hidup harmoni powerpoint

Click here to load reader

Post on 27-Jul-2015

1.075 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1. SATU BANGSA SATU NEGARA Negara kita Malaysia bertuah Buminya subur, cantik dan indah Dari Perlis hingga ke Sabah Hasil buminya melimpah-ruah Pelbagai kaum hidup harmoni Riang gembira disana sini Bersatu padu hormat-menghormati Musim perayaan kunjung-mengunjungi Orang Melayu dengan Aidilfitri Tahun Baru Cina turut dikongsi Kaum India menyambut Deepavali Pesta Menuai juga dirai 2. Budaya kita aneka rupa Indahnya sungguh tidak terkira Sama dipupuk sama dijaga Budaya kita menyatukan bangsa, Azam kita tetaplah kini Sama menyanjung budaya sendiri Kekal harmoni ibu pertiwi Menjulang Malaysia yang kita cintai 3.

  • Jawab soalan berikut berdasarkan syair
  • Mengapakah negara kita dikatakan bertuah?
  • Apakah bukti yang menunjukkan rakyat
  • Malaysia hidup harmoni?
  • c) Mengapakah budaya bangsa kita perlu
  • dipelihara?
  • d) Nyatakan tiga perayaan lain yang kamu tahu.
  • e) Nyatakan semangat yang perlu ada dalamdiri
  • setiap rakyat Malaysia.

AKTIVITI 1 4. PADANKAN DENGAN GAMBAR YANG SESUAI Orang Melayu Orang Cina AKTIVITI 2 5. Orang Iban Orang India 6. Orang Kadazan Orang Kristian 8.

  • Bina ayat majmuk daripada ayat-ayat tunggal
  • 1. Puan Ratna suka memakai sari.
  • Kain sari itu berwarna terang.
  • 2. Baju kebaya Salbiah sangat cantik.
  • Baju kebaya Salbiah mahal harganya .
  • 3. Pakaian traditional orang Iban itu berkualiti.
  • Pakaian traditional orang Iban itudihasilkan
  • dengan teliti.
  • 4. Cheongsam itu sangat cantik.
  • Cheongsam itu halus buatannya.

AKTIVITI 3 12.

  • Aktiviti 4

Rakyat negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalakan pelbagai BUDAYA. Berdasarkan gambar-gambar di atas tulis kerangka karangan mengenai PersembahanTarian Tradisional. 13. Wahai sekalian rakyat budiman, Pesanan ini dijadikan pedoman, Perpaduan rakyat itulah idaman, Rakyat sejahtera negara pun aman, Negara yang makmur aman sentosa, Hasil perjuangan pemimpin berjasa, Generasi wawasan hargai jasa, Nikmati merdeka dijaga sentiasa, Generasi wawasan cuba usahakan, Fikir sumbangan yang dapat diberikan, Nilai patriotisme jika diamalkan, Nikmat kemerdekaan dapat dikekalkan SYAIR NIKMAT KEMERDEKAAN 14. SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN . Tulis sebuah karangan berdasarkan gambar. Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 60 patah perkataan.