanya.18
Berdasarkan athar di atas, tidak harus menarik balik pemberian hibah kepada seseorang yang
mempunyai hubungan kekeluargaan sama ada boleh dikahwini atau pun tidak dengan tidak
mengkhususkan kepada keluarga yang boleh dikahwini sahaja seperti pendapat mazhab Hanafi.
5.0 PANDANGAN IMAM AL-SYAFI’I TENTANG PEMBATALAN HIBAH
Di antara pandangan Imam al-Syafi’i tentang isu-isu pembatalan hibah adalah seperti berikut;
5.1 Penarikan Balik Atau Pembatalan Hibah Dalam Silah al-Zawjiyyah (Hubungan
Perkahwinan)
Dalam silah zawjiyyah apabila suami atau isteri menghibahkan sesuatu kepada pasangannya,
maka penghibah tidak diharuskan untuk meruju’ hibahnya. Asas kepada larangan ruju’ ini ialah
hibah yang dilakukan semasa tempoh perkahwinan bermaksud untuk menguatkan ikatan kasih
sayang antara suami dan isteri. Dengan demikian, keutuhan kasih sayang antara mereka dianggap
sebagai balasan kepada penghibah. Oleh itu, penghibah dihalang daripada melakukan ruju’.19
Selain itu, menurut al-Kasani dan al-Zuhaily pertalian suami isteri adalah sama dengan pertalian
17
Muhammad Husni 1994, hlm 100. 18
Ibn Qudamah t.t. hlm, 290 19 ‘Ali Haydar. tt. Durar Al-Hukkam Sharh Majallah Al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Jld. 2. hlm 408.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
739
kekeluargaan (silah al-qarabah) dari sudut suami isteri boleh mewarisi antara satu sama lain.
Oleh sebab hubungan kekeluargaan juga merupakan mawani’ (sekatan) kepada ruju’, maka
begitulah halnya dengan hubungan suami isteri.20
Dalam Mazhab Hanafi, larangan ruju’ atas dasar hubungan suami isteri ini mestilah hibah
tersebut dilakukan dalam tempoh perkahwinan. Oleh yang demikian, hibah yang dilakukan
sebelum perkahwinan boleh diruju’ selagi tidak terdapat mawani’ yang lain. Sebaliknya,
penghibah tidak berhak meruju’ pemberiannya jika perceraian berlaku selepasa hibah yang
dilakukan dalam perkahwinan tersebut. Selain demikian, Imam Abu Hanifah memberi
penekanan bahawa ruju’ juga tidak dibenarkan sekiranya isteri membuat dakwaan bahawa
hibahya kepada suami diluar kerelaannya iaitu dengan paksaan suami.21
Sebaliknya Imam al-
Syafi’i mensyaratkan semestinya untuk melaksanakan hibah adalah secara sukarela dan tiada
unsur paksaan.22
Dalam menghuraikan tentang isu ini, melalui karyanya al-Umm, Imam al-
Syafi’i menegaskan dengan kenyataan bahawa:
Maksud:
Apabila seseorang wanita menydekahkan/menghibahkan sesuatu, mahar atau hutang kepada
suaminya, kemudian dia mendakwa bahawa hibah tersebut berlaku di atas paksaan suaminya
dengan dia mengemukakan bayyinah (keterangan) yang menyatakan bahawa suami
memaksanya atas yang demikian. Kata Imam al-Syafi’i aku batalkan hibah tersebut.23
Jika dianalisis dapatlah disimpulkan bahawa pandangan Imam al-Syafi’i di atas ternyata kerelaan
pemberi hibah merupakan syarat penting kepada kesahan hibah. Pandangan Imam al-Syafi’i ini
sememangnya ada asasnya kerana sesuatu hibah itu daripada satu pihak kepada pihak yang lain
20 Al-Kasani. 2003: 8/133. 21
Al-Syafi’i, Muhammad Bin Idris. 2001. al-Umm. Mansurah Mesir: Dar al-Wafa’. J uz 8, hlm 259 22
Ibid. 23
Ibid
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
740
biarpun suami isteri yang wujud hubungan zawjiyyah tidak harus berlaku kecuali dengan
kerelaan kedua-dua pihak.
5.2 Pembatalan Hibah Dalam Isu Marad Mawt al-Wahib (Kematian Penghibah)
Dalam persoalan ini, menurut Imam al-Syafi’i apabila penghibah sakit lalu meninggal dunia, ahli
warisnya tidak diberi hak untuk meruju’ hibah tersebut daripada penerima hibah. Hal demikian
kerana hak ruju’ merupakan hak ekslusif penghibah sahaja. Oleh itu, hak tersebut tidak boleh
dipindahkan kepada ahli waris penghibah selepas kematiannya kerana ahli waris dianggap
sebagai orang luar dalam akad hibah melainkan sekiranya mawhub (harta yang dihibah) tersebut
belum dipindah milik, dalam ertikata lain tidak berlaku qabd (serahan). Imam al-Syafi’i
berpendapat bahawa qabd ialah syarat untuk menguatkuasakan akad hibah. Menurutnya, hibah
yang berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul antara penghibah dan penerima hibah belum
berkuatkuasa. Dengan demikian mawhub tersebut menjadi hak perwarisan. Dalam menghuraikan
persoalan tersebut, Imam al-Syafi’i menjelaskan pandangannya dengan menyatakan bahawa:
Maksud:
Apabila seseorang menghibahkan masa sakitnya suatu hibah, lalu belum diterima oleh penerima
hibah sesuatu yang dihibahkan sehingga penghibah meninggal, maka tidaklah bagi yang
dihibahkan itu sesuatu dan hibah tersebut bagi para waris penghibah.24
Merujuk kepada pandangan Imam al-Syafi’i ini menunjukan bahawa perlunya qabd dalam hibah
dan tidak sabit berlakunya pemilikan melainkan dengan qabd.
24
Al-Syafi’i, Muhammad Bin Idris. 2001. al-Umm. Mansurah Mesir: Dar al-Wafa’. J uz 8, hlm 263.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
741
5.3 Penarikan Balik Hibah Bapa Kepada Anak
Jumhur fuqaha daripada mazhab Maliki, Syafi’i25
, Hanbali dan Zahiri berpendapat bahawa bapa
diharuskan menarik balik hibah yang telah diberikan kepada anak26
dengan beberapa syarat
tertentu sama ada tujuan penarikan balik tersebut untuk memberi kesamarataan pemberian di
kalangan anak-anak atau tanpa tujuan tersebut.27
Namun menurut mazhab Syafi’i, sekiranya
pemberian tersebut telah diberikan secara adil antara anak-anak dan tiada apa-apa keuzuran yang
menyebabkan bapa menarik balik hibahnya seperti anak telah derhaka atau pemberian tersebut
menyumbang kepada kemaksiatan yang dilakukan oleh anak, maka hukum bapa menarik balik
hibahnya adalah makruh.28
Jumhur fuqaha mengharuskan penarikan balik hibah bersandarkan
kepada sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Umar:
Maksud:
Tidak halal bagi seseorang yang memberi pemberian atau hibah menarik balik hibahnya kecuali
hibah bapa kepada anaknya, dan diumpamakan orang yang menarik balik hibahnya seperti
anjing yang makan apabila telah kenyang dia memuntahkannya kemudian dia kembali memakan
muntahnya. (Al-Hakim 1990, 2:53)
Mazhab Hanafi, al-Thawuri dan satu riwayat lain daripada Imam Ahmad berbeza pendapat
dengan jumhur fuqaha dengan tidak mengharuskan penarikan balik hibah bapa kepada
anaknya.29
Mereka berhujah berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
25
Al-Syafi’i, Muhammad Bin Idris. 2001. al-Umm. Mansurah Mesir: Dar al-Wafa’. J uz 8, hlm 260. 26
Al-Zuhaily, Wahbah. 1997. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatih. Beirut: Dar al-Fikr. Juz 5. Hlm 4005. Al-Damiri
2004, hlm 556-557 27
Ibn Qudamah t.t hlm 252; Inas 1993, hlm 90-91 28
Inas 1993, hlm 92 29 Ibn Qudamah t.t. hlm 270.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
742
(Riwayat al-Bukhari)
Terjemahan:
Orang yang menarik balik hibahnya seperti anjing yang muntah kemudian memakan muntahnya
kembali.
Saidina ‘Umar pula telah berkata: “Sesiapa menghibahkan sesuatu dengan tujuan untuk
mengeratkan silaturrahim atau bertujuan untuk bersedekah maka tidak harus menarik balik
hibahnya.”30
Jumhur fuqaha telah berselisih pendapat tentang siapakah selain bapa yang dikira hukumnya
sebagai bapa yang diharuskan menarik balik hibah yang telah diberikan kepada anak:
Pendapat pertama yang merupakan pendapat Mazhab Maliki berpendapat bahawa keharusan
menarik balik hibah hanya diberikan kepada bapa sahaja31
sama ada anak tersebut lelaki ataupun
perempuan, kanak-kanak atau dewasa, kaya atau miskin dengan syarat harta yang dihibah masih
menjadi milik anak dan tidak terikat dengan hak orang lain.32
Namun ibu juga berhak menarik
balik hibah daripada anaknya yang masih mempunyai bapa tidak kira anak tersebut masih kecil
atau telah dewasa. Tetapi sekiranya anak tersebut masih kecil dan telah kematian bapa, ibu tidak
diharuskan menarik balik hibah walaupun pemberian itu sebelum kematian bapanya kerana anak
kecil yang kematian bapa dikira sebagai anak yatim yang dilarang menarik balik hibah
daripadanya seperti hukum sedekah.33
Pendapat kedua pula merupakan pendapat Mazhab Syafi’i dan Hanbali yang berpendapat
penarikan balik hibah diharuskan kepada bapa dan usulnya iaitu datuk dan nenek, begitu juga
30
Ibn Qudamah t.t. hlm 271 31
Al-Zuhayli 2007 hlm 154 32 Inas 1993, hlm 91. Noor Lizza Binti Mohamed Said et.al. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal
Muamalat Bil. 3 • 2010. 33 Hasan 2004, hlm 80. Noor Lizza Binti Mohamed Said et.al. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal
Muamalat Bil. 3 • 2010.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
743
kepada ibu dan usulnya34
walaupun berlainan agama menurut pendapat yang masyhur.
Keharusan tersebut tanpa melihat kepada kedudukan anak sama ada ia miskin atau kaya dan
sama ada ia masih kecil ataupun telah dewasa dan juga sama ada sebelum atau selepas qabd 35
.
berdasarkan sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn
Umar yang mengharuskan penarikan balik hibah daripada seorang bapa kepada anaknya.36
Keharusan datuk atau nenek menarik balik hibah yang telah diberikan kepada cucunya adalah
dengan bersandarkan ayatayat Allah SWT yang menggunakan lafaz bapa untuk datuk seperti
firman Allah SWT:
... ...
(Surah Yusuf, ayat 38)
Maksud:
... dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub ...
Lafaz آَباِئي yang bermaksud bapa-bapaku telah digunakan untuk Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak
yang merupakan datuk kepada Nabi Yusuf a.s. Oleh itu, kedudukan datuk dan nenek adalah
sama dengan kedudukan bapa yang diberi keharusan menarik balik hibah yang telah diberikan
kepada cucunya sebagaimana keharusan yang diberikan kepada bapa dan ibu.37
Syarat-syarat yang mengharuskan penarikan balik hibah mengikut pendapat fuqaha:
i. Harta yang dihibahkan masih menjadi milik anak yang menerima hibah. Sekiranya
harta atau barang yang dihibah itu telah menjadi milik orang lain sama ada telah
dijual, telah diwakafkan atau telah dihibahkan dan telah berlaku qabd maka bapa
34 Al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj 401/2. Al-Muhazzab 447/1. Al-Damiri 2004, 154. Noor Lizza Binti Mohamed
Said et.al. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010. 35
Al-Sharbini t.t. hlm173 36
Al-Sharbini 1994, hlm 568 37
Hasan 2004, hlm 82. Noor Lizza Binti Mohamed Said et.al. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal
Muamalat Bil. 3 • 2010.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
744
tidak harus menarik kembali hibahnya. Ia merupakan syarat yang ditetapkan oleh
mazhab Maliki, Shafi’i dan Hanbali.38
ii. Harta atau barang yang dihibahkan masih berada di dalam jagaan atau urusan anak
yang menerima hibah. Sekiranya anak telah menggadaikan barang yang dihibahkan
oleh bapanya atau pun dia telah muflis dan ditegah daripada menguruskan hartanya,
maka bapa tidak boleh menarik balik hibah tersebut bagi menjaga kepentingan
pemiutang atau orang yang memegang barang gadaian tersebut. Namun sekiranya
barang yang dicagarkan tadi telah menjadi milik anak yang menerima hibah kerana
telah diselesaikan hutangnya, maka bapa berhak menarik balik hibah tersebut. Ia
merupakan pendapat mazhab Hanbali.39
Namun begitu, fuqaha mazhab Shafi’i tidak
menjadikan gadaian dan pinjaman atas tanah yang dihibah sebagai halangan untuk
bapa menarik balik hibahnya kerana barang yang dihibah masih di bawah penguasaan
anak. Dikecualikan dalam masalah ini, sekiranya bapa telah gila, maka dia atau
walinya tidak boleh menarik balik hibah yang telah diberikan kepada anak walaupun
harta tersebut masih di bawah penguasaan anak kerana tidak sah penarikan balik
ketika dalam keadaan gila sehinggalah dia telah sihat.40
iii. Hibah yang diberikan bukan menjadi sebab orang menyukai anak yang menerima
hibah atau mendapat kedudukan dalam masyarakat. Sebagai contoh, disebabkan
pemberian hibah seorang bapa kepada anaknya masyarakat sekeliling ingin
bermuamalah, berhutang atau memberi hutang atau berkahwin dengan anak yang
menerima hibah tersebut. Dalam masalah ini, bapa tidak diharuskan menarik balik
hibah menurut pendapat mazhab Maliki dan juga menurut satu riwayat daripada
Imam Ahmad kerana hibah tersebut berkait dengan hak orang lain selain anak yang
menerima hibah. Penarikan balik hibah tersebut akan mendatangkan kemudaratan ke
atas orang lain dan ia dilarang dalam Islam41
sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
38
Al-Damiri 2004, hlm 558. Noor Lizza Binti Mohamed Said et.al. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah.
Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010.
39 Muhammad Husni 1994, hlm 113. Noor Lizza Binti Mohamed Said et.al. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik
Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010. 40
Al-Sharbini t.t., hlm173 41
Ibn Qudamah t.t. hlm 278; Muhammad Husni 1994, hlm 114
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
745
iv.
)الحاكم رواه (
Terjemahan:
“Tidak boleh mudarat dan memudaratkan.” (Al-Hakim 1990, 2:66)
Namun Imam Ahmad dalam riwayat lain berpendapat bahawa dalam situasi tersebut bapa
diharuskan menarik balik hibahnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
Maksud:
Tidak halal bagi seseorang memberi sesuatu pemberian kemudian dia menarik balik pemberian
tersebut kecuali apa yang diberi oleh bapa kepada anaknya. (Al-Qazwini t.th.: 2:295)
iv. Tidak berlaku pertambahan yang tidak boleh diasingkan atau dipisahkan pada barang yang
dihibah seperti lemak atau gemuk. Ia merupakan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad yang
tidak mengharuskan bapa menarik balik hibah daripada anaknya yang telah berlaku pertambahan
yang tidak boleh diasingkan. Menurut mazhab Maliki pertambahan atau pengurangan yang
berlaku ke atas barang yang dihibahkan kepada anak dihalang daripada ditarik balik oleh bapa.42
Namun terdapat riwayat lain daripada beliau dan juga pendapat mazhab Syafi’i yang
mengharuskan bapa menarik balik hibah jika berlaku pertambahan yang tidak boleh diasingkan
daripada barang yang dihibah. Begitu juga pertambahan yang boleh diasingkan atau dipisahkan
daripada barang yang dihibah seperti buah-buahan dari kebun yang telah dihibah, bapa
diharuskan menarik balik hibahnya menurut mazhab Syafi’i.43
42
Al-Zuhayli 1989, hlm 27 43
Al-Damiri 2004, hlm 561
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
746
v. Tidak bertujuan untuk mendapat balasan atau ganjaran di akhirat atau untuk mengeratkan
hubungan silatur rahim dan kasih sayang antara mereka menurut pendapat mazhab Maliki.
6.0 ANALISIS DAN KESIMPULAN
Dari paparan ringkas di atas dapat disimpulkan bahwa Imam al-Syafi’i dalam kapasitinya
sebagai seorang ulama ensiklopedis yang disegani, telah memberikan sumbangan pemikiran
yang amat besar terhadap bidang muamalat. Utamanya dalam bab yang sedang diperbincangkan,
iaitu pembatalan atau penarikan hibah secara khusus dan kajian fiqh muamalah secara umum.
Sebagaimana terdapat dalam kitabnya al-Umm. Sumbangan pemikiran dan kontribusi Imam al-
Syafi’i ini sangat penting bagi perkembangan dan pertumbuhan muamalah Islam secara umum,
utamanya jika dikaitkan dengan implementasinya di Malaysia. Perselisihan fuqaha berkaitan
hukum penarikan balik hibah ini adalah berhubung kait dengan pendapat fuqaha serta hujah
mereka berkaitan dengan keperluan qabd dalam akad hibah. Golongan yang berpendapat bahawa
hibah tidak berkuat kuasa tanpa qabd, mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd.
Sebaliknya golongan yang berpendapat bahawa qabd bukan syarat berkuat kuasanya hibah dan
hibah berlaku hanya dengan akad, tidak mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd.
Namun dalam masalah penarikan balik hibah selepas qabd jumhur fuqaha kecuali mazhab
Hanafi, Imamiyyah dan Zaidiyah berpendapat tidak harus menarik balik hibah setelah sempurna
akad dan qabd. Mereka berpendapat, akad hibah sempurna dan berkuat kuasa dengan
sempurnanya qabd oleh penerima hibah. Manakala mazhab Hanafi, Imamiyyah dan Zaidiyyah
mengharuskan penarikan balik hibah yang telah sempurna qabd daripada penerima hibah yang
bukan tergolong daripada kaum kerabat yang tidak boleh dikahwini. Pemberi hibah lebih berhak
ke atas harta yang dihibah namun hubungan kekeluargaan atas dasar pertalian darah dan kasih
sayang perlu dipelihara agar ia tidak musnah dengan penarikan balik hibah. Oleh itu, golongan
ini tidak mengharuskan penarikan balik hibah seorang bapa kepada anaknya bertentangan
dengan pendapat jumhur fuqaha yang mengharuskannya. Mazhab Hanafi juga tidak
mengharuskan penarikan balik hibah yang dibuat dengan syarat balasan. Keperluan qabd dalam
hibah adalah bertujuan bagi memastikan kesungguhan pemberi hibah menghibahkan barang yang
dihibah kepada penerima dan membuktikan kerelaan penerima hibah menerima hibah yang
diberikan sama ada ia berbentuk harta alih atau pun harta tak alih. Ini kerana, penerima hibah
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
747
mempunyai pilihan sama ada menerima atau menolak pemberian tersebut. Begitu juga dengan
pemberi hibah, dia berhak menarik balik pemberiannya sekiranya dia berhajat kembali kepada
barang yang dihibah selagi tidak diterima milik atau diqabd oleh penerima hibah. Antara bentuk
qabd yang perlu dilaksanakan oleh penerima hibah adalah sama ada dengan mengambil terus
barang yang dihibahkan, mengambil milik surat hak milik (geran tanah), menyelesaikan
pertukaran hak milik, mengerjakan atau menduduki tanah ataupun rumah yang dihibah,
mengambil kunci rumah ataupun menandatangani borang-borang berkaitan sebagai tanda
penerimaan44
. Hasil analisis pemikiran Imam al-Syafi’i jelas menunujukan bahawa kedudukan
qabd dalam hibah adalah berhubung kait dengan hukum penarikan balik hibah. Hibah sempurna
dan berkuat kuasa dengan sempurnanya qabd oleh penerima hibah. Akad yang telah sempurna
tidak diharuskan untuk ditarik balik atau dibatalkan oleh pemberi hibah kecuali dalam masalah
pemberian hibah seorang bapa kepada anaknya.
RUJUKAN
‘Abd al-Mu’ti, Faruq. 1992. ‘A’lam al-Fuqaha wa al-Muhaddithin al-Imam al-Syafi’i. Beirut:
Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Abdul Karim, M.Ag. 2012. Pola Pemikiran Imam Syafi’i dalam Menetapkan Hukum Islam.
Jurnal Adabiyyah Vol XIII (2) (2013).
‘Abd al-Rahman bin Abu Bakar al-Suyuti (t.t.), al-Radd ‘ala man Akhlada ila al-Ard wa jahila
an al-Ijtihad.(t.t.p.):Maktabat al-Thaqafah al-Diniyyah.
‘Ali Haydar. tt. Durar Al-Hukkam Sharh Majallah Al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah.
44 Noor Lizza Binti Mohamed Said, Mohd Ridzuan Bin Awang & Amir Husin Bin Mohd Nor. Qabd Dan Hukum
Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
748
Al-Baihaqi. t.t. Manaqib al-Syafi’i. tahqiq Ahmad Saqar, al-Qahirah: Dar al-Turath.
Al-Daqr, ‘Abd al-Ghani. 2005. Al-Imam al-Syafi’i Faqih al-Sunnah al-Akbar. Damsyiq: Dar al-
Qalam.
Esler, Anthony. 1992. The Human Venture; A word History. Prentice Hall, New Jersey (Edisi ke 3).
Al-Nawawi, Abi Zakariyya Mahy al-Din, al-Majmu‘ Sharh al-Muhadhdhab Jeddah: Maktabah
al-Irsyad. Juz, 1.
Al-Syafi’i, Muhammad Bin Idris. 2001. Al-Umm. Mansurah: Dar al-Wafa’. Juz. 5&8
Al-Syarbini, Syams al-Din Muhammad bin Muhammad. (2006), Mughni al-Muhtaj ‘ila Ma’rifah
Ma’ani Alfaz al-Minhaj. J. 1. Kaherah : Al-Maktabah al-Tawfiqiyyah.
Al-Asyqar, Muhammad Sulayman ‘Abd Allah. 1419H/1998M. Al-Mujalla. Damsyiq: Dar al-
Qalam. Juz. 2.
Al-Qaylubi, Shihab al-Din Ahmad bin Ahmad bin Salamah dan ‘Umayrah, Shihab al-Din
Ahmad al-Barlisi, Hashiyatan Qalyubi wa ‘Umayrah. Dar al-Fikr.
Al-Zuhaily, Wahbah. 1409H/1989M. Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i. Damsyiq: Dar al-Qalam.
Juz. 3.
Hasan Muhammad Buda. 2004. Mawani’ al-Ruju’ fi al-Hibah fi al-Fiqh al-Islamiy wa al-Qanun
al-Wad’i. Iskandariyyah: Dar al-Jami’ah al-Jadidah li al-Nasyr.
Ibn Rusyd, Muhammad bin Ahmad. 1416H/1996M. Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-
Muqtasid. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Jld. 5.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
749
Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din ‘Abd Allah bin Ahmad. t.th. al-Mughni. Beirut: Dar al-Kitab al-
‘Arabi. Juz. 6.
Noor Lizza Binti Mohamed Said, Mohd Ridzuan Bin Awang & Amir Husin Bin Mohd Nor.
Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010.