hubungan manusia dengan ilmu pengetahuan

21
KANDUNGAN UICI 2022 SAINS, TEKNOLOGI, DAN MANUSIA NAMA AHLI KUMPULAN : 1. NUR HAFIZAH BINTI IBRAHIM 2. AZRINA BINTI WALLADI 3. FATHIN NABILA BINTI ABU BAKAR 4. NUR SHAFIQAH BINTI ABDULLAH 5. MUHAMMAD ZULHILMI BIN HALIM SEKSYEN : SEKSYEN 20 NAMA PENSYARAH : DR MOHD ABAS BIN ABD LATIFF HUBUNG AN MANUSI A DENGAN ILMU PENGET AHUAN

Upload: muhammad-zul-hilmie

Post on 24-Sep-2015

52 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Keilmuan dan Kemanusiaan

TRANSCRIPT

UICI 2022SAINS, TEKNOLOGI, DAN MANUSIA

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ILMU PENGETAHUAN

NAMA AHLI KUMPULAN :1. NUR HAFIZAH BINTI IBRAHIM2. AZRINA BINTI WALLADI3. FATHIN NABILA BINTI ABU BAKAR4. NUR SHAFIQAH BINTI ABDULLAH5. MUHAMMAD ZULHILMI BIN HALIMSEKSYEN : SEKSYEN 20NAMA PENSYARAH : DR MOHD ABAS BIN ABD LATIFF

KANDUNGANBILTAJUKMUKASURAT

1PENGENALAN1

2PERKEMBANGAN ILMU DALAM TAMADUN ISLAM6

3PENGALIRAN TAMADUN ISLAM KE EROPAH11

4KESIMPULAN14

5RUJUKAN15

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ILMU PENGETAHUAN1.0 PENGENALANPada abad ke 7 hingga ke 18 Masihi, dunia telah didominasi dan dicorak oleh tamadun Islam. Dalam jangka masa tersebut khususnya pada abad ke 9 hingga ke 13 Masihi, sejarah telah merakamkan bagaimana tamadun Islam telah melahirkan ramai sarjana ulung dalam pelbagai ilmu pengetahuan.Pada waktu itu kemajuan ilmu sains dan teknologi serta ilmu-ilmu yang lain yang dimiliki oleh dunia Islam tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa atau negara. Di setiap ibu kota pemerintahan Islam khususnya Baghdad (di Asia), Cordova (di Eropah) dan Iskandariah (di Afrika), kegiatan keilmuan dan kebudayaan berlaku dengan pantas serta disertai segenap lapisan masyarakat. Ramai sarjana dan pelajar dari negara luar khususnya daripada negara-negara Kristian Eropah datang untuk mempelajari serta mendalami berbagai-bagai bidang dan cabang ilmu pengetahuan.Menyelusuri sejarah kegemilangan tamadun Islam, para sarjana Muslim dan sarjana bukan Muslim yang bernaung di bawah pemerintahan Islam telah berjaya membuat kemajuan dan pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Mereka telah menempa satu sejarah tamadun kemanusiaan yang amat mengkagumkan meliputi segala aspek politik, sosial dan ekonomi.Pada zaman Khulafa al-Rasyidin tugas membina dan memperkasa umat Islam telah diteruskan oleh generasi pelapis sahabat-sahabat terpilih seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar Bin al-Khattab, Uthman Bin Affan dan Ali Bin Abu Talib yang dilantik sebagai khalifah. Khalifah bererti pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang sebelumnya dilakukan oleh Nabi s.a.w. Umar al-Khattab (634-644M/13-23H) dilantik menjadi khalifah dengan persetujuan seluruh kaum muslimin dengan gelaranAmir al-Mukminin. Dalam masa 10 tahunpemerintahannya beliau berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam semua dasar-dasarnya.Di antara kemajuan yang telah dibuat oleh beliau ialah dalam bidang ilmu ialah menubuhkan kuttab, penekanan kepada pembacaan buku, menulis, menghafal al-Quran, praktikal amalan ibadat dan latihan fizikal.Uthman Bin Affan r.a (644-656M/23-35H) mentadbir hampir kesemua mengikut apa yang ditinggalkan oleh khalifah terdahulu.Aktiviti yang paling menonjol dapat dilihat ialah penulisan al-Quran yang lebih sistematik. Sebanyak 6 salinan telah dilakukakan. Ini adalah sumbangan paling berharga dari beliau yang kekal hingga kini.Dari penjelasan di atas, dapat dilihat tamadun yang dibangunkan oleh Rasulullah dan diteruskan oleh Khulafa al-Rasyidin merupakan tamadun terunggul dengan model dan praktikalnya adalah yang terbaik.Selain itu, ketika pemerintahan Bani Umaiyah yang berpusat di Damsyik boleh dilihat bahawa kemajuan ilmu pengetahuan semakin bertambah maju dan Kota Basrah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Kegiatan keilmuan ini melahirkan ilmuan seperti Khalil Bin Ahmad (pakar bahasa dan filsologi Arab) dan Sibawaiyh (ahli nahu Arab). Pada masa ini bahasa Arab mencapai kemuncaknya apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Taraf kesihatan turut diberi perhatian dengan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kejayaan dalam pelbagai bidang itu telah menunjukkan kebijaksanaan pihak pemerintahan Bani Umaiyah dalam merancang, melaksanakan pembaharuan dan menyelaraskan pentadbiran kerajaannyaKetikazaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah yang bermula pada abad ke-9 Masihi semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) dan puteranya al-Makmun (813-833M), kota Baghdad (pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah) telah memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu. Perkembangan keilmuan itu telah berlaku melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab. Di Baghdad telah dibinaBaitul Hikmahiaitu sebuah institusi keilmuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid dan hanya berkembang luas pada zaman pemerintahan al-Makmun.Para ulama juga turut menghasilkan tulisan dalam bidang fiqh, tafsir, sejarah dan lain-lain. Di antara ulama terkenal pada era ini ialah Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafii dan Imam Ahmad bin Hanbal. Pada masa ini orang Islam memainkan peranan besar kepada peradaban dunia. Mereka telah memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka telah menerima hasil penulisan itu pada masa Eropah dilanda oleh Zaman Kegelapan iaitu pada ketika masyarakat mereka kurang menghargai ilmu pengetahuan.Umat Islam dan tamadunnya menguasai dunia selama lebih satu alaf. Selama tempoh masa itu tamadun Islam telah mewarnai tamadun dunia dan elemen tamadunIslam tersebar luas ke serata dunia khususnya ke utara benua Afrika dan ke Eropah. Penyebaran tamadun Islam itu khususnya khazanah ilmu pengetahuannya terjadi di dalam berbagai bentuk dan cara. Afrika Utaramengalami proses Islamisasi dan menjadi sebahagian dunia Islam sehingga kini. Beberapa bandar penting di Afrika Utara seperti Kaherah dan Iskandariah di Mesir, Fez dan Tangiers di Morocco lahir sebagai pusat perkembangan tamadun Islam di dalam jangka masa tertentu khususnya pada zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyah.

Ringkasnya, Islam telah mengurniakan kepada dunia satu pengertian sebenar kepada apa yang disebut sebagai tamadun. Umat Islam dari Tamadun Islam yang diterima mereka telah mencipta dan mewujudkan tamadunnya sendiri iaitu satu tamadun yang teragung dengan segala kepelbagaian pencapaian dan kegemilangannya yang lahir dalam kesatuan. Sejarah perkembangan tamadun Islam yang bermula pada zaman Rasulullah dan mencapai tahap yang paling ideal di zaman khulafa al-Rasyidin. Model dan praktikalnya masih tidak dapat ditandingi hingga ke hari ini.Sekalipun dikatakanbahawa kegemilangan Tamadun Islam berada di puncak pada zaman pemerintahan Abbasiyah di Baghdad terutama dalam aspek ilmu pengetahuan sehingga berjaya menggarap segala sumber kekayaan untuk kepentingan duniawi, namun Islam melihat kekayaan dan kemewahan duniawi sebagai sebab kepada berlakunya keruntuhan tamadun sekiranya aspek kerohanian yang mengingatkan manusia kepada alam akhirat kian terhakis, lebih-lebih lagi dipinggirkan ketika pembangunan manusia sedang rancak berjalan. Malah tidak dapat dinafikan dalam zaman-zaman kegemilangan ilmu pengetahuan, masyarakat Islam menghadapi krisis demi krisis sehingga berlaku perpecahan hingga akhirnya saat keruntuhan tidak dapat dielakkan lagi.

2.0 PERKEMBANGAN ILMU DALAM TAMADUN ISLAMPerkembangan ilmu dalam Tamadun Islam tidak dibahagikan kepada disiplin-disiplin khusus. Pemikiran Islam pada zaman khalifah tidak mengkhusus pada bidang-bidang tertentu. Sesetengah pemikir pada ketika itu menulis tentang pelbagai perkara dari sains semula jadi ke aspek kehidupan masyarakat dan sejarah serta agama. Ilmu pada zaman itu tidak dibahagikan kepada ilmu sekularnya dan agama atau sains semula jadi, sains sosial atau kemanusiaan. Tetapi pemikir sosial seperti Ibn Khaldun dan pengembara seperti Ibn Batuttah telah menulis tentang aspek sosial, budaya dan sejarah dalam masyarakat Islam dan menjadi asas kepada ilmu sains sosial dan kemanusiaan Islam masa kini.Bentuk pemikiran sains sosial Islam, khususnya sosiologi dan sejarah, telah diasaskan oleh pemikir agung Islam, iaitu Ibn Khaldun (Abdul Rahman Abu Zain Waliuddin bin Muhammad bin Khaldun Al-Maliki). Beliau yang juga tokoh dalam bidang ekonomi dan politik. Melalui bukunya Muqaddimah atau Pengenalan Kepada Ilmu Sejarah, beliau telah memperkenalkan satu bidang ilmu yang sekarang ini dinamakan antropologi dan sosiologi. Ilmu itu kemudiannya dikembangkan oleh pelopor-pelopor sains sosial Barat yang telah meminjam dan menggunapakai analisis tamadun dan budaya oleh Ibn Khaldun tetapi menolak komponen agama dalam analisis mereka.Dalam pendekatannya itu, Ibn Khaldun meletakkan faktor keagamaan sebagai salah satu peraturan hidup yang penting yang boleh menyelamatkan sesuatu tamadun daripada keruntuhan. Faktor keagamaan tersebut telah ditolak oleh pemikir sosial Barat yang menekankan analisis value-free, empiris, rasionalis dan sekular. (Ismail Yusoff, 2001). Setelah jatuhnya pengaruh Islam, ilmu sains sosial seperti ekonomi, politik, sejarah dan sosiologi berkembang dengan pesatnya di Barat dalam bentuk sekular, liberal danateistik. Ilmu sosial yang dipelopori oleh Ibn Khaldun dan pemikir sosial Islam lain ditenggelami oleh kemaraan tamadun Barat. Pada hakikatnya falsafah pemikiran Barat sejak Socrates hingga Freud yang mendasari ilmu pengetahuan zaman moden Barat telah membuat pilihan untuk memutuskan diri daripada Tuhan dan menumpu analisis mereka dalam batasan manusia dan alam sahaja. Oleh itu ilmu pengetahuan Barat, khususnya sains kemasyarakatan dan ilmu kemanusiaan telah terlepas daripada hubungan antara manusia dengan Tuhan (Ismail Yusoff, 2001).Ilmu sains sosial yang berbentuk sekular inilah yang sampai semula ke negara-negara Islam yang dijajah oleh Barat. Pegawai kolonial, ahli akademik dan penyelidik sosial Barat memainkan peranan penting dalam hal ini. Walau bagaimanapun pada tahun 1960an muncul kesedaran dalam kalangan sarjana Islam bahawa sains sosial Barat yang sekular, liberal dan ateistik yang muncul dalam alam pemikiran yang tidak selari dan adakalanya bertentangan dengan masyarakat dan budaya Islam. Bentuk pemikiran seperti ini perlu ditolak. Justeru dimensi moral dan kerohanian dalam kehidupan masyarakat moden, baik di Barat atau di Timur perlu diterapkan semula dalam pengajaran sains sosial. Sumber-sumber asas falsafah dan teori sosial Islam pada awal zaman klasik (zaman Rasulullah dan Khalifah ar-Rasyidun) ialah al-Quran dan Sunnah Nabi, di samping ijmak dan ijtihad mereka. Kemudiannya Sunnah Khalifah ar-Rashidun dan ajaran tokoh-tokoh agama seperti Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf juga menjadi satu sumber penting falsafah dan teori sosial Islam. Jadi teori sosial Republik Islam pertama atau apa yang disebutkan sebagai teori Islam klasik adalah berdasarkan kepada tiga sumber penting iaitu Perlembagaan Madinah, Sunnah Nabi dan Khalifah ar-Rasyidun. Ia meletakkan masyarakat serta pemerintahannya di bawah undang-undang ketuhanan yang berdaulat sepenuhnya. Punca dan sumber kedaulatan itu terletak kepada Allah SWT yang diasadkan kepada ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan Tuhan sebagai pemilik kedaulatan mutlak. Selain itu beberapa falsafah dalam Perlembagaan Madinah dan juga ucapan Khalifah Islam pertama juga memperkuatkan lagi pegangan ini.Misalnya Khalifah pertama Abu Bakar (r.a) menyatakan bahawa: Saya telah diberi kuasa ke atas kamu tetapi saya bukanlah yang paling baik di antara kamu. Jika saya berbuat betul, bantulah saya, dan jika saya berbuat salah, maka perbetulkanlah saya.Taatilah saya selagi saya mentaati Allah dan rasul-Nya, dan jika saya mengingkari mereka tidak ada ketaatanmu kepadaku. Konsep ini menjadi konsep asas dalam undang-undang syariah dan teori sosial Islam, serta menjadi panduan asas dalam amalan pemerintahan-pemerintahan Islam kemudiannya. Akan tetapi terdapat beberapa kelainan dalam amalan konsep asas itu kerana timbulnya tafsiran yang berbeza-beza.Walau bagaimanapun teori sosial Islam yang dirumuskan oleh ahli-ahli teori Islam zaman klasik seperti al-Mawardi, Abu Yusuf (798 Hijrah), al-Ghazzali (1111 Masihi) dan lain-lain, tidak meliputi semua praktis Nabi Muhammad s.a.w dan Khalifah ar-Rashidun. Perlembagaan Madinah misalnya tidak pernah dibincangkan. Mereka menumpu perhatian mereka kepada teori kekhalifahan (keperluan adanya Khalifah, bagaimana memilihnya, syarat yang perlu ada pada calon Khalifah, fungsi dan tanggungjawab, Khalifah, hak rakyat terhadapnya, dan lain-lain) dan tidak kepada pakatan sosial (social contract) yang terdapat dalam Perlembangan Madinah dan kerelevanannya dalam masyarakat Islam pada zaman mereka (beberapa ratus tahun selepas zaman Khalifah ar-Rasyidun). Pemikiran sosial Islam pada zaman ini menumpu perbahasan mereka kepada isu pemerintahan.Tokoh pemikiran sosial pada zaman ini adalah terdiri daripada ahli teori politik ikhtisas seperti Abu Yusuf, al-Mawardi dan al-Ghazzali. Mereka mengkaji dan menganalisis amalan pemerintahan Islam dari penubuhan negara Islam, dari penubuhan negara Islam di Madinah hingga zaman mereka mengkaji dan menulis tentang sains sosial Islam.

Antara tokoh pemikir sosial terulung pada zaman klasik ini adalah al-Mawardi (991-1058 Masihi). Beliau merupakan pemikir sosial Islam yang pertama yang merumuskan teori sosial (politik) secara sistematik (walaupun konsep dan idea politik sudah pun wujud dalam masyarakat Islam sebelumnya iaitu dalam al-Quran, Sunnah Nabi dan Khalifah ar-Rasyidun dan ajaran-ajaran tokoh-tokoh agama). Beliau meneliti dan menulis tentang sistem pemerintahan kekhalifahan dan menghuraikan tentang cara pemilihan Khalifah serta isu-isu lain yang berkaitan dengan kekhalifahan.Bermula dengan pemerintahan Daulah Umawiyah pemerintahan negara Islam berubah daripada pemerintahan Syariah yang berasaskan al-Quran dan Hadis/Sunnah Nabi Muhammad s.a.w pada zaman Rasulullah dan Khalifah ar-Rasyidun kepada pemerintahan yang berdasarkan kekerasan dan kepentingan sekular (Daulah Umawiyah dan Abassiyah).Semangat Islamisme tulen telah mula terhakis dan semangat sekularisme muncul dan berkembang dalam pemerintahan Islam. Asas-asas kekuasaan utama pemerintahan Khalifah pada masa itu adalah kekuatan tentera dan kepentingan material, bukan lagi persetujuan rakyat dan tuntutan keadilan. Muncullah negara mulk atau negara politik sekular.Pemikiran sosial Islam juga berubah. Teori sosial Islam yang dahulunya, pada awal zaman klasik, berasaskan al-Quran, Sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan Khalifah ar-Rasyidun berubah arah, lebih berasaskan pemikiran sekular dan kepentingan sekular. Pemikiran sosial pada zaman ini mula menghuraikan dan mengesahkan sistem pemerintahan Khalifah yang wujud pada ketika itu. Teori sosial awal zaman klasik telah mula dipinda dari pertengahan zaman klasik oleh pemikir seperti al-Mawardi dan al-Ghazzali untuk menyesuaikannya dengan keadaan yang wujud pada ketika itu.Pada zaman Khalifah Abassiyah pula pemikir seperti Ibn Jamaa dan Jalal-il-Din al-Darwani meneruskan dan memperkembangkan tradisi pemikiran tentang pemerintahan kekhalifahan ini.Pemikir seperti Ibn Jamaa (1241-1331 Masihi), seorang pemikir terulung pada zaman ini menyatakan di dalam risalah politiknya Tahriral al-Ahkam fi Tadbir ahl al-Islam bahawa Khalifah itu bayangan Allah dibumi. Kenyataan tersebut mewajarkan pemerintahan khalifah dalam bentuk yang jauh berbeza dengan zaman klasik.Maka tidak hairanlah jika beliau telah membuat satu kenyataan yang agak mengejutkan dengan mengutarakan pandangan bahawa sebuah pemerintahan zalim itu adalah lebih baik daripada anarki Enam puluh tahun pemerintahan kuku besi lebih baik daripada sejam perang saudara. Ini bermakna prinsip syariah (yang menyatakan bahawa seorang Khalifah boleh digulingkan jika dia bertindak berlawanan dengan hukum syariah dan para pengikut tidak perlu patuh kepada seorang pemerintah yang menyeleweng daripada syariah) telah diketepikan sama sekali. Sebagai ganti, prinsip yang digunakan ialah pengikut mesti patuh kepada pihak berkuasa, sama ada yang memerintah itu mendapat kuasa itu secara sah atau pun secara kekerasan, sama ada dia memerintah tidak mengikut Syariah bukan soalnya (Kassim Ahmad, 1984).

Pada zaman ini juga muncul seorang ahli sains sosial yang terkenal, iaitu Ibn Khaldun (1331-1406 Masihi). Beliau adalah tokoh pemikir sosial Islam yang terulung yang dianggap oleh sesetengah penulis sebagai bapa kepada ilmu sains kemasyarakatan. Bahkan ahli sosiologi Barat Sorokin, menganggapnya sebagai bapa sosiologi desa kerana kesarjanaan dan pemikirannya yang saintifik. Karya beliau, Muqaddimah, memperlihatkan keluasan pengetahuan serta sikap objektif dan kritis. Beliau telah menghimpun dan merumuskan segala ilmu pengetahuan yang wujud dalam bahasa Arab pada waktu itu ke dalam sebuah falsafah sejarah pertama di dunia. Termasuk di dalamnya teori politik yang mengandungi rumusan beliau bagi idea-idea politik dari Plato dan Aristotle, dan cetusan idea daripada ahli falsafah Islam dan daripada ahli-ahli hukum Islam (Kassim Ahmad, 1984). Menurut Ilya Ba-Yunus dan Farid Khalid (1985), sumbangan penting pemikiran Ibn Khaldun ialah bagaimana menganalisis secara deduktif data mentah yang dikutip oleh para etnografis pada masa itu. Dalam perkataan lain, Ibn Khaldun menunjukkan jalan dari segi menginterpretasi maklumat yang diperolehi dari lapangan ke dalam bentuk yang boleh difahami umum.Pemikiran sosial Islam moden bermula selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah dan penubuhan Republik Turki pada tahun 1924. Ianya ada hubungan rapat dengan gerakan kebangkitan Islam moden yang bermula pada abad ke-18 dan dibahagikan kepada tiga peringkat (Kassim Ahmad, 1984): Peringkat pertama ialah peringkat keagamaan dan sosial dari awal abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19 di mana gerakan-gerakan Wahhbiyah di Arab, Sanusiyah Afrika Utara dan Shah Waliyullah di India mengkritik tahayul-tahayul dan perbuatan-perbuatan bidaah, mengecam taklid dan menganjurkan ijtihad. Peringkat kedua ialah peringkat tindakan politik dari pertengahan abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20 di mana Jamaluddin al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh, Sayyid Ahmad Khan dan lain-lain meletakkan asas untuk perjuangan antikolonial bagi mencapai kemerdekaan umat islam. Peringkat ketiga dan akhir yang masih dilalui sekarang ialah peringkat pembangunan semula di mana tiga aliran fikiran besar sedang bertembung untuk menguasai masyarakat Islam aliran-aliran fikiran yang kita namakan Islam tradisional moden dan Modenis.Gerakan kebangkitan Islam moden peringkat pertama (awal abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19) telah menganjurkan penggunaan semula ijtihad (yang pintunya telah dianggap tertutup sejak abad ke-12) dan menganut prinsip rasionalisme Islam (menentang taklid) serta menyeru ummah kembali kepada al-Quran dan hadis sebagai sumber asal dan pokok bagi agama Islam. (Ibid, 1984: ms.84). Idea-idea ini telah diteruskan di peringkat kedua (pertengahan abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20) dan ketiga (pertengahan abad ke-20 hingga masa kini). Suku ke empat peringkat ketiga gerakan kebangkitan Islam moden bertindan dengan pemikiran sosial Islam zaman moden. Idea-idea yang dipelopori dan dikembangkan dalam gerakan kebangkitan Islam moden ini telah mempengaruhi pemikiran sosial Islam pada zaman ini. Ahli-ahli sains sosial Islam seperti Basharat Ali dan Ali Shariati telah mendakap idea-idea ini dan mengintegrasikannya dalam analisis dan penulisan mereka tentang masyarakat.

Basharat Ali, menerima pendidikannya di Jerman di bawah bimbingan Karl Mannheim dalam bidang sosiologi ilmu. Walaupun begitu, beliau menolak the secular and variegated character of western sociology. Ali cuba menjawab dua persoalan asas. Beliau mencari jawapan kepada persoalan What is man and why society? dengan melihat kepada inti pati al-Quran dan kehidupan Nabi Muhammad (s.a.w). Beliau menggunakan peristilah Sorokin dalam analisisnya tetapi menolak konsep budaya seperti yang difahami di Barat. Beliau menggunakan konsep budaya seperti yang difahami dalam Islam. Mengikut beliau ajaran Islamiah yang membendung dan mengawal konflik. Bahkan jika tiada Islam, masyarakat akan mula mewajarkan wujudnya konflik, bahkan akan menggalakkan konflik supaya terus berlaku. Ali Shariati (1933-1977) pula adalah seorang ahli sains sosial Iran yang dilatih di Perancis. Shariati melihat sosiologi (tulen dan terapan) sebagai satu disiplin saintifik. Tugas sosiologi tulen baginya adalah untuk mengenali dan mengiktiraf Islam sebagai satu gagasan pemikiran (a school of thought). Ke arah ini beliau telah membuat sumbangan bernilai dengan memberikan makna sosiologi kepada konsep-konsep Islam seperti tawhid, syirik dan al-nas. Beliau juga telah menyumbang kepada wacana yang sangat bernilai berkenaan dengan sifat manusia dan sifat ummah (the nature of man and the ummah).Beliau juga menjelaskan faktor asas yang menyebabkan sesuatu masyarakat itu berubah dan berkembang dengan pantas atau jatuh dan runtuh dengan pantas sebagai berkait dengan prinsip hubungan yang ideal. Jika kita ingin membentuk sesuatu susunan sosial (social order) yang ideal, kita perlu tahu terlebih dahulu akan prinsip-prinsip ideal dalam hubungan manusia, seterusnya menerapkan prinsip-prinsip ini untuk mewujudkan situasi yang sesuai dan dikehendaki itu. Mengikut beliau lagi, peraturan tentang susunan sosial yang ideal dalam Islam sudah pun ada dalam al-Quran dan amalan susunan Rasulullah. Kita hanya perlu mengguna pakai peraturan tersebut supaya kita semua dapat bergerak ke arah tersebut. Hasil daripada gerakan kebangkitan Islam moden, maka pemikiran sosial Islam kembali kepada al-Quran dan Sunnah sebagai sumber ilmu sosial dan asas analisis tingkah laku sosial dan budaya manusia.

3.0 PENGALIRAN TAMADUN ISLAM KE EROPAH3.1Permulaan Pengaliran Tamadun Islam Ke EropahHasil kemajuan ilmu pengetahuan yang dicapai oleh orang Islam Sepanyol menarik minat orang Barat untuk mempelajari ilmu pengetahuan bangsa Arab.Hal ini membuatkan mereka mendirikan sebuah sekolah di Paris bagi mempelajari bahasa-bahasa Timur pada abad kedua belas Masihi. Mereka meniru cara mempelajari ilmu pengetahuan seperti yang dibuatkan oleh sarjana-sarjana Islam melalui perbahasan, di antaranya termasuk Roger Bacon, seorang sarjana Inggeris. Orang Eropah mengambil ilmu perbuatan daripada Ibn Zuhr dan Ibn Baithar. Dengan cara yang teristimewa mereka berjaya mengubat penyakit cacar dan sampar. Raja-raja dan kaum bangsawan Eropah seringkali memanggil doktor-doktor Arab untuk mengubati mereka. Sekolah perubatan yang didirikan oleh orang Perancis di Kota Montpellier mempunyai beberapa orang mahaguru daripada bangsa Arab Sepanyol. Daripada bangsa Arab juga, orang Eropah mengetahui cara membuat gula, sutera dan cara membuat serta menggunakan pedoman. Orang Arab amat terkenal tentang kemahiran mereka dalam ilmu peperangan dan membuat kapal perang. Angkatan laut Islam di Lautan Mediterranean menjadi contoh kepada angkatan laut negara-negara Kristian. Keuntungan yang diperolehi oleh orang Eropah daripada bangsa Arab bukan hanya tentang ilmu pengetahuan dan pertukangansahaja, bahkan sampai kepada nyanyian dan muzik. Kedua bidang kesenian ini mempengaruhi pelajar-pelajar Eropah yang mempelajari kebudayaan Arab di Sepanyol sehingga syair dan nyanyian Arab itu mereka bawa balik ke Eropah. Sehingga sekarang dalam muzik Sepanyol masih ada kesan-kesan pengaruh Arab. Amat banyak kitab Arab yang disalin daripada bahasa Greek telah disalin pula oleh orang-orang Eropah ke dalam bahasa mereka, seperti geografi Butlaimus, Geometri Iklidius dan Falsafah Aristotle. Dengan itu, berkembanglah semula kebudayaan Greek di Eropah, dan bangsa Arab di Sepanyol menjadi jambatan penghubung kepada kebudayaan dan tamadun baru di Benua Eropah.Apabila sarjana-sarjana Barat membicarakan tentang tamadun Islam di Sepanyol, mereka mengakui tentang keindahan bangunan-bangunan yang ditinggalkan oleh orang Islam di situ. Mereka juga mengenang jasa orang Islam yang telah menyumbangkan tenaga bagi membawa ilmu pengetahuan ke Benua Eropah yang diselubungi kegelapan kejahilan berabad-abad lamanya. Pusat-pusat pengajian tinggi Islam di Sepanyol telah menaburkan ilmu pengetahuan kepada dunia Kristian Eropah selama dua abad lamanya.Nama-nama sarjana Islam seperti Ibn Rushd yang dipanggil Averroes dan Abdul Maimun yang dipanggil Maimonides, Ibn Jubair dan Ibn Battutah, seorang pengembara Islam sangat terkenal di Benua Eropah hingga ke hari ini. Sarjana-sarjana Islam itu telah menghasilkan suatu tamadun Islam di Sepanyol. Kota Seville, Cordova dan Granada merupakan pusat-pusat pengajian dan kebudayaan Islam pada ketika itu.3.2Faktor Pengaliran Tamadun Islam ke Eropah1.Peranan Orang Mozarab Golongan Mozarab memainkan peranan penting dalam penyebaran tamadun Islam ke Kristian Eropah. Mereka lebih banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Arab/Islam berbanding dengan pengaruh-pengaruh lain. Penguasaan mereka terhadap Bahasa Arab melebihi bahasa ibunda mereka sendiri. Sebagai bukti, pada tahun 1049M John dari Seville melakukan usaha menterjemahkan kitab Bible ke Bahasa Arab. Versi Arab ini dibahagikan kepada bishop-bishop dan paderi-paderi kristian di Andalusia terutamanya kepada Bishop John Danial yang tidak mahir bebahasa Latin. Gologan Mozarab telah membaca dengan meluas karya-karya falsafah dan teologi Islam. Penumpuan dan pemerhatian mereka kepada karya-karya Islam ini telah menyebabkan mereka lebih mahir menguasai Bahasa Arab berbanding dengan bahasa Latin. Mereka membelanjakanwangyang banyak mendirikan perpustakaan-perpustakaan yang besar untuk menyimpan buku-buku Arab. Pergantungan mereka kepada ilmu-ilmu Islam inilah yang telah menimbulkan kebimbangan dan bantahan oleh Bishop Alwaro. Dengan penguasaan yang meluas dalam karya-karya Islam, golongan ini telah menjadi sebahagian daripada agen perantara memindahkan elemen-elemen tamadun Islam Andalusia kepada masyarakat Kristian Eropah.2.Hubungan diplomatik Pemerintah Islam telah mengadakan hubungan diplomatik dengan pemerintah negara Eropah seperti England, Perancis, Jerman dan Belanda atas kapasiti perkembangan intelektual yang pesat di Andalusia telah menarik minat raja-raja Eropah.Beberapa kerajaan Eropah telah menghantar pelajar-pelajar termasuk putera-putera raja ke Andalusia untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi yang diasaskan oleh orang Islam.Antara pelajar yang datang menimba ilmu Elizabeth sepupu Raja Louis (Perancis), Putera Dubant (England), William (Jerman)Contohnya, Raja Philips telah menghantar dutanya menemui Khalifah Hisham I, semata-mata untuk membuat penyelidikan tentang undang-undang yang diamalkan di Andalusia.

3.Hubungan Perdagangan Tamadun Islam Andalus juga tersebar ke Kristian Eropah melaui kegiatan perdagangan. Pedagang-pedagang Islam Andalusia telah membuat hubungan dagang dengan negara-negara Kristian, sama ada melalui jalan darat mahupun laut. Barang dagangan dari Andalusia menguasai pasaran di setiap bandar besar Eropah. Melalui kontrak perdagangan ini banyak sistem nilai dan keilmuan masyarakat Islam Andalus berjaya dikuasai oleh masyarakat Kristian Eropah. Ini kerana sudah menjadi lumrah dunia, bangsa yang menguasai perdagangan akan mempengaruhi bangsa-bangsa lain yang mempunyai kontrak perdagangan dengannya. Dengan itu, memudahkan pengaruh tamadun dan ilmu Islam mengalir ke benua Eropah.4.Aktiviti Penterjemahan Ilmu-ilmu Yunani yang diterjemah ke bahasa Arab pada zaman pemerintahan Islam di Baghdad telah di bawa masuk ke Andalusia dan seterusnya diterjemah ke bahasa Latin.Seiring dengan kemasukan pelajar dari Eropah, aktiviti penterjemahan giat dijalankan.Universiti Toledo adalah antara pusat penterjemahan terkenal Antara tokoh penterjemah terkenal Micheal Scott, Danial Morley, Ibrahim Daud al-Israili.Prestasi umat Islam dalam memajukan ilmu pengetahuan tidak diperoleh secara kebetulan, melainkan dengan kerja keras melalui beberapa tahap atau sistem pengembangan. Mula-mula dilakukan melalui penerjemahan kitab-kitab klasik Yunani, Romawi, India dan Persia. Kemudian dilakukan pensyarahan dan komentar terhadap terjemahan-terjemahan tersebut, sehingga lahir komentator-komentator muslim yang ternama. Setelah itu, dilakukan pembetulan terhadap teori-teori yang sudah ada yang seringkali melahirkan teori baru sebagai hasil renungan pemikir-pemikir muslim sendiri. Oleh kerana itu, umat Islam tidak hanya berperanan sebagai jambatan penghubung warisan budaya lama dari zaman klasik ke zaman baru, melainkan telah berjasa dalam menemukan teori-teori baru. Terlalu banyak teori-teori yang mereka temui yang besar sekali ertinya sebagai dasar ilmu pengetahuan moden. Tahap-tahap ilmu diatas terbatas dalam pengembangan ilmu agliyah, tidak dalam ilmu naqliyah.Buku yang diterjemah merangkumi bidang matematik, sains, perubatan, kimia dan astronomi. Buku-buku karya sarjana Islam yang diterjemah telah memberi manfaat kepada masyarakat Eropah pada era kebangkitan (renaissance).

4.0 KESIMPULANBerdasarkan fakta yang telah dinyatakan dan dihuraikan, ternyata Islam memberi pengaruh yang kuat dalam perkembangan tamadun seterusnya perkembangan ilmu di dunia. Pada mulanya seperti yang telah diketahui, dunia mengalami zaman Jahiliah sebelum Nabi Muhammad SAW dilahirkan di mana waktu itu penindasan, aktiviti tidak bermoral dan peperangan berleluasa. Tetapi dengan tersebarnya ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, pelbagai penambahbaikan dalam setiap tamadun dapat dilihat.Pengaruh Islam yang paling ketara adalah usaha dalam memperkenalkan falsafah pemikiran baru iaitu setiap perkara, perbuatan dan pemahaman berkaitan dengan fakta dan keagamaan. Setiap tokoh Islam seperti Ibn Khaldun mempunyai pemikiran objektif dan subjektif dalam setiap perbuatan mereka yang mengkaitkan faktor kebendaan, duniawi dengan keagamaan. Walaupun tamadun Barat sangat mengkagumi pemikiran Islam, mereka tetap memilih untuk mengekalkan ideologi Barat iaitu tanpa mengambil kira unsur keagamaan dalam setiap perbuatan mereka asalkan dapat mencapai objektif duniawi semata-mata.Islam ternyata merupakan pengaruh hebat sehinggakan tamadun negara barat mengikuti dan mempelajari ilmu Islam. Kesempatan untuk menyebarkan dakwah Islam ke negara Barat dipermudahkan dengan adanya keputusan raja-raja Eropah menghantar wakil-wakil untuk mempelajari ilmu Islam. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan pengaliran tamadun Islam ke dalam Eropah dan segalanya berpuncakan keindahan budaya dan ilmu Islam itu sendiri.

5.0 RUJUKAN

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam2. http://mzuhairi.blogspot.com/2013/03/sumbangan-tamadun-islam-kepada-dunia.html3. http://afizabdghani.blogspot.com/2011/12/perkembangan-ilmu-dalam-tamadun-islam.html 4. http://mzuhairi.blogspot.com/2013/03/sumbangan-tamadun-islam-kepada-dunia.html?m=15. http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pengaruh-tamadun-islam-ke-eropah.html