hbpe 1103 pendidikan jasmani semester 4
TRANSCRIPT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
FAKULTI BAHASA MELAYU
SEMESTER SEPTEMBER TAHUN 2011 ( SMP AMBILAN MAC 2011 )
KOD KURSUS
HBPE 1103
TAJUK KURSUS
PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
NO. MATRIKULASI : 670813035503001
NO. KAD PENGNEALAN: : 670813035503
NO. TELEFON : 0129621147
E-MEL : [email protected]
TUTOR : FOO AI PENG
PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITI MALAYSIACAWANGAN KELANTAN
1.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Soalan :
Tiga aspek pembelajaran dalam pendidikan Jasmani KSSR dan tajuk-tajuk yang
terdapat di dalam setiap aspek tersebut. Kenalpasti aspek Pembelajaran yang terdapat
dalam komponen kemahiran bagi tahun 2. Senaraikan komponen tersebut serta
huraian bagi setiap komponen.
Pengenalan
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan
perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.
Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran
dan Kesukanan. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi
membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Persekitaran berperanan
menyediakan rangsangan yang relevan untuk penghasilan respon dan sistem biologi pula
berperanan menerima dan memproses rangsangan tersebut .Oleh itu Kemahiran Gimnastik
Pendidikan. adalah merupakan salah satu subjek yang dianggap penting bagi kurikulum
sekolah di Malaysia.Melalui Pendidikan Jasmani seseorang pelajar dapat menguasai
beberapa kemahiran serta pendedahan diperingkat asas sebagai wadah dalam menceburkan
diri lebih jauh dalam bidang sukan dan sebagainya disamping menbentuk keperibadian juang
yang tinggi untuk diri serta masyarakat.Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan
persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan potensi murid ke tahap optimum.Oleh itu Pendidikan Jasmani adalah
merupakan salah satu subjek yang dianggap penting bagi kurikulum sekolah di
Malaysia.Melalui Pendidikan Jasmani seseorang pelajar dapat menguasai beberapa
kemahiran serta pendedahan diperingkat asas sebagai wadah dalam menceburkan diri lebih
jauh dalam bidang sukan dan sebagainya disamping menbentuk keperibadian juang yang
tinggi untuk diri serta masyarakat.
2.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
a. 3 Aspek Kemahiran Pergerakan
Pelbagai kaedah disarankan dan adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan
dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran dalam
Pendidikan Jasmani. Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua
merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun persekolahan yang diorganisasi secara
modular mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berdasarkan kurikulum
modular, kandungan dikelompokkan kepada bahagian-bahagian yang dinamakan sebagai
modul. Modul merangkumi kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap
(self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal
pasti untuk dikuasai dan dicapai. Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani berkebolehan untuk;-
1. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan;
2. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor;
3. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan
pergerakan;
4. mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan;
5. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;
6. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal;
7. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang
selamat;
8. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan
aktiviti fizikal
9. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan
Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang
diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:- 1. konsep pergerakan, 2.
pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan
3.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dan pergerakan berirama, 3. gimnastik asas, 4. akuatik asas, dan 5. rekreasi dan
kesenggangan Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
(i) Cadangan aktiviti
Berjalan,Berlari,Melompat,Merangkak,Berguling
Huraian:
Melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang (galloping), menggelongsor,
melompat, melompat sebelah kaki (hopping), skip dan melonjak (leaping). Murid dapat
melompat pada satu jarak, mendarat dengan dua kaki dengan lutut dan pergelangan kaki
difleksi.Melompat berterusan tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan.
Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan
strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam
melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
Huraian:
Melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok), meregang, membuai, meringkuk,
mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun, dan mengimbang. Murid dapat
menggabungkan pelbagai pergerakan bukan lokomotor dalam satu rangkaian pergerakan.
Menggabungkan pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam satu rangkaian
pergerakan.
Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Melalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan
untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:- 1. konsep kecergasan, dan 2.
komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan
daya tahan otot, dan komposisi badan.
Huraian:
Murid dapat melambung, menyambut, menggolek, menendang, menyerkap, melantun,
membaling, menangkap, memukul dan mengelecek. Menggolek bola pada satu jarak.
4.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Pendidikan Pergerakan(a) Gimnastik Pendidikan
Huraian:
Gimnastik Pendidikan bermaksud satu pendekatan dalam gimnastik yang memberi tumpuan
kepada pembelajaran individu yang unik dar i segi gaya pergerakan, pembelajaran dan
perkembangan pelajar.Tema Gimnastik Pendidikan :
i. Tema 3- Kesedaran masa
ii.Tema 4- Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan
i.iiTema 5-Kesedaran beban
(b) Pergerakan Kreatif
Huraian:
Pergerakan kreatif bermaksud interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.Tema Pergerakan :
i.Tema 6- Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat
ii.Tema 7- Lapan Lakuan Daya Asas
3. Rekreasi dan kesenggangan(a) Rekreasi
Huraian:
Menggunakan kemahiran mencongklang, memukul, membaling dan menangkap semasa
melakukan permainan tradisional dan rekreasi. Rekreasi bermaksud aktiviti terancang untuk
mengisi masa lapang yang bukan untuk tujuan pertandingan
(i) Cadangan aktiviti:Menjejak
- Persediaan
- Simbol arah
- Peralatan
Murid dapat melakukan pelbagai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai
semasa melakukan aktiviti rekreasi.
5.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
a.Perkembangan domain kognitif
Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada
yang lebih susah.Perancangan kognitif di susun mengikut keupayaan pelajar bagi
membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan dengan
lebih sistematik dan berkesan.Peringkat lebih perlu dicapai terlebih dahulu ,di ikuti peringkat
selanjutnya yang lebih susah.
Raj
ah: Taksonomi objektif domain kognitif Bloom
Rajah: Objektif domain afektif
b. Perkembangan domain Afektif
Objektif domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan ,emosi ,minat, sikap
penghargaan dan nilai.Dari segi praktiknya ,guru jarang menulis objektif ini dalam buku
6.
Kefahaman
Aplikasi
Analisa
Sintesis
Penilaian
Penerimaan
Gerakbalas
Penilaian
Organisasi
Perwatakan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
rekod mengajar.Ini berlaku kerana ketidakwuju dan prosedur dan alat yang benar-benar
sesuai untuk mengukur objektif afektif.
c. Perkembangan domain Psikomotor
Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang.Guru-
guru pendidikan Jasmani sentiasa memberi tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota
tubuh dalam pengajaran dan latihan.Pada peringkat sekolah rendah, kanak-kanak diasuh
untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga
pergerakan baru dalam senaman.
Rajah: Objektif domain Psikomotor
b.Hasilkan satu rancangan pengajaran harian(RPH) bagi murid tahun 2, tajuk
Rekreasi dan Kesenggangan untuk 30 minit pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR di
sekolah.
Kemahiran rekreasi dan kesenggangan adalah untuk menhuji daya fizikal pelajar yang
boleh mempengaruhi dan penghasilan sesuatu pergerakan kerana kualiti pergerakan yang
mampu dihasilkan oleh seseorang pelajar adalah bergantung kepada teknik dan kecekapan
atlit tersebut memanipulasikan daya-daya fizikal.Disini dikemukakan persediaan mengajar
yang mempunyai aras kemahiran psikomotor yang berlainan dengan mengikut kelas yang
7.
Persediaan
Pergerakan terkawal
Pergerakan mekanisistik
Pergerakan kompleks
Pergerakan suaian
Persepsi
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
berbeza dalam Kemahiran rekreasi dan Kesenggangan Dikalangan pelajar, mereka sudah
tentu menerima tanggapan alternatif atau pentafsiran samada dalam buku teks atau
penerangan oleh gurunya adalah berbeza.Walaupun dari segi teorinya kebanyakkan pelajar
ini berada diperingkat operasi formal yang boleh melakukan proses pemikiran mental keatas
idea,fakta atau andaian (propositions) tetapi bila berada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, ada dikalangan pelajar yang mempunyai tanggapan berbeza dari apa yang
didapati atau konsep penerimaan individu semasa berada dipadang.Contoh keupayaan
manipulasi daya fizikal murid adalah seperti kebolehan atlit menganggarkan daya yang perlu
dihasilkan bagi melakukan sesuatu pergerakan atau respon dengan berkesan.
Keperluan gaya arahan ketika mengajar rekreasi dan kesenggangan
Dalam pengajaran guru juga, ciri-ciri spesifik, ciri-ciri persamaan dan perbezaan pada
sesuatu topik patut diberikan penekanan untuk mengelakkan kekeliruan dan mengekalkan
ingatan. Justeru itu, menjaga kesihatan adalah isu yang paling penting dalam kehidupan dan
merupakan pelaburan yang amat bernilai.
(i) Tahap kognitif lisan
Pada peringkat ini, pelajar masih dalam proses menguasai kemahiran asas yang
terlibat. Sebagai contoh, dalam permainan gimnastik, pelajar di peringkat ini sedang dalam
proses menyesuaikan teknik mencekak dengan tahap keselesaan masing-masing. Pelajar juga
berada diperingkat mengenal fasa-fasa melakukan lompatan asas.Pada tahap ini, pelajar
memerlukan arahan yang jelas bagi melakukan kemahiran yang terlibat. Istilah lisan merujuk
kepada arahan yang disampaikan oleh jurulatih atau pengajar. Istilah kognitif pula merujuk
pada tafsiran pelajar mengenai maksud arahan yang diterima daripada jurulatih atau pengajar
tadi.Tahap ini juga merupakan peringkat permulaan atau peringkat paling rendah dalam
proses pembelajaran sesuatu kemahiran motor.
ii. Ia merupakan tahap pemerolehan kemahiran motor
Terdapat beberapa model yang dikemukakan bagi menggambarkan peringkat
pencapaian sesuatu kemahiran motor. Model yang agak mudah difahami adalah model yang
dikemukakan oleh Fitts & Posner (1957).Kemahiran motor didefinisikan sebagai keupayaan
mencapai objektif sesuatu pergerakan dengan usaha yang minimum. Kejayaan mencapai
8.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
objektif juga dapat dilakukan dengan konsisten. Setiap proses pembelajaran sesuatu
kemahiran motor akan melalui pelbagai peringkat tertentu. Berdasarkan model Fitts &
Posner, tahap pencapaian kemahiran motor adalah tahap kognitif lisan, tahap asosiatif dan
tahap autonomi.
(ii) Ia merupakan tahap asosiatif
Tahap ini merupakan peringkat pertengahan dalam proses pembelajaran kemahiran
motor. Pada tahap ini, pelajar telah menguasai semua kemahiran asas yang diperlukan dan
mereka berada di peringkat menentukan strategi yang terbaik untuk melaksanakan kemahiran
tersebut. Sebagai contoh, dalam permainan tenis, sekiranya mendapat hantaran separuh
gelanggang, pemain yang berada di tahap ini akan menghadapi persoalan sama ada untuk
membuat hantaran balas defensif ataupun ofensif.
Contoh :Persediaan mengajar Kemahiran Rekreasi dan Kesenggangan
1.Tarikh : 22 hb Februari 2012
2.Waktu : 7.45 pagi-8.15 pagi (30 minit)
3.Kelas : 3 Alpha.
4.Bil Murid : 35 orang
5.Kemahiran : Rekreasi dan Kesenggangan .
6.Pengalaman sedia ada : Murid sentiasa bermain bersama kawan dan melihat permainan
Rekreasi dan Kesenggangan di sekolah.
7.Objektif : Di akhir pelajaran ini:-
a. . Murid dapat bergerak dengan memilih kelajuan yang berbeza.
b. Murid dapat bergerak dengan mengawal dirinya.
8.Penerapan nilai : Bermuafakat
9.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Langkah Aktiviti Kemahiran Catatan
1.Bersoaljawab
mendapat maklumat
tentang permainan
(5 minit)
1.Murid mengumpul
gambar atau nama
permainan yang
diketahui.
1.Guru bersoaljawab
mengenai gambar
yang ditunjukkan
oleh murid.
2.Murid bergerak
untuk menghasilkan
kelajuan yang
berbeza .
1.Menggunakan
kaedah demotrasi
yang dijalankan oleh
guru dan murid.
2.Murid perhatikan
kaedah demotrasi
2.Gerak kerja
kumpulan
(15 minit)
1. Menyediakan carta
bagi menunjukkan
cara bagaimana
kemahiran rekreasi
dan Kesenggangan
bergerak secara
bersentuhan antara
individu.
1.Murid dapat
bergerak dengan
mengawal (serta merta
dan kawal-lambat.
Guru memberi
perhatian kepada
aktiviti murid
Penutup
(10minit)
Guru menerangkan
dengan menunjukkan
demotrasi bagaimana
untuk bergerak tanpa
Kesedaran masa.
1.Pelajar memerhati
dan aktiviti dengan
penuh minat.
1.Menggunakan
demotrasi
Bagi murid-murid ianya memperolehi gaya hidup adalah melalui konsep peniruan
samada daripada ibubapa, rakan sebaya atau idola mereka yang dikenalinya.Secara amnya,
penyelesaian masalah pelajar ialah pelbagai langkah atau cara yang akan lakukan apabila
menghadapi sesuatu masalah melalui beberapa pendekatan. Pengalaman dan keinginan untuk
10.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
menyelesaikan masalah ini timbul apabila murid berdepan dengan sesuatu masalah dan tidak
pasti cara bagaimana untuk menyelesaikannya. Pendidikan sememangnya dapat membantu
murid menguasai kemahiran asas dalam penjagaan kesihatan masing-masing.
.Ini adalah proses bagaimana individu menggunakan pengetahuan sedia ada,
kemahiran dan segala pemahaman untuk mengenal pasti suatu keadaan yang berbeza dan luar
biasa dari keadaan lazimnya berlaku.Masalah adalah satu situasi di mana seorang individu
yang menghadapinya tidak mempunyai cara tertentu untuk menyelesaikannya.
Umumnya, terdapat dua jenis praktis yang boleh diaplikasi semasa proses pembelajaran
motor iaitu praktis spesifik dan praktis variasi. Praktis spesifik merupakan jenis praktis yang
mengkhusus kepada sesuatu lakuan. Tujuan utama jenis praktis sebegini adalah untuk
pengukuhan sesuatu kemahiran yag spesifik. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap
pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran
ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
i. Tujuan am (learning goal)
ii. Objektif pelajar (specific objective)
iii Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu
untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran Kemahiran rekreasi dan Kesenggangan
yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif
yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, kepentingan serta matlamat yang hendak
dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran psikomotor. Kemahiran rekreasi dan
kesenggangan murid akan dilatih dengan menggunakan kaedah demotrasi dan kemudian
murid akan melakukan mengikut kemahiran yang betul, dimana murid dan guru dapat:-
i. Memberi perancangan yang lebih jelas kepada murid yang akan disampaikan
dengan cara menyeluruh dalam setiap langkah kemahiran psikomotor .
ii. Guru menjalankan ujian berdasarkan kebolehan pelajar dalam menguasai
kemahiran tersebut.
iii. Guru mengukur serta mengenalpasti kemahiran dan kelemahan setiap pelajar
supaya ianya mencapai objektif pengajaran.
11.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jenis praktis yang boleh diaplikasi semasa proses pembelajaranPraktis variasi pula merupakan jenis praktis yang menekankan kepada variasi lakuan
dalam satu sesi praktis. Tujuan utama jenis praktis sebegitu adalah untuk pengukuhan
pembinaan asas kemahiran.
Praktis variasi boleh juga dijalankan bagi mengukuhkan kemahiran dalam sesi praktis, murid
akan berlatih daripada berbagai jarak, sudut dan teknik dengan masa yang ditetapkan.
i. Teknik penyampaian maklum balas ekstrinsik
Teknik penyampaian maklum balas ekstrinsik perlu mempertimbangkan dua aspek
iaitu jenis maklumat yang perlu disampaikan dan cara maklum balas tadi boleh disampaikan.
Jenis maklumat yang hendak disampaikan berguna dan sesuai dengan tahap kemahiran
pelajar. Maksudnya, sekiranya maklumbalas bertujuan untuk membetulkan pergerakan yang
salah, jurulatih mesti memastikan pelajar tadi mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk
melakukan pergerakan yang “betul”. Cara maklum balas tadi hendak disampaikan pula,
bergantung kepada perbezaan kapasiti untuk memproses maklumat daripada maklum balas
tersebut, dan perbezaan tahap kemahiran motor yang mungkin wujud antara pelajar yang
mempelajari kemahiran yang sama.
ii. Peranan persekitaran dalam lakuan kawalan motor
Rangsangan juga merujuk kepada semua jenis maklumat persekitaran yang diterima
melalui reseptor sensor murid. Selepas reseptor sensori menerima rangsangan tadi berbagai
proses akan berlaku dalam sistem biologi sebelum pergerakan boleh dihasilkan. (Mekanisme
Pemprosesan Kemahiran Voluntari). Peranan persekitaran dalam penghasilan pergerakan
adalah sebagai pembekal maklumat ekstrinsik kepada sistem biologi. Segala maklumat yang
diperlukan bagi menghasilkan sesuatu lakuan motor wujud dalam persekitaran murid, dan
sistem biologi hanya menentukan maklumat-maklumat yang relevan untuk diproses
selanjutnya. Dua sumber maklumat yang mempengaruhi proses penghasilan pergerakan ialah
12.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
rangsangan dan daya fizikal. Contoh rangsangan adalah seperti bunyi, wisel, kelajuan bola,
saiz reket dan lain-lain.
iii.Ia perlu ada pelan ujian yang dijalankan
Jika berbanding dengan strategi lain, strategi pengajaran penyelesaian masalah
psikomotor memerlukan perancangan yang lebih teliti dan menyeluruh. Seseorang guru patut
hanya gunakan penyelesaian masalah psikomotor sebagai strategi pengajaran apabila guru itu
percaya bahawa inilah cara yang paling sesuai untuk mencapai hasil pembelajaran dalam
Kemahiran rekreasi dan kesenggangan.Adalah menjadi tanggungjawab guru sebelum
mengajar Kemahiran rekreasi dan kesenggangan dengan berpandukan perincian pendekatan
pengajaran iaitu:-
a. Memberi perancangan yang lebih jelas kepada murid yang akan disampaikan
dengan cara menyeluruh dalam setiap ujian pengesanan .
b. Guru menjalankan ujian berdasarkan keperluan pelajar di sekolah tersebut
serta tahap pencapaiannya murid .
c. Guru mengukur serta mengenalpasti kemahiran psikomotor dan kelemahan
setiap pelajar yang terlibat .
iv. Melahirkan pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Daripada pengalaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini setiap
murid akan dapat mengetahui tahap-tahap kecergasan diri khususnya dan dapat
mengimplikasi hasil dari proses pembelajaran dalam kehidupan seharian mereka.Kemahiran
rekreasi dan kesenggangan memeberikan murid pengalaman baru yang penting dalam
membincangkan mengenai kesihatan.
KesimpulanPemberian latihan kemahiran rekreasi dan kesenggangan hendaklah berperingkat-
peringkat kesukarannya, iaitu daripada yang mudah kepada yang susah, agar pembelajaran
berlaku secara licin dan lebih berkesan. Pendapat berkenaan menegaskan bahawa pengajaran
dan pembelajaran yang berpusatkan guru, walaupun menarik sekalipun prosesnya
berdasarkan tanggapan tenaga pengajar itu sendiri, tetapi belum dapat menentukan pelajar
13.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terhadap pembelajarannya dari segi pencapaian objektifnya.Ini kerana hanya pelajar yang
diberi peluang meneroka dan menggunakan pemikiran meneka sendiri akan berasa
pembelajaran berkenaan bermakna dan lebih mencabar.
Rujukan
1. Asiah Abu Samah (1993).Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Sekoah Rendah dan Menengah.Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Mohamad Daud Hamzah (1994). Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
3. Shok Mee, Lee (1995). Murid dan Proses Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
4. Schubert,W.H (1986),Curriculum.Perspektif,paradigma and
Posibility.Macmilan,New York.
5. Widlake .P.(1977).Remedial Education.London.Longman.
14.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15.