garis panduan pelaksanaan dasar warga emas negara

8
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) LATAR BELAKANG 1. Pada 5 Januari 2011, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang telah digubal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Dasar ini adalah merupakan satu penilaian semula dan merupakan penambahbaikan kepada Dasar Warga Tua Negara sebelumnya. DEFINISI WARGA EMAS 2. Warga Emas (WE) merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN. MATLAMAT PROGRAM DAN AKTIVITI 3. Matlamat utama pelaksanaan program dan aktiviti ialah: 3.1 Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera dan produktif kepada negara; 3.2 Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan; dan 1

Upload: carmen-leong

Post on 28-Oct-2015

1.455 views

Category:

Documents


86 download

DESCRIPTION

DWEN

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAGARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI

DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN)

LATAR BELAKANG

1. Pada 5 Januari 2011, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar

Warga Emas Negara (DWEN) yang telah digubal oleh Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Dasar ini adalah

merupakan satu penilaian semula dan merupakan penambahbaikan kepada

Dasar Warga Tua Negara sebelumnya.

DEFINISI WARGA EMAS

2. Warga Emas (WE) merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi

60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World

Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara

ASEAN.

MATLAMAT PROGRAM DAN AKTIVITI

3. Matlamat utama pelaksanaan program dan aktiviti ialah:

3.1 Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan

menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan

berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan

membantu supaya warga emas hidup sejahtera dan produktif kepada

negara;

3.2 Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati,

menghargai serta menyayangi sesama insan; dan

3.3 Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga

emas bagi meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam

kalangan murid dan remaja.

1

Page 2: Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara

PETUNJUK PRESTASI

4. Petunjuk prestasi dinilai dari segi output dan outcomes

4.1 Output:

Peningkatan 10% setahun bagi program antara generasi yang dapat

memupuk nilai menghormati warga emas dalam kalangan murid sekolah

dan IPG, pelajar kolej dan IPT dilaksanakan mulai tahun 2011.

4.2 Outcomes

Peningkatan 10% pembudayaan nilai, sikap dan amalan saling

menghormati warga emas dalam kalangan murid sekolah, pelajar IPG,

Kolej dan IPT.

SASARAN

5. Sasaran program warga emas melibatkan murid, wargapendidik dan warga

emas

5.1 Murid sekolah rendah dan menengah; serta pelajar kolej, institut

pendidikan guru dan institut pendidikan tinggi

5.2 Warga emas pelbagai bangsa di Pusat Jagaan;

5.3 Warga emas pelbagai bangsa di kawasan kediaman;

5.4 Warga emas yang dikenal pasti berjasa/tokoh dalam pelbagai bidang

tertentu;

PROGRAM PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN

6. Program yang dicadangkan untuk dilaksanakan ialah Kesedaran Terhadap

Warga Emas; Menghargai Warga Emas dan Mengalu-alukan Penglibatan

Warga Emas (Lampiran 1) melalui aktiviti berikut;

2

Page 3: Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara

6.1 Menggalakkan aktiviti kesukarelaan di pusat jagaan warga emas atau

kediaman warga emas di dalam kawasan penempatan murid, dalam

kalangan warga sekolah, kolej dan institut pengajian tinggi; dan

6.2 Mempromosi warga emas sebagai aset negara dan memupuk nilai

menghormati warga emas menerusi:

i. Program angkat warga emas – Pelajar IPG, kolej, IPT, warga emas dan komuniti setempat.

ii. Menganjurkan Hari Antara Generasi – Murid sekolah / IPG / Kolej / IPT, warga emas, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat.

iii. Program Penuaan Sihat antara Generasi – Warga Emas dan Komuniti setempat.

iv. Kempen menghormati warga emas – Murid sekolah / IPG / Kolej / IPT.

6.3 Membudayakan penglibatan warga emas dalam aktiviti sekolah ke arah memasyarakatkan sekolah.

PENILAIAN DAN PELAPORAN

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru Sivik dan

Kewarganegaraan hendaklah menyelaras dan melaporkan program dan aktiviti

DWEN yang dilaksanakan di sekolah pada 30 Jun dan 31 Oktober pada setiap

tahun dan dipanjangkan kepada Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin,

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM melalui Sektor Pembangunan

Kemanusiaan JPN maklumat berikut;

7.1Laporan Indek Persepsi Murid/Guru/Komuniti (Lampiran 2)

7.2Statistik penglibatan dalam program DWEN (Lampiran 3)

7.3Laporan program (Lampiran 4)

PENUTUP

8. Warga emas merupakan insan yang sangat bermakna kepada kehidupan

manusia sejagat. Jasa dan peranan dalam membangunkan institusi keluarga,

masyarakat dan kemajuan negara amat besar serta perlu dihargai oleh semua

lapisan masyarakat di Malaysia.

3

Page 4: Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara

LAMPIRAN 1

PROGRAM 1 : KESEDARAN TERHADAP WARGA EMAS

Bil Aktiviti Sasaran Tindakan

1 Promosi Warga Emas:a. Kempen Menghormati

warga emas

b. Hari Warga Emasi. Perutusan Warga

Emasii. Aktiviti (seni, sajak,

poster, bercerita )

Semua Murid 1. Unit Beruniform2. Persatuan3. Mata Pelajaran

Sivik dan kewarganegaraan(T2 dan T5)

4. Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

5. PIBG

4

Page 5: Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara

PROGRAM 2: MENGHARGAI WARGA EMAS

Bil Aktiviti Sasaran Tindakan

2 Khidmat Sukarela:a. Lawatan

i. Melawat WE di rumah/ penginapan/ pusat jagaan WE

b. Gotong Royong

i. Mengadakan gotong royong membersihkan kawasan rumah/ penginapan WE

c. Memberi Penghargaani. Sambutan Hari

Lahirii. Sambutan Hari

Ibuiii. Sambutan

Perayaan

d. Program Angkat Warga Emas

Semua Murid 1. Unit Beruniform2. Persatuan3. Mata Pelajaran

Sivik dan Kewarganegaraan (Murid T2 dan T5)

4. Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

5

Page 6: Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara

PROGRAM 3: MENGALU-ALUKAN PENGLIBATAN WARGA EMAS

Bil Aktiviti Sasaran Tindakan

3 Penglibatan Warga Emas Dalam Aktiviti Sekolah:

a. Aktiviti Ko-kurikulum, persatuan dan sukani. Sebagai tetamuii. Sebagai pegawai

(mengikut keupayaan)

b. Perkongsian ilmu/pengalaman (mengikut keupayaan)

Warga Emas 1. Unit Beruniform2. Persatuan3. Mata Pelajaran

Sivik dan Kewarganegaraan (Murid T2 dan T5)

4. Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

5. PIBG

6

Page 7: Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara

LAMPIRAN 2INDEKS PERSEPSI MURID/ GURU

TERHADAP PROGRAM WARGA EMAS

NAMA : ......................................................................... TARIKH : ...........................

Arahan:Sila tandakan ( _/ ) di ruangan yang bekenaan dengan kenyataan di bawah ini.

BIL ITEM YA TIDAK

1 Saya faham tanggungjawab saya kepada Warga Emas.

2 Saya menerima baik pelaksanaan program Warga Emas

3 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada Warga Emas adalah sangat penting.

4 Saya gembira menghargai Warga Emas

5 Saya bersedia mengalu-alukan kehadiran Warga Emas

6 Warga Emas perlu mendapat layanan baik.

7 Saya sayang Warga Emas.

7

Page 8: Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara

8