hhhc9401kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme
TRANSCRIPT
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
SEMESTER 1 SESI 2015/2016HHHC9401
KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
NAMA : NUR AISHAH BINTI ABASANO.MATRIK : A146269SET KURSUS : 11NAMA PENSYARAH : Dr. TENGKU SITI MERIAM BINTI
TENGKU WOOKTAHUN : 3
Program Ekplorasi Tekno 2015 telah dijalan pada 5, 6 dan 18 Mei 2015. Ia adalah
anjuran kelab Komuniti Sumber Terbuka (KST), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
(FTSM), dengan kerjasama Kelab Kebajikan Kakitangan (KiT) FTSM dan Fakulti Teknologi
dan Sains Maklumat, UKM. Program ini telah berlangsung di dua tempat iaitu Fakulti Teknologi
dan Sains Maklumat (5 & 6 Mei) dan di SK Taman Jasmin, Kajang (18 Mei 2015) dan jumlah
peserta yang hadir adalah seramai 36 perserta iaitu yang terdiri oleh murid sekolah SK Taman
Jasmin Kajang. Setiap Urusetia dan AJK telah ditugaskan untuk mengendali beberapa kumpulan
yang telah ditetapkan . Program ini telah dijalankan sebanyak 3 fasa iaitu:
FASA 1 : BENGKEL SELENGGARA PERKAKASAN KOMPUTER (FTSM, UKM)
FASA 2 : BENGKEL SELENGGARA PENGGUNAAN KOMPUTER (FTSM, UKM)
FASA 3 : JELAJAH AMALI 1 (SK TAMAN JASMIN KAJANG)
Objektif program ini ialah agar dapat mendidik pelajar sekolah terutama sekolah rendah
tentang menyelenggara perkakasan komputer serta cara penggunaan komputer yang betul.
Tambahan lagi, objektif program ini adalah untuk menyumbang bakti kepada masyarakat melalui
kepakaran yang dipelajari. Ilmu yang dipelajari disumbangkan kepada golongan sekolah untuk
memudahkan mereka untuk menyelenggara computer. Selain itu, ia juga adalah cara untuk
mempromosi kepakaran dan program FTSM, UKM.
Pencapaian bagi Program Ekplorasi Tekno 2015 ialah saya telah mempelajari kemahiran
nilai, sikap, etika dan profesionalisme . Hal ini demikian kerana kemahiran ini membolehkan
sesuatu program dijalankan dengan lebih lancar dan sempurna.
Dalam program ini, saya telah mempelajari untuk berfikir secara beretika dengan
menganalisis masalah sebelum mengambil tindakan. Kemahiran etika dan profesionalisme
amat penting supaya saya berkeupayaan mengambil keputusan yang betul untuk
menyelesaikan masalah sepanjang program ini. Saya telah menghadapi pelbagaia masalah
khususnya kesukaran pengawalan emosi pelajar seperti tahap keinginan mereka untuk
mempelajari sesuatu amat tinggi. Sebagai ahli jawatankuasa program, saya berperanan untuk
menjaga dan membimbing ahli kumpulan saya yang kesemuanya adalah murid sekolah
rendah sambil memberikan sokongan kepada mereka supaya meningkatkan semangat mereka
untuk mempelajari dan lebih mengenali asas-asas kemahiran dalam bidang peralatan dan
perkakasan komputer. Jika saya tidak menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada
murid-murid sekolah tersebut pasti mereka akan mudah terikut dan menjadi sesuatu sikap
negatif kepada mereka.
Selain itu, saya telah menghadiri beberapa perjumpaan dengan ketua dan ahli kumpulan
yang lain. Kami telah menunjukkan kesungguhan, komitmen dalam setiap aktiviti dalam sesi
yang dijalankan. Semasa perbincangan dijalankan, semua ahli kumpulan memberi pendapat
dan idea secara beretika dan profesional dalam setiap mesyuarat perbincangan untuk
menghasilkan tugasan yang sempurna. Sebagai contoh, semua ahli kumpulan termasuklah
saya telah menyumbangkan idea masing-masing mengenai aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang program berlangsung. Disamping itu, tugas saya memerlukan
pemikiran yang lebih teratur dan terperinci juga mencabar sepanjang penglibatan saya dalam
program ini. Dalam proses persediaan dan pelaksanaan, saya mengamalkan nilai dan sikap
secara terbuka dengan menghormati pandangan ahli lain. Kemahiran ini membantu saya
dapat berfikir dan mengambil keputusan yang rasional dalam menyelesaikan masalah
sepanjang program ini.
Kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme dicapai terutama sekali apabila, pengarah
program memberi tugas kepada saya dan ahli kumpulan saya untuk diselesaikan. Pada masa itu
saya dan ahli kumpulan saya iaitu sekteriat program perlu mimikirkan apakah dan bagaimana
kami perlu lakukan bagi menyelesaikan tugas yang diberikan iaitu untuk mencari sponsor bagi
program ini. Dan pada masa yang sama juga, saya perlu mengerah buah fikiran saya untuk
mencari idea-idea yang bernas bagi cadangan aktiviti-aktivit yang akan dijalankan sepanjang
program berlangsung.
Seterusnya , penyelesaian masalah dapat dicapai melalui pendekatan yang kami ambil iaitu
dengan cara membuat pembincangan bersama ahli kumpulan yang bagi mencari serta
membincangkan yang mana satu idea yang patut dipilih sebelum membentangkannya ke minit
mesyuarat utama. Idea-idea tersebut datangya daripada hasil sumbangan bersama ahli kumpulan
saya.
Kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai objektif program serta kemahiran dan
standard moral saya juga ditingkatkan. Saya juga mempelajari kemahiran yang baru iaitu
kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme.
Gambar sepanjang Program Eksplorasi Tekno 2015
1) Fasa 1 & 2 di FTSM, UKM (5 & 6 MEI 2015)
2) FASA 3 di Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin (18 MEI 2015)
2015 \ Pengenalan Program daripada wakil Fasi Eksplorasi Tekno 2015
Sesi ‘Ice Breaking’ antara peserta FTSM dan pelajar sekolah di Bilik Mesyuarat SK Taman Jasmin
Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikendalikan oleh
beberapa orang fasilitator dan pengenalan ringkas berkenaan dengan
penyelenggaraan komputer yang akan dijalankan.
Fasilitator mengendalikan aktiviti soal jawab dan peserta SK Taman Jasmin yang
menjawab kuiz berkenaan program Eksplorasi Tekno 2015.
Majlis Penutupan Eksplorasi Tekno 2015
Ucapan wakil pelajar sekolah yang mengikuti program Eksplorasi Tekno 2015
Cenderahati kepada guru penolong kanan kokurikulum, PuanMarina Ahmad kerana sudi memberi peluang kepada pelajar FTSM untuk menjayakan Program EksplorasiTekno 2015 di SK Taman Jasmin.
Gambar kenagan bersama pelajar dan guru Sek Keb Taman Jasmin.