hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy

Download Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy

Post on 05-Dec-2014

2.582 views

Category:

Documents

17 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI / TAHUN 2013 KOD KURSUS : HBEF 3503 TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF NAMA : MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN NO. MATRIKULASI : 700428016001001 NO. KAD PENGNEALAN : 700428016001 NO. TELEFON : 0177803185 E-MEL : mohdzaidi284@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA BATU PAHAT HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 1
  • 2. MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001) Isi Kandungan : Pengenlan Soalan Tugasan Abstrak 1.0 Difinisi Tajuk 1.1 Jenis-jenis pendidikan inklusif 1.2 Peranan yang dimainkan oleh Kerajaan 1.3Peranan yang dimainlan oleh Badan Bukan Kerajaan 2.0 Polisi Kerajaan 2.1 Keperluan Pendidikan Inklusif 3.0 Maklumat terperinci Murid Inklusif 3.1 3.2 Kesimpulan/ Rumusan Penutup Rujukan Lampiran HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 2
  • 3. MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001) PENGENALAN Alhamdulillah bersyukur saya kehadratNya kerana dengan izin dan kehendakNya, maka saya dapat menyempurnakan dengan jayanya tugasan yang diamanahkan kepada saya iaitu tugasan HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF ini mengikut jangka masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pensyarah Penasihat Encik Mohd. Yusof bin Abdullah m-yusof-iptho@oum.edu.my yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar kapada saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai , segala bahan-bahan rujukan yang disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah tentu tugasan saya tidak seperti ini. Sebagai seorang pelajar yang baru , banyak perkara yang masih perlu dipelajari bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus ini amat -amat saya harapkan.Segala kelemahan yang terdapat dalam tugasan saya ini adalah datangnya daripada kelemahan saya. Tunjuk ajar daripada tuan sudah tentunya dapat mempertingkatkan lagi mutu tugasan ini. Harapan saya agar tugasan ini, sedapat tidak mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripada Nya. Sekian, terima kasih. Wassalam Mohd Zaidi bin Hj Wagiran, 700428016001, 017803185 mohdzaidi284@yahoo.com HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 3
  • 4. MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001) TUGASAN Aktiviti 1 : Anda ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikan inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan satu kertas kerja lengkap yang perlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam bentuk e-portfolio. E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokus kepada aspek- aspek berikut : Senario terkini berkaitan dengan pendidikan bagi murid berkeperluan khas di Negara ini yang dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan. Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan berpandukan kepada Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikut program pendidikan inklusif di sekolah anda. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 4
  • 5. MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001) ABSTRAK Pelaksanaan pendekatan pendidikan kepelbagaianf atau pendidikan inklus adalah bertepatan dengan sasaran kerja utama Kementerian Pelajaran Malaysia bagi merapatkan jurang perbezaan di sekolah dan menghapuskan sebarang unsur diskriminasi terhadap pelajar-pelajar lemah dan bermasalah dengan kesedaran bahawa mereka adalah manusia yang mempunyai keperluan kendiri yang memerlukan perhatian, penerimaan, penghargaan dan kasih sayang. Pandangan ini selari dengan model keperluan Maslow yang menerangkan keperluan manusia dalam bentuk berhierarki. Pengisian terhadap keperluan kekurangan (makan, minum dan tempat tinggal) dan keperluan pertumbuhan (keselamatan, kasih sayang dan penghargaan) akan membawa kepada kesempurnaan kendiri (Ahmad Rafaai Ayudin 1995). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti keperluan Pendidikan Inklusif dalam pendidikan arus perdana. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan kajian lepas sebagai rujukan. Program Pendidikan Inklusif untuk golongan bekeperluan khas bermula pada 1987 dibawah Kementerian Pendidikan dan digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif menitik beratkan program Pendidikan Inklusif bagi murid - murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa. Hasil kajian mendapati bahawa Pendidikan Inklusif perlu dilaksanakan kerana keperluan kesaksamaan, pendidikan berkualiti dan keperluan sosial. Namun terdapat isu dan cabaran yang perlu ditangani untuk memastikan keberkesanan Pendidikan Inklusif sepenuhnya dalam Pendidikan di Malaysia. Keywords: Pendidikan Inklusif, Pendidikan Malaysia, Keperluan Khas HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 5
  • 6. MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001) 1.0 DIFINISI TAJUK Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untu memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk pengunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Ia bertujuan untuk MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui perkembangan mental kestabilan emosi integrasi sosial Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris Inclusive yang memberikan maksud merangumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006) HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 6
  • 7. MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001) Falsafah Pendidikan Khas Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 7
  • 8. MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001) 1.1 JENIS-JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid-murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru terlatih khas. Pendidikan Khas juga melibatkan pelbagai khidmat sokongan untuk membantu murid-murid khas belajar dengan lebih berkesan. Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ialah murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan golongan muridmurid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kemahiran-kemahiran berikut : kognitif tingkahlaku sosial/perkembangan sosial penguasaan bahasa lisan/pertuturan penguasaan membaca kemahiran perkembangan (development skills) kemahiran matematik (sumber : Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur) Murid Berkeperluan Khas di Aliran Perdana Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Sebagaimana digambarkan dalam Jadual 1, terdapat pelbagai kategori KBK dalam setting inklusif. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam aliran perdana. Mereka ialah dalam kategori masalah : i. fizikal (cacat anggota) ii. emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD) iii. pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia) iv. penguasaan kemahiran 3M HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 8
  • 9. MOHD ZAIDI HJ WAGIRAN (700428016001) 1.2 PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH KERAJAAN Terdapat empat kementeria