hubungi andalusia

20
Hubungi Kami Alamat : No.9 Jalan Belangkas Off Jln Kg Pandan Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur Tel: 03-9283 1588 Faks: 03-9283 7566 Cawangan Andalusia Travel & Tours Cawangan Maklumat Johor CAWANGAN JOHOR BHARU No. 50-01 & 50-02, Jln Padi Emas 4/1, usat Bandar Tampoi, Bandar Baru UDA, 8120 Johor Bharu, Johor 07-2325633 / 07-2325624 Proses Tempahan 1 Bagaimana Membuat Tempahan 1 LANGKAH 1 - PROSES MEMBUAT TEMPAHAN Pendaftaran Secara Online Terlebih dahulu anda perlu memilih tarikh yang dikehendaki mengikut kesesuaian masa dan harga pakej. Sekiranya belum pasti, sila lihat pilihan pakej yang disediakan. Setelah anda pasti jenis pakej dan tarikh yang dikehendaki, anda boleh terus membuat pendaftaran (sila klik tarikh berlepas) dan seterusnya membuat bayaran bagi memastikan tempat anda untuk tarikh yang telah dipilih. Oleh yang demikian, bayaran deposit seawal mungkin akan menjamin tempat anda. Pengesahan pendaftaran melalui email akan anda terima selepas membuat pendaftaran dan bayaran. BAGAIMANA MEMBUAT BAYARAN 1. Melalui Kaunter Bank, Mesin Deposit Maybank atau Secara Online Banking. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD (107273-P) NO PENDAFTARAN KEM. PELANCONGAN - KKKP:1050 1

Upload: perodua1962

Post on 28-Nov-2015

99 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungi Andalusia

Hubungi KamiAlamat : No.9 Jalan Belangkas Off Jln Kg Pandan Taman Maluri, 55100 Kuala LumpurTel: 03-9283 1588Faks: 03-9283 7566

Cawangan Andalusia Travel & Tours

Cawangan Maklumat

Johor

CAWANGAN JOHOR BHARUNo. 50-01 & 50-02, Jln Padi Emas 4/1, usat Bandar Tampoi, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bharu, Johor07-2325633 / 07-2325624

Proses Tempahan 1

Bagaimana Membuat Tempahan 1

LANGKAH 1 - PROSES MEMBUAT TEMPAHAN

Pendaftaran Secara Online

Terlebih dahulu anda perlu memilih tarikh yang dikehendaki mengikut kesesuaian masa dan harga pakej.

Sekiranya belum pasti, sila lihat pilihan pakej yang disediakan.

Setelah anda pasti jenis pakej dan tarikh yang dikehendaki, anda boleh terus membuat pendaftaran (sila klik

tarikh berlepas)   dan seterusnya membuat bayaran bagi memastikan tempat anda untuk tarikh yang telah dipilih.

Oleh yang demikian, bayaran deposit seawal mungkin akan menjamin tempat anda.

Pengesahan pendaftaran melalui email akan anda terima selepas membuat pendaftaran dan bayaran.

 

BAGAIMANA MEMBUAT BAYARAN

1. Melalui Kaunter Bank, Mesin Deposit Maybank   atau Secara Online Banking.  

ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD (107273-P)

NO PENDAFTARAN KEM. PELANCONGAN - KKKP:1050

NAMA PEMEGANG AKAUN ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD

BANK MAYBANK

NO AKAUN 5644-8110-2597

PENDAHULUAN PER ORANG RM300.00

1

Page 2: Hubungi Andalusia

atau

2. Datang Sendiri Ke Pejabat Kami

Sekiranya anda lebih selesa untuk datang ke pejabat kami. Sila daftar dan buat temujanji.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan screenshot bayaran melalui Maybank2u(m2u)?

Setelah pembayaran berjaya/transfer successful, sila klik Print untuk membuka window seperti di bawah. Klik

Cancel jika sistem memberi arahan Print. 

Tekan kekunci Alt dan Print Screen di keyboard untuk mendapatkan/copy paparan Window yang aktif. Anda

juga boleh ambil screenshot transaksi berjaya yang asal.

Tekan Logo Windows dan R, kemudian taipkan mspaint, tekan Enter. Microsoft Paint akan dibuka. Anda

juga boleh pastekan ke Microsoft Word atau mana-mana image editor yang ada dalam komputer anda. Jika

tiada, downloadIrfanview.

Sila simpan fail dalam format jpg(imej-saiz fail adalah lebih kecil) atau doc(dokumen Microsoft Word - tidak

digalakkan).

 

Tekan Ctrl dan V untuk paste. Gambar screenshot akan dipaparkan.

 

Tekan Ctrl dan S untuk menyimpan fail, simpan di tempat yang mudah ingat seperti My

Documents atau Desktop, elok buatkan folder khas untuk rekod bayaran dll. 

 

Jika anda mahu mendapatkan semula transaksi yang lepas, sila login dan klik pada Account & Banking,

klik akaun anda, klik M2U History, pilih rekod dan klik Reprint.

 

PENGESAHAN BAYARAN

Setelah bayaran dibuat, sila tuliskan nama peserta dan tarikh pakej di slip deposit bank. Seterusnya faxkan

atau emailkan ke :

03-6207 1663 [email protected]

Untuk pengesahan penerimaan fax dan email, anda boleh menghubungi talian 013-678-7825 atau

email [email protected] .

LANGKAH 2

2

Page 3: Hubungi Andalusia

(Proses berikut ini hanya perlu dilakukan setelah anda menyelesaikan proses di Langkah 1)

PERHATIAN

Kursus percuma setiap hari SABTU atau AHAD 9:00 pagi - 1:00 tengahari sehingga akhir bulan Sya'ban.

Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai.

Tertakluk kepada perubahan harga tiket kapal terbang, surcaj minyak dan cukai.

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah mana-mana maklumat pakej tanpa sebarang notis

terlebih dahulu. 

Aturcara 12 Hari

UMRAH, PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

ATURCARA PERJALANAN 12 HARI 10 MALAMHARI 01 : KUALA LUMPUR - MADINAH

Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Pasport, tiket dan boarding pass akan diserah kepada jemaah untuk bertolak ke Madinah. Setibanya di Jeddah/Madinah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai umrah Madinah/Makkah untuk dibawa menaiki bas ke hotel yang ditetapkan.

HARI 02 : MADINAH (ZIARAH DALAM)

Selepas sarapan, jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi ; sabda Rasulullah s.a.w :

“Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram”

HARI 03 : MADINAH (ZIARAH LUAR)

Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.

ZIARAH PILIHAN DI MADINAHA. Penemuan baru - Bayaran tambahan SR20, Masjid Tikar, Gua Uhud dan Lapangan Magnet.

HARI 04 : MADINAH - MAKKAH

Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Kemudian jemaah diminta membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas), jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa’i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.

HARI 05 : MAKKAH

Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Selepas sarapan jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis, tapak rumah Abu Bakar, tapak rumah Saidina Omar, tapak rumah Siti Khatijah ( Isteri Nabi ), Tapak rumah Abu Lahab, Rumah kelahiran Nabi Muhammad, Masjid Jin ( tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin), Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi ), Perkuburan Ma’ala (tempat Siti Khatijah dikebumikan) dan Pasar zink untuk melihat kawasan membeli belah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

Ceramah agama diadakan sama ada selepas Asar atau selepas Isya’ di dewan makan hotel.

HARI 06 : MAKKAH

3

Page 4: Hubungi Andalusia

Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

HARI 07 : MAKKAH

Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah dan seterusnya jemaah bebas untuk beribadat di Masjidil Haram dan ziarah di kawasan sekitar yang berhampiran.

HARI 08 - 10 : MAKKAH

Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“pada ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka’abah”ZIARAH PILIHAN JEMAAH

A. Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan tempat bersejarah di sekitar Hudaibiyah (Syumaisi) termasuk perigi Saidina Othman dan seterusnya bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah. Sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi jemaah akan dibawa melawat ke muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (kilang kelambu ka’abah) sebelum balik ke Masjidil Haram. Insya’Allah….(lawatan ini tidak termasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan ketua rombongan sebelum hari yang keenam dengan perbelanjaan tambahan SR30 seorang)B. Sekiranya ada permintaan jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera’ tempat Nabi menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isha’. (perbelanjaan tambahan SR15 seorang. Jemaah mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki)

HARI 11 - 12 : MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR

Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa kelapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan. SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH.NOTA PENTING

1) Bagi jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah mereka kepada guru agama / pembimbing untuk kelancaran umrah.2) Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah.3) Dinasihatkan jemaah membawa sepersalinan pakaian di dalam hand luggage.WAKTU MAKAN

1. Sarapan pagi selepas subuh.2. Makan tengahari selepas Zohor3. Makan petang selepas Asar (di Makkah sahaja)4. Makan malam selepas Isya’5. Minum panas/sejuk/roti 24 jam (di Makkah sahaja)

Makluman : Ini adalah aturcara am, semua jemaah akan melalui aturcara yang tidak jauh berbeza kecuali tempat mendarat (Jeddah atau Madinah), masa dan jumlah hari.

4

Page 5: Hubungi Andalusia

saudi air umrah biasa 2014MAKLUMAT AM - ANDALUSIA TRAVEL & TOURS

1. Keterangan Harga Pakej

2. Perlindungan Insurans / Takaful

3. Permohonan Visa Umrah Ziarah

4. Penempahan

5. Ziarah Pilihan, Perkhidmatan Lain, Kursus

6. Pembatalan Pakej

7. Maklumat Hotel

8. Elaun Bagasi

9. Panduan Pakaian/Keperluan Untuk dibawa ke Tanah Suci

KETERANGAN HARGA PAKEJ

Harga Pakej Termasuk:

Tiket penerbangan kelas ekonomi.

Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api.

Membantu permohonan Visa Umrah (Tertakluk kepada kelulusan)

Penginapan, Makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara. 

Segala lawatan di dalam aturcara (kecuali Ziarah Pilihan) 

Umrah 3 kali bersama mutawwif.

Beg pakaian besar & kecil, beg sandang, beg hamper & buku panduan umrah (TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN)

Insuran Berkelompok ( Bagi jemaah berumur 18 - 65 tahun sahaja pada hari penerbangan) 

Manfaat kematian/kecacatan kekal RM 10,000.

Notis: Perlindungan takaful ini tidak melindungi diri daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan

atau kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi sepanjang perjalanan.

Selaras dengan Jadual Akta ke-4, Akta Industri Pelancongan, Jemaah /anggota pelancongan

dinasihatkan membeli perlindungan insuran perjalanan. 

PAKEJ INI TIDAK TERMASUK

Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.

Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan

(Notis: Jemaah perlu menjaga beg masing-masing semasa di dalam perjalanan)

Bayaran lebihan timbangan bagasi.

Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan

terbang dan/atau surcaj bahan api.

Tambahan visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.

Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan

CENDERAMATA

Beg pakaian besar & kecil, beg sandang, beg kain solat & buku panduan umrah dan air zam-zam 10 liter.

 

PERLINDUNGAN INSURANS / TAKAFUL

Pelindungan Pelan Takaful Bekelompok

(Termasuk di dalam semua pakej umrah Andalusia)5

Page 6: Hubungi Andalusia

Umrah

Ibadah Umrah

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan

berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya

dengan bercukur atau bergunting.

1. Beriham Dari Miqat 

Miqat Zamani: 

Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam

setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari

selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang

membawa kepada haram. 

Tanda Sempadan Tanah Haram:

Tan'im: Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.

Wadi Nakhlah: Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km.

Ja'ranah: Di sebelah timur sejauh 16 km.

Adhah: Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.

Hudaibiyah:

Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari Mekah.

Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan

tersebut.

Miqat Makani: 

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk

Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi

penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri

tersebut dan bagi mereka yang melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Manakala, selain dari

mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk

Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.

Juhfah:

Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.

Abyar Ali (Zul Hulaifah):

Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani

Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan

unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4

kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.

6

Page 7: Hubungi Andalusia

Qarnul Manazil:

Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan

miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.

Zaatu Irqin:

Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah

yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota

Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.

Yalamlam:

Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari

Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.

2. Tawaf

Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka?bah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar

Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka?at di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan

Maqam ( kalau mungkin) atau jauh darinya.

3. Saie

Setelah selesai shalat dua raka?at, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa?i umrah tujuh kali putaran,

dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa. 

Doa Bersaie: 

/ف-و/ز- و-ال ،6 /م 9ث إ =ل; ك م9ن/ م-ة- ال- Cو-الس ، 9ك- ت م-غ/ف9ر- 9م- ائ و-ع-ز- ، 9ك- ح/م-ت ر- -ات9 ب م=وج9 -ل=ك- أ س/- أ ;ي 9ن إ Cه=مC الل ، 9ك- د9ين ع-ل-ى 9ي /ب ق-ل ;ت/ -ب ث /ق=ل=وب9 ال م=ق-ل;ب- -ا ي Cه=مC الل

. Cه=مC الل 9ك- -اد-ت ب ع9 ن9 و-ح=س/ /ر9ك- ك و-ش= /ر9ك- ذ9ك ع-ل-ى ;ي -ع9ن أ Cه=مC الل -ى، /غ9ن و-ال /ع-ف-اف- و-ال jق-ى و-الت /ه=د-ى ال -ل=ك- أ س/- أ ;ي 9ن إ Cه=مC الل Cار9، الن م9ن/ Cج-اة و-الن Cة9، /ج-ن 9ال ب

ب- Cق-ر و-م-ا Cار9 الن م9ن/ 9ك- ب -ع=وذ= و-أ ، ع-م-ل6 و/- أ ق-و/ل6 م9ن/ /ه-ا -ي 9ل إ ب- Cق-ر و-م-ا Cة- /ج-ن ال -ل=ك- أ س/

- و-أ ، -ع/ل-م/ أ -م/ ل و-م-ا /ه= م9ن ع-ل9م/ت= م-ا ;ه9 =ل ك /ر9 /خ-ي ال م9ن/ -ل=ك- أ س/- أ ;ي 9ن إ

ع-م-ل6 و/- أ ق-و/ل6 م9ن/ /ه-ا -ي 9ل .إ

Yang bermaksud: Wahai Tuhan yang membalik-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu.

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang

meneguhkan keampunanMu, kesejahteraan daripada segala dosa, memperolehi Syurga dan terpelihara dari api

Neraka. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayat petunjuk, ketaqwaan, terpelihara dari

segala kesalahan dan kekayaan. Wahai Tuhanku, tolonglah aku supaya aku dapat menyebutMu, mensyukuri

dan beribadat kepadaMu dengan sebaik-baiknya. 

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku

tidak ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang

boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari

Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. 

Bukit Safa:

Ketika mendaki bukit Safa disunatkan membaca Firman Allah

t9يم ع-ل t9ر اك ش- Cه- الل C9ن ف-إ ا xر/ ي خ- -ط-وCع- ت و-م-ن/ 9ه9م-ا ب -طCوCف- ي -ن/ أ /ه9 -ي ع-ل -اح- ن ج= ف-ال- -م-ر- اع/ت و9- أ /ت- -ي /ب ال Cح-ج ف-م-ن/ Cه9 الل 9ر9 ع-ائ ش- م9ن/ و-ة- /م-ر/ و-ال الصCف-ا C9ن إ

Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah.

Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia

bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara

kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:

7

Page 8: Hubungi Andalusia

/ج-ز- -ن أ و-ح/د-ه=، Cه= الل C9ال إ -ه- 9ل إ ال- xص9يال- و-أ xة /ر- =ك ب 9ح-م/د9ه9 و-ب 9 /ع-ظ9يم ال Cه9 الل /ح-ان- ب و-س= ا x9ير -ث ك Cه9 9ل ل /ح-م/د= و-ال ا، x9ير -ب ك -ر= /ب ك- أ Cه= الل -ر، /ب -ك أ Cه= الل -ر /ب -ك أ Cه= الل -ر /ب -ك أ Cه= الل

-ه= ل م=خ/ل9ص9ين- Cاه= 9ي إ C9ال إ =د= -ع/ب ن و-ال- Cه= الل C9ال إ -ه- 9ل إ ال- و-ر9ق�ا، jدxا -ع-ب ت Cه= الل C9ال إ -ه- 9ل إ ال- ح-ق�ا، ح-ق�ا Cه= الل C9ال إ -ه- 9ل إ ال- و-ح/د-ه= اب- -ح/ز- األ/ م- و-ه-ز- /د-ه=، ع-ب -ص-ر- و-ن و-ع/د-ه=،

.الد;ين-

Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha

Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha

Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-

benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong

hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah

dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh

keikhlasan dan kejujuran.

Bukit Marwah:

Ketika mendaki bukit Marwah disunatkan membaca Firman Allah:

t9يم ع-ل t9ر اك ش- Cه- الل C9ن ف-إ ا xر/ ي خ- -ط-وCع- ت و-م-ن/ 9ه9م-ا ب -طCوCف- ي -ن/ أ /ه9 -ي ع-ل -اح- ن ج= ف-ال- -م-ر- اع/ت و9- أ /ت- -ي /ب ال Cح-ج ف-م-ن/ Cه9 الل 9ر9 ع-ائ ش- م9ن/ و-ة- /م-ر/ و-ال الصCف-ا C9ن إ

Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah.

Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia

bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara

kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:

/ج-ز- -ن أ و-ح/د-ه=، Cه= الل C9ال إ -ه- 9ل إ ال- xص9يال- و-أ xة /ر- =ك ب 9ح-م/د9ه9 و-ب 9 /ع-ظ9يم ال Cه9 الل /ح-ان- ب و-س= ا x9ير -ث ك Cه9 9ل ل /ح-م/د= و-ال ا، x9ير -ب ك -ر= /ب ك- أ Cه= الل -ر، /ب -ك أ Cه= الل -ر /ب -ك أ Cه= الل -ر /ب -ك أ Cه= الل

-ه= ل م=خ/ل9ص9ين- Cاه= 9ي إ C9ال إ =د= -ع/ب ن و-ال- Cه= الل C9ال إ -ه- 9ل إ ال- و-ر9ق�ا، jدxا -ع-ب ت Cه= الل C9ال إ -ه- 9ل إ ال- ح-ق�ا، ح-ق�ا Cه= الل C9ال إ -ه- 9ل إ ال- و-ح/د-ه= اب- -ح/ز- األ/ م- و-ه-ز- /د-ه=، ع-ب -ص-ر- و-ن و-ع/د-ه=،

.الد;ين-

Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha

Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha

Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-

benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong

hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah

dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh

keikhlasan dan kejujuran.

4. Bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting

Setelah selesai sa`i, pendekkanlah rambut kepala.

Dengan demikian, selesailah palaksanaan ibadah Umrah, dan bukalah pakaian ihram anda lalu gantilah

dengan pakaian biasa.

Mekah

Kelebihan-kelebihan Mekah Mukarramah: 

Allah Taala menamakannya Ummul Qura berpandukan firman Nya, yang bermaksud: Supaya engkau memberi

peringatan kepada penduduk Ummul Qura (Mekah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya.

8

Page 9: Hubungi Andalusia

Ia juga dinamakan dengan al-Baladul Amin (negeri yang aman) di dalam firman Allah s.w.t, yang bermaksud:

Demi buah tin dan zaitun dan bukit Tur Sina serta negeri (Mekah) yang aman ini. 

Juga firman Allah Taala, yang bermaksud: Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini; sedang engkau (wahai

Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas). 

Di antara namanya juga ialah Baitul Atiq dimana Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman, yang bermaksud:

Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu. 

Firman Nya juga, yang bermaksud: Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan

manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal kehidupan). 

Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah berdoa untuknya (Kaabah) dengan ucapannya, yang bermaksud: Dan (ingatlah)

ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata:

Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku dan anak-anakku dari

perbuatan menyembah berhala.

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (a.s.) berdoa dengan berkata:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai

jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara

mereka". Allah berfirman: (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri

juga dia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan

menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali. 

Allah Taala berfirman: yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat

tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh kamu Makam

Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan

berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidil Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-

orang yang bertawaf, orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk serta

sujud". 

Allah berfirman melalui kata-kata Nabi Ibrahim a.s, yang bermaksud: (Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku

telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tiada

tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya). 

Ketika kaum Quraisy mengusir Rasulullah s.a.w, baginda telah berdiri di atas sebuah bukit sambil memandang

ke arah Kota Mekah serta perkampungan-perkampungannya lalu berkata: Sesungguhnya aku mengetahui

bahawa engkau adalah negeri yang aku amat kasihi dan engkau juga adalah tanah yang Allah amat kasihi.

Sekiranya bukan kerana orang-orang musyrikin mengusir aku darimu tentu aku tidak akan keluar.

Terdapat riwayat di dalam dua kitab sahih: Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah

mengharamkan negeri ini (Kota Mekah) sewaktu Dia menciptakan langit dan bumi, Allah mengharamkannya

berterusan hingga ke hari Kiamat.

Rasulullah s.a.w juga telah berdiri di Jamrah Aqabah pada tahun pembukaan Kota Mekah lalu bersabda: Demi

Allah, sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik bumi Allah dan engkau juga adalah bumi Allah yang paling aku

kasihi, sekiranya aku tidak diusir tentu aku tidak keluar, sesungguhnya dalam Kota Mekah tidak dihalalkan

9

Page 10: Hubungi Andalusia

kepada sesiapapun sebelum aku, juga tidak dihalalkan kepada sesiapa selepasku dan aku sendiri hanya

dihalalkan seketika sahaja pada waktu siang hari, kemudian ia diharamkan, pokok yang ada padanya tidak boleh

ditebang atau mencabut tumbuhan kecil, barang yang hilang atau binatang yang sesat tidak boleh diambil

kecuali orang yang ingin mengumumkannya. 

Mekah adalah merupakan Tanah Haram Allah dan Tanah Haram Rasulullah s.a.w di mana di situ ada tanda-

tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim.

Masjidilharam

Kelebihan Masjidilharam:

Allah Taala juga menamakan Masjidilharam atau Kaabah dengan Baitul Atiq kerana Dia telah membebaskannya

dari bala tentera (bergajah), oleh itu bala tersebut tidak menimpa Kaabah. Allah telah menghantar burung Ababil

ke atas Abrahah dan tenteranya ketika cuba membinasakan Kaabah. (Dinamakan dengan Baitul Atiq juga)

kerana Allah membebaskan pengunjung-pengunjungnya dari api (Neraka) apabila kematian mereka ketika

berada dalam mentauhidkan Allah serta mengikut NabiNya (Islam). Kaabah dibina oleh bapa sekalian nabi-nabi

iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. dengan petunjuk daripada Allah s.w.t berpandukan

firmanNya:

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas

(tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada

kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dengan ini bapa

sekalian nabi-nabi telah membina masjid yang paling mulia di kawasan yang paling mulia. Allah Taala

mengkhususkan Masjidilharam dengan tidak boleh bersusuh payah untuk bermusafir melainkan kepadanya

(Masjidilharam), Masjid Nabi dan Masjidilaqsa, sebagaimana (dikhususkan juga) dengan digandakan pahala

sembahyang di dalamnya dimana sembahyang di Masjidilharam (digandakan) dengan seribu sembahyang.

Yang bermaksud: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan rupaNya yang Maha Mulia,

kekuasaan yang azali dari Syaitan yang direjam. Segala puji bagi Allah, dengan nama Allah wahai Tuhanku

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w). Tuhanku ampunkanlah dosa-dosaku dan

bukakanlah untukku kesemua pintu rahmatMu.

Adab-adab memasuki Kaabah:

Mandi, suci dari hadas kecil dan besar, tidak menolak-nolak, hati mestilah khusyuk serta merasa rendah diri,

mengeluarkan air mata sekiranya Allah s.w.t menghendakinya demikian, jangan meninggikan pandangan ke

arah atap Kaabah, tinggallah perkara itu untuk memuliakan dan membesarkan Allah Taala dan hendaklah

sentiasa mengingati Allah s.w.t. 

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya (yang bermaksud): "Menjadi suatu kepelikan kepada

seseorang Muslim ketika dia mengangkat pandangannya ke arah atap Kaabah apabila memasuki Kaabah.

Tinggallah perkara itu untuk memuliakan dan membesarkan Allah Taala". Ketika Rasulullah s.a.w memasuki

Kaabah, baginda tidak mengalih pandangannya dari tempat sujudnya sehinggalah baginda keluar. 

Nabi s.a.w memasuki Kaabah empat kali selepas berhijrah. 

Pertama: Di hari pembukaan Kota Mekah. 

10

Page 11: Hubungi Andalusia

Kedua: Pembukaan Kota Mekah yang kedua. 

Ketiga: Ketika mengerjakan Umrah qadha. 

Keempat: Ketika mengerjakan Haji Wida'.

Pahala memasuki Kaabah:

Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): "Sesiapa yang memasuki Kaabah lalu mengerjakan sembahyang

di dalamnya, bererti dia masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan dalam keadaan dia

diberikan keampunan". Pada lafaz yang lain: "Dia keluar dalam keadaan diampunkan dosanya".

Ibnu Umar r.a telah berkata tentang memasuki Kaabah: "Masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala

keburukan". Ata' berkata: "Sesungguhnya aku lebih suka mengerjakan sembahyang di dalam Kaabah sebanyak

dua rakaat dari mendirikan sembahyang empat rakaat di Masjidilharam".

Diriwayatkan daripada Yahya bin Ju'dah bin Hubairah tentang firman Allah:

Yang bermaksud: Sesiapa yang memasuki Kaabah akan mendapat keamanan. Katanya: "Keamanam dari api

Neraka".

Al-Hafiz Abu Tahir As-Salafi Rahmatullah mendendangkan nasyid kepada dirinya sendiri ketika memasuki

Kaabah:

Yang bermaksud:

  Adakah selepas memasuki Kaabah Allah akan menjamin

  Adakah akan tertinggal dosa-dosa dan kesalahan yang tersembunyi.

 Maka maha sucilah setiap perkara tadi, bahkan akan dimaafi segala-galanya

  dan akan kembali seseorang itu dalam keadaan beriman dan gembira.

Kelebihan Melihat Kaabah: Ibnu Abbas r.a berkata: "Memerhatikan Kaabah akan mengukuhkan iman". Hamad

bin Abi Salamah Rahimahullah berkata: "Orang yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang

bersungguh-sungguh dalam beribadat".

Mujahid berkata: "Memerhatikan Kaabah merupakan ibadat". Said bin Musayyab berkata: "Sesiapa yang

memerhatikan Kaabah dengan penuh keimanan dan kepercayaan, akan gugurlah segala kesalahan dan

dosanya sebagaimana ketika dia dilahirkan".

Hajarulaswad

Kelebihan Hajarulaswad:

1.

Berdasarkan kepada bukti-bukti yang nyata, Rasulullah s.a.w telah mengucup Hajarulaswad. Selepas baginda mengucupnya para sahabat serta seluruh umat Islam terus mengucupnya hingga ke hari Kiamat kerana mengikuti Rasulullah s.a.w dalam perkara ini.

2. Saidina Umar bin Al-Khattab r.a telah memberi peringatan kepada seluruh umat Islam dari beriktikad bahawa terdapat sesuatu yang boleh memberi manfaat dan kemudaratan selain daripada Allah s.w.t. Terdapat riwayat di dalam kitab Sahih bahawa Saidina Umar bin Al-Khattab r.a pernah berkata: Demi Allah! Sesungguhnya aku telah menyedari bahawa kamu hanyalah batu, tidak boleh memberi manfaat dan kemudaratan. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah s.a.w

11

Page 12: Hubungi Andalusia

mengucupmu, tentu aku tidak akan mengucupmu.

3.

Terdapat riwayat sahih bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Allah akan membangkitkan Hajarulaswad pada hari Kiamat dengan mempunyai dua mata yang dapat melihat dan lidah yang dapat berkata-kata. Ia akan menjadi saksi kepada sesiapa yang mengucupnya dengan keadaan yang sebenar. Imam Tirmizi mensahihkan hadis Rasulullah s.a.w dimana baginda bersabda: Hajarulaswad diturunkan dari Syurga dalam keadaan lebih putih daripada susu tetapi telah dihitamkan dengan kesalahan dan dosa anak-anak Adam. Di dalam lafaz yang lain: Sehinggalah telah dihitamkan oleh kesalahan dan dosa golongan syirik (yang menyekutukan Allah).

Maqam Nabi Ibrahim a.s:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud): Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s

diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Allah telah padamkan cahaya keduanya, jika tidak tentu

cahayanya akan menerangi antara timur dan barat. 

Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s

diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Jika kedua-duanya tidak dihapuskan oleh kesalahan dan

dosa anak-anak Adam, tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat.

Air Zamzam:

Rasulullah s.a.w bersabda (mengenai air Zamzam): "Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan makanan yang

mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit".

1.Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya".

2.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit."

3.Ketika Muawiah bin Abu Sufian r.a mengerjakan ibadat Haji, beliau telah meminum air Zamzam dan berkata: "Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya".

4.Ibnu Abbas r.a berkata: "Kami menamakannya (iaitu air Zamzam) sebagai pengenyang. Air Zamzam itu boleh memberi nikmat yang menolong anak-anak kecil".

5. Katanya lagi: "Minumlah dari minuman yang menyembuhkan iaitu air Zamzam".

6.Katanya lagi: Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w meraikan seseorang lelaki, baginda akan meraikannya dengan memberi minum air Zamzam.

Doa Di Multazam

Doa Di Multazam:

ما نعمك جميع على أعلم لم وما منها علمت ما محامدك، بجميع أحمدك مزيدك، ويكافئ نعمك، يوافي حمدا الحمد لك اللهم

حال كل وعلى أعلم لم وما منها علمت

Yang bermaksud: Wahai Tuhanku, untukMu segala puji yang menyamai nikmatMu dan menandingi kelebihanMu,

aku memuji Engkau dengan segala puji yang aku ketahui, dengan apa yang aku tidak ketahui terhadap segala

nikmat Engkau yang aku ketahui dan yang aku tidak ketahui serta terhadap segala rupa keadaan.

وبارك رزقتني بما وقنعني سوء، كل من وأعذني الرجيم، الشيطان من أعذني اللهم محمد آل وعلى محمد على وسلم صل اللهم

فيه لي

12

Page 13: Hubungi Andalusia

Yang bermaksud: Wahai Tuhanku, sanjungkanlah Muhammad dan sejahterakanlah baginda serta keluarganya.

Wahai Tuhanku! Lindungilah aku dari syaitan yang terkutuk, lindungilah aku dari segala kejahatan dan jadikanlah

diriku merasa puas terhadap apa yang telah Engkau rezekikan serta kurniakanlah keberkatan untukku.

العالمين رب يا ألقاك حتى االستقامة سبل وألزمني عليك، وفدك أكرم من اجعلني اللهم

Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku dari orang yang paling mulia yang datang kepadaMu dan

kekalkanlah aku dalam jalan istiqamah sehingga aku berjumpaMu wahai Tuhan sekalian alam.

Maqam Nabi Ibrahim a.s

Nabi Ibrahim a.s:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud): Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s

diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Allah telah padamkan cahaya keduanya, jika tidak tentu

cahayanya akan menerangi antara timur dan barat. 

Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s

diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Jika kedua-duanya tidak dihapuskan oleh kesalahan dan

dosa anak-anak Adam, tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat.

Zikir dan Doa :

1.Disunatkan membaca firman Allah Taala: ( Cخ9ذ=وا 9 م9ن/ و-ات اه9يم- م-ق-ام /ر- 9ب م=ص-ل�ى إ )Yang bermaksud: Dan kamu jadikanlah Maqam Ibrahim itu tempat sembahyang.

2.Disunatkan menunaikan sembahyang dua rakaat dengan membaca al-Fatihah dan surah al-Kafirun pada rakaat pertama manakala pada rakaat kedua membaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.

3.

Seterusnya berdoa dengan menyebut:

الرحيم الغفور أنت إنك لي فاغفر النار من بك العائذ مقام وهذا سيئة وأعمال كبيرة، بذنوب أتيتك عبدك، وابن عبدك أنا اللهم

Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Aku hambaMu dan anak hambaMu, aku datang kepadaMu dengan dosa-dosa yang besar dan pekerjaan yang buruk dan inilah tempat perlindungan denganMu dari Neraka, oleh itu ampunilah aku kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Air Zamzam

Air Zamzam:

Rasulullah s.a.w bersabda (mengenai air Zamzam): "Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan makanan yang

mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit".

1.Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya".

2.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit."

3. Ketika Muawiah bin Abu Sufian r.a mengerjakan ibadat Haji, beliau telah meminum air Zamzam dan berkata: "Air

13

Page 14: Hubungi Andalusia

Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya".

4.Ibnu Abbas r.a berkata: "Kami menamakannya (iaitu air Zamzam) sebagai pengenyang. Air Zamzam itu boleh memberi nikmat yang menolong anak-anak kecil".

5. Katanya lagi: "Minumlah dari minuman yang menyembuhkan iaitu air Zamzam".

6.Katanya lagi: Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w meraikan seseorang lelaki, baginda akan meraikannya dengan memberi minum air Zamzam.

Madinah

Ziarah Madinah

Pengharaman Kota Madinah dan Sempadan Haramnya Rasulullah s.a.w mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah mengharamkan Kota Mekah al-Mukarramah. Rasulullah s.a.w bersabda: (Madinah) Kawasan yang berada di antara dua batu hitam merupakan kawasan haram.

Sempadan Haram Kota Madinah Munawwarah:

1.

Kawasan yang terletak di antara dua batu hitam: Dua batu hitam ialah: Dua gurun yang panas di timur dan suatu ketika dahulu dikenali dengan gurun Waqim manakala gurun di baratnya pula dikenali dengan gurun Wabrah.

2.

Pengharaman kawasan yang terletak di antara dua gurun dan ketiga-tiga perlembahannya iaitu Jama' Tadaru', Jama' Ummu Khalid dan Jama' Aqil atau Aqir iaitu bukit-bukit kecil yang memanjang ke perlembahan Aqiq dari sebelah barat telaga Urwah (berhampiran Universiti Islam).

3. Pengharaman kawasan antara Thur dan 'Ier.

*Thur ialah bukit kecil di belakang bukit Uhud. Ia berwarna merah. Kini di sebelah belakangnya terdapat jalan menuju ke lapangan terbang.

*'Ier ialah bukit hitam besar yang terletak di sebelah barat daya Zul Hulaifah (kini dikenali dengan Abar Ali). Terdapat lebuhraya di lereng sebelah baratnya.

1.

Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t kerana ia merupakan: Tempat Nabi s.a.w berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda. Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat bertahan di akhir zaman nanti. Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri daripada Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. Ia merupakan negara terakhir di dunia ini yang diruntuhkan. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan Hadis-hadis. Ia adalah Haram Allah dan RasulNya s.a.w (Haramain).

2.

Sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah s.w.t akan membalasnya seperti garam yang larut di dalam air. Ianya terhindar dari segala keburukan atau kejahatan kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berdoa untuknya yang bermaksud: Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap menyintai Kota Madinah sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Mekah, bahkan lebih dari itu.

Masjid Nabi

Kelebihan Masjid Nabi14

Page 15: Hubungi Andalusia

Masjid Nabi s.a.w merupakan masjid kedua di dalam Islam yang mempunyai kelebihan serta kedudukan di sisi Allah Azza Wajalla dan yang mempunyai ganjaran pahala berlipat ganda terhadap seseorang yang menunaikan sembahyang di dalamnya serta orang yang bertujuan menziarahinya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (Masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa"

Telah ditetapkan bahawa kepada sesiapa yang mendirikan sembahyang di masjid Nabi s.a.w akan memperolehi ganjaran yang sangat besar. Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram."

Raudhah Al-Musyarrafah Adab-adab Menziarahi Rasulullah s.a.w:

1. Merendahkan suara ketika menziarahi Rasulullah s.a.w merupakan adab ketika bersama Rasulullah s.a.w dan mentaati firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara percakapan kamu melebihi suara percakapan Nabi s.a.w dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa menghadapkan percakapan kepadanya sebagaimana sesetengah kamu menyaringkan suaranya semasa menghadapkan percakapan kepada sesetengah yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amalan-amalan kamu tidak terhapus pahalanya sedang kamu tidak menyedari". Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya (semasa mereka berada) di sisi Rasulullah s.a.w, Allah s.w.t tidak akan menghapuskan amalan-amalannya

2. Sesungguhnya ayat ini telah diturunkan kepada Thabit bin Qais r.a kerana beliau telah meninggikan suara kerana terlalu takut kepada Allah. Beliau duduk di rumah sambil menangis lalu berkata: Suara akulah yang paling tinggi di kalangan para sahabat ketika berada di sisi Rasulullah s.a.w. Ayat ini tentu telah ditujukan kepadaku. Apabila Rasulullah s.a.w menyedari kehilangannya, baginda mengutuskan supaya mencarinya. Apabila utusan tesebut sampai di rumah keluarganya, mereka berkata: Itu dia, di dalam rumahnya. Air matanya masih berlinangan semenjak beberapa hari. Apabila mereka masuk menemuinya, beliau berkata bahawa ayat tersebut telah ditujukan kepadanya. Kemudian beliau telah dibawa menemui Rasulullah s.a.w. Baginda menenangkannya dan memberitahu kepada beliau berita gembira tentang Syurga (yang dijanjikan untuknya).

3. Diriwayatkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a pernah berkata: Tidak sepatutnya meninggikan suara di sisi Nabi s.a.w samada ketika baginda masih hidup ataupun telah wafat.

4. Apabila Saidatina Aisyah r.a mendengar suara memacak atau seseorang sedang memaku di rumah yang berhampiran, beliau akan memberitahu penghuninya dengan berkata: Janganlah kamu menyakiti Rasulullah s.a.w.

5. Saidina Umar bin Al-Khattab r.a telah melihat dua orang lelaki sedang bermaki hamun di dalam Masjid Nabi s.a.w. Beliau mengutuskan salam kepada mereka berdua agar menemuinya. Ketika mereka datang menghampirinya, beliau bertanya: Dari manakah kamu berdua? Mereka menjawab: Dari Taif. Saidina Umar r.a berkata: Sekiranya kamu berdua berasal dari penduduk Madinah nescaya aku akan memukul kamu berdua kerana sesungguhnya masjid kita ini tidak boleh ditinggikan suara.

Masjid Quba'

1. Masjid pertama di Madinah Munawwarah. Allah s.w.t memuji masjid ini dan orang yang mendirikan sembahyang di dalamnya dari kalangan penduduk Quba' dengan FirmanNya yang bermaksud: Kerana

15

Page 16: Hubungi Andalusia

sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (menyucikan) dirinya dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). Nabi s.a.w telah bersabda kepada mereka: Apakah yang kamu lakukan sehingga Allah telah memperelokkan kamu dengan pujiannya?Mereka berkata: Kami telah menghimpunkan di antara batu dan air untuk bersuci.

2.

Telah diceritakan bahawa Nabi s.a.w menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin.

Sabda Nabi s.a.w lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.

3.Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah.

PAKAIAN LELAKI PAKAIAN WANITA

Tuala Ihram 2 Telekong Solat 2

Tali pinggang 1 Mini Telekong 2

Baju Biasa 2 Baju Kurung 3

Baju Melayu 2 Baju Maxi 2

Singlet Berlengan 4 Baju Tidur & Seluar Panjang 2

Seluar Panjang 2 Stokin 3

Kain Pelikat 3 Sarung Tangan 1

Tuala Mandi 2 Tuala Mandi 2

Tuala Kecil 1 Tuala Kecil 1

Stokin 2

Selipar Getah 1 Selipar Getah 1

Kasut Biasa 1 kasut Biasa 1

LAIN-LAIN

16

Page 17: Hubungi Andalusia

Buku Doa (kecil) 1

Penyangkut Baju 5

Beg Pakaian(Besar)-Berkunci 1

Gunting Kecil 1

Beg Sejadah 1

Lencana Nama 1

Beg Bimbit Sederhana 1

Ubat Gigi 1

Berus Gigi 1

Sabun Mandi 1

Uncang Besar 1

17