guru sains perlu mengendalikan secara selamat bahan saintifik dan bahan kimia

3
Guru sains perlu mengendalikan secara selamat bahan saintifik dan bahan kimia.Bincangkan. Sebagai seorang guru sains, kita haruslah mengendalikan bahan saintifik dan bahan kimia secara selamat. Kemahiran pengendalian bahan dan peralatan sains adalah dituntut dalam kurikulum sains seperti yang dinyatakan dalam Kemahiran Saintifik. Kemahiran maniputif yang merupakan sebahagian daripada kemahiran saintifik perlu dikuasai adalah mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan sains secara betul dan sempurna,membersihkan peralatan sains secara betul dan sempurna, menyimpan peralatan sains secara betul dan selamat selepas digunakan, mengendalikan spesimen secara betul dan sempurna, memerhati, mengukur dan merekod secara betul dan sempurna. Dari segi aspek keselamatan diri, pengendalian bahan kimia dan bahan saintifik dengan selamat adalah penting. Ini adalah kerana semua bahan kimia adalah berbahaya kerana bahan kimia bertoksik, mudah terbakar, mengakis, bersifat radioaktif, dan sebagainya. Jika seseorang guru sains tidak menguasai kemahiran pengendalian bahan kimia dan saintifik, keselamatan guru semasa menjalani amali yang melibatkan penggunaan bahan-bahan kimia akan terancam. Guru berkemungkinan besar akan mengalami kecederaan atau membahayakan diri guru. Jadi, memang tidak dapat dinafikan bahawa guru sains perlu mengendalikan bahan saintifik dan bahan kimia dengan selamat. Dari aspek keselamatan murid semasa menjalani eksperimen, aktiviti hands-on & minds-on, atau aktiviti dalam makmal yang melibatkan penggunaan bahan kimia dan bahan saintifik, pengendalian selamat bahan kimia dan saintifik memmainkan peranan yang amat penting. Sekiranya guru sains tidak mendidik murid supaya mengendaikan bahan kimia dan saintifik secara cermat, akibatnya bukan sahaja kemalangan atau kecederaan akan berlaku, tetapi amali yang dijalankan tidak akan berjaya juga. Dari segi profesionalisme, guru sains mestilah mempunyai pengetahuan asas mengenai cara yang betul dan selamat untuk mengendalikan bahan kimia dan bahan saintifik sebelum seseorang guru dapat menyampaikan pengetahuan tersebut kepada murid. Pengetahuan ini aalah penting

Upload: sheeying92

Post on 01-Oct-2015

234 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

guru sains

TRANSCRIPT

Guru sains perlu mengendalikan secara selamat bahan saintifik dan bahan kimia.Bincangkan.Sebagai seorang guru sains, kita haruslah mengendalikan bahan saintifik dan bahan kimia secara selamat. Kemahiran pengendalian bahan dan peralatan sains adalah dituntut dalam kurikulum sains seperti yang dinyatakan dalam Kemahiran Saintifik. Kemahiran maniputif yang merupakan sebahagian daripada kemahiran saintifik perlu dikuasaiadalah mengguna danmengendalikan bahandanperalatan sainssecara betuldan sempurna,membersihkanperalatansainssecarabetuldansempurna, menyimpanperalatansainssecarabetuldanselamatselepasdigunakan, mengendalikanspesimen secarabetuldansempurna, memerhati,mengukurdanmerekodsecarabetuldansempurna. Dari segi aspek keselamatan diri, pengendalian bahan kimia dan bahan saintifik dengan selamat adalah penting. Ini adalah kerana semua bahan kimia adalah berbahaya kerana bahan kimia bertoksik, mudah terbakar, mengakis, bersifat radioaktif, dan sebagainya. Jika seseorang guru sains tidak menguasai kemahiran pengendalian bahan kimia dan saintifik, keselamatan guru semasa menjalani amali yang melibatkan penggunaan bahan-bahan kimia akan terancam. Guru berkemungkinan besar akan mengalami kecederaan atau membahayakan diri guru. Jadi, memang tidak dapat dinafikan bahawa guru sains perlu mengendalikan bahan saintifik dan bahan kimia dengan selamat.Dari aspek keselamatan murid semasa menjalani eksperimen, aktiviti hands-on & minds-on, atau aktiviti dalam makmal yang melibatkan penggunaan bahan kimia dan bahan saintifik, pengendalian selamat bahan kimia dan saintifik memmainkan peranan yang amat penting. Sekiranya guru sains tidak mendidik murid supaya mengendaikan bahan kimia dan saintifik secara cermat, akibatnya bukan sahaja kemalangan atau kecederaan akan berlaku, tetapi amali yang dijalankan tidak akan berjaya juga. Dari segi profesionalisme, guru sains mestilah mempunyai pengetahuan asas mengenai cara yang betul dan selamat untuk mengendalikan bahan kimia dan bahan saintifik sebelum seseorang guru dapat menyampaikan pengetahuan tersebut kepada murid. Pengetahuan ini aalah penting supaya guru dapat mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku semasa amali dalam makmal. Tanpa melengkapi diri dengan kemahiran mengendalikan bahan kimia dan saintifik, guru tidak dapat menunjukkan profesionalisme yang tinggi sebagai seorang guru sains. Bagi memastikan aktiviti melibatkan bahan kimia dan bahan saintifik boleh dijalankan dengan lancar dan selamat, maka, seseorang guru sains haruslah mengendalikan bahan-bahan tersebut dengan cermat dan berhati-hati. Selain itu, guru harus mendidik anak murid mengenai keselamatan semasa mengendali bahan saintifik dan bahan kimia. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh guru sains bagi memastikan pengendalian selamat bahan kimia dan bahan saintifik dalam kalangan murid. Pertama sekali, guru haruslah menetapkan peraturan di dalam makmal sebagai rujukan dan panduan kepada murid semasa berada dalam makmal sains. Selain itu, guru haruslah mendidik murid mengenai cara pengendalian bahan saintifik dan kimia yang selamat seperti cara memegang botol bahan kimia, maksud pelabelan pada botol bahan kimia, dan sebagainya. Tanpa pengendalian selamat bahan kimia dan bahan saintifik, bahan kimia yang berbahaya boleh menyebabkan guru dan murid mengalami pelbagai masalah terutamanya dari segi kesihatan. Contohnya, pening kepala, mengalami masalah pernafasan, kerosakan peparu, penyakit barah dan yang paling serius kematian. Bagi bahan saintifik seperti alat dan radas dalam makmal pula, kebanyakan peralatan kaca seperti bikar, tabung uji, silinder penyukat dan lain-lain. Sekiranya alat-alat yang diperbuat daripada kaca ini tidak dikendalikan dengan selamat, kecederaan akan berlaku sama ada pada guru atau murid semasa menjalani eksperimen.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa sebagai seorang guru sains, pengendalian bahan saintifik dan bahan kimia secara selamat adalah penting bagi memastikan keselamatan guru dan murid di makmal di samping memastikan kelancaran eksperimen di makmal dan memupuk sikap profesionalisme sebagai seorang guru sains yang cenerlang dan berwibawa.

ByTAN SHEE YINGPISMP SEM 6 SAINS