golongan perkataan

26
KERJA KURSUS PENDEK PENGAJIAN MELAYU (PM 2311 P5) PPISMP GSTT BIM SEM 2 NUR ‘AFIQAH BINTI JAMALUDDIN 890917-14-5568 MORFOLOGI (PENGGOLONGAN KATA DAN KATA MAJMUK) 1.0 PENGENALAN Dalam kerja kursus pendek (kkp) pengajian Melayu ini terdapat beberapa perkara penting yang perlu dilaksanakan saya secara individu. Kkp ini membincangkan serba sedikit tentang morfologi daripada beberapa tokoh yang terkemuka dalam bidang bahasa ini yang terkandung dalam Bahasa Melayu yang dipelajari. Selain itu, ia turut mengandungi analisis yang mantap tentang penggolongan kata malah keutamaan diberi kepada penghuraian cara pembentukan kata majmuk dalam Bahasa Melayu. Kedua-dua topik yang dibincangkan berdasarkan artikel yang dikaji terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Morfologi merupakan kajian selok-belok pembentukan kata dan fungsi perkataan yang terbentuk. Setiap perkataan mempunya maksud yang berbeza-beza apabila kita melihat di beberapa kamus bahasa tidak kira bahasa melayu mahupun bahasa lain. Unit terkecil dalam morfologi ialah morfem. Morfem terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri sendiri dalam ayat manakala morfem terikat pula membawa maksud sebaliknya dan memerlukan penambahan pengimbuhan supaya ia dapat berdiri sendiri. Terdapat perbezaan apabila ada perubahan pada kata akar atau kata dasar. Takrif tradisional memberitahu bahawa kata akar bersifat morfem bebas mahupun morfem terikat . Morfem akar diperlukan untuk tujuan penambahan dan kata majmuk . Kata dasar pula bermaksud bentuk morfem bebas yang boleh berdiri sendiri dalam frasa. Menurut Siti Hajar (2011) dalam buku Bahasa Melayu, morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan golongan kata. Struktuk kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Menurut Asraf (1981) dalam buku Teori Bahasa, dua aspek morfologi yang amat penting ialah golongan kata dan pengimbuhan.

Upload: afiq-afifi

Post on 13-Dec-2015

124 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dh

TRANSCRIPT

NUR ‘AFIQAH BINTI JAMALUDDIN890917-14-5568MORFOLOGI (PENGGOLONGAN KATA DAN KATA MAJMUK)

1.0 PENGENALAN

Dalam kerja kursus pendek (kkp) pengajian Melayu ini terdapat beberapa perkara

penting yang perlu dilaksanakan saya secara individu. Kkp ini membincangkan serba sedikit

tentang morfologi daripada beberapa tokoh yang terkemuka dalam bidang bahasa ini yang

terkandung dalam Bahasa Melayu yang dipelajari. Selain itu, ia turut mengandungi analisis

yang mantap tentang penggolongan kata malah keutamaan diberi kepada penghuraian cara

pembentukan kata majmuk dalam Bahasa Melayu. Kedua-dua topik yang dibincangkan

berdasarkan artikel yang dikaji terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Morfologi merupakan kajian selok-belok pembentukan kata dan fungsi perkataan yang

terbentuk. Setiap perkataan mempunya maksud yang berbeza-beza apabila kita melihat di

beberapa kamus bahasa tidak kira bahasa melayu mahupun bahasa lain. Unit terkecil dalam

morfologi ialah morfem. Morfem terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri sendiri dalam ayat manakala morfem terikat

pula membawa maksud sebaliknya dan memerlukan penambahan pengimbuhan supaya ia

dapat berdiri sendiri. Terdapat perbezaan apabila ada perubahan pada kata akar atau kata

dasar. Takrif tradisional memberitahu bahawa kata akar bersifat morfem

bebas mahupun morfem terikat. Morfem akar diperlukan untuk tujuan penambahan dan kata

majmuk. Kata dasar pula bermaksud bentuk morfem bebas yang boleh berdiri sendiri dalam

frasa.

Menurut Siti Hajar (2011) dalam buku Bahasa Melayu, morfologi merupakan

bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan golongan kata. Struktuk kata

bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa

yang bermakna.

Menurut Asraf (1981) dalam buku Teori Bahasa, dua aspek morfologi

yang amat penting ialah golongan kata dan pengimbuhan.

Menurut Lih. Aronof (1976) dalam buku Binaan dan Fungsi Perkataan,

morfem adalah bentuk ujaran atau bentuk bahasa yang minimum yang boleh

ditubuhkan sebagai satu kontruksi atau binaan yang tersendiri dan boleh

diasingkan dan dibezakan daripada bentuk yang lain dan morfem mungkin

mempunyai makna tersendiri yang tetap dan mungkin tidak.

Menurut Abdullah Hassan (2007:1), morfologi adalah satu bidang ilmu

yang mengkaji bentuk perkataan.

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan dalam buku Tatabahasa

Dewan Edisi Ketiga (2008), morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang

mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Dengan

struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan)

yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit

tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses

pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Kesimpulannya, beberapa pendapat tokoh yang dilihat adalah sama dan bertepatan

dengan sukatan pelajaran yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

yakni mengikut aliran terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Abdullah Hassan dan Nik

Safiah Karim agar tiada percanggahan pendapat dalam kalangan pelajar di peringkat rendah

dan menengah. Pemilihan yang dibuat berdasarkan kajian daripada Tatabahasa Dewan yang

luas dan mudah memperolehi maklumat yang bertepatan dengan sukatan pelajaran.

2.0 GOLONGAN PERKATAAN

BIL PERKATAANKATA NAMA

KATA KERJA

KATA ADJEKTIF

KATA TUGAS

1 budaya 2 bangsa 3 adalah 4 nilai 5 dan 6 tingkah 7 laku 8 baik 9 yang

10 menjadi 11 amalan 12 dan 13 cara 14 hidup 15 dalam 16 konteks 17 pendidikan 18 ada 19 beberapa 20 contoh 21 budaya 22 antaranya 23 ialah 24 budaya 25 ilmu 26 budaya 27 membaca 28 budaya 29 berfikir 30 dan 31 budaya 32 mereka 33 cipta 34 secara 35 ringkas 36 tujuannya 37 adalah 38 menjadikan 39 menuntut 40 ilmu 41 membaca 42 berfikir

43 dan 44 mereka 45 cipta 46 sebagai 47 satu 48 cara 49 hidup 50 bangsa 51 yang 52 cemerlang 53 dalam 54 bidang 55 ini 56 akan 57 dihormati 58 dan 59 disegani 60 bangsa 61 lain 62 di 63 dunia 64 bangsa 65 yang 66 berbudaya 67 tinggi 68 akan 69 melonjakkan 70 negara 71 mereka 72 ke 73 tahap 74 kemasyhuran 75 dan 76 berada 77 dalam 78 kelompok79 negara 80 maju 81 di 82 dunia 83 maksudnya 84 kualiti 85 rakyat 86 mencapai 87 tahap 88 piawaian

89 dunia 90 sama 91 ada 92 dalam 93 bidang 94 ilmu 95 tahap 96 dan 97 mutu 98 pembacaan 99 perspektif

100 pemikiran 101 tinggi 102 dan 103 keupayaan 104 mereka 105 cipta 106 dengan 107 kefahaman 108 ini 109 tamadun 110 negara 111 diertikan 112 sebagai 113 tahap114 dan 115 kualiti 116 rakyat 117 yang 118 dapat 119 menempatkan 120 negara 123 dalam 122 kategori 123 negara 124 maju 125 dan 126 sejahtera 127 di 128 dunia 129 dan 130 akhirat 131 usaha 132 pembinaan 133 budaya 134 dan

135 tamadun 136 negara 137 menerusi 138 pendidikan 139 hendaklah 140 dimulai 141 dengan 142 penyediaan 143 kualiti 144 pendidikan 145 dan 146 kehidupan 147 rujuk 148 rajah 149 keadaan 151 ini 152 akan 153 menjadi 154 media 155 bagi 156 membina 157 dan 158 menyuburkan 159 amalan 160 bubaya 161 hidup 162 untuk 163 berbakti 164 gaya 165 hidup 166 ini 167 secara168 berperingkat 169 dan 170 bertahap 171 akan 172 merealisasi 173 pembinaan 174 budaya 175 bangsa 176 dan 177 tamadun 178 negara 179 kualiti 180 pendidikan 181 bermaksud

182 pengajaran 183 berkesan 184 mampu 185 mengenal 186 pasti 187 dan 188 menyuburkan 189 potensi 190 pelajar 191 secara 192 harmoni 193 ke 194 tahap 195 paling 196 optimum 197 iklim 198 pendidikan 199 akan 200 meningkatkan

Jadual 1: Kajian Petikan 1

2.1 ULASAN GOLONGAN PERKATAAN

Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata yang dibentuk dan

dibina sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa yang dikaji.

Terdapat perkataan yang dibina berbentuk tunggal malahan ada juga yang terbentuk hasil

daripada proses pengimbuhan. Tidak terkecuali perkataan yang berbentuk hasil daripada

proses pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan setiap satunya seperti gaya,

bergaya, jangka lukis, dan kaedah-kaedah.

Berdasarkan jadual kajian petikan 1, keseluruhan 200 perkataan yang dikaji telah

dikenal pasti perkataan yang manakah ditanda di dalam golongan tersebut. Perkataan dalam

sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan ciri-ciri sepunya

perkataan itu, sebagai contoh ciri struktur fonologi atau bunyi, ciri struktur morfem, ciri sintaksis,

dan semantik.

Golongan kata dalam Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu

kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Kata nama, kata kerja, dan kata adjektif

adalah golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat malahan perkataan yang

lain sekiranya masuk ke dalam ayat melalui perhubungannya dengan perkataan-perkataan dari

dalam tiga golongan utama ini. Pembahagian dapat dilihat secara ringkas berdasarkan rajah 1.

Rajah 1

Golongan kata nama mempunyai perkataan yang boleh dijadikan sebagai subjek dalam

ayat. Selalunya kata nama ini terdiri daripada orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep.

Golongan kata nama terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kata nama am, kata nama khas, dan

kata ganti nama. Perincian penggolongan kata nama dapat dilihat pada rajah 3 di bahagian

lampiran.

Kata nama am bermaksud kata yang mempunyai sifat yang umum dan dapat

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak.

Antara contoh kata nama am konkrit seperti kaki, hidung, pagar, lori dan kertas. Manakala

contoh bagi kata nama am abstrak yang membawa konswp mujarab atau yang hanya dapat

dirasai tetapi tidak dapat dipegang seperti keharmonian,kegembiraan, dan kejayaan.

Kata nama Khas merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan pangkal ejaan

huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup dan kata nama

khas tidak hidup. Kata nama khas hidup dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kata nama khas

hidup manusia dan bukan manusia. Antara perkatan yang menunjukkan kata nama khas hidup

Golongan perkataan

kata nama kata kerja kata adjektif kata tugas

manusia seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Naina, Muhammad, Saloma dan Ah Chong.

Manakala bagi kata nama hidup bukan manusia pula ialah Pahang, Gombak, Bukit Bendera,

Batu Feringgi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan Perodua.

Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil iaitu kata ganti nama tunjuk

dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk merupakan kata ganti yang berfungsi untuk

mengarah kepada sesuatu perkara, benda, ataupun tempat. Setiapnya telah diberi nama

berdasarkan pernggunaan kata nama tunjuk ini iaitu kata ganti nama yang menunjuk pada

perkara atau benda dipanggil kata ganti nama tunjuk umum manakala yang menunjuk pada

tempat disebut kata ganti nama tunjuk. Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum iaitu ini

yang merujuk pada yang dekat dan merujuk pada yang jauh. Tambahan lagi, bagi kata ganti

nama tunjuk tempat pula, terdiri daripada sini yang menunjukkan pada arah yang dekat, situ

menunjukkan pada arah yang agak jauh dan sana menunjukkan arah yang jauh. Bagi kata

nama ganti diri terbahagi kepada dua bahagian iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti

nama diri orang. Kata nama ganti diri tanya ialah terdiri dari jenis kata nama yang bertujuan

untuk menanyakan sesuatu seperti benda, perkara, dan manusia. Ada tiga bentuk kata ganti

nama diri tanya iaitu siapa yang merujuk orang, apa merujuk kepada benda ataupun perkara,

dan mana yang merujuk kepada benda dan orang. Kata ganti nama diri orang merujuk

manusia. Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu kata ganti nama diri

orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga. Perincian mengenai kata nama diri tunjuk,

contoh pertanyaan, contoh kata ganti nama diri orang diberikan seperti dalam jadual 2 di

bawah.

Kata Ganti Nama Contoh

Kata ganti nama tunjuk :

1) Ini

2) Itu

1) Ini kucing saya.

2) Itu kasut dia.

Kata ganti nama tempat :

1) Sini

2) Situ

3) Sana

1) Sila datang ke sini dengan segera.

2) Jangan letakkan ia di situ.

3) Mari kita ke sana.

Kata ganti nama diri tanya :

1) Siapa

2) Apa

3) Mana

1) Siapa yang melakukan perbuatan ini ?

2) Apa yang berlaku sebentar tadi di

sana?

3) Mana agaknya ayah meletakkan kunci

keretanya?

Kata ganti nama diri orang pertama Saya, aku, beta, patik, kami, kita

Kata ganti nama diri orang kedua Saudara, saudari, kamu, awak, engkau, anda

Kata ganti nama diri orang ketiga Ia, dia, beliau, mereka, -nya

Jadual 2

Berdasarkan penerangan yang diberikan, dapat dilihat secara ringkasa mengenai

golongan kata nama berdasarkan rajah 2.

Rajah 2

Kata NamaAm

HidupManusia

Bukan Manusia

Tidak HidupAbstrak

Konkrit

KhasHidup

Manusia

Bukan Manusia

Tidak Hidup

Gantitunjuk

tanya

diri orangpertama

kedua

ketiga

Berdasarkan jadual kajian petikan 1, terdapat beberapa perkataan yang digolongkan

dalam golongan kata nama ini. Sebagai contoh perkataan yang terdapat dalam jadual tersebut

adalah budaya, ilmu, negara, dunia, akhirat, tamadun, ini, mereka, dan lain-lain. Ini juga dapat

membuktikan bahawa penggunaan golongan kata nama adalah golongan yang penting untuk

membina sturktur ayat dan membina artikel yang berkualiti dari aspek bahasa dan

tatabahasanya.

Golongan kata kerja mempunyai perkataan yang dapat menjadi asas dalam pembinaan

frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja

transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif dipecahkan kepada kata kerja transitif

yang ada pada ayat aktif dan ayat pasif. Manakala bagi kata kerja tak transitif terbahagi kepada

kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut ayat yang dilabel sebagai

objek. Kata kerja transitif yang wujud dalan ayat aktif akan menerima imbuhan awalan meN-

dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif pula

ialah kata kerja yang mengalami perubahan struktur ayat dari ayat aktif ke ayat pasif.

Berdasarkan jadual kajian petikan 1, antara perkataan yang menunjukkan penerimaan imbuhan

kata kerja transitif seperti menempatkan, menyuburkan, dan menuntut.

Golongan kata adjektif ialah perkataan yang boleh menjadi unsur dalam binaan frasa

adjektif. Kata adjektif dapat dipecahkan kepada sembilan kumpulan berdasarkan makna setiap

perkataannya. Antaranya adalah yang pertama kata adjektif sifatan, contohnya baik, jahat,

cerdik, nakal, buas, garang, jarang, lemah, segar, cantik, sihat dan sebagainya. Kedua, kata

adjektif warna seperti putih, kuning, hijau, biru dan hitam. Ketiga, kata adjektif ukuran seperti

panjang, pendek, tebal, nipis, dalam, cetek dan tohor. Keempat, kata adjektif bentuk seperti

bulat, lonjong, leper, dan bundar. Kelima, kata adjektif pancaindera melalui 5 deria iaitu rasa,

pandang, dengan, bau, dan sentuh. Keenam, kata adjektif waktu seperti cepat, spontan, lewat,

dan awal. Ketujuh, kata adjektif cara seperti cepat, laju, deras, dan perlahan. Kelapan, kata

adjektif perasaan seperti rindu,asyik, kasih, sayang, dan benci. Yang terakhir adalah kata

adjektif jarak contohnya jauh, dekat, hampir, dan nyaris.

Walau bagaimanapun, golongan kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata

adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan melihat

cirinya yang didahului atau diikuti oleh kata penguat. Berdasarkan jadual kajian petikan 1,

antara perkataan yang digunakan oleh penulis menunjukkan kata adjektif juga perlu dalam

binaan struktur ayat contohnya harmoni, maju, sejahtera, dan optimum. Secara ringkas dapat

dilihat berdasarkan rajah 3.

kata adjektif

sifatan atau keadaanbaik,lemah,curiga

warnamerah, putih

ukuranrendah, tebal, renek

bentukbuncit, lekuk, leper

waktubaharu, awal, lampau

jarakhampir, dekat, jauh

caracepat, deras, selalu

perasaanrindu, ragu, cinta, segan

pancainderapayau, lazat, kelat

Rajah 3

Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat berbagai-bagai jenis atau

heterogen. Golongan kata tugas ini mempunyai berbagai-bagai bahagian yang kecil tetapi

memiliki sifat yang sama iaitu tidak dapat menjadi unsur golongan utama seperti frasa nama,

frasa kerja, dan frasa adjektif. Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas ini memasuki

dalam binaan ayat melalui perhubungan perkataan daripada golongan kata kerja, kata nama,

dan kata adjektif secara langsung ataupun tidak. Sebagai contoh yang dapat kita lihat apabila

menggunakan golongan kata tugas ini seperti kata bilangan dimasukkan ke dalam frasa nama.

Tambahan pula, kata penguat juga dimasukkan ke dalam frsa adjektif. Kata tugas ini berfungsi

sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar,

atau lain-lain lagi yang mempunyai sifat yang sama.

Berdasarkan jadual kajian petikan 1, antara kata tugas yang sering digunakan sebagai

penghubung frasa dalam struktur ayat yang dibina adalah perkataan ‘yang’. Selain itu,

perkataan dan juga banyak diguna pakai dalam petikan ini sebagai penghubung. Antara lain

kata tugas yang digunakan seperti adalah, ialah, akan, di, ke, dengan, ini, dan lain.

3.0 KATA MAJMUK

BIL KATA MAJMUK BEBAS SETARA KHUSUSSIMPULAN BAHASA / KIASAN

1 jawatan awam 2 doktor perubatan 3 kerja amal 4 jalan raya 5 tanah merah 6 kereta sewa 7 pengankutan awam 8 kawaan hitam 9 buta huruf

10 duit poket 11 anak angkat 12 janakuasa 13 bulan puasa 14 berpuas hati

15 Pegawai daerah 16 Pak Mat 17 Kemahiran interpersonal 18 kampung halaman 19 Penolong Setiausaha 20 Setiausaha 21 teknologi maklumat 22 Tambahan pula23 Bertanggungjawab 24 zon selesa 25 rendah diri 26 guru besar 27 berat hati 28 kandang buaya 29 salah faham

Jadual 3: Kajian Petikan 2

3.1 ULASAN KATA MAJMUK

Kata majmuk bermaksud bentuk kata yang hadir apabila dua kata dasar atau lebih

dirangkaikan atau dicantumkan menjadi kesatuan ayat atau perkataan yang memberi makna

baharu. Bentuk kata majmuk bertindak sebagai satu unit perkataan dan selalunya dieja terpisah

tetapi apabila menerima apitan ia dieja secara satu perkataan.

Takrifan perkataan majmuk menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007:978)

ialah terdiri atau terbentuk daripada beberapa bahagian dan sebagainya tetapi

merupakan kesatuan.

Kata majmuk dipisahkan daripada frasa yang lain kerana sifatnya yang tidak dapat

disisipkan sebarang unsur antara perkataan yang dieja terpisah. Contohnya air laut, gas

pemedih mata, sejenis lebah, dan gempa bumi. Cara mengeja perkataan kata majmuk adalah

berlainan mengikut aliran bahasa masing-masing. Dalam Bahasa Melayu kata majmuk yang

dieja terpisah tetapi mendapat pengecualian disebabkan sering digunakan oleh pengguna.

Antara contoh bentuk kata majmuk yang umumnya dan yang terkecuali seperti daya serap,

tanggungjawab, jawatankuasa, bumiputera, ambil alih, campur aduk, dan tunjuk ajar.

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan

bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak

sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Kata majmuk terbahagi kepada empat kelompok yang memiliki fungsinya tersendiri iaitu

kata majmuk rangkai bebas, kata majmuk rangkai kata setara, kata majmuk istilah khusus, dan

kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan. Terdapat juga dua kelompok yang berlainan seperti

kekecualian bentuk kata majmuk dan penggandaan kata majmuk. Golongan perkataan terdapat

juga yang melalui proses pemajmukan ini yang menghasilkan kata nama majmuk, kata kerja

majmuk, kata adjektif majmuk, dan tidak semua unit kecil kata tugas adalah kata tugas majmuk.

Menurut Siti Hajar (2011:153) kata majmuk rangkai kata bebas

menerangkan bentuk kata yang tidak mempunyai hubungan makan antara

perkataan pertama dan perkataan kedua, yakni kedua-dua perkataan itu

mendukung makna tersendiri. Berdasarkan jadual kajian petikan 2 memberi

contoh kata majmuk rangkai kata bebas ialah seperti tanah merah, duit poket,

kampung halaman, dan kawasan hitam.

Selain itu, kata majmuk rangkai kata setara merupakan kata majmuk jenis

ini yang terdiri daripada rangkai kata yang setara sifatnya, walaupun

bertentangan dari segi makna perkataan pertama dan perkatan kedua. Sebagai

contoh tua muda, hidup mati, tinggi rendah, ibu bapa, kerusi meja, dan periuk

belanga. Berdasarkan jadual kajian petikan 2, penulis menggunakan beberapa

kata majmuk dari jenis ini seperti salah faham, kemahiran interpersonal, puas

hati, kerja amal, dan jalan raya.

Seterusya, kata majmuk istilah khusus ialah rangkai kata yang digunakan

bagi merujuk kepada istilah-istilah tertentu dalam sesuatu bidang ilmu. Kata

majmuk ini selalunya digunakan dalam bidang sains, matematik, dan geografi.

Contohnya keratan rentas, garis lurus, pusat bulatan, titik tengah, jangka lukis,

telefon dail terus, dan garis pusat. Berdasarkan jadual kajian petikan 2, tidak

terdapat kata majmuk jenis ini digunakan.

Walaubagaimana pun, bagi kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan ialah

rangkai kata yang terhasil daripada smpulan bahasa. Sebahagian besar

simpulan bahasa bagi Bahasa Melayu adalah dalam bentuk kata majmuk.

Berdasarkan jadual kajian petikan 2, terdapat beberapa simpulan bahasa yang

digunakan penulis di dalam artikelnya seperti anak angkat, buta huruf, rendah

diri, berat hati, kandang buaya, kawasan hitam dan zon selesa.

Dalam topik ini, terdapat beberapa kekecualian bentuk pada sebahagian kata majmuk

iaitu kata ini dieja sebagai satu perkataan walaupun sebenarnya ia terdiri daripada dua

perkataan dasar .

Di dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:73) terdapat sebilangan

kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai

satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi

dua kata dasar.

Berdasarkan jadual kajian petikan 2, penulis ada menggunakan beberapa

kekecualiaan bentuk kata majmuk ini seperti stiausaha, tanggungjawab, dan

prasekolah. Antara bentuk pengecualian yang lain adalah penggandaan kata

majmuk. Apabila kata majmuk digandakan, ia hanya melibatkan perkataan

pertama sahaja. Walau bagaimanapun, bagi kata majmuk yang terdiri daripada

simpulan bahasa atau kiasan dan bentuk ang telah mantap, penggandaannya

melibatkan kesemua perkataan. Sebagai contoh jam-jam tangan, jalan-jalan

raya, pesuruhjaya-pesuruhjaya, dan buah hati-buah hati.

Menurut Abdullah Hassan (2006:268), beliau telah menyelitkan rumusan

bengkel kata majmuk yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun

1982. Pada akhir seminar tersebut, sembilan rumusan telah diedarkan berkaitan

dengan kata majmuk. Antara kandungan rumusan tersebut adalah yang

pertama, kata majmuk terdiri sekurang-kurangnya dua morfem bebas. Kedua,

gabungan tidak melibatkan sebarang imbuhan kerana sekiranya ada ada

imbuhan kata terbitan itu akan menjadi kompleks. Ketiga, kaitan antara unsurnya

tidaklah berkaitan secara langsung dalam hubungan DM. Kedua-dua unsurnya

bukan D dan M, tetapi urutannya masih DM. Keempat, penghasilan kata majmuk

itu bukan setelah menimbulkan ‘dan’ sebab itu adalah parataksis. Kelima,

maknanya masih bergantung pada inti. Daripada inti itulah ditambah dengan ciri-

ciri khusus makna itu. Keenam, tidak boleh disisipkan dengan bentuk lain.

Ketujuh, apabila kata majmuk ditulis secara bergabung, maka seluruh brntuk itu

digandakan. Kelapan, hukum DM pada frasa nama lebih langsung daripada Dm

pada kata majmuk. Kesembilan, ciri-ciri makna itu datang daripada luar, dan

bukan terus-menerus daripada DM, dan susunan perkataannya adalah

‘grammatical’.

Terdapat tiga ciri kata majmuk bagi memudahkan pelajar mahupun guru untuk

membuat proses pengajaran membina dan mengenal pasti kata majmuk dalam Bahasa Melayu.

Antaranya adalah binaan kata majmuk boleh mematuhi hukum DM dan sebaliknya. Hal ini

diterangkan melalui takrifan kata majmuk itu sendiri iaitu haruslah mempunyai dua kata dasar

untuk membentuk kata majmuk. Sekiranya unsur yang membina kata majmuk itu bercantum

iaitu hukum DM, binaan itu dipanggil kata majmuk sintatik. Sebagai contoh, Raja Permaisuri ;

Raja (diterangkan) Permaisuri (menerangkan). Manakala apabila unsur kata majmuk itu tidak

bergabung dan tidak mematuhi hukum DM, maka ia dipanggil kata majmuk bukan sintatik.

Sebagai contoh, Maharaja; maha(menerangkan) raja (diterangkan).

Selain itu, ciri binaan kata majmuk yang endosentrik dan eksosentrik. Kata majmuk

endosentrik ialah kata majmuk seperti kereta api adalah dibina menurut hubungan endosentrik

iaitu perkataan kereta mempunyai fungsi yang sama seperti kereta api. Ia menunjukkan sebuah

kenderaan.

Kata majmuk eksosentrik pula ialah tidak mempunyai fungsi sintaksis yang sama

dengan salah satu daripada unsurnya. Sebagai contoh keluar adalah kata majmuk eksosentrik

dan kita tidak boleh menggugurkan mana-mana perkataannya.

Selain ciri-ciri yang dapat dikenal pasti, terdapat unsur lain yang perlu dititikberatkan

agar pemahaman dalam topik ini bertamba jelas. Melalui kesatuan kata majmuk, terdapat

perbezaan kata majmuk dengan frasa. Kata majmuk adalah binaan morfologi dan frasa adalah

binaan sintaksis. Perbezaan ini boleh dilihat dari dua aspek iaitu, dari aspek keutuhan kat

amajmuk sebagai satu unit dan ciri tertutup keanggotaan unsurnya. Dalam keutuhan kata

majmuk sebagai sebuah unit dalam morfologi contohnya sau kata majmuk tidak dapat

disisipkan dengan unsur lain di antaranya tidak mengubah makna tersebut. Contih budak sihat,

apabila disisipkan dengan kata tugas budak yang sihat, ia masih enunjukkan makna yang sama

denga budak sihat. Oleh sebab itu, budak sihat adalah satu frasa, ia bukanlah kata majmuk.

Di samping itu, aspek seterusnya adalah keanggotaan unsur kata majmuk adalah

tertutup. Bilangan kata majmuk adalah terhad, ia tidak boleh bertambah secara bebas dengan

menggunakan perkataan lain dalam pola yang sama. Oleh sebab itu, bilangan unsur yang boleh

digunakan dalam binaan kata majmuk adalah juga terhad. Misalnya, penggunaan kata rumah

sebagai unsur pertama. Unsur keduanya adalah sakit. Kata majmuk yang terbina apabila unsur-

unsur bersatu menjadi rumah sakit yang membawa makna hospital. Namun, tidak semua

rangkai kata yang menggunakan unsur pertama rumah adalah kata majmuk. Contohnya, rumah

rehat adalah suatu frasa dimana antaranya boleh disisipkan dengan kata tugas menjadi rumah

untuk rehat. Begitu juga dengan rumah makan boleh disisipkan menjadi rumah tempat makan.

Bahagian penulisan kata majmuk bergantung kepada kebiasaan atau persetujuan dalam

perbincangan antara tokoh-tokoh bahasa negara. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Semakan

(2005:70), terdapat beberapa kata majmuk yang dikenal pasti dieja bercantum. Misalnya

antarabangsa, apabila, apahal, apakala, apalagi, bagaimana, barangkali, beritahu, bumuputera,

darihal, daripada, dinihari, dukacita,sukacita, jawatankuasa, kadangkala, kakitangan, kenapa,

kepada, olahraga, kerjasama, manakala, manalagi, matahari, peribadi, peribahasa,

pesuruhjaya, sediakala, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab,

walhal, dan warganegara.

Dalam kata majmuk bagaimanapun merujuk kepada kata tugas iaitu apabila perkataan

pun ditambah. Walaupun demikian, ia adalah kata majmuk dan perlu di tulis sebagai satu

perkataan. Penulisan kata majmuk yang digandakan hendaklah ditulis dengan mengulang

keseluruhan perkataan tersebut. Misalnya rekabetuk-rekabentuk, kakitangan-kakitangan, dan

kerjasama-kerjasama.

Bagi penulisan penggandaan kata majmuk terdapat perbezaan antara tokoh-tokoh

bahasa ini melalui penulisan mereka dalam beberapa buah buku.

Menurut Abdullah Hassan (2008:278), ia membawa bukti bahawa kata majmuk

adalah dua perkataan yang bertabiat sebagai satu perkataan. Itulah sebabnya kata

majmuk terpaksa diulang keseluruhannya, tetapi tidak dalam hal berkaitan dengan frasa

nama. Contoh penggandaan frasa nama pasar-pasar malam dan kapal-kapal besar.

Begitu juga dengan simpulan bahasa atau kiasan. Beliau menyatakan ia

bukanlah kata majmuk. Oleh sebab itu, bukan keseluruhan simpulan bahasa diulang,

tetapi hanya perkataan yang menjadi kepalanya sahaja yang diulang. Sebagai contoh

kaki-kaki gunung, kepala-kepala surat dan buah-buah hati.

Terdapat juga proses pemajmukan yang akan membentuk kata nama majmuk, kata

kerja majmuk, kata adjektif majmuk dan kata tugas majmuk. Terdaoat banyak kata nama yang

terhasil daripada proses pemajmukan. Proses ini telah menggabungkan dua atau lebih

perkataan bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan.

Di dalam Tatabahasa Dewan (2008), kata nama majmuk terhasil daripada

proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata

nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit dan tidak boleh disisipkan

sebarang unsur. Kata nama majmuk dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu yang

pertama kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas seperti guru besar,

tengah hari, dan tepian gelanggang. Tambahan pula, daripada rangkai kata bebas ini

sering juga digunakan sebagai gelaran misalnya, Menteri Besar, Duta Negara, Raja

Permaisuri, dan Profesor Diraja. Bahagian kedua ialah kata majmuk yang merupakan

istilah khusus dalam bidang ilmiah. Bahagian ketiga pula ialah kata majmuk yang

membawa maksud kiasan atau simpulan bahasa.

Dalam kata nama majmuk ini terdapat adalah bahagian yang hanya mempunyai

bahagian kata nama majmuk bentuk yang telah mantap. Manakala bahagian lainnya ialah

pengimbuhan kata nama majmuk. Kata nama majmuk boleh menerima imbuhan dan

membentuk kata terbitan. Ia terbahagi kepada dua bentuk iaitu kata nama majmuk yang

menerima awalan atau akhiran tetap dieja terpisah dan kata nama majmuk yang menerima

apitan dieja secara bercantum. Contohnya, terima kasih menerima imbuhan awalan menjadi

berterima kasih manakala anak tiri yang menerima apitan meng-...-kan menjadi

menganaktirikan.

Pemajmukan Kata kerja adalah seperti kata nama di mana kata kerja majmuk berfungs

sebagai satu perkataan dalam struktur ayat. Kata kerja majmuk adalah melihat kepada bentuk,

fungsi, dan maknanya. Terdapat dua bentuk kata kerja majmuk iaitu kata kerja endosentrik dan

kata kerja eksosentrik. Kata majmuk endosentrik terbentuk dengan menurut turutan perkataan

yang sama seperti dalam strutur biasa ayat bahasa Melayu seperti ikan mati, beri tahu, kuat

kuasa dan sebar luas. Manakala bagi kata kerja eksosentrik dapat dibahagikan kepada dua

iaitu terdiri daripada kata kerja dan objek. Kata kerja majmuk eksosentrik juga terbentuk

daripada hubungan paksi iaitu gabungan yang terdiri daripada kata sendi nama dengan kata

nama. Contohnya dapat diberikan seperti dalam jadual 4 dan jadual 5 di bawah.

KATA KERJA OBJEK

ambil tindakan

menunjuk perasaan

Buat Keputusan

Naik Pangkat

Lompat pagar

Jadual 4

KATA SENDI NAMA KATA NAMA

ke luar

ke bumi

ke samping

Jadual 5

Pemajmukan kata sifat terbentuk melalui binaan endosentrik tetapi tidak mempunyai

yang eksosentrik. Binaan ini terdiri daripada kata adjektif + kata nama/ kata adjektif + kata

adjektif. Kata adjektif majmuk menerangkan sifat yang terventuk akan berfungsi sebagai satu

kata adjektif dalam struktur ayat yang dibina. Tambahan lagi, kata adjektif majmuk juga

menerangkan sifat pada kata nama yang dijelaskan seperti dlam jadual 6 di bawah.

KATA ADJEKTIF KATA NAMA

masin garam

KATA ADJEKTIF KATA ADJEKTIF

biru tua

Jadual 6

Pemajmukan kata tugas merupakan kata tugas majmuk yang dibentuk melalui proses

penggabungan yang umum. Walaupun begitu, bukan semua kata tugas yang ada dapat

dimajmukan secara keselurannya. Antara kata majmuk tugas yang dapt dimajmukkan seperti

kata hubung majmuk, kata tanya majmuk, kata tanya majmuk, kata pangkal majmuk, kata bantu

majmuk, kata sendi nama majmuk, kata arah majmuk dan kata adverba majmuk

4.0 PENUTUP

Setelah perbincangan bersama beberapa rakan saya, saya telah mengenal pasti

beberapa cara untuk membezakan antara kata majmuk dan rangkai kata. Ini berdasarkan sudut

pemahaman masing-masing untuk menentukan ia adalah kata majmuk ataupun tidak malalui

rujukan yang dilakukan dan rujukan bersama pensyarah untuk menentukan perkataan tersebut.

Selain itu, pembacaan yang banyak dan istiqmahadalah perlu melalui majalah bahasa seperti

pelita bahasa yang terkini perlu ditingkatkan dalam kalangan kita supaya ia dapat ditentukan

secara betul dan sahih. Hal ini disebabkan kerana pengetahuan yang kurang dalam kalangan

rakyat malaysia terutama golongan anak muda yang berada tidak kira di peringkat rendah,

menengah, mahupun peringkat tertinggi akan meneruskan penggunaan bahasa yang betul dan

memartabatkan Bahasa Melayu di persada antarabangsa.

Selain itu, melalui penggolongan kata yang dikaji, saya dapat mengenal pasti perkataan

yang diterbitkan adalah golongan kata yang tertentu. Ia dirujuk daripada beberapa rujukan yang

dilakukan dengan disertakan penjelasan yang terperinci tentang golongan perkataan yang

diterbitkan.

Akhir kata, dalam mengkaji penggolongan kata dan pembentukan kata majmuk haruslah

mempunyai ketetapan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berkenaan perkataan kata

majmuk yang dibenarkan dalam bahasa Melayu agar bahasa dan perkataan yang telah

ditentukan dapat digunakan berterusan tanpa ada perubahan yang lazim dibuat berdasarkan

penggunaan umum serta harus menitik beratkan proses pengajaran dan pembelajaran yang

akan disampaikan oleh guru-guru di pelbagai peringkat adalah tidak berbeza antara satu sama

lain.

5.0 REFLEKSI INDIVIDU

NUR ‘AFIQAH BT JAMALUDDIN

PPISMP GSTT BIMBINGAN SEMESTER 2

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya akhirnya

Kerja Kursus Pendek (KKP) pengajian Melayu berkenaan tajuk Morfologi dan secara khusus

mengenai penggolongan kata dan pembentukan kata majmuk ini dapat saya siapkan dalam

masa yang telah ditetapkan. Dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah menggunakan

sepenuh masa yang diperuntukkan oleh pensyarah. Walaupun bagaimanapun sebagai guru

pelatih saya tidak terlepas daripada melakukan tugasan-tugasan lain dan hal inilah yang

menjadi cabaran terbesar saya membahagikan masa melakukan berbagai-bagai tugasan dalam

satu masa. Jika kekangan ini tidak dapat ditangkis, maka tugasan ini tidak dapat disiapkan

mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Namun demikian, pemikiran yang positif ditambah

pula dengan pengurusan dan strategi perlaksanaan kerja, pengurusan masa, kerjasama

pensyarah dan rakan yang lain telah menjamin kualiti kerja projek ini.

KKP ini menghendaki saya untuk membincangkan tugasan tentang bidang morfologi

dalam bahasa Melayu iaitu mengenai golongan kata dan pembentukan kata majmuk. Saya

dikehendaki untuk mencari artikel dari beberapa majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

kemudian dari beberapa artikel yang dipilih, saya perlu mgenal pasti 200 perkataan dari petikan

yang diambil kemudian menggolongkannya dalam golongan yang betul. Semasa proses ini

dilakukan saya dan beberapa orang rakan telah duduk berbincang bersama-sama agar

pemahaman dalam menggolongkan perkataan ini tidak mengalami sebarang kesalahan. Melalui

perbincangan ini, dapat saya simpulkan bahawa dalam mempelajari bahasa adalah tidak

mudah seperti yang difikirkan kerana menganggap diri ini melayu tetapi harus menambah

pengetahuan dalam bahasa Melayu ini. Saya juga melakukan perkara yang sama apabila

memilih artikel yang harus mempunyai sekurang-kurangnya 25 kata majmuk.

Memasuki minggu seterusnya, melalui perbincangan bersama pensyarah malah setelah

semua maklumat dikumpulkan, kkp ini dapat dilaksanakan dengan mudah sekali. Langkah

seterusnya ialah melaksanakan tugasan ke dalam bentuk yang telah ditetapkan. Pada peringkat

ini sering dilakukan kolaborasi bersama pensyarah ketika waktu interaksi kelas pagi malahan

secara individu di luar waktu kelas pagi.

Saya menghadapi masalah untuk memahami tajuk ini. Bagi menyelesaikan masalah ini,

saya sering membuat latihan dan berbincang dengan rakan yang lebih memahami mengenai

topik ini. Perbincangan dengan pensyarah melalui interaksi dalam kelas sedikit sebanyak telah

membantu saya malahan rakan-rakan lain yang kurang memahami tentang sesuatu topik yang

berkaitan. Hal ini dapat membantu saya untuk menambah pengetahuan dan mengenal pasti

perkataan itu adalah golongan yang mana.

Tambahan pula, beberapa strategi pembelajaran telah saya pelajari dari mentor saya.

Saya dan beberapa orang rakan telah membuat kumpulan belajar untuk bertukar dan cuba

menjawab beberapa soalan berkenaan topik ini. Saya juga telah belajar secara kendiri agar

saya yakin dengan jawapan saya sendiri. Hal ini untuk memantapkan pemahaman serta

persediaan diri saya sebelum menduduki peperiksaan akhir semester.

Mengakhiri ruangan refleksi ini, jutaan terima kasih diberikan kepada pensyarah

pembimbing bagi mata pelajaran Pengajian Melayu (PM 2311P) Encik Abdullah bin Mat serta

rakan-rakan yang terlibat secara langsung ataupun tidak kerana tanpa bimbingan dan sokongan

dari mereka semua, tugasan ini tidak mungkin dapat diselesaikan dengan mudah

6.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan, (2006). Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Chin Boon Tek (Ogos 2012), Pelita Bahasa : Kata Majmuk, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa

& Pustaka, halaman 23.

Hashim Hj Musa, (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2005). Teori Bahasa Implikasinya Terhadap Pengajaran

Tatabahasa. Tanjong Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, (2008).

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Siti Hajar Abdul Aziz, (2011). Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Kuala Lumpur. Oxford Fajar.

(2007). Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.