hbef3103 prinsip teknologi
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
1/21
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SMP PPG MAC / 2012
HBEF3103
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN
( NAMA PENSYARAH : DR. ZAINAL ABIDDIN BIN MASLEH )
NO. MATRIKULASI : 761124135940001
NAMA PELAJAR : NOLIA BINTI HAJI ABDUL KARIM
NO. KAD PENGENALAN : 761124-13-5940
NO. TELEFON : 019-8896698
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : SARAWAK LEARNING CENTRE
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected] -
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
2/21
HBEF3103
1
Senarai Kandungan
Soalan 1 Pengenalan 2
Prinsip Reka Bentuk Visual
1 Simplisiti 3
2 Dominan 4
3 Pola 5
4 Seimbang 6
5 Variasi 8
6 Harmoni 9
Rumusan 10
Soalan 2 Pengenalan 11
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
1 Kemahiran Mengumpulkan dan Mengelaskan 13
2 Kemahiran Mereka Cipta 14
3 Kemahiran Menganalisis 16
4 Kemahiran Mensintesis 17
Rumusan 19
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
3/21
HBEF3103
2
Soalan 1
PENGENALAN
Visual adalah sesuatu yang boleh dilihat atau diperhatikan dan ia
merupakanalat komunikasi yang lebih baik berbanding komunikasi verbal.
Penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting sebab boleh
membantu guru menyampaikan maklumat dengan berkesan terutama kepada guru yang
menggunakan komputer semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Menurut Baharuddin et al.,(2002) pengajaran pembelajaran berbantukan
komputer adalah satu alternatif yang dapat mempelbagaikan lagi strategi untuk
menjadi proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu sesi yang menarik dan
menyeronokkan.
Pengajaran pembelajaran yang berbantukan komputer dapat meningkatkan
kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran, berupaya meningkatkan kefahaman
dan penguasaan murid-murid terhadap subjek yang diajar dan paling penting guru
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta mencabar.
Kebenaran pernyataan di atas disokong oleh pendapat Jamalludin Harun dan
Zaidatun Tasir(2003) iaitu penggunaan pelbagai media dalam penyampaian maklumat
mampu meransangkan minda pelajar di samping ia tidak membosankan. Namun
demikian penggunaan bahan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer ini tidak
boleh diambil mudah dalam pen yediaannya . Guru perl u mengambil kir a prinsip reka
bentuk visual bagi mengh asi lkan bah an yang menari k. Ol eh itu amat pen ti ng bagi
seseorang guru memahami prinsip reka bentuk visual iaitu simplisiti, dominan, pola,
seimbang, variasi dan harmoni.
Berdasarkan konsep prinsip reka bentuk visual di atas, saya telah memilih
bahan pengaja ran dan pemb elaj aran bert aj uk Makanan Untuk Kesihatan di alamat
http://www.bloggurumalaysia.blogspot.com iaitu BBM berbentuk slaid MS
Powerpoint. Bahan pengajaran dan pembelajaran ini akan dikaji untuk melihat sama
ada ia menepati prinsip reka bentuk visual atau tidak. Prinsip simplisiti, dominan,
pola , sei mbang, vari as i dan harmoni akan dihurai kan menggunakan bahan tersebut .
http://www.bloggurumalaysia.blogspot.com/http://www.bloggurumalaysia.blogspot.com/http://www.bloggurumalaysia.blogspot.com/ -
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
4/21
HBEF3103
3
PRINSIP REKA BENTUK VISUAL
1. SIMPLISITI
Simplisiti adalah merupakan prinsip seni grafik yang bersifat sederhana dan
ianya tidak berat komposisinya. Gambar yang digunakan adalah mudah difahami dan
jelas se rta dapat mendoron g audien atau murid -murid untuk terus mel ihat dan
menghayati grafik tersebut. Cara yang terbaik bagi seseorang guru adalah
mempersembahkan satu perkara atau gambar pada satu masa, sebab terlalu banyak
grafik dalam satu visual akan mengelirukan audien atau murid-murid yang melihat.
Di bawah adalah alat bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran dan
pembel ajaran yang dipi li h. Ob jek yang dip apark an oleh gu ru amat je las , hanyamempersembahkan visual yang berkaitan dengan tajuk pelajaran yang hendak diajar
iaitu makanan berkhasiat. Murid-murid dengan mudah dan cepat tahu apa yang
hendak diajar oleh guru. Visual di bawah menepati prinsip simplisiti kerana hanya
menunjukkan gambar makanan.
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
5/21
HBEF3103
4
2. DOMINAN
Dominan berasal dari perkataan Dominance yang bermaksud keunggulan.
Manakala menurut kamus, ia merujuk kepada sesuatu yang paling menonjol atau
yang sangat penting. Dominan dalam visual pula boleh dijelaskan dengan maksudpusa t penumpuan atau minat . Domin an mempunyai beberapa tuj uan iai tu menarik
perhati an, menghil angkan kebosanan dan memberi tit ik fokus pada sesuatu visual
yang dihasilkan. Item utama yang hendak ditunjukkan mestilah paling menonjol atau
menguasai item-item lain yang sekadar berperanan sebagai item sokongan.Terdapat
pelbagai cara unt uk mencapai prins ip dominan, antaranya ialah:
a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third). Peraturan Satu Pertiga
adalah didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat lain.
b) Warna dan bentuk yang kontras.
c) Saiz yang lebih besar.
d) Menggunakan anak panah yang menunjukkan ke arah item utama.
e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama.
f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau
kipas.
g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
6/21
HBEF3103
5
Objek yang dipaparkan dalam visual di sebelah menepati prinsip dominan iaitu
cara pemilihan warna dan bentuk yang kontras. Pemilihan warna dan bentuk yang
berla in an ini dapat menari k perhat ian murid -murid unt uk terus meli hat visual tersebut
dan seterusnya memberi respons semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan warna yang berbeza pada huruf untuk nama sayur-sayuran juga dapat
membantu murid-murid untuk mengeja nama sayuran tersebut dengan betul, manakala
warna yang kontras dan terang dapat mengekalkan penglihatan dan membantu murid-
murid memberitahu nama warna yang betul. Berdasarkan penerangan yang telah
diberikan, ternyatalah visual yang dipilih menepati prinsip dominan.
3. POLA
Pola atau corak bermaksud penyusunan elemen-elemen visual untuk menarik
dan mengekalkan perhatian audien ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pola
atau corak ini juga boleh memandu audien melihat maksud yang terkandung dalam
visual. Namun bukan hanya ilustrasi atau gambar rajah yang harus disusun tetapi
huruf dan perkataan juga perlu disusun kerana ia adalah sebahagian daripada pola
atau corak. Pola adalah berkaitan dengan susunan item-item dalam sesuatu visual.
Aspek susunan item amat dititikberat dalam sesuatu visual kerana ia dapat:
a) Menarik penglihatan mata ke arah item utama
b) Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam
arah yang betul
c) Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran
pers embahan sehi ngga sampai tit ik akh ir .
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
7/21
HBEF3103
6
Berdasarkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah dipilih seperti di atas
terdapat prinsip pola atau corak yang dapat menarik perhatian murid-murid semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Objek yang dipilih oleh guru pelbagai dan susunan
item juga sesuai serta dapat menggerakkan penglihatan mata murid-murid kepada
keseluruhan visual tersebut. Namun demikian guru boleh menambah baik pemilihan
visual di atas dengan meletakkan carta makanan seimbang yang berbentuk tiga segibagi mengekalkan lagi pengl ihatan murid-murid dan se terus nya faham tent ang isi
pelajaran yang hendak disampai kan ol eh guru iait u ten tang makanan berkhasi at un t uk
tubuh badan.
4. SEIMBANG
Keseimbangan amat penting bagi setiap benda kerana jika tiada keseimbangan,
sesuatu benda itu akan tumbang. Kesimbangan ini juga memainkan peranan penting
dalam sesuatu visual supaya rekaan visual itu tidak nampak janggal dan tidak
menarik. Dalam hal ini elemen grafik yang disusun hendaklah seimbang dalam setiap
reka bentuk, sama ada pada bahagian kiri dengan kanan ataupun atas dengan bawah.
Rekaan visual yang seimbang akan membuat mata rasa selesa memandang. Dalam
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
8/21
HBEF3103
7
prinsip se imb ang in i, terdapat dua jeni s sei mb ang iai tu seimbang formal atau
simetrikal dan seimbang tidak formal atau asimetrikal.
Seimbang formal atau simetrikal bermaksud pembahagian yang sama antara dua
bahagi an vi sual sama ada kiri dengan kanan atau at as dengan bawah. Seim bang
formal mudah dicapai dan kesan masih menarik perhatian pembaca atau penonton.
Seimbang tidak formal atau asimetrikal pula bermaksud pembahagian yang
tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan
visual. Konsep seimbang boleh dilihat pada gambar di bawah:
Gambar di atas amat menepati prinsip seimbang formal atau simetrikal iaitu
pembahagi an yang sama anta ra dua bahagi an visual . Pembahagi an secara se imbang
formal ini memudahkan murid-murid memberi tumpuan dan memberi kesan yang
menarik pada bahan pengajaran guru.
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
9/21
HBEF3103
8
Gambar di atas pula menunjukkan prinsip seimbang tidak formal atau asimetrikal, di
mana pembahagian antara item atas dengan bawah tidak sama rata. Dalam visual di
atas, jumlah item atas lebih banyak dari item bawah. Namun demikian visual di atas
masih menarik perhatian mata yang memandang kerana susun atur gambar yang
menarik dari segi pemiliham warna.
5. VARIASI
Variasi dalam prinsip reka bentuk visual membawa maksud penggunaan
pelbagai elemen bag i menimbulkan perasaan seolah -o lah vi sual itu hidu p dan
berge rak. Penggunaan pelbagai el emen ini supaya ia dapat memberi kesegaran dan
menimbukan minat pada audiens untuk terus melihat visual yang dipaparkan. Antara
contoh-contoh variasi yang boleh digunakan untuk meningkatkan tarikan terhadap
visual ialah bentuk, saiz, tekstur, warna, garis, kedudukan, dimensi, kontras, susunan,
penggunaan gambar fo to dan kart un se rta kart un dengan gambar foto. Vari as i ju gamenyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual. Penggunaan elemen-
elemen tersebut dengan betul dapat menjadikan visual seolah-olah hidup.
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
10/21
HBEF3103
9
Bahan pengajaran dan pembelajaran di atas menampakkan penggunaan pelbagai
elemen bagi menarik minat mata yang memandang. Antara elemen-elemen tersebut
ialah warna, garis, kedudukan dan dimensi. Warna yang pelbagai dapat menarik
minat murid-murid untuk terus melihat visual yang disediakan oleh guru. Item di atas
menggunakan lebih dari satu warna dan pemilihan warna juga amat menarik serta
memberi kesegaran kepada visual tersebut. Penggunaan elemen garis pada perkataan
dan lukisan juga menambah daya tarikan pada visual di atas. Seterusnya, penggunaan
elemen kedudukan dan dimensi juga terdapat dalam visual tersebut. Elemen
kedudukan boleh dilihat pada kedudukan perkataan yang berada di bahagian atas,
tengah dan bawah. Elemen dimensi pula boleh diperhatikan pada bayang-bayang
perkataan yang tidak berwarna. Berdasa rkan penerangan yang telah diberikan,
ternyata visual tersebut menepati prinsip variasi.
6. HARMONI
Harmoni adalah sesuatu rekaan bentuk visual yang melibatkan susunan atau
ulangan unsur-unsur visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan
menimbulkan kesan yang menarik. Aplikasi prinsip harmoni dapat menimbulkan
gambaran yang sempurna, teratur dan membolehkan mata penonton mengikuti
perkemban gan kesel uruhan vis ual. Prinsip harmoni juga mem berikan ra sa yakin
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
11/21
HBEF3103
10
kepada penonton kerana mereka dapat melihat hubungan elemen-elemen, arah aliran
persemb ahan, perspekt if dan kesa tuan mesej .
Contoh makanan bervitamin dan
zat galian:
betik oren
epalrambutandurian
pisang
Di atas adalah bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih. Objek yang
dipaparkan ada menunjukkan konsep harmoni melalui cara pengulangan warna yang
sama pada nama buah kecuali untuk nama buah rambutan ada terdapat warna hijau.
Konsep harmoni juga boleh dilihat pada pengulangan bentuk buah pada gambar buah
durian, rambutan dan epal iaitu bentuk bulat.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya bahan pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk
Makanan Untuk Kesihatan hampir-hampir menepati enam prinsip reka bentuk visual,
kekurangan yang paling ketara adalah pada prinsip pola dan harmoni. Kekurangan ini
mungkin disebabkan guru masih belum menguasai prinsip-prinsip tersebut. Bahan
penga jaran dan pembelajaran tersebut masih sesuai unt uk sesi penga jaran gu ru,
namun guru boleh menambahbaikan visual tersebut dengan membuat pemilihan
gambar yang sesuai, contohnya guru boleh menggunakan carta piramid makanan bagi
menepati prinsip pola. Manakala untuk prinsip harmoni, guru boleh menggunakan
gambar buah yang sama bentuk dan warna.
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
12/21
HBEF3103
11
Soalan 2
PENGENALAN
Kemahiran Berfikir boleh dirumuskan bahawa pemikiran ialah proses
menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang
wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Dalam pengajaran dan
pembel ajaran kemah ir an berf ik ir bertujuan untuk membuat kepu tusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak, menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan
inovatif, mengatasi kesilapan berfikir terburu-buru, kabur dan sempit, juga
membolehkan murid meningkatkan aspek kognitif, afektif dan intelek mereka.
Model kemahiran berfikir yang dicipta oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
dikenali sebagai Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif atau singkatannya
KBKK. Model KBKK ini terdiri daripada empat kemahiran yang dinamakan
Kemahiran Berfikir Kritis, Kemahiran Berfikir Kreatif, Menyelesaikan Masalah dan
Membuat Keputusan. Dalam setiap kemahiran ini terdapat kemahiran-kemahiran
mikro. Penjelasan tentang kemahiran-kemahiran mikro ini diketengahkan dalam
Rajah 1 di sebelah.
Kemahiran Berfikir Kritis adalah kecekapan dan keupayaan menggunakan
minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meneliti kebaikan dan kelemahan
sesuatu perkara dan membuat pertimbangan wajar dengan menggunakan alasan dan
bukt i.
Kemahiran Berfikir Kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan asli
sama ada bersifat maujud, abstrak atau idea.
Kemahiran Membuat Keputusan pula ialah keupayaan minda untuk memilih
satu pilihan yang terbaik daripada beberapa alternatif untuk mencapai objektif yang
ditentukan.
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
13/21
HBEF3103
12
Kemahiran Menyelesaikan Masalah ialah langkah-langkah yang dijalankan
dalam mengatasi rintangan dan kekangan yang menjadi penghalang kepada matlamat
yang dituju.
Rajah 1
Perbincangan seterusnya akan mengkaji dan menghuraikan bahan internet yang
dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam proses pengajaran dan
pembel ajaran. Saya telah memi lih rancangan penga jaran harian untuk mata pela jaran
Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1 yang bertajuk BENDAHIDUP ATAU BENDA
BUKAN HIDUP di alamat http://sainstahun1.blogspot.com bagi mengkaj i dan
menghuraikan empat ciri kemahiran berfikir sama ada dalam langkah pengajaran,
soalan latihan, lembaran kerja atau alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru.
Empat ciri kemahiran berfikir yang akan dihuraikan adalah seperti berikut:
http://sainstahun1.blogspot.com/http://sainstahun1.blogspot.com/http://sainstahun1.blogspot.com/ -
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
14/21
HBEF3103
13
KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF
1 MENGUMPULKAN DAN MENGELASKAN
Mengumpulkan dan mengelaskan merupakan kemahiran mikro dalam kemahiran
berf ikir krit is . Mengasin gk an dan mengumpul kan ob jek at au fenomena kep ada
kumpulan masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti ciri atau sifat.
Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Kemahiran
mengumpulkan dan mengelaskan ini digunakan apabila terdapat banyak item
atau maklumat. Selain itu, digunakan apabila jika item atau maklumat yang
tidak tersusun.
Manakala, langkah penggunaannya pula ialah:
a) Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.
b) Beri nama kepada kumpulan item itu.
c) Kenal pasti ciri lain.
d) Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.
e) Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu
kumpulan.
Dalam rancangan pengajaran harian yang telah dipilih, aktiviti yang
menunjukkan kemahiran di atas ialah pada bahagian imaginasi pengajaran guru,
di mana murid-murid diminta memerhati gambar bilik darjah seperti contoh di
sebelah dan cuba mencari bentuk-bentuk yang terdapat dalam gambar tersebut.
Seterusnya murid-murid diminta menyatakan objek-objek dalam bilik darjah
tersebut yang mempunyai bentuk-bentuk yang telah disebut oleh guru.
Ternyata langkah pengajaran guru tersebut telah menggunakan
kemahiran mikro yang terdapat dalam kemahiran berfikir kritis iaitu
mengumpul dan mengelaskan objek dalam bilik darjah mengikut bentuk-bentuk
yang telah diajar oleh guru. Cara pengajaran guru tersebut membantu
meningkatkan pemahaman murid-murid tentang pelbagai bentuk dalam
kehidupan seharian dan pasti murid dapat mengaitkan pelbagai bentuk yang
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
15/21
HBEF3103
14
dipelajari dengan objek di sekeliling mereka sama ada di rumah atau kawasan
sekolah. Secara tidak langsung murid-murid dengan mudah mengingat isi
pelaja ran yang diajar oleh guru .
3. Murid-murid diminta untuk memerhatikan dan mencari bentuk-bentuk yang
terdapat di dalam gambar bilik darjah yang ditunjukkan.
4. Murid-murid diminta menyatakan objek-objek yang mempunyai bentuk-
bentuk segi empat te pa t, segi empat sama, segi tiga , bu la tan.
2. MEREKA CIPTA
Mereka cipta adalah menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan
pengu bahsuaian kepada sesuat u yang sedia ada dalam ben tu k maujud atau
mujarad. Mereka cipta merupakan salah satu kemahiran mikro dalam
kemahiran berfikir kreatif. Langkah penggunaan untuk kemahiran merekacipta ialah:
a) Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan
b) Janakan idea
c) Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan
d) Mencuba dan menguji idea
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
16/21
HBEF3103
15
e) Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.
Berikut adalah contoh bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih
mempunyai kemahiran berfikir kreatif bagi mereka cipta. Murid mereka cipta
dengan membina pelbagai objek daripada bentuk asas 2D dalam permainan
interaktifGeoshapes.
1. Guru meminta beberapa orang murid membina pelbagai objek daripada
bentuk asas 2D dalam permainan int erakti f Geoshapes.
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru tersebut
dapat meningkatkan kemahiran berfikir kerana murid akan berfikir terlebih
dahulu sebelum mereka cipta sesuatu imej menggunakan bentuk yang terdapat
dalam permainan interaktif tersebut. Dalam usaha untuk mereka cipta imej
yang dimahu oleh guru, murid-murid akan menggunakan pemikiran mereka
untuk menentukan bentuk yang akan digunakan dan mencuba setiap bentukyang ada sehingga mereka dapat mereka cipta objek atau imej yang telah
ditetapkan oleh guru atau daya imaginasi murid itu sendiri. Amat tepat
pemil ihan bahan guru jik a kemahir an berfikir kreati f mereka ci pt a yang hendak
dicapai oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
http://kids.nationalgeographic.com/kids/games/puzzlesquizzes/geoshapes/http://kids.nationalgeographic.com/kids/games/puzzlesquizzes/geoshapes/http://kids.nationalgeographic.com/kids/games/puzzlesquizzes/geoshapes/http://kids.nationalgeographic.com/kids/games/puzzlesquizzes/geoshapes/http://kids.nationalgeographic.com/kids/games/puzzlesquizzes/geoshapes/http://kids.nationalgeographic.com/kids/games/puzzlesquizzes/geoshapes/http://kids.nationalgeographic.com/kids/games/puzzlesquizzes/geoshapes/http://kids.nationalgeographic.com/kids/games/puzzlesquizzes/geoshapes/ -
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
17/21
HBEF3103
16
3. MENGANALISIS
Menganalisis adalah kemahiran mengolah maklumat dengan mrnghuraikannya
kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau
peri st iwa sert a mencari makna yang te rsi rat. Ia meru pakan kemahir an mi kro
dalam kemahiran berfikir kritis. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali
bahagian-,bahagi an, memahami hubung ka it an tara bahagian dan mengenali
pri ns ip yang terl ibat. Langk ah penggunaan kemahi ran menganalisi s ini ialah
seperti berikut:
a) Tentukan pendapat atau kenyataan.
b) Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci.
c) Renung semula pendapat atau andaian.
d) Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.
Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang dipilih, kemahiran menganalisis
boleh di dapat i pada langkah perk embangan pengajaran gu ru sepert i yang
ditunjukkan di bawah.
2. Murid-murid diminta mengira bilangan bentuk yang terdapat dalam
gambar istana.
Dalam langkah pengajaran di atas guru meminta murid-murid mengira bilangan
bentuk yang terdapat pada gambar ist ana yang disediakan oleh guru . Perkara
http://3.bp.blogspot.com/-Qzw6ybILcQE/TgP55t98y8I/AAAAAAAAAB0/mvjUMBB7Gn4/s1600/istana.JPG -
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
18/21
HBEF3103
17
yang dimahu oleh guru ialah jumlah bentuk dalam gambar tersebut. Tugas
murid ialah mengenal pasti terlebih dahulu bentuk yang ada dalam gambar
tersebut dan kemudian barulah mengira bilangan bagi sesuatu bentuk, contoh
bagi bentuk segi tiga bilangannya 4 dan se teru sn ya un tuk bentuk yang lain. In i
menunjukkan bahawa murid-murid akan membuat analisis pada gambar istana
tersebut bagi mengenal pasti bentuk-bentuk yang ada dan seterusnya
memberitahu bilangan bagi sesuatu bentuk dengan betul. Ternyata langkah
pengaja ran dan bahan yang digunakan oleh guru sesuai untu k menin gkatkan
kemahiran berfikir di kalangan murid-murid Tahun Satu tersebut.
4. MENSINTESISKemahiran ini menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan
untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei,
lukisan dan artifak. Kemahiran berfikir kreatif ini digunakan untuk membuat
kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk. Selain itu untuk menghasilkan
bentuk komuni kas i seperti luki san, peta , ra jah, puis i dan laporan. Langk ah
penggu naan kemah iran in i ia lah :
a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek
b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan
c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan
tajuk, perkara atau subjek
d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori atau kategori
dengan tajuk
Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang dipilih, kemahiran berfikir
kreatif ini digunakan oleh guru pada langkah penutup. Pada langkah pen gajaran
ini guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid dan lembaran kerja ini
memerlukan murid-murid mengenal pasti perkara yang dimahukan. Contohnya
pada Lembaran Kerja 1, muri d-murid diminta mengi si tempat koson g dengan
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
19/21
HBEF3103
18
menulis nama bentuk asas. Bagi menyempurnakan lembaran kerja ini, murid-
murid mestilah dapat menggabungkan semula semua item dalam langkah-
langkah pembelajaran iaitu dari set induksi, imaginasi dan perkembangan.
Apabila ini berlaku, maka murid-murid dapat menjawab soalan pada Lembaran
Kerja 1. Perkara yang sama juga murid-murid lakukan sebelum menjawab
soalan Lembaran Kerja 2. Di bawah adalah contoh lembaran kerja 1 dan 2 yang
disediakan oleh guru. Ternyata bahan pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan oleh guru dap at meningkatkan kemahiran berfikir kreatif di kalangan
murid-murid Tahun Satu.
1. Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran 1 dan 2.
http://4.bp.blogspot.com/-hydyp6MwSMM/TgP862b1nWI/AAAAAAAAAB8/a-_qcO8UYmY/s1600/Slide1+rez.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-hydyp6MwSMM/TgP862b1nWI/AAAAAAAAAB8/a-_qcO8UYmY/s1600/Slide1+rez.jpg -
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
20/21
HBEF3103
19
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kemahiran berfikir amat penting untuk diajarkan
kepada murid-murid kerana ia dapat membantu murid-murid belajar dalam suasana
pembel ajaran yang menyeronokkan dan sete rusnya memahami apa yang diaja r oleh
guru. Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir juga dapat
memberi persediaan awal kepada murid-murid untuk berdepan pembelajaran yang
lebih mencabar. Pada masa akan datang, kemahiran berfikir ini dapat membantu
murid-murid sama ada untuk proses pembelajaran di sekolah atau di luar sekolah.
Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang betul, kemahiran berfikir pasti
dapat dilaksanakan dengan jaya dalam kelas. Guru memainkan peranan yang besar
dalam merancang dan men yediakan pengajaran bagi meningkatkan kemahiran berfikir
murid-murid. Pemilihan bahan yang betul akan membantu murid-murid menguasai
kemahiran berfikir.
Sebagai kesimpulannya, penting bagi seseorang guru mendalami dan seterusnya
menguasai kemahiran berfikir kritis dan kreatif sebelum guru mengajar kemahiran-
kemahiran tersebut kepada murid-murid kerana guru yang memahami fungsi sebenar
setiap kemahiran-kemahiran itu pasti dapat mengaplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dengan cara yang betul.
( 3040 patah perkataan )
-
8/14/2019 Hbef3103 Prinsip Teknologi
21/21
HBEF3103
20
RUJUKAN
Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensi f Bahasa M elayu. Selangor:
Oxford Fajar Sdn Bhd.
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, dan Manimegalai Subramaniam (2002).
Reka B entuk Per i sian M ul t i media. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). M ul t imedia dalam pendid ikan. Bentong:
PTS Publication & Distributors.
Wan Zah, Ramlah Hamzah, dan Rosini Abu (2011). Pri nsip Teknol ogi Pengajar an.
Selangor: Mateor Doc Sdn Bhd.
Kemahi r an Ber f i k i r dalam Pengajaran & Pembela jar an( 2002). Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (31 Mac 2012).
http://mahirkbkk.tripod.com
Rancangan Pengajaran Harian Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 (Mei 2011).
http://sainstahun1.blogspot.com
Bahan Bantu Mengajar Bertajuk Makanan (2010)
http://www.bloggurumalaysia.blogspot.com
http://mahirkbkk.tripod.com/http://mahirkbkk.tripod.com/http://sainstahun1.blogspot.com/http://sainstahun1.blogspot.com/http://www.bloggurumalaysia.blogspot.com/http://www.bloggurumalaysia.blogspot.com/http://www.bloggurumalaysia.blogspot.com/http://sainstahun1.blogspot.com/http://mahirkbkk.tripod.com/