hakikat cinta mengikut islam

Upload: nur-syazwani-khamis

Post on 05-Apr-2018

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Hakikat Cinta Mengikut Islam

    1/4

    Februari 14, 2009HAKIKAT CINTA MENURUT ISLAM

    Ditulis dalamartikeltaggedHakikat Cintapada 2:13 pm oleh bidadari

    Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai,

    dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah

    malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah

    menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong berarti cinta itu berkurang.

    Apabila Allah s.w.t. cinta kepada kita maka seluruh makhluk di langit dan di bumi akan mencintainya

    bertepatan dengan hadith dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang

    bermaksud: Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, Sesungguhnya Allah

    s.w.t. mencintai Fulan, maka cintailah dia! Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian

    dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi. [Riwayat Bukhari dan Muslim] Dalam

    Sunan Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Amal yang

    paling utama ialah mencintai kerana Allah s.w.t. dan membenci kerana Allah s.w.t. Imam Ah mad

    berkata: Kami diberitahu oleh Ismail bin Yunus, dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.

    bersabda: Demi Allah, Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih-Nya, tetapi Dia telah mengujinya di

    dunia. Bagaimanakah yang dikatakan hakikat cinta itu? Banyak mengingati pada yang dicintai,

    membicarakan dan menyebut namanya. Apabila seseorang itu mencintai sesuatu atau seseorang,

    maka sudah tentu beliau kan sentiasa mengingatinya di hati atau menyebutnya dengan lidah. Oleh

    yang demikian, Allah s.w.t. memerintahkan hamba-hamba-Nya sgsr mengingati-Nya dalam apa

    keadaan sekalipun sebagaiman yang difirmankan oleh Allah s.w.t.: Wahai orang-orang yang

    beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap

    teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu

    berjaya (mencapai kemenangan). [Al-Anfaal:45] Tunduk pada perintah orang yang dicintainya dan

    mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri. Dalam hal ini, orang yang mencintai itu ada

    tiga macam: 1. Orang yang mempunyai keinginan tertentu dari orang yang dicintainya. 2. Orang

    yang berkeinginan terhadap orang yang dicintainya. 3. Orang yang berkeinginan seperti keinginan

    orang yang dicintainya. Inilah yang merupakan tingkatan zuhud yang paling tinggi kerana dia

    mampu menghindari setiap keinginan yang bertentangan dengan orang yang dicintainya. Firman

    Allah s.w.t.: Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,

    nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha

    Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran:31] Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasul s.a.w.

    bersabda: Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan

    menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang-orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit

    kambing (berpura-pura zuhud daripada dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan

    http://bidadari08.wordpress.com/2009/02/14/hakikat-cinta-menurut-islam/http://bidadari08.wordpress.com/2009/02/14/hakikat-cinta-menurut-islam/http://id.wordpress.com/tag/artikel/http://id.wordpress.com/tag/artikel/http://id.wordpress.com/tag/artikel/http://id.wordpress.com/tag/hakikat-cinta/http://id.wordpress.com/tag/hakikat-cinta/http://id.wordpress.com/tag/hakikat-cinta/http://id.wordpress.com/tag/hakikat-cinta/http://id.wordpress.com/tag/artikel/http://bidadari08.wordpress.com/2009/02/14/hakikat-cinta-menurut-islam/
  • 7/31/2019 Hakikat Cinta Mengikut Islam

    2/4

    percakapan mereka lebih manis daripada gula. Pada hal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai

    tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: Apakah kamu tertipu dengan

    kelembutanKu? Apakah kamu terlampau berani berbohong kepadaKu? Demi KebesaranKu, Aku

    bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri sehingga

    orang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab tekanan fitnah itu) [Riwayat At-

    Tirmidzi] Ibnu Abbas berkata: Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tidak

    meredhai kemungkaran yang berlaku di tengah-tengah mereka. Apabila mereka mengakui

    kemungkaran itu, maka azab Allah akan menimpa mereka semua, baik yang melakukannya

    mahupun orang-orang yang baik. Umar Ibn Abdul Aziz berkata: Bahawa sesungguhnya Allah tidak

    mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan yang dilakukan oleh orang-oeang perseorangan.

    Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedangkan mereka (orang ramai) tidak

    mengingatkan, maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa. Sesungguhnya Allah telah

    memfardhukan pelbagai perkara wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telahmenetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah

    mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah

    mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana

    terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya( Riwayat Ad-Dar

    Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan ) Mencintai tempat dan rumah sang kekasih. Di

    sinilah letaknya rahsia seseorang yang menggantungkan hatinya untuk sentiasa rindu dan cinta

    kepada Kaabah dan Baitulahhilharam serta masjid-masjid sehinggakan dia rela berkorban harta dan

    meninggalkan orang tersayang serta kampung halamannya demi untuk meneruskan perjalanan

    menuju ke tempat yang paling dicintainya. Perjalanan yang berat pun akan terasa ringan dan

    menyenangkan. Bukannya seperti kebanyakan daripada manusia zaman ini yang lebih cintakan harta

    benda daripada apa yang sepatutnya mereka cintai. Daripada Tsauban r.a berkata: Rasul s.a.w.

    bersabda: Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang

    mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan

    mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? Nabi

    s.a.w. menjawab: Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama nuih di waktu

    banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerund terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan

    Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan. Seorang sahabat bertanya: Apakahwahan itu hai Rasul s.a.w? Nabi s.a.w. menjawab: Cinta dunia dan takut mati [Riwayat Abu Daud]

    Mencintai apa yang dicintai sang kekasih. Dengan mematuhi segala perintah Allah s.w.t. serta

    mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam

    agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak

    langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata [Al-Baqarah:208]

    Berkorban untuk mendapatkan keredhaan sang kekasih Keimanan seseorang muslim itu akan

  • 7/31/2019 Hakikat Cinta Mengikut Islam

    3/4

    lengkap sekiranya dia mencintai Rasulullah s.a.w. dengan hakikat cinta yang sebenar. Rasulullah

    s.a.w. bersabda: Tidak beriman seorang daripada kalian sehingga aku menjadi orang yang lebih

    dicintainya daripada (cintanya kepada) anak dan bapanya serta sekelian manusia [Riwayat Asy-

    Syaikhany, An-Nasaai, Ibnu Majah dan Ahmad] Barangsiapa yang lebih mementingkan orang yang

    dicintai, maka beliau sanggup berkorban nyawa sekalipun demi untuk membuktikan kecintaannya

    itu kepada sang kekasih yang dicintainya. Oleh yang demikian, kedudukan iman seseorang masih

    belum dianggap mantap kecuali menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang paling mereka

    cintai, lebih besar dari cinta kepada diri mereka sendiri apalagi cinta kepada anak dan seterusnya

    keluarga dan harta benda. Firman Allah s.w.t.: Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang

    mukmin dari diri mereka sendiri[1200] dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. dan orang-orang

    yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah

    daripada orang-orang mukmim dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik[1201]

    kepada saudara-saudaramu (seagama). adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Allah)[1200] Maksudnya: orang-orang mukmin itu mencintai nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka

    sendiri dalam segala urusan. [1201] yang dimaksud dengan berbuat baik disini ialah berwasiat yang

    tidak lebih dari sepertiga harta. [Al-Ahzab:6] Cemburu kepada yang dicintai. Orang yang mencintai

    Allah s.w.t. dan Rasul-Nya sentiasa cemburu hatinya apabila hak-hak Allah s.w.t. dan Rasul-Nya

    dilanggar dan diabaikan. Dari kecemburuan inilah timbulnya pelaksanaan amal makruf dan nahi

    mungkar. Oleh kerana itulah, Allah s.w.t. menjadikan jihad sebagai tanda cinta kepada-Nya. Firman

    Allah s.w.t.: Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari

    agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan

    merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap

    keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan

    orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya,

    dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui [Al-Maaidah:54] Menghindari hal-hal

    yang merenggangkan hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah. Hai nabi,

    bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-

    orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ikutilah apa

    yang diwahyukan Tuhan kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu

    kerjakan. Dan bertawakkallah kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara [Al-Ahzab:1-3]Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka

    mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. adapun orang-orang yang beriman amat sangat

    cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu[106] mengetahui

    ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan

    bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal) [106] yang dimaksud dengan orang

    yang zalim di sini ialah orang-orang yang menyembah selain Allah. [Al-Baqarah:165] Sesudah itu,

  • 7/31/2019 Hakikat Cinta Mengikut Islam

    4/4

    patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal kepada orang-orang

    yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada

    Allah [Al-Maaidah:50] Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di

    antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi

    rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta

    manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya) [Al-Baqarah:188] Daripada

    Abu Hurairah r.a. katanya: aku mendengar Rasul s.a.w. bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-

    penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya: Apakah penyakit-penyakit

    umat-umat terdahulu itu? Nabi s.a.w. menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak

    seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut

    harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasut-menghasut sehingga jadi zalim menzalimi [Riwayat

    Al-Hakim]

    [Dipetik dari buku Cinta dan Rindu oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah / Al-Hikam oleh Syeikh Ibn

    Ata'illah Al-Sakandari]