hbpe2103 siap
DESCRIPTION
HBPE2103TRANSCRIPT
Penyediaan RPH
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Gimnastik
Kemahiran : Guling Depan
Masa : 07.40 - 8.10 (30 minit)
Tahun : 4 Zuhal
Bil. Murid : 27 orang
Tarikh : 1 Julai 2015
Pengalaman lepas : Pernah membuat guling sisi.
Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya
80% murid-murid dapat:
Psikomotor : Murid dapat melakukan guling depan dengan baik sebanyak 4
kali daripada 6 gulingan
Kognitif : Mengenal pasti 4 daripada 5 anggota badan yang terlibat
semasa melakukan aktiviti pergerakan guling depan.
Afektif : Merasa seronok, yakin dan riang beraktiviti.
Penerapan Nilai : Berdisiplin dan Bekerjasama
Penggabungjalinan : Tunjang Kecergasan – pergerakan asas
Alatan : Tilam (incline mat), spring, lantai Apperatus,
1
Bahagian
pelajaranAktiviti Butiran mengajar Organisasi
Alatan
/catatan
Permulaan
(5 minit)
Memanaskan
badan
* lari setempat
* lompat
bintang
Regangan
* Lengan
* Pinggang
* Paha
* Kaki
1. Lari di atas bebola
kaki
2. Tingkatkan tahap
kelajuan untuk kiraan kali
yang ketiga.
3. Murid melakukan
lompat bintang sebanyak
10 kali.
1. Murid dikehendaki
beratur dalam bentuk ‘U’.
2. Membuat regangan
dimulai dengan lengan,
pinggang, peha dan kaki.
3. Murid dikehendaki
menjarakkan diri antara
satu sama lain.
Regangan lengan
1. Tangan kanan
diletakkan dibahu kiri
kemudian tangan kiri
menolak siku tangan
kanan ke dalam.
2. Tukar tangan dengan
menolak siku tangan kiri
ke dalam.
Regangan pinggang
1. Berdiri tegak dengan
meletakkan kedua belah
tangan di pinggang.
Murid-murid digalakkan
bertindak dengan pantas.
1. Melakukan regangan
asas bermula dari kepala
sehingga kaki dalam kiraan
8.
2
Bahagian
pelajaranAktiviti Butiran mengajar Organisasi
Alatan
/catatan
2. Badan dibengkokkan
ke kanan semaksimum
yang boleh.
3. Badan dibengkokkan
ke kiri semaksimum yang
boleh.
4. Tunduk badan.
5. Tangan ke bawah
mencecah hujung kasut.
6. Tegakkan badan.
7. Kedua-dua tangan
cekak pada pinggang.
8. Badan condong ke
belakang, muka
menghadap langit.
Regangan paha
1. Berdiri tegak.
2. Angkat kaki kanan
kemudian bengkokkan
lutut dan bawa rapat ke
dada.
3. Kedua-dua belah
tangan memegang lutut
dan tarik ke dada.
4. Tukar kaki dan ulang
pergerakan yang sama.
5. Turunkan kaki dan
berdiri tegak.
6. Bengkokkan kaki ke
belakang hingga tumit
cecah punggung.
3
Bahagian
pelajaranAktiviti Butiran mengajar Organisasi
Alatan
/catatan
7. Tangan pegang
pergelangan kaki
8. Seimbangkan badan
dengan kaki yang
menyokong.
9. Tukar kaki dan ulang
pergerakan yang sama.
Regangan kaki
1. Berdiri tegak.
2. Lunjurkan kaki kanan
ke depan sehingga hujung
kasut mencecah tanah.
3. Lunjur ke belakang
dengan lurus hingga
hujung kaki cecah tanah.
4. Tukar kaki dan ulang
perkara yang sama.
5. Ambil nafas dan
hembus nafas dengan
perlahan-lahan sebanyak
3 kali.
Perkembanga
n
(14 minit)
Gerak Kerja
Kelas
* Aktiviti
Tenggiling
1. Murid-murid
dikehendaki berguling
atas belakang dengan
tangan memegang lutut.
2. Murid-murid perlu
baring dan bulatkan
badan.
1. Guru membuat
demontrasi terlebih dahulu.
4
Bahagian
pelajaranAktiviti Butiran mengajar Organisasi
Alatan /
catatan
Gerak kerja
kumpulan
Guling dari
tempat
tinggi (1)
- Peti
lombol
3. Kemudian
pastikan dagu dan
lutut ke dada serta
tangan memegang
kaki.
4. Kemudian
barulah berguling
kebelakang dan
kehadapan.
1. Peti
lombol/incline mat
1. Dengan
kumpulan berempat.
Murid akan
melakukan guling
depan dengan alatan
2. Murid
dikehendaki untuk
membuat guling
depan dengan
menggunakan peti
lombol/ incline mat.
3. Murid perlu
duduk berlutut
diatas selapis peti
lombol atau bangku.
4. Kemudian murid
perlu lurus dan
letakan tangan di
atas tilam dan dagu
keatas.
1. Guru membuat demontrasi terlebih
dahulu.
2. Guru bertindak sebagai pembantu
untuk menyokong murid ketika membuat
aktiviti.
-Kon
-Bola
5
Bahagian
pelajaranAktiviti Butiran mengajar Organisasi
Alatan /
catatan
* Guling
dari tempat
tinggi (2)
Guling
hadapan
melalui
gelung
5. KemudIan baru
guling hadapan.
6. Pastikan
bahagian
belakang kepala.
2. Lapis peti
lombol
1. Dengan
kumpulan berempat
Murid akan
melakukan guling
depan dengan alatan
2. Murid
dikehendaki untuk
membuat guling
depan dengan
menggunakan 2
lapis peti lombol.
3. Murid perlu
menyokong
abdomen di atas 2
lapis peti lombol.
4. Apabila dalam
keadaan stabil baru
lakukan gulingan ke
hadapan.
1. Dengan
kumpulan berempat
Murid akan
melakukan guling
depan dengan alatan.
1. Guru membuat demontrasi terlebih
dahulu.
2. Guru bertindak sebagai pembantu
untuk menyokong murid ketika membuat
aktiviti.
1. Guru membuat demontrasi terlebih
dahulu.
- peti
lombol
- tilam
6
Bahagian
pelajaranAktiviti Butiran mengajar Organisasi
Alatan /
catatan
2. Murid
dikehendaki
berguling melepasi
gelung.
3. Salah seorang
daripada ahli
kumpulan tersebut
perlu bertindak
untuk memegang
gelung.
4. Murid-murid
perlu berjalan,
lonjak dan berguling
melalui gelung.
Kemuncak
(8 minit)
Permainan
kecil
“ WHO
FAST”
1. Dalam kumpulan
berempat.
2. Pelajar diminta
beratur dalam
kumpulan.
3. Setiap kumpulan
dikehendaki
berguling melepasi
garisan yang telah
ditetapkan iaitu
dalam jarak 7 meter.
4. Kumpulan mana
yang dapat membuat
gulingan yang
paling pantas akan
dikira pemenang.
Jarak 7 meter
7
Bahagian
pelajaranAktiviti Butiran mengajar Organisasi
Alatan /
catatan
Penutup
(3 minit)
Pengendura
n
* Anggota
atas
(lengan)
*
Kenduran
pinggang
* Tarik
nafas
* Berdiri tegak,
kaki dibuka
melebihi luas bahu
* Kuncikan jejari
kiri kan kanan
tangan
* Tolak tangan
lurus ke hadapan
sambil membengkok
90 darjah
* Kira dengan
kiraan 8
* Ulang aktiviti
sebanyak 3 kali.
* Berdiri seperti
kedudukan diatas
* Tangan lurus di
atas kepala
* Bengkok badan
kesisi kanan, tahap
dengan kiraan 8
* Ulang aktiviti ke
sisi kiri.
* Ulang aktiviti
sebanyak 3 kali
* Tarik nafas dan
tahan dengan kiraan
8
* Hembus
* Berselerak dalam kawasan yang telah
ditandakan.
* Menghadap guru
* Guru membuat demontrasi jika perlu.
* Duduk berselerak dihadapan guru
* Guru bertanya soalan dan murid
menjawab
KBKK-
membua
t analisis
8
perlahan-lahan
Bahagian
pelajaranAktiviti Butiran mengajar Organisasi
Alatan /
catatan
Perbincangan
dan rumusan
* Nyatakan
keadaan udara di
persekitaran tersebut
hari ini.
* Nyatakan
bagaimana hendak
mengekalkan udara
yang nyaman.
9
Senarai semak pelaksanaan kemahiran
Borang Senarai Semak Kemahiran Asas Guling Hadapan
SK HJ Wan Jaafar, Ijok, Batu Kurau, Perak
Perkara : Pemerhatian Berstruktur Dijalankan Sebelum / Selepas Intervensi
Dijalankan.
Tarikh : 1 JULAI 2015
Sampel (S)
Senarai
semakS1 S2 S3 S4 S5 S6
1) Berdiri tegak dengan tangan di sisi
2) Berdekam dan luruskan tangan ke hadapan
3) Letakkan tangan di atas tilam
4) Naikkan punggung, rapatkan dagu ke dada dan bengkokkan tangan
5) Gulingkan badan ke hadapan, bermula dengan bahagian tengkuk
6) Kembali ke posisi berdekan
7) Berdiri tegaksemula dengan tangan lurus di sisi
10
Sumber : Borhannudin Abdullah, Abd. Razak Sulaiman, Mohd Fauzi Abd.
Rahman etc. (2006). Buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah
Kebangsaan Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. m/s 76.
Cadangan latihan atau latih tubi untuk meningkatkan kemahiran
Untuk melakukan latihan dan latih tubi pergerakkan ini, murid perlulah melakukan
lompatan biasa terlebih dahulu. Untuk melakukan lompatan ini, murid perlulah:
1. Berdiri dalam keadaan yang bersedia.
2. Tumit kaki peserta perlulah rapat.
3. Semasa hendak melakukan lompatan, murid perlu merendahkan atau membengkokkan
lutut mereka untuk melakukan lonjakkan.
3. Kemudian, murid melompat dan semasa di udara, keadaan badan murid perlulah
menegak dan bahagian hujung kaki (point toes) perlulah dirapatkan. Kedua belah tangan
murid juga perlulah diangkat untuk keseimbangan ketika mendarat.
4. Ketika mendarat juga, keadaan lutut murid perlulah dibengkokkan sedikit dan kedua
tangan diangkat untuk menampung berat badan dan memberi keseimbangan kepada
murid.
5. Keadaan kaki pula, tumit kaki perlulah dalam keadaan rapat.
6. Lakukan lompatan ini beberapa kali untuk membiasakan seorang murid membuat
lompatan dalam keadaan yang betul dan selamat.
Latihan dan Latih Tubi Teknik-Teknik Lakuan Kemahiran dan Ansur Maju
Latihan dan Latih Tubi Cara Guling Hadapan
1. Murid hendaklah dalam kedudukan berdiri dan dalam keadaan bersedia.
2. Lutut dibengkokkan sedikit.
3. Tangan diangkat lurus ke hadapan.
4. Pastikan belakang dalam keadaan tegak.
5. Kemudian, Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai dengan jarak seluas bahu.
6. Kemudian jongketkan badan dengan meluruskan lutut.
11
7. Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki.
8. Kepala ditundukkan ke dada.
9. Tangan dibengkokkan.
10. Bahu dibiarkan menyentuh lantai. Pastikan tidak bergolek menggunakan atas kepala.
11. Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan.
12. Mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling kehadapan.
13. Sehingga berdiri atas kaki semula.
14. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yangdirapatkan ke dada
serta badan yang dibulatkan akan membantunya untukdapat berguling terus ke hadapan
dan berdiri semula.
Latihan dan Latih Tubi Guling Hadapan Dengan Lonjakan Kehadapan
1. Murid dalam keadaan berdiri dan dalam keadaan bersedia.
2. Murid dikehendaki membengkokkan sedikit lutut ke hadapan dan tangan diangkat lurus
kehadapan.
3. Seterusnya, murid melompat kehadapan dengan menggunakan lonjakkan kaki.
4. Kemudian, murid perlu menyambut berat badan dengan kedua belah tangan (tapak
tangan).
5. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada
serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan
dan berdiri semula.
5. Mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling kehadapan sehingga
murid berdiri semula dalam keadaan yang seimbang dan stabil.
6. Semasa berdiri, angkatkan kedua belah tangan untuk mengekalkan keseimbangan.
Latihan dan Latih Tubi Guling Hadapan Berhalangan
1. Murid dalam keadaan berdiri dan bersedia.
2. Murid perlu berlari anak.
12
3. Kemudian, apabila semakin menghampiri halangan 3 orang yang murid dalam keadaan
sujud, murid perlu bersedia untuk melakukan lonjakkan kehadapan dengan
menggunakan lonjakkan kaki.
4. Seterusnya, murid melompat kehadapan dengan menggunakan lonjakkan kaki untuk
melepasi halangan dihadapannya.
5. Kemudian, murid perlu menyambut berat badan dengan kedua belah tangan (tapak
tangan) dengan kedudukan dagu yang dirapatkan didada atau badan. Elakkan
menggunakan kepala.
6. Seterusnya, Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang
dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling
terus ke hadapan dan berdiri semula.
7. Semasa berdiri, murid perlulah mengangkat kedua belah tangan dan murid perlulah
melihat kehadapan untuk mendapatkan kesimbangan.
Latihan dan Latih Tubi Melompat Menggunakan Spring Board
1. Untuk permulaan, murid perlulah membiasakan diri dahulu menggunakan spring board
(papan lonjakan) tersebut.
2. Selesai membiasakan diri dengan papan lonjak tersebut, murid dikehendaki berlari anak
dan melakukan lompatan menggunakan papan lonjak tersebut.
3. Semasa memijak papan lonjak tersebut, murid perlulah memijak ditempat yang betul
untuk menghasilkan lonjakkan yang tinggi dan selamat.
4. Untuk menghasilkan lompatan yang tinggi, murid perlulah menggunakan kekuatan kaki
untuk membuat lonjakkan.
5. Semasa melonjak, murid perlulah melompat setinggi yang boleh dengan keadaan badan
yang lurus dan kepala memandang kehadapan.
6. Semasa mendarat, murid perlulah berdiri dalam keadaan yang tegak dan kepala
memandang kehadapan. Kedua tangan murid juga perlulah diangkat untuk
keseimbangan semasa mendarat.
13
Latihan dan Latih Tubi Melompat Menggunakan Spring Board dan Melepasi Halangan
Lombol
1. Pertama sekali, murid perlulah berlari anak.
2. Apabila menghampiri papan lonjak, murid perlulah bersedia untuk melakukan lompatan
menggunakan papan lonjak tersebut.
3. Seterusnya, murid membuat lompatan kehadapan untuk melepasi halangan.
4. Semasa memijak papan lonjak tersebut, murid perlulah memijak di tempat yang sesuai
untuk menghasilkan lompatan yang tinggi dan selamat.
5. Semasa melonjak, murid perlulah menggunakan lonjakkan kaki untuk menghasilkan
lompatan yang tinggi dengan bantuan papan lonjak tersebut.
6. Apabila berada di udara, murid perlulah dalam keadaan yang tegak dan kepada
memandang kehadapan untuk keseimbangan semasa mendarat.
7. Semasa mendarat, murid perlulah berdiri dalam keadaan yang tegak dan kepala
memandang kehadapan. Kedua tangan murid juga perlulah diangkat untuk keseimbangan
semasa mendarat.
Latihan dan Latih Tubi Guling Hadapan Menggunakan Spring Board dan Melepasi
Halangan
1. Murid perlulah berdiri dalam keadaan bersedia.
2. Kemudian, murid dikehendaki berlari anak.
3. Apabila menghampiri papan lonjak, murid perlulah bersedia untuk melakukan lompatan
menggunakan papan lonjak tersebut.
4. Seterusnya, murid perlulah melompat ke atas papan lonjak tersebut ditempat yang sesuai
untuk menghasilkan lompatan yang baik dan selamat. Apabila melompat, kekuatan kaki
juga diperlukan.
5. Seterusnya, murid dikehendaki melonjak atau melompat kehadapan dengan keadaan
kedua belah tangan lurus kehadapan untuk persedian menyambut berat atau beban badan.
14
6. Semasa mendarat, kedua belah tangan perlulah menyambut berat badan murid.
7. Seterusnya, Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang
dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling
terus ke hadapan dan berdiri semula.
8. Semasa berdiri, murid perlulah mengangkat kedua belah tangan dan murid perlulah
melihat kehadapan untuk mendapatkan kesimbangan.
Latihan dan Latih Tubi Cara Atau Langkah Pergerakan Guling Balak
Cara untuk melakukan pergerakan ini adalah seperti berikut:
1. Murid perlulah dalam keadaan baring dan bersedia.
2. Untuk bahagian tangan, kedua belah tangan murid perlulah diangkat ke atas.
3. Bagi bahagian kaki pula mestilah dalam keadaan yang lurus iaitu dilunjurkan.
4. Kemudian, murid dikehendaki memusingkan atau memutarkan badan mereka.
5. Ketika hendak memusingkan badan, sedikit tolakkan atau lonjakkan badan adalah
diperlukan sama ada berpusing ke sebelah kiri atau ke kanan.
15
Kesimpulan
Berdasarkan pemerhatian yang diperoleh, prinsip ansur maju dalam menyelesaikan
masalah kemahiran guling hadapan dapat dinilai. Guru merumuskan bahawa instrumen yang
digunakan telah dapat menyelesaikan dan mengurangkan masalah yang telah dinyatakan.
Guru mendapati bahawa prinsip ansur maju ini mampu meningkatkan prestasi murid terhadap
kemahiran guling hadapan. hal ini dapat dilihat melalui pemerhatian di mana semua murid
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dari segi prestasi penguasaan kemahiran
guling hadapan. Melalui daripada pemerhatian pula mendapati bahawa selepas selesai semua
intervensi, semua murid memberikan maklum balas yang positif terhadap teknik ansur maju
yang dijalankan di mana semua murid bersetuju bahawa penggunaan teknik ansur maju
mampu meningkatkan penguasaan mereka terhadap kemahiran guling hadapan.
Berdasarkan hasil pungutan data daripada instrumen pemerhatian, dapat dilihat
berlaku perubahan tingkah laku murid daripada intervensi pertama hinggalah intervensi yang
keenam. Pada peringkat awal, murid kelihatan malu-malu dan langsung tidak yakin untuk
melakukan aktiviti guling hadapan. mereka kelihatan sangat takut untuk melakukan aktiviti
tersebut walaupun dengan bantuan guru. Pada tahap ini mungkin murid baru mula mengenali
guru dan belum mempunyai kepercayaan terhadap guru. Apabila intervensi pertama
dimulakan dengan permainan kecil, murid mula seronok dan tidak merasakan yang mereka
sedang menjalani latihan intervensi untuk kemahiran guling hadapan.
Intervensi yang telah dirancang ternyata memberi kesan yang positif kepada murid.
Guru telah berjaya merancang satu program intervensi yang dapat menolong murid
meningkatkan kemahiran guling hadapan melalui prinsip ansur maju. Perancangan berjalan
dengan lancar dan mengikut jadual masa yang telah ditetapkan. Terdapat perubahan yang
amat ketara dalam diri subjek kajian. Sebelum intervensi dijalankan, murid langsung tidak
berkeyakinan semasa melakukan kemahiran guling depan tetapi selepas intervensi mereka
menjadi berani, yakin dan gembira semasa melakukannya. Guru juga berasa seronok dan puas
16
hati terhadap pencapaian mereka. Selepas intervensi tamat, murid juga berharap guru boleh
mengajar kemahiran baru untuk mereka. Jadi sebagai pendidik, kita haruslah bersifat kreatif
dan peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid dan cuba mencari jalan
penyelesaian untuk menolong mereka.
17
Rujukan
Butler, L. L. (2005). Teaching Games for Understanding. United States of America: Human
Kinetics.
Kautsar, A. F. (2013). Meningkatkan Gerak Dasar Guling Depan Dengan Menggunakan
Medeia Bantu Sederhana Di Kelas IV Sdn Karapyak Kecamatan Sumedang Utara Kabutan
Sumedang.
Nursyeha, E. A. (2013). Penerapan Metode Guided Discovery Dalam Pembelajaran Senam
Guling Depan Pada Siswa Kelas IV Sdn Jatiwangi 1.
Prihanto, M. S. (2013). Penerapan Model Pembelajaran Kooperatif Tipe Student Teams
Achievement Division (STAD) Untuk Meningkatkan Kemampuan Gerak Dasar Guling
Depan Dalam Senam Lantai.
Tasriff, M. A. (2002). Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pendidikan
Jasmani di Sekolah Rendah Sekitar Zon Kuala Terengganu Utara.
W., S. N. (2012). Peningkatan Pembelajaran Guling depan Melalui Permainan Pada Siswa
Kelas IV SD Negeri Nganggrung.
Wakhidah, N. (2013). Pengembangan Pembelajaran Senam Lantai Menggunakan Gaya
Resiprokal Untuk Siswa Kelas X Sma Negeri 7 Malang.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Panduan pengajaran Pendidikan Jasmani tahun 2:
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
18
19