hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan mengeluar ulang...
TRANSCRIPT
Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
daripada kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan cara
apa pun sama secara elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi,
rakaman atau sebaliknya, tanpa keizinan bertulis daripada Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kelulusan Jawatankuasa Pengajian Penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat,
Akademi, Institut / Program Baru / Pengambilan Pelajar
Bil. 3/2016/2017
Kelulusan Senat Bil. 8 /2016/2017
KANDUNGAN
PERKARA Muka Surat
Kandungan i
1.0 Pengenalan 1
2.0 Definisi 2
3.0 Objektif 4
4.0 Komponen Beban 4
4.1 Pengajaran dan Penyeliaan 5
4.2 Penyelidikan 7
4.3 Pentadbiran 9
i
1 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k
1.0 PENGENALAN
1.1 Panduan Beban ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai
beban tugas staf akademik seterusnya membantu perancangan dan
pembahagian tugas staf akademik yang merangkumi fungsi dan
peranan yang telah ditetapkan oleh universiti.
1.2 Staf akademik diberikan beban tugas yang bersesuaian bagi
membolehkannya membina dan meningkatkan keupayaan kendiri
dan kepakaran dalam sesuatu bidang pengajian dan pengkhususan
masing-masing.
1.3 Beban tugas staf akademik UTHM adalah meliputi tiga (3) komponen
utama iaitu:
(i) Pengajaran dan Penyeliaan, merujuk kepada pengajaran
dan pembelajaran melalui kuliah, tutorial dan amali. Manakala
Penyeliaan merujuk kepada penyeliaan projek di peringkat
Diploma dan Sarjana Muda serta Latihan Industri atau Latihan
Mengajar.
(ii) Penyelidikan merujuk kepada penyelidikan dan penyeliaan
projek/ disertasi/ tesis di peringkat Sarjana dan Doktor
Falsafah.
(iii) Pentadbiran, merujuk kepada lantikan jawatan pengurusan
oleh Universiti atau Fakulti/Pusat secara giliran seperti Dekan,
Timbalan Dekan, Pengarah/Ketua Pusat, Ketua Program,
Ketua Jabatan, Ketua Panel Bidang, Ketua Makmal dan
jawatan-jawatan lain yang berkaitan.
1.4 Staf akademik adalah diagihkan beban tugas sebanyak 40 jam
beban tugas minima per minggu untuk melaksanakan tiga (3)
komponen tersebut.
1.5 Untuk tujuan pengagihan beban, staf akademik dikategorikan kepada
Pensyarah Universiti (DS), Pengajar (DV), Guru Bahasa (DG) dan
Penyelidik Utama di Pusat-pusat Kecemerlangan (COE) (mengikut
kelulusan mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bilangan 2/2012).
2 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k
1.6 Peruntukan beban tugas bagi setiap kategori ini adalah seperti
diberikan dalam Jadual 1.0.
Jadual 1.0: Peruntukan beban tugas berdasarkan komponen beban
bagi staf akademik UTHM
Beban tugas minima (jam)
Pengajaran
Penyeliaan
Pentadbiran
Penyelidikan
Keseluruhan
Staf akademik kategori
pensyarah universiti
28 12 40
Nisbah 70:30
Staf akademik (penyelidik
di Pusat Kecemerlangan)
12 28 40
Nisbah: 30:70
Staf Akademik kategori
Guru Bahasa
Pengajaran
Penyeliaan
Pentadbiran
Pembangunan
Diri
(merangkumi
penyelidikan,
perundingan,
penerbitan dan
perkhidmatan
masyarakat)
40
32 8
Nisbah 80:20
1.7 Pemantauan pengagihan beban tugas staf akademik ini dilaksanakan
secara sistematik melalui Sistem Pengiraan Beban Akademik (SPBA)
yang dilaksanakan secara online di bawah pemantauan pihak Pusat
Pembangunan Akademik dan Latihan (CAD) dan dibantu oleh Pusat
Teknologi Maklumat (PTM).
2.0 DEFINISI
2.1 Takrifan yang digunakan dalam panduan ini adalah seperti berikut:
(i) Universiti merujuk kepada Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
(ii) Fakulti/Pusat merujuk kepada pusat tanggungjawab yang
menjalankan atau menguruskan sebarang aktiviti akademik
pelajar berdaftar contohnya pengajaran dan pembelajaran.
3 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k
(iii) Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, (COE))
merujuk kepada pusat untuk menjalankan penyelidikan bermutu
tinggi dan mempunyai kolaborasi dengan agensi luar termasuk
institusi antarabangsa.Ian adalah sebuah entiti yang menerajui
suatu bidang penyelidikan/perkhidmatan yang terfokus. Ketua
COE dilantik oleh Naib Canselor.
(iv) Pusat Penyelidikan (Centre of Research, (COR)) merujuk
kepada satu kumpulan penyelidikan yang melaksanakan kajian
dalam kumpulan besar dalam bidang tertentu di bawah
pengurusan Fakulti. Ketua COR dilantik oleh Naib Canselor.
(v) Kumpulan Fokus (Focus Group, (FG)) merujuk kepada suatu
kumpulan penyelidikan yang melaksanakan kajian dalam
kumpulan kecil dalam bidang tertentu di bawah pengurusan
Fakulti.
(vi) Staf akademik merujuk kepada pegawai universiti yang dilantik
secara tetap, kontrak, atau sambilan ke jawatan Profesor,
Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah, Tutor, Guru
Bahasa, Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan Felo.
(vii) Penyelidik Utama merujuk kepada staf akademik yang dilantik
sebagai Ketua Kluster dalam setiap bidang integrasi tujahan
utama (Integrated Niche Area) di setiap COE dan COR.
(viii) Penyelidik Kanan merujuk kepada staf akademik yang dilantik
sebagai Penyelidik Sokongan dalam setiap bidang integrasi
tujahan utama (Integrated Niche Area) di setiap COE dan COR
bagi tujuan membantu Penyelidik Utama.
(ix) Kredit merujuk kepada ukuran kuantitatif yang melambangkan
volum pembelajaran atau beban pembelajaran untuk mencapai
hasil pembelajaran tertentu.
(x) Beban merujuk kepada jumlah ukuran kuantitatif yang
melibatkan semua tugas staf akademik termasuk pengajaran,
penyeliaan dan membimbing pelajar menjalankan latihan
industri/praktikum/mengajar dan projek ilmiah/tesis sehingga
tamat serta pentadbiran.
(xi) Projek diploma merujuk kepada kerja-kerja penyelidikan
beserta dengan penulisan ilmiah, disertasi atau tesis yang
dilakukan oleh pelajar peringkat diploma.
4 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k
(xii) Projek sarjana muda merujuk kepada kerja-kerja penyelidikan
beserta dengan penulisan ilmiah, disertasi atau tesis yang
dilakukan oleh pelajar di peringkat sarjana muda.
(xiii) Projek sarjana merujuk kepada kerja-kerja penyelidikan
beserta dengan penulisan ilmiah, disertasi atau tesis yang
dilakukan oleh pelajar di peringkat pasca siswazah.
(xiv) Semester panjang/lazim merujuk kepada satu tempoh
pengajian yang dinyatakan dalam kalendar akademik tahunan
universiti.
(xv) Semester pendek merujuk kepada satu tempoh pengajian
selain daripada semester panjang yang dinyatakan di dalam
kalendar akademik tahunan universiti.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Objektif panduan ini diwujudkan adalah seperti berikut:-
(i) Memastikan pengurusan pengagihan beban tugas staf
akademik dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien.
(ii) Membolehkan pihak pengurusan Universiti memantau agar
staf akademik mendapat beban tugas yang adil dan
saksama.
(iii) Memastikan beban tugas staf akademik tertakluk kepada
peraturan yang telah ditetapkan oleh Universiti.
4.0 KOMPONEN BEBAN TUGAS STAF AKADEMIK
Beban tugas staf akademik UTHM dikategorikan kepada tiga (3) komponen
utama iaitu: pengajaran (kuliah, tutorial, dan amali) dan penyeliaan projek
peringkat Diploma dan Sarjana Muda serta Latihan Industri atau Latihan
Mengajar, penyelidikan yang merujuk kepada penyelidikan dan penyeliaan
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dan pentadbiran.
5 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k
4.1 Pengajaran dan Penyeliaan
4.1.1 Pengajaran
(i) Pengajaran merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.
(ii) Bilangan pelajar bagi kuliah atau tutorial peringkat Sarjana Muda
adalah ditetapkan seramai minimum 30 orang.
(iii) Bilangan pelajar bagi kuliah atau tutorial peringkat Sarjana adalah
ditetapkan seramai 15 orang.
(iv) Walaubagaimanapun, kuliah untuk jumlah pelajar yang kurang
daripada itu adalah tertakluk kepada kelulusan pengurusan fakulti.
(v) Nilai beban untuk komponen pengajaran adalah seperti dalam
Jadual 2.0
Jadual 2.0 : Perincian nilai beban untuk komponen pengajaran
Aktiviti Deskripsi
Nilai beban (jam)
Pra Siswazah
(Diploma/Sarjana
Muda)
Pasca Siswazah
(Sarjana/PhD)
Kuliah I jam kuliah 3 jam beban 4 jam beban
I jam kuliah (ulangan
dalam semester yang
sama)
2 jam beban 2 jam beban
Penilaian kuliah 2 minit seorang
pelajar yang melebihi
30 orang /kelas
2 minit seorang
pelajar yang melebihi
15 orang /kelas
Tutorial 1 jam tutorial 1.5 jam beban Tiada Berkaitan
1 jam tutorial
(ulangan dalam
semester yang sama)
1.5 jam beban Tiada Berkaitan
Amali
1 jam studio /
bengkel / makmal /
kerja lapangan
2.0 jam beban 1.5 jam beban
6 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k
(vi) Bagi kuliah dengan jumlah pelajar melebihi 30 orang (peringkat
Sarjana Muda) dan 15 orang (peringkat Sarjana), beban tambahan
diberikan dengan nilai 2 minit beban untuk setiap pelajar.
(vii) Nilai beban bagi kursus kendiri (independent study) adalah diberi
berdasarkan kepada komponen tutorial sahaja.
(viii) Bilangan kursus minimum bagi setiap staf akademik ialah satu (1)
kursus per semester.
(ix) Selain itu jumlah pengajaran minimum per semester bagi staf
akademik dengan pelantikan jawatan pengurusan (lantikan Naib
Canselor dan Pendaftar) adalah seperti dalam Jadual 3.0.
Jadual 3.0: Nilai pengajaran minimum per semester bagi staf akademik
Pengajaran
Melebihi atau sama
dengan (≥) 9 kredit
Tidak menjawat sebarang jawatan
pengurusan (lantikan Naib Canselor
atau Pendaftar)
6-8 kredit Penyelaras, Ketua Makmal dan setara
3-6 kredit Ketua Panel/ Ketua Jabatan dan setara
Kurang atau sama
dengan (≤) 3 kredit
Dekan, Pengarah, Timbalan Dekan,
Timbalan Pengarah dan setara
(Sumber : Adaptasi daripada LNPT,2016 UTHM)
4.1.2 Penyeliaan
(i) Komponen penyeliaan merangkumi dua sub-komponen iaitu
penyeliaan projek tahun akhir serta penyeliaan Latihan Industri
atau Latihan Mengajar.
(ii) Nilai beban bagi penyeliaan projek tahun akhir adalah seperti di
Jadual 4.0
7 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k
Jadual 4.0: Perincian nilai beban bagi sub-komponen penyeliaan projek
tahun akhir
Tahap Peranan Nilai beban
(jam/pelajar)
Diploma Penyelia Utama 1
Penyelia Bersama 0
Sarjana Muda Penyelia Utama 1
Penyelia Bersama 0
(iii) Nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan Latihan Industri atau
Latihan Mengajar pula diberikan sebagai:
Nilai beban = Bilangan hari bertugas x 8 jam/14 minggu
4.2 Penyelidikan
(i) Aktiviti yang terlibat dalam komponen ini adalah projek
penyelidikan dan penyeliaan projek, disertasi dan tesis di peringkat
Sarjana dan Doktor Falsafah.
(ii) Nilai beban bagi komponen penyelidikan ini adalah diambilkira
berdasarkan kepada penyertaan geran penyelidikan di peringkat
Universiti, Kebangsaan atau Antarabangsa dan peranan staf
akademik tersebut serta penyeliaan pelajar di peringkat Sarjana
dan Doktor Falsafah.
(iii) Nilai beban untuk sub-komponen penyertaan geran adalah seperti
dalam Jadual 5.0
8 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k
Jadual 5.0: Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyertaan
geran
Peranan Beban (jam/geran)
Universiti Kebangsaan Antarabangsa
Ketua geran penyelidikan 1.0 2.0 3.0
Ahli geran penyelidikan 0.5 1.0 1.5
(iv) Bagi sub-komponen penyeliaan di peringkat Sarjana dan Doktor
Falsafah, nilai beban mengambilkira mod pengajian pelajar dan
juga peranan staf akademik tersebut.
(v) Nilai beban bagi sub-komponen penyeliaan peringkat Sarjana dan
Doktor Falsafah diberikan dalam Jadual 6.0 dan Jadual 7.0.
Jadual 6.0: Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan
peringkat Sarjana
Peranan
Beban (jam/pelajar)
Sepenuh masa Separuh masa
Mod
Penyelidikan
Mod
Campuran
Mod Kerja
Kursus
Mod
Penyelidikan
Mod
Campuran
Mod Kerja
Kursus
Penyelia
Utama 2.0 1.5 1.0 1.0 0.75 0.5
Penyelia
Bersama 1.0 1.0 0.5 0.5 0.5 0.25
9 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k
Jadual 7.0: Perincian nilai beban untuk sub-komponen penyeliaan
peringkat Doktor Falsafah
Peranan
Beban (jam/pelajar)
Sepenuh masa Separuh masa
Mod Penyelidikan Mod Penyelidikan
Penyelia Utama 3.0 1.5
Penyelia Bersama 1.5 0.75
4.3 Pentadbiran
(i) Komponen pentadbiran adalah merujuk kepada lantikan jawatan
pengurusan oleh Universiti (Naib Canselor dan Pendaftar) atau
Fakulti/Pusat.
(ii) Senarai jawatan pengurusan dan nilai beban bagi setiap kategori
adalah seperti dalam Jadual 8.0
Jadual 8.0: Perincian nilai beban untuk komponen pentadbiran
mengikut jawatan pengurusan
Jawatan Beban
(jam)
Penolong Naib Canselor, Dekan, Pengarah, Pengetua Kolej
Kediaman dan setara 24
Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah, Ketua COE, Ketua
Penerbit, Ketua Pusat dan setara 20
Ketua Jabatan, Ketua COR, Pengurus Makmal dan setara 15
Ketua Panel, Ketua Program, Ketua Writing Unit, Ketua Galeri
Ilmu, Ketua Editor, Penyelia Makmal, Pengarah Muzik dan setara 12
Penyelaras Fakulti
● Penyelaras Latihan Industri / Latihan
Mengajar
● Penyelaras Projek Diploma / Sarjana
Muda / Sarjana
5
5
10 | P a n d u a n B e b a n S t a f A k a d e m i k
COE
FG
● Penyelaras Jadual Waktu
● Penyelaras Outcome Based Education
/ Penyelaras Akreditasi
● Penyelaras Kursus / Makmal
* sekiranya jumlah pelajar melebihi
400 orang, beban tambahan diberikan
sebanyak 1 minit per pelajar, dengan
nilai maksimum yang boleh diberikan
adalah sehingga 8 jam beban
Penyelidik Utama COE
Ahli COE (Penyelidik Kanan)
Ketua FG
5
5
5
5
3
3
Penasihat Akademik Minima 20 pelajar 3
Keanggotaan dalam
jawatankuasa
(selain daripada
pemegang jawatan
pentadbiran)
● Universiti
● AJK Tetap Universiti
● AJK Ad-Hoc Universiti
● Aktiviti Pasukan Beruniform
1
● Fakulti 1
(iii) Nilai beban maksimum bagi sub-komponen pentadbiran yang
boleh diberikan berdasarkan lantikan adalah seperti dalam Jadual
9.0.
Jadual 9.0: Nilai beban maksimum bagi komponen pentadbiran
berdasarkan lantikan
Jawatan Beban Maksimum
(jam)
Lantikan Universiti (Naib Canselor) 24
Lantikan Universiti (Pendaftar) 15
Lantikan Fakulti 5