hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan...

25
HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU DI BAHAGIAN KEDUA SRI AMAN, SARAWAK LIEW LEE LEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 22-Feb-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK

BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU DI BAHAGIAN KEDUA

SRI AMAN, SARAWAK

LIEW LEE LEE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOCI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS+

JUDUL: HUBlJNCAN TAHAP STRES DENCAN KECENDERUNCAN HENDAK

BERHENTI KERJA D l KALANCAN GURU-ClIRU Dl BAHACIAN

KEDUA SRI AMAN, SARAWAK

Saya LlEW LEE LEE (HIIRUF BESAR)

rnengaku rnernbenarkan tesis (PSMiSar.jana1 Iloktor falsafah)* ini disirnpan di Perpustakaan [Jnivcrsiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut:

1 . 'I'esis adalah hakrnilik llniversiti Teknologi rnalaysia. 2. I'erpustakaan Universiti teknologi Malaysia dibcnarkan rncmbuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan rnernbuat salinan tesis ini scbagai bahan pertukaran antara institusi

penga,jian tinggi. 4. ** Sila tanda (4)

(Mengandungi rnaklurnat yang berdarjah keselarnatan atau SU LIT kepentingan Malaysia seperti yang terrnaktub dalarn

AKTA KAHSIA KASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi rnaklurnat TERHAD jang telah ditentukan olch organisasil badan di rnana penyelidikon di.jalankan)

TlDAK TERHAD

(I'ANDAIANGAN PENCILIS) ( , I ' A ~ ~ I ~ A T A N G A N E'ENY E1,IA)

Alarnat Tetap:

No. 429, L ~ P 1, Jln Wan Abdul Hahman. Kenyalang Park

PHOF.ICIADYA SYED M O t I D SIiAVEO BIN SYEI) MANSOH A1,HABSHI

93300 Kuching, Sarawak. (Narna Penyelia)

'l'arikh : 2 1 April 2006 Tarikh : I@ -04- - 06 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** .lika tesis ini SULI'I'atau TEKkiAI). sila larnpirkan surat daripoda pihak berkuasa Iorganisasi berkenaan dengan rnenyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau l'F.KtIAI). 'l'esis dirnaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor FalsaPah dan Sarjana secara penyelidikan, atou disertasi bagi pengajian sccara kcrja kursus dan penyelidikan. atau 1,aporan Pro-jek Sarjana Muda (I'SM)

Page 3: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)".

Tandatangan : . . . . . . . . . . . . . . . . . . Nama Penyelia : ~ ) g C I ~ a d ~ a Syed hohd Shafeq B Syed Mansor Alhabshi

Tarikh : 2 1 April 2006

Page 4: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK

BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU DI BAHAGIAN KEDUA SRI

AMAN, SARAWAK

LIEW LEE LEE

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan.

(Kejuruteraan Elektrik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2006

Page 5: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Nama Penulis : . . Liew . . . . . . . . . . , . . . . . . . Lee . . . . . . . . . . . . . . Lee . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Tar i kh : 21 April 2006 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Page 6: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

iii

DEDIKASI

Buat ayah dan ibu yang tersayang…

Liew Chaw Min

Voon Jun Nah

… terima kasih atas doa, nasihat dan sokongan moral yang diberikan sepanjang saya

menuntut ilmu di Universiti Teknologi Malaysia

Buat kakak-kakak dan adik yang dikasihi…

Liew Suk Fang

Liew Suk Huang

Liew Suk Ngo

Liew Suk Lan

Liew Thau Kuan

doa dan sokongan yang anda berikan sentiasa dalam ingatan.

Page 7: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia

tesis Prof. Madya Syed Mohd. Shafeq Bin Syed Mansor Alhabshi atas bimbingan,

tunjuk ajar dan dorongan beliau dalam menyiapkan tesis saya ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang terlibat iaitu

sekolah menengah kebangsaan Sri Aman, sekolah menengah kebangsaan Simanggang

dan sekolah menengah kebangsaan St. Luke di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak.

Kerjasama dari mereka amatlah dihargai.

Tidak lupa juga saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan saya yang

sentiasa memberi sokongan moral sepanjang saya menyiapkan tesis ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan tahap stres dengan

kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua Sri

Aman, Sarawak. Tiga buah sekolah menengah iaitu sekolah menengah kebangsaan Sri

Aman, sekolah menengah kebangsaan Simanggang dan sekolah menengah kebangsaan

St. Luke terlibat dalam kajian ini dengan 177 orang guru diambil secara rawak

bersistematik sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah dalam

bentuk soal selidik. Soal selidik ini mengandungi “Job Related Tension” untuk

mengukur tahap stres, manakala untuk mengukur kecenderungan hendak berhenti kerja

pengkaji menggunakan “Propensity To Leave Index”. Perisian Statistical Packages For

Social Science (SPSS) version 11.5 telah digunakan untuk memproses data. Sementara

itu, data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi.

Secara keseluruhannya kekuatan hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak

berhenti kerja adalah berada pada tahap rendah.

Page 9: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the relationship stress and the intention

to leave the job among teachers in second distinct Sri Aman, Sarawak. There are three

secondary school involve in this research such as sekolah menengah kebangsaan Sri

Aman, sekolah menengah kebangsaan Simanggang dan sekolah menengah kebangsaan

St. Luke and 177 teachers have been taken randomly as systematic. The questionnaires

have been chosen as research instrument. The questionnaire contents Job Related

Tension for stress measurement, while Propensity To Leave Index is used by researcher

to measure the intention to leave the job among teachers. Statistical Packages For Social

Science (SPSS) version 11.5 software been used for analyzed data. Meanwhile, the

descriptive and inference statistic are used to analyze collection of data. As a conclusion,

analysis shows that low relationship of stress and the intention to leave the job among

teachers.

Page 10: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN DIRI ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Model Kajian 12

1.8 Definisi Konsep 13

Page 11: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

viii

1.8.1 Guru 13

1.8.2 Stres 13

1.8.3 Sekolah 13

1.8.4 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 14

1.9 Kepentingan Kajian 14

1.10 Skop Kajian 15

1.11 Kesimpulan 15

2 SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Teori Stres 16

2.3 Tahap Stres Guru 17

2.4 Punca Stres 19

2.4.1 Peraturan Sekolah 19

2.4.2 Beban Tugas 20

2.4.3 Hubungan Interpersonal 20

2.4.4 Masalah Pelajar 21

2.5 Tahap Stres Dari Segi Demografi 21

2.5.1 Jantina 21

2.5.2 Status Perkahwinan 22

2.5.3 Pengalaman Mengajar 23

2.6 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 24

2.7 Kesimpulan 26

3 METODOLOGI KAJIAN 27

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk Kajian 27

3.3 Prosedur Kajian 28

Page 12: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

ix

3.4 Tempat Kajian 29

3.5 Pembolehubah Kajian 29

3.6 Persampelan 31

3.7 Instrumen Kajian 32

3.7.1 Bahagian A – Demografi 33

3.7.2 Bahagian B – Alat Ukur Bahagian B – Tahap Stres 33

3.7.2.1 Kebolehpercayaan Alat Ukur Tahap

Stres 34

3.7.2.2 Permarkatan Indeks Tahap Stres 34

3.7.3 Bahagian C – Punca Stres 35

3.7.3.1 Kebolehpercayaan dan Kesahan 36

Alat Ukur Punca Stres

3.7.3.2 Cara Permarkatan “ Indeks Punca Stres ” 37

3.7.4 Bahagian D – Kecenderungan Hendak Berhenti

Kerja (Propensity To Leave Index) 39

3.8 Hubungan Tahap Stres Dengan Kecenderungan Hendak

Berhenti Kerja 41

3.9 Analisis Data 41

3.10 Kesimpulan 42

4 ANALISIS DATA 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 45

4.3 Analisis Deskriptif 47

4.3.1 Keputusan Analisis Deskriptif Tahap Stres 47

4.3.2 Keputusan Analisis Deskriptif Punca Stres 48

4.3.3 Keputusan Analisis Deskriptif Kecenderungan

Hendak Berhenti Kerja 54

4.4 Bahagian B : Laporan Analisis Inferensi 55

4.5 Kesimpulan 79

Page 13: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

x

5 RINGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 80

5.1 Pengenalan 80

5.2 Perbincangan Analisis Deskriptif Tahap Stres, Punca

Stres Dan Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 81

5.2.1 Tahap Stres 81

5.2.2 Punca Stres 82

5.2.3 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 83

5.3 Perbincangan Analisis Inferensi Tahap Stres, Punca

Stres Dan Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 84

5.3.1 Tahap Stres Dari Segi Demografi 84

5.3.2 Punca Stres Dari Segi Demografi 86

5.3.3 Kecenderungan Hendak berhenti Kerja Dari

Segi Demografi 87

5.4 Perbincangan Hubungan Tahap Stres Dengan

Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 87

5.5 Cadangan Tindakan 88

5.6 Cadangan Untuk Pengkaji Akan Datang 89

5.7 Kesimpulan 90

BIBLIOGRAFI 91-96

LAMPIRAN

Page 14: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan item setiap bahagian dalam soal selidik 28

3.2.1 Pembolehubah bebas 30

3.2.2 Pembolehubah bersandar 30

3.3 Bilangan guru dalam sekolah yang terpilih 31

3.4 Senarai bilangan guru dalam sekolah di bahagian

kedua Sri Aman, Sarawak 32

3.5 Nilai alpha alat ukur tahap stres oleh pengkaji yang

lepas 34

3.6 Markat skor bagi menentukan stres 35

3.7 Alat ukur bahagian C – Punca stres 36

3.8 Nilai alpha alat ukur punca stres oleh pengkaji yang

lepas 37

3.9 Pembahagian skor punca stres 37

3.10 Nilai skor bagi item-item positif dan negatif bagi punca

stres 38

3.11 Jadual pemberian markat bagi indeks kecenderungan

hendak berhenti kerja 39

3.12 Skor permarkatan tahap kecenderungan hendak berhenti

kerja 40

3.13 Tahap Hubungan Korelasi 41

Page 15: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

xii

4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut jantina 45

4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

status perkahwinan 46

4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

pengalaman mengajar 46

4.4 Keputusan analisis tahap stres dalam bilangan dan

peratusan di kalangan responden 47

4.5 Keputusan analisis deskriptif punca stres di kalangan

guru-guru 48

4.6 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap

item di sub skala (Peraturan Sekolah) 49

4.7 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap

item di sub skala (Beban Tugas) 50

4.8 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap

item di sub skala (Hubungan Interpersonal) 51

4.9 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap

item di sub skala (Masalah Pelajar) 53

4.10 Keputusan analisis kecenderungan hendak berhenti

kerja dalam bilangan dan peratusan di kalangan

responden 54

4.11 Keputusan analisis ujian-t tahap stres antara guru

lelaki dan guru perempuan 55

4.12 Keputusan analisis ujian-t tahap stres antara guru

sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 56

4.13 Analisis skor min tahap stres mengikut kumpulan

pengalaman mengajar 57

4.14 Analisis anova satu hala tahap stres mengikut

pengalaman mengajar 58

Page 16: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

xiii

4.15 Keputusan analisis ujian-t punca stres (peraturan

sekolah) antara guru lelaki dan guru perempuan 59

4.16 Keputusan analisis ujian-t punca stres (beban tugas)

antara guru lelaki dan guru perempuan 60

4.17 Keputusan analisis ujian-t punca stres (hubungan

interpersonal) antara guru lelaki dan guru perempuan 61

4.18 Keputusan analisis ujian-t punca stres (masalah pelajar)

antara guru lelaki dan guru perempuan 62

4.19 Analisis ujian-t punca stres (peraturan sekolah) antara

guru sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 63

4.20 Analisis ujian-t punca stres (beban tugas) antara guru

sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 64

4.21 Analisis ujian-t punca stres (hubungan interpersonal)

antara guru sudah berkahwin dan guru belum

berkahwin 65

4.22 Analisis ujian-t punca stres (masalah pelajar) antara

guru sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 66

4.23 Analisis skor min punca stres (peraturan sekolah)

mengikut pengalaman mengajar 67

4.24 Analisis anova satu hala punca stres (peraturan sekolah)

mengikut pengalaman mengajar 68

4.25 Analisis skor min punca stres (beban tugas) mengikut

pengalaman mengajar 69

4.26 Analisis anova satu hala punca stres (beban tugas)

mengikut pengalaman mengajar 70

4.27 Analisis skor min punca stres (hubungan interpersonal)

mengikut pengalaman mengajar 71

4.28 Analisis anova satu hala punca stres (hubungan

interpersonal) mengikut pengalaman mengajar 72

4.29 Analisis skor min punca ptres (masalah pelajar)

mengikut pengalaman mengajar 73

Page 17: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

xiv

4.30 Analisis anova satu hala punca stres (masalah pelajar)

mengikut pengalaman mengajar 74

4.31 Analisis ujian-t kecenderungan hendak berhenti kerja

(PLI) antara guru lelaki dan guru perempuan 75

4.32 Analisis ujian-t kecenderungan hendak berhenti kerja

(PLI) antara guru sudah berkahwin dan guru belum

berkahwin 76

4.33 Analisis skor min kecenderungan hendak berhenti kerja

(PLI) mengikut kumpulan pengalaman mengajar 77

4.34 Analisis anova satu hala kecenderungan hendak berhenti

kerja (PLI) mengikut kumpulan pengalaman mengajar 78

4.35 Analisis hubungan tahap stres dengan kecenderungan

hendak berhenti kerja (PLI) 79

Page 18: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik

B Surat kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia

C Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

D Jadual penentuan saiz sample

Page 19: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bidang perguruan merupakan profesion yang penting di dalam melahirkan

generasi muda ke arah membangunkan kemajuan sesebuah Negara. Sehubungan dengan

ini, peranan pendidik amatlah diperlukan dan dihargai dalam merealisasikan wawasan

2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju dan seimbang dari

segi jasmani, emosi, intelek dan rohani.

Kita tahu bahawa peranan utama guru ialah mengajar dan mendidik para pelajar

di sekolah. Tetapi, tanggungjawab guru bukan sekadar itu sahaja, guru-guru juga perlu

menjalankan aktiviti lain seperti Kokurikulum, kelas tambahan, menghadiri kursus,

menyediakan alat bantu mengajar dan lain-lain. Di samping itu, mereka perlu sentiasa

mengikuti perubahan pendidikan yang semakin menuju ke alam teknologi. Ini dapat

dilihat bahawa Negara kita telahpun melaksanakan Pembelajaran Berbantukan

Komputer. Maka guru-guru perlu menyesuaikan reformasi pendidikan serta sentiasa

melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan teknologi.

Page 20: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

2

Dengan tanggungjawab serta beban kerja yang berat perlu dipikul oleh seseorang

guru, maka secara langsung akan tercetusnya dilema antara penekanan peribadi dengan

penekanan profesionalisme dan akhirnya boleh menyebabkan seseorang guru itu

mengalami masalah stres. Stres atau ketegangan bukanlah satu penyakit, tetapi jika

tidak dikawal boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Stres adalah satu ciri hidup yang

kontemporari. Pada kelazimannya, istilah stres digunakan apabila hendak memberikan

penjelasan ketika berlaku ketegangan. Walaupun tahap ketegangan adalah bergantung

kepada jumlah stres atau seriusnya stres itu ke atas seseorang individu oleh persekitaran

fizikal dan sosial (Head dan Hill, 1996).

Umumnya, kebanyakan orang akan mengalami stres disebabkan oleh kegagalan

mereka untuk menyesuaikan diri dengan tekanan yang dihadapi. Maka tidak hairan juga

jika seseorang guru akan mengalami stres akibat daripada beban tugas serta tekanan

yang dihadapi. Sebagai contoh dalam perlaksanaan matapelajaran sains dan matematik

yang perlu diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dan sekolah menengah yang

bermula pada tahun 2003 oleh cabinet (Berita minggu, 21 Julai 2002). Ini sedikit

sebanyak akan menimbulkan tekanan kepada guru berkenaan. Stres perlu dipandang

serius kerana ia boleh mendatangkan kesan yang positif dan negatif sekiranya tidak

diurus atau ditangani dengan betul.

Stres boleh mendatangkan kesan yang positif sekiranya kita dapat menerima dan

mengurusnya dengan betul. Ini kerana stres akan menjadikan kita biasa dengan tekanan

yang dihadapi dan ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri dalam sesuatu profesion.

Sebaliknya jika stres yang dihadapi tidak dapat diuruskan dengan betul, maka akan

timbul kesan-kesan yang negatif seperti tiada keyakinan, tidak bersemangat, tidak

bermotivasi, hilang kesabaran dan akhirnya mungkin akan memilih meninggalkan

profesionnya. Memandangkan stres sangat mempengaruhi profesion perguruan, maka

guru-guru perlu berupaya mengatasi masalah stres demi mencapai kejayaan bersama

untuk diri sendiri, Negara dan masyarakat.

Page 21: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah stres telah melanda profesion perguruan sejak dahulu lagi, perkara ini

perlu dipandang serius kerana ia boleh mengugat profesion perguruan serta menjejaskan

prestasi guru dalam melaksanakan tugas sehariannya. Tambahan pula dengan pelbagai

perubahan dan reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tugas

guru semakin berat dan mencabar (Utusan Malaysia, 15 Mac 2003). Guru-guru perlu

mengubahsuai kaedah pengajarannya yang berunsurkan kepada pembelajaran berbantu

komputer. Ini justeru menambahkan lagi tekanan kepada guru terutamanya bagi mereka

yang kurang mahir dalam penggunaan komputer. Stres akan berlaku sekiranya guru

tidak dapat menyesuaikan diri dengan masalah atau tekanan yang dihadapi.

Pada masa kini, pencapaian akademik telah menjadi fokus utama pihak ibubapa

atau masyarakat terhadap anak-anak mereka, sekiranya berlaku kemerosotan pencapaian

akademik pelajar, maka hanya pihak guru sahaja yang akan dipersalahkan. Menurut Soh

(1997), jangkaan masyarakat terhadap guru adalah tinggi dan ini akan menyebabkan

guru terasa tertekan sekiranya tidak dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar

seperti yang diharapkan oleh masyarakat. keadaan begini turut menjadikan guru tiada

keyakinan dalam melaksanakan kaedah pengajarannya dan akhirnya mengalami masalah

stres yang serius sekiranya tidak diuruskan dengan betul.

Beban kerja guru yang terlalu banyak menyebabkan guru terasa tertekan dan

menimbulkan masalah stres terhadap pekerjaannya. Guru yang mengalami tahap stres

yang tinggi akan lebih cepat hilang kesabaran dan keyakinan terhadap kerjanya.

Menurut Timbalan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)

P.Ramanathan (Utusan Malaysia, 13 Februali 1995) beban kerja guru yang semakin

meningkat perlu dikaji semula untuk menyelesaikan masalah stres guru. Sehubungan

dengan kenyataan ini, suatu ketika dahulu bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk

Page 22: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

4

Fong Chan Onn pernah melaungkan cadangan memperkenalkan kursus pengurusan stres

kepada guru-guru. Menurut beliau, pihak kementerian mengakui bahawa guru-guru

menghadapi keadaan stres setiap hari berikutan dengan beban tugas yang mereka perlu

laksanakan (Berita Harian, 9 Sep1995).

Selain itu masalah displin pelajar juga menjadi punca kepada tercetusnya

penyakit stres terhadap guru, mereka perlu sentiasa berhadapan dengan kerenah pelajar

yang mempunyai pelbagai masalah displin seperti tidak membuat kerja rumah, ponteng

kelas, merokok, tidak sopan dan sebagainya. Kesabaran guru akan terjejas sekiranya

guru berkenaan telah mengalami tahap stres yang tinggi. Ini dapat dikaitkan dengan

tindakan guru dalam menghukum pelajar seperti merotan, menampar dan menumbuk

telah menggambarkan bahawa guru berkenaan sudah hilang kesabaran akibat daripada

masalah stres yang wujud dalam dirinya yang tidak diselesaikan. Kes Megat Mohd Asri

Megat Wahab, seorang pelajar yang berumur 14 tahun dirotan oleh gurunya sebanyak 18

kali sehingga punggungnya cedera (Utusan Malaysia, 19 Jan 2005), telah menunjukkan

bahawa guru berkenaan sudah mengalami tahap stres yang tinggi.

Masalah stres guru sering dikaitkan dengan kecenderungan hendak berhenti kerja

di kalangan guru-guru. Ini dapat dilihat bahawa terdapat segelintir guru yang memilih

bersara awal akibat tidak dapat menerima beban kerja yang terlampau banyak, (laporan

New Straits Times, 1 Jun 1993). Kemungkinan tindakan ini akan mempengaruhi lebih

ramai guru pada masa yang akan datang sekiranya pihak kementerian pendidikan tidak

berusaha mencari penyelesaian. Walaubagaimanapun, kerajaan telah menghalang guru-

guru bersara awal, (Berita Harian, 21 Oktober 1994). Memandangkan stres boleh

mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada guru sehingga boleh menyebabkan

kemungkinan guru hendak berhenti kerja dalam profesion perguruan. Maka pihak

kementerian pelajaran perlu berusaha mencari penyelesaian dengan mengkaji semula

program pendidikan seperti mengurangkan tugas guru atau meningkatkan lagi kebajikan

guru dan sebagainya.

Page 23: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

5

1.3 Pernyataan Masalah

Guru akan merasa seronok, berpuas hati dan berkeyakinan dalam profesion

perguruannya sekiranya mereka dapat menghindarkan diri daripada stres. Akan tetapi,

masalah stres tetap akan wujud disebabkan oleh beban tugas yang perlu dipikul oleh

guru adalah banyak. Menurut kajian Dunham dan Varma (1998), bidang perguruan

merupakan salah satu profesion yang berisiko tinggi dalam mengalami stres. Tambahan

pula masalah stres guru dipercayai sering dikaitkan dengan kecenderungan hendak

berhenti kerja di kalangan guru-guru. Dengan ini, pengkaji ingin mengenalpasti

hubungan di antara tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan

guru-guru di tiga buah sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman di

Sarawak.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan tahap stres dengan kecenderungan

hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah

Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman di Sarawak serta punca yang menyebabkan

stres tersebut. Berikut merupakan beberapa objektif kajian yang hendak dicapai.:

1.4.1 Mengenalpasti tahap stres di kalangan guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah

Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak.

1.4.2 Mengenalpasti perbezaan tahap stres dari segi demografi (jantina, status

perkahwinan dan pengalaman mengajar).

Page 24: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

6

1.4.3 Mengenalpasti punca stres (peraturan sekolah, beban tugas, hubungan

interpersonal dan masalah pelajar) di kalangan guru-guru di tiga buah Sekolah

Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak.

1.4.4 Mengenalpasti perbezaan punca stres (peraturan sekolah, beban tugas, hubungan

interpersonal dan masalah pelajar) dari segi demografi (jantina, status

perkahwinan dan pengalaman mengajar) di kalangan guru-guru di tiga buah

Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak.

1.4.5 Mengenalpasti tahap kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-

guru di tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman,

Sarawak.

1.4.6 Mengenalpasti perbezaan tahap kecenderungan hendak berhenti kerja dari segi

demografi (jantina, status perkahwinan dan pengalaman mengajar) di kalangan

guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri

Aman, Sarawak.

1.4.7 Mengenalpasti hubungan antara tahap stres dengan kecenderungan hendak

berhenti kerja di kalangan guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah

Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap stres di kalangan guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah

Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak?

Page 25: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua sri aman, sarawak liew

7

1.5.2 Adakah terdapat perbezaan tahap stres dari segi demografi (jantina, status

perkahwinan dan pengalaman mengajar) di kalangan guru-guru di tiga buah

Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak?

1.5.3 Apakah punca-punca (peraturan sekolah, beban tugas, hubungan interpersonal

atau masalah pelajar) yang menyebabkan berlakunya stres di kalangan guru-guru

di tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman,

Sarawak?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan punca-punca (peraturan sekolah, beban tugas,

hubungan interpersonal atau masalah pelajar) dari segi demografi (jantina, status

perkahwinan dan pengalaman mengajar) di kalangan guru-guru di tiga buah

Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak?

1.5.5 Apakah tahap kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di

tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman,

Sarawak?

1.5.6 Adakah terdapat perbezaan tahap kecenderungan hendak berhenti kerja dari segi

demografi (jantina, status perkahwinan dan pengalaman mengajar) di kalangan

guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri

Aman, Sarawak?

1.5.7 Adakah terdapat hubungan antara tahap stres dengan kecenderungan hendak

berhenti kerja di kalangan guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah

Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak?