geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

29
UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA By mrrem Geografi Tingkatan 1

Upload: ramli-rem

Post on 18-Jan-2017

4.677 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP

KEGIATAN MANUSIA

By mrrem

Geografi Tingkatan 1

Page 2: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

OBJEKTIF

Dalam unit ini anda akan dapat :- Memahami potensi bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia- Membandingkan dan membezakan pentingnya pelbagai bentuk muka

bumi terhadap kegiatan manusia antara Malaysia dan negara lain - Memahami halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia

Page 3: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Negara kita mempunyai kawasan tanah tinggi yang nyaman suasananya, tanah pamah yang subur, pantai yang indah dan sungai-sungai yang banyak membekalkan air sepanjang tahun. Bentuk-bentuk muka bumi ini mempunyai potensi yang baik serta dapat dimajukan untuk mendatangkan manfaat kepada hidup kita. Namun, ada juga yang menjadi halangan terhadap kegiatan kita. Kita akan mengkaji semua potensi dan halangan itu dalam unit ini.

Keadaan di Tanah Tinggi Cameron, bergunung-ganang namun sesuai dijalankan pelbagai aktiviti manusia

Page 4: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Potensi Kawasan Tanah Tinggi

Empangan Temengor yang dibina untuk menjana kuasa hidroelektrik

Page 5: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Sungai yang mengalir deras di bahagian hulunya sesuai digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrk. Di sepanjang bahagian hulu Sungai Perak dibina empangan bagi tujuan ini. Contohnya, Empangan Chenderoh, Empangan Kenering, Empangan Bersia dan Empangan Temengor.

Sungai-sungai lain turut mempunyai potensi untuk penjanaan kuasa elektrik. Empangan Murum dibina di Sungai Rajang (30 kilometer dari tapak Empangan Bakun). Pembinaan tiga buah empangan di Tekai, Telom dan Maran di sepanjang Sungai Pahang akan menambahkan bekalan elektrik.

Page 6: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Tanah Tinggi Cameron di Pahang dan Kundasangg di Sabah adalah contoh tanah tinggi yang dimajukan untuk kegiatan pertanian. Teh dan tanaman hawa sederhana sesuai ditanam di sini. Di kawasan tanah tinggi lain, yang mempunyai suhu dan keadaan yang sama seperti di kedua-dua tempat ini berpotensi juga untuk dimajukan. Kawasan ini mungkin perlu dibuat teres dan diratakan terlebih dahulu untuk dijadikan kawasan pertanian

Page 7: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Selain potensi pertanian, kawasan tanah tinggi mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai pusat rekreasi dan eko-pelancongan. Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Genting adalah beberapa contoh pusat pelancongan yang terkenal di negara kita. Pembinaan taman rekreasi ala Perancis di Bukit Tinggi, Pahang pada tahun 2001 menunjukkan bahawa masih ada kawasan tanah tinggi yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan pusat rekreasi dan pelancongan

Tempat peranginan di Bukit Tinggi, Pahang

Page 8: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Gua batu kapur di kawasan tanah tinggi mempunyai ciri yang istimewa, misalnya bentuk stalaktit dan stalagmitnya yang unik. Gua Niah dan sistem gua di Gunung Mulu, Sarawak, Gua Gomantang di Sabah dan Batu Caves adalah gua yang sering dikunjungi pelancong. Gua batu kapur yang lain, khususnya di Gua Musang, Kelantan mempunyai potensi yang baik untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan.

Page 9: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
Page 10: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Kawasan tanah tinggi yang kurang daripada 1200 meter diliputi hutan hujan tropika. Hutan hujan tropika berpotensi dijadikan kawasan pembalakan kayu yang bernilai tinggi seperti cengal, meranti, keruing dan merbau

Page 11: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
Page 12: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Potensi kawasan Tanah PamahDalam unit 6, kita mengetahui kepentingan kawasan tanah pamah di negara kia. Negara kita mempunyai kawasan tanah pamah yang luas dan potensi untuk dimajukan sebagai kawasan petempataan, perindustrian, jaringan pengangkutan dan pertanian.

Penduduk Malaysia semakin bertambah. Lebih banyak kawasan tanah pamah yang perlu dimajukan untuk manampung pertambahan penduduk ini. Putrajaya dan Cyberjaya adalah dua contoh tanah pamah yang baru dimajukan. Kawasan ini mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan sebagai pusat pentadbiran negara dan petempatan yang baru. Jaringan pengangkutan serta rangkaian jalan raya yang dibina di kawasan tersebut akan menjadikan kawasan di sekitarnya turut berpotensi untuk dimajukan. Contohnya pembinaan kawasan perindustrian baru

Page 13: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Kawasan dataran dan delta sungai yang subur dengan tanih aluvium berpotensi untuk dijadikan kawasan pertanian. Dataran Kedah merupakan kawasan penanaman padi. Dataran dan tanah beralun yang bersaliran baik sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit. Contohnya getah ditanam di Selangor, Johor, sekitar Sri Aman dan Sandakan. Kelapa sawit ditanam sekitar Labis, Kluang dan Segi Tiga Jengka.

Penanaman padi di Dataran Kedah

Page 14: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Kawasan bekas lombong juga mempunyai potensi untuk dijadikan kawasan pertanian dan penternakan ikan air tawar. Contohnya kawasan bekas lombong di sekitar Ipoh yang ditebus guna sebagai kawasan kebun sayur, buah-buahan dan dijadikan kawasan ternakan ikan.

Page 15: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
Page 16: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Potensi Kawasan Pinggir Laut

Kawasan pinggir laut Malaysia mempunyai pantai berpasir yang indah. Contohnya, Pantai Cahaya Bulan, Desaru dan Cherating. Ciri yang menarik ini menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan utama kegiatan rekreasi dan pelancongan. Hotel bertaraf antarabangsa telah dibina di kawasan ini untuk menggalakkan industri pelancongan.

Page 17: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Kawasan di sepanjang pinggir pantai mempunyai potensi untuk dibina pelabuhan. Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang yang menghadap ke Selat Melaka adalah antara pelabuhan bertaraf antarabangsa di Malaysia. Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Kuching penting juga untuk kegiatan perdagangan antaraban

Page 18: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Perikanan menjadi sumber ekonomi yang penting bagi penduduk di sepanjang pinggir pantai dan di pulau-pulau. Laut menjadi sumber bekalan ikan yang utama. Oleh itu, banyak pelabuhan perikanan yang dibina di sepanjang pinggir laut Malaysia. Contohnya ialah Tanjung Dawai, Kuala Besut, Chendering, Pulau Ketam, Pulau Pangkor, Mersing, Sedili, Bintulu dan Sandakan

Page 19: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
Page 20: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Potensi Saliran

Malaysia mempunyai sistem saliran yang luas. Di Semenanjung Malaysia terdapat lebih 100 batang sungai. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 50 batang sungai. Sungai di Malaysia membekalkan 97% keperluan air negara untuk kegunaan domestik, pertanian, dan perindustrian. Kira-kira 3% keperluan air diperoleh daripada air bawah tanah.

Malaysia mempunyai 63 empangan yang boleh menakung air sebanyak 25 bilion mᶟ (meter padu). Pada tahun 2000 sebanyak 15.2 bilion mᶟ air diperlukan untuk pengairan, kegunaan domestik dan perindustrian. Sungai-sungai itu dijangka dapat memenuhi permintaan air yang dianggarkan akan mencapai 20 bilion mᶟ pada tahun 2020. Di Malaysia masih banyak terdapat sungai yang dapat diempang untuk membekalkan air dan kuasa elektrik

Page 21: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Permintaan penggunaan air di Malaysia (billion mᶟ)

Sungai di Malaysia mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan sebagai pusat eko-pelancongan. Contohnya ialah aktiviti membawa pelancongan menyusur sungai dengan bot dari Kuala Jengai ke Kuala Sungai Ceralak di Terengganu. Sungai-sungai di negeri lain dapat juga dimajukan untuk kegiatan eko-pelancongan seperti ini.

Kemudahan sukan air dapat menarik pelancong. Jeram Pelagus di sepanjang Sungai Rajang mempunyai potensi yang baik untuk dimajukan sebagai pusat rekreasi dan eko-pelancongan. Selain itu, sungai mempunyai potensi dijadikan tempat penternakan ikan air tawar, kerang dan udang. Contohnya di Tanjung Dawai, Kedah.

Page 22: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
Page 23: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Bentuk Muka Bumi sebagai Halangan terhadap Kegiatan Manusia

Ada kalanya, kawasan tanah tinggi dan sungai menjadi penghalang kepada kegiatan manusia. Kawasan tanah tinggi yang bercerun curam sukar untuk dibina petempatan. Sungai yang beraliran deras pula sukar untuk pengangkutan.

Kebanyakan petempatan di Malaysia dibina di kawasan tanah yang rendah atau yang telah diratakan. Bagi pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi dan di kawasan kaki bukit, kerja-kerja pembinaan di sini memang sukar dijalankan. Contohnya, kawasan Bukit Fraser(1305 m) dan Tanah Tinggi Cameron (1711 m) adalah kawasan tanah tinggi. Terdapat cerun-cerunnya yang terlalau curam untuk pembangunan. Penebangan pokok di cerun bukit bagi pembinaan pula akan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan. Gelongsoran tanah juga mudah berlaku di kawasan tersebut, terutamanya ketika musim hujan.

Page 24: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

jika pembinaan perlu dijalankan di kawasan cerun curam, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah merendahkan dan meratakan kawasan tersebut. Ini akan memudahkan pembinaan. Cerun bukit perlu dipotong menjadi teres yang lebar untuk mengurangkan kadar kecerunan. Dengan ini, cerun yang curam dan sukar direndahkan dapat dijadikan tapak untuk pembinaan rumah. Selain itu, asas yang kukuh perlu dibina untuk memastikan rumah tidak runtuh. Lihat Foto , rumah ini dibina di atas tiang konkrit yang kukuh.

Page 25: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Kebanyakan kondominium dibina di atas cerun bukit. Contohnya kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Lihat Foto Kajian yang teliti dan teknologi moden digunakan untuk memastikan bangunan selamat diduduki. Walaupun kos pembinaan rumah di atas cerun bukit sangat tinggi, namun masih terdapat orang yang suka membina rumah di atas bukit atau berhampiran dengan cerun curam. Mungkin mereka suka akan pemandangan yang indah yang dapat dilihat dari aras ini.

Kondominium di Bukit Antarabangsa

Page 26: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
Page 27: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

PERBANDINGAN KEPENTINGAN PELBAGAI BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR

Page 28: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
Page 29: geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi

Berat sama dipikulRingan sama dijinjing