hubungan antara harga diri dengan pencapaian mata pelajaran kemahiran hidup … · 2018-12-10 ·...
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN MATA
PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
AZMI BIN MAHMOOD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
` PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya AZMI BIN MAHMOOD
( HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. YEO KEE JIARLOT 566 KG JENERAK TAWANG, 16020 BACHOK KELANTAN Tarikh: APRIL 2009 Tarikh: APRIL 2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah
memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)
Tandatangan : …………………………………………………..........
Nama Penyelia : DR. YEO KEE JIAR
Tarikh : APRIL 2009
HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN MATA
PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
AZMI BIN MAHMOOD
Laporan Projek Ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………………………….
Nama Penulis : AZMI BIN MAHMOOD
Tarikh : APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Dengan Nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan keizinanNya jua, Ku bersyukur atas rahmatNya,
Dengan keizinanNya jua maka dapatlah ku siapkan
laporan Projek Sarjana Muda ini.
Khas buat,
Arwah ibu dan ayah serta ibu mertua yang disanjungi dan di kasihi,
Doa dan pengorbanan kalian amat ku hargai.
Teristimewa buat isteriku,
Noor Ziram Binti Che Ismail
Anak-anak tersayang,
Azrin, Azyan, Azfar dan Azza,
Dorongan, pengorbanan, dan kesabaran mu sentiasa mengiringiku.
Buat kawan-kawan…
Teruskan jalan yang kurintis ini sehingga ke puncak jaya
Jadikanlah kejayaan ini sebagai pendorong buat kalian.
Buat ahli keluargaku,
Bantuan dan sokongan kalian takkan ku lupakan
Semoga ALLAH akan sentiasa memberikan limpah rahmat serta
hidayahNya kepada kalian
iv
PENGHARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA
MENGASIHANI
Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam
ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat
dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat. Syukur
kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah mengizinkan saya
menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas
kepada Dr. Yeo Kee Jiar selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak
memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta
kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima
kasih kepada Jabatan Negeri Kelantan, pengetua-pengetua, guru-guru serta pelajar-
pelajar di Negeri Kelantan yang sudi memberi kerjasama yang sangat
memberangsangkan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan terutamanya Zulkarnain,
Yarol dan lain-lain lagi yang banyak membantu dan memberi idea kepada saya
semasa membuat tugasan ini. Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat
ke atas mereka yang telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek
Sarjana Muda ini.
Terima kasih yang tidak terhingga.
v
ABSTRAK
Pelajar yang mempunyai harga diri tinggi biasanya melibatkan diri dalam
strategi pengukuhan atau peningkatan kendiri dan melihat diri secara positif. Kajian
ini bertujuan untuk mengenal pasti korelasi antara harga diri dengan matamata
pelajaran Kemahiran Hidup dalam kalangan 100 orang pelajar dari dua buah sekolah
menengah. Setiap pelajar diberi satu set borang soal selidik yang telah diuji
kebolehpercayaannya dengan nilai alfa Cronbach 0.821. Data kajian telah dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.0 untuk menentukan frekuensi, peratus,
dan min. Kaedah korelasi Pearson digunakan untuk menentukan korelasi antara harga
diri dengan pencapaian dalam Kemahiran Hidup. Di samping itu, ujian-t digunakan
untuk menganalisis perbezaan antara harga diri dengan pencapaian merentas jantina
dan tahap pencapaian yang tinggi dan rendah. Dapatan kajian menunjukkan
kebanyakan pelajar mempunyai tahap harga diri yang sederhana. Seterusnya, analisis
juga menunjukkan tidak terdapat korelasi antara harga diri dengan pencapaian dalam
Kemahiran Hidup. Ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara harga diri dengan pencapaian dalam Kemahiran Hidup antara pelajar
lelaki dan perempuan. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk terus
meningkatkan harga diri pelajar, dan secara tidak langsung dapat mengukuhkan
pencapaian mereka.
vi
ABSTRACT
Students with high self-esteem are most likely to engage in self-enhancing
strategies and view themselves favorably. This study aimed to evaluate the
correlation between self-esteem with subject achievement of secondary school
students in the subject of Living Skills. Respondents constitute 100 students from
two selected schools. Each student was given a set of questionnaire where the
reliability was 0.821 at Cronbach’s Alpha. Data was analyzed by using SPSS’s
software 15.0 to determine frequency, percentage and mean. Pearson correlation
method had been used to look at the correlation between self-esteem and achievement
in the subject of Living Skills. Apart from this, t-test was carried out to analyzed the
difference in self-esteem across gender and high and low achievers in the subject.
Result indicated that most students have moderate level of self-esteem. It was also
found that there was no correlation between self-esteem and achievement in Living
Skills. Result from t-test also indicated that there was no significant difference
between self-esteem and achievement in Living Skills between male and female
students. However, some suggestions have been proposed to further improve the self-
esteem of students, and indirectly may enhance students achievement.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PEMBIMBING
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH ` xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
viii
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Rasional Kajian 7
1.8 Kepentingan Kajian 8
1.8.1 Pelajar 8
1.8.2 Ibu bapa 9
1.8.3 Guru-guru Kemahiran Hidup 9
1.8.4 Pihak sekolah 9
1.9 Batasan Kajian 10
1.10 Definasi Operasional 10
1.10.1 Harga Diri 10
1.10.2 Harga Diri Tinggi 11
1.10.3 Harga diri Rendah 11
1.10.4 Pencapaian 11
1.10.5 Kemahiran hidup 12
1.10 Penutup 13
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Konsep Harga Diri 14
2.3 Hubungan antara harga diri dengan
pencapaian mata pelajaran Kemahiran Hidup. 16
2.4 Teori Pembelajaran 17
2.4.1 Teori humanistik 17
2.4.2 Teori Erikson 19
2.4.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean
Piaget 22
2.4.4 Teori Tingkah Laku 24
ix
2.5 Kajian Lepas 25
2.5.1 Kajian Lepas Luar Negara 26
2.5.2 Kajian Lepas Dalam Negara 28
2.6 Penutup 30
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 32
3.4 Instumen Kajian 33
3.5 Kajian Rintis 34
3.6 Prosedur Kajian 35
3.7 Analisis Data 36
3.7.1 Ringkasan Kaedah Analisis Data 36
3.7.2 Analisis Deskriptif 37
3.7.3 Analisis Inferensi 38
3.8 Penutup 39
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Bahagian A 41
4.2.1 Jantina 41
4.2.2 Bangsa 42
4.2.3 Pekerjaan Bapa 42
4.2.4 Markah 43
x
4.3 Analisis Bahagian B 44
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 44
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 48
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 49
4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 50
4.4 Penutup 51
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 52
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 53
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Pelajar 53
5.2.2 Perbincangan Hasil Analisis Bagi
Tahap Harga Diri Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup. 54
5.2.3 Perbincangan hasil analisis sama ada
terdapat hubungan yang signifikan
antara harga diri dengan pencapaian
mata pelajaran Kemahiran Hidup. 55
5.2.4 Perbincangan hasil analisis sama ada
terdapat perbezaan yang signifikan
antara harga diri pelajar yang mendapat
pencapaian tinggi dengan pencapaian
rendah dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup. 56
5.2.5 Perbincangan hasil analisis sama ada
terdapat perbezaan yang signifikan
antara harga diri pelajar lelaki dengan
pelajar perempuan. 57
5.3 Rumusan 58
5.4 Cadangan Kajian 59
xi
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 60
5.6 Penutup 61
RUJUKAN 62
LAMPIRAN A 67
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.2 Peringkat Perkembangan Kognitif Mengikut Jean Piaget 21
3.1 Latar Belakang Responden. 30
3.2 Tahap Harga Diri Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup 30
3.3 Jadual Skala Likert 31
3.4 Jadual Ringkasan Kaedah Analisis Data 33
3.5 Tahap Penilaian Min 34
3.6 Tahap Pencapaian Pelajar 35
3.7 Jadual Nilai Korelasi dan Interpretasi 36
4.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan Pelajar
Mengikut Jantina 38
4.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan Pelajar
Mengikut Bangsa 38
4.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Pelajar
Mengikut Pekerjaan Bapa 39
4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Pelajar
Mengikut Markah Peperiksaan Akhir Tahun
di Tingkatan satu 40
4.5 Rumusan Analisis Tahap Harga Diri Pelajar
Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 41
4.6 Analisis Hubungan Korelasi Antara Harga Diri
Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup 45
xiii
4.7 Analisis Ujian-t Antara Harga Diri Pelajar
Yang Mendapat Pencapaian Tinggi Dengan
Pencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup 46
4.8 Analisis Ujian-t Terhadap Harga Diri Pelajar Lelaki
dan Pelajar Perempuan 51
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Hieraki Keperluan Maslow 16
xv
SENARAI SINGKATAN
Bil. : Bilangan
PIPP : Program Induk Pembangunan Pendidikan
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
SMK : Sekolah Menengah Kebangsaan
FPN : Falsafah Pendidikan Negara
EPRD : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPNK : Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
SPSS : Standard Package For Social Sciences
STS : Sangat Tidak Setuju
TS : Tidak Setuju
TP : Tidak Pasti
S : Setuju
SS : Sangat Setuju
SP : Sisihan Piawai
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Set Soal Selidik 63
B Surat Akuan Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia 68
C Surat Kebenaran (EPRD) 69
D Surat Kebenaran, Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan (JPNK) 70
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2006).
Bagi memperkasakan tahap pendidikan di Malaysia, pelbagai usaha telah
dijalankan antaranya ialah memperkenalkan subjek Kemahiran Hidup. Reka bentuk
mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu subjek yang menggabungkan teori
dan kemahiran asas bagi membolehkan pelajar mengendalikan kehidupan seharian
secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang komplek dan sering
berlaku perubahan. Kebanyakan komponen mata pelajaran Kemahiran Hidup ini
melibatkan kerja amali.
2
Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran amali yang ditawarkan di
peringkat sekolah rendah dan menengah yang berhasrat untuk memupuk celik
teknologi, kesedaran ekonomi dan pengurusan diri. Kemahiran yang dibekalkan
adalah merupakan aktiviti yang amat berguna dalam kehidupan seharian seperti
membuka pasang, menyelenggara, membaiki kerosakan kecil, mengusaha niagakan
barang, menanam, menternak, memasak, menjahit mengurus diri dan kerja.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membentuk sebuah
masyarakat yang berorientasikankan teknologi selaras dengan hasrat negara dan
perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara ini. Secara tidak
langsung akan menimbulkan kesedaran kepada murid-murid agar peka terhadap
perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan untuk melahirkan
masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru berasaskan kepada Sains
dan Teknologi.
Dengan adanya mata pelajaran yang bercorak amali dan praktis,
membolehkan murid-murid menggunakan alat-alat tangan untuk membuat perkakas
yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin yang
mudah. Penguasaan kemahiran ini dapat membantu murid-murid mengatasi masalah
dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada kemajuan teknologi.
Dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di
sekolah memerlukan kesediaan, kebolehan, kemampuan dan kecekapan pelajar untuk
memahami mata pelajaran tersebut. Dalam konteks ini kemampuan yang diperlukan
oleh pelajar tidak terbatas pada kebolehan kognitif sahaja, malah faktor-faktor
psikologi seperti minat, motivasi, persekitaran, konsep kendiri dan harga diri turut
menyumbang kepada pencapaian pelajar.
Untuk memantapkan lagi usaha tersebut, maka sifat-sifat psikologi juga perlu
diberi penekanan. Kajian mengenai hubungan antara harga diri dengan pencapaian
pelajar perlu dilakukan. Menurut Paul Lewis (1993) dalam Chai Pik Yee (2006),
harga diri merupakan pandangan dan keyakinan yang ada dalam batin seseorang.
Pandangan dan keyakinan seseorang individu itu akan terserlah apabila menganggap
dirinya berharga, mempunyai kemampuan dan disukai.
3
Harga diri atau gambaran diri sendiri didefinisikan sebagai pandangan
seseorang individu itu terhadap keupayaan, kebolehan serta penampilan fizikal diri
sendiri, juga melibatkan pendapat dan persepsi orang lain terhadap individu itu.
Sama ada positif atau negatif konsep harga diri seseorang banyak bergantung pada
persepsi sendiri yang dipengaruhi oleh motivasi dalaman atau luaran. Jika dengan
menilai diri sendiri sebagai positif, ini jelas menunjukkan individu tersebut berjaya
menampilkan motivasi dalaman yang tinggi yang ada dalam diri individu itu.
Dengan pergaulan sosial yang positif serta mendapat banyak dorongan dari faktor
luaran untuk berbuat sesuatu, seseorang individu itu dikatakan bermotivasi
disebabkan oleh ganjaran, pengukuhan dan peneguhan yang diberikan oleh
persekitaran.
Menurut William James (1983), harga diri bermaksud satu konsep dalam
psikologi yang melibatkan mental. Menurut Tafarodi, Marshall & Milne (2003),
dalam Ridi Anak Juri (2008), harga diri dibahagikan kepada dua jenis, iaitu harga
diri tinggi dan harga diri rendah. Bagi mereka yang mempunyai harga diri tinggi
memaparkan ciri-ciri yang membantunya mempelajari sesuatu dengan lebih yakin.
Begitu juga sebaliknya akan berlaku jika pelajar memiliki harga diri yang rendah.
Kajian telah menunjukkan bahawa kemampuan seseorang menguasai
pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran dipengaruhi oleh banyak
faktor seperti persekitaran, baka, sosial, emosi, konsep kendiri, harga diri dan
sebagainya. Harga diri yang tinggi memainkan peranan untuk meningkatkan
semangat dan keyakinan seseorang pelajar. Menurut Coopersmith (1968), harga diri
mempunyai pengaruh yang besar terhadap pencapaian seseorang. Pencapaian
akademik sering kali dikaitkan dengan harga diri yang tinggi manakala harga diri
yang rendah dikaitkan dengan kegagalan (Burns, 1982). Menurut J. Maurus (1996),
menyatakan bahawa setiap pelajar mesti memiliki harga diri untuk berjaya.
Sekiranya harga diri pelajar terlalu rendah, maka mereka tidak yakin dalam
menjalani kehidupan.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah atau secara
ringkasnya dikenali sebagai mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH) ialah mata
pelajaran teras berunsurkan teknologi dalam Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata
pelajaran ini digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dirancang untuk
meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan
tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan
keperluan negara selaras dengan Wawasan 2020.
Kurikulum Kemahiran Hidup bertujuan untuk melahirkan pelajar dan
generasi yang mempunyai kemahiran asas yang baik bagi membolehkan mereka
mengendalikan kehidupan dengan lebih produktif dalam dunia yang canggih dan
berteknologi. Dalam mata pelajaran ini juga tumpuan utama adalah kepada
penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi, Perniagaan dan
Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan
pelajar mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif (Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah, 2002). Untuk merealisasikan kejayaan pelaksanaan mata pelajaran
Kemahiran Hidup, komitmen semua pihak yang terlibat amat diperlukan. Di
samping itu, penyertaan secara serius oleh pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah aspek penting bagi memastikan pelajar benar-benar dapat
menguasai kemahiran yang ingin disampaikan oleh guru (Noriah Kamaruddin, 2006)
dalam Atar Anak Ghiret (2008). Selain daripada memperolehi ilmu pengetahuan dan
kemahiran, pendidikan yang diterima oleh pelajar juga seharusnya dapat
menimbulkan minat dan keyakinan mereka untuk menimba ilmu.
Dari aspek pedagogi pula, guru yang mengajar Kemahiran Hidup harus
mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pelajar tidak bosan dan dapat menarik
minat pelajar. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah seperti
demonstrasi, projek, media, syarahan, simulasi, penyelesaian masalah, inkuiri
penemuan dan juga kaedah perbincangan. Keberkesanan pengajaran juga
bergantung kepada kebolehan dan sikap seseorang guru itu sendiri.
5
Walau bagaimana pun nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik
diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran
ini dapat diwujudkan. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah
untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta
kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah
untuk kehidupan harian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).
Menurut Ee Ah Meng (1991), bagi memupuk nilai dan sikap yang positif
dalam kalangan murid-murid, guru hendaklah cuba menerapkan nilai-nilai bagi
setiap pelajaran yang disampaikan. Langkah kerajaan memperkenalkan mata
pelajaran Kemahiran Hidup bagi memberikan kemahiran asas adalah satu langkah
yang bijak dan tepat. Namun kejayaan atau kegagalan dalam sesuatu sistem
pendidikan yang diperkenalkan bukanlah bergantung pada pihak kerajaan sahaja.
Kerjasama dari semua pihak, termasuk guru, ibu bapa dan masyarakat umum sangat
perlu dalam merealisasikan kejayaan ini.
Dalam kajian ini, pengkaji dapat melihat hubungan antara harga diri dengan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah menengah.
Dalam hal ini, pengkaji juga ingin mengenal pasti perbezaan antara harga diri pelajar
yang mendapat pencapaian tinggi dan pencapaian rendah serta perbezaan antara
harga diri pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
1.3 Penyataan Masalah
Selaras dengan Wawasan 2020, peranan pendidikan adalah untuk membantu
merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju sepenuhnya. Para
pelajar bertanggungjawab melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan bersedia
untuk menempuh apa jua dugaan dan halangan yang bakal mendatang. Oleh yang
demikian faktor perbezaan latar belakang keluarga, personaliti, harga diri serta corak
pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu dikaji dari segi perkaitannya dengan
pencapain akademik pelajar.
6
Dalam meninjau hubungan pelbagai faktor dengan pencapaian pelajar, maka
salah satu faktor yang menjadi minat pengkaji ialah harga diri. Oleh yang demikian,
penyelidik ingin ingin mengkaji hubungan antara harga diri dengan pencapaian mata
pelajaran Kemahiran Hidup pelajar sekolah menengah.
1.4 Objektif Kajian
Penyelidik menggariskan empat objektif untuk dicapai menerusi kajian ini.
Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti:
i) Tahap harga diri pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.
ii) Hubungan antara harga diri dengan pencapaian dalam Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup.
iii) Perbezaan antara harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi
dan pencapaian rendah dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.
iv) Perbezaan antara harga diri pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
1.5 Persoalan Kajian
Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, penyelidik akan mendapatkan
jawapan kepada persoalan berikut :
i) Apakah tahap harga diri pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup?
ii) Adakah terdapat hubungan antara harga diri dengan pencapaian dalam
mata pelajaran Kemahiran Hidup?
7
iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar
yang mendapat pencapaian tinggi dan pencapaian rendah dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup?
iv) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar
lelaki dan pelajar perempuan?