geografi tingkatan 3: sumber tenaga di negara lain

19
7.4: Sumber Tenaga Di Negara Lain GEOGRAFI TINGKATAN 3 BAB 7

Upload: -

Post on 08-Feb-2017

217 views

Category:

Education


53 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

7.4: Sumber Tenaga Di Negara Lain

GEOGRAFI TINGKATAN 3 BAB 7

Page 2: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

Pengenalan

Di seluruh dunia, terdapat pelbagai sumber tenaga yang telah dimajukan. Sumber tenaga yang diusahakan di negara lain termasuklah:

Tenaga suria Tenaga Ombak Tenaga Angin

Tenaga Pasang Surut Tenaga Biomass Tenaga Geoterma

Page 3: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(I) TENAGA SURIA DI JEPUN

• Jepun merupakan negara pengeluar tenaga suria serta negara pengeluar sel photovoltaic (pv) terbesar di dunia.

Alat Photovoltaic (pv)Pemasangan peralatan photovoltaic di seluruh dunia bertambah daripada 21 megawatt dalam tahun 1985 kepada 340 megawatt dalam tahun 2001. Jepun adalah antara Negara pengeksport utama alat ini.

<- Sebuah rumah yang menggunakan tenaga suria di Jepun

<- Alat photovoltaic (pv)

Page 4: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(i) Tenaga Suria di Jepun Tenaga elektrik diperoleh dengan memasang alat photovoltaic di

bumbung rumah untuk memerangkap cahaya matahari. Haba dan wap panas yang terperangkap daripada cahaya matahari ini

akan menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga suria dimajukan di negara Jepun untuk pelbagai kegunaan dan

keperluan dalam negaranya. Digunakan untuk: ฆ Kegunaan domestik (memanaskan air

dan rumah)ฆ Menjana kuasa elektrik (menyalakan

lampu/menghidupkan radio dan televisyen)

ฆ Mengepam air ke rumah dan kawasan pertanian

ฆ Kegiatan rekreasi (bot yang menggunakan bateri tenaga suria)

ฆ Pemberi amaran atau alat komunikasi

Page 5: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(II) TENAGA OMBAK DI PERANCIS

Kedudukan negara Perancis yang menghadap Lautan Atlantik yang mempunyai tiupan angin yang kuat membolehkan negara itu menggunakan tenaga ombak untuk menjana kuasa elektrik.

Perancis juga merupakan negara pertama di dunia yang memperkenalkan kaedah penggunaan tenaga ombak.

Kaedah ini dicipta oleh Monsieur Girard dan anaknya di Paris pada tahun 1799. (Digunakan untuk menggerakan pam air, gergaji dan mesin)

Pada tahun 1967, Kerajaan Perancis telah membina empangan sepanjang 750 meter di Sungai Rance, St. Malo (Memerangkap ombak untuk menjana tenaga)

Page 6: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(II)CONTOH TENAGA OMBAK DI PERANCIS

Empangan tenaga ombak di muara Sungai Rance, di St. Malo, Perancis

Page 7: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(ii) Tenaga Ombak di Perancis

Kaedah ProsesSaluran terus Ombak diempang ke kawasan yang lebih tinggi dari laut dan dibiarkan

mengalir ke bawah bagi menggerakkan turbin seperti empangan hidroelektrik.

Pelampung Pergerakan turun naik pelampung yang diletakkan di paras air laut menggerakkan pam hidraulik/piston akan menghasilkan tenaga kinetik bagi memusingkan turbin.

Kolam berayun

Apabila ombak memasuki satu saluran tegak dari bawah, udara diasak ke atas. Apabila ombak berundur, tekanan air di dalamnya jatuh dan memusingkan turbin.

Turbin bawah air

Proses ini sama seperti kincir angin.

Penjanaan tenaga ombak boleh dilakukan dengan beberapa kaedah seperti dalam jadual di bawah.

Page 8: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(III) TENAGA PASANG SURUT DI CHINA

∆Negara China mempunyai pantai yang panjang yang menggalakkan penggunaan tenaga dari air laut yang pasang dan surut.

∆Tenaga pasang surut melibatkan pembinaan satu empangan di muara sungai atau teluk. Air pasang surut yang kuat disalurkan untuk memusingkan turbin di empangan bagi penjanaan kuasa elektrik.

∆Penggunaan tenaga arus pasang surut di China bermula pada tahun 1956, apabila beberapa stesen penjana kecil dibina dengan keupayaan 12 kilowatt.

∆Pada tahun 1970, dua buah stesen, iaitu di Jiangxia dan di Baishakou telah dibangunkan.∆Sehingga kini, terdapat tujuh stesen utama penjana kuasa arus pasang surut di China. Stesen Wenzhou di Zhejiang merupakan yang paling besar di Asia.

∆Tenaga elektrik yang dihasilkan disalurkan untuk kegunaan di rumah, industri, bangunan perniagaan, dan pengairan.

Page 9: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(III) TENAGA PASANG SURUT DI CHINA

A. Negara China sedang merancang untuk meningkatkan penggunaan sumber pasang surut ini kerana tenaga ini tidak mencemarkan alam sekitar dan penghasilannya tidak memerlukan petroleum.Kaedah Proses

Empangan

Ketika air pasang, pintu empangan dibuka. Air diempang sehingga ke paras yang tinggi. Apabila air surut, air yang terperangkap dilepaskan bagi menggerakkan turbin.

Arus pasang surut

Arus yang kuat diperolehi di kawasan laut cetek antara beberapa pulau. Aliran arus yang deras ini menggerakkan turbin yang terletak di dalam laut.

Sebuah empangan pasang surut di Negara China

Page 10: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(IV) SUMBER TENAGA ANGIN DI BELANDA

• Kedudukan pantai Negara Belanda yang menghadap Laut Utara dan terdedah kepada tiupan angin yang kuat dan berterusan menjadikannya sesuai untuk memajukan sumber tenaga di negaranya.

• Sumber tenaga angin di Belanda dimajukan di kawasan pinggir pantai yang mempunyai kelajuan angin melebihi 18km/j.

• Kincir angin ialah kaedah paling awal dalam menggunakan angin sebagai sumber tenaga.

Kegunaan kincir angin

Memasukkan air ke dalam ladang apabila ladang kekurangan air

Menghasilkan tenaga bagi mengisar bijirin dan memecahkan biji sawi

Membekalkan kuasa elektrik ke kilang, pejabat dan rumah

Page 11: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(iv) Sumber Tenaga Angin di Belanda

Jenis penja

na tenaga di

Belanda

Kipas penjana tenaga angin tradisional di

Belanda

Bilah penjana tenaga angin moden di Belanda

Page 12: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(iv) Sumber Tenaga Angin di Belanda

Penggunaan tenaga angin di Belanda

Tenaga angin digunakan untuk menjana elektrik dengan memasang turbin angin di tempat lapang, luas, dan terdapat tiupan angin yang kuat, stabil dan berterusan.

Kipas turbin angin mempunyai hanya dua atau tiga bilah sahaja dan lebih panjang.

Turbin angin di Belanda dipasang di tepi pantai serta di tengah laut.

Perkara JumlahBilangan turbin 1 560

Keupayaan turbin 863 megawatt

Bilangan rumah menggunakan tenaga angin

562 000

Sumber: Delft University of Technology, 2003

Page 13: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(V) TENAGA BIOMAS DI INDIA• Di negara India, sumber

tenaga biomas yang utama adalah daripada sisa pertanian, sisa kayu dan sisa perternakan.

• Tenaga biomas digunakan secara luas di kawasan perumahan dan industri bandar- bandar besar yang berpendudukan padat seperti Chennai, New Delhi, Mumbai

<- Loji penyelidikan untuk memajukan tenaga biomas di India

-> Sebuah loji penjana tenaga biomas di India

Page 14: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(V) TENAGA BIOMAS DI INDIA

Sisa perternak

an• Najis haiwan

Sisa pertani

an

• Kulit tumbuhan

• Sisa tanaman

Sisa kayu

• Habuk kayu gergaji

• pokok

• Digunakan sebagai kayu api untuk memasak dan sebagai bahan bakar dalam industri kecil

• Contoh: membuat batu-bata / peralatan porselin

Sisa pertanian / sisa kayu

• Digunakan untuk menghasilkan gas mentana

• Gas mentana diproses untuk memasak air dan menyala lampu

Sisa perternak

an

• KegunaanJenis sumber

Page 15: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(vi) Tenaga Geoterma di Iceland

• Iceland terkenal dengan sumber tenaga geotermanya kerana negara ini terletak di kawasan gunung berapi yang masih aktif.

• Kolam geoterma ialah kolam air bawah tanah yang dipanaskan oleh magma.• Apabila air kolam yang dipanaskan ini mencapai takat didih, wap panas akan tehasil.• Wap panas ini akan meresap dan muncul di permukaan bumi melalui rekahan dan

membentuk perigi air panas (geiser).• Kolam geoterma yang bersuhu:

- <150ºC: digunakan untuk memanaskan rumah, membasuh dan memasak - >200ºC: digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik

• Hari ini kegunaan sumber tenaga ini telah diperluaskan seperti ke kilang, memanaskan kolam renang, rumah hijau, dan untuk mencairkan salji.

• Bandar Reykjavic (ibu kota Iceland) adalah kawasan paling banyak dibekalkan dengan tenaga geoterma.

Page 16: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(vi) Tenaga Geoterma di Iceland

Kawasan perigi di Iceland

Page 17: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

(VI) TENAGA GEOTERMA DI ICELAND

Mencair salji Rumah hijau Kolam ikan Kolam renang Industri Bangunan Rumah0

10

20

30

40

50

60

Penggunaan tenaga geoterma di Iceland, 2002

2 3 3 46

19

53

Peratus

Penggunaan

Page 18: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

RUMUSANNegara pertama yang menggunakan angin sebagai tenaga melalui kincir angin

Tenaga suria dimajukan kerana tidak memiliki sumber tenaga mineral seperti gas asli dan petroleum

Memajukan tenaga geoterma kerana terletak di kawasan gunung berapi yang masih aktif

Menghasilkan tenaga biomas daripada sisa ladang dan pereputan najis haiwan

Negara pertama di dunia yang memajukan tenaga ombak

Memajukan tenaga pasang surut kerana mempunyai pantai yang mengalami arus pasang surut yang deras

Page 19: Geografi Tingkatan 3: Sumber Tenaga di Negara Lain

END. Nama Kumpulan: S!GNA7uR∑-i Ketua Kumpulan: Madelyn Teoh Wen Qian - Main PrҼsenter & InfӦ. CollҼctor Ahli kumpulan: Lee Kah Yee - Cӧ. PrҼsenter & Supervisӧr Lee Ee Kei - EsteemҼd ContributӦr & Co. PrҼsenter Roger Valentino - Cӧ. PrҼsenter Kelvan Yeo Hoi Mun - PrҼsentation DEs1gNҼr Yap Kah How - Cӧ. PrҼsenter

~THANK YOU~TERIMA KASIH~謝謝~ありがとうございました~நன்றி~고맙습니다 ~