hubungan kecerdasan spiritual dengan kualiti … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan,...

28
HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI KEHIDUPAN STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ANIS BIN ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: nguyenkhanh

Post on 18-Mar-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI KEHIDUPAN

STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

ANIS BIN ABD WAHAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan
Page 3: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan
Page 4: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI

KEHIDUPAN STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

ANIS BIN ABD WAHAB

Laporan penyelidikan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan ( Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

Page 5: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan
Page 6: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

iv

DEDIKASI

Dengan nama Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Teristimewa buat,

Ayah dan Ibuku yang disayangi

Allahyarham Abd. Wahab Bin Ahmad dan Maryam Binti Mamat

Terima kasih atas pengorbanan, kasih sayang dan dorongan yang telah diberikan…

Ku pohon doa dan restumu. Semoga berkat doamu sentiasa mengiringi kejayaanku.

Semoga sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.

Abang, Kakak dan Adik Tersayang,

Terima kasih atas segala doa kalian yang tidak pernah jemu berikan. Segala nasihat

dan semangat yang kalian berikan akan sentiasa terpahat disanubari. Semoga kalian

terus mencipta kejayaan di dunia dan akhirat.

Buat Pensyarah-pensyarah yang Disanjungi,

Terima kasih di atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Semoga Allah merahmati

perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa.

Buat Teman Seperjuangan,

Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat yang

diberikan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas dengan seadilnya segala budi

baik kalian. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Page 7: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan

KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini.

Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan

ucapan terima kasih buat penyelia projek En. Jamaludin Bin Ramli yang telah

banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi

dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini

dijalankan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Timbalan Pendaftar

Fakulti Pendidikan dan Staf Sokongan Fakulti Pendidikan UTM yang terlibat dalam

memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini

berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan

juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara

langsung mahupun tidak langsung.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan

jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

Page 8: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

vi

ABSTRAK

Kajian ini berkaitan hubungan di antara kecerdasan spiritual dengan kualiti

kehidupan dalam kalangan staf sokongan Fakulti Pendidikan UTM. Kajian ini

bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual dengan

kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan samada signifikan ataupun tidak.

Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan soal selidik. Borang

soal selidik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek demografi, kecerdasan spiritual

dan kualiti kehidupan. Bahagian demografi mengandungi item berkaitan jantina,

umur, pengalaman bekerja, status dan kelayakan akademik. Soal selidik berkaitan

kecerdasan spiritual dibina berdasarkan aspek emosi, pemikiran, amalan dan

hubungan sosial manakala soal selidik berkaitan kualiti kehidupan pula dibina

berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan

komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package

for the Social Sciences (SPSS) 16.0. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min

dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis kecerdasan spiritual dan kualiti

kehidupan. Manakala statistik inferensi iaitu korelasi Pearson pula digunakan pada

aras signifikan 0.05 bagi menganalisis hubungan di antara kecerdasan spiritual dan

kualiti kehidupan staf sokongan. Kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan

soal selidik pada nilai Alpha Cronbach (�) 0.911. Responden kajian ini terdiri

daripada 47 orang staf sokongan dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kecerdasan spiritual dan

kualiti kehidupan staf sokongan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

adalah tinggi. Analisis korelasi Pearson pula mendapati terdapat hubungan yang

signifikan di antara kecerdasan spiritual dan kualiti kehidupan. Kajian ini turut

memberikan cadangan untuk tindakan susulan dan cadangan kajian lanjutan yang

boleh dilakukan.

Page 9: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

vii

ABSTRACT

The Research title is about relationship between the spiritual quotients and

quality of life among support staff from Faculty of Education, UTM. The purpose of

this research is to identify the significant between the relationship of spiritual

quotients and quality of life among support staff.. This research is descriptive of the

questionnaire. The questionnaire was divided into three parts, the demographic

aspects, spiritual quotients aspects and quality of live aspect. The demographic is

constructed bases on of gender, age, work experience, status and academic

qualification. Spiritual quotients is build bases on the emotional, thought, practice

and social relation. Meanwhile, the quality of life is constructed based on the area of

health, relationships, feelings, self-development, and commitment. The data were

analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 16.0 program.

The descriptive statistics of frequency, percentages, mean and standard deviation

were used to analyze the spiritual quotients and quality of life. Statistical inference

of Pearson correlations was used at significant level 0.05 to analyze the relationship

between the spiritual quotients with quality of life. The pilot study shows the

reliability of the questionnaire on the value of Alpha Cronbach (�) 0.911. The

respondents consist of 47 support staff from Faculty of Education, UTM. The study

also that the level of spiritual quotient and quality of life among support staff from

Faculty of Education, University of Techology Malaysia is higher. The study

showed a significant correlation between of spiritual quotients with quality of life.

Some suggestions for future research also provided.

Page 10: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

viii�

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

DEDIKASI iii

PENGAKUAN iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Kerangka Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Persoalan Kajian 9

1.7 Hipotesis 10

1.8 Kepentingan Kajian 11

1.9 Skop Kajian 12

1.10 Batasan Kajian 12

Page 11: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

ix�

1.11 Definisi Konsep, Istilah dan Operasional 13

1.12 Kesimpulan 17

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 18

2.2 Konsep Kecerdasan 18

2.3 Kecerdasan Spiritual 19

2.4 Konsep Kecerdasan Spiritual 21

2.4.1 Emosi 24

2.4.2 Pemikiran 26

2.4.3 Amalan 28

2.4.4 Hubungan Sosial 34

2.5 Konsep Kualiti Kehidupan 36

2.5.1 Kesihatan 39

2.5.2 Perhubungan 41

2.5.3 Perasaan 42

2.5.4 Pembangunan Kendiri 43

2.5.5 Komitmen 44

2.6 Kajian Lepas 45

2.7 Teori Kaunseling Al-Ghazali 46

2.8 Model Kualiti Hidup 49

2.9 Teori Keperluan Maslow 51

2.10 Kesimpulan 53

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 54

3.2 Reka Bentuk Kajian 54

Page 12: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

x�

3.3 Tempat Kajian 55

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 56

3.5 Instrumen Kajian 57

3.5.1 Bahagian A 57

3.5.2 Bahagian B 58

3.5.3 Bahagian C 59

3.5.4 Pemarkatan Skor 60

3.6 Kajian Rintis 60

3.6.1 Kesahan Instrumen 61

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 62

3.7 Prosedur Kajian 64

3.8 Analisis Data 65

3.8.1 Mod atau Kekerapan 66

3.8.2 Min atau Purata 66

3.8.3 Sisihan Piawai 67

3.8.4 Korelasi Pearson 67

3.9 Kesimpulan 69

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 70

4.2 Analisis Bahagian A 71

4.2.1 Jantina 71

4.2.2 Umur 72

4.2.3 Pengalaman Bekerja 72

4.2.4 Status Perkahwinan 73

4.2.5 Kelayakan Akademik 74

4.3 Analisis Bahagian B 74

4.3.1 Apakah Tahap Kecerdasan Spiritual Staf

Sokongan Fakulti Pendidikan UTM

75

Page 13: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

xi�

4.3.1.1 Apakah Tahap Kecerdasan

Spiritual Responden Berdasarkan

Aspek Emosi

75

4.3.1.2 Apakah Tahap Kecerdasan

Spiritual Responden Berdasakan

Aspek Pemikiran

77

4.3.1.3 Apakah Tahap Kecerdasan

Spiritual Responden Berdasarkan

Aspek Amalan

79

4.3.1.4 Apakah Tahap Kecerdasan

Spiritual Responden Berdasarkan

Aspek Hubungan Sosial

81

4.3.1.5 Tahap Kecerdasan Spiritual

Responden Secara Keseluruhan

83

4.3.2 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan Staf

Sokongan Fakulti Pendidikan UTM

84

4.3.2.1 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan

Responden Berdasarkan Aspek

Kesihatan

85

4.3.2.2 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan

Responden Berdasarkan Aspek

Perhubungan

87

4.3.2.3 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan

Responden Berdasarkan Aspek

Perasaan

89

4.3.2.4 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan

Responden Berdasarkan Aspek

Pembangunan Kendiri

91

4.3.2.5 Apakah Tahap Kualiti Kehidupan

Responden Berdasarkan Aspek

Komitmen

93

4.3.2.6 Tahap Kualiti Kehidupan

Responden Secara Keseluruhan

95

Page 14: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

xii�

4.4 Pengujian Hipotesis 96

4.4.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara kecerdasan spiritual berdasarkan

aspek emosi dengan kualiti kehidupan

dalam kalangan staf sokongan Fakulti

Pendidikan UTM.

96

4.4.2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara kecerdasan spiritual berdasarkan

aspek pemikiran dengan kualiti kehidupan

dalam kalangan staf sokongan Fakulti

Pendidikan UTM.

97

4.4.3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara kecerdasan spiritual berdasarkan

aspek amalan dengan kualiti kehidupan

dalam kalangan staf sokongan Fakulti

Pendidikan UTM.

98

4.4.4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara kecerdasan spiritual berdasarkan

aspek hubungan sosial dengan kualiti

kehidupan dalam kalangan staf sokongan

Fakulti Pendidikan UTM.

99

4.4.5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara kecerdasan spiritual dengan kualiti

kehidupan dalam kalangan staf sokongan

Fakulti Pendidikan UTM.

100

4.5 Kesimpulan 101

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 102

5.2 Perbincangan 103

Page 15: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

xiii�

5.2.1 Tahap Kecerdasan Spiritual Responden 103

5.2.2 Tahap Kualiti Kehidupan Responden 105

5.2.3 Hubungan di Antara Kecerdasan Spiritual

Berdasarkan Aspek Emosi dengan Kualiti

Kehidupan Responden

106

5.2.4 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual

Berdasarkan Aspek Pemikiran Dengan

Kualiti Kehidupan Responden

108

5.2.5 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual

Berdasarkan Aspek Amalan Dengan

Kualiti Kehidupan Responden

109

5.2.6 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual

Berdasarkan Aspek Hubungan Sosial

Dengan Kualiti Kehidupan Responden

111

5.2.7 Hubungan Di Antara Kecerdasan Spiritual

Keseluruhannya Dengan Kualiti

Kehidupan Responden

113

5.3 Cadangan 115

5.3.1 Pentadbir dan Pengurusan Fakulti 115

5.3.2 Staf Sokongan 116

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 116

5.5 Kesimpulan 117

BIBLIOGRAFI 118

LAMPIRAN

Lampiran A 128

Lampiran B 133

Lampiran C 134

Lampiran D 135

Lampiran E 136

Page 16: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

xiv�

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Statistik kes rasuah dari tahun 2005 sehingga

bulan Jun 2008

5

3.1 Staf sokongan Fakulti Pendidikan UTM 56

3.2 Taburan item dalam soal selidik 57

3.3 Pembahagian item kecerdasan spiritual 58

3.4 Pemeringkatan skor Skala Likert 59

3.5 Pembahagian item kualiti kehidupan 60

3.6 Analisis tahap mengikut min 60

3.7 Jadual keputusan analisis nilai

kebolehpercayaan kajian

63

3.8 Ringkasan pengujian statistik persoalan kajian 67

3.9 Ringkasan pengujian hipotesis 68

3.10 Garis panduan Guilford’s Rule of Thumb 68

3.11 Penentuan hipotesis nol berdasarkan nilai

signifikan

69

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berdasarkan jantina

71

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berdasarkan umur

72

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berdasarkan pengalaman

72

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berdasarkan status perkahwinan

73

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berdasarkan kelayakan akademik

74

Page 17: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

xv�

4.6 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek emosi

75

4.7 Tahap kecerdasan spiritual responden

berdasarkan aspek emosi

77

4.8 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek pemikiran

77

4.9 Tahap kecerdasan spiritual responden

berdasarkan aspek pemikiran

79

4.10 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek amalan

79

4.11 Tahap kecerdasan spiritual responden

berdasarkan aspek amalan

81

4.12 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek hubungan sosial

81

4.13 Tahap kecerdasan spiritual dari berdasarkan

aspek hubungan sosial

83

4.14 Tahap kecerdasan spiritual responden secara

keseluruhan

83

4.15 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kualiti kehidupan

berdasarkan aspek kesihatan

85

4.16 Tahap kualiti kehidupan responden

berdasarkan aspek kesihatan

86

4.17 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kualiti kehidupan

berdasarkan aspek perhubungan

87

4.18 Tahap kualiti kehidupan responden

berdasarkan aspek perhubungan

88

Page 18: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

xvi�

4.19 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kualiti kehidupan

berdasarkan aspek perasaan

89

4.20 Tahap kualiti kehidupan responden

berdasarkan aspek perasaan

90

4.21 Taburan peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item kualiti kehidupan

berdasarkan aspek pembangunan kendiri

91

4.22 Tahap kualiti kehidupan responden

berdasarkan aspek pembangunan kendiri

92

4.23 Taburan staf mengikut peratusan, min dan

sisihan piawai bagi setiap item kualiti

kehidupan berdarkan aspek komitmen

93

4.24 Tahap kualiti kehidupan responden

berdasarkan aspek komitmen

94

4.25 Tahap kualiti kehidupan responden secara

keseluruhan

95

4.26 Korelasi Pearson antara kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek emosi dengan kualiti

kehidupan

96

4.27 Korelasi pearson antara kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek pemikiran dengan kualiti

kehidupan

97

4.28 Korelasi pearson antara kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek amalan dengan kualiti

kehidupan

98

4.29 Korelasi Pearson antara kecerdasan spiritual

berdasarkan aspek hubungan sosial dengan

kualiti kehidupan

99

4.30 Korelasi Pearson antara kecerdasan spiritual

keseluruhan dengan kualiti kehidupan

100

Page 19: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

xvii�

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka kajian 8

2.1 Model Kualiti Hidup 50

3.1 Carta aliran prosedur kajian 65

Page 20: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kecerdasan spiritual merupakan kunci kepada kehidupan manusia. Kekuatan

fizikal yang kita miliki adalah lahir daripada kekuatan atau kecerdasan spiritual.

Oleh sebab itu, kita akan dapat menjalankan tugas kita dengan baik sekiranya kita

memiliki kekuatan atau kecerdasan spiritual yang tinggi (Nahid 2009).

Spiritual bermaksud hubungan manusia dengan Tuhannya. Kecerdasan

spiritual adalah ukuran tahap hubungan manusia dengan Tuhannya. Seseorang

mempunyai kecerdasan spiritual akan mempunyai hubungan yang baik dengan

Tuhannya dan juga sesama manusia (Siti Lutfiyah, 2008). Kekuatan spiritual akan

memberi kesan yang mendalam kepada diri kita. Kekuatan spiritual yang tinggi,

akan menjadikan diri kita mampu mengawal segala tingkahlaku kita daripada

melakukan perkara-perkara yang negatif.

Menurut Munandir (1996) kecerdasan spiritual berasal daripada dua

perkataan iaitu kecerdasan dan juga spiritual. Kecerdasan ialah kemampuan atau

kebolehan seseorang itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya terutama

masalah yang sangat rumit yang memerlukan seseorang itu memerah fikiran untuk

Page 21: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

2

menyelesaikannya. Spiritual pula bermaksud rohani, batin, moral atau mental. Oleh

sebab itu kecerdasan spiritual bermaksud kebolehan atau kemampuan seseorang

untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan rohani, moral dan

mental.

Menurut Mimi Doe dan Marsha Walch (2007 dalam Syamil Yusuff, 2007),

spiritual merupakan dasar bagi perkembangan harga atau maruah diri, serta nilai dan

moral seseorang. Ianya memberi makna dan erti yang sangat besar bagi kehidupan

kita, tentang kepercayaan mengenai adanya kekuatan dalaman yang lebih besar dan

kuat daripada kekuatan fizikal. Spiritual juga menghubungkan diri kita secara

langsung dengan Pencipta.

Kecerdasan spiritual menurut kacamata Islam adalah merujuk kepada konsep

kehambaan kepada Tuhan. Mereka yakin dengan pertolongan yang diberikan oleh

Tuhan mereka pada setiap masa dan mereka melakukan ibadat kepada Tuhan tanpa

rasa terbeban (Syamil Yusuff, 2007).

Syamil Yusuff (2007) juga menyatakan bahawa, kecerdasan spiritual

mengikut pandangan barat bermaksud mencari kehidupan yang lebih bermakna.

Kecerdasan spiritual mampu membawa kebahagiaan kepada manusia kerana di

dalam diri manusia terdapat potensi yang terpendam dan ia akan membantu mencari

makna kehidupan yang sebenarnya.

Kualiti kehidupan pula adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai dan tiada

maksud yang jelas mengenainya. Kebanyakkan pengkaji hanya melihat kualiti

kehidupan ini berdasarkan satu dimensi sahaja iaitu seperti fizikal, ekonomi atau

seksual (King & Hinds, 2003).

Page 22: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

3

Kualiti kehidupan ialah darjah kesejahteraan hidup yang dilalui oleh

seseorang individu. Kualiti kehidupan ini mengandungi dua komponen penting.

Yang pertama ialah dari segi fizikal iaitu seseorang itu sihat dan bebas daripada

sebarang jenis penyakit. Komponen yang kedua ialah psikologikal. Aspek ini

termasuk perkara-perkara seperti tekanan, bimbang, takut dan perasaan lain samada

positif atau negatif (Eiser & Morse, 2001).

Menurut Szalai & Andrew (1980) kualiti hidup bermaksud perubahan di

dalam masyarakat dan sistem hidup daripada keadaan yang tidak baik kepada

keadaan yang lebih baik. Perubahan ini adalah meliputi kesemua aspek termasuklah

soal sosial, politik, psikologi, kebudayaan dan alam sekitar. Namun begitu aspek

yang paling utama dalam mempengaruhi kehidupan yang berkualiti kepada manusia

ialah politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.

Kualiti kehidupan di Malaysia pula didefinisikan sebagai kemajuan diri, gaya

hidup yang sihat, kebebasan untuk mendapatkan pengetahuan dan menikmati taraf

hidup yang melebihi keperluan asas serta psikologi individu. Apabila masyarakat

beralih kepada suasana kehidupan yang lebih baik, maka kualiti kehidupannya juga

akan dianggap telah meningkat (Unit Perancang Ekonomi : 2002)

World Health Organization (1993) pula mendefinisikan kualiti hidup sebagai

persepsi individu mengenai keadaan kehidupan mereka dalam konteks budaya dan

cara hidup di mana ianya berkait rapat dengan matlamat, jangkaan, tahap dan beban.

Kualiti kehidupan ini adalah sebagai pengalaman terbaik yang dialami oleh individu

di bawah keadaan kehidupan masing-masing (Lehman, 1983)

Kebanyakan pengkaji pada zaman dahulu, mendefinisikan kualiti hidup

hanya dari segi fizikal sahaja. Namun begitu, akhir-akhir ini, kebanyakan pengkaji

telah mula menambahkan lagi definisi kualiti hidup ini dengan memasukkan soal

dalaman seperti emosi dan perasaan. Kualiti hidup merupakan jangka waktu yang

Page 23: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

4

merujuk kepada emosi manusia, sosial dan fizikal yang sihat dan keupayaan

berfungsi dengan tugas biasa di dalam kehidupan (Leplege & Hunt, 1997).

Konsep kesejahteraan hidup atau kualiti hidup ini bukan semata-mata diukur

dengan nilaian kebendaan sahaja seperti pemilikan rumah, kenderaan, taraf

pendidikan yang tinggi tetapi ianya juga merangkumi aspek-aspek yang tidak

berbentuk material seperti perasaan kasih sayang, kemesraan, rasa belas kasihan

antara individu dan sentiasa berlapang dada ( Siti Fatimah, 2005).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada masa kini, kita sering kali mendengar media massa memperkatakan isu-

isu berkaitan dengan salah laku yang dilakukan oleh kakitangan-kakitangan kerajaan.

Kes-kes salah laku ini melibatkan penjawat awam ini sentiasa meningkat dari tahun

ke tahun.

Antara kes-kes salah laku yang pernah berlaku ialah gejala rasuah. Perbuatan

mengejar kekayaan untuk meningkatkan kualiti hidup atau kesejateraan hidup tanpa

mempedulikan agama menyebabkan berlakunya gejala rasuah ini. Jadual di bawah

menunjukkan statistik kes rasuah yang berlaku dari tahun 2005 sehingga bulan Jun

2008.

Page 24: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

5

Jadual 1.1 : Statistik kes rasuah dari tahun 2005 sehingga bulan Jun 2008

Profesion 2005 2006 2007 2008 Jumlah

Kakitangan kerajaan 217 261 274 162 914

Pihak berkuasa 22 16 9 2 49

Orang awam / swasta 344 267 288 147 1046

Ahli politik 2 3 0 0 5

Jumlah 585 547 571 311 2014

Sumber: Badan Pencegahan Rasuah 2008

Berdasarkan statistik di atas, jelas menunjukkan bahawa jumlah kes rasuah

melibatkan kakitangan kerajaan sentiasa meningkat setiap tahun. Menurut Presiden

CUEPAC, iaitu Omar Osman (2010) sebanyak 41 peratus kakitangan awam terbabit

dalam gejala rasuah ini. Gejala rasuah ini berlaku kerana golongan ini ingin

mengejar kemewahan dunia untuk kesejahteraan hidup tanpa memikirkan halal dan

haram (Omar Osman, 2010). Menurut Norhafifi Yahya (2006) gejala rasuah ini

berlaku adalah disebabkan oleh kelemahan peribadi seperti kurang iman dan taqwa.

Selain itu juga, sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat

kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah

keperibadiannya.

Selain itu juga, kes-kes penceraian melibatkan kakitangan kerajaan juga

semakin meningkat. Sebagai contoh, terdapat kes seorang kakitangan kerajaan di

sebuah universiti terkemuka, merasai derita berumah tangga apabila diceraikan pada

usia 27 tahun hanya selepas tiga tahun berkahwin. Keretakan rumah tangga mereka

berpunca daripada perhubungan bebas di kalangan rakan-rakan sepejabat (Berita

Harian, 2009). Menurut Tengku Asmadi (2009), kes perceraian ini berlaku kerana

kurangnya pengetahuan atau jahil dalam ilmu agama.

Page 25: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

6

Menurut Iyus Yosep (2005) individu yang memiliki tahap kecerdasan

spiritual yang tinggi mampu menjadi lebih bahagia dan menjalani kepuasan hidup

atau kualiti kehidupan yang baik berbanding dengan mereka yang taraf kecerdasan

spiritualnya rendah. Akhir-akhir ini, kajian menunjukkan individu yang memiliki

tahap kecerdasan spiritual yang tinggi, sikap yang positif dan kebolehan dalam

menyesuaikan diri memainkan peranan penting dalam membina kehidupan yang

positif. Mereka yang mempunyai kecerdasan spiritual yang tinggi juga lebih redha

dengan kehidupan mereka, mempunyai hubungan interpersonal yang baik, dan

gembira dengan pekerjaan (Samsudin Osman, 2005).

Samsudin Osman (2005) di dalam Seminar Psikologi Pada Tahun 2005,

mengatakan bahawa pekerja yang mempunyai perasaan gembira dengan kerja atau

tugas yang dilakukan akan dapat mewujudkan sesuatu yang dapat memuaskan hati

dalam bekerja, seterusnya hasil kerja yang dilakukan memberi makna kepadanya.

Oleh sebab itu, setiap individu wajar mengamalkan spiritual dalam diri agar mampu

mencipta makna dan jiwa yang bahagia seterusnya akan dapat meningkatkan kualiti

dalam pekerjaan.

Justeru itu, persoalan yang cuba dibincangkan dalam kajian ini ialah, adakah

terdapat hubungan di antara kecerdasan spiritual dengan kualiti kehidupan kerana

kajian ini mengandaikan bahawa individu yang memiliki tahap kecerdasan spiritual

yang tinggi akan mempunyai tahap kualiti kehidupan yang tinggi.

1.3 Pernyataan Masalah

Staf sokongan merupakan tulang belakang kepada sesebuah organisasi.

Kejayaan sesebuah organisasi seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini

adalah bergantung kepada kecemerlangan kakitangannya. Staf yang mengamalkan

Page 26: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

7

nilai spiritual akan menjalankan tugas penuh komitmen, dan kejujuran serta beretika.

Mereka akan merasa gembira dan akan melaksanakan tugas dengan sempurna.

Oleh sebab itu, pengkaji ingin mengkaji adakah terdapat hubungan di antara

kecerdasan spiritual dengan kualiti kehidupan staf sokongan di Fakulti Pendidikan

UTM kerana kajian ini mengandaikan bahawa individu yang memiliki tahap

kecerdasan spiritual yang tinggi akan mempunyai tahap kualiti kehidupan yang

tinggi.

1.4 Kerangka Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah utama

iaitu kecerdasan spiritual dengan pemboleh ubah bersandar iaitu kualiti kehidupan.

Sebagai pemboleh ubah bebas kecerdasan spiritual dibahagikan kepada empat aspek

iaitu emosi, pemikiran, amalan dan hubungan sosial.

Pemboleh ubah bersandar iaitu kualiti kehidupan yang dipeolehi daripada

lima aspek iaitu kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan

komitmen. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka kajian yang melibatkan pembolehubah

dalam kajian ini.

Page 27: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

8

Pemboleh Ubah Bebas Pemboleh Ubah Bersandar

Kecerdasan Spiritual Kualiti Kehidupan

1) EmosiKesihatan

Perhubungan

Perasaan

Pembangunan Kendiri

Komitmen

2) Pemikiran

3) Amalan

4) Hubungan Sosial

Rajah 1.1 : Kerangka kajian

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di

antara kecerdasan spiritual dengan kualiti kehidupan staf sokongan Fakulti

Pendidikan UTM. Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk :

i. Mengenalpasti tahap kecerdasan spiritual dalam kalangan staf sokongan

Fakulti Pendidikan UTM.

ii. Mengenalpasti tahap kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan Fakulti

Pendidikan UTM.

iii. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek

emosi dengan kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan Fakulti

Pendidikan UTM.

Page 28: HUBUNGAN KECERDASAN SPIRITUAL DENGAN KUALITI … · berdasarkan aspek kesihatan, perhubungan, perasaan, pembangunan kendiri, dan komitmen. Data telah dianalisis dengan menggunakan

9

iv. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek

pemikiran dengan kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan Fakulti

Pendidikan UTM.

v. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek

amalan dengan kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan Fakulti

Pendidikan UTM.

vi. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual berdasarkan aspek

hubungan sosial dengan kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan

Fakulti Pendidikan UTM.

vii. Mengenalpasti hubungan di antara kecerdasan spiritual keseluruhannya

dengan kualiti kehidupan dalam kalangan staf sokongan Fakulti Pendidikan

UTM.