geography folio form 3

Upload: shalini-v-selvan

Post on 05-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Geography Folio Form 3

    1/10

    PenghargaanSaya, Shalini V Selvan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

    pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, En. Ang Tauk

    Khoon kerana membenarkan saya melaksanakan keria kursus ini. Seterusnya,

    saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Rozanah bt. Shafii kerana

    membantu saya menghasilkan kerja kursus ini.

    Tidak melupakan ibu bapa saya V Selvan Veeramalai dan Poonkuzhali

    Palaniandy kerana memberi sokongan dan dorongan untuk saya untuk

    melaksanakan kerja kursus ini.

    Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya

    Tshveena Arumugam dan Pavittra Sri Ganes kerana turut menghulurkan

    bantuan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

    PENDAHULUA

  • 8/2/2019 Geography Folio Form 3

    2/10

    N

    Tajuk kajian saya ialah perniagaan runcit pasar malam di Jalan Dedap

    , Taman Johor Jaya. Sebab-sebab saya memilih perniagaan runcit pasar

    malam di Jalan Dedap ,Taman Johor Jaya kerana perniagaan runcit pasar

    malam memang ada di situ setiap hari Selasa. Selain itu, kita juga boleh

    mendapati barangan keperluan harian. Tempoh masa bagi menjalankan kerja

    kursus ini selama 8 minggu.

    OBJEKTIF

  • 8/2/2019 Geography Folio Form 3

    3/10

    Kajian

    Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut :

    1. Mentakrifkan konsep perniagaan runcit pasar malam.

    2. Mengenal pasti dan menghuraikan kepentingan perniagaan runcit pasar

    malam di Taman Johor Jaya.

    3. Menyenaraikan dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi

    perniagaan runcit pasar malam di Taman Johor Jaya.

    4. Menyenaraikan dan menjelaskan kesan perniagaan runcit pasar malam

    di Taman Johor Jaya.

    5. Mencadangkan dan menghuraikan langkah mengurangkan kesan

    negatif perniagaan runcit pasar malam di Taman Johor Jaya.

    6. Memupuk nilai patriotisme dan meningkatkan semangat bekerjasama

    untuk mengatasi kesan perniagaan runcit pasar malam di Taman Johor

    Jaya.

    Kawasan

  • 8/2/2019 Geography Folio Form 3

    4/10

    Kajian

    Kawasan kajian saya ialah Pasar Malam di Jalan Dedap , Taman

    JohorJaya, Johor Bahru, Johor. Dahulu, kawasan Taman Johor Jaya adalah

    kawasan estate kelapa sawit. Selain itu, kawasan pentadbiran Johor Bahru

    ialah Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB). Pandang fizikal Taman Johor Jaya

    ialah tanah pamah beralun. Jarak dari kawasan kajian ke bandar terdekat

    Johor Bahru 14.7 kilometer jika menggunakan jalan raya.

    Kaedah

  • 8/2/2019 Geography Folio Form 3

    5/10

    Kajian

    1. Soal Selidik Saya telah menyediakan 10 borang soal selidik untuk diisi

    oleh penduduk yang menhadi respondan terhadap kajian yang

    dijalankan.

    2. Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian di kawasan pasar malam

    berlangsung di Jalan Dedap 13, Taman Johor Jaya.

    3. Rujukan - Saya telah merujuk buku teks Geografi Tingkatan 3 untuk

    membantu saya dalam menghasilkan kajian ini.

    4. Internet Saya telah merujuk internet untuk mendapatkan maklumat dan

    peta bagi menghasilkan kajian ini.

    Dapatan

  • 8/2/2019 Geography Folio Form 3

    6/10

    Kajian

    8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian

    Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pasar malam bermaksud passar

    yang diadakan pada waktu malam. Jenis perniagaan runcit yang

    terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan.

    Sebagai contoh, penjual sayur, penjual makanan dan pakaian. Biasanya

    gerai yang didirikan adalah buat sementara dan mereka ini akan

    bergerak daripada satu tempat ke satu tempat yang lain.

    8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian

    Meningkatkan taraf hidup / pendapatan

    Perniagaan pasar malam ini memberi peluang kepada peniaga untuk

    meningkatkan taraf hidup hidup dan pendapatan mereka

    Memudahkan penduduk tempatan membeli barang

    Penduduk tempatan dapat memperoleh barang keperluan harian dan tidak perlu

    pergi ke bandar untuk membeli barang

    Membolehkan penduduk tempatan memasarkan barang jualan

    Pasar malam ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menjual

    barang jualan mereka yang ingin dipasarkan.

    Menyediakan barangan segar

  • 8/2/2019 Geography Folio Form 3

    7/10

    Pasar malam ini menjual barangan segar seperti makanan yang baru

    dihidang, buah-buahan, sayur-sayuran dengan harga yang berpatutan.

    Unsur patriotisme

    Kita hendaklah bersyukur kerana dapat mencari nafkah dan dapat menjual

    barang perniagaan.

    8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian.

    Governon

    -Kerajaan telah menyediakan tempat kepada peniaga untuk

    menjalankan perniagaan mereka.

    Pasaran tempatan

    -Pasar malam memberi peluang kepada pengusaha kecil untuk

    memasarkan hasil produk industri mereka sebagai permulaan

    perniagaan.

    Peningkatan taraf hidup

    -Perniagaan runcit pasar malam memberi peluang kepada peniaga

    untuk mendapat lebih pendapatan daripada pendapatan seharian

    mereka.

  • 8/2/2019 Geography Folio Form 3

    8/10

    Kesesuaian waktu perniagaan

    -Pasar malam ini akan menjalankan perniagaan pada setiap hari

    Selasa bermula jam 5 petang hingga 10 malam.

    Unsur Patriotisme

    Kita hendaklah melakukan sesuatu kerja dengan

    bertanggungjawab dan amanah

    8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di Jalan Dedap 13, Taman Johor

    Jaya

    - Masalah sosial

    Kebanyakan pelajar sekolah suka berada di situ dan berpakaian tidak

    sopan

    - Pencemaran

    Di pasar malam selalu berlaku pencemaran iaitu banyak orang suka

    membuang sampah di merata-rata tempat.

    - Barangan tidak kualiti

    Kadangkala peniaga akan menjual barangan tidak berkuali dengan

    harga yang murah seperti baju yang kehabisan stok dan sebagainya.

    - Kesesakan lalu lintas

    Di kawasan Jalan Dedap 13, selalu berlaku kesesakan lalu lintas

    kerana banyak orangyang mengunjungi tempat itu.

    Unsur Patriotisme

    Kita haruslah menjaga keselamatan dan kebersihan sesuatu tempat

  • 8/2/2019 Geography Folio Form 3

    9/10

    yang akan digunakan.

    8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di

    kawasan kajian

    - Pengawalan dan pengeluaran lesen

    Kerajaan harus mengawal dan mengeluarkan lesen kepada setiap

    peniaga runcit bagi memastikan mereka boleh beniaga.

    - Menyediakan kemudahan asas

    Kerajaan perlu menyediakan kemudahan asas seperti tong sampah,

    tempat letak kereta dan sebagainya.

    -Wujudkan kawasan khas perniagaan runcit

    Kerajaan perlu menyediakan tempat yang sesuai kepada peniaga untuk

    mereka menjalankan perniagaan

    Unsur patriotisme

    Kita hendaklah memberi cadangan atau bertanggungjawab untuk mengurangkan

    kesan negatif di sesuatu tempat.

    ..

    Rumusan.....

  • 8/2/2019 Geography Folio Form 3

    10/10

    Saya mentakrifkan konsep perniagaan runcit pasar malam. Saya dapat

    mengenal pasti dan menghuraikan kepentingan perniagaan runcit pasar

    malam di Taman Johor Jaya. Selain itu, say juga dapat menyenaraikan dan

    menghuraikan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam di

    Taman Johor Jaya. Saya juga menyenaraikan dan menjelaskan kesan

    perniagaan runcit pasar malam di Taman Johor Jaya. Seterusnya, saya

    mencadangkan dan menghuraikan langkah mengurangkan kesan negatif

    perniagaan runcit pasar malam di Taman Johor Jaya. Akhir sekali, saya dapat

    memupuk nilai patriotisme dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk

    mengatasi kesan perniagaan runcit pasar malam di Taman Johor Jaya.