hard copy -tajuk 1
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
1/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
1.0 PENGENALAN
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak
pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru itu, pendidikan
awal kanak-kanak mempunyai sejarah yang panjang dan perkembangannya
berterusan sehingga ke hari ini. Pengetahuan berkaitan sejarah pendidikan awal
kanak-kanak dapat membantu pendidikan dalam melaksanakan amalan-amalan baik
dari sejarah lampau dan mengambil kira pandangan dari tokoh-tokoh kurikulum
lampau untuk menghasilkan pembelajaran bermakna (Mariatul Qatiah Zakaria,
2010). Maka perubahan dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah dipengaruhi
oleh perubahan dalam kurikulumnya.
Model-model Kurikulum yang di cadangkan sejak kurun ke-20 sebenarnya
banyak memberi panduan dan petunjuk kepada pembinaan kurikulum sistem
pedidikan di Malaysia termasuklah pendidikan awal kanak-kanak (prasekolah).
1
SOALAN : TAJUK 1
Bina pengurusan grafik untuk model-model kurikulum dan buat
pembentangan dalam menggunakan power point atau cara pilihan
anda yang paling sesuai.
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
2/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
2.0 DEFINISI
2.1 Model
Model adalah panduan yang akan menjadi dasar pelaksanaan
kurikulum.Program pula bertindak sebagai asas kepada perancangan dasar
yang akan digunakan oleh pendidik.Sebagai contoh,setiap model mempunyai
asas program yang menggabungkan teori psikologi,perspektif, ekologi dan
falsafah sebagai rujukan.
2.2 Kurikulum
Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada
:.Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan kurikulum adalah berkait
rapat dengan perkataan laluan atau laluan-laluan.Sehingga awal abad ke
20,kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang
berkembang iaitu apa itu persekolahan .Ahli progresif dan behaviouris pada
lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan
memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian,keperluan masyarakatan dan
strategi-strategi pengajaran.
Merujuk Kamus Dewan edisi Ketiga, kurikulum bermaksud isi kandungan
sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di
sekolah. Terdapat pelbagai pendapat definisi tentang kurikulum.
Menurut Tyler (1949) menyatakan kurikulum adalah alat berfungsi untuk
pendidikan manakala Taba (1962),menyatakan kurikulum adalah suatu pelan
pembelajaran. Merujuk Stenhouse (1975) pula kurikulum adalah suatu
bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran .
2
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
3/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Tanner & Tanner (1975) pula kurikulum adalah pengalaman pembelajaran
dan hasil pembelajaran yang dirancang dan dibimbing(Micheal Anak Ringgit,
2007).
Manakala Hirst(1980) dalam T. Subahan Mohd Merah et al. (2007),
menyatakan kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru
untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah dirancang.
Manakala David Warwick mentakrifkan kurikulum sebagai struktur terancang
ideal-ideal sesebuah sekolah yang bersesuai dengan keperluan-keperluan
psikologi murid-murid, kemudahan yang sedia ada serta juga keperluan-
keperluan budaya semasa (Rohani Abdullah et al., 2003).
John Dewey (1902,halaman 5) dalam bukunya The Child and The
Curriculum merujuk istilahkurikulum sebagai pengajian di sekolah dengan
mengambil kira kandungan dari masa lampau hingga kini.Pembentukan
kurikulum menekankan kepentingan dan keperluan masyarakat.Beliau
selanjutnya menghuraikan konsep ini dalam bukunya Democracy and
Education (1916,halaman 125).Dewey menyatakn bahawa skema
kurikulum harus mengambil kira penyesuaian pembelajaran dengan
keperluan sesebuah komuniti;ia harus membuat piihan dengan niat
meningkatkan kehidupan yag dilalui supaya masa depan akan menjadi lebih
baik dari masa lampau. Di sini,elemen rekonstruksionism social dapat dikesan
dengan melihat kearah mana keperluan masyarakat diletakkan sebagai
objektif utama,tanpa menafikan kepentingan individu.
3
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
4/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
2.3 Konsep Umum Kurikulum
4
KONSEP UMUM
KURIKULUM
Pengalaman pembelajaran yang dirancang dan
dibimbing serta hasil pembelajaran yang
diinginkan,yang dibentuk secara sistematik dengan
pembinaan semula ilmu dan pengalaman,dibawah
naungan sekolah,bagi pertumbuhan murid dari aspek
pengalaman,dibawah naungan sekolah,bagi
pertumbuhan murid dari aspek kecekapan social
peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh.
Kurikulum sekolah boleh dibentuk melalui satu
peristiwa yang terancang bertujuan untuk memberi
impak pendidikan kepada murid di sekolah.
Semua pengalaman pembelajaran yang dirancang dan
diarahkan oleh sekolah untuk mencapai matlamatpendidikan.
Rancangan yang dibuat untuk membimbing
pembelajaran di sekolah lazimnya t rmaktub dalam
sesuatu dokumen, yang mengandungi pelaksanaannya
didalam bilik darjah seperti yang dialami murid dan
dirakamkan oleh pemerhati,pengalaman tersebutberlaku dalam suasana pembelajaran yang turut
mempengaruhi semua yang dipelajari.
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
5/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Konsep umum kurikulum dapat di jelaskan dengan lebih baik lagi melalui cara
bagaiman sekolah menjawab sembilan soalan kurikulum yang berikut ini:
5
SEMBILA
N
SOALAN
Apakah yang
harus diajar?Kepada siapa ia
harus diajar?
Mengapa ia
harus diajar?
Dalam keadaan
bagaimanakah
kurikulum akan
diaksanakan?
Bagaimana ia
harus diajar?
Bagaimana kita
harus tahu bahawapembelajaran telah
berlaku?
Bila (berapa lama dan
bagaimana
susunanya?)harus ia
diajar?
Apakah sumber yang
akan digunakan (bukuteks,bahan ,video dll)
Apakah aspek situasi
bilik darjah yang akan
digambarkan dalam
kurikulum.
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
6/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
2.4 Jenis-jenis kurikulum
2.5 Konsep Kurikulum
6
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
7/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
2.6 Kandungan Kurikulum
7
Prosespenilaiankurikulum
Aktiviti P&P
Objektifkurikulum
Kandungankurikulum
Komponen-komponenutama dlm
sebuahkurikulum
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
8/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
2.7 Aspek yang perlu difokuskan dalam kurikulum
8
Kandungan
Kurikulumsekolah
Aktiviti-aktivitiP&P
Aktiviti-aktivitiko-kurikulum
Kemahiran
(tingkah laku &amalan)
Nilai & sikap(produk)
Kognitif (ilmuPengetahuan &
teori)
Aspek-aspek ygperlu difokuskan
dlm kurikulum
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
9/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
2.8 Huraian
9
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
10/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing
serta hasil pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik
dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman, di bawah naungan
sekolah bagi pertumbuhan murid dari aspek kecekapan sosial peribadi
secara berterusan dan bersungguh-sungguh (Azizi Ahmad, 2007).
Maka kurikulum boleh dibentuk melalui satu peristiwa yang terancang
bertujuan untuk memberi impak pendidikan kepada pelajar disekolah. Di
mana, rancangan yang dibuat untuk membimbing pembelajaran di sekolah
lazimnya termaktub dalam sesuatu dokumen yang mengandungi
pelaksanaannya di dalam bilik darjah seperti yang dialami pelajar dan
dirakamkan oleh pemerhati, pengalaman tersebut berlaku dalam suasana
pembelajaran yang turut mempengaruhi semua yang dipelajari (Azizi
Ahmad, 2007).
Menurut Hargreaves (1987) dalam Hansen et al., 2002 merujuk
dalam (Rohani Abdullah et al., 2003) kurikulum juga ditakrifkan sebagai
pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal. Di mana, pelajaran
yang formal termasuklah kurikulum yang dirancang dan dihasratkan
matlamat, kurikulum yang dilaksanakan berkaitan bagaimana guru
menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amanlan, aktiviti dan
susunan dan kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang
murid sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan. Manakala pelajaran
yang tidak formal merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan
secara tidak langsung yang berlaku apabila pelajar belajar mengenai kuasa,
pujian dan manusia.
10
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
11/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Maka secara ringkasnya, konsep kurikulum sekolah adalah sangat
luas dan merangkumi bukan setakat isi kandungan atau pun sukatan
pelajaran tetapi juga segala proses pembelajaran yang berlaku sama ada
secara formal atau tidak formal yang boleh memberi pelbagai pengalaman
dan impak kepada minda, emosi dan rohani pelajar di samping
mempengaruhi masa depan pelajar (Kulanz Salleh, 2008).
11
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
12/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
2.9 Model-model kurikulum
2.9.1 MODEL TYLER
Ralph W. Tyler
1902-1994
(Meninggal dunia akibat barah)
12
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
13/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Menurut Tyler (1949);
Kurikulum ialah segala pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola
dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat
pendidikan yang ditentukan.
Kurikulum merangkumi objektif pendidikan termasuk segala
pengalaman yang dirancang dan penilaian pelajar.
Tujuan pendidikan (hasil pembelajaran) hendaklah ditentukan terlebih
dahulu sebelum kaedah pengajaran.
Model ini semata-mata berfokuskan kepada pencapaian tujuan
pendidikan sahaja.
Komponen-komponen lain seperti kandungan, pengurusan dan
penilaian dianggap sebagai sekunder dalam proses pengajaran
2.9.2 Proses Pembangunan Kurikulum Tyler
Pro 13
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
14/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
2.9.3 Empat Langkah Model Tyler
2.9.4 Kesimpulan Model Tyler
Mo14
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
15/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
3. Model Taba
Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak
Pendekatan bawah ke atas (bottom-up)
Guru memainkan peranan utama
Guru harus membantu dalam proses perkembangan kurikulum
Objektif sebagai platform untuk aktiviti di sekolah
Objektif bentuk keputusan kurikulum
- apa yang perlu disampaikan
- apa yang perlu ditekankan
- apa jenis isi kandungan yang perlu dipilih
- apa jenis pengalaman pembelajaran yang perlu dititikberatkan
Dikenali sebagai pembangunan konsep
- utamakan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam proses P&P
Kaedah berkesan untuk ajar kandungan kurikulum dalam bentuk induktif
Hilda Taba (1962) seperti yang dipetik oleh Yusuf Hashim (2000) guna
pendekatan grass-root untuk membina kurikulum
Kurikulum seharusnya dibina oleh guru dan bukannya diturunkan dari atas ke
bawah
15
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
16/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
3.1 5 Langkah pembangunan Kurikulum Taba
53.2 7 Langkah Pembentukan Kurikulum
7 Langkah Pembentukan Kurikulum
Sambu16
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
17/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
4. Model SAYLOR,ALEXANDER & LEW
Mengusulkan sistem kurikulum menjadikan pelajar sebagai input untuk
membina kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kurikulum ialah rancangan tentang pengajaran dan pembelajaran untuk
mencapai matlamat am pendidikan dan objektif spesifik yang berkaitan.
4.1 Rancangan P&P
Rancangan ini dikelaskan mengikut bidang.
Tiap-tiap bidang mempunyai rancangan tentang reka bentuk kurikulum, mod
pengajaran dan proses penilaian.
Rancangan dalam bidang tersebut mendapati wujud atau tidak kemajuan
pelajar yang dinilai dan dijadikan maklum balas terhadap pelajar sebagai
unsur input, matlamat dan objektif serta bidang.
4.2 Matlamat & Objektif
Matlamat dan objektif dibina berasaskan data tentang ilmu pengetahuan,
matlamat dan nilai sosial, permintaan pelajar dan proses pembelajaran.
17
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
18/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
4.3 Perancangan Kurikulum
Saylor & Alexander juga menghuraikan satu sistem kurikulum yang
dinamakan subsistem perancangan kurikulum.
Melibatkan pertimbangan reka bentuk kurikulum.
Ia dilakukan oleh kumpulan perancang yang bertanggungjawab untuk sesuatu
pusat persekolahan.
Pelbagai pertimbangan dan keputusan daripada agensi sosial dan politik
membatasi reka bentuk akhir kurikulum
Dalam pelaksanaan kurikulum ini, pertimbangan tentang gaya pengajaran
ditentukan oleh guru.
Rancangan kurikulum meliputi sumber, media dan penyusunannya.
Hal ini menggalakkan daya suai dan peningkatan kebebasan guru dan pelajar
sebelum penilaian kurikulum dilaksanakan.
18
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
19/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
5.MODEL OLIVA
5.1 Perkembangan Kurikulum
Terdiri dari 12 komponen :
- langkah demi langkah perkembangan kurikulum yang komprehensif.
5.2 Perkembangan Kurikulum
Digambarkan dalam bentuk :
a) segi empat
b) lingkaran
Segi empat - menggambarkan tentang proses perancangan kurikulum
Lingkaran - menggambarkan proses pelaksanaan kurikulum.
5.3 Proses Perkembangan Kurikulum
Digambarkan dalam bentuk :
a) segi empat
b) lingkaran
Segi empat - menggambarkan tentang proses perancangan kurikulum
Lingkaran - menggambarkan proses pelaksanaan kurikulum.
19
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
20/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
5.4 Proses Perkembangan Kurikulum
Komponen I
- tujuan, falsafah dan psikologi pendidikan.
Tujuan kurikulum dibentuk bagi memenuhi kehendak individu dan
masyarakat.
Komponen II
- analisis yang sangat diperlukan oleh masyarakat
Komponen III dan IV
- tujuan khusus kurikulum berdasarkan tujuan dan keyakinan.
Komponen V
- mengorganisasi dan mengimplementasikan kurikulum, membentuk dan
membangun struktur dengan kurikulum yang akan dilaksanakan.
Komponen VI & VII
- perincikan pada akhir pengajaran yang mencakupi tujuan pengajaran
umum dan khusus.
Komponen VIII
- jelaskan strategi bagaimana tujuan dapat dicapai semasa proses
pengajaran dan pembelajaran
20
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
21/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
- perancang kurikulum pada peringkat awal mencari kaedah penilaian
(komponen IX) yang berhubungkait dengan komponen X di mana
pembelajaran dilaksanakan.
Komponen XI
- adalah penilaian tentang prestasi pelajar dan keefektifan
pengajaran.
Komponen XII
- merupakan penilaian kurikulum atau keseluruhan program.
6. Model Stenhouse (1975)
Lawrence Stenhouse pemikir pendidikan British yang asal, provokatif, dan
berpengaruh.
Beliau memiliki kemampuan untuk membuat sambungan antara idea-idea yang
seolah-olah berbeza, dan meletakkan mereka bersama-sama untuk mencipta
sesuatu yang baru.
Pendapat beliau, penghargaan kepada guru-guru dan pelajar yang memberi
kesan mendalam memperkasakan pendidikan.
6.1 Model Kurikulum Stenhouse (1975)
Merupakan model proses kurikulum
Membentuk spesifikasi kurikulum dan proses pendidikan bukan bermula
dengan hasil berbentuk objektif
21
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
22/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Menekankan kemungkinan pembentukkan prinsip prosedur untuk pemilihan
kandungan kurikulum dan justifikasinya (dari kriterianya bukan objektif)
Bermula dari titiktolak pendidikan membawa implikasi ia proses penyebaran
apa yang bernilai untuk dipelajari
Pendidikan melibatkan aktiviti dan aktiviti mempunyai nilai standard dan nilai
tara kecemerlangan tersendiri ;contoh berenang mengetahui bagaimana
drpd mengetahui mengenai
Mengikut Stenhouse, kurikulum ialah satu perantaraan untuk murid
mendapatkan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh.
Penekanan proses perkembangan pendidikan sebgai pengalaman
berkembang dan hasil dilihat dari segi perkembangan intelek/kognitif
Mementingkan bijaksanaan dan intervensi guru untuk kemajuan pelajar
Stenhouse telah membahagikan pembentukan kurikulum kpd 3 bahagian.
22
(c)Dlmpembelajaranproses:Guru mestimemilih isi
kandungan drsegi kriteria &tak perlu
bergantungkpdobjektifnya.Merancangaktiviti ygmembolehkanmuridmelibatkan dirisecara aktifdlm prosesP&P.
Stenhousemenitikberatkan pengajaranguru &menggalakkanperanantambahan gurusebagaipenyelidik dgntujuan
(b)Dlmpembelajaranempirikal:Guru mestimenentukanapa yg harus
dipelajarioleh murid&cara-caramenilaipencapaianmuridMelihatfeasibilitykesesuaianimplementasikankurikulum dlm
kontekssekolah &persekitaranyg berlainan.
(a)Dlm
perancangankurikulum:Guru mestimenentukanbahanpengajaran ygakan diajarprinsip-prinsip yg
akan dipraktikkandlm kaedah &teknik P&P.prinsip-prinsipdlm membuaturutanbahanpembelajaran.
kriteria-kriteriamengenaikekuatan& kelemahanmurid-murid.
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
23/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
7.Kurikulum Trend Terkini (Emergent Curiculum)
Kurikulum emergentyg terpaksa diwujudkan mengikut kehendak ,kuasa &
trend semasa dalam sistem pendidikan sebuah negara.
Contoh Zaman ICT Sekolah Bestari
BI Sains dan Matematik
Prasekolah :KSPK
Sekolah rendah : KSSR
23
.
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
24/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
7.1 Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua
peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama
ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kana-kanak yang bawah
umur 4 tahun. Manakala peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk
kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun (Zulkiply Yaakob, 2009).
Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi memenuhi tahap
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Di mana, 90% perkembangan
otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur 5 tahun.
Ini merujuk kepada perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria
motor (2 tahun) hingga peringkat pra-operasi (6 tahun) (Zulkiply Yaakob,
2009).
7.2 Konsep Kurikulum Prasekolah
Kurikulum Prasekolah merupakan kombinasi perancangan, objektif,
pengalaman dan bahan pengajaran. Bagaimanapun, kurikulum menjadi isu
kontroversi dari semasa ke semasa dalam asuhan dan pendidikan kanak-
kanak. Menurut Saayah Abu (2007), antara persoalan yang timbul semasa
merangka kurikulum kanak-kanak adalah:
Kurikulum itu berdasarkan sifat semulajadi kanak-kanak.
Aktiviti permainan diberi penekanan.
Memberi persediaan awal bagi pendidikan formal.
24
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
25/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Oleh yang demikian, kurikulum prasekolah boleh didefinisikan sebagai
suatu urutan pengalaman dan pembelajaran yang dirancang dan
dilaksanakan secara terancang atau tidak terancang di dalam atau di luar
biliki darjah. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak menurut Micheal
Anak Ringgit (2007), kurikulum dapat dihuraikan dengan lima jenis definisi
iaitu:
Kurikulum sebagai aktiviti atau pengalaman yang sedang berlaku
dalam kalangan kanak-kanak.
Kurikulum sebagai segala pengalaman kanak-kanak yang
dirancang dan dikemukakan kepada prasekolah.
Kurikulum sebagai rancangan pengajaran iaitu menyediakan
kesempatan pembelajaran kepada kanak-kanak bagi mencapai
objektif yang spesifik dan pelbagai jenis tujuan menyeluruh.
Kurikulum sebagai isi kandungan mata pelajaran iaitu dokumen
bertulis yang melakarkan isi kandungan yang akan diajar dan cara
susunan penyampaian isi.
Kurikulum sebagai program iaitu perancangan yang mengandungi
matlamat, objektif, kaedah pengajaran, aktiviti pembelajaran dan
penilaian.
7.3 KONSEP TRANSFORMASI / PERUBAHAN KURIKULUM
25
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
26/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Istilah atau konsep perubahan kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah
kepada yang lebih baik buruk lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum
membawa erti yang umum dan tidak khusus (Razali Arof, 1991). Selain itu, menurut
Hendyat Soetopo dan Wasty Soemanto (1991), perubahan kurikulum ialah inovasi
dan perubahan kurikulum merujuk kepada usaha untuk mengubah dan
menyesuaikan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut
kepada nilai, budaya, falsafah dan sumber yang digunakan.
Menurut Razali Arof (1991), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
perubahan kurikulum. Faktor utama ialah falsafah pendidikan negara yang
memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah
negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti
berikut :
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara "(PPK, 1988)
Seterusnya ialah faktor kehendak masyarakat. Kurikulum digubal dan
dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga
26
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
27/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka.
Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat
terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam
masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.
Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan :
" It is not an easy task to establish what demands society makes on education and
what contribution education can or should make to culture, especially in a complex
society in which vast and rapid changes are occuring."
Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan
matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana.
Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap
ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat
pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza (Rohani Mohd Amin, 2001).
Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran
asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup
masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk
menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam
perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik.
Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang
melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih
sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan
dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar
kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini
27
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
28/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan
dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara
menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial (Ee Ah Meng, 1995).
Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid
serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan
perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan
semasa membentuk kurikulum tersebut.
Oleh itu kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-
kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut
dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-
sekolah dengan berkesan.
Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota
masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-
murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka
tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.
Faktor ketiga ialah faktor politik. Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya
"Curriculum Planningmenyatakan :
"Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with
people and their various power bases and their views of what makes for good
education"
Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to
Practiceturut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan
28
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
29/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum
dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara
itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula.
Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan
pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab
menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.
Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran
hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik
daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan
rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar
Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah ( Suffean Hussin, 2004).
Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961
menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan
penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti
yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh
membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang
disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem
pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu.
Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara
dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak
seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut
peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hilda Taba (1962) :
"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the
institutions of our society, but man itself "
29
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
30/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah
membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh
itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan
perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata
pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang
mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini (Ee Ah Meng,
1995).
Faktor perubahan sosial juga menjadi peranan perubahan kurikulum di
Negara kita. Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih
kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di
sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan.
Merujuk kepada penulis Dewan Budaya, artikel yang bertajuk : Hasil
Pemodenan Atau Kejutan Budaya, dewasa ini masalah keruntuhan moral dan
jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah
dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan
bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol
dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan
menghalang pembangunan Negara ( Abdul Rahim Abdul Rashid, 1998).
Menurut Kamaruddin Husin (1949) dalam Mohammad Nor (1990)
menyatakan bahawa negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang
bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar
30
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
31/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan
arus pembangunan.
Menurut Razali Arof (1991), mendapati bahawa dalam bidang literature
terdapat sekurang-kurangnya empat jenis perubahan. Perubahan tersebut adalah
perubahan bercorak homeostatik, perubahan perkembangan, perubahan
neomobilistik dan perubahan metamorphistik.
Perubahan homeostatik adalah perubahan yang dibuat tanpa memasukkan
elemen-elemen pembaharuan yang bermakna (Razali Arof, 1991). Perubahan yang
dibuat hanyalah pertukaran atau gentian-gantian yang biasa sahaja. Contohnya
ialah guru besar B menggantikan guru besar A disebabkan guru besar A telah
bersara.
Perubahan perkembangan pula bermaksud wujudnya unsur atau elemen
perubahan dalam sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak
pembaharuan kepada yang lama dalam konteks bentuk kurikulum. Ini bermakna ciri-
ciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih dikekalkan. Cuma yang berubah
mungkin dari segi teknik yang digunakan ataupun alat-alat yang digunakan (Razali
Arof, 1991). Contohnya perubahan dalam beberapa objektif kurikulum tersebut
disebabkan kaedah yang digunakan untuk memilih atau mengenalpasti objektif-
objektif untuk kurikulum itu adalah tidak tepat.
Perubahan neomobilistik wujud berdasarkan faktor-faktor luaran seperti
perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru. Dengan demikian,
idea-idea atau pengetahuan baru itu sudah tentulah perlu diambil kira atau
dimasukkan ke dalam kurikulum yang ada. Contohnya adalah seperti penemuan
31
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
32/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
bulan yang baru bagi sesebuah planet dan penemuan rangka manusia yang
mengubah pandangan sejarah.
Jenis perubahan metamorphistik wujud disebabkan oleh kemasukan idea-
idea baru atau pengenalan idea-idea baru kepada kurikulum. Perubahan ini
membawa perubahan yang sangat besar kepada sesuatu kurikulum sehingga
sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum itu
terpaksa ditukar (Razali Arof, 1991). Contohnya pengajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna kurikulum yang sedia ada perlu diubah supaya
penegasan kepada penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dapat
menggantikan Bahasa Malaysia (Taib Osman, 1998).
7.3 PANDANGAN TOKOH/PENGKAJI BERKAITAN TRANSFORMASI
KURIKULUM
Kurikulum sekolah adalah bidang yang sentiasa berkembang sesuai dengan
keperluan dan tuntutan semasa. Ini bagi memastikan para pelajar disekolah dapat
diberikan pengalaman sewajarnya bagi keperluan menghadapi masa hadapan
mereka yang semakin mencabar. Di samping itu, faktor persekitaran sosial, ekonomi
dan politik yang semakin kompleks memainkan peranan penting yang mendorong
kepada perubahan terhadap orientasi sesuatu kurikulum supaya kurikulum itu sendiri
relevan dengan keperluan. Tekanan globalisasi, perubahan citarasa masyarakat,
budaya,politik dan ekonomi adalah antara beberapa faktor dominan yang dikenal
pasti. Sesuatu perubahan terhadap kurikulum juga mencetuskan pelbagai
32
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
33/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
pandangan dan polimek daripada perkembangan kurikulum itu sendiri (Sufean et al.,
2005).
Schwab (1970), mempunyai pandangan yang agak konservatif berkaitan
perubahan kurikulum. Beliau berpendapat, walaupun terdapat pelbagai ramalan dan
jangkaan terhadap kurikulum pada masa hadapan, namun bagi beliau, reka bentuk
kurikulum akan terus berkisar kepada empat elemen penting iaitu pelajar, guru,
kandungan subjek dan juga konteks. Dalam erti kata lain, kurikulum sekolah tidak
terkeluar daripada empat elemen berkenaan yang menjadi landasan, walau apa
bentuk perubahan yang akan dilakukan terhadap sesuatu kurikulum itu sendiri.
(Sufean et al., 2005).
Sclectly (1990), pula mencadangkan, perancang perubahan kurikulum perlu
menyediakan rekabentuk (design) yang bersesuaian bagi menghadapi millennium
baru kerana keperluan semasa akan menyaksikan era di mana manusia akan
menempuh zaman knowledge workers yang melibatkan mental work dan bukannya
physical worksebagaimana yang berlaku masa kini. Ini pernah diungkapkan oleh
seorang tokoh guturistik, John Naisbitt (1982), yang menyebut bahawa pada masa
hadapan, dunia perindustrian akan tersingkir akibat ledakan teknologi maklumat
yang begitu pantas dan merata. Justeru itu, institusi pendidikan perlu melengkapkan
pelajar dengan kemahiran bersesuaian bagi menghadapi cabaran era tersebut.
(Sufean et al., (2005).
Hassan Langgulung (1922) berpendapat bahawa idea-idea mengenai hala
tuju kurikulum mestilah mempunyai asas yang kukuh, pandangan yang sepadu dan
tanggapan yang menyeluruh sifatnya. Dalam konteks ini, beliau mengutarakan
beberapa kerangka yang berikut :
33
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
34/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
i. Asas sejarah yang memberi perspektif pengalaman lampau yang
mencakup perkara berkaitan dengan undang-undang, peraturan dan
anspirasi.
ii. Asas sosial yang memberi perspektif pengalaman lampau yang
mencakup perkara berkaitan dengan undang-undang, peraturan dan
anspirasi.
iii. Asas sosial yang memberi perspektif budaya di mana kurikulum itu
akan bertitik tolak, dan seterusnya mengembangkan.
iv. Asas ekonomi yang memberi perspektif tenaga manusia dan
kewangan dan persiapan bagi menguasai sumber serta mengatur
belanjawannya.
v. Asas politik yang memberi perspektif ideologi dari mana kurikulum
pendidikan itu akan bertitik tolak bagi mencapai tujuan yang dicita-
citakan.
vi. Asas pentadbiran yang memberi perspektif system dan undang-
undang, peraturan dan dasar yang memberi arah kepada proses
pelaksanaan.
vii. Asas psikologi yang memberi perspektif tentang pengajaran dan
pembelajaran meliputi cara yang terbaik dalam amalan dan
pelaksanaan, penilaian dan pengukuran.
Menurut Sufean et al. (2005), Tyler (1949) yang dianggap sebagai pelopor
dalam teori kurikulum berasaskan sekolah melalui bukunya yang masyur Basic
Principles of Curriculum and Instruction menggariskan bahawa sebarang
34
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
35/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
perancangan kurikulum haruslah menjawab empat persoalan yang dikenali sebagai
Rasional Tyleriaitu :
i. Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh sekolah?
ii. Apakah pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dapat disediakan
di sekolah bagi mencapai tujuan pendidikan yang telah ditetapkan?
iii. Bagaimanakah pengalaman-pengalaman pembelajaran dapat
dikendalikan dengan berkesan?
iv. Bagaimanakah kita dapat menentukan matlamat-matlamat pendidikan
telah dapat dicapai?
Dalam erti kata lain, Tylermerumuskan bahawa keperluan kepada perubahan
kurikulum yang hendak dirancang di sekolah seharusnya tidak terkeluar daripada
menjawab empat persoalan iaitu dari segi penentuan matlamat dan objektif,
pemilihan kandungan, penentuan strategi pelaksanaan dan penilaian. Bagi
memenuhi keempat-empat persoalan tersebut, Tyler mencadangkan agar
perubahan kurikulum perlu mengambil kira kajian terhadap pelajar sebagai sumber
penentuan matlamat dan objektif kurikulum, kesedaran masyarakat luar sekolah, di
mana pelajar itu berada dan cadangan-cadangan daripada pakar sesuatu subjek.
Bagi menghasilkan rekabentuk kurikulum perlu melepasi penapisan dua aspek
utama juga perlu diteliti dan diberikan pertimbangan sewajarnya iaitu aspek falsafah
dan psikologi pembelajaran (Sufean et al., 2005).
Taba (1962), pula prihatin mengenai peri pentingnya perancang kurikulum
melakukan diagnosis keperluan sebagai langkah awal bagi merancang sesuatu
perubahan kurikulum. Proses tersebut adalah bagi mengenal pasti apakah
35
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
36/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
keperluan yang sepatutnya dipenuhi sama ada di pihak pelajar, guru, masyarakat,
persepsi guru, keperluan logistik, bahan-bahan penggunaan media, jangkaan
masyarakat, persepsi guru, keperluan logistik, bahan-bahan kurikulum, nilai, falsafah
dan sebagainya (Sufean et al., 2005)
Morris (1988) dalam Sufean Hussin (2005), berpendapat terdapat beberapa
faktor yang memberikan impak terhadap keberkesanan pelaksanaan perubahan
kurikulum termasuk faktor intrinsik dan faktor kos. Faktor instriksik merujuk kepada
aspek dalaman yang berkaitan dengan perubahan seperti aspek kualiti, kesahan,
kebolehcapaian, ketepatan dan keboleh-laksanaan. Faktor kos termasuk kos untuk
memulakan perubahan dan bagi penerusannya. Aspek lain pula adalah berkaitan
penyenggaraan program, proses pengembangan, model rintis, penyediaan latihan
untuk kakitangan, penyediaan bahan kurikulum, penyediaan kelengkapan makmal
dan penyediaan peralatan teknologi. Perubahan yang melibatkan kos yang tinggi
berkemunkinan memaksa guru untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi
menjayakannya, akan menjadi faktor yang akan menjejaskan kelancaran proses
pelaksanaannya.
Havelock (1987) dalam Yusop Hashim (1995), telah mengutarakan beberapa
idea bagaimana sesuatu perubahan atau inovasi dapat diterima dan dilaksanakan
guru dengan berkesan. Faktor utama adalah ciri inovasi dan perubahan itu sendiri.
Sekiranya perubahan itu mempunyai beberapa kelebihan, serasi dengan guru dan
tidak menimbulkan kerumitan, ianya agak mudah diterima. Faktor kedua mengenai
darjah kerumitan sesuatu perubahan. Dalam erti kata lain, penerimaan guru-guru
adalah dipengaruhi oleh sejauh mana perubahan atau inovasi itu dapat difahami dan
diaplikasikan. Faktor ketiga menyentuh perubahan itu mudah untuk dicuba. Sejauh
mana perubahan itu mudah untuk dicuba, sama ada secara terhad atau
36
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
37/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
berperingkat-peringkat oleh guru akan menarik minat dan memberikan keyakinan
kepada guru dan pelajar untuk melaksanakannya.
Watson (1967) dalam Sufian Hussin (2005) telah mencadangkan beberapa
langkah bagi mengatasi beberapa halangan dan mengurangkan kekangan di
sekolah. Antara cadangan Watson adalah guru-guru perlu dipujuk supaya mereka
dapat melibatkan diri dengan aktif. Pada masa yang sama pihak pentadbiran
sekolah juga perlu membuat analisis terhadap faktor yang menghalang pelaksanaan
perubahan yang berkesan disekolah.
Hargreaves (1994) dalam Sufian Hussin (2005), mencadangkan guru-guru
yang kurang berminat menerima dan melaksanakan perubahan perlu diberikan
keyakinan, meningkatkan tahap motivasi, memberi mereka kesedaran dan
seterusnya memberikan peluang dan kepercayaan dengan tanggungjawab yang
lebih mencabar disekolah. Setiap guru perlu menyedari peranan dan tanggungjawab
mereka sebagai pemangkin perubahan, sekurang-kurangnya dalam kelas semasa
menjalankan pengajaran. Setiap guru juga perlu sama berpadu dalam bentuk
tindakan dan sikap bagi menjana institusi pendidikan yang berwibawa dalam rangka
tugas mereka sebagai pendidik bertanggungjawab, beramanah dan berwibawa.
7.4 SEJARAH PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK
Bermula zaman sebelum merdeka (1940), pendidikan awal kanak-kanak mula
diperkenalkan oleh Missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruh Bristish
dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan kanak-kanak daripada golongan
37
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
38/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
berada sahaja hanya mendapat pendidikan awal ketika itu. Selepas itu, pada tahun
1969 iaitu zaman selepas merdeka, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang
kepada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia bagi mendirikan pusat pendidikan bagi
kanak-kanak yang mirip kepada projek Head Startdi Amerika Syarikat. Tadika ini
telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kg. Muniady, Kg. Manggis dan Kg.
Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang miskin dari
keturunan Melayu, Cina dan India (Zulkiply Yaakob, 2009).
Pada tahun 1970, perkembangan pesat pendidikan awal kanak-kanak di
Malaysia mula mengorak langkah dengan memulakan projek rintis sebanyak 13
buah kelas di bawah biayaan Yayasan Bernard Van Leer. Pada ketika itu, ia lebih
dikenali dengan Kindergarten atau Tadika dan Sekolah Asuhan yang dilaksanakan
secara lebih teratur dan hanya diceburi oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS,
NGOs dan pihak swasta. Berdasarkan perkara tersebut, Kementerian Pelajaran
telah menggubal satu Kaedah-kaedah Guru/Kaedah-kaedah (Kindergarten dan
Sekolah Asuhan) (Pendaftaran) 1972 Warta Kerajaan P.U (A) 414 untuk
menyatakan prosuder yang mesti dipatuhi mengenai pendaftaran tadika, guru dan
ahli-ahli lembaga pengelolanya. Ini bagi memastikan badan-badan yang
mengendalikan prasekolah mendapat panduan dan bimbingan daripada
Kementerian Pelajaran (Pengurusan Kurikulum Prasekolah, 2008). [On-Line]
Diperoleh pada September, 13, 2008 dari World Wide Web : htpp://saabd.net)
Merujuk Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin (1989), KEMAS
(Kemajuan Masyarakat) telah membuka 10 buah Tabika di kawasan luar bandar
untuk membantu rakyat yang miskin. Kemas juga telah membuka Taman Asuhan
Kanak-kanak (TASKA) selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar.
38
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
39/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Di mana, program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar,
bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.
Seterusnya, penubuhan pendidikan awal bagi kanak-kanak iaitu prasekolah
oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun
1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan
Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.
Pada tahun yang sama juga, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras telah melatih
seramai 137 orang guru sekolah rendah dan guru KEMAS dalam pendidikan
prasekolah untuk mengajar di prasekola (Zulkiply Yaakob, 2009).
Pada tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru
Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-kanak dan mendapatkan khidmat nasihat
daripada Universiti Malaya. Pada Disember 1991, Jemaah Menteri telah
bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan
pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat
untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat
di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan
prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan
prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk
program peluasan prasekolah. (Zulkiply Yaakob, 2009)
Bagi melaksanakan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah mengorak langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam menggubal kurikulum
prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Satu program
rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002
bagi memastikan keberkesanan kurikulum tersebut (Zulkiply Yaakob, 2009).
39
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
40/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
7.5 TRANSFORMASI / PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik
dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan (Kurikulum Transformasi
Prasekolah dan Sekolah Rendah). Berdasarkan perkara tersebut, terdapat 3
perubahan besar dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia iaitu:
1. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
2. Kurikulum Permata
3. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
7.2 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum prasekolah kebangsaan digubal berlandaskan rukun negara,
falsafah pendidikan kebangsaan dan prinsip pendidikan awal kanak-kanak.
Kurikulum prasekolah kebangsaan menjadi dokumen rujukan standard yang
perlu dipatuhi dan diguna pakai oleh semua prasekolah di seluruh negara.
Kurikulum ini digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan dijalankan
pada tahun 1973 hingga 1983. Berdasarkan perkembangan kanak-kanak,
kurikulum digubal dengan tujuan untuk memupuk pontensi kanak-kanak
secara menyeluruh dan bersepadu dari segi pembangunan minda dan
kreativiti, pemupukan dan amalan nilai yang berteraskan agama dan moral,
40
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
41/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
pengukuhan dan kestabilan emosi dan penyuburan fizikal sebagai persediaan
untuk hidup bermasyarakat dan menghadapi pendidikan formal sekolah
rendah (Micheal Anak Ringgit, 2007).
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan
berterusan. Maka penambahbaikan program prasekolah telah membentuk
perkembangan sistem pendidikannya yang tersendiri bertujuan memberi arah
tuju kepada perkembangan kanak-kanak dengan melahirkan modal insan
cemerlang kelak (Wan Harun Wan Yaacob, 2008). Berikut merupakan
program penambahbaikan bagi program prasekolah dalam merujuk kepada
Kurikulum Transformasi Prasekolah dan Sekolah Rendah.
1. Tahun 1986 Buku Panduan Prasekolah Malaysia
2. Tahun 1993 Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah
Malaysia
3. Tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
4. Tahun 2010/2011 Kurikulum Transformasi Prasekolah
7.3 Kurikulum PERMATA
Pencetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-
Kanak PERMATA adalah daripada Datin Paduka Seri Rosmah dan dibentuk
oleh 25 individu professional dalam bidang, kepakaran dan latar belakang
antaranya pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan penyelidikan
secara sukarela. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula diberi
41
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
42/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran dan teknik
pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di
Pusat Anak PERMATA NEGARA.
Keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
PERMATA ialah, ia merupakan satu program yang menekankan program
pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada.
Diadaptasi dari konsep learning is fun through playdari Pen Green Centre,
Corby, England, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui
eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA
Negara.
Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan
mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini walaupun konsep
asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar negara; dengan memberi
penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan
minda kanak-kanak Malaysia.
Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda
kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui
aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan
menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik kasih sayang dan
belaian, interaksi dan komunikasi, pemikiran dan bacaan, memberi kuasa
kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas, mendorrong
kebolehan dan potensi kanak-kanak, belajar melalui bermain, serta
menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan.
42
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
43/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
7.3 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep
kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam
persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Menurut sumber daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), rekabentuk Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan adalah bercirikan kurikulum berasaskan standard
dan kurikulum berbentuk modular.
Kurikulum berasaskan standard adalah bertujuan ekuiti dan kualiti. Di
mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti
merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti.
Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang
patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard
Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator
pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk
memastikan pencapaian setiap standard kandungan.
Kurikulum berbentuk modular pula merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk
bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:
43
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
44/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
1. Modul Asas yang terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT),
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.
2. Modul Bertema iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur
dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif.
(modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak).
7.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa model-model kurikulum yang
dinyatakan mempengaruhi pembinaan dan perubahan dari masa ke semasa sistem
kurikulum di Malaysia.Keperluan masyarakat dan situasi setempat merupakan faktor
penting dalam pembinaan atau transformasi kurikulum pendidikan di negara kita
ini.Tranformasi merupakan satu perubahan holistik yang mengambil kira keperluan-
keperluan perubahan seperti pedagogi, struktur kandungan pembelajaran dan lain-
lain seterusnya dapat membantu dalam membaik pulih sistem pendidikan awal
kanak-kanak seterusnya sistem pendidikan dalam Malaysia. Dapat dilihat, sejak
awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum pendidikan juga turut
mengalami berbagai-bagai transformasi atau perubahan bagi mempertingkatkan
modal insan atau generasi muda Malaysia supaya setanding dengan negara-negara
maju yang lain. Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak turut mengalami perubahan
besar seperti Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Permata dan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan.
44
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
45/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Abdul Rashid (1998). Hasil Pemodenan Atau Kejutan Budaya. Artikel
Dewan Budaya, M/s 22-23.
Aini Hayati Mohamed (2001). Pengurusan Perubahan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Alice Butter, Melinda Gish dan Marnie S. Shaul (2004). Head Start.
Azizi Ahmad (2007). Definsi, Konsep dan Model Kurikulum Pendidikan. Jabatan Ilmu
Pendidikan : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.
Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam : Fajar Bakti.
Hassan Langgulung, (1992). Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Iliyas Haji Hashim (2002).Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan
Kurikulum Sekolah Abad Ke-21 : Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti
Malaysia Sabah : Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.
Ishak Ramly (2003). Inilah Kurikulum Sekolah. Novinka Books : Universiti Sains
Malaysia.
45
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
46/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Kamaruddin Hj. Husin (1994). Asas Pendidikan III : Perkembangan dan
Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur : Longman.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan : Dokumen Standard Prasekolah.
Kimberly Gould Ashizawa (2006). The Evolvong Role of American Foundations.
New York : Japan Center for International Exchange.
Mariatul Qatiah Zakaria (2010).Artikel Pendidikan : Program Pendidikan Awal
Berkualiti Kanak-kanak. Utusan Malaysia pada : 18 Mac 2010.
Mazlan Ismail (2006). Pengurusan Perubahan Kurikulum : Kajian kes di dua Buah
Sekolah Menengah Daerah Rompin. Tesis Fakulti Pendidikan : Universiti
Malaya.
Micheal Anak Ringgit (2007). Analisis Teori, Falsafah dan Model Pembentukan
Kurikulum Prasekolah. Tesis : Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamed Nor (1990).Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur : Flo
Enterprise.
46
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
47/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Mohd. Daud Hamzah (1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Pustaka.
Mohd. Daud Hamzah (1995). Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Pustaka.
Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan
Prasekolah. Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Norzilawati Abdul Halim (2004).Artikel Pendidikan : Sistem Pendidikan Perlu Selari
Kehendak Global. Berita Harian pada : 5 Oktober 2004.
Pengurusan Kurikulum Prasekolah, 2008). [On-Line] Diperoleh pada September, 13,
2008 dari World Wide Web : htpp://saabd.net)
Razali Arof (1991). Penghantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn.
Bhd.
Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2003). Panduan
Kurikulum Prasekolah. Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Rohani Mohd Amin (2001). Pengaruh Persekitaran Dalam Pembelajaran. Tesis
Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia
Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin (1989). Pendidikan Prasekolah. Petaling
Jaya : Fajar Bakti
47
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
48/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Saayah Abu (2007). Menjadi Guru Tabika. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Sanaleh Daud (2009). Sektor Pengurusan Akademik : Prasekolah. Jabatan
Pelajaran Negeri Sabah.
Sufean Hussin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Md.
Som dan Alina Ranee (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan
Pendidikan. Universiti Malaya.
T. Subahan Mohd Merah dan Zahara Aziz (2007). Kurikulum dan Pedagogi.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Taba. H. (1962). Curriculum Development-Theory & Practise. New York : Harcourt,
Brace and World.
Taib Osman (1998). Bahasa Kebangsaan Dan Masa Depan Bangsa Dan Negara.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Transformasi Pendidikan Bermula (2010). Artikel Pendidikan : Utusan Malaysia
pada: 12 Jun 2010.
Wan Harun Wan Yaacob (2008). Perkembangan dan Perubahan Kurikulum
Pendidikan Prasekolah. Universiti Sains Malaysia.
48
-
8/3/2019 Hard Copy -Tajuk 1
49/49
Ahli kumpulan : Noorul Dalilah,Noradilah,Norrizan,Rohana
Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio :
Merrill Publishing Company.
Yusop Hashim (1995). Penggunaan Teknologi Dalam Inovasi Pendidikan : Journal
Pendidik. 13, pp. 72 82.
Zulkiply Yaakob (2009).Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak. Fakulti Pendidikan :
IPG Kampus Tun Hussein Onn.