garis panduan pengurusan permohonan pemindahan … pemindahan kre… · pertama dan ijazah tinggi...
TRANSCRIPT
1
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DAN
PENGECUALIAN KURSUS UNIVERSITI MALAYA
1. PENDAHULUAN
Garis Panduan Pengurusan Permohonan Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus
Universiti Malaya disediakan sebagai rujukan kepada staf dan pentadbir program Ijazah
Pertama dan Ijazah Tinggi dalam menguruskan permohonan pemindahan kredit dan
pengecualian kursus yang dikemukakan oleh pelajar.
Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Peraturan-Peraturan Universiti
Malaya (Pengajian Ijazah Pertama), Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah
Sarjana) dan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Kedoktoran) (versi terkini).
2. TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan untuk:
(1) menjelaskan tentang kaedah pengendalian/pengurusan permohonan pemindahan
kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan oleh pelajar program Ijazah
Pertama dan Ijazah Tinggi.
(2) mewujudkan keseragaman dalam pengurusan permohonan pemindahan kredit
dan pengecualian kursus di semua PTj.
3. DOKUMEN RUJUKAN
(1) Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) (versi terkini)
(2) Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) (versi terkini)
(3) Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Kedoktoran) (versi terkini)
2
4. PEMINDAHAN KREDIT
Pemindahan kredit boleh dikategorikan kepada dua (2) iaitu pemindahan kredit dengan
gred dan pemindahan kredit tanpa gred.
(1) Pemindahan Kredit Dengan Gred (sama untuk UG dan PG)
(a) “Pemindahan kredit dengan gred” bermaksud pemindahan kredit bersama-
sama gred bagi kursus daripada tahap kelayakan yang sama (horizontal)
untuk pelajar yang masih dalam pengajian.
(b) Kursus yang diluluskan pemindahan kredit dengan gred akan diberi gred
yang telah disetarakan dengan skim penggredan Universiti dan kredit yang
ditetapkan bagi kursus berkenaan di Universiti.
(c) Kredit yang diperolehi bersama-sama mata gred bagi kursus yang
diluluskan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar.
Kredit bagi kursus berkenaan akan diambilkira bagi tujuan keperluan
penyempurnaan pengijazahan.
(d) Bagi maksud pemindahan kredit dengan gred, pelajar hendaklah telah
mengikuti kursus terdahulu dan mencapai tahap kompetensi dalam kursus
yang dipohon.
(2) Pemindahan Kredit Tanpa Gred
(a) Ijazah Pertama
"Pemindahan kredit tanpa gred" bermaksud pemindahan kredit tanpa
membawa gred terdahulu yang diperolehi bagi kursus dari -
(i) tahap kelayakan yang rendah (vertical) untuk pelajar yang telah
tamat pengajian dengan jayanya; dan/atau
(ii) tahap kelayakan yang sama (horizontal) untuk pelajar yang -
3
(A) telah tamat pengajian dengan jayanya; atau
(B) tidak menyempurnakan pengajian (tidak termasuk pelajar
yang ditamatkan daripada program pengajian) tetapi telah
mencapai tahap kompetensi dalam kursus yang dipohon.
(b) Ijazah Tinggi
"Pemindahan kredit tanpa gred" bermaksud pemindahan kredit tanpa
membawa gred terdahulu yang diperolehi bagi kursus dari tahap kelayakan
yang sama (horizontal) untuk pelajar yang -
(i) telah tamat pengajian dengan jayanya; atau
(ii) tidak menyempurnakan pengajian (tidak termasuk pelajar yang
ditamatkan daripada program pengajian) tetapi telah mencapai
tahap kompetensi dalam kursus yang dipohon.
(c) Kursus yang diluluskan pemindahan kredit tanpa gred akan diberi gred K
dan tidak perlu diganti dengan kursus lain. Kredit tidak diambil kira dalam
pengiraan PNG dan PNGK namun diambilkira bagi tujuan penyempurnaan
pengijazahan.
(d) Pelajar tidak dibenarkan membuat pemindahan kredit tanpa gred bagi
kursus berikut:
(i) Kursus Universiti/Kursus Kaedah Penyelidikan dari tahap kelayakan
yang lebih rendah;
(ii) Kursus Kaedah Penyelidikan dari tahap kelayakan yang sama tetapi
bidang pengajian yang berbeza; dan/atau
(iii) Kursus dari tahap kelayakan yang lebih tinggi.
4
5. PENGECUALIAN KURSUS
(1) “Pengecualian Kursus” bermaksud pengecualian daripada mendaftar dan
mengikuti sesuatu kursus yang diberikan kepada seseorang pelajar berdasarkan
kepada kesetaraan kandungan kursus yang dipohon dengan pembuktian
pengetahuan dan kemahiran pelajar.
(2) Pengecualian kursus tidak akan menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus
yang dikecualikan. Bagi tujuan ini, kursus yang diluluskan untuk pengecualian
akan diberi gred K1.
(3) Sekiranya pengecualian kursus menyebabkan keperluan kredit bergraduat
program pengajian tidak mencukupi, kursus yang dikecualikan hendaklah
digantikan dengan kursus lain dari tahap pengajian yang sama.
6. SYARAT-SYARAT PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS
(1) Pemindahan Kredit
(a) Kebenaran untuk pemindahan kredit adalah tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:
(i) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan
setelah disetarakan dengan skim penggredan Universiti mestilah
tidak kurang daripada:
(A) gred C atau 2.0 bagi program Ijazah Pertama
(B) gred B atau 3.0 bagi program Ijazah Tinggi
(ii) Kursus yang diambil terdahulu mempunyai nilai kredit yang sama
atau lebih selepas penyetaraan dengan nilai kredit kursus yang
ditawarkan di Universiti;
(iii) Kursus yang diambil terdahulu mempunyai pertindihan sekurang-
kurangnya 80% dengan kursus yang ditawarkan di Universiti;
5
(iv) Kursus yang diambil terdahulu hendaklah daripada program yang
telah mendapat akreditasi/pengiktirafan dari badan berautoriti di
negara berkenaan;
(v) Jumlah maksimum kredit yang boleh dipindah adalah seperti
berikut:
(A) Ijazah Pertama
Kategori Keterangan Had Kredit
(1) Pemindahan
kredit secara
horizontal
(a) Pemindahan kredit
dengan gred bagi
pelajar yang bertukar
program pengajian
dalam Universiti.
Tiada had
(b) Pemindahan kredit
dengan gred bagi
pelajar yang mengikuti
Program Pertukaran
Pelajar.
Tidak
melebihi satu
pertiga
daripada
jumlah
keseluruhan
kredit
program
pengajian
(c) Pemindahan kredit
tanpa gred bagi kursus
dari tahap kelayakan
yang sama dari institusi
atau universiti lain.
(2) Pemindahan
kredit secara
vertical
(a) Pemindahan kredit
tanpa gred bagi
Kelayakan peringkat
Sijil Profesional/Diploma
Tidak
melebihi satu
pertiga
daripada
jumlah
keseluruhan
kredit
program
pengajian
(b) Pemindahan kredit
tanpa gred bagi
kelayakan peringkat
Diploma Lanjutan
6
Walau apapun yang dinyatakan dalam perenggan (A) di
atas, bagi tujuan pengijazahan, jumlah maksimum kredit
yang boleh dipindah dari institusi/universiti luar tidak boleh
melebihi 1/3 daripada jumlah keseluruhan kredit program
pengajian.
(B) Ijazah Sarjana
Kategori Keterangan Had Kredit
Pemindahan kredit
secara horizontal
(a) Pemindahan kredit
dengan gred bagi calon
yang bertukar program
pengajian dalam
Universiti.
Tiada had
(b) Pemindahan kredit
dengan gred bagi
pelajar yang mengikuti
Program Pertukaran
Pelajar.
Tidak
melebihi satu
pertiga (1/3)
daripada
jumlah
keseluruhan
kredit
program
pengajian
(c) Pemindahan kredit
tanpa gred bagi kursus
dari tahap kelayakan
yang sama dari institusi
atau universiti lain.
(C) Kedoktoran
Kategori Keterangan Had Kredit
Pemindahan kredit
secara horizontal
(a) Pemindahan kredit
dengan gred bagi calon
yang bertukar program
pengajian dalam
Universiti.
Tiada had
7
(b) Pemindahan kredit
tanpa gred bagi kursus
dari tahap kelayakan
yang sama dari institusi
atau universiti lain.
Tidak
melebihi satu
pertiga (1/3)
daripada
jumlah
keseluruhan
kredit
program
pengajian
(c) Pemindahan kredit
dengan gred bagi
pelajar yang mengikuti
Program Pertukaran
Pelajar.
(b) Pemindahan kredit dengan gred bagi kursus dari program kerjasama
dengan universiti atau institusi lain yang melebihi had kredit yang
ditetapkan oleh Universiti adalah tertakluk kepada kelulusan Senat.
(c) Kursus yang diikuti oleh pelajar program Ijazah Pertama semasa Program
Pertukaran Pelajar yang tidak tersenarai di dalam Struktur Pengajian Ijazah
boleh dipertimbangkan pemindahan kredit dengan gred tertakluk kepada
kursus berkenaan mendapat perakuan Dekan Fakulti program pengajian
pelajar sama ada:
(i) menggantikan Kursus Elektif Luar Fakulti dan/atau mana-mana
Kursus Elektif Fakulti. Gred dan mata gred kursus akan diambilkira
dalam pengiraan PNG dan PNGK dan kredit kursus berkenaan
akan diambilkira bagi memenuhi keperluan penyempurnaan
pengijazahan.
Bagi tujuan perenggan ini, kursus hendaklah memenuhi syarat yang
dinyatakan pada perenggan (1)(a)(i), (ii), (iv) dan (v) di atas; atau
(ii) tidak menggantikan mana-mana kursus yang ditetapkan dalam
struktur program pengajiannya. Kursus berkenaan akan dicatatkan
di dalam transkrip akademik pelajar. Gred dan mata gred kursus
berkenaan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK
8
tetapi kredit kursus berkenaan tidak diambilkira dalam keperluan
penyempurnaan pengijazahan.
Bagi tujuan perenggan ini, kursus hendaklah memenuhi syarat yang
dinyatakan pada perenggan (1)(a)(i) dan (iv) di atas dan akan diberi
nilai kredit yang telah disetarakan dengan pengiraan jam nosional
Universiti.
(d) Kursus yang diikuti semasa Program Pertukaran Pelajar jangka pendek
(contoh: Summer Camp, Study Abroad dll) boleh dipertimbangkan untuk
pemindahan kredit bagi menggantikan kursus di Universiti/dicatatkan
dalam transkrip tertakluk kepada kursus yang diikuti memenuhi syarat-
syarat berikut: (tiada dalam Peraturan)
(i) Kursus diambil dari program akademik tahap kelayakan yang sama
(horizontal).
(ii) Kursus tersebut memenuhi keperluan Hasil Pembelajaran Kursus
dan kandungan kursus serta dinilai dan diberi gred.
(iii) Masa pembelajaran pelajar bagi kursus yang diikuti mempunyai
jam nosional yang sama atau lebih selepas penyetaraan dengan
jam nosional yang ditetapkan bagi kursus di Universiti.
(e) Pemindahan kredit bagi program-program profesional adalah tertakluk
kepada peraturan yang ditetapkan oleh badan profesional masing-masing.
(2) Pengecualian Kursus
(a) Permohonan pengecualian kursus hanya dibenarkan bagi kategori kursus
berikut:
(i) Kursus Universiti dan Kursus Elektif Fakulti bagi program jazah
Pertama
9
(ii) Kursus Pilihan Fakulti bagi program Ijazah Sarjana dan
Kedoktoran;
(b) Pengetahuan dan kemahiran pelajar memenuhi sekurang-kurangnya 80%
kesetaraan dengan kandungan kursus/Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)
kursus yang dipohon. (tiada dalam Peraturan)
7. PROSEDUR PERMOHONAN
(1) Permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus hendaklah dibuat oleh
pelajar dengan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari portal pelajar
(myum.um.edu.my).
Borang permohonan pemindahan kredit adalah seperti diberi dalam Lampiran A.
Borang permohonan pengecualian kursus adalah seperti diberi dalam Lampiran B.
(2) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti program pengajian
tidak lewat dari hari Jumaat minggu kuliah keempat Semester Biasa dengan
menyertakan bersama:
(a) bukti bayaran yuran proses atas suatu kadar yang ditetapkan. Yuran ini
tidak akan dikembalikan; dan
(b) dokumen sokongan wajib iaitu hasil pembelajaran kursus,
silibus/kandungan kursus dan skim penggredan kursus dari
institusi/universiti lain bagi permohonan pemindahan kredit; atau
(c) dokumen bukti pengalaman dan kemahiran terdahulu bagi permohonan
pengecualian kursus.
(3) Bagi pemindahan kredit tanpa gred, permohonan hendaklah dikemukakan dalam
dua semester pertama pengajian. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama
dokumen berikut:
10
(a) sekiranya permohonan adalah berdasarkan kelayakan peringkat
Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana/Kedoktoran, pelajar hendaklah
mengemukakan salinan Diploma/Ijazah Pertama/ Diploma Ijazah
Sarjana/Kedoktoran yang telah diperolehi; atau
(b) sekiranya pelajar tidak berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah
Pertama/Ijazah Sarjana/Kedoktoran maka beliau hendaklah sekurang-
kurangnya telah mengikuti kursus berkenaan dengan jayanya dan
mengemukakan slip keputusan peperiksaan atau transkrip separa bagi
program pengajian terdahulu.
(4) Permohonan yang diterima hari Jumaat minggu kuliah keempat Semester Biasa
akan dipertimbangkan pada semester berikutnya.
8. PROSES PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS DI
PTj
(1) Permohonan Untuk Pertimbangan Senat Melalui Jawatankuasa Induk
Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (JIPPK)
(a) Permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus kali pertama
hendaklah diteliti dan mendapat perakuan satu jawatankuasa di peringkat
PTj sebelum dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Induk
Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (JIPPK).
(b) Proses semakan dan perakuan di peringkat PTj perlu mengambil kira
perkara-perkara berikut:
(i) Pelajar telah membuat bayaran yang ditetapkan dengan
mengemukakan bukti bayaran. Permohonan pengecualian bayaran
(jika ada) hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan
Jawatankuasa Yuran Universiti (JYU).
(ii) Kursus yang dipohon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
dalam Peraturan.
11
(iii) Perakuan PTj bagi kursus yang tidak memenuhi kaedah
penyetaraan yang ditetapkan hendaklah mempunyai justifikasi yang
kukuh dan mengambil kira perincian pemetaan kursus bagi kursus
yang disetarakan.
(iv) Perakuan PTj bagi kursus yang nilai kredit kurang daripada nilai
kredit yang ditawarkan oleh Universiti hendaklah mempunyai
justifikasi yang kukuh dan mengambil kira perincian penyetaraan
jam nosional bagi kursus yang disetarakan.
(c) Kaedah Penyetaraan Kursus (tiada dalam Peraturan)
Pemindahan kredit hendaklah berasaskan kepada pemetaan kursus yang
diambil terdahulu dengan kursus yang ditawarkan di Universiti (subject to
subject mapping).
Proses pemetaan kursus boleh berasaskan satu kursus atau gabungan
beberapa kursus yang diambil terdahulu. Walau bagaimanapun, kursus
yang diambil terdahulu hanya boleh digunakan sekali sahaja bagi tujuan
pemindahan kredit kursus di Universiti.
Kaedah pemetaan kursus hendaklah mengambil kira pertindihan bagi
aspek-aspek (mengikut keutamaan) berikut:
(i) Kandungan kursus
(ii) Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)/Objektif Kursus
(iii) Tahap kepayahan (jika ada)
Templat pemetaan kursus dan rubrik pemetaan adalah seperti diberi dalam
Lampiran C.
(d) Kaedah Penyetaraan Gred (tiada dalam Peraturan)
Gred/mata gred/markah yang diperolehi oleh pelajar akan disetarakan
dengan skim penggredan Universiti. (disusun mengikut keutamaan)
12
Kursus yang gagal mengikut skim penggredan IPT luar tidak akan
dipertimbangkan untuk pemindahan kredit.
(e) Permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang diperaku
oleh jawatankuasa khas PTj hendaklah dikemukakan kepada Unit
Pelaksanaan Dasar Akademik dan Data/Statistik (UPDAD), Bahagian
Akademik untuk pertimbangan JIPPK dan Senat. Permohonan hendaklah
dikemukakan bersama-sama dokumen berikut:
(i) Satu salinan hardcopy dan softcopy kertas tindakan JIPPK. Kertas
tindakan hendaklah mengandungi perkara berikut:
(A) Senarai kursus yang diperaku untuk diiktiraf bagi maksud
pemindahan kredit/pengecualian kursus untuk menggantikan
kursus di Universiti;
(B) Conversion table yang menunjukkan perbandingan markah
dan gred antara UA/IPT luar dan Universiti. Conversion table
perlu disertakan bersama cadangan pemindahan gred bagi
kursus-kursus yang diperaku;
(C) Borang permohonan pemindahan kredit. Bagi permohonan
pemindahan kredit dengan gred dan permohonan untuk
mencatatkan kursus dalam transkrip akademik, PTj perlu
memperakukan gred untuk setiap kursus. Bagi permohonan
pemindahan kredit tanpa gred, gred K akan diberikan;
dan/atau
Borang permohonan pengecualian kursus. Bagi
permohonan ini, PTj tidak perlu memperakukan sebarang
gred. Pelajar akan diberi gred K1.
13
(D) Perincian penyetaraan jam nosional sekiranya PTj
memperaku kursus yang nilai kredit kurang daripada nilai
kredit yang ditawarkan oleh Universiti.
(ii) Salinan transkrip akademik kursus berkaitan bagi permohonan
pemindahan kredit atau dokumen bukti pengalaman dan kemahiran
terdahulu bagi permohonan pengecualian kursus.
(iii) Salinan Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana/Kedoktoran bagi
permohonan pemindahan kredit pelajar yang telah tamat pengajian.
(iv) Salinan keputusan peperiksaan/transkrip separa bagi permohonan
pemindahan kredit pelajar yang belum tamat pengajian.
(v) Salinan ringkasan/silibus kursus, skim penggredan dan dokumen
lain yang berkaitan.
Format kertas tindakan adalah seperti dalam Lampiran D.
(2) Permohonan Yang Diuruskan Secara Pentadbiran di PTj
Permohonan pemindahan kredit boleh diuruskan secara pentadbiran bagi kes-kes
berikut:
(a) Kursus yang telah diluluskan oleh Senat bagi maksud pemindahan kredit
dan/atau pengecualian kredit dalam tempoh lima (5) tahun dari kelulusan
Senat (berdasarkan ‘tahun’).
Contoh: Kursus yang diluluskan oleh Senat pada 26.10.2017 boleh
diuruskan secara pentadbiran di PTj sehingga 31 Disember 2021.
Nota: Bagi kursus-kursus yang telah diluluskan pemindahan dan
pengecualian kredit oleh Senat sebelum Semester 1, Sesi 2017/2018,
hanya kursus-kursus yang mempunyai pertindihan 80% dan ke atas sahaja
boleh diuruskan secara pentadbiran oleh PTj.
14
(b) Kursus yang mempunyai kod, tajuk dan kredit yang sama bagi kes
pertukaran program pengajian. Kursus ini termasuklah Kursus Elektif Luar
Fakulti (KELF) dan Kursus Universiti lain seperti TITAS, Literasi Maklumat,
Hubungan Etnik, Asas Pembudayaan Keusahawanan, Kokurikulum dan
sebagainya.
Bagi permohonan pelajar yang bertukar program pengajian dari satu PTj ke
PTj lain, permohonan pemindahan kredit bagi Kursus Universiti/Kursus
Teras hendaklah diuruskan oleh PTj yang menerima pelajar tersebut.
(c) Kursus Bahasa Inggeris (GTEE) yang telah diluluskan penyetaraan oleh
Senat pada 22.12.2011 bagi komponen Bahasa Inggeris Komunikasi
seperti di Kembaran 1 dan Kembaran 2 atau penyetaraan lain yang
diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
9. PROSES PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS DI
BAHAGIAN AKADEMIK/INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH
Permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus yang dikemukakan oleh PTj
akan diproses seperti berikut:
(1) Unit Pelaksanaan Dasar Akademik dan Data/Statistik (UPDAD)
(a) Membuat semakan perakuan PTj dan memaklumkan sebarang
penambahbaikan/pembetulan (jika perlu).
(b) Menguruskan mesyuarat JIPPK.
(c) Mengemukakan permohonan yang diperaku oleh JIPPK untuk
pertimbangan Senat.
(d) Memasukkan maklumat kursus yang menggunapakai kod universiti luar
dalam Skrin Maklumat Induk Kursus UMISIS. Kod UM akan diwujudkan
sekiranya kod kursus melebihi 8 aksara.
15
(e) Mengemukakan permohonan pelajar Ijazah Pertama yang diluluskan oleh
Senat kepada Seksyen Kemasukan dan Rekod serta Seksyen Peperiksaan
untuk tindakan pengemaskinian dalam UMISIS.
(f) Mengemukakan permohonan pelajar Ijazah Tinggi yang diluluskan oleh
Senat kepada IPS untuk tindakan pengemaskinian dalam UMISIS.
(g) Memaklumkan keputusan permohonan kepada pelajar bagi program Ijazah
Pertama.
(2) Seksyen Kemasukan dan Rekod (SKR)
(a) Memasukkan maklumat penawaran kursus yang diluluskan pemindahan
kredit dan/atau pengecualian kursus dalam skrin Jadual Waktu Kuliah dan
Peperiksaan (JWKP), UMISIS.
(b) Memasukkan kursus dalam skrin Pendaftaran pelajar. Status kursus yang
diluluskan pemindahan kredit dengan gred akan dicatatkan sebagai PK,
status kursus yang diluluskan pemindahan kredit tanpa gred akan
dicatatkan sebagai K dan status kursus yang diluluskan pengecualian
kursus akan dicatatkan sebagai K1.
(3) Seksyen Peperiksaan (SP)
(a) Memasukkan gred kursus yang diluluskan oleh Senat.
(b) Menjana keputusan peperiksaan bagi program Ijazah Pertama untuk
dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa oleh PTj.
(4) Institut Pengajian Siswazah (IPS)
(a) Memasukkan maklumat penawaran kursus yang diluluskan pemindahan
kredit dan/atau pengecualian kursus dalam skrin Jadual Waktu Kuliah dan
Peperiksaan (JWKP), UMISIS.
16
(b) Memasukkan kursus dalam skrin Pendaftaran. Status kursus yang
diluluskan pemindahan kredit dengan gred akan dicatatkan sebagai PK,
status kursus yang diluluskan pemindahan kredit tanpa gred akan
dicatatkan sebagai K dan status kursus yang diluluskan pengecualian
kursus akan dicatatkan sebagai K1.
(c) Memasukkan gred kursus yang diluluskan oleh Senat.
(d) Menjana keputusan peperiksaan bagi program Ijazah Tinggi untuk dibawa
ke mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa oleh PTj.
(e) Memaklumkan keputusan permohonan kepada pelajar bagi program Ijazah
Tinggi.
10. PEMAKLUMAN KEPUTUSAN KEPADA PELAJAR
(1) Permohonan Untuk Pertimbangan Senat Melalui Jawatankuasa Induk
Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (JIPPK)
(a) Ijazah Pertama
Surat makluman kepada pelajar akan dikeluarkan oleh UPDAD, Bahagian
Akademik dan disalinkan kepada:
(i) Seksyen Kemasukan dan Rekod serta Seksyen Peperiksaan untuk
tindakan pengemaskinian rekod pelajar dalam Sistem Maklumat
Bersepadu Pelajar (UMISIS); dan
(ii) Pengarah/Dekan PTj untuk rekod dalam fail pelajar.
(b) Ijazah Tinggi
Surat makluman kepada pelajar akan dikeluarkan oleh Unit Polisi dan
Pentadbiran Am, Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan disalinkan kepada:
17
(i) Unit Kemasukan dan Unit Penilaian untuk tindakan pengemaskinian
rekod pelajar dalam Sistem Maklumat Bersepadu Pelajar (UMISIS);
dan
(ii) Pengarah/Dekan PTj untuk rekod dalam fail pelajar.
(2) Permohonan Yang Diuruskan Secara Pentadbiran di PTj
Surat makluman kepada pelajar akan dikeluarkan oleh Pengarah/Dekan PTj dan
disalinkan kepada:
(a) Timbalan Pendaftar (Akademik) untuk program Ijazah Pertama; dan
(b) Dekan, Institut Pengajian Siswazah untuk program Ijazah Tinggi.
11. LAMPIRAN
(1) Borang Permohonan Pemindahan Kredit - Lampiran A
(2) Borang permohonan Pengecualian Kursus - Lampiran B
(3) Templat Kaedah Pemetaan Kursus - Lampiran C
(4) Templat Contoh Kertas Tindakan JIPPK - Lampiran D
18
KEMBARAN 1
Panduan Pemindahan Kredit Bagi Kursus English Communication Programme (ECP) Lama
Kepada Kursus ECP Baru Bagi Pelajar Warganegara Pertukaran Program Pengajian Dalam
Universiti Malaya
ECP Lama ECP Baru Setaraf ECP Baru -
Kursus yang perlu didaftar
GTEE 1101 – Fundamentals
of English
(BAND MUET 1 dan 2)
GTEE 1107 – Communication
in English III
GTEE 1207 -
Communication in English IV
GTEE 1102 – English for
Academic Purposes
(BAND MUET 3/4/5/6)
GTEE 1112 – Introduction to
Critical Reading in English
GTEE 1109 – Speaking Skills
in English
Atau
GTEE 1110 – Writing Skills in
English
GTEE 1103 – Professional
Writing in English
(BAND MUET 3/4/5/6)
GTEE 1110 – Writing Skills in
English
GTEE 1109 – Speaking Skills
in English
GTEE 1104 – Effective
Presentation Skills
(BAND MUET 3/4/5/6)
GTEE 1109 – Speaking Skills
in English
GTEE 1110 – Writing Skills in
English
19
Panduan - Pelajar dengan Band MUET 1 dan 2
(1) Di bawah program ECP Lama, pelajar yang telah mengambil dan lulus kursus
GTEE1101 sahaja, boleh memindah kredit ke kursus GTEE1107. Pelajar tersebut
dikehendaki mendaftar untuk kursus GTEE1207.
(2) Pelajar yang telah mengambil dan lulus kursus GTEE1101 dan salah satu kursus
daripada kumpulan GTEE1102/GTEE1103/GTEE1104, boleh memindah kredit ke
kursus GTEE1107 dan GTEE1112 atau GTEE1110 atau GTEE1109 mengikut jadual
di atas dan pelajar tersebut dianggap telah memenuhi keperluan ECP Baru.
Nota: Diluluskan oleh Senat pada 22 Disember 2011
20
KEMBARAN 2
Panduan Pemindahan Kredit Bagi Kursus English Communication Programme (ECP) Lama
Kepada Kursus ECP Baru Bagi Pelajar Bukan Warganegara
ECP Lama ECP Baru Setaraf ECP Baru -
Kursus yang perlu didaftar
GTEE 1101 – Fundamentals
of English
(ELPIS – Gred C, C+, B-)
GTEE 1107 –
Communication in English
III
GTEE 1207 - Communication in
English IV
GTEE 1102 – English for
Academic Purposes
(ELPIS Gred B, B+, A-, A/
IELTS Band 6 / TOEFL - 550)
GTEE 1112 – Introduction
to Critical Reading in
English
GTEE 1109 – Speaking Skills in
English
Atau
GTEE 1110 – Writing Skills in
English
GTEE 1103 – Professional
Writing in English
(ELPIS Gred B, B+, A-, A /
IELTS Band 6 / TOEFL - 550)
GTEE 1110 – Writing Skills
in English
GTEE 1109 – Speaking Skills in
English
GTEE 1104 – Effective
Presentation Skills
(ELPIS Gred B, B+, A-, A /
IELTS Band 6 / TOEFL –
550)
GTEE 1109 – Speaking
Skills in English
GTEE 1110 – Writing Skills in
English
21
Panduan - Pelajar dengan ELPIS Gred C, C+, B-
(1) Di bawah program ECP Lama, pelajar yang telah mengambil dan lulus kursus GTEE1101
sahaja, boleh memindah kredit ke kursus GTEE1107. Pelajar tersebut dikehendaki
mendaftar untuk kursus GTEE1207.
(2) Pelajar yang telah mengambil dan lulus kursus GTEE1101 dan salah satu kursus daripada
kumpulan GTEE1102/GTEE1103/GTEE1104, boleh memindah kredit ke kursus
GTEE1107 dan GTEE1112 atau GTEE1110 atau GTEE1109 mengikut jadual di atas dan
pelajar tersebut dianggap telah memenuhi keperluan ECP Baru.
22
Lampiran A
BA79/2017(i)
AKADEMI/FAKULTI/PUSAT ______________________________________________
PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DENGAN GRED/TANPA GRED* SEMESTER ...................., SESI ..............................................
Nama Pelajar: No. Kad Pengenalan : No. Pendaftaran : Program Yang Sedang Diikuti di Universiti Malaya : Mod Pengajian (bagi program Ijazah Tinggi) : Jumlah Kredit Keseluruhan Pengijazahan :
A. Maklumat Kursus : (Diisi Oleh Pelajar) B. Perakuan: (Untuk Kegunaan A/F/P/I)
Kursus Setara Dari: …………………………………………………………. (Nyatakan nama universiti/institusi) Peringkat : ………………………………………………………………….. Pengajian (Nyatakan jenis sijil professional/diploma/ijazah) Nama Program: …………………………………………………………….. Sesi Masuk : …………………………………………………………………
Kursus di Universiti Malaya Sesi Masuk: ………………………………………………………………………
Pertindihan
Kursus
Perakuan
Kod Kursus
Tajuk Kursus Kredit Gred/
Mata Gred Kod
Kursus Tajuk Kursus Kredit
Komponen/ Kategori Kursus
% Diperakukan/
Tidak Kredit
Jumlah kredit yang dipohon : .................... kredit x RM 5.00 = RM .................... **
23
Jumlah kredit yang diperaku : .................... kredit Perakuan Gred:
Jumlah pengecualian kredit ** /pemindahan kredit yang pernah diluluskan oleh Senat : .................... kredit
Jumlah Caj Pemprosesan : RM ………………………………….***
No. Resit Pembayaran : ………………………………………
Tarikh Terima Permohonan : ………………………………………
* Potong mana yang tidak berkenaan ** Merujuk kepada permohonan yang pernah diluluskan bagi pelajar Sesi Kemasukan 2016/2017 dan ke bawah (jika bekenaan) *** Bayaran caj pemprosesan hendaklah dilakukan atas nama BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA, No. Akaun CIMB : 8001279998 Nota : (1) “Pemindahan kredit dengan gred” merujuk kepada pemindahan kredit bersama-sama gred bagi kursus daripada tahap kelayakan yang sama (horizontal) untuk pelajar
yang masih dalam pengajian.
(2) "Pemindahan kredit tanpa gred" merujuk kepada pemindahan kredit tanpa membawa gred terdahulu yang diperolehi bagi kursus dari:
(a) tahap kelayakan yang rendah (vertical) untuk pelajar yang telah tamat pengajian dengan jayanya; dan/atau (b) tahap kelayakan yang sama (horizontal) untuk pelajar yang -
(f) telah tamat pengajian dengan jayanya; atau (g) tidak menyempurnakan pengajian (tidak termasuk pelajar yang ditamatkan daripada program pengajian) tetapi telah mencapai tahap kompetensi
dalam kursus yang dipohon. Bagi kategori ini, pelajar hendaklah memenuhi tempoh permastautin untuk sekurang-kurangnya satu (1) tahun di Universiti Malaya.
Sila rujuk Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama)/ Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana)/ Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Kedoktoran) versi terkini untuk maklumat terperinci.
24
Lampiran B
BA79/2017(ii)
AKADEMI/FAKULTI/PUSAT ______________________________________________
PERMOHONAN PENGECUALIAN KURSUS
SEMESTER ...................., SESI ..............................................
Nama Pelajar: No. Kad Pengenalan : No. Pendaftaran : Program Yang Sedang Diikuti di Universiti Malaya : Mod Pengajian (bagi program Ijazah Tinggi) : Jumlah Kredit Keseluruhan Pengijazahan :
A. Maklumat Kursus : (Diisi Oleh Pelajar) B. Perakuan: (Untuk Kegunaan A/F/P/I)
Perincian Pengalaman dan Kemahiran Terdahulu (sila kemukakan bersama dokumen bagi membuktikan setiap pengalaman dan kemahiran yang dinyatakan)
Kursus di Universiti Malaya * Sesi Masuk: ………………………………………………………………………
Pertindihan Kursus
Perakuan
Kod
Kursus Tajuk Kursus Kredit
Komponen/ Kategori Kursus
% Diperakuka
n/ Tidak Kredi
t
Perancangan Pendaftaran Kursus Ganti:
Kod Kursus Tajuk Kursus Kredit Komponen/Kategori Kursus Jangkaan Semester Mendaftar
25
Jumlah kredit yang dipohon : .................... kredit x RM 5.00 = RM .................... **
Jumlah kredit yang diperaku : .................... kredit
Jumlah Caj Pemprosesan : RM ………………………………….
No. Resit Pembayaran : ………………………………………
Tarikh Terima Permohonan : ………………………………………
* Bagi program Ijazah Pertama, pengecualian kursus hanya dibenarkan bagi kategori Kursus Universiti dan Kursus Elektif Fakulti (KEF) Bagi program Ijazah Tinggi, pengecualian kursus hanya dibenarkan bagi kategori Kursus Pilihan Fakulti (KPF) ** Bayaran caj pemprosesan hendaklah dilakukan atas nama BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA, No. Akaun CIMB : 8001279998
26
Lampiran C
Jadual Pemetaan Kursus xxxx Universiti Malaya dan Kursus xxxx Universiti xxxxx
Perkara UM IPT Luar Markah
Penyetaraan Catatan
Wajaran Markah *
Tajuk/Kod -
Kandungan Kursus
70
Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)/ Objektif Kursus
30
Tahap Kepayahan (jika ada)
-
Jumlah Peratus Pertindihan Keseluruhan
27
* Rubrik pemarkahan:
Peratus Pertindihan Markah
Kandungan Markah
Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)
≥ 80% 70 30
65 ≤ x ≤79 60 20
50 ≤ x ≤ 64 50 10
x ≤ 49 0 0
28
Lampiran D
Contoh Kertas Tindakan JIPPK
No rujukan PTj
No perkara akan dimasukkan oleh UPDAD Perkara : 3(1)
Masukkan tarikh mesyuarat JIPPK : xx.xx.2018
PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT masukkan – dengan gred/tanpa gred
FAKULTI --------------------------------------------------------- SEMESTER --, SESI ----/----
1. Tujuan
Untuk pertimbangan Jawatankuasa Induk Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (JIPPK) seperti berikut:
(1) Kursus yang diikuti semasa Program Pertukaran Pelajar yang disenaraikan dalam
Lampiran A diiktiraf bagi maksud pemindahan kredit dengan gred untuk menggantikan kursus berkenaan di Universiti.
(2) Kursus peringkat Diploma yang diikuti oleh pelajar sebelum diterima masuk ke Universiti yang disenaraikan dalam Lampiran B diiktiraf bagi maksud pemindahan kredit tanpa gred untuk menggantikan kursus berkenaan di Universiti.
(3) ------(Bil Pelajar)------ pelajar yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar
dipertimbangkan pemindahan kredit dengan gred: Lampiran X- hingga X-. (4) ----- (Nama Pelajar) (No Pendaftaran Pelajar) ----- yang telah mengikuti program
Diploma ------ di ------ sebelum diterima masuk ke Universiti dipertimbangkan untuk pemindahan kredit tanpa gred: Lampiran X-. (jika seorang pelajar sahaja)
(5) ----- (Bil Pelajar) ----- yang telah mengikuti program Diploma sebelum diterima
masuk ke Universiti dipertimbangkan untuk pemindahan kredit tanpa gred: Lampiran X- hingga X-. (jika lebih daripada pelajar)
Susunan: (1) Pemindahan kredit dengan gred
Exchange programme Lampiran umum
Pertukaran program pengajian dalam Universiti (2) Pemindahan kredit tanpa gred (3) Susunan maklumat permohonan pelajar
2. Latar Belakang
Mesyuarat Jawatankuasa xxxxxxx Fakulti pada xx.xx.xxxx telah meneliti permohonan
pemindahan kredit pelajar dan bersetuju memperakukan kepada Jawatankuasa Induk Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (JIPPK) seperti berikut:
29
(1) Kursus yang diikuti semasa Program Pertukaran Pelajar yang disenaraikan dalam
Lampiran X diiktiraf bagi maksud pemindahan kredit dengan gred untuk menggantikan kursus berkenaan di Universiti.
(2) Kursus peringkat Diploma yang diikuti oleh pelajar sebelum diterima masuk ke
Universiti yang disenaraikan dalam Lampiran X diiktiraf bagi maksud pemindahan kredit tanpa gred untuk menggantikan kursus berkenaan di Universiti.
(3) ---- Bil Pelajar----- berikut dipertimbangkan untuk pemindahan kredit dengan gred:
(4) -- Nama Pelajar -- (No Pendaftaran Pelajar) ----- yang telah mengikuti program Diploma ----- Nama Program----- di -----Nama UA/IPT----- sebelum diterima masuk ke Universiti dipertimbangkan untuk pemindahan kredit tanpa gred: Lampiran X-. (jika seorang pelajar sahaja)
3. Tindakan
Untuk pertimbangan JIPPK seperti berikut:
(5) Kursus yang diikuti semasa Program Pertukaran Pelajar yang disenaraikan dalam
Lampiran X diiktiraf bagi maksud pemindahan kredit dengan gred untuk menggantikan kursus berkenaan di Universiti.
(6) Kursus peringkat Diploma yang diikuti oleh pelajar sebelum diterima masuk ke
Universiti yang disenaraikan dalam Lampiran X diiktiraf bagi maksud pemindahan kredit tanpa gred untuk menggantikan kursus berkenaan di Universiti.
(7) Sekiranya perenggan 3(1) dan 3(2) di atas dipersetujui, maka pelajar-pelajar yang
borang permohonan mereka diberi dalam Lampiran X- hingga Lampiran X- dan Lampiran X- diluluskan pemindahan kredit dengan gred/tanpa gred seperti mana yang dinyatakan.
Bil Nama No.
Pendaftaran Pelajar
Universiti Luar Negara
Lampiran
1. Lampiran xx
2. Lampiran xx
3. Lampiran xx
4. Lampiran xx
5. Lampiran xx
30
LAMPIRAN X
PEMINDAHAN KREDIT DENGAN GRED
Kursus Universiti Malaya Sarjana Muda ----------------------
-------- Nama UA/IPT----------
Pertindihan Kursus
Kod Kursus
Tajuk Kursus Kredit Kod Kursus Tajuk Kursus Kredit %
Conversion Table Perbandingan markah dan gred adalah seperti berikut:
Skim Penggredan Universiti Malaya -------------------------
Markah Gred Mata Gred
Markah Gred Mata Gred
90 - 100 A+ 4.0
80 – 89 A 4.0
75 – 79 A- 3.7
70 – 74 B+ 3.3
65 – 69 B 3.0
60 – 64 B- 2.7
55 – 59 C+ 2.3
50 – 54 C 2.0
45 – 49 C- 1.7
40 – 44 D+ 1.3
35 – 39 D 1.0
0 – 34 F 0.0
Cadangan Pemindahan Gred:
Kursus dari -------------------------
Gred Kursus
Universiti Malaya Gred
Diperakukan
(Kod Kursus) (Tajuk Kursus)
A+
A
31
A-
B+
C
(Kod Kursus) (Tajuk Kursus) A+
A
A-
B+
C
Cadangan pemindahan gred perlu dibuat bagi gred A+ - C
Conversion Graft
Masukkan jika ada Masukkan untuk setiap kursus
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F
UM xxxxx
32
Lampiran X-
Jadual Pemetaan Kursus Kursus xxxx Universiti Malaya dan Kursus xxxx Universiti xxxxx
Perkara UM IPT Luar Markah
Penyetaraan Catatan
Wajaran Markah *
Tajuk/Kod -
Kandungan Kursus
70
Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)/ Objektif Kursus
30
Tahap Kepayahan (jika ada)
-
Jumlah Peratus Pertindihan Keseluruhan
33
LAMPIRAN X
PEMINDAHAN KREDIT TANPA GRED
Kursus Universiti Malaya Sarjana Muda -----------------------
-------- Nama UA/IPT----------
Pertindihan Kursus
Kod Kursus
Tajuk Kursus Kredit Kod Kursus Tajuk Kursus Kredit %
Conversion Table Perbandingan markah dan gred adalah seperti berikut:
Skim Penggredan Universiti Malaya -------------------------
Markah Gred Mata Gred
Markah Gred Mata Gred
90 - 100 A+ 4.0
80 – 89 A 4.0
75 – 79 A- 3.7
70 – 74 B+ 3.3
65 – 69 B 3.0
60 – 64 B- 2.7
55 – 59 C+ 2.3
50 – 54 C 2.0
45 – 49 C- 1.7
40 – 44 D+ 1.3
35 – 39 D 1.0
0 – 34 F 0.0
34
Conversion Graft
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F
UM xxxxx
35
Lampiran X-
Jadual Pemetaan Kursus Kursus xxxx Universiti Malaya dan Kursus xxxx Universiti xxxxx
Perkara UM IPT Luar Markah
Penyetaraan Catatan
Wajaran Markah *
Tajuk/Kod -
Kandungan Kursus
70
Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)/ Objektif Kursus
30
Tahap Kepayahan (jika ada)
-
Jumlah Peratus Pertindihan Keseluruhan
36
LAMPIRAN X1
BA79/2017(i) (masukkan nama A/F/P/I)
AKADEMI/FAKULTI/PUSAT ______________________________________________
PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DENGAN GRED/TANPA GRED* (potong yang tidak berkenaan – ikut permohonan pelajar) SEMESTER ...................., SESI ..............................................
Nama Pelajar: No. Kad Pengenalan : No. Pendaftaran : Program Yang Sedang Diikuti di Universiti Malaya : Mod Pengajian (bagi program Ijazah Tinggi) : Jumlah Kredit Keseluruhan Pengijazahan :
A. Maklumat Kursus : (Diisi Oleh Pelajar) B. Perakuan: (Untuk Kegunaan A/F/P/I)
Kursus Setara Dari: …………………………………………………………. (Nyatakan nama universiti/institusi) Peringkat : ………………………………………………………………….. Pengajian (Nyatakan jenis sijil professional/diploma/ijazah) Nama Program: …………………………………………………………….. Sesi Masuk : …………………………………………………………………
Kursus di Universiti Malaya Sesi Masuk: ………………………………………………………………………
Pertindihan
Kursus
Perakuan
Kod Kursus
Tajuk Kursus Kredit Gred/
Mata Gred Kod
Kursus Tajuk Kursus Kredit
Komponen/ Kategori Kursus
% Diperakukan/
Tidak Kredit
- KELF
Jumlah kredit yang dipohon : .................... kredit x RM 5.00 = RM .................... **
37
Jumlah kredit yang diperaku : .................... kredit Perakuan Gred: (sila nyatakan kod dan tajuk kursus IPT luar bagi permohonan pemindahan kredit kursus yang tiada dalam SPI) ……………………………………………………………,,ggggg
Jumlah pengecualian kredit ** /pemindahan kredit yang pernah diluluskan oleh Senat : .................... kredit
Jumlah Caj Pemprosesan : RM ………………………………….***
No. Resit Pembayaran : ………………………………………
Tarikh Terima Permohonan : ………………………………………