hbml 1203 fonetik&fonologi bm
TRANSCRIPT
-
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2012
HBML1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
-
2
Kandungan Muka surat
1. Konsep Fonetik dan Fonologi 3
2. Bunyi Bahasa 4
3. Penghasilan Bunyi Vokal dan Konsonan 4
4. Sistem Bunyi Bahasa Melayu 5
5. Alat Artikulasi dan Fungsinya 5
6. Artikulasi Fonem Vokal 8
7. Penghasilan Bunyi Konsonan 13
8. Fonem dan Alofon 18
9. Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu 22
10. Rumusan 24
11. Bibliografi 25
-
3
Konsep Fonetik dan Fonologi
Terdapat beberapa definisi berkaitan fonetik dalam bidang bahasa. Antaranya adalah
seperti di bawah ini :-
i. Fonetik ialah ilmu bahasa ( linguistik ) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan
lambang yang menunjukkan sbutannya. ( Kamus Dewan, 2005:354 )
ii. Fonetik sebagai the study of the physical characteristics of human speech sounds.
( International Encylopedia of Linguistics, 1992:194 )
iii. Fonetik ialah ilmu yang menyelidik penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi
bahasa. ( Kamus Linguistik, Harimurti Kridalaksana, 1984:51 )
iv. Ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu sebagai
pembeza makna dalam sesuatu makna. ( Marsono, 1986:1 )
v. Ilmu yang mengkaji bunyi bahasa daripada segi penyebutan, pendengaran atau
sifatnya. (Abdullah Hassan, 1993:40 )
Berdasarkan definisi di atas dapatlah dirumuskan bahawa fonetik adalah kajian yang
ditinjau daripada segi fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Fonetik ialah kajian
yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akustik ), dan pendengaran (
auditori ).
Bunyi-bunyi bahasa pula mempunyai sistem atau peraturan dikaji dalam bidang
fonologi. Beberapa definisi berkaitan dengan fonologi dinyatakan di bawah :-
i. Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana, 1984:61 ) memberikan definisi fonologi
sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut
fungsinya.
ii. Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (
1993:40 ) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
sesuatu bahasa itu.
iii. Fonologi dalam The Penguin Dictionary ( 2004:1045 ) ditakrifkan sebagai the study
of the sound systems of a language.
iv. Menurut J. Clark dan C. Yallop ( 1995:5 ) phonology is concerned with the
organization of speech within specific languages.
v. F. Parker ( 1974:112 ) memberikan pengertian fonologi sebagai ...suatu bidang yang
mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.
Fonologi bolehlah ditakrifkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa.
Bidang fonologi ini dapat menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan
jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif ( membezakan makna ) atau tidak distingtif (
tidak membezakan makna ). Bidang fonologi ini dapat menentukan sistem bunyi yang
menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem
ejaan bagi sesuatu bahasa.
-
4
Dalam bidang fonetik, terdapat tiga aspek kajian dilakukan iaitu :-
i. Fonetik artikulasi yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh
alat-alat artikulasi.
ii. Fonetik akustik mengkaji sifat bunyi itu sendiri iaitu bagaimana gelombang udara
dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan alat artikulasi
seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya.
iii. Fonetik auditori adalah kajian berkaitan pendengaran terhadap bunyi-bunyi
dihasilkan supaya bunyi-bunyi dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang
tepat.
Bunyi Bahasa
Bunyi-bunyi bahasa terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang keluar
daripada paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau
kedua-duanya. Udara yang keluar akan mengenai gegendang telinga dan akhirnya didengara
sebagai bunyi. Bunyi-bunyi bahasa ini dihasilkan apabila udara tersekat atau terhalang pada
alat artikulasi ini.
Bunyi bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang digunakan
dalam pertuturan. Bunyi yang bukan bunyi bahasa pula adalah bunyi yang mungkin
dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan..Contohnya seperti
bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi sendawa dan sebagainya. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh
alat bukan artikulasi seperti bunyi lipatan jari, tepuk tangan dan sebagainya.
Seperti diterangkan di atas, bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau
gangguan pada alat-alat artikulasi. Bahagian-bahagian anggota tubuh yang ikut membentuk
bunyi secara langsung atau tidak langsung ialah alat artikulasi yang disebut artikulator seperti
rajah dibawah :-
Penghasilan Bunyi Vokal dan Konsonan
Menurut ( D. Jones, 1985;12 ),bunyi vokal dibahagikan kepada dua golongan iaitu
vokal, konsonan dan semi konsonan. Perbezaannya berpandukan ada atau tiada halangan serta
gangguan pada alat artikulasi.
Vokal
Bunyi disebut vokal apabila tiada halangan pada alat artikulasi. Halangan hanyalah
pada pita suara. Halangan pada pita suara tidak lazim disebut artikulasi kerana vokal
dihasilkan dengan halangan pita suara maka pita bergetar. Glotis pula dalam keadaan tertutup
namun tidak rapat. Oleh yang demikian, semua vokal adalah bunyi bersuara.
-
5
Konsonan
Bunyi konsonan berlaku apabila arus udara terhalang pada sebahagian alat artikulasi.
Proses halangan ini disertai dengan bergetarnya pita suara.Ini akan membentuk nunyi
konsonan bersuara seperti bunyi [b,d,g,v,z,l]. Jika artikulasi tidak disertai bergetarnya pita
suara, glotis dalam keadaan terbuka. Bunyi yang dapat dikeluarkan adalah konsonan tidak
bersuara. Contohnya bunyi [p,t,k,s].
Sistem Bunyi Bahasa Melayu
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai
kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna
bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.
Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi
pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Alat Pertuturan dan Fungsinya
-
6
1. Bibir atas 11. Tengah lidah
2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
Fungsi Alat Pertuturan
Lidah
Lidah ialah alat artikulasi paling penting dalam pengeluaran bunyi bahasa. Ianya terbahagi
kepada empat bahagian iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah.
Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.
Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-
bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah ialah bahagian
paling aktif dan mampu digerakkan ke mana-mana bahagian mulut bagi membuat halangan.
Gigi
Gigi berperanan semasa penghasilan bunyi bahasa namun peranannya tidak begitu aktif.
Posisinya yang statik dan selalu digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan
bunyi. Penampan aliran udara ini yang telah mengeluarkan bunyi.
Gusi
Gusi ialah bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.
Gigi digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berperanan
membuat halangan.
Lelangit
Lelangit dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit
lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras
pula bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat
diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.
Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut
dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga
hidung.
-
7
Rongga Hidung
Berada di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Ianya boleh dibuka dan ditutup,
bergantung kepada situasi sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan ataupun tidak.
Bibir
Bibir pula alat artikulasi yang berada di luar rongga mulut. Ianya terdiri daripada otot-otot
kenyal yang dihamparkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang pelbagai. Bibir dapat
menjadi sempadan luar daripada rongga mulut. Bibir berperanan membuat sekatan kepada
udara yang keluar daripada rongga mulut.
Pita Suara
Pita suara berada dalam ruang tenggorok dan penting bagi penghasilan bunyi. Proses
pengeluaran suara berlaku dengan memperluas dan mempersempit lubang di antara dua
keping selaput nipis berkenaan.
-
8
Artikulasi Fonem Vokal
Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ]
Bahagian hadapan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras namun tidak membuat
halangan kepada arus udara sementara bibir dalam situasi dihamparkan. Lelangit lembut dan
anak tekak dinaikkan bagi menutup bahagian rongga untuk membuat sekatan, halangan
ataupun sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan.
Awalan pertengahan akhiran
[ijab] [minum] [beli]
[insan] [kilang] [cari]
Gambar rajah memaparkan penghasilan vokal hadapan
sempit atau tinggi [ i ].
Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ]
Untuk menghasilkan bunyi vokal /e/, bahagian bibir atas dan bawah dihamparkan.
Hadapan lidah dinaikkan rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Lelangit lembut dan
anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung.Udara dari paru-paru
disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima apa-apa gangguan. Di samping itu juga,
pita suara dirapatkan serta digetarkan.
Awalan pertengahan akhiran
[ekor] [kekok] [kole]
[enak] [belok] [tauge]
-
9
Gambar rajah memaparkan penghasilan vokal hadapan
separuh sempit atau separuh tinggi [ e ].
Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ]
Bunyi vokal // dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh rendah ke
daerah lelangit keras, rendah sedikit daripada cara menghasilkan bunyi vokal /e/. Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan bagi menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru
disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita suara digetarkan. Bibir berada dalam
keadaan dihamparkan. Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah.
awalan pertengahan akhiran
[sok] [kk] [sor] [nak] [blok] [ol-ol]
Gambar rajah memaparkan penghasilan vokal hadapan separuh luas atau
separuh rendah [ ].
-
10
Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ]
Dikenali sebagai vokal hadapan lampau rendah. Bagi menghasilkan bunyi vokal
tersebut, hadapan lidah perlu diturunkan serendah mungkin. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara. Udara yang keluar tidak mengalami sebarang halangan. Namun,
bibir pada waktu ini dalam keadaan melampau dan bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [a].
awalan pertengahan akhiran
[angsa] [rapi] [lupa]
[alis] [palam] [kena]
Gambar rajah memaparkan penghasilan vokal hadapan
luas atau rendah [ a ].
Vokal Belakang Sempit atau Tinggi [ u ]
Vokal /u/ dihasilkan melalui belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut bagi
menyempitkan bahagian rongga mulut manakala anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga
hidung. Serentak itu, pita suara dirapatkan dan digetarkan. Bibir dibundarkan dan bunyi yang
terhasil adalah bunyi vokal /u/.
awalan pertengahan akhiran
[ungka] [tuba] [batu]
[ulam] [pucat] [kelu]
Gambar rajah memaparkan penghasilan vokal belakang sempit atau tinggi [ u ]
-
11
Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]
Belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan yang paling rendah boleh
dicapai di belakang lidah. Bibir dalam keadaan bundar. Apabila udara disalurkan keluar,
bunyi yang terhasil adalah vokal /o/.
awalan pertengahan akhiran
[orang] [roket] [milo]
[onar] [pocong] [keromo]
Gambar rajah memaparkan penghasilan vokal belakang separuh sempit [o].
Vokal Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ]
Dikenali sebagai vokal belakang separuh luas rendah. Bagi menghasilkan vokal // ini,
belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut.Lelangit lembut dan juga anak
tekak dinaikkan bagi menutup rongga nasal manakala pita suara dirapatkan sambil digetarkan.
Bibir perlu dalam keadaan bundar. Bunyi vokal dihasilkan ialah vokal //.
awalan pertengahan akhiran
[leh] [b leh] [pidat ] [pera] [pr ton] [tomat ]
-
12
Gambar rajah memaparkan penghasilan vokal belakang separuh luas atau separuh rendah [].
Vokal Tengah [ ]
Bagi menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah dinaikkan ke pertemuan di antara
lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan bagi menutup
bahagian rongga nasal. Pita suara dirapatkan ketika udara disalurkan melaluinya, pita suara
pula akan bergetar. Bunyi // akan dihasilkan di mana vokal ini pula terdapat di bahagian
awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja.
awalan pertengahan
[mak] [blah] [mas] [clah]
Gambar rajah memaparkan penghasilan vokal tengah [].
-
13
Penghasilan Bunyi Konsonan
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu :-
a) Konsonan asli
b) Konsonan pinjaman
Konsonan Asli
Ada 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam bahasa Melayu
dibahagikan kepada 7 jenis seperti berikut:
1. Letupan : p, b, t, d, k, g
2. Letusan : c, j
3. Geseran : s, h
4. Getaran : r
5. Sisian : l
6. Sengauan: m, n, ny, ng
7. Separuh vokal : w, y,
Cara Penghasilan Bunyi Konsonan Asli
Konsonan Letupan
Letupan Dua Bibir[p] dan [b]
Bibir bawah serta atas dirapatkan. Lelangit lembut pula dinaikkan . Arus udara keluar
dari paru-paru melalui rongga mulut dan terhalang pada pertemuan dua bibir. Halangan itu
dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita
suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [p] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu
glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b].
Letupan Gusi [t] [d] Hujung lidah rapat ke gusi. Lelangit lembut pula dinaikkan . Arus udara keluar dari
paru-paru melalui rongga mulut dan terhalang di pertemuan hujung lidah dan gusi. Halangan
itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita
suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [t] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu
glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [d].
-
14
Letupan Lelangit Lembut [k] [g] Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut pula dinaikkan .
Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan terhalang di pertemuan belakang
lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang
dihasilkan ialah [k] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan digetarkan bunyi
yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan lelangit lembut bersuara.
Konsonan Geseran
Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]
Hujung lidah rapat pada gusi . Lelangit lembut pula dinaikkan untuk menghalang
perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara daripada paru-paru keluar melalui rongga
mulut dan dibiar bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi. Bunyi ini bunyi
gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.
Geseran Glotis [h]
Glotis terbuka luas.Lelangit lembut akan dinaikkan untuk menghalang perjalanan
udara ke rongga hidung. Arus udara ditekan keluar daripada paru-paru dan melalui sempitan
dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut,akan
terhasil bunyi geseran. Kadang-kala [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama
daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain.
Konsonan Letusan
Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j]
Bunyi letusan atau afrikat terhasil dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit
keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara yang
keluar daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan
depan lidah dan gusi. Bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita
suara digetarkan. Untuk letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak digetarkan.
Kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja.
Konsonan Getaran
Getaran Gusi [ r ]
Bagi menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah rapat pada gusi. Hujung lidah
tersebut digetarkan . Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak. Glotis
dirapatkan dan pita suara digetarkan.
-
15
Konsonan Sisian
Sisian Gusi [ l ]
Bagi menghasilkan konsonan, hujung lidah dinaikkan sampai ke bahagan tengah
gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan bagi menutup rongga hidung. Udara
daripada rongga mulut hanya boleh keluar melalui kedua-dua belah tepi atau sisi lidah. Glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar.
Konsonan Sengauan
Ada 4 jenis bunyi sengau atau nasal iaitu sengau dua bibir [ m ] ,sengau gusi [ n
],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut. [ng ]Bunyi-bunyi sengau dihasilkan
dengan membiarkan udara yang keluar daripada paru-paru melalui rongga hidung.Udara
keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan
ruang ke rongga hidung terbuka.Udara disekat atau ditahan pada bahagian-bahagian tertentu
seperti bibir, gusi, lelangit keras atau lelangit lembut. Semua bunyi sengau adalah bunyi
bersuara. Ini bermakna semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan dan pita suara mengalami
getaran.
Konsonan Sengauan Dua Bibir [m]
Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara daripada
paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Konsonan Senjgauan Gusi [n]
Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara
daripada paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny]
Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara
daripada paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Konsonan Sengauan Lelangt Lembut [ng]
Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara
daripada paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Sengauan Gusi Lelangit Keras [ny]
Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara
daripada paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
-
16
Konsonan Separuh Vokal
Konsonan ini dihasilkan iaitu meletakkan lidah pada kedudukan semasa
mengeluarkan bunyi vokal sempit sama ada vokal hadapan sempit atau belakang sempit .
Kemudian, dengan cepat lidah digerakkan ke arah kedudukan semasa menyembunyikan vokal
lain. Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghasilan bunyi-bunyi vokal, tetapi
berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya.
Separuh Vokal Dua Bibir [w]
Bibir dan belakang lidah kedudukannya seperti menghasilkan vokal [u],iaitu bibir
dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlaku geluncuran
ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara
bergetar.
Separuh Vokal Lelangit Keras [y]
Bibir dan lidah kedudukannya seperti menghasilkan vokal [i]iaitu bibir dihamparkan
manakala hujung lidah diangkat tinggi. Berlaku geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya
[e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.
KONSONAN PINJAMAN
Geseran Bibir Gigi [f] dan [v]
Bibir bawah rapat ke gigi atas. Udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut
mengalami geseran semasa melalui sempitan bibir bawah dan gusi tersebut. Lelangit lembut
dinaikkan bagi menutup rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak
bersuara, glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan bunyi yang terhasil ialah [f] dan
bagi menghasilkan geseran bibir bersuara pula,glotis dirapatkan. Pita suara digetarkan dan
bunyi terhasil ialah [v].
Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz]
Semasa menghasilkan bunyi ini, hujung lidah berada antara gigi atas dan gigi bawah .
Lelangit lembut dinaikkan . Udara keluar daripada paru-paru dibiarkan bergeser di daerah
gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi
geseran tidak bersuara,[th]. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil
ialah bunyi geseran bersuara,[dh].
Konsonan Geseran Bersuara [z]
Hujung lidah dirapatkan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara
dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah
dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi
konsonan geseran bersuara,[z].
-
17
Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy]
Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras bagi menyekat perjalanan udara
yang keluar melalui rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan bagi menghasilkan bunyi
geseran lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan. Pita suara tidak digetarkan dan
menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy]
Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh]
Bagi menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup
rongga hidung. Udara daripada rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang
telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Untuk menghasilkan geseran bersuara [kh ],
glotis dirapatkan. Pita suara digetarkan dan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut
tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan.
-
18
Fonem dan Alofon
Fonem
Fonem merupakan unit bahasa terkecil yang berfungsi. Fonem merupakan unit yang
bermakna atau perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi. Selain daripada itu
fonem juga boleh difahamai sebagai unit yang terkecil yang membezakan makna.
Dalam pasangan minimal, pedang dengan petang terdapat bunyi yang berbeza iaitu
bunyi d dan bunyi t. Perkataan pedang ini hampir sama dengan perkataan petang tetapi
dibezakan dengan bunyi d dan t. Bunyi d dan t merupakan bunyi yang distingtif yang
membezakan makna. Oleh demikian, bunyi d dan t adalah bertaraf fonem yang berbeza dan
bunyi fonem itu diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /d / dan /t/.
Selain daripada pasangan minimal pedang dengan petang, terdapat lagi beberapa
contoh lain iaitu perkataan kaya dan paya. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang
berbeza. Ini disebabkan oleh fonem k dan p. Fonem seperti apa yang kita harus fahami ialah
unit terkecil yang dapat membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit
terkecil itu yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Bunyi k dan p
dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p diletakkan
dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.
Contoh seterusnya ialah pasangan minimal perkataan sayang dan wayang. Pasangan
minimal sayang dan wayang ini dibezakan oleh fonem s dan w. S dan w merupakan unit Yng
terkecil yang membezakan makna pasangan minimal sayang dan wayang. Maka s dan w
merupakan unit-unit terkecil yang membezakan makna. Oleh itu, s dan w dikategorikan
sebagai unit-unit terkecil yang membezakan makna pasangan minimal sayang dan wayang.
Oleh yang demikian s dan w ini diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/. Contoh
lain adalah seperti di bawah:
i) Barat
Karat
/b/ dan /k/ merupakan fonem yang berbeza.
ii) Dalam
Talam
/d/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza
iii) Cari
Jari
/c/ dan /j/ merupakan fonem yang berbeza
iv) Pakar
Bakar
/p/ dan /b/ merupakan fonem yang berbeza
v) Tulang
Dulang
/t/ dan /d/ merupakan fonem yang berbeza
-
19
Alofon Alofon adalah anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon merupakan kelainan bunyi
antara satu sama lain namun masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang
tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada
yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Contohnya, fonem /k/ dalam bahasa Melayu
mempunyai kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, misalnya
alofon k, k dan . Bunyi alofon k terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh vokal depan i).
Bunyi k terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kaka. Dalam hal ini, alofon k, k dan adalah alofon-alofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, k, iaitu adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik.. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling melengkapi dimaksudkan
masing-masing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu tempat masing-masing dalam bahasa
Melayu.
Alofon juga boleh didefinisikan sebagai fonem yang terdiri daripada anggota fonem.
Misalnya fonem p dalam perkataan palu, lupa dan luap. Bunyi fonem p dalam perkataan palu
dan sebagai letupan bibir yang sempurna, manakala perkataan luap, bunyi p diujarkan sebagai
letupan bibir yang tidak sempurna yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga
contoh yang diberikan fonem p mempunyai dua alofon.
Alofon boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Dengan bervariasi bebas
dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu misalnya faham
dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza maknanya yang
sama.
Terdapat pula beberapa perkataan yang hampir sama dari segi sebutan tetapi
maknanya sama (tidak berbeza), misalnya perkataan agama, ugama dan igama. Walaupun
perkataan agama, ugama dan igama itu dari segi makna tidak berbeza, tetapi vokal a, u, i
adalah asalnya fonem yang membezakan makna kerana terdapat pasangan minimal masing-
masing yang membezakan makna iaitu baru, buru, biru. Oleh demikian, vokal a, u dan i
adalah distingtif (membezakan makna), maka bunyi a, u, dan i adalah bertaraf fonem, maka
bunyi a, u dan i adalah bertaraf alternasi bebas.
Perbezaan Fonem dan Alofon
1. Pasangan Minimal
Pasangan minimal merupakan pasangan terkecil perkataan. Pasangan perkataan hamper
sama ejaan dan bunyi yang dihasilkan. Namun, terdapat perbezaan pada bunyi fonem tertentu.
Contohnya :-
baca dengan baja
situ dengan satu
buka dengan buku
lagu dengan laku
gila dengan gula
guru dengan garu
-
20
2. Pasangan Minimal Terdekat
Berdasarkan kaedah ini, sekiranya terdapat ciri segmen yang berbeza (tetapi
mempunyai persamaan daripada segi fonetik) hadir pada lingkungan yang sama dalam dua
perkataan berbeza makna maka kedua-dua segmen tersebut dianggap sebagai dua fonem
yang berbeza (bukan alofon kepada satu fonem). Contohnya:
Perkataan-perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen yang berbeza.
Begitu juga dengan kolum (b). Kedua-dua segmen berkenaan yang terdapat dalam perkataan-
perkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama dengan kedua-dua segmen yang
terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (b). Misalnya segmen [p] dan [g] dalam
perkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam perkataan [bakar]. Dalam erti kata lain,
perkataan-perkataan dalam kolum (a) dan (b) menunjukkan dua kata yang yang berbeza dua
bunyi pada lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itu mempunyai
persamaan daripada segi fonetik seperti [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan [pagar] dan
[bakar]. Bunyi-bunyi tersebut menghasilkan makna yang berbeza-beza bagi setiap perkataan
berkenaan. Justeru, bolehlah dianggap bahawa segmen-segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/,
/g/, /t/, /d/, /tS/, /dZ/, /s/, dan /z/ adalah fonem-fonem yang berbeza.
3. Saling Melengkapi
Ini adalah kaedah utama bagi mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon. Konsep
'penyebaran saling melengkapi ini berlaku jika terdapat dua segmen ( terdiri daripada satu
kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam Iingkungan yang sama. Satu segmen mungkin
hanya boleh hadir di lingkungan awal kata ( tidak boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir
kata) sementara segmen satu lagi pula tidak boleh hadir di lingkungan awal kata ( hanya
boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata) Situasi ini menunjukkan kehadiran segmen-
segmen berkenaan dalam lingkungan saling lengkap-melengkapi. Segmen-segmen yang
memperlihatkan penyebaran saling melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Lihat situasi
kehadiran segmen [k] dan [] dalam perkataan-perkataan di bawah:
[kita] [suka] [to]
[kaju] [baki] [soro]
[kalau] [Suka] [gaga]
-
21
Contoh-contoh menunjukkan lingkungan boleh dihadiri oleh segmen [k] dan [] saling
lengkap melengkapi . Segmen [k] hadir di lingkungan awal dan tengah kata r manakala
segmen [] hadir di akhir kata. Oleh itu, segmen [k] dan [] adalah alofon kepada suatu fonem.
4. Variasi Bebas
Istilah ini digunakan bagi dua bunyi berbeza fonetis yang hadir dalam lingkungan
sama dalam perkataan dan bunyi itu boleh saling berganti namun tidak dapat membezakan
makna. Contohnya :-
pikir dengan fikir ( p dengan f bervariasi bebas )
Elok dengan elok ( E dengan e bervariasi bebas )
Orang dengan orang ( O dengan o bervariasi bebas )
-
22
Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu
Fonem Suprasegmental
Fonem ini juga disebut sebagai fonem suprapenggalan iaitu ciri atau sifat bunyi yang
m en in d i h i a t au men um p an g i s e su a tu f o nem. Fo n em s up r a segm ent a l
t e rd i r i d a r ip ad a t eka nan , k ep an jan g an , j eda , t ona , d an in t ona s i .
Tekanan
Tekanan adalah ciri lemah atau keras suara penyebutan sesuatu suku kata. Tekanan
biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Tekanan ditanda dengan tanda ( ` ).
Tekanan dalam Bahasa Melayu biasanya berlaku pada suku kata kedua seperti perkataan ki
ta, ba pa, sa tu, dan sebagainya. Dalam Bahasa Inggeris , tekanan boleh membezakan
makna seperti perkataan pro`gress bermakna memajukan ( kata kerja ) dan `progress bermakna kemajuan ( kata nama ). Contoh perkataan lain adalah seperti conduct dan insult. Perkataan ini membawa maksud berbeza dalam Bahsa Inggeris apabila dikenakan tekanan
pada suku kata berbeza.
Kepanjangan
Kepanjangan ini juga disebut sebagai pendek bunyi. Ia merupakan ciri khusus yang
terdapat pada perkataan bahasa-bahasa tertentu seperti Bahasa Inggeris dan Arab.Ciri ini
dapat membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu namun tidak dapat membezakan
makna untuk Bahasa Melayu.
Ciri ini ditanda dengan tanda titik iaitu tanda mora.Andai tanda mora itu satu titik,
kepanjangan bunyinya setengah mora ; dua titik : kepanjangannya satu mora, dan jika empat
titik : : kepanjangannya dua mora. Dalam Bahasa Inggeris, perbezaan makna berlaku apabila
kepanjangan ini digunakan.
Contohnya seperti perkataan sit bermaksud duduk, dan si:t bermaksud tempat
duduk;ship bermaksud kapal dan shi:p maknanya kambing biri-biri.
Jeda
Jeda ini disebut persendian iaitu ciri atau unsur hentian ( senyap ) dalam ujaran
memisahkan unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Ianya dilambangkan
dengan tanda + . Bagi bahasa Inggeris unsur ini membezakan makna. Contoh, I
screamsaya menjerit dan ice cream aiskrim bunyinya sama sukar dibezakan tetapi
maknanya lain.
-
23
Dalam Bahasa Melayu, terdapat rangkai kata yang mengelirukan maksud andai tidak dipakai tanda
jeda. Contohnya belikantin ( belikan tin ) dan belikantin ( beli kantin ).
Belikan + tin membelikan ti = tin yang dibeli
Beli + kantin membeli kantin = kantin yang dibeli
Jeda juga digunakan bagi membezakan maksud ayat. Contohnya, Saya membaca buku kakak boleh
dibezakan maksudnya dengan memakai jeda berikut :
# Saya membaca buku kakak #
( Maksudnya saya membaca buku kepunyaan kakak )
# Saya membaca buku # kakak
( Maksudnya saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku )
Tona
Tona ialah naik atau turun suara dalam pengucapan perkataan. Bahasa yang mempunyai tona bagi
membezakan makna ialah bahasa Mandarin, Thai, Vietnam, Laos, Kampuchea dan sebagainya. Terdapat dua
jenis tanda berbeza digunakan. Yang pertama, memakai lambang tona mendatar, ton meninggi, tona turun
naik dan tona menurun. Yang kedua pula memakai tanda nombor 1 hingga 4 bagi menunjukkan perbezaan
tona seperti berikut:
Tona tinggi rendah ( sangat keras ) 1
Tona sederhana tinggi ( keras ) 2
Tona rendah ( lemah ) 3
Tona sangat rendah ( sangat lemah ) 4
Intonasi
Intonasi merupakan turun naik nada suara dalam pengucapan ayat dan juga frasa. Terdapat pelbagai
intonasi pada ayat seperti ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat. Ayat tanya pula
mempunyai intonasi meninggi pada akhir ayat. Semua jenis ciri suprasegmental iaitu tekanan, kepanjangan,
jeda, dan tona secara kombinasi membentuk intonasi ayat dalam pertuturan. Intonasi pada ayat-ayat dalam
Bahasa Melayu adalah seperti intonasi ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang dan
ayat pasif.
-
24
Rumusan
Apa yang saya peroleh bahasa Melayu sebenarnya bukan berasal daripada Malaysia
sahaja. Ianya dituturkan oleh banyak masyarakat di pelbagai negara. Bahasa melalui proses
perkembangan sebagaimana manusia berkembang ke zaman moden seperti sekarang. Di
Malaysia, bahasa Melayu telah diiktiraf menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi selain
daripada memegang banyak fungsi dalam penggunaannya.
Bahasa Melayu menjadi alat perpaduan negara kerana rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dapat disatukan melalui satu bahasa iaitu bahasa Melayu bagi mengelakkan salah faham
semasa berbicara antara individu berbeza bangsa. Bahasa Melayu mempunyai banyak ciri
yang istimewa. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia perlu memartabatkan lagi
penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
Dalam bidang fonetik, ilmu ini bukan sahaja mengkaji tentang bunyi bahasa malah
perkara lain seperti gelombang bunyi. Pengetahuan kita mengenai ilmu fonetik dan fonologi
dapat memudahkan kita untuk memahami bahasa dengan lebih berkesan dan mendalam.
Organ-organ artikulasi amat penting dalam penghasilan bunyi-bunyi ini.
Fonetik dan fonologi adalah satu bidang ilmu yang begitu luas dan merangkumi alofon
dan fonem. Kajian tentang fonetik termasuk dalam kajian fonologi. Kajian mengenai bidang
fonologi ini amat penting untuk kita membuka bidang kerjaya baru rakyat Malaysia di
samping mewujudkan satu kajian baharu tentang fonologi ini.
-
25
Bibliografi
Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. (2007). Linguistik: Fonologi dan Fonologi
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
Ali Mahmood et al. (2010). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Modul Open University
Malaysia.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin. (1999). Pengajaran Lisan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.