hebahan & makluman waktu solat - pic.upm.edu.my€¦ · alhamdulillah kita masih diberi masa...

2
Mukasurat 02 Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di: [email protected] atau, hubungi kami di: PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468582 FAKS: 03-89483742 HEBAHAN & MAKLUMAN MUTIARA AL-QURAN “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. Surah Al-Imran ayat 9 SUBUH SYURUK 05:52 07:09 ZUHUR ASAR 13:17 16:26 MAGHRIB ISYAK 19: 21 20:31 WAKTU SOLAT Daerah Petaling dan kawasan yang sewaktu dengannya JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID OGOS/SEPTEMBER 2013 30 JUMAAT Fiqh Lengkap : Ust. Hj. Ismail bin Hj. Omar 31 SABTU Kuliah Subuh Sirah Nabawiyyah : Dr. Abd. Rahman bin Mahmod Kuliah Maghrib Al-Quran dan Tajwid : Ust. Wan Hilmi bin Wan Abdullah 1 AHAD Kuliah Subuh Tasawwuf : Ust. Hj. Hashim bin Mahmud Kuliah Maghrib Mustika Hadith : DatoDr. Hj. Mohd Mokhtar bin Hj. Shafii 2 ISNIN Tafsir al- Bayan : Ust. Hj. Hashim bin Mahmud 3 SELASA Tafsir Ibn Kathir : Ust, Muhammad Arif bin Musa 4 RABU Tazkiratul Maut : Ust. Wan Muhamad bin Wan Sulong 5 KHAMIS Bacaan Surah Yasin 1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 30 Ogos 2013 / 23 Syawal 1434H : Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam. 2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at , Ayat 1 - 10 Surah as-Syura yang akan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haikal bin Rosly (Al-Quran) & (Terjemahan) 3. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Akademi Furqan (NUHA GEMILANG RESOURCES) akan menganjurkan Bengkel Asas Tarannum Al-Quran 2013 pada 29hb September 2013 (Ahad) jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia Yuran adalah sebanyak RM30.00 (Seorang). Kepada yang berminat, bolehlah mendaftar melalui Borang Pendaftaran Kursus dan Bengkel yang telah dilampirkan atau melalui Sistem Pendaftaran Online Pusat Islam Universiti www.sppi.upm.edu.my. Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Pejabat Am Pusat Islam UPM (03-8946 8582). Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Pejabat Am Pusat Islam Universiti atau fakskan ke 03-8948 3742. Penyertaan terbuka kepada semua warga UPM dan masyarakat setempat.

Upload: others

Post on 09-Oct-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HEBAHAN & MAKLUMAN WAKTU SOLAT - pic.upm.edu.my€¦ · Alhamdulillah kita masih diberi masa untuk menyambut ulang tahun ke 56 negara mencapai kemerdekaan. Bagi warga emas berumur

Mukasurat 02 Minbar Putra/01/2013

Sebarang cadangan & komentar

sila e mailkan kepada kami di: [email protected]

atau, hubungi kami di:

PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,

43400 UPM SERDANG,

SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468582

FAKS: 03-89483742

HEBAHAN & MAKLUMAN

MUTIARA AL-QURAN

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan

menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada)

suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”.

Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. Surah Al-Imran ayat 9

SUBUH SYURUK

05:52 07:09

ZUHUR ASAR

13:17 16:26

MAGHRIB ISYAK

19: 21 20:31

WAKTU SOLAT

Daerah Petaling dan

kawasan yang sewaktu

dengannya

JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID

OGOS/SEPTEMBER 2013

30 JUMAAT Fiqh Lengkap : Ust. Hj. Ismail bin Hj. Omar

31 SABTU Kuliah Subuh Sirah Nabawiyyah :

Dr. Abd. Rahman bin Mahmod

Kuliah Maghrib Al-Quran dan Tajwid :

Ust. Wan Hilmi bin Wan Abdullah

1 AHAD Kuliah Subuh Tasawwuf :

Ust. Hj. Hashim bin Mahmud

Kuliah Maghrib Mustika Hadith :

Dato’ Dr. Hj. Mohd Mokhtar bin Hj. Shafii

2 ISNIN Tafsir al- Bayan :

Ust. Hj. Hashim bin Mahmud

3 SELASA Tafsir Ibn Kathir :

Ust, Muhammad Arif bin Musa

4 RABU Tazkiratul Maut : Ust. Wan Muhamad bin Wan Sulong

5 KHAMIS Bacaan Surah Yasin

1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 30 Ogos 2013 / 23 Syawal 1434H : Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam.

2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at , Ayat 1 - 10 Surah as-Syura yang akan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haikal bin Rosly (Al-Quran) & (Terjemahan)

3. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Akademi Furqan (NUHA GEMILANG RESOURCES) akan menganjurkan Bengkel Asas Tarannum Al-Quran 2013 pada 29hb September 2013 (Ahad) jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia Yuran adalah sebanyak RM30.00 (Seorang). Kepada yang berminat, bolehlah mendaftar melalui Borang Pendaftaran Kursus dan Bengkel yang telah dilampirkan atau melalui Sistem Pendaftaran Online Pusat Islam Universiti www.sppi.upm.edu.my. Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Pejabat Am Pusat Islam UPM (03-8946 8582). Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Pejabat Am Pusat Islam Universiti atau fakskan ke 03-8948 3742. Penyertaan terbuka kepada semua warga UPM dan masyarakat setempat.

Page 2: HEBAHAN & MAKLUMAN WAKTU SOLAT - pic.upm.edu.my€¦ · Alhamdulillah kita masih diberi masa untuk menyambut ulang tahun ke 56 negara mencapai kemerdekaan. Bagi warga emas berumur

30 OGOS 2013 / 23 Syawal 1434H http://www.pic.upm.edu.my

ميمبر ڤوترا Mimbar Putra

RISALAH JUMAAT MINGGUAN MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Mimbar Putra/18/2013

SEDUTAN KHUTBAH

Alhamdulillah kita masih diberi masa untuk menyambut ulang tahun ke 56 negara mencapai kemerdekaan. Bagi warga emas berumur lebih ½ abad, setiap kali memperingati hari ulang tahun kemerdekaan pasti akan terbayang dalam ingatan mereka terhadap 3 zaman iaitu: 1. Zaman Pemerintahan Penjajahan Inggeris 2. Zaman Penjajahan Jepun 3. Zaman Menghadapi Kezaliman Komunis Zaman tersebut menyumbang penderitaan lahir batin yang tidak ada tolok bandingnya. Mereka menghadapi kekurangan makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan harian yang lain. Sebahagian mereka menjadi buruh paksa yang dipaksa kerja berat oleh tentera Jepun di medan perang, membina jalanraya, jalan keretapi dan jambatan. Mereka dipaksa memikul beban yang terdiri dari bahan perang, dengan makanan dan pakaian yang sangat terhad, sehingga ada antara mereka yang mati terlantar di tengah hutan belantara diseluruh pelosok Asia Timur, tidak ada rawatan dikala sakit, tiada pengurusan jenazah di kala meninggal. Sesungguhnya hakikat kemerdekaan itu adalah mempunyai rakyat yang berjiwa terdidik, berfikiran kelas pertama, bercita-cita tinggi, memiliki pengetahuan yang luas, sehingga tugas memartabatkan bangsa dapat dilaksanakan dengan jayanya Sekiranya hal-hal seperti ini dapat kita laksanakan, maka yang demikian itu merupakan ungkapan rasa syukur kepada Allah SWT yang telah menganugerahkan kemerdekaan kepada kita. Sebaliknya kalau kita tidak mahu berbuat sesuatu di dalam mengisi kemerdekaan ini, berarti kita telah mengkhianati pejuang kemerdekaan yang telah gugur dan disamping itu kita telah mengkufuri nikmat Allah SWT. Syukur adalah salah satu sifat yang mulia dalam ajaran Islam. Orang yang bersyukur dipuji oleh Allah SWT dan dijanjikan dengan balasan yang baik di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud ;

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah

(nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih”

Kesejahteraan negara banyak bergantung kepada sejauh mana kualiti setiap rakyatnya. Jika masyarakat mengamalkan budaya hidup yang murni dan berakhlak mulia maka negara akan kukuh dan bertambah maju. Tetapi jika masyarakat mengamalkan gaya hidup yang keji seperti mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, negara akan runtuh dan bertambah mundur kerana perbuatan rasuah boleh meruntuhkan sistem pentadbiran sesebuah organisasi dan dengan itu akan menghancurkan negara seluruhnya. Perbuatan rasuah adalah lahirnya daripada seseorang yang bersifat rendah akhlak iaitu sifat tamak haloba, ingin memuaskan nafsu, ingin cepat kaya dan sebagainya. Apabila sifat-sifat ini menguasai seseorang, maka akan ada orang yang sanggup memberi rasuah, menerima rasuah atau menjadi perantaranya. Maka setiap rakyat Malaysia hendaklah membersihkan diri dari terlibat dalam perbuatan yang hina dan kotor itu. Hadis daripada Abu Hussain daripada Syuraih bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”. (Riwayat Ibnu Syaibah)

Untuk membangun bangsa dan negara, setiap orang hendaklah meningkatkan diri menjadi manusia yang lebih baik dan lebih produktif. Lebih-lebih lagi para pemimpin, penjawat awam, pengusaha, guru dan ulama. Setiap orang wajib menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik, menjadi muslim dan muslimah yang soleh dan solehah. Selain dengan bekerja keras dan berusaha untuk meningkatkan produktiviti ialah memperkukuhkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT serta melaksanakan peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan Allah SWT.

" MENSYUKURI NIKMAT KEMERDEKAAN "

(Petikan Khutbah JAIS)