hikayat raja pasai
TRANSCRIPT
BSS 3022KARYA AGUNG MELAYU
ANALISIS KARYA TRADISIONAL(HIKAYAT RAJA PASAI)
MOHD AMIRUL ASRI BIN ZAHARUDDIN D20121061137NOR AYUMI BINTI MD LAZIM D20131063272JULIANA AZRENA BINTI BAHARUDDIN D20131063263 NURLIYANA BINTI AHAMAD DORMAD D20131063358NURRUL WAHIDAH BINTI HAMID D20131063268
PENGENALAN Hikayat Raja Pasai seperti yang diketahui tergolong dalam genre
sejarah yang banyak menceritakan tentang kisah Raja Pasai yang
telah memeluk agama Islam.
Ia meliputi kisah pembukaan negeri, corak pentadbiran, politik,
sosial sejak dari kewujudan, perkembangan, zaman keemasan,
kekalahan hinggalah zaman keruntuhannya.
Sebagai sebuah hikayat teks lama, sudah pasti bahawa penulisannya
telah mendapat tokok tambah daripada generasi ke generasi.
Ia bertujuan untuk memperindahkan lagi erta mampu menarik
perhatian para pembaca untuk membaca.
PEMIKIRAN DALAM HIKAYAT RAJA PASAI
PEMIKIRANMohd Rashid Md. Idris et al. (2016: 69),
mendefinisikan pemikiran sebagai subjek yang dibawakan oleh pengarang. Bermula daripada idea dan pengalaman dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan tema karya. Tambahnya lagi, daripada situlah ia dikembangkan untuk menyampaikan mesej dan tujuan yang membentuk pemikiran dan idealisme pengarang.
1. Kedatangan IslamPenceritaan di dalam Hikayat Raja Pasai dimulakan
dengan menceritakan bahawa negeri Pasai merupakan negeri pertama yang rajanya memasuki agama Islam. Berikut merupakan contoh petikan yang menggambarkan kemunculan agama Islam di Pasai:
“Al kisah peri mengatakan ceritera raja yang pertama
masuk agama Islam ini Pasai; maka ada diceritakan oleh orang yang empunya ceritera ini, negeri yang dibawah angin ini, Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah.”
(1997: 1)
2. Asal-usul atau Susur Galur Keturunan Raja PasaiPengarang cuba mengembangkan jurai keturunan atau susur galur
Raja Pasai ini dengan memulakan cerita tentang dua orang bersaudara iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad yang seterusnya menyatukan kedua anak mereka. Puteri Raja Muhammad dinikahkan dengan putera Raja Ahmad dan dari sinilah bermulanya perkembangan dalam jurai keturunan Raja Pasai tersebut. Petikan dibawah menunjukkan cara jurai keturunan raja Pasai ini bermula dan dikembangkan:
“Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samalanga.”
(1997: 1) “Maka didudukkannyalah Merah Gajah itu dengan Puteri Betung. Maka
berbesanlah ia kedua bersaudara sentiasa ia dalam kesukaannya.”(1997: 4)
3. Sejarah Pembukaan Negeri Samudera Diceritakan bahawa sewaktu Merah Silau pergi berburu bersama anjingnya Si
Pasai di sebuah hutan dilihatnya seekor semut yang besarnya seperti kucing. Lantaran itu, Merah Silau menangkapnya dan memakannya. Kemudian, diarahkan orang untuk membersihkan kawasan tersebut dan dibina istana. Merah Silau kemudian menamakan tempat itu dengan nama Samudera yang bererti semut yang amat besar.
(1997: 15) Pasai Peristiwa bermula ketika Sultan Malikul Saleh pergi berburu di tepi laut
dengan membawa seekor anjingnya bernama Si Pasai. Sewaktu sampai, Sultan Malikul Saleh melepaskan anjingnya tersebut lalu, ia berlari masuk kedalam hutan berdekatan. Anjing tersebut kemudiannya bertemu dengan seekor pelanduk yang gagah. Apabila anjing tersebut menyalak, pelanduk tersebut membalasnya menyebabkan anjing tersebut takut. Melihat kejadian tersebut, Sultan Malikul Saleh cuba menangkap pelanduk tersebut tetapi gagal. Seterusnya beliau mengarahkan orangnya membersihkan kawasan tersebut dan dibina istana dengan menamakan tempat tersebut sempena nama anjing perliharaannya itu iaitu Pasai setelah kematian Si Pasai.
(1997: 19)
4. Kezaliman pemerintahDalam karya Hikayat Raja Pasai, kezaliman
pemerintah dapat dilihat melalui watak Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang kejam sehingga sanggup membunuh anak kandungnya sendiri iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara disebabkan hasad dengki dan juga ingin mengahwini anak perempuannya.
(1997: 48)
5. Kesetiaan Dan Ketaatan Golongan Bawahan Terhadap Pemerintah
Mesej ini disampaikan oleh pengarang melalui watak Tun Beraim Bapa dan juga Sayid Semayamuddin. Tun Beraim Bapa begitu setia dan patuh terhadap bapanya iaitu Sultan Ahmad Perumudal Perumal sehingga sanggup memakan makanan yang berisi racun yang dikirim baginda meskipun mengetahui perihal tersebut kerana takut digelar derhaka.
(1997: 48) Sayid Semayamuddin pula merupakan menteri atau orang
bawahan Sultan Malikul Mansur. Beliau dibunuh dengan dipenggal kepalanya dan diceraikan daripada badan oleh Sultan Malikul Mahmud. Hal ini demikian kerana, beliau lebih rela mati daripada berpisah dengan Sultan Malikul Salih setelah diberi pilihan oleh Sultan Malikul Mahmud untuk bersamanya atau tidak.
(1997:27)
ESTETIKA DAN
KEPENGARANGAN
ESTETIKA Estetika atau keindahan adalah suatu sifat dan ciri sastera yang terpenting.
Dalam seni sastera, keindahan berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang
memberi kesan kepada pengalaman, perasaan pemikiran, imaginasi dan wawasan.
Estetika juga merujuk kepada aspek kekuatan karya.
Dapatlah dinyatakan bahawa estetika ialah rasa keindahan, keseronokan,
kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta
penikmatan yang mempersonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat
menawan perasaan yang terpahat dalam pemikiran.
GAYA BAHASA
Gaya bahasa bermaksud :
cara atau ragam bahasa itu di pakai, khususnya dalam tulisan atau karangan.
Gaya bahasa juga dimaksudkan dan dirujukkan kepada gaya seseorang penulis menggunakan bahasa.
1.ANAFORAAnafora adalah sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden sama ada kreatif atau bukan kreatif.
Contoh pengulangan perkataan pertama dalam karya ‘Hikayat Raja Pasai’ ialah :
Maka apabila mereka itu kembali, maka diberinya mereka itu
seorang seekor kerbau, maka sukacitalah segala orang yang
datang itu yang bermain dengan Merah Silau itu.
2.EPISTROPsejenis pengulangan kata-kata yang sama atau kumpulan yang sama pada akhir klausa yang berturutan. Pengulangan ini memberikan rima pada ayat dan memberikan penekanan yang khusus pada elemen yang diulang. Contoh : Hikayat Raja Pasai
Maka duduk ia di balai panjang penuh dengan balai itu,
dan duduk ia di jambar panjang, sarat sejambar panjang,
serta menguraikan rambutnya dan berjuntai mengayun-
ngayun kakinya.
3.ALITERASIAliterasi ialah sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berturutan waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden, waima kreatif atau bukan kreatif.
Contoh :
...emas berpermata bersirat berambukan mutiara dan
berkamar berkelit bau...
4. ASONANSI
Asonansi ialah sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi vokal yang sama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif . Contoh :
Setelah hari pun sianglah, maka Tun Beraim Bapa pun
bersabda kepada bendaharinya...
5.HIPERBOLA
Hiperbola atau superlatio bermaksud menyatakan sesuatu dengan cara berlebih-lebihan. Anton Moeliono (1989) berpendapat hiperbola sebagai ungkapan yang melebih-lebihkan sama ada dari segi jumlahnya, ukurannya atau sifatnya.
Contoh :
‘’Bahawa ada sepeninggalanku wafat itu, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya...’’
6. PARADOKS
Paradoks ialah gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataanya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.
Contoh :
Suatu musuh pun tiada ada, melainkan Tun Beraim Bapa
bermain-main bersenda bergurau dengan hulubalangnya...
7.ANASTROP
Anastrop adalah susunan kata yang lazim. Fungsi utamanya ialah untuk memberikan penekanan. Takrifan anastrop menurut Umar Junus (1989) merujuk kepada pembalikkan susunan ayat dengan tujuan supaya frasa yang diletakkan pada awal lebih penting daripada frasa yang di belakang. Contoh :
... banyaklah mati dan luka sebab beramuk-amukan
sama sendirinya dan berbunuh-bunuhan mereka itu...
8.DISFENISME
Disfemisme ialah kebalikan daripada eufemisme. Disfemisme memilih bentuk kata atau ragam bahasa daripada yang lembut kepada yang kasar. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu lama kata-kata kasar selalunya bertujuan untuk bergurau dan berjenaka.
Contoh :
‘’Wah, tuanku paduka anakanda Merah Gajah itu telah
matilah dibunuh oleh mertuanya.’’
9.POLISIDENTONPenggunaan kata hubung yang melebihi daripada jumlah yang lazim digunakan menurut rumus tatabahasa. Contoh :
... beberapa daripada emas dan perak dan rial dan senjata
dan pelbagai warna kain dan urung dan lilin dan sarang
burung...
10. SIMILE
Simile ialah perumpamaan. Simile merupakan perbandingan terus iaitu membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja kita mengganggapnya sama.
Contoh :
‘’...Maka kerbau itu pun seperti singa mencari lawannya...’’
KEPENGARANGANSecara umumnya, teknik kepengarangan meliputi satu kaedah atau cara seseorang
penulis atau pengarang menggarap jalan cerita sesebuah karya yang dihasilkan.
Hal ini kerana, teknik yang digunakan untuk menggarap sesebuah cerita dalam
sesebuah karya dilihat penting kerana melalui teknik tersebut penulis dapat
menyampaikan sesuatu pemikiran secara berkesan dan tertib.
Selain itu, teknik kepengarangan ini merupakan sinonim kepada teknik penceritaan
yang lazimnya berkait rapat dengan penggunaan dialog, gaya bahasa, monolog,
monolog dalaman, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya.
TEKNIK DIALOG Dialog ialah perbualan antara watak dalam sesebuah cerita, drama, atau novel
(Nik Hassan Basri,2007).
Dialog antara Raja Ahmad dengan seorang tua di dalam surau akan diulang oleh
Raja Ahmad dengan isterinya sebaik saja Raja Ahmad kembali ke istana seperti
dalam petikan berikut:
Maka hamba ceriterakan kepadanya akan hal saudara hamba mendapat puteri
dalam rebung betung itu
(1). Maka ujar orang tuha itu, “Jikalau tuan hendak akan anak, baiklah beri
hamba tunjukkan dia akan tuan. Nantilah tuan hamba di sini barang sesaat (2)”
Dalam Hikayat Raja Pasai, terdapat banyak watak-watak sultan atau raja.
Dalam masyarakat Melayu, kita mempercayai bahawa raja memiliki kesaktian dan
berdaulat. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa ;
“Di tengah rimba itu terdapat serumpun buluh betung yang terlalu rimbun.
Sekalian rakyat menebas dan menebang pohon buluh itu. Akan tetapi, sebaik
ditebas, buluh itu akan kembali tumbuh semula. Kemudian Raja Muhammad
sendiri yang menebas buluh betung itu dan habis semua buluh betung itu ditebang
oleh baginda”
(Hikayat Raja Pasai,2004)
Melalui petikan ini, pengarang seolah-olah cuba untuk menyerlahkan
kesaktian dan kedaulatan Raja Muhammad. Hal ini kerana Raja Muhammad
sahaja yang mampu menebas pohon buluh tersebut sehingga habis ditebang
sementara rakyatnya tidak mampu untuk menghabiskan pekerjaan tersebut
disebabkan pohon buluh yang berulang kembali tumbuh selepas ditebang
Hal ini seterusnya menunjukkan kesaktian Raja Muhammad.
“Sultan mendengar suara itu, maka baginda mengambil air sembahyang lalu
sembahyang dua rakaat serta salam. Belum pun selesai baginda memberi salam,
maka datanglah wa’du’llah atas baginda diambil malaikatul maut nyawa baginda
lalu ia kembalilah ke rahmatullah. Menurut suatu cerita, baginda mati semasa
sedang sujud. Segala manusia hairan melihat baginda.”
(Hikayat Raja Pasai, 2004)
Dalam peristiwa ini, pengarang cuba menonjolkan keperibadian Sultan
Maliku’l-Mansur yang merupakan seorang raja yang istimewa dan insan terpilih
kerana baginda tahu ajalnya sudah dekat dan sempat sembahyang dua rakaat
terlebih dahulu.
Keistimewaan sultan ini diperkukuhkan lagi apabila pengarang mengaitkan
satu cerita lain bahawa baginda telah mangkat semasa sedang sujud.
Karya kesusasteraan Melayu ‘Hikayat Raja Pasai’ ini merupakan sebuah
karya klasik yang kaya dengan pelbagai unsur sejarah yang boleh
dijadikan tauladan untuk kehidupan masyarakat masa kini. Walaupun,
jalan penceritaannya banyak berkisar kepada kehidupan golongan raja
atau sultan.
Namun, masih terdapat pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan
tauladan dalam kehidupan kita. Antara pengajaran positif yang terdapat
dalam hikayat ini ialah sikap gigih dan kebijaksanaan manusia dalam
membina sesebuah empayar atau negeri seperti yang dilakukan oleh
Sultan Malikul Saleh.
Selain itu, kesedaran sultan menerima agama suci Islam telah mengubah
bukan sahaja cara hidup baginda tetapi juga seluruh masyarakat di dalam
negerinya.
Di samping itu, terdapat juga pelbagai pengajaran negatif yang perlu kita
hindari. Antaranya ialah kita haruslah berfikir dahulu kesan yang bakal
diterima daripada sesuatu tindakan kita
NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP
KONSEP BUDAYA Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu buddayah yang
merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi
pekerti atau akal.
Budaya merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu
pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan,
penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah
masyarakat.
Oleh itu, budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, adat resam,
tatasusila dan kebolehan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.
NILAI BUDAYA DALAM HIKAYAT RAJA PASAI
NILAI HORMAT MENGHORMATI
-Nilai hormat menghormati dalam Hikayat Raja Pasai dapat dilihat melalui contoh petikan :
- …“Setelah baginda sampai lalu masuk ke dalam rumah adinda itu, maka adinda
pun memberi hormat kepada kakanda itu berpesilakan duduk.Maka baginda pun duduk duduklah dua laki isteri dan adinda pun duduklah mengadap dua laki isteri.”…
(Hikayat Raja Pasai, 1997: 2)
-Melalui petikan di atas, pengarang menceritakan tentang rasa hormat yang ditunjukkan oleh Raja Muhammad kepada kakandanya iaitu Raja Ahmad. Daripada petikan itu jelas menunjukkan perlakuan Raja Muhammad iaitu memberi tunduk hormat kepada kakandanya Raja Ahmad meskipun kedua-duanya adalah raja kepada kerajaan masing-masing.
BUDAYA TIDAK BERPUTUS ASA
-Budaya tidak berputus asa muncul pada satu bahagian dalam
Hikayat Raja Pasai yang menceritakan kegigihan dan kepayahan
Merah Silu membina kerjayanya sendiri.
-Merah Hasum telah menggunakan tipu helah untuk menghalau
Merah Silu dari tanah jajahan Merah Hasum, sebagai akibatnya,
Merah Silu terpaksa merantau ke tempat-tempat lain untuk mencari
kawasan baharu untuk didiaminya. Dalam perjalanan Merah Silu
inilah yang menunjukkan budaya tidak berputus asa ditonjolkan
iaitu Merah Silu terpaksa menghadapi pelbagai dugaan untuk
mencari kediaman baharu.
BUDAYA MENTAATI RAJA
-Budaya taat setia ini dapat dilihat daripada janji yang dilontarkan
oleh kedua menteri iaitu Sayid Semayamudin dan Sayid Ali
Ghiatuddin untuk terus menghambakan diri bagi keturunan Sultan
Malikul Saleh iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul
Mansur sepertimana yang telah dipinta sendiri oleh Shah Alam.
Situasi pada ketika itu jelas menunjukkan bahawa masyarakat
yang diceritakan pada waktu itu merupakan masyarakat yang
sangat taat kepada rajanya.
BUDAYA DALAM ADAT MEMINANG
-Perlakuan yang penuh adat ketika hendak melakukan adat
meminang dapat dilihat melalui perilaku yang ditunjukkan oleh
menteri yang diutus khas oleh Sultan Malikul Saleh untuk
meminang Tuan Puteri bagi negeri Perlak yang digambarkan penuh
dengan adat santun dan berbahasa dalam menyampaikan hajat yang
diutuskan oleh Sultan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
budaya dalam adat meminang telah menjadi pegangan masyarakat
dalam hikayat.
KONSEP PANDANGAN HIDUPPandangan hidup merupakan satu konsep yang dimiliki oleh masyarakat
atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan
segala permasalahan yang berkaitan Tuhan, manusia dan alam.
Pandangan hidup masyarakat Melayu lazimnya melibatkan hubungan
manusia dengan Tuhan, alam dan sesama manusia.
Menurut pandangan sarjana Islam, Syed Naquib al-Attas (1972),
pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal
dunia dan akhirat.
• HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA
-pandangan hidup berkaitan hubungan manusia sesama
manusia dapat dilihat melalui adab rakyat terhadap
pemerintah yang ditonjolkan dalam hikayat raja pasai. Hal
ini dapat dilihat dalam peristiwa semasa raja muhammad
bersama segala rakyatnya menebas rimba. Dalam
masyarakat melayu, rakyat akan taat setia dan akan
melakukan segala perintah raja. Apabila perintah itu tidak
dapat dipenuhi atau mendapat halangan, rakyat akan
kembali semula kepada raja kerana dalam konteks
masyarakat melayu, raja memiliki kesaktian atau daulat.
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN
-Hikayat Raja Pasai membawa satu pandangan hidup tentang kehidupan
manusia yang sangat mementingkan ajaran Islam.
-misalnya, Sultan Malikul Saleh boleh membaca tiga puluh juzuk al-Quran.
Situasi ini menjelaskan bahawa pegangan masyarakat pada zaman tersebut
adalah berpaksikan kepada al-Quran. Keadaan Sultan Malikul Saleh yang
mampu membaca tiga puluh juz al-Quran menunjukkan bahawa raja yang
memerintah sesuatu negara semestinya perlu menguasai ilmu agama yakni
percaya kepada Allah agar pemerintahannya dapat berjalan dengan aman dan
makmur.
NILAI ILMU
NILAI ILMU YANG TERDAPAT DALAM HIKAYAT RAJA PASAI Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:
1081), perkataan nilai merujuk kepada kualiti, mutu dan taraf.
konsep ilmu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.
ILMU FIRASAT Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan
bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.
Ilmu firasat yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai ialah ilmu firasat terhadap binatang.
Anjing diberikan penghormatan oleh Raja-raja Melayu zaman terdahulu. Anjing memainkan peranan penting sehingga tertubuhnya sebuah negeri.
Dalam Hikayat Raja Pasai, penemuan negeri Pasai juga dikaitkan dengan anjing perburuan Merah Silu. (Sultan Malkul Saleh).
Anjing perburuan itu telah menyalak di sebuah tanah tinggi tanpa henti. Sultan Malkul Saleh kemudian berasakan bahawa tempat itu sesuai dibuat negeri lalu dinamakan tempat itu Pasai, sempena nama anjing perburuan tadi.
“Maka tersebutlah perkataan Merah Silau di rimba Jerana itu. Sekali
persetua pada suatu hari Merah Silau pergi berburu. Maka ada sekor anjing
dibawanya akan perburuan Merah Silau itu bernama Si Pasai. Maka
dilepaskannya anjing itu, lalu ia menyalak di atas tanah tinggi itu. Maka
dilihatnya ada seekor semut besarnya seperti kucing. Maka ditangkapnya oleh
Merah Silau maka lalu dimakannya. Maka tanah tinggi itupun disuruh Merah
Silau tebasi pada segala orang yang sertanya itu. Maka setelah itu
diperbuatnya akan istananya.”
(Hikayat Raja Pasai, 1997: 19)
ILMU TAFSIR Ilmu tafsir ialah ilmu mengenai mimpi atau ilmu tafsir
mimpi. Merah Silau telah bermimpi bertemu dengan Nabi
Muhammad s.a.w. Merah Silau telah diajar untuk mengucap dua kalimat syahadah serta beliau telah diberitahu oleh lelaki dalam mimpi tersebut bahawa hanya binatang yang halal dan disembelih sahaja yang boleh dimakan dan binatang yang tidak disembelih diharamkan dari dimakan.
Selain itu, Merah Silau juga telah diajar mengucap dua kalimah syahadah dan membaca al-Quran sebanyak 30 juzuk tanpa diajar oleh sesiapa pun. Selain itu, Merah Silau juga telah dikhatankan. Kemudian, Merah Silau telah diberi nama Sultan Malikul Saleh.
“Sebermula maka bermimpi Merah Silau dilihatnya dalam mimpinya itu ada
seorang orang menampung dagunya dengan segala jarinya dan matanya
pun ditutupnya dengan empat jarinya, demikian katanya, ‘hai Merah Silau,
ucap olehmu dua kalimah syahadat’. Maka sahut Merah Silau, ‘tiada hamba
tahu mengucap akan dia’. Maka ujarnya, ‘bukakan mulutmu’. Maka
dibukakannya oleh Merah Silau, maka diludahinya mulut Merah Silau itu,
rasanya lemak manis…..”
(Hikayat Raja Pasai, 1997: 12)
ILMU JAMPI Jampi menurut Kamus Dewan (2010),
membawa makna kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian. Jampi juga dikenali sebagai mantera.
Buktinya dimana ada seorang jogi yang datang menghadap Sultan Ahmad. Jogi itu seorang yang sangat kuat sehingga dia telah dibawa untuk berjumpa dengan Sultan Ahmad. Jogi itu telah pengsan kerana sultan tersebut mempunyai tongkat sakti atau tongkat yang telah dijampi.
“Maka ada seorang jogi dibawanya dalam kapal keeling itu, terlalu amat sakti
jogi itu; maka naiklah segala orang kapal itu serta membawa jogi itu
menghadap Sultan Ahmad dan dibawanya oleh jogi itu suatu tongkat; maka
dihunjamkannya tongkat itu dihadapan penghadapan Sultan Ahmad, maka
(disangkutkannya dagunya pada tongkat itu, maka keempat kaki tongkat itu pun
muallak. Setelah itu, maka dihunjamknnyapula sahutnya pada suatu papan,
maka ia pun muallak juga, berkisar-kisar dan berpusing-pusing…maka jogi itu
pun jatuh ke tanah lalu ia pengsan sebab daripada keramat Sultan itu.”
(Hikayat Raja Pasai, 1997: 31)
ILMU GHAIB Ilmu Gaib adalah kemampuan melakukan sesuatu
yang melebihi kemampuan manusia biasa. Ilmu ghaib ialah ilmu yang boleh menghilangkan diri sendiri atau apa-apa sahaja dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia.
Tun Beraim Bapa mempunyai kesaktian. Contoh yang terdapat dalam hikayat ini ialah Tun
Beraim Bapa telah membelah pinang kepada dua. Buah pinang tersebut telah dilontarkan lalu Tun Beraim bapa membelah pinang tersebut, sebelah pinang tersebut telah jatuh ke lantai manakala sebelah lagi telah ghaib.
….Baginda berbahasa pula baginda dengan gurunya
pahlawan Kampung Langgar, maka dilontar sebuah
pinang kotai. Maka diparangnya oleh Tun Beraim
Bapa penggal dua, sebelah ghaib tiada kelihatan dan
sebelah terlantar di bumi...
(Hikayat Raja Pasai, 1997: 74)
FALSAFAH
DALAM
HIKAYAT RAJA PASAI
FALSAFAH
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), falsafah
membawa maksud pengetahuan tentang pengertian yang
dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar
kepada ilmu-ilmu yang lain.
• Falsafah bermaksud cinta akan ilmu dan kebenaran.
• Falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tinggi dan
bertujuan untuk mendapatkan kebenaran.
• Oleh itu, falsafah ialah membincangkan sesuatu secara real
terhadap sesuatu perkara.
FALSAFAH ETIKA(ETIKA ISLAM)
• Falsafah Islam tidak dapat dipisahkan daripada dua sumber iaitu
al-Quran dan as-Sunnah.
• Dalam Hikayat Raja Pasai terdapat beberapa falsafah Islam yang
ditunjukkan contohnya dalam wasiat Malik al-Saleh kepada
menteri dan cucunya.
• Wasiat pertama mengandungi nasihat Sultan Malikul kepada
kedua-dua perdana menterinya supaya melaksanakan
pemerintahan berdasarkan hukum Islam, iaitu berdasarkan hukum
al-Quran dan al-Sunnah
• Wasiat kedua wasiat Malik al-Saleh kepada kepada kedua-dua
cucu baginda, iaitu Sultan al-Mansur dan Sultan Malik al-
Mahmud supaya melakukan kebaikan dan menyingkirkan
kemungkaran (al amr bi al-ma’ruf wa al-bahy ‘an al-munkar)
• Sebagai pemerintah negeri Islam, Malik al-Saleh memberikan
panduan secara Islam kepada menteri dan cucu baginda.
• Dalam wasiat tersebut dijelaskan maksud al-Quran iaitu
menunjukkan falsafah Islam yang diterapkan dalam Hikayat Raja
Pasai.
WASIAT MALIK AS-SALEK KEPADA MENTERINYA
• ‘Barang siapa yang tiada menghukumkan dengan hukum yang diturunkan oleh
Allah, maka bahawasnya mereka itu menjadi kafir”.
(Hikayat Raja Pasai, 2004:41)
WASIAT MALIK AS-SALEH KEPADA KEDUA CUCUNYA
• “...ada pun sepeninggalan ini baik-baik laku cucunda berdua memelihara pekerjaan al-
amru bi’lma’rufi wa’l-nahyi ‘ani’l munkar.”
(Hikayat Raja Pasai, 2004:41)
FALSAFAH ESTETIKA
• Estetika adalah cabang falsafah yang membincangkan tentang keindahan
• Keindahan alam boleh dihubung kait antara manusia dan alam sekitarnya
iaitu cara manusia menggunakan kebijaksanaan untuk berinteraksi dengan
alam.
• Alam sekitar membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan.
• Dalam Hikayat Raja Pasai, terdapat pemilihan kosa kata yang berunsurkan
alam.
• Kosa kata alam yang diterapkan adalah seperti hutan belantara, buluh,
sungai, binatang, tanah dan lain-lain.
• “Raja Ahmad bercerita kepada orang tua itu yang mereka
sedang memburu binatang hutan, akan tetapi masih tidak
bertemu dengan sebarang binatang buruan. Setelah itu, Raja
Ahmad bercerita kepada orang tua itu bahawa saudaranya
mendapat seorang kanak-kanak perempuan di dalam rebung
buluh betung”
(Hikayat Raja Pasai,1997:3)
• Bukan itu saja, falsafah alam juga boleh ditunjukkan melalui
nama watak iaitu Puteri Betung.
• Raja Muhammad telah menjumpai seorang kanak-kanak
perempuan yang cantik di celahan rimbunan pohon buluh betung.
• Kanak-kanak itu dinamakan sebagai Puteri Betong.
• Raja Muhammad menamakan kanak-kanak tersebut berdasarkan
tempat ia ditemui.
“ Anak itu diberikan nama Puteri Betong”
(Hikayat Raja Pasai., 2004:2)
Falsafah sejarah biasanya dikaitkan dengan persoalan sejarah itu sendiri.
Dalam hikayat raja pasai, falsafah sejarah ini ditunjukkan dengan sejarah
pemberian nama negeri sempena nama binatang iaitu pasai.
Hal ini berlaku apabila sultan malikul saleh melihat anjing buruannya iaitu si
pasai yang takut akan pelanduk yang sedang diburunya.
Si pasai tidak berani menerkam pelanduk yang sepatutnya diterkam olehnya,
tetapi sebaliknya.
Di sebabkan kejadian yang luar biasa tersebut, sultan malikul saleh telah
membuka negeri di situ dan dinamakan sebagai pasai apabila si pasai telah
mati dan ditanam di situ.
FALSAFAH SEJARAH
• ‘kata Sultan Malikul Saleh kepada orang yang ada bersama-
sama baginda, “Adakah pernah kamu lihat pelanduk yang gagah
seperti ini? Pada bicaraku sebab ia diam pada tempat ini, itulah
sebabnya pelanduk itu menjadi gagah.’... “Kata Sultan Malikul
Saleh sambil berfikir, baik tempat ini kuperbuat negeri. Anakku
Sultan Malikul Tahir akan dijadikan raja di negeri ini.
(Hikayat Raja Pasai, 2004:37)
Misalnya dalam petikan di bawah:
‘kata sultan malikul saleh kepada orang yang ada bersama-sama
baginda, “adakah pernah kamu lihat pelanduk yang gagah seperti
ini? Pada bicaraku sebab ia diam pada tempat ini, itulah sebabnya
pelanduk itu menjadi gagah.’... “Kata sultan malikul saleh sambil
berfikir, baik tempat ini kuperbuat negeri. Anakku sultan malikul
tahir akan dijadikan raja di negeri ini.”
(Hikayat raja pasai, 2004:37)
FALSAFAH POLITIK
•Falsafah politik adalah cabang ilmu dari falsafah yang memelajari tema-tema seperti
politik, kebebasan, keadilan, hak milik, hak, hukum, pemerintahan, dan penegakan
hukum oleh otorisal.
• Dalam Hikayat Raja Pasai, terdapat beberapa kisah mengenai pemerintahan atau
kekuasaan raja.
• Raja sangat berpengaruh dari pelbagai sudut.
• Raja sangat berkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat dan rakyat perlu
menunaikannya jika tidak mahu dihukum.
• Hikayat Raja Pasai mempamerkan sikap raja yang kejam dan sanggup berbuat apa sahaja
demi mendapatkan sesuatu.
• Raja pada zaman dahulu sangat berkuasa sehingga sanggup bertindak zalim di luar batas
kemampuan manusia.
• Ahmad Perumadal Perumal yang menjadi penyebab kejatuhan
kerajaan Pasai.
• Baginda telah membunuh anakandanya sendiri iaitu Tun Beraim
Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara
kerana hasad dengki semata-mata.
• Melalui urutan peristiwa kematian puteranya Tun Abdul Jalil
yang mendorong kejatuhan kerajaan Pasai akibat diserang
Majapahit.
• Melalui peristiwa tersebut jelas menunjukkan bahawa kezaliman
seseorang raja boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah negara.
• ‘Adapun ertinya, pasuka Sultan yang dalam negeri Pasai ini
membunuh anaknya dua orang, seorang bernama Tun Beraim
Bapa, dari karna Sultan itu berahi akan anaknya perempuan
seorang bernama Tun Medam Peria dan seorang bernama Tun
Takiah Dara, dan anaknya Tun Abdul jalil pun dibunuhnya
dibuangnya dalam laut Jambu Air ini...’
(Hikayat Raja Pasai,1997:55)
Ismail Ahmad. ( 2004 ). Hikayat Raja-raja Pasai. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Jones .R. (1987). Hikayat Raja Pasai. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Kamus Dewan edisi
keempat (2013). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus dewan edisi keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
Mohd Rashid Idris, Siti Khairiah, Abdullah Yusof. (2010). Nilai Estetik dan Intelek dalam
Pantun. Salam Sdn. Bhd.
Mohd Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah dan Seri Lanang Jaya. (2014). Karya Agung
Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjong Malim
Nik Hassan Basri. (2007). Komsas Pengangan Teras Keterampilan. Kuala lumpur : Icon
Region Sdn. Bhd.
Russel jones(1997). Hikayat raja pasai. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
BIBLIOGRAFI