guru dan cabaran semasa edu 3093 (bab 5)

11
Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka Guru dan Cabaran Semasa | 1 BAB 5 : INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN 5.1 KONSEP INOVASI Idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang (Ronger E. Miller). Sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu (Spencer, 1994). Idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Pembaharuan, modifikasi dan membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi- fungsi tertentu. Perubahan penting yang bermanfaat beri manfaat kepada semua tanpa mengira ideologi. Inovasi adalah sesuatu yang baharu / unik hasil ciptaan / hasil penstrukturan semula yang memberi manfaat kepada masyarakat dan mempunyai nilai yang diutamakan. Proses inovasi boleh berlaku secara radikal (mendadak) atau secara berperingkat-peringkat sehingga terhasil perubahan kepada produk, proses atau perkhidmatan. 5.2 INOVASI DALAM PENDIDIKAN Dunia pendidikan akan sentiasa berkembang dan berubah mengikut keperluan semasa. Dunia berubah terutamanya melalui teknologi maklumat. Trend dalam P&P menunjukkan kecenderungan pembelajaran berasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif beri penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat. Penghasilan pemikiran baharu dalam pengajaran: o Apa yang diajar tidak serupa apa yang dipelajari o P&P terkini merangkumi pengajaran kolaboratif dalam kumpulan yang pelbagai o Isi pelajaran berbentuk rentasan kurikulum o Isi pelajaran boleh diakses secara meluas dan dikongsi di luar waktu belajar dan kursus o Pembelajaran berlaku hasil maklum balas rakan sekelas sebagai rakan kongsi dalam pembelajaran Pelajar dan majikan mengutamakan penggunaan TMK. Penyampaian P&P perlu beralih daripada secara tradisional kepada pengaplikasian kemahiran yang diperlukan. Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk: o Pengenalan teknologi baharu o Perubahan dalam sistem penyampaian o Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti Bentuk perkembangan inovasi: o Strategi P&P yang inovatif o Teknologi pengajaran o Reka bentuk resos o Persekitaran pembelajaran o Penaksiran pembelajaran

Upload: ina-rosyaida-yahya

Post on 18-Jan-2016

1.066 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

EDU 3093 / EDU 3109

TRANSCRIPT

Page 1: GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 (BAB 5)

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 1

BAB 5 : INOVASI DAN PERUBAHAN

DALAM PENDIDIKAN

5.1 KONSEP INOVASI

Idea, amalan atau objek yang

dianggap baru oleh seseorang

(Ronger E. Miller).

Sesuatu yang dianggap baru dan

lebih baik daripada yang lama oleh

seseorang individu (Spencer,

1994).

Idea, konsep atau strategi baru

yang boleh mempertingkatkan

sesuatu amalan.

Pembaharuan, modifikasi dan

membaiki idea, benda, ilmu dan

ciptaan seni budaya tamadun

dengan tujuan memenuhi fungsi-

fungsi tertentu.

Perubahan penting yang

bermanfaat – beri manfaat kepada

semua tanpa mengira ideologi.

Inovasi adalah sesuatu yang

baharu / unik hasil ciptaan / hasil

penstrukturan semula yang

memberi manfaat kepada

masyarakat dan mempunyai nilai

yang diutamakan.

Proses inovasi boleh berlaku

secara radikal (mendadak) atau

secara berperingkat-peringkat

sehingga terhasil perubahan

kepada produk, proses atau

perkhidmatan.

5.2 INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Dunia pendidikan akan sentiasa

berkembang dan berubah

mengikut keperluan semasa.

Dunia berubah terutamanya

melalui teknologi maklumat.

Trend dalam P&P menunjukkan

kecenderungan pembelajaran

berasaskan penemuan, inkuiri dan

resos, projek dan pembelajaran

aktif – beri penekanan kepada

mencari, meneroka, menilai dan

menggunakan maklumat.

Penghasilan pemikiran baharu

dalam pengajaran:

o Apa yang diajar tidak serupa

apa yang dipelajari

o P&P terkini merangkumi

pengajaran kolaboratif dalam

kumpulan yang pelbagai

o Isi pelajaran berbentuk rentasan

kurikulum

o Isi pelajaran boleh diakses

secara meluas dan dikongsi di

luar waktu belajar dan kursus

o Pembelajaran berlaku hasil

maklum balas rakan sekelas

sebagai rakan kongsi dalam

pembelajaran

Pelajar dan majikan

mengutamakan penggunaan TMK.

Penyampaian P&P perlu beralih

daripada secara tradisional kepada

pengaplikasian kemahiran yang

diperlukan.

Inovasi boleh berlaku dalam

pelbagai bentuk:

o Pengenalan teknologi baharu

o Perubahan dalam sistem

penyampaian

o Perubahan dalam prosedur

yang boleh meningkatkan

produktiviti

Bentuk perkembangan inovasi:

o Strategi P&P yang inovatif

o Teknologi pengajaran

o Reka bentuk resos

o Persekitaran pembelajaran

o Penaksiran pembelajaran

Page 2: GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 (BAB 5)

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 2

5.3 BENTUK PERKEMBANGAN

INOVASI

5.3.1 Strategi P&P yang inovatif

o Pembelajaran Berasaskan Projek

(PBP)

o Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBL)

o Pembelajaran Elektronik

o Pembelajaran Berasaskan Laman

Sesawang

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

Kaedah P&P yang bertitik mula

dengan penyelidikan tentang

‘problem-based learning’ dalam

bidang perubatan.

Definisi PBP

Satu kaedah pengajaran yang

sistematik yang melibatkan pelajar

dalam pembelajaran pengetahuan

dan kemahiran melalui proses

inkuiri lanjutan, direka bentuk

untuk menghasilkan produk /

tugasan.

Dua bentuk projek:

o Projek ringkas berdasarkan

matapelajaran. Tempoh masa

mungkin satu atau dua minggu

sahaja.

o Projek jangka masa panjang

(mungkin satu tahun pengajian),

berbentuk rentasan kurikulum

(pelbagai matapelajaran) dan

penglibatan komuniti luar

sekolah.

Model P&P yang memberikan

penekanan kepada pengajaran

berpusatkan pelajar, membolehkan

pelajar mempunyai autonomi

dalam membina pembelajaran

masing-masing.

PBP didefinisikan sebagai:

o Memberi fokus kepada isi

pelajaran

o Libatkan pengalaman

pembelajaran yang lebih

kompleks, berdasarkan situasi

sebenar yang memerlukan

pelajar guna kemahiran dan

pengetahuan

o Pengalaman yang

membolehkan pelajar mengurus

dan menentukan sumber, masa

dan bahan

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan

Projek

Berpusatkan kepada kurikulum

Jangka masa panjang (beberapa

waktu mengajar / satu penggal)

Berpusatkan pelajar

Berasaskan kumpulan

pembelajaran koperatif dan

kolaboratif

Bersepadu dengan isu sebenar

dan amalan sebenar dalam

persekitaran

Mempunyai impak kepada

kemahiran hidup, pengurusan diri,

proses kumpulan dan

penyelesaian masalah

Menggunakan penaksiran

berasaskan prestasi

Langkah-langkah Pelaksanaan PBP

1) Tugasan

Kemukakan masalah / situasi

kepada pelajar sama ada untuk

menghasilkan sesuatu produk /

projek atau mencipta sesuatu cara

baharu

2) Menganalisis masalah

Bincang untuk kenal pasti masalah

dan cari jalan penyelesaian

Page 3: GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 (BAB 5)

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 3

3) Meneroka masalah

Pelajar menyiasat semula masalah

secara kolektif (bersama) setelah

mengumpulkan maklumat melalui

rujukan, bacaan dan kajian

4) Membuat perkaitan

Pelajar berkumpul semula

Pelajar bincang masalah yang

dihadapi semasa proses

pembelajaran

Pelajar buat rumusan,

perbandingan dan perkaitan

dengan permasalahan baharu

yang serupa

5) Membuat refleksi

Pelajar buat refleksi tentang

proses P&P

Apa yang berjaya dilaksanakan?

Apa yang tidak berjaya dilakukan?

Bagaiman memilih projek?

Pelajar akan terlibat aktif jika

merasakan:

o Aktiviti menarik dan bermanfaat

o Mereka ada kemahiran untuk

melakukannya

o Aktiviti tersebut berfokus

kepada pembelajaran bukan

penaksiran

Guru pilih projek yang menepati

keperluan pelajar, mencabar dan

dalam kemampuan pelajar.

Peranan Guru

Bantu pelajar kenal strategi

pembelajaran mereka.

Menggunakan strategi penyoalan

yang mampu mencungkil daya fikir

pelajar.

Pastikan pelajar ada pengetahuan

yang diperlukan sebelum beri

tugasan.

Guna alat pengukur informal untuk

menaksir pelajar.

Wujudkan suasana bilik darjah

yang mengutamakan

pembelajaran dan penerokaan

bukan jawapan yang betul dan

pertandingan.

Pembelajaran Berasaskan Masalah

(PBL)

Mempunyai ciri-ciri yang serupa

dengan pembelajaran berasaskan

projek.

Satu strategi pembelajaran melalui

‘membuat’ / ‘melakukan’ (learning

by doing).

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan

Masalah

Masalah yang realistik

(berdasarkan duni sebenar) yang

dapat menarik perhatian dna minat

pelajar.

Pelajar perlu cari maklumat baharu

untuk membolehkan mereka

menyelesaikan masalah.

Guru membantu, membimbing dan

membuat scaffolding.

Kemahiran mencari dan

menganalisis maklumat daripada

pelbagai sumber.

Pelajar belajar dalam kumpulan

koperatif dan secara kolaboratif.

Sitesis pelbagai maklumat untuk

menyelesaikan masalah.

Refleksi pengalaman

pembelajaran.

Langkah-langkah PBL

Kemukakan masalah berdasarkan

kes / kisah sebenar

Jelaskan hasil pembelajaran yang

hendak dijangka

Sediakan persekitaran

pembelajaran yang selamat

Page 4: GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 (BAB 5)

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 4

Sediakan bimbingan isi pelajaran

dan strategi:

o Coaching apprenticeship

o Scaffolding

Sediakan resos pembelajaran:

o Modul pembelajaran

o Sumber pengayaan dan

pemulihan

o Sumber multimedia

Adakan maklum balas untuk

refleksi

Pembelajaran Elektronik (e-learning)

Pembelajaran yang berlaku

menggunakan komputer dan

internet.

Pembelajaran boleh berlaku di

mana-mana / pada bila-bila masa

ikut keperluan pelajar.

Menghasilkan pengalaman yang

memberi pemahaman dan

penguasaan kemahiran serta

kemahiran baharu.

Reka bentuk penyampaian P&P

elektronik berdasarkan prinsip

pengajaran.

Pembelajaran elektronik merujuk

kepada semua jenis pembelajaran

yang dicapai melalui internet,

jaringan komputer, CD ROM,

televisyen interaktif.

Pendekatan pembelajaran

elektronik:

o Online Learning

o Technology Based Learning

o Web Based Learning

o Web Based Training

o Computer Based Learning

o Computer Based Training

Jenis-jenis Pembelajaran Elektronik

Pembelajaran dalam talian

sepenuhnya

o Digunakan dalam pembelajaran

jarak jauh (PJJ)

o Pelajar dan guru tidak bertemu

secara bersemuka

o Bahan sumber pembelajaran

dan penaksiran dimuatkan

secara maya dalam talian

o Interaksi berlaku sepenuhnya

dalam talian

Pembelajaran ‘blended’

o Gabungan dalam talian dan

interaksi bersemuka

o Digunakan dalam PJJ oleh

kebanyakan IPT di Malaysia

terutama OUM

o Pertemuan bersemuka secara

berkala dalam bentuk tutorial

Jenis Komunikasi dalam Pembelajaran

Elektronik

Synchronous (serentak)

o Pertukaran idea, maklumat atau

perbincangan berlaku antara

dua atau lebih peserta secara

serentak dalam masa yang

sama.

o Contoh : chat, video konferensi,

telekonferensi.

Asynchronous (tidak serentak)

o Pertukaran idea atau maklumat

berlaku pada masa tertangguh.

o Tindak balas kepada soalan

atau maklumat yang

diketengahkan berlaku pada

masa yang berbeza.

o Contoh : emel, SMS, forum

maya, web.

Page 5: GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 (BAB 5)

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 5

Bentuk Penyampaian P&P

Cetak

o Petikan jurnal, rencana dalam

e-text

o Buku dalam bentuk text book

o Majalah dalam bentuk e-

majalah

Video

o Klip video

o Rakaman video

o Siaran melalui satelit dan kabel

Audio

o Rakaman audio

Ciri-ciri Pembelajaran Elektronik

Pembelajaran berlaku ikut kadar

kendiri pelajar.

Pembelajaran berlaku ikut

kehendak dan keperluan pelajar

dalam bentuk arahan kendiri –

pelajar sendiri tentukan cara,

masa, tumpuan dan kemahiran

yang ingin dikuasai.

Memenuhi kepelbagaian gaya

pembelajaran.

Boleh dicapai di mana-mana shaja

ada internet.

Boleh dicapai oleh lebih ramai

pelajar.

Memerlukan kemahiran guna

komputer dan internet.

Pembelajaran Berasaskan Laman

Sesawang

Jenis pembelajaran dalam talian

yang menggunakan gabungan

streaming video, persembahan

PowerPoint, penerangan audio

dan perisian lain dalam

penyampaian P&P.

Pertemuan bersemuka antara guru

dan pelajar tidak diadakan

langsung.

Pembelajaran berlaku sepenuhnya

melalui laman sesawang.

Maklumat-maklumat penting

seperti maklumat kursus, sukatan

pelajaran, Tarik-tarikh dan arahn

pembelajaran dimuatkan dalam

talian.

Bahan pembelajaran, kuiz, latihan

pengukuhan dimuat naik secara

berkala.

Tujuh fungsi penting dalam

pembelajaran ini:

o Pengumuman berdasarkan

masa sebenar

o Teks, html, spread sheet, video,

PowerPoint

o Buku gres real time

o Pautan luar

o Laman diskusi dan chat room

o Kuiz automatik

o Emel individu dan senarai

peserta

5.3.2 Teknologi Pengajaran

Menggunakan medium

persembahan penyampaian

o PowerPoint, grafik, tayangan

video, audio rakaman, smart

board interactive

Penggunaan sumber internet

dalam pengajaran

o Boleh bawa dunia luar terus ke

dalam bilik darjah

o Bahan sumber boleh dimuat

turun / disediakan sebagai

bahan siaran langsung untuk

kegunaan pelajar

Penggunaan e-mel, papan

maklumat dalam talian, blog, portal

bagi menyokong pembelajaran

o Pelajar dan guru dapat

berkomunikasi

Page 6: GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 (BAB 5)

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 6

Menyenaraikan laman sesawang

dan e-jurnal dalam senarai bacaan

o Perpustakaan maya yang

memuatkan e-buku dan e-jurnal

secara dalam talian

Menggunakan teknologi baharu

dalam ujian dan undian dalam bilik

darjah

o Electronic Voting System (EVS)

o Pelajar boleh beri respons

kepada soalan objektif untuk

buat pilihan / undian

Merakam isi pelajaran untuk

podcasting

o Podcasting : proses merakam

siri / episod dalam bentuk audio

o Rakaman dimuat naik ke laman

sesawang atau portal

o Beri peluang kepada pelajar

untuk menelaah isi pelajaran di

mana-mana

5.3.3 Reka Bentuk Resos

Teknologi yang digunakan:

Portfolio elektronik (e-portfolio)

MP3

CD-ROM

Laman sesawang / web

Web 2.0 Tools

E-mel

Blog

Wiki

Chat

Podcast

Perkembangan Resos Pembelajaran

Berasaskan Teknologi ICT

e-buku

o Buku dalam bentuk elektronik

o Memuatkan isi kandungan yang

sama dengan buku dalam

bentuk cetak

o Ada ciri tambahan seperti

terdapat pautan, fungsi carian

e-majalah

o mudah dicapai melalui internet

o guru dapat menambah dengan

membimbing (scaffold) –

menambah nota, saranan,

tugasan untuk mengarahkan

pembelajaran

e-portfolio

o Alat interaktif dinamik yang

memuatkan pengumpulan

bahan pembelajaran pelajar,

artifak, catatan interaksi antara

guru dan pelajar

o Memudahkan guru memantau

dan membimbing pelajar ikut

keperluan

Blog dan forum

o Beri pelajar peluang untuk

membaca, menulis, memberi

respons, berkolaborasi dan

berbincang

o Pelajar yang introvert dan

pendiam juga dapat bermotivasi

untuk melibatkan diri

o Dengan bimbingan dan

pemantauan yang baik,

kemahiran berfikir aras tinggi

dapat dikembangkan

Page 7: GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 (BAB 5)

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 7

5.3.4 Persekitaran Pembelajaran

Persekitaran pembelajaran

berubah daripada persekitaran

formal kepada persekitaran bilik

darjah maya dan seterusnya

persekitaran pembelajaran

personal.

Persekitaran Pembelajaran Personal

(PLE)

Pembelajaran berlaku secara

online dalam pelbagai bentuk

pilihan pelajar.

Pembelajaran formal dan informal

boleh berlaku.

Maklumat isi pelajaran diperoleh

melalui pelbagai media dan

perisian.

Pelajar sendiri menentukan arah

dan hala tuju pembelajarannya.

Interaksi sosial berlaku melalui

penggunaan pelbagai media dan

perisian sosial.

Memenuhi konsep pembelajaran

sepanjang hayat.

Pelbagai jenis perisian yang boleh

dipilih mengikut kesesuaian

fungsinya untuk mencapai

matlamat palajar – Skype, Twitter,

Facebook, YouTube.

Perkembangan teknologi internet

mewujudkan PLE.

Perisian sosial membolehkan

perhubungan, pengisian isi

kandungan dan perkhidmatan

(wiki, blog, weblog).

Antara perisian PLE:

o Word processor

o E-mel

o Diari

o Audio

o Weblog

o Video Editing

o Podcast Publishing

PLE – maklumat boleh diperoleh

dengan mudah dengan satu klik.

Persekitaran Bilik Darjah Maya (Virtual

Classroom)

Kawalan terhadap pembelajaran

dibuat oleh institusi yang

menyediakan portal pembelajaran.

Kawalan dibuat melalui Learning

Management System (LMS) dan

Virtual Learning Environment.

Meliputi penggunaan papan

bulletin, tidak mementingkan

hubungan sosial antara pengguna.

Pembelajaran berlaku secara

online sepenuhnya atau secara

gabungan (blended).

Maklumat dan aktiviti dimuatkan

dalam portal pembelajaran.

Pelajar perlu berdaftar.

Kawalan berlaku melalui papan

bulletin.

Tiada interaksi sosial.

5.3.5 Penaksiran Pembelajaran

Penaksiran dalam bilik darjah

membolehkan guru mendapatkan

maklumat tentang apa jua yang

telah pelajarnya belajar dan sejauh

mana tahap penguasaan pelajar.

Bertujuan memastikan

pembelajaran berlaku.

Bantu guru rancang pengajaran

untuk keberkesanan pembelajaran.

Berbentuk formatif dan

berpusatkan pelajar.

Bilik darjah formal di sekolah

Bilik darjah maya

Pembelajaran personal

Page 8: GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 (BAB 5)

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 8

Ciri-ciri Penaksiran Pembelajaran

1) Berpusatkan pelajar

Beri tumpuan untuk jadikan

pembelajaran berkesan

2) Arahan guru

Guru tentukan apa yang hendak

dinilai, bagaimana hendak menilai

dsb.

3) Manfaat bersama

Melalui penaksiran pelajar akan

lebih faham isi pelajaran

Guru dapat idea baru untuk jadikan

P&P lebih berkesan

4) Formatif

Matlamat penaksiran jadikan

pembelajaran lebih berkualiti

bukan penggredan

Guru dapat buat penambahbaikan

proses P&P

5) Berterusan

Penaksiran berlaku sepanjang

proses P&P sebagai satu bentuk

maklum balas yang memberi

maklumat kepada guru tentang

perkembangan pelajar

Maklum balas boleh bantu guru

jelaskan perkara yang pelajar

belum faham

Perkembangan dalam Penaksiran

Pembelajaran

Penaksiran Prestasi

Penaksiran Portfolio

Penaksiran Kendiri

Penaksiran Berasaskan Komputer

Penaksiran Prestasi

Menilai keupayaan pelajar dalam

melakukan sesuatu /

menggunakan sesuatu kemahiran

dalam menghasilkan sesuatu yang

baru dan kreatif.

Penaksiran dibuat melalui

pemerhatian, pencerapan serta

hasil produk.

Merekodkan apa yang diketahui

dan dapat dilakukan oleh pelajar.

Menilai keupayaan pelajar berfikir,

membuat analisis, sintesis,

penilaian serta memindahkan fakta

dan idea.

Membolehkan guru buat

penaksiran secara individu

berdasarkan pemerhatian

sepanjang proses belajar.

Membolehkan ibu bapa,

pengurusan sekolah, dan

sebagainya mendapat maklumat

yang tepat dan terperinci tentang

pembelajaran pelajar.

Komponen penaksiran prestasi:

o Senarai semak perkembangan

pelajar

o Portfolio pembelajaran

o Laporan pembelajaran

Ciri-ciri Penaksiran Prestasi

Pelajar terlibat dalam kajian /

aktiviti yang berbentuk autentik

(asli dan kreatif).

Tugasan kajian yang bermakna,

berbentuk aplikasi kemahiran serta

integrasi KBAT.

Tugasan berasaskan proses dan

produk.

Beri penekanan kedalaman

pemahaman dalam melaporkan

kajian bukan meluaskan kajian.

Page 9: GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 (BAB 5)

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 9

Peranan Guru dalam Melaksanakan

Penaksiran Prestasi

Tentukan matlamat prestasi

tugasan.

Sediakan hasil pembelajaran

secara terperinci.

Sediakan tugasan ‘real-world’,

mencabar tetapi realistik.

Sediakan langkah-langkah

pelaksanaan tugasan yang

lengkap dan dapat memandu

pelajar.

Bina penaksiran pembelajaran

dalam tugasan, iaitu berbentuk

kontekstual.

Gunakan borang penilaian yang

boleh bantu guru buat penaksiran

prestasi pelajar secara adil dan

tepat.

Penaksiran Berasaskan Portfolio

Bentuk bukti perkembangan

pelajar.

Portfolio – pengumpulan bahan

pembelajaran, aktiviti proses

pembelajaran, hasil kerja, dsb.

Merujuk kepada prosedur untuk

merancang, menguti dan

menganalisis pelbagai sumber

data yang dimasukkan dalam

portfolio.

Penaksiran berasaskan portfolio:

o C – collecting (buat

pengumpulan)

o R – reflecting (refleksi kendiri /

catatan jurnal)

o A – assessing (buat penaksiran)

o D – documenting (menyimpan,

merekod)

o L – linking (buat perkaitan)

o E – evaluating (buat penilaian)

Ciri-ciri Portfolio yang Mematuhi

Prosedur Penaksiran Sistematis

1) Komprehensif

Pengumpulan data yang teat dan

pelbagai

2) Terancang dan sistematik

Dirancang dengan baik sebelum

dilaksanakan

3) Bermaklumat

Maklumat hendaklah bermakna

kepad guru, ibu bapa dan pelajar

Dapat beri maklum balas yang

tepat dan bantu guru buat

penilaian

4) Dibuat khusus

Menepati tujuan dan matlamat

penyediaan

5) Autentik

Prosedur Penaksiran Portfolio

1) Kenal pasti tujuan dan fokus portfolio

2) Rancang isi portfolio

Pilih prosedur penaksiran,

tentukan isi kandungan portfolio,

tetapkan tempoh dan kekerapan

penaksiran

3) Reka bentuk analisis portfolio

Tetapkan standard dan kriteria

penaksiran, tentukan prosedur

untuk mengintegrasikan maklumat

4) Sediakan tatacara penyampaian

Rancang penyampaian dan

maklum balas kepada pelajar dan

ibu bapa

Page 10: GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 (BAB 5)

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 10

5) Kenal pasti prosedur mengesahkan

ketepatan maklumat

Bentuk sistem untuk menyemak

kebolehpercayaan maklumat dan

sistem mengesahkan keputusan

6) Laksanakan model penaksiran portfolio

Alat yang sesuai seperti rubrik,

skala kadar, senarai semak

Penaksiran Kendiri

Pelajar menilai diri sendiri, apa

yang telah dipelajari dan

bagaimana dia mempelajarinya.

Pelajar bertanggungjawab untuk

menguruskan pembelajarannya

sendiri.

Pelajar memantau perkembangan

dan kemajuan diri sendiri

bersandarkan objektif / hasil

pembelajaran.

Langkah-langkah Penaksiran Kendiri

Membuat refleksi ke atas

pengalaman atau pembelajaran

lepas.

Cuba mengingat dan memahami

apa jua yang telah berlaku.

Cuba dapatkan gambaran / idea

yang jelas tentang apa jua yang

telah dipelajari / dicapai.

Berkongsi tanggungjawab dengan

sekolah tentang pembelajaran

pelajar.

Membuat keputusan berkaitan

dengan aktiviti masa depan dan

hala tuju yang akan diambil.

Strategi P&P yang membantu membuat

Penaksiran Kendiri

1) Modelling (guna hasil kerja yang baik

sebagai contoh)

Guru bombing pelajar buat

perbandingan hasil kerja contoh

dengan hasil pembelajaran.

2) Kemahiran menyoal secara berfokus

Galakkan pelajar bina soalan untuk

dapatkan maklumat tambahan

tentang sesuatu

Bincang soalan untuk dapatkan

jawapan dengan bimbingan guru

3) Menggunakan pengurusan grafik

sebagai alat penaksiran

Pengurusan grafik dapat bantu

tingkatkan kemahiran berfikir –

buat kalsifikasi, perbandingan,

banding beza

Contoh: peta minda, carta alir

4) Membuat refleksi pembelajaran

Catat tentang apa jua yang

dialami, kekuatan, kelemahan dan

cara membuat penambahbaikan

5) Penilaian rakan sebaya

Maklum balas daripada rakan

pelajar

Boleh dibuat dalam bentuk

perbincangan kelas

Page 11: GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 (BAB 5)

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 11

Penaksiran Berasaskan Komputer

Penaksiran yang disediakan,

ditadbir dan disemak oleh

komputer.

Terdapat perisian khas yang

disediakan untuk kegunaan guru.

Menjadikan penaksiran

pembelajaran lebih menarik kerana

maklum balas boleh diperoleh

secara langsung.

Prestasi pelajar ditentukan oleh

program komputer berdasarkan

aras kesukaranyang dapat dijawab

oleh pelajar.

Electronic Voting System (EVS)

membolehkan guru membuat

penaksiran pembelajaran pelajar

semasa proses P&P atau sebaik

sahaja selesai penyampaian

pengajaran.

Tahap penguasaan pelajar dapat

diukur dalam masa yang singkat –

membolehkan sebarang tindakan

susulan dibuat.

Rujukan:

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,

Sharifah Fakhriah Syed Ahmad &

Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan

Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford

Fajar Sdn. Bhd