hukum isteri yang derhaka kepada suami

11
.::*~Halaqah.Net~*::. Laman Forum Forum Halaqah Raudhah Dunia Halaqian Munakahat Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami Pages: [1] Ke Bawah Author Topik: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami (Read 45576 times) IbnuNafis Posts: 1274 Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami « on: 27 October, 2009, 07:58:45 AM » « previous next » 0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic. Isteri Nusyuz Berdosa Besar! ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ، ﻭﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ، ﻭﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻰ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ، ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﻭﻣﻦ ﻭﺍﻻﻩ(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajibvdilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syara‘. Perintah Supaya Isteri Mentaati Suami Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan menyalahi perintahnya itu. Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syara’. Perintah untuk mentaati suami sebagai pemimpin keluarga ada disebut di dalam al-Qur’an, dan juga dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: Quote “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi) Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sahaja dan tidak pada yang lainnya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya: Maksudnya: Quote “Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.” (Hadis riwayat ath-Thabarani) PRINT Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8853.0 1 of 11 6/26/2013 11:23 AM

Upload: mohd-shahrul-hisham

Post on 28-Oct-2015

152 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hukum agama

TRANSCRIPT

Page 1: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

.::*~Halaqah.Net~*::. Laman Forum Forum Halaqah Raudhah Dunia Halaqian Munakahat Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

Pages: [1] Ke Bawah

Author Topik: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami (Read 45576 times)

IbnuNafis

Posts: 1274

Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« on: 27 October, 2009, 07:58:45 AM »

« previous next »

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

Isteri Nusyuz Berdosa Besar!

وااله ومن وصحبه آله وعلى ، الله رسول على والسالم والصالة ، لله والحمد ، الله بسم(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Denganadanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga danditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawabmemberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajibvdilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukansegala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syara‘.

Perintah Supaya Isteri Mentaati Suami

Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isterimengingkari dan menyalahi perintahnya itu. Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taatkepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat perintah tersebut tidak bertentangandengan hukum syara’.

Perintah untuk mentaati suami sebagai pemimpin keluarga ada disebut di dalam al-Qur’an, dan juga dalam hadisRasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

Quote

“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorangperempuan sujud kepada suaminya.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadapsuaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepadamanusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam Islam,sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sahaja dan tidak pada yang lainnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami danmenunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya:

Maksudnya:

Quote

“Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan,memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurgayang dia kehendaki.”

(Hadis riwayat ath-Thabarani)

PRINT

Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8853.0

1 of 11 6/26/2013 11:23 AM

Page 2: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

IbnuNafis

Posts: 1274

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #1 on: 27 October, 2009, 08:02:22 AM »

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikanhak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminyabererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Pengertian Nusyuz

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluardari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

Antara perkara-perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz ituialah sebagaimana berikut:

i. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpaqadhi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya,meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dan suami tidak memintakan fatwauntuknya.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu ataubapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

ii. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isterisakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suamiberpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.

iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripadamasuk ke dalam rumah atau bilik.

iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

vi. Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

Hukum Nusyuz Dan Kesannya

Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah haram,bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

Quote

“Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikatmelaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Dengan berbuat nusyuz itu, hak isteri terhadap nafkah dan qasm iaitu hak giliran bermalam bagi isteri yangmempunyai lebih dari seorang isteri yang wajib ditunaikan oleh suaminya kepadaisterinya akan gugur.

Logged

Http://jarumemas.blogspot.comHttp://jomfaham.blogspot.com

Tindakan Terhadap Isteri Yang Nusyuz

Islam telah menggariskan beberapa tindakan yang boleh diambil oleh suami dalam menangani danmenghadapi masalah nusyuz isteri ini:

1. Ketika nampak tanda-tanda nusyuz pada isteri sama ada dengan perbuatan seperti isteri bermasam muka atauberpaling padahal kebiasaannya dia menampakkan muka yang manis kepada suaminya atau dengan percakapanseperti isteri menjawab suaminya dengan suara yang kasar padahal kebiasaannya dia bercakap dengan lemahlembut kepadanya, maka sunat ke atassuami memberi nasihat. Ini adalah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8853.0

2 of 11 6/26/2013 11:23 AM

Page 3: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

Tafsirnya:

Quote

“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka.”

(Surah an-Nisa: 34)

Antara cara menasihati isteri yang ditakuti berlaku nusyuz sebagaimana yang diajarkan oleh paraulama:

- Menasihati isterinya dengan berkata kepadanya:

Quote

“Bertaqwalah kepada Allah pada perkara-perkara hak-hak yang wajib untukku ke atasmu dan beringat-ingatlah akanakibat jika engkau tidak melaksanakannya.”

-Menjelaskan kepada isteri bahawa nusyuz boleh mengugurkan (hak) nafkah dari suami dan hak giliran bermalamdi rumah isteri bagi suami yang mempunyai lebih dari seorang isteri.

- Menyebut hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu‘anhusebagaimana yang disebutkan di atas mengenai isteri yang nusyuz.

- Adalah sunat juga bagi suami berbuat baik kepada isterinya itu dan mengambil hatinya dengan memberinyasesuatu.

2. Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itudan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidurbersama-sama. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteriagar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.

Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yangringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteriakan kembali taat kepadanya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:

Quote

“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka,dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil)pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

(Surah an-Nisa: 34)

Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri, namun Islam juga memberi garispanduan tentangcara memukul agar pukulan suami tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, iaitu suami tidakboleh memukul isteri dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada wajah dan pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera.

Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semulakepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidakperlu.

Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteriwajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa sajapemberian suami. Isteri dilarang meninggikan suara kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagainusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya.

Isteri juga diperintahkan untuk menjaga kehormatan dirinya dan harta suami ketika ketiadaan suaminya keranayang sedemikian itu adalah perilaku seorang isteri shalehah sebagaimana firman Allah

Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:

Quote

Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8853.0

3 of 11 6/26/2013 11:23 AM

Page 4: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

Arine

Posts: 13

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #2 on: 29 September, 2010, 01:47:59 AM »

nazri0070

Posts: 2207

Aku ingin menjadikekasihMu...Ya Allah!

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #3 on: 29 September, 2010, 09:16:58 AM »

“Maka perempuan-perempuan yang shaleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara(kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allahdan pertolonganNya).”

(Surah an-Nisa: 34)

Sesungguhnya ganjaran Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap isteri yang shalehah dan diredhai oleh suaminyaadalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yangdiriwayatkan daripada Ummu Salamah Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya:

Quote

“Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Sebagai seorang isteri, rebutlah peluang mudah untuk memasuki syurga iaitu dengan melaksanakan kewajipanterhadap Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan rasulNya serta dengan mentaati suami.

Sumber : Mufti Brunei

Logged

saya ingin bertanya masalah disini, isteri bersikap nusyuz akibat daripada tindakan,perlakuan suami.suami duluyang memulakan perlakuan seperti tidak tidur bersama isteri setiap malam dan juga ada memukul isteri.suamijuga tidak bertanggungjawab dan memberi nafkah zahir kepada isteri.suami hanya datang kepada isteri ditempattidur bila suami berkehendak, dan sesudah itu membiarkan,meninggalkan dan mengabaikan isteri. pendekkata,suami tidak menunaikan haknya yang wajib kepada isteri.jesteru itu,akibat dari perbuatan suami, setelah bertahun tahun sabar dalam perkahwinan,menyebabkan isteritawar hati dan menjadi akhlak nusyuz.isteri telah mula tidak hiraukan suami seperti dibawah:iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripadamasuk ke dalam rumah atau bilik.

iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

bolehkan perjelaskan kedudukan isteri itu? Terima kasih.

Logged

Pendapat dan pandangan peribadi saya jer...Susah sebenarnya nak menjadi hakim yang 'adil lagibijaksana atau penasihat yang dapat memberikan nasihat yang terbaik. Tapi Nabi pun adabersabda..Ad-diinun nasihah...Agama itu nasihat menasihati..Saya cubalah..saya ingin bertanya masalah disini, isteri bersikap nusyuz akibat daripada tindakan,perlakuan suami.suami duluyang memulakan perlakuan seperti tidak tidur bersama isteri setiap malam dan juga ada memukul isteri.suamijuga tidak bertanggungjawab dan memberi nafkah zahir kepada isteri.suami hanya datang kepada isteri ditempattidur bila suami berkehendak, dan sesudah itu membiarkan,meninggalkan dan mengabaikan isteri. pendekkata,suami tidak menunaikan haknya yang wajib kepada isteri.jesteru itu,akibat dari perbuatan suami, setelah bertahun tahun sabar dalam perkahwinan,menyebabkan isteritawar hati dan menjadi akhlak nusyuz.isteri telah mula tidak hiraukan suami seperti dibawah:iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripadamasuk ke dalam rumah atau bilik.

iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

bolehkan perjelaskan kedudukan isteri itu? Terima kasih.

.Jika benar faktanya seperti di atas, memang suamilah yang bersalah, sebab dia jadi punca yang

Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8853.0

4 of 11 6/26/2013 11:23 AM

Page 5: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

amYunus

Posts: 259

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #4 on: 29 September, 2010, 01:33:25 PM »

ArineRe: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #5 on: 29 September, 2010, 03:46:04 PM »

menyebabkan masalah (sampai isteri nusyuz). Sepatutnya sebagai isteri, puan cari dulu sebab-musabab kenapa suami bertindak dan menjadi begitu. Seelok dan sebaiknya, bermuzakarah dulu,adakan perbincangan terbuka bersama meluahkan permasalahan dan kehendak masing-masing.Kronologi penceritaan puan seperti di atas menggambarkan suami hanya inginkan hubungan intimsemata-mata. Dalam istilahnya, saya memberikan kata-kata, barangkali tiada lagi kasih sayang, cintadan rindu. Yang ada hanya tinggal sebumbung tapi tidak berkongsi hidup dalam ertikata suami-isteriyang penuh rasa mahabbah menuju pembentukan sebuah keluarga sakinah. Dalam agama pula, suamipemimpin dan pelindung. Jika isteri nusyuz sebagai suami ada 3 tindakan perlu apabila isterinusyuz/tidak taat, iaitu menasihati, tidak tidur bersama dan pukul yang tidak sampai mencederakanisteri, sehingga isteri berubah. Dalam kes-kes tertentu, suami juga ada hak dan boleh tidakmemberikan nafkah zahir terhadap isteri. Suami yang soleh dan bijaksana, harus menyelesaikanmasalah dan memenuhi kehendak isteri selagi mampu serta tidak melampaui batasan dan tidakmenjadikan suami menjadi dayus. Begitu juga isteri, apabila bermasalah, harus juga bijaksanamenyelesaikannya, bila suami berkehendakkan sesuatu dari isteri pun sama, cuba memenuhinyasecara patut dan mampu, selagi ianya tidak menjadikan kita derhaka kepada Allah.

Dalam masalah puan, jika puan failkan kes di mahkamah, suami juga boleh failkan kes atas sebabnusyuz. Isteri ada hak, suami juga ada hak dalam masalah ini. Mana yang peguambela ataupendakwaraya masing-masing pandai memberikan hujjah, bukti serta saksi, berkemungkinan diaboleh menang. Ini salah satu jalan penyelesaian, jika ini yang diinginkan (penyelesaian di mahkamahsyariah).

Jika puan tetap ingin nusyuz sampai entah bila berkesudahan, puan tetap berdosa. Suami juga tetapberdosa, kerana tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.Sebagai suami, wajib bertanggungjawab memberikan nafkah zahir dan batin. Setiap orang adamasalah. Kekadang masalah itu menjadi ujian, kekadang masalah menjadi bala bencana kepadaseseorang. Setiap masalah yang timbul pasti ada jalan keluar sebagai penyelesaiannya. Ada 4 pilihan,iaitu: -1.Jika ingin terus bersama seperti sedia ada, boleh diteruskan tetapi hidup semakin tertekan, semakinterkumpul dosa, semakin terhakis kasih sayang.2.Jika tidak ingin lagi bersama, pilihlah perpisahan secara baik.3.Jika ingin disuburkan semula kasih, semarakkan cinta, bertaut rindu, terikat sayang, laluilah hidupkemanusiaan (ada tolak ansur, diplomasi, 'win-win situation', susah sama susah, senang samasenang, dan seumpamanya) dan ketuhanan(kerohanian-buat banyak amalan, bersabar dansebagainya, dekati Allah, dekati agama bersama suami-isteri bekerjasama. Jika mampu usaha secarasendirian, jika tak mampu cari orang ketiga yang 'adil).4.Buat don't know aje. Tapi agama tetap mengklasifikasikannya sebagai berdosa...Tidak Aku jadikanjin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu..Az-Zariyat

Keputusan di tangan puan dan suami. Pilihlah mana yang dapat memberikan lebih kebaikan kepadasemua. Renung dan fikirlah sedalam-dalamnya, semasak-masak dan sejauh-jauhnya dari segala sudutkehidupan termasuk anak-anak (jika ada) agar nanti kekesalan tidak meniti di bibir, bersarang di hatidan terus menghantui kehidupan...Yang pasti Allah tetap akan menghisab kita, dari sebesar-besarperkara sehingga sekecil-kecil perkara...Wallahu'aklam.

Walahaulawalaquwwataillabillahil'aliyyil'azhiimm...

Logged

"Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

hanya memberi pandangan dan juga merupakan peringatan terhadap diri sendiriutk diriku sendiri dan juga di luar sana, walaupun suami kita tidak menjlnkan tanggungjawab dia seperti yangdituntut agama, kita seharusnya janganlah nusyuz. sebab besar dosanya seorang isteri yang nusyuz.walaupun ape pun kesalahan dia, ki8ta sabar dan redha lah. mohonlah dgn ALLAH SWT. Allah SWT akanmelindungi kita di dunia akhirat.kalau kita bersabar dgn suami mcm itu, ganjaran Allah SWT pada kita pasti ada. Untuk si suami pula, bersedialahuntuk mendapat balasan daripada Allah SWT. yang penting kita sebagai isteri, jgn nusyuz. Andai tidak dptmenghormati suami lagi, pilihlah jln yang Allah SWT paling tidak suka tp Allah SWT membenarkannya iaiti TALAK.yang penting jgn nusyuz.

Logged

http://amyunus.blogspot.com/

terima kasih semua atas nasihat dan peringatan.Ya Sabur, Ya Qawi, Ya Mutakabbir...aku sujud kepadaMu..

Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8853.0

5 of 11 6/26/2013 11:23 AM

Page 6: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

Posts: 13

qaseh2003

Posts: 314

Anugerah Allah

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #6 on: 30 September, 2010, 11:46:43 PM »

khalila

Posts: 1033

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #7 on: 09 October, 2010, 10:02:49 AM »

shamF1

Posts: 1

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #8 on: 30 October, 2010, 02:47:32 PM »

nazri0070Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #9 on: 30 October, 2010, 11:26:47 PM »

Logged

Quote from: amYunus on 29 September, 2010, 01:33:25 PM

hanya memberi pandangan dan juga merupakan peringatan terhadap diri sendiriutk diriku sendiri dan juga di luar sana, walaupun suami kita tidak menjlnkan tanggungjawab dia seperti yang dituntutagama, kita seharusnya janganlah nusyuz. sebab besar dosanya seorang isteri yang nusyuz.walaupun ape pun kesalahan dia, ki8ta sabar dan redha lah. mohonlah dgn ALLAH SWT. Al lah SWT akan melindungi kitadi dunia akhirat.kalau kita bersabar dgn suami mcm itu, ganjaran Allah SWT pada kita pasti ada. Untuk si suami pula, bersedialah untukmendapat balasan daripada Allah SWT. yang penting kita sebagai isteri, jgn nusyuz. Andai tidak dpt menghormati suamilagi, pilihlah jln yang Allah SWT paling tidak suka tp Allah SWT membenarkannya iaiti TALAK. yang penting jgn nusyuz.

ye laaa tu..peringatan untuk diri saya juga tu..kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita dah buat...bila dah berlaku,baru laaa nak menyesal..lebih baik elakkan dari berlaku macam tu..nusyuz..berdosa besar tau..mmm,takut sangat...

Logged

Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahitjadam merosakkan madu yang manis..

Dipetik dari Kitab Muhimmah

Tiga golongan yang Allah Ta'ala tidak terima akan solatnya dan amal kebajikannya..-Hamba yang lari daripada penghulunya hingga kembali kepada penghulunya-PEREMPUAN YANG MARAH ATASNYA OLEH SUAMINYA HINGGA REDHA IA-Orang yang mabuk hingga ia jaga dari mabuknya

Wallahu a'lam

Logged

Tn yg Arifisteri saya telah tawar hati akibat sikap pemarah saya yang lalu. alhamdulillah saya dapat berubah menjadi suamiyang penyayang, berlemah lembut serta berkasih sayang terhadap isteri serta keluarga. pada peringkatpermulaan isteri dapat menerima perubahan sikap saya itu tetapi selang beberapa bulan dia telah berubah sikapmenjadi isteri yang tidak mentaati serta mengabaikan suami. sekarang ini dia berpendapat bahawa perpisahanadalah jalan terbaik untuk dia. w/pun segala nasihat telah diberikan dia tetap berkeras untuk berpisah.

ulasan Tn yang Arif sangat dihormati

Logged

Cuba tuan shamF1 cari dulu sebab-musabab kenapa isteri sampai begitu sekali berubah? Mesti ada sebab-sebabtertentu, kan? Jika dulu katanya disebabkan sikap panas baran suami, tapi dah berubah menjadi penyayang,lemah lembut serta berkasih sayang. Sewajarnya si isteri turut gembira dan merasa bahagia, tapi setelahberbulan-bulan, tiba-tiba lain jadinya. Mesti bersebab, cari sebab tu dulu.

Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8853.0

6 of 11 6/26/2013 11:23 AM

Page 7: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

Posts: 2207

Aku ingin menjadikekasihMu...Ya Allah!

mohd nazrul

Posts: 19

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #10 on: 30 May, 2012, 06:00:37 AM »

enesar

Posts: 1

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #11 on: 04 June, 2012, 03:58:43 PM »

Apakah setelah berubah, tuan sendiri tersilap asuhan dan tarbiyah isteri? Atau sepanjang berubah tuan masihtidak memahami kehendak isteri? Barangkali masih ada perangai dan tingkah laku suami yang tidak disukainya.Cuba tanya baik-baik dengan lemah lembut..

Cuba cari apa masalah serta kehendak isteri selama ini?

Boleh tuan gambarkan apa maksud tuan dengan tidak mentaati serta mengabaikan suami? Dalam konteks yangbagaimana tu?

Jika dia inginkan perpisahan dan baginya itu adalah jalan terbaik untuk dia, minta dia senaraikan setulusnyaapakah kebaikan yang dia bakal perolehi? Apa pula risikonya dan keburukan terhadap dirinya dan anak-anakapabila perceraian itu menjadi kenyataan? Atau dia ada mengharapkan adanya seorang lain sebagai pengganti?Jika ya, apakah dia yakin dengan sesungguhnya bahawa pengganti itu boleh membahagiakannya sampai akhirhayat? Atau si dia bakal pengganti itu hanya pandai menanam tebu di bibir semata sebab antaranya belum dapatdisedut manisnya, bila habis manis sepah pun dibuang! Dah banyak sebenarnya kes begini! Tersilap percaturankerana menurut nafsu serakah yang tak pernah puas dan redha.

Mintalah juga dia berterus-terang semuanya. Atasi masalahnya sebijaksana mungkin dan penuhi kehendaknyasemampu yang dapat. Cubalah terus mengikat tali pernikahan itu kukuh-kukuh. Jangan diurai walau selilit cuma.

Suami tu pemimpin dan pelindung. Kita perlu hayati dan fahaminya dalam-dalam apa maksudnya dan sampai kemana Allah dan Rasul mahukan umatnya yang lelaki memimpin dan melindungi An-Nisa'/zaujati wal ahli?

Logged

As salam kepada semua..Saya dah baca semua komen-komen di atas dan sekarang saya nak bertanya...jika apa yang di terangkan tetap juga isteri memaki hamun suami macam mana tu?(saya baru lepas kene maki ba..,si..,woi gam....,dan macam-macam lagi sebab tak nak lepaskan dia)

Logged

Saya baru berpoligami dgn seorang gadis di Thailand. Alhamdulillah keluarga gadis merestui pernikahan kami.Saya bernikah seorang lagi kerana kurangnya layanan isteri kepada saya sejak lebih 10 tahun.

Saya bukanlah seorang ahli maksiat, malah saya sering dijadikan tempat rujukan untuk hal2 berkaitan Islam.Saya juga merupakan seorang imam dan khatib di mesjid berhampiran. Dari segi nafkah, saya berpendapatan 5digit sebulan.

Masaalahnya, isteri saya (40 tahun) membantah poligami dan memfailkan permohonan cerai. Padahal, dari seginafkah makan, pakai dan tempat tinggal tidak pernah saya abaikan. Giliran bermalam mengikut jadual, tidakpernah terabai kecuali bila say melakukan kerja luar daerah/negeri. Malah berlebih-lebihan sehingga sebelum ini,kami mampu bercuti ke sana kemari dlm dan luar negeri.

Sekarang, isteri pertama saya telah lebih 2 bulan mengabaikan saya. Bila di rumah isteri pertama, kain baju sayabasuh sendiri, gosok sendiri, bahan makanan memang banyak dalam peti sejuk, sesetengahnya sampai busuktidak dimasak, isteri menolak bila diajak tidur bersama, anak-anak sering kelaparan bila balik sekolah, rumahkurang berjaga, isteri keluar rumah tanpa izin dll. Permintaan cerai sering diutarakan.

Saya juga telah menarik balik keizinan utk isteri saya bekerja sejak bulan Sep tahun 2011 kerana saya mampuuntuk menanggungnya, malah dengan dia bekerja, keadaan anak2 dan rumah memang terabai.. Namun dia tetapke pejabat, walaupun berkali-kali saya larang.

Dengan bantuan dari adik beradiknya, dia telah memfailkan 7 tuduhan melampau dalam pernyataanbersumpahnya ke mahkamah. Antranya saya telah mendera isteri, anak2, mertua, adik beradik dan ipar duai.Saya hairan bila masanya saya mendera mereka. Mertua saya meninggal dunia 8 tahun yang lepas. Ada punterhadap anak2 saya memukul mereka atas sebab melambatkan solat dan tidur hingga kesiangan. Hukumanterhadap anak2 lebih kepada mengajar mereka. Malah anak2 yang besar mengakui mereka dipukul bila merekaberbuat salah. Saya mendidik anak2 dengan menyuruh mereka membaca Alquran, malah saya galakkan merekamenghafal surah2 panjang. Ada anak saya yang pernah memenangi tempat ke 3 dalam hafazan. Saya melatihmereka perbanyakkan solat malam.

Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8853.0

7 of 11 6/26/2013 11:23 AM

Page 8: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

« Last Edit: 04 June, 2012, 04:06:41 PM oleh enesar »

5zul

Posts: 2799

~~ Tiada KesusahanMelainkan Susah ~~

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #12 on: 04 June, 2012, 04:52:50 PM »

Saya juga dituduh mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, yang mana saya sendiri tidak pasti mana satu.Semua bil rumah saya bayarkan, barang makanan melambak, keperluan rumah berlebih2, malah duit minyakkereta dia saya sering isikan.

Saya khuatir isteri pertama saya telah nusyuz lalu saya nasihati dia dengan surah Annisa ayat 34 dan web site2berkaitan nusyuz. Bila saya ktakan perkara nusyuz, isteri saya kata cuma hakim yang boleh putuskan dia nusyuz.Saya juga telah mula menjauhi diri dari tidur bersamanya. Dia tidur di bilik berhawa dingin dan saya tidur di atascomforter di depan TV.

Soalan saya.1. Adakah isteri saya nusyuz jika berbuat demikian?2. Adakah saya perlu memfailkan perintah taat kepada suami ke atas isteri saya?3. Apakah yang perlu saya lakukan lagi? Saya bersolat malam setiap malam berdoa kepada Allah. Saya bersabardengan segala karenah isteri. Tapi sampai bila?4. Saya mempunyai anak seramai 4 org. Saya khuatir jika berlaku perceraian, anak2 ini akan diletak bawahpenjagaan ibu mereka. Dan saya yakin, penekanan terhadap Islam akan terlalu kurang. Apakah persediaan awaljika berlaku perceraian, hakim akan memberi hak penjagaan anak kepada saya?

Saya bertekad untuk mempertahankan perkahwinan ini kerana saya masih sayangkan isteri dan tetap sayangkansemua anak2 saya.

Wassalam.

Logged

Quote from: mohd nazrul on 30 May, 2012, 06:00:37 AM

As salam kepada semua..Saya dah baca semua komen-komen di atas dan sekarang saya nak bertanya...jika apa yang di terangkan tetap juga isteri memaki hamun suami macam mana tu?(saya baru lepas kene maki ba..,si..,woi gam....,dan macam-macam lagi sebab tak nak lepaskan dia)

dalam surah banyak di terangkan.... ambil lah perhatian sepenuhnya hal rumah tangga diri kamu itu -

di syurga di sediakan bidadari untuk kamu... di dunia ini di zahirkan isteri kamu sebagai pendamping kamumenemani diri kamu seadanya...ambil lah pedoman kisah kisah nabi terdahulu....hal nabi Nuh dan sebagainya....

surah An-nisa ayat 34 -

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadapkaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan)atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dansuaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak

hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamubimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka,dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau jugamereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuanmengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untukmenyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8853.0

8 of 11 6/26/2013 11:23 AM

Page 9: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

5zul

Posts: 2799

~~ Tiada KesusahanMelainkan Susah ~~

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #13 on: 04 June, 2012, 05:00:34 PM »

budakbarubelaja

Posts: 1

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #14 on: 24 June, 2012, 05:25:35 PM »

imanhunterRe: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #15 on: 25 June, 2012, 11:27:13 PM »

semuga diri itu dalam kebaikkan hendakNya...

Logged

~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

jika berlaku perpecahan ambil wakil di antara kedua belah pihak bagi mendamaikan suasana -Insyallah ALLAH mengetahui -jika kamu mendamaikan perbalahan itu nescaya ALLAH kurniakan darjat untuk mu -

tabah kan hati dalam ujian ALLAH -kesabaran diri itu adalah Usaha melawan NAFSU

sama sama doa kan kebahagian isteri da keluarga...duit banyak tanpa ilmu hanya kepincangan semata mata...

harta dah anak anak adalah Ujian semata mata...malahan kebahagian itu adalah KASIH SAYANG yang tiada tolak bandinganNya....

Insyallah -

semuga di permudahkan urusan kalian semua,...

Logged

Assalamualaikum.

Kepada yang arif saya memohon membantu masalah yang terjadi terhadap diri saya insyallah. saya telahberkenalan dengan seorang wanita kira-kira 5tahun yang lalu. disebabkan oleh keluarga menolak pilihan sayauntuk mengahwini perempuan itu maka kami telah mengambil keputusan untuk bernikah di negeri jiran. Padamulanya kami sefahaman setelah beberapa bulan berlalu, si isteri memaksa saya untuk melepaskan ikatanperkahwinan disebabkan oleh tidak tahan untuk hidup seperti tidak normal kerana kami merahsiakanperkahwinan dari pengetahuan keluarga. dengan itu saya melafaskan cerai talak 1.. dalam tempoh edah kamitelah "bersama" dan di sebabkan atas kejahilan saya maka saya tidak mengetahui bahawa saya telahpn merujukdengan perbuatan dan mengabaikan tugas bagi seorang suami dalam tempoh 3 bulan.. setelah mendapat tahubahawa sidia masih bawah tangungan saya maka saya telah mengambil keputusan untuk menyelamatkanperkahwinan kami.. akan tetapi si isteri tidak dapat menerima oleh kerana dia mendakwa telah diceraikan sertamengambil keputusan untuk berkahwin dengan yang lain dalam masa yang sama dia sedar bahawa dia masihisteri saya yang sah...

oleh dengan demikian saya mohon sahabat serta saudara semua dapat membantu serta memberi pandangankepada saya.. jazakallah

wassalam

Nama : ahmadUmur : 26Jantina : lelakiNegeri Asal : kuala lumpurBelajar atau Bekerja/Tempat : sendiri

Logged

Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8853.0

9 of 11 6/26/2013 11:23 AM

Page 10: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

Posts: 159

Hunting the real withinme

azrinkun

Posts: 1667

-keyakinan, keikhlasandan kerelaan-

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #16 on: 26 June, 2012, 07:39:10 AM »

mahluk allah

Posts: 2

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #17 on: 02 February, 2013, 03:24:55 PM »

Saya nak beri pendapat.. maaf kalau ada bahasa yang dirasakan tak kena.. dan mungkin agak panjang..

Kita adalah manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan..

Banyak pasangan yang mengambil langkah mudah dengan lari ke negara jiran untuk bernikah apabila orang tuamenolak calon suami/isteri.. secara tidak langsung menafikan (sebahagian) hak ibubapa mereka terhadapmereka.. bagaimana mereka nak menafikan bahawa dalam darah mereka terdapat titisan susu ibu mereka? atausuapan rezeki hasil tulang empat kerat ayah mereka?

Saya beranggapan saudara tidak mendaftarkan pernikahan saudara di negara jiran dengan mana-mana JabatanAgama Islam Negeri (JAIN) sebab saudara tak sebut pun tentang dah buat pendaftaran semula pernikahan..dalam kebanyakkan keadaan, bila situasi begini timbul, akan ada syak atau rasa ragu-ragu isteri kepada suamitentang status pernikahan sebenar.. menyebabkan dia semakin lama terasa terganggu tentang status dirinyayang sebenar pada saudara.. mungkin itu yang menjadi punca mengapa dia memaksa saudara melepaskan diadaripada ikatan perkahwinan.. mungkin dia melihat tiada komitmen daripada saudara untuk mengenengahkanpernikahan berdasarkan masa beberapa bulan yang saudara sebutkan..

seharusnya saudara tidak melatah, terus menceraikan dia dengan begitu mudah.. paksaan yang berulang-ulangdaripada isteri bukanlah satu sebab kenapa cerai harus dilafazkan.. kenapa tidak fikirkan kesusahan yang dialamisewaktu nak bernikah dulu?

Bagi pernikahan yang tidak disahkan melalui mana-mana Mahkamah Syariah dan kemudian setelah disahkan,didaftarkan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (berdasarkan di Mahkamah Syariah negeri manapengesahan di buat), dari segi Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan/Negeri),pernikahan saudara tidak wujud. Mungkin sah dari segi syarak, tetapi tak wujud dalam sistem perundangannegara. Dengan kata lain, sekiranya apa-apa perkara berlaku (perceraian, ruju', tuntutan harta dll., sesikaunseling) terhadap pernikahan saudara dan isteri, ianya tidak boleh secara terus dirujuk kepada JAIN atauMahkamah Syariah. Sebaliknya saudara boleh:

(1) pergi semula ke tempat saudara bernikah dan buat pengesahan cerai dan ruju'(2) melalui proses pendaftaran semula pernikahan mengikut undang-undang negara (Pengesahan di MahkamahSyariah -> Pendaftaran di JAIN -> Pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah -> Pengesahan ruju' diMahkamah Syariah)

Kalau ditanya pada saya, buatlah yang nombor dua tu.. sekali jalan, nikah pun daftar, cerai & ruju' pun bolehbuat pengesahan.. esok-esok kalau ada apa-apa terjadi.. ada hak dari segi perundangan untuk buat tuntutan..kebajikan kedua-duanya insya'Allah lebih terjaga.. pun mungkin boleh jadi salah satu point nak pujuk isteri?

Kemudian, perlahan-lahan cari masa bagitau keluarga yang saudara dah pun bernikah.. doa banyak-banyakdilembutkan hati orang tua menerima pilihan saudara.. nak lari ke mana, nak sembunyi ke mana..

semoga dipermudah segala urusan

Wallahu'alam..

Logged

Seorang diri berkelana, Mencari diri dalam dalam diri,Aku mencari dia dalam dia, Aku mencari cinta dalam cinta,

menyusahkan orang,masyarakat/diri sendiri/.. B o d o h tak bertempat

Logged

Syahadah no.1 .. Ikut Rasulullah saw..jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

Assalamualaikum

Saya ada sedikit masalah yang ingin dikongsikan..pertama sekali saya merukan seorang yang pendam dan panas baran sekiranya kesabaran tidak dapat mengatasidiri..saya sudah mendirikan masjid/berumah tangga setahun lebih..

Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8853.0

10 of 11 6/26/2013 11:23 AM

Page 11: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

nazri0070

Posts: 2207

Aku ingin menjadikekasihMu...Ya Allah!

Re: Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami« Jawab #18 on: 02 February, 2013, 06:29:14 PM »

Pages: [1] Ke Atas

.::*~Halaqah.Net~*::. Laman Forum Forum Halaqah Raudhah Dunia Halaqian Munakahat Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami

Masalah pertamabila berlaku pertengkaran antara saya dan isteri..isteri saya akan melawan, meninggi suara, dan tidak mengendahkan perintah yang saya berikan..sehingga la dia bertindak untuk keluar dari rumah untuk pulang ke pangkuan keluarganya walaupun saya tidakmengizinkan..dia pernah mengucapkan bahawa tiada guna perkahwinan ini apabila didalam pertengkaran mulut..saya tidak tahu bertindak bagaimana lagi kerana takut saya bertindak kasar kepadanya..

Masalah keduabapa saya yang berada di utara baru lepas dari menjalani operasi pembedahan jantung..dia berhasrat ingin menumpang saya yang kebetulan pergi ke utara untuk menghadiri majlis perkawinan saudarakepada isteri saya..tetapi isteri saya menyatakan bahawa dia berhasrat untuk mengikut ibu bapanya pergi ke rumah neneknyaselepas menghadiri majlis perkawinan itu kerana lama tidak ke rumah neneknya..ini juga merupakan hasrat ibu bapa mertua saya..bapa saya menyatakan bahawa tidak perlu membawanya sekali kerana ia mungkin mengambil masa yang lamasekiranya singgah ke rumah neneknyanya..oleh yang demikian bapa saya mengambil keputusan menaiki bas sahaja..kedua-dua permintaan adalah pada hari yang sama..jadi saya keliru yang mana satu hasrat yang perlu saya tunaikan takut menderhakai ibu bapa saya serta ibu bapamertua saya..

harap dapat membantu saya dalam mengatasi masalah ini..

Logged

Orang perempuan ni lemah lembut,amat sensitif jiwanya. Berbincang secara berhemah dan lemah lembut adalahlebih baik. Kena banyak bersabar. Apa-apa hal berbincang dengan baik, berterus-terang. Jangan suka marah-marah. Kemarahan banyak merosakkan. Kena kawal kemarahan sebaik-baiknya. Menguruskan sesuatu perkaradan masalah dalam ketenangan menghasilkan keputusan yang baik.

Dalam rumahtangga, kenal pasti kehendak dan masalah masing-masing. Usahakan penuhi kehendak semampumungkin dan atasi masalah sebijaksana yang dapat. Insya Allah kita bahagia.

Masalah kedua pun perlukan perbincangan. Beritahu isteri baik-baik, utamakan ayahmu dahulu. Terus terangjuga dengan mertua akan kehendak ayahmu. Mungkin di hari lain pergi ke rumah nenek atau uruskan keretasewa supaya semuanya dapat pergi. Kena juga berkorban sekali-sekala. Usah risau rezeki ada, kerana Allah yangMaha Memberi Rezeki.

Masalah isteri tak dengar cakap tu, cuba renung diri sendiri dulu. Tengok kat mana kelemahan diri. Barangkalicara kita menyuruh tu tak sesuai. So, ubahsuai. Try cara yang lebih romantik. Isteri pasti cair.....Insya Allah.

Logged

« previous next »

Langkau:

Related Topics

Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir

Hukum Suami Terminum Susu IsteriDimulakan Oleh Ashikin « 1 2 » Feqah Islam

24 Jawapan14989 Views

17 October, 2012, 11:27:38 AMoleh redzam

Ibu yang 'Derhaka' kepada Tanggungjawabnya?Dimulakan Oleh lianazaman Akhlaq

10 Jawapan1518 Views

17 October, 2011, 06:58:46 PMoleh lianazaman

Keutamaan Isteri pada suami atau kepada ibu?Dimulakan Oleh nur_fa iz88 SOAL JAWAB

14 Jawapan7265 Views

09 November, 2011, 04:40:44PM

oleh 5zul

PRINT

Hukum Isteri Yang Derhaka Kepada Suami http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8853.0

11 of 11 6/26/2013 11:23 AM