guru profesional 1
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
1/26
0007-02
Soalan 1:
Guru pada ketika yang sama adalah seorang pelajar. Ia perlu sentiasa
belajar untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya bagi
menjadi pendidik yang profesional untuk mencapai matlamat pendidikan bertaraf
dunia
Sebagai seorang pengurus sekolah, bagaimanakah anda berusaha
melahirkan guru yang profesional bagi mencapai aspirasi pendidikan bertaraf
dunia ?
1
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
2/26
0007-02
1.0 Pendahuluan
Perubahan dan perkembangan dunia hari ini dalam pelbagai disiplin
menuntut setiap individu sentiasa memandang jauh kehadapan. Sektor
pendidikan di negara kita sedang berubah secara dinamis dan dikira akan
mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21.
Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center
for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa
memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti
pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat
serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard,
kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat
antarabangsa atau dunia.
2.0 Konsep dan definisi
Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian
cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk
mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis dari segi;
Pembangunan tenaga manusia
Kepesatan pertumbuhan ekonomi
Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
2
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
3/26
0007-02
Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
Pembangunan teknologi dan sains
Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan
masyarakat.
Profesionalisma pula dapat ditakrifkan sebagai tingkahlaku,
kemahiran atau kualiti yang dapat menunjukkan bahawa seseorang itu
mempunyai pengalaman dan standard yang tinggi yang boleh diharapkan
daripada ahli sesuatu profesion itu. Y.Bhg. Tan Sri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid,
bekas Ketua Setiausaha Negara, semasa berucap di Seminar Penafsiran
Semula Peranan Ahli Profesional Muslim Abad ke-21, telah menggariskan lima
ciri-ciri utama yang perlu ada pada golongan profesional iaitu:
`competent' dan `well-informed', dimana seseorang itu berkemampuan
mengolah maklumat dan pengetahuan yang sebegitu banyak dengan
ketajaman daya analisisnya dan kemampuannya untuk berfikir secara
integratif dan conceptual. Ini akan membolehkannya bertindak balas
dengan cepat terhadap perkembangan pesat di sekitarnya.
mengamalkan life-long learning iaitu terus-menerus mencari ilmu
sepanjang hayat dengan tujuan menyesuaikan diri dengan dunia yang
sememangnya sentiasa mengalami perubahan yang dinamik;
berupaya meramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku dan
seterusnya berwatak kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran-
3
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
4/26
0007-02
cabaran baru. Kreativiti itu perlu disertai dengan keberanian untuk
bertanggungjawab, yakni sanggup membuat keputusan dan sanggup
menghadapi risikonya. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai
kepekaan terhadap keadilan sosial, perpaduan nasional dan solidariti
kemanusiaan sejagat; dan
memiliki harga diri dan kepercayaan pada diri sendiri yang berteraskan
iman yang kuat. Ini akan memungkinkannya berdaya usaha dan berdaya
saing di samping mendorongnya bekerjasama dengan pihak lain.
Pegangan pada iman dan agama pula akan menentukan bahawa
langkah-langkah yang diambilnya atau dicadangkannya akan
mengambilkira dimensi agama, moral dan etika.
Definisi profesionalisma yang lebih mudah ialah untuk seseorang itu
mengetahui tugasnya inside-out. Oleh itu ia perlu mempunyai kemahiran,
kebijaksanaan dan kemampuan untuk menjalankan tugas dengan penuh disiplin,
komitmen dan secara yang penuh berintegriti. Dengan lain perkataan melahirkan
guru yang profesional bererti menghasilkan guru-guru yang memiliki kompetensi
yang tinggi, lengkap dengan pengetahuan dan kepakaran tugas yang
dilaksanakannya.
4
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
5/26
0007-02
3.0 Perubahan Individu
3.1 Peranjakan minda (mind shift)
Satu fenomena global yang dialami di mana-mana juga ialah setiap
perubahan yang akan dilaksanakan memerlukan peranjakan minda di kalangan
mereka yang terlibat untuk membawa perubahan. Penulis berpendapat
perubahan kearah sesuatu yang baru memerlukan anjakan minda individu itu
sendiri. Dalam beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan golongan guru
merupakan golongan yang paling sukar untuk berubah. Keadaan ini disebabkan
keenggananan untuk keluar daripada kepompong selesa yang dinikmati sekian
lama. Malah beberapa kajian tentang pelaksanaan KBSR mendapati sebahagian
daripada kegagalannya adalah kerana guru-guru masih berpegang kepada
kepercayaan dan amalan melaksanakan pengajaran berasaskan kurikulum lama.
Penulis dalam usaha menyediakan sumber manusia kearah
mencapai pendidikan bertaraf dunia menekankan soal perubahan minda
dikalangan guru. Setiap perjumpaan dan menyuarat yang melibatkan guru
pernyataan tentang perubahan minda akan dilakukan. Bahan-bahan bercetak
berkaitan dengan perubahan diedarkan secara berkala dalam buletin bulanan
sekolah Cetusan Pendidik. Bahan-bahan yang dimuatkan termasuklah artikel-
artikel perubahan dunia pendidikan hari ini, koleksi penulis negara tentang
pendidikan dan perkongsian maklumat.
5
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
6/26
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
7/26
0007-02
pedagogi yang inovatif, pencetus pemikiran pelajar, dan pembimbing yang
sentiasa berada di sisi untuk memandu pembelajaran pelajar. Ini berbeza
dengan peranan yang dimainkan dalam konteks pembelajaran tradisional yang
guru berperanan sebagai "sage on the stage". Pembelajaran lebih berpusatkan
pelajar dan menggalakkan pembelajaran terarah kendiri, pada kadar sendiri dan
memperolehinya secara sendiri. Pendidik guru menjadi model dimana mereka
mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat.
Mengikut Jack Welch, bekas CEO Syarikat General Electric l, dalam
sesuatu organisasi , terdapat tiga kategori kumpulan warga iaitu;
Kategori C iaitu kumpulan warga yang berada pada tahap paling
bawah dari segi prestasinya dalam sesuatu organisasi, dan mereka
merupakan sehingga 10% daripada keseluruhan anggota organisasi.
Kategori B iaitu kumpulan pertengahan merupakan 70% dari jumlah
keseluruhan warga organisasi. Mereka merupakan antara kumpulan
yang terpenting kerana bilangannya yang ramai.
Kategori A dalam organisasi berprestasi tinggi adalah sehingga 20%
dari anggota organisasi. Golongan warga dalam kumpulan ini bukan
sahaja merupakan warga yang lebih berkesan, tetapi juga calon-calon
yang bakal menerajui organisasi di pelbagai peringkat pada masa
hadapan.
7
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
8/26
0007-02
Cabaran yang paling besar dalam sesuatu organisasi adalah untuk
mengurus warga dalam Kategori C. Penulis dalam proses membentuk budaya
kerja baru, menggabungkan guru-guru yang berprestasi tinggi dengan yang
berprestasi rendah. Guru berprestasi tinggi ini dijadikan sebagai mentor, dimana
mereka dikehendaki membimbing dan memantau guru berprestasi rendah
sehingga mencapai tahap yang sewajarnya. Program ini penulis namakan Guru
Mentor dan proses ini telah berjalan hampir dua tahun. Perubahan yang ketara
dapat dilihat dikalangan guru-guru yang terlibat.
3.4 Membina Keinsafan Sebagai Pendidik
Dalam kesungguhan guru menjalankan proses pengajaran khususnya
konteks pengajaran di sekolah, dimensi sikap dan nilai hendaklah dijadikan teras
kepada usaha memanusiakan manusia . Persoalannnya sejauh manakah
dimensi ini boleh diterjemahkan oleh guru sewaktu menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan keinsafan sebagai pendidik
mempunyai kaitannya dengan kefahaman tentang nasib masa depan bangsa
dan negara dari segala segi termasuk aspek sosial, kerohanian, moral, intelek
dan jasmani untuk menjadi ummah yang bertamadun.
Penulis dalam situasi ini sentiasa mengingatkan kepada guru bahawa
kita bukanlah seorang guru bahasa atau guru sains tetapi sebagai seorang guru
yang mengajar murid mata pelajaran bahasa atau sains. Setiap orang guru
harus sentiasa ingat bahawa yang diajar oleh mereka ialah murid atau insan
8
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
9/26
0007-02
yang dipanggil sebagai murid. Pemahaman ini menjadikan guru sentiasa
berhati-hati kerana yang dihadapan mereka ialah masa depan bangsa dan
negara. Harapan negara ialah mencapai tahap negara maju menjelang 2020,
maka guru harus merasai mereka berada dalam situasi pendidikan bertaraf
dunia.
3.5 Pendidik berilmu
Perubahan yang berlaku dengan pantas memerlukan individu yang
sentiasa belajar bagi meningkatkan kebolehan, keupayaan dan sikap.
Disebabkan kemahiran memerlukan pengetahuan, maka pembelajaran
berterusan adalah penting untuk menjadi seseorang itu lebih professional dan
sentiasa relevan mengikut perubahan masa. Pengetahuan dikalangan individu
merupakan kunci kepada kejayaan dalam sesebuah organisasi. Justru itu,
organisasi di mana anggotanya sentiasa mencari ilmu pengetahuan akan
berusaha mencapai matlamat yang mereka kehendaki. Ilmu pengetahuan bagi
setiap individu akan meningkatkan lagi kompetensi dalam melaksanakan tugas.
Pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu dalam sesebuah organisasi
dapat memperkuatkan kemahiran bagi menghadapi cabaran serta mewujudkan
peluang baru di masa hadapan.
Di Amerika Syarikat yang dianggap negara paling maju dari segi
perkembangan teknologinya, sebilangan besar gurunya masih menghadapi
masalah phobia komputer dan kebanyakan kes teachers burn-out dikatakan
9
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
10/26
0007-02
berkaitan dengan pengenalan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
bilik darjah (Northrup & Little, 1996).
Penulis berpendapat, selaras dengan perubahan era multimedia dan
teknologi maklumat, guru-guru perlu di reformasikan supaya ia benar-benar
mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya
bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi
mengembangkan budaya saintifik. Justru itu, penulis menyediakan ruang dalam
perkembangan staf khusus untuk guru mendalami ilmu komputer. Guru yang
langsung tiada kemahiran asas dibenarkan menghadiri kursus sama ada yang
dianjurkan oleh JPN atau PPD disamping kursus dalaman diperingkat sekolah.
Guru-guru yang mahir komputer dijadikan fasilitator yang berfungsi secara
langsung membimbing guru yang kurang mahir.
Kursus dalaman bagi mengetengahkan idea baru yang berkaitan
dengan teknologi maklumat juga diadakan supaya guru sentiasa peka dengan
perkembangan terkini. Ini termasuklah mewujudkan hubungan guru-murid
melalui penggunaan e-mail. Pelajar dan guru boleh terus berhubung selepas
waktu sekolah atau waktu cuti persekolahn bagi membincangkan masalah
dalam pelajaran melalui e-mail.
10
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
11/26
0007-02
4.0 Menentukan hala tuju yang jelas
4.1 Pembinaan Visi, Misi dan Dasar Sekolah
Tugas yang jelas bertolak dari sasaran atau matlamat yang jelas
terhadap apa yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi. Sehubungan dengan
itu, setiap anggota dalam sekolah harus memahami akan perkongsian misi dan
visi sekolah. Organisasi yang berjaya menghasilkan aspirasi bersama
sebenarnya telah berjaya menjadi sebuah organisasi pembelajaran. Ini adalah
kerana aspirasi bersama berfungsi membangkitkan dan mengarahkan individu
kearah satu matlamat. Peter Senge dalam buku School That Learn (Senge,
2000:5) menjelaskan bahawa dalam jangka masa yang panjang manusia yang
bersatu di bawah aspirasi yang sama akan menunjukkan pencapaian yang
terbaik.
Penulis dalam urusan menjana pembinaan visi dan misi telah
melibatkan seluruh warga sekolah supaya mereka dapat merasai peranan yang
harus dimainkan bagi menjayakannya. Pembinaan visi dan misi ini juga adalah
berbentuk menuju kearah negara maju dan bertaraf dunia. Hasil gabungan
warga sekolah maka terbentuklah visinya iaitu; Sekolah Menjadi Sebuah
Institusi Gemilang Menjelang 2010 . Semasa perhimpunan dan mesyuarat
diingatkan bahawa peranan guru adalah;
1. Menjana pelajar untuk keperluan negara.
2. Melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan dan berakhlakmulia.
11
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
12/26
0007-02
3. Memberi peluang yang maksimum kepada pelajar untuk menimbailmu.
Pembinaan misi sekolah juga adalah berfokus kepada membina
sekolah sebagai wadah melahirkan warga yang menjiwai dan menjana
kegemilangan ilmu. Justru, guru mestilah komited lantas berusaha menggilap
potensi dan menerapkan nilai-nilai kecemerlangan, berdaya saing, keunggulan
sahsiah serta jati diri yang kental untuk mewujudkan masyarakat berteknologi,
berinovatif dan kreatif berteraskan iman dan takwa.
4.2 Perancangan Strategik
Lazimnya organisasi yang ingin mencapai kejayaan perlu membuat
perancangan strategik, begitulah juga dengan proses melahirkan guru yang
profesional. Dalam membuat perancangan, pembahagian bidang tugas
dinyatakan dengan jelas. Bagi penulis apabila tugas dinyatakan dengan jelas
maka seseorang itu tidak akan tertanya-tanya tentang apa yang perlu dilakukan
bila melaksanakannya. Walau bagaimanapun, pembahagian dan skop tugas
yang jelas tidaklah bermakna semua tugas dalam sekolah diasingkan mengikut
unit atau bahagian tertentu sehingga seseorang guru melihat gambaran yang
sempit dan tidak melihat organisasi itu secara keseluruhannya.
12
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
13/26
0007-02
Pemahaman serta penghayatan pernyataan hala tuju dan matlamat
seperti dinyatakan di atas amat penting kerana hal inilah yang akan menentukan
sama ada kerja-kerja operasional harian menghala ke arah suatu sasaran yang
jelas atau cuma untuk mengisi masa dan ruang bekerja yang ada
(Dilenschneider, 1992). Sementara itu mengingatkan matlamat yang hendak
dicapai merupakan prinsip yang perlu ada pada orang yang berjaya atau efektif
dalam kehidupan, samada dalam suatu organisasi atau sebagai seorang individu
(Covey, 1989).
4.3 Pembinaan Dasar Sekolah
Melahirkan guru yang profesionalisma bagi membangunkan sistem
pendidikan bertaraf dunia harus diperjelaskan kepada guru melalui pembinaan
dasar sekolah yang merangkumi aspek kurikulum, kokurikulum dan juga sahsiah.
Dasar ini sentiasa diingatkan kepada warga pendidik melalui paparan dalam
takwim sekolah dan juga diperjelaskan secara terperinci dalam mesyuarat guru.
Selari dengan pembinaan dasar sekolah dalam bidang tersebut,
diperjelaskan juga strategi perlaksanaannya, aktiviti-aktiviti yang sepatutnya
dilakukan dan sasaran yang hendak dicapai. Menerusi dasar ini guru-guru akan
lebih bersikap profesional dalam melaksanakan tugas mereka bagi menjayakan
hasrat negara kearah pendidikan bertaraf dunia.
13
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
14/26
0007-02
Penulis bersama dengan penolong kanan, guru kanan mata pelajaran
serta guru-guru penyelaras setiap bahagian telah menghasilkan dasar seperti
berikut:
A. Dasar Kurikulum
DASAR
P&P yang gemilang dan berkesan.Pencapaian akademik gemilang.Pelbagai kecerdasan100% Sains dan Teknologi bagi tingkatan 4 dan 5PPSMI berkesan
STRATEGI
Akur kurikulum terkiniRancangan pelajaran terkini.Tepat masaInovatif dan kreatif dalam P&PDemokratik dan tiada diskriminasi.Head countPenganugerahan
AKTIVITI
P&P berbantu teknologiTugasan/latihan yang mencukupi dan berkesan.Pencerapan berterusanJejak kasih
Pengukuhan/pemulihanKo-akademikPembelajaran koperatifProjek NILAMPemulihan jawi dan Al-quran
SKT
SPM pencapaian 100%, minimum gred C dalam semua subjek.PMR pencapaian 100%, minima gred B dalam semua subjekPeperiksaan Dalaman Capai 60% markah dalam semua subjek
14
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
15/26
0007-02
B. Dasar Kokurikulum
DASAR
Wajib persatuan/kelabUnit uniformPermainan
Minimum 2 jam/mingguCungkil kegemilangan
STRATEGI
Akur dengan peraturan yang berkuatkuasaKepelbagaian persatuan/kelab /Unit Uniform /permainanHari KoKurikulum Mingguan- RabuPerhimpunan mingguan -dikelolakan oleh Unit BeruniformPenyertaan dan kejayaanPenganugerahan
AKTIVITI
Perkhemahan Unit BeruniformSukan Tahunan/ SukanTaraMerentas DesaFootball and Netball Fiesta
SKT
Permainan minima 4 johan daerahP. Seragam minima 1 johan negeriKo-akademik minima 3 johan daerah
C. Dasar Sahsiah
DASAR
Ilmu, amal dan imanPelbagai potensi /kebolehan /bakatPeka dan bermaklumatSihat, ceria dan segak
STRATEGI
Akur dengan peraturan yang berkuatkuasaPeluang kepimpinan seorang pelajar 1 jawatan utamaKetrampilan/watak diriBimbingan dan kaunselingPenganugerahan
AKTIVITI
Kursus kepimpinanOrganisasi kelas/ketua kelas
Bimbingan individu/kelompokKoridor bermaklumatKem motivasi
SKT
0% kesalahan beratBerbudaya cemerlangBerperkerti terpuji
15
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
16/26
0007-02
Penulis yakin dengan pemahaman terhadap dasar diatas yang
menjurus kepada P&P gemilang dan berkesan akan mendorong guru agar
bertindak lebih profesional kearah menjayakan pendidikan yang berkualiti.
Penjelasan terhadap strategi yang perlu dilaksanakan juga memberikan
kefahaman yang jelas kepada guru untuk bertindak kearah mencapai hasrat
pendidikan bertaraf dunia khususnya yang menekankan soal inovatif dan kreatif
dalam P&P.
5.0 Reformasi pelbagai aspek pelajaran
5.1 Budaya mengajar
Golongan pendidik di negara ini amat mustahak diingat betapa
perlunya sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman
dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan
kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan
disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.
Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang
berkesan menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya,
buta ilmu adalah di antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis
profesionalisme perguruan di negara-negara membangun khususnya di
Malaysia, memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan. Profesyen
perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi inovasi
16
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
17/26
0007-02
dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan
pesatnya dan dalam sektor-sektor lain.
Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi
mereformasikan pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran di semua
peringkat. Ini termasuklah membaiki :
Kualiti pengajaran
Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar
Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi
Penulis telah menjelaskan dan mempraktik suasana bagaimana
menjadi pendidik yang perihatin. Penerangan yang jelas dalam mesyuarat
kurikulum meminta supaya setiap orang guru supaya teliti setiap tindakan
bermula daripada memasuki kelas. Antara perkara yang perlu diberikan
penekanan ialah :
1. Penerokaan Fizikal iaitu faktor ketrampilan guru, berwajah ceria,
warna pakaian dan latarbelakang kelas yang lembut.
2. Penampilan Psaikologikal terokai zon yang samar seperti cara
memasuki kelas dari arah kiri di mana otak kiri akan terangsang.
Kedudukan mestilah berdiri, ada berlaku pergerakan, lihat pandangan
mata murid dan memohon doa. Menulis objektif pelajaran supaya
murid terfokus dan sedar apa yang harus mereka capai dan sekali gus
terbuka hati mereka untuk belajar.
17
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
18/26
0007-02
3. Penutupan Pengajaran haruslah ada rumusan, menjalankan
penilaian, memberikan sedikit gambaran pelajaran hari esok,
rangsangan terhadap kerja rumah dan yang paling penting
mententeramkan emosi murid.
Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma
pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan
peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu
diubah daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan
kepada komitmen , daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada
inovatif dan kreatif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada
progresif. Justru bagi mencapai tahap guru profesional maka setiap orang guru
harus bersedia mendalami ilmu pengetahuan semasa. Penulis sentiasa
mengingatkan guru supaya banyak membaca dan mendapat maklumat terkini
bagi menyediakan diri agar pendidikan di Malaysia diiktiraf sebagai pendidikan
berkualiti.
Program budaya membaca bagi guru bermula dengan, setiap dua
minggu sekali seorang guru dikehendaki membuat ulasan buku di perhimpunan
pagi. Program ini menjadikan guru terpaksa mencari waktu untuk membaca yang
bererti pengetahuan guru itu pasti akan bertambah. Ini adalah langkah
mempersiapkan diri guru bagi menghadapi perubahan masa depan. Cara gaya
bertindak yang membawa kejayaan hari ini mungkin menjadi penghalang kepada
18
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
19/26
0007-02
kejayaan hari esok, Justru, kita perlu bersedia untuk berubah (Mohd Fadzilah:
1996)
5.2 Kesungguhan Guru Dalam Proses Pengajaran
Mengikut Slavin (l997) kesungguhan guru dalam proses keberkesanan
pengajaran bergantung kepada 4 faktor, iaitu QAIT (Quality, Appropriateness,
Incentive, Time) yang bemaksud:
a. Kualiti Pengajaran (Quality of Instruction): iaitu kualiti maklumat dan
kemahiran guru di dalam mempersembahkan pengajaran supaya pelajar
mudah memahami pelajarannya
b. Aras Pengajaran (Appropriate Level of Instruction): yang memberi
makna kesesuaian pengajaran guru dengan kebolehan pelajar dan
kesediaan pelajar untuk belajar pelajaran yang baru.
c. Insentif (Incentive): merujuk kepada kebolehan guru untuk memotivasi
pelajar untuk terus belajar, menyiapkan kerja rumah dan tugas yang lain.
d. Masa (Time): adalah jumlah masa yang diperuntukan oleh guru untuk
pengajaran.
19
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
20/26
0007-02
Oleh itu kesungguhan guru dalam proses pengajaran adalah elemen
yang penting bagi mempastikan kecemerlangan sekolah. Namun kajian-kajian
yang lepas mendapati ada guru yang telah burn out setelah lama mengajar.
Terdapat juga guru yang tidak bermotivasi dan hilang minat untuk mengajar.
Jika perkara ini tidak diatasi ianya akan menjadi duri dalam daging kepada
sekolah khasnya dalam mengekalkan sekolah sebagai sekolah cemerlang yang
berfungsi membekalkan tenaga mahir masa depan.
Penulis telah berusaha menyediakan peluang-peluang latihan,
pemantauan dan penambahbaikan untuk mencapai tujuan serta menjayakan
kelas, disamping membenarkan sedikit toleren dalam perlaksanaan terhadap
sebarang perkara yang baru. Bantuan secara berterusan kepada guru dalam
perlaksanaan kaedah baru diutamakan kerana penulis sedar mereka perlukan
masa dan bimbingan. Disamping itu penulis juga sentiasa melakukan
pemantauan berfokus bersama-sama penolong kanan serta maklumkan
maklumat terkini dalam kurikulum dan pengajaran terhadap sebarang maklumat
yang relevan kepada guru.
5.3 Pembelajaran Berkumpulan
Pembelajaran terus menerus secara berkumpulan (team learning)
memberi erti bahawa pelbagai pendapat individu dikumpul menjadi kemahiran
kolektif. Belajar mengenali keutamaan sesuatu hal seperti bagaimana untuk
hidup dan menjadi guru yang efektif amat penting dilaksanakan dalam kumpulan.
20
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
21/26
0007-02
Keadaan ini menggalakkan guru-guru sentiasa melakukan perkara-perkara
berikut;
- berperanan secara aktif dalam menerapkan informasi
- menjalankan refleksi terhadap sesuatu perkara yang lepas untuk
mengisi pembelajaran masa depan
- mendapatkan andaian-andaian atau dapatan-dapatan terbaik
dalam penyelesaian
Penulis dalam urusan membentuk kumpulan ini telah memulakan
dialog atau perbincangan sebelum melaksanakan sesuatu perubahan. Bagi
penulis sekolah merupakan sebuah organisasi pembelajaran dan guru-guru
mestilah membina harapan bersama bagi melaksanakan sesuatu tindakan.
Sekolah yang berjaya dan cemerlang berpunca daripada suatu kesatuan yang
kukuh. Individu yang berada dalam kumpulan yang besar, bersatu dan
berkembang adalah jebih berfungsi daripada tindakan persaorangan.
Sehubungan dengan itu, Penulis amat yakin melalui dialog atau
perbincangan bersama-sama guru mampu mendorong kearah tindakan yang
melampaui batas biasa dan berkebolehan memecahkan permasalahan yang
rumit, dimana keadaan ini amat sukar dilakukan secara individu. Pertukaran
idea, pengalaman dan pendekatan merupakan perkara yang sering berlaku
dalam bentuk kumpulan. Hasil suatu kumpulan selalunya lebih baik daripada
kerja persaorangan.
21
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
22/26
0007-02
5.4 Kajian Tindakan
Program in bertujuan membiasakan guru membuat kajian berdasarkan
masalah yang mereka hadapi sewaktu berada di sekolah. Sesuatu masalah tidak
akan dapat diatasi jika hanya berdasarkan kepada andaian. Justru menerusi
kajian tindakan yang dijalankan, guru-guru akan sentiasa mencari jalan terbaik
bagi menyelesaikan sesuatu kelemahan pelajar. Program ini menggalakkan guru
belajar, berbincang dan mencari idea-idea baru dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Proses penyediaan kajian tidak akan sempurna tanpa adanya bimbingan
daripada individu yang lebih berpengalaman. Guru-guru digalakkan menghadiri
kursus penyediaan kajian. Program ini diteruskan setiap tahun dengan guru yang
berbeza menghadiri kursus. Organisasi pembelajaran yang wujud dalam kajian
tindakan banyak membantu mempertingkatkan akademik pelajar.
6.0 Membina Jaringan Komuniti Pembelajaran
6.1 Pemuafakatan profesional
Kebiasaan membentuk jaringan atau pemuafakatan profesional yang
juga disebuat sebagai "collegiality" adalah suatu perkara baru dalam kehidupan
guru-guru kita. Pendidikan guru masa depan memerlukan sistem jaringan yang
22
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
23/26
0007-02
berkesan untuk menjadi medan bertukar fikiran dan memperbaiki amalan dalam
mengendali tugas dan tanggungjawab khasnya dalam keadaan yang serba
pantas berubah.
Penulis telah membentuk jaringan komuniti pembelajaran diperingkat
sekolah supaya setiap orang guru bersedia untuk berkongsi pengalaman.
Jaringan ini akan berkembang bagi membentuk hubungan global di kalangan
pendidik dan pihak lain. Pokoknya, jaringan komuniti pembelajaran menjadi
teras kepada smart partnership antara semua pihak yang prihatin terhadap
pendidikan dan nasib masa depan generasi mendatang.
6.2 Teacher On Line
Program Teacher On Line bertujuan menyelesaikan masalah
semasa yang dihadapi oleh pelajar, terutamanya apa yang diajarkan oleh guru
pada hari tersebut. Program ini menuntut semua guru mempunyai e-mail sendiri.
Guru-guru mestilah mahir bukan saja menggunakan e-mail secara biasa tetapi
juga mereka mestilah tahu menjawab soalan pelajar dengan melakukan
sambungan (link) dan sangkutan(attached) dokumen. Program ini memerlukan
kepakaran dalam ICT bagi setiap orang guru dan juga setiap orang murid.
Penulis telah membuat soal selidik pengunaan e-mail dan kadar
kemampuan guru melaksanakannya. Bagi guru yang berada dalam tahap
rendah, kursus khas dijalankan oleh guru IT bagi mengajar guru tersebut
tatacara penggunaan e-mail secara berkesan.
23
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
24/26
0007-02
6.3 Kemudahan Fizikal
Proses membina profesionalisma bagi mencapai hasrat pendidikan
bertaraf dunia tidak dapat diasingkan daripada aspek kemudahan fizikal,
khususnya kemudahan teknologi yang masih menjadi salah satu cabaran
kepada kita. Penyediaan teknologi ke bilik darjah serta perancangan tenaga
manusia kearah pembestarian pembelajaran melalui penggunaan teknologi
komputer menagih kos yang amat tinggi. Negara maju seperti Amerika Syarikat,
Kanada dan United Kingdom memperlihatkan penglibatan pihak swasta dan
badan korporat bagi menanggung kos secara partnership dengan institusi
persekolahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan
teknologi komputer dan telekomunikasi. Projek Sekolah Barnaby South 2000 di
Kanada adalah contoh yang jelas tentang perkongsian bestari antara pihak
sekolah, komuniti dan korporat dalam merealisasikan konsep tersebut.
Persoalannya, sejauhmanakah smart partnership ini dapat dilaksanakan dalam
konteks pendidikan kita di Malaysia?
Penulis dalam melaksanakan proses ini telah menggunakan PIBG
sebagai saluran utama. Yang Dipertua PIBG sekolah merupakan orang yang
berpengaruh dan seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai, justru beliau
merupakan orang perantaraan sekolah dengan komuniti. Sebarang bantuan
khususnya dalam mencemerlangkan akademik mendapat sokongan yang jitu
dari komuniti serta pihak atasan.
24
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
25/26
0007-02
Penutup.
Penulis dalam melaksanakan tugas sebagai pengurus sekolah telah
melakukan penumpuan perubahan dari segi individu, penetapan halatuju
sekolah, reformasi pelbagai aspek berkaitan pengajaran guru dan pembinaan
jaringan komuniti bagi mencapai dan membentuk guru yang profesional kearah
pendidikan bertaraf dunia. Semua huraian yang dinyatakan di atas amat penting
dan sesuai dengan persekitaran guru di sekolah penulis. Kajian dari pembinaan
SWOT analisis yang telah dibuat menetapkan perkara yang diutarakan diatas
adalah perkara-perkara yang mesti diutamakan bagi membina generasi baru
pendidik di sini. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai sama ada dalam
pencapaian akademik, kokurikulum atau sahsiah. Buktinya amat jelas dengan
peningkatan PMR baru-baru ini yang menduduki tempat kedua daerah selepas
sekolah berasrama penuh. Peningkatan dalam kokurikulum juga amat ketara
iaitu menjadi Johan Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi peringkat negeri
dan tempat ketiga diperingkat kebangsaan. Kami amat yakin walau pun sebagai
sebuah sekolah harian biasa namun dengan program peningkatan
profesionalisma guru yang telah diutarakan diatas, kami mampu bersaing
dengan sekolah berasrama penuh di daerah ini.
25
-
8/14/2019 Guru Profesional 1
26/26
0007-02
Rujukan:
Alimuddin bin Mohd Dom (2006), Outstanding Leaders: Membina Sekolah
Cemerlang, Putrajaya,JNM.
Blase Joseph, Bringing Out the Best in Teachers, What Effective Principals Do,
Corwin Press, California, 2000,
Mohd Fadzilah Kamsah (1996), Prinsip Dan Teknik Pengurusan Yang
Cemerlang, Sri Kembangan: Excel Training & Consultancy Malaysia.
Md. Fiah bin Md Jamin, Penerapan Amalan Organisasi Pembelajaran di
Sekolah-sekolah di Malaysia, Satu Tinjauan Teoritikal; Jurnal Pendidikan
PKPSM, Julai 2006
Rahimah Hj Ahmad dan Tie Fatt Hee (2004), Principalship and School
Management,Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Senge ,P (2000) ; Schools That Learn, New York, Doubleday.
Mohd Yazid Yusof et al., (2007).Kertas Seminar Sekolah Berkesan.- Sekolah
Berkesan. Retrieved 2 April 2007, from
http://yik.itgo.com/text/sek_berkesan.html
Nik Zafri bin Abdul Majid, Learning Organisation, Siri K-Ekonomi, Daya Usaha
Strategik dan Wawasan 2020. Retrieved 2 April 2007, from
http://www.geocities.com/nikzafri/lo.html
http://yik.itgo.com/text/sek_berkesan.htmlhttp://www.geocities.com/nikzafri/lo.htmlhttp://yik.itgo.com/text/sek_berkesan.htmlhttp://www.geocities.com/nikzafri/lo.html