geografi tingkatan 2; arah

4
Bab 2 : Arah Menyatakan Bearing Sudutan 1. Arah sesuatu tempat boleh ditunjukkan berdasarkan bearing. 2. Bearing merujuk kepada arah sesuatu objek atau tempat dari titik rujukan dalam nilai (º). 3. Ukuran sudut bearing dikira mengikut arah pusingan jam dari utara (º) dengan menggunakan jangka sudut. Ukuran sudut bearing ini dikenali sebagai bearing sudutan. 4. Titik rujukan ialah objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan arah objek atau tempt lain. Berdasarkan rajah disebelah,Kota Kinabalu digunakan sebagai titik rujukan. Garisan yang mewakili arah utara (º) dan garisan yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Keningau membentuk satu sudut. Sudut ini dikira mengikut arah pusingan jam, iaitu 170º. Ini bererti bahawa bearing Keningau dari Kota Kinabalu ialah 170º.

Upload: izzat-ikram

Post on 30-Jun-2015

1.699 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geografi Tingkatan 2; Arah

Bab 2 : Arah

Menyatakan Bearing Sudutan

1. Arah sesuatu tempat boleh ditunjukkan berdasarkan bearing.

2. Bearing merujuk kepada arah sesuatu objek atau tempat dari titik rujukan dalam nilai (º).

3. Ukuran sudut bearing dikira mengikut arah pusingan jam dari utara (º) dengan menggunakan jangka sudut. Ukuran sudut bearing ini dikenali sebagai bearing sudutan.

4. Titik rujukan ialah objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan arah objek atau tempt lain.

Berdasarkan rajah disebelah,Kota Kinabalu digunakan sebagai titik rujukan. Garisan yang mewakili arah utara (º) dan garisan yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Keningau membentuk satu sudut. Sudut ini dikira mengikut arah pusingan jam, iaitu 170º. Ini bererti bahawa bearing Keningau dari Kota Kinabalu ialah 170º.

Page 2: Geografi Tingkatan 2; Arah

Mengukur Bearing Sudutan

Mengukur Bearing Sudutan Yang Kurang Daripada 180º

Langkah 1: Lukis garisan lurus dari titik A ke titik B.

Langkah 2: Lukis garisan lurus utara – selatan di titik rujukan A

Langkah 3: Letakkan jangka sudut tepat digarisan utara – selatan. Pastikan titik tengah sudut bertindih dengan titik A.

Langkah 4: Ukur sudut mengikut arah pusingan jam. Bacaan pada jangka sudut ialah 153º. Oleh itu, bearing sudutan B dari titik A ialah 153º

Page 3: Geografi Tingkatan 2; Arah

Mengukur Bearing Sudutan Yang Lebih Daripada 180º

30 º

Untuk mengukur bearing sudutan X dari titik Y, ikut langkah-langkah yang berikut.

Langkah 1: Lukis garisan lurus dari titik X ke titik Y.

Langkah 2: Lukis garisan lurus utara – selatan di titik rujukan Y.

Langkah 3: Letakkan jangka sudut tepat digarisan utara – selatan. Pastikan titik tengah sudut bertindih dengan titik Y.

Langkah 4: Bagi mengukur sudut yang melebihi 180º, jangka sudut diletakkan di sebelah kiri titik Y.

Langkah 5: Dari garisan utara – selatan, ukur sudut XYS, iaitu sudut yang ditandakan Z. Sudut Z ialah 30º.

Langkah 6: Untuk memperoleh bearing sudutan X dari titik Y, campurkan 180º dengan 30º iaitu

180º + 30º = 210º

Didapati bearing sudutan X dari titik Y ialah 210º.

Page 4: Geografi Tingkatan 2; Arah