garis panduan dan piawaian perancangan · pdf file3.10.2 pengusaha dikehendaki menyediakan...
TRANSCRIPT
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
1
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
2
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Pada masa kini, kebanyakan majikan dan pihak institusi lebih
cenderung menjadikan premis kediaman/bangunan perniagaan
sebagai tempat kediaman pelajar. Keadaan ini telah menimbulkan
suasana tidak selesa kepada penduduk setempat.
1.2 Pihak MPSJ Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) juga telah mendapat
pelbagai aduan daripada penghuni premis kediaman yang mana
mereka tidak selesa dengan kewujudan pelajar yang tingg al di
kawasan kediaman mereka terutamanya di kawasan perumahan teres.
1.3 Kebanyakan penghuni bagi asrama pelajar pula adalah terdiri daripada
penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terdiri daripada
pelajar tempatan dan asing.
1.4 Kesan premis kediaman/bangunan perniagaan yang dijadikan sebagai
asrama pelajar tanpa mendapat kebenaran merancang daripada MPSJ
adalah seperti berikut :
i. Masalah sosial seperti pergaulan bebas.
ii. Masalah jenayah seperti peras ugut, budaya samseng,
pergaduhan etnik, pecah rumah dan sebagainya.
iii. Wujud suasana tidak selesa penduduk setempat seperti
kesesakan tempat letak kenderaan dan kacau ganggu bunyi
bising.
iv. Penduduk akan menyalahkan MPSJ terhadap masalah yang
berlaku.
v. Menyalahi peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta
172) iaitu tidak melalui Kebenaran Merancang Membuat
Perubahan Material Bangunan daripada Kediaman/Bangunan
Perniagaan kepada aktiviti asrama pelajar.
vi. Pengusaha tidak menitikberatkan berkenaan ciri-ciri keselamatan
dan keselesaan serta tidak mendapatkan pengesahan bangunan
selamat untuk didiami daripada MPSJ dan Jabatan Bomba.
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
3
2.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
2.1 Secara rasional, aktiviti kediaman pelajar di kawasan perumahan teres
dan bertingkat adalah tidak bercanggah dengan penggunaan premis
kediaman selagi tidak menyalahi polisi dan garis panduan kediaman
sesak yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah
Selangor (LPHS).
2.2 Aktiviti ini perlu dikawal dengan garis panduan yang boleh dipatuhi
oleh pemilik dan pelajar.
2.3 Kemudahan kediaman/bangunan perniagaan dijadikan asrama ini
adalah merupakan kemudahan sokongan kepada sektor institusi
pengajian swasta yang tidak menyediakan kemudahan asrama.
2.4 Kesesuaian kediaman dan lokasi perlu diambilkira supaya kesan
kepada penduduk dari segi gangguan bunyi bising, bilangan
kenderaan pelajar dan masalah sosial dapat dikurangkan.
3.0 CADANGAN GARIS PANDUAN UMUM KEPERLUAN KEBENARAN
MERANCANG MEMBUAT PERUBAHAN MATERIAL BANGUNAN DARIPADA RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN KEPADA
AKTIVITI ASRAMA PELAJAR
3.1 Definisi Asrama Pelajar
3.1.1 Definisi Asrama (Sumber: Kamus Dewan Edisi Ketiga 1984)
- Bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (seperti murid
sekolah, mahasiswa dan jururawat dll)
- Asrama yang khusus untuk pelajar-pelajar lelaki /
perempuan
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
4
3.1.2 Definisi Pelajar (Sumber: Kamus Dewan Edisi Ketiga 1984)
- Orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di
maktab)
- Orang yang mengaji (menyelidiki ilmu)
3.1.3 Definisi Asrama Pelajar
- Sebuah bangunan tempat tinggal (premis
kediaman/perniagaan) yang diduduki oleh kumpulan pelajar
sahaja dan diuruskan oleh sebuah badan pengurusan
tertentu (agensi/pemilik premis).
3.2 Permohonan Kebenaran Merancang
3.2.1 Semua aktiviti asrama pelajar di premis kediaman/bangunan
perniagaan perlu mendapat kebenaran merancang membuat
perubahan material bangunan daripada MPSJ terlebih dahulu.
3.2.2 Aktiviti asrama di premis kediaman/bangunan perniagaan
hanyalah sebagai tempat tinggal sahaja.
3.3 Permohonan Pelan Ubahsuai Bangunan
3.3.1 Pengusaha asrama perlu mengemukakan pelan terperinci
susun atur ruang tamu, pantri, ruang penyidai dan kemudahan
lain di dalam rumah tersebut. 3.3.2 Pengusaha dikehendaki mematuhi syarat-syarat keperluan
Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bangunan, MPSJ berkenaan
pengudaraan dan pencahayaan serta binaan sekatan dinding
dan tambahan ubahsuaian. 3.3.3 Sebarang pengubahsuaian luaran dan dalaman bagi premis
kediaman/bangunan perniagaan kepada asrama pelajar perlu
mendapat kebenaran pihak MPSJ terlebih dahulu.
3.4 Permohonan Lesen Perniagaan
3.4.1 Pengusaha perlu mendapatkan lesen perniagaan dari Jabatan
Pelesenan, MPSJ selepas mendapat kelulusan Kebenaran
Merancang dan Pelan Bangunan.
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
5
3.4.2 Penetapan kadar lesen perniagaan bagi aktiviti asrama bagi
rumah kediaman dan bangunan perniagaan di bawah Undang-
undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian
(Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007 adalah seperti berikut :
Bil. Jenis Bangunan Kadar 1 Kadar 2 Kadar 3 Kadar 4
1. Rumah Kediaman
RM 200 Kos Rendah (650 k.p.) –
3 bilik/6 orang maksimum
RM 250 Kos Sederhana
(750 k.p.) – 3 bilik/7 orang
maksimum
RM 300 Kos Sederhana
(850 - 1000 k.p.) – 3 bilik/8 orang
maksimum
RM 350 Kos Sederhana (>1000 k.p.) –
3 - 4 bilik/ 8 - 10 orang
maksimum
2. Bangunan Perniagaan
RM 250 1 tingkat (12
bilik maksimum)
RM 500 2 tingkat (12
bilik maksimum)
RM 750 3 tingkat atau lebih (12 bilik maksimum 1
tingkat)
-
3.5 Lokasi
3.5.1 Lokasi asrama yang dibenarkan adalah berhampiran dengan
stesen LRT dan kemudahan pengangkutan awam lain bagi
memudahkan pelajar bergerak dan mengurangkan penggunaan
kenderaan persendirian.
3.6 Kawalan Aktiviti di Premis Asrama
3.6.1 Penghuni asrama tidak dibenarkan memelihara haiwan
peliharaan dan mengadakan aktiviti yang menyalahi undang-
undang seperti meminum minuman keras, aktiviti hiburan
seperti pelacuran serta perjudian di premis tersebut. 3.6.2 Aktiviti memasak dilarang di dalam bilik asrama dan hanya
dibenarkan di dalam pantri/dapur sahaja. 3.6.3 Pengusaha dikehendaki menempatkan pelajar dalam suasana
terkawal contohnya mengikut institusi pengajian, jantina dan
mana-mana yang difikirkan perlu. Pengusaha hendaklah
menyediakan peraturan dalaman (‘houserules’) untuk mengawal
aktiviti dan kelakuan penghuni asrama.
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
6
3.6.4 Setiap premis kediaman/perniagaan yang dijadikan asrama
pelajar perlu diuruskan oleh sebuah badan pengurusan
(agensi/pemilik premis).
3.7 Penghuni Asrama
3.7.1 Pengusaha perlu memastikan penghuni asrama tidak
menimbulkan sebarang perkara yang akan menimbulkan kacau
ganggu kepada jiran bersebelahan. 3.7.2 Kapasiti penghuni asrama bagi rumah bertingkat adalah
mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu 1 orang bagi
350 kaki padu atau secara ‘rule of thumb’ 2 orang bagi bilik
bersaiz 7’ x 10’ (2.1m x 3.0m). Bilangan maksimum penghuni
yang dibenarkan adalah 10 orang bergantung kepada saiz
premis (rujuk lampiran 1).
3.8 Menyediakan Kemudahan Yang Mencukupi
3.8.1 Kemudahan asrama yang perlu disediakan oleh pengusaha
adalah seperti ruang tamu, pantri serta ruang membasuh dan
menyidai. 3.8.2 Penyediaan mesin basuh dan mesin pengering di ruang
membasuh dan menyidai adalah diwajibkan untuk kegunaan
penghuni.
3.9 Aspek Keselamatan
3.9.1 Pengusaha dikehendaki mematuhi syarat-syarat keperluan
Jabatan Bomba dan mendapatkan sokongan Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia pada setiap tahun bagi memastikan
premis asrama dalam keadaan selamat sepanjang masa.
3.9.2 Pengusaha dikehendaki mendapatkan ulasan daripada Tenaga
Nasional Berhad (TNB) mengenai pendawaian di dalam
bangunan. 3.9.3 Semua ruang tangga termasuk tangga kecemasan hendaklah
pada setiap masa mempunyai pencahayaan, peredaran udara
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
7
yang cukup dan tangga-tangga dipasang dengan pemegang.
3.9.4 Pemohon hendaklah memastikan bahawa:
i. Kelengkapan memadam kebakaran yang mencukupi
disediakan, diselenggara dan berfungsi dengan baik.
ii. Semua tangga, laluan, pelantar dan jalan keluar yang
mencukupi disediakan, diselenggara dan berfungsi
dengan baik.
iii. Semua tangga, laluan, pelantar dan jalan keluar bebas
dari segala halangan dan tiap-tiap pintu di dalamnya
dibina dan dipasang sedemikian cara agar dapat dibuka
dengan senang.
3.10 Aspek Kebersihan
3.10.1 Premis asrama perlu berada dalam keadaan bersih sepanjang
masa.
3.10.2 Pengusaha dikehendaki menyediakan tong sampah dan tong
kitar semula yang mencukupi di premis asrama. Semua sampah
sarap hendaklah dimasukkan ke dalam karung plastik atau lain-
lain bekas yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam tong
sampah.
3.11 Bekalan Air
3.11.1 Bekalan air yang mencukupi hendaklah disediakan pada setiap
masa di premis asrama dan semua pili air hendaklah disambung
terus ke paip air utama dari bekalan air awam.
3.11.2 Permohonan untuk penyambungan bekalan air ke premis
asrama hendaklah mengikut spesifikasi Syabas.
3.11.3 Tiada bekalan air boleh diambil dari satu pili atau sumber lain
dari dalam tandas atau bilik air.
3.12 Buku Rekod Pendaftaran dan Senarai Kenderaan
3.12.1 Pengusaha asrama perlu menyediakan buku rekod pendaftaran
yang mengandungi senarai nama penghuni asrama dan senarai
kenderaan penghuni di mana-mana bahagian bangunan untuk
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
8
semakan pihak berkuasa.
3.12.2 Senarai nama dan bilangan pelajar perlu dihantar ke MPSJ dan
kolej/universiti selepas permohonan Kebenaran Merancang
diluluskan untuk proses pemantauan. 3.12.3 Pengusaha hendaklah memaparkan senarai kenderaan
penghuni asrama pada mana-mana bahagian bangunan untuk
mengelakkan masalah halangan kenderaan di hadapan premis
jiran.
3.12.4 Pihak pengusaha asrama perlu mendapatkan surat
makluman/pengesahan pelajar daripada kolej/universiti
berkenaan kediaman pelajar mereka yang tinggal di luar
kolej/universiti.
3.13 Pengambilan Pekerja
3.13.1 Pengambilan dan syarat-syarat perjawatan pekerja-pekerja
asrama hendaklah memenuhi kehendak-kehendak yang
diperuntukkan di bawah Akta Pekerja 1955.
4.0 CADANGAN GARIS PANDUAN KHUSUS KEPERLUAN KEBENARAN MERANCANG MEMBUAT PERUBAHAN MATERIAL BANGUNAN BAGI
PREMIS KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN KEPADA AKTIVITI ASRAMA PELAJAR
4.1 Rumah Kediaman
4.1.1 Premis hendaklah berada di dalam zon kediaman sekurang-
kurangnya kos sederhana dengan saiz minima lot adalah 20’ x
70’ (6.1 meter x 21.3 meter) dan mempunyai kelebaran lorong belakang sekurang-kurangnya 15’ (4.6 meter) lebar. (Lampiran
1a)
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
9
4.1.2 Jarak hadapan antara premis hendaklah dipisahkan dengan
jalan sekurang-kurangnya 50’ (15.2 meter) lebar. (Lampiran 1a)
4.1.3 Setiap premis kediaman rumah teres yang ingin dijadikan
asrama pelajar adalah ditetapkan bilangan penghuni seramai 10
orang sahaja.
4.1.4 Bagi bangunan kediaman yang membuat tambahan/ubahsuai,
bilangan bilik tertakluk kepada perkara 4.1.7 dan Undang-
Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
4.1.5 Rumah jenis berbilang tingkat (pangsapuri/apartment) tidak
dibenarkan membuat sebarang ubahsuai.
4.1.6 Kapasiti penduduk rumah jenis berbilang tingkat adalah seperti
berikut:
i. Rumah Kos Rendah (650 k.p.) – 3 bilik/6 orang maksimum (Lampiran 1b-i).
ii. Rumah Kos Sederhana Rendah (750k.p.) – 3 bilik/7 orang maksimum (Lampiran 1b-ii).
iii. Rumah Kos Sederhana (850 – 1000 k.p.) – 3 bilik/8 orang maksimum (Lampiran 1b-iii).
iv. Rumah Kos Sederhana (>1000 k.p.) – 3-4 bilik/8-10 orang maksimum (Lampiran 1b-iv).
4.1.7 Luas minimum bilik kediaman untuk seorang penghuni ialah 6.5
meter persegi (69.97 kaki persegi) dengan lebar minimum 2.0
meter (6.5 kaki) x 3.25 meter (10.66 kaki). Tinggi lega
(clearance height) minimum ialah 2.75 meter (9.02 kaki).
4.1.8 Bagi bilik besar yang mempunyai penghuni lebih dari 6 orang
ianya telah dianggap sebagai domitori dan perlu mempunyai 2
buah pintu/laluan keluar masuk.
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
10
4.1.9 Pintu keluar masuk (access door) depan dan belakang
diperlukan untuk laluan kecemasan bagi rumah teres.
4.1.10 Pengusaha dikehendaki mendapatkan persetujuan jiran
bersebelahan bagi premis kediaman yang ingin dijadikan
asrama. Bilangan jiran adalah seperti berikut :
- Sebelah Kanan, Kiri dan Belakang (1 buah)
- Hadapan (3 buah)
4.1.11 Pembinaan hendaklah mempunyai pengudaraan dan
pencahayaan semulajadi yang mencukupi melalui satu atau
lebih tingkap yang mempunyai keluasan tidak kurang dari 15%
daripada keluasan lega lantai bilik itu.
4.1.12 Jika pengudaraan dan pencahayaan semulajadi tidak
mencukupi peratus minimum yang ditetapkan, pengudaraan dan
penyamanan udara secara mekanikal yang kekal adalah
dibenarkan.
4.2 Bangunan Perniagaan
4.2.1 Asrama yang melebihi 2 tingkat perlu menyediakan tangga
kecemasan untuk laluan kecemasan.
4.2.2 Bagi asrama yang melebihi 1 tingkat pengusaha perlu
menyediakan kemudahan seperti ruang tamu, pantri, koridor
dan tandas di setiap aras. (Lampiran 1c)
4.2.3 Luas minimum bilik kediaman untuk seorang penghuni ialah 6.5
meter persegi (69.97 kaki persegi) dengan lebar minimum 2.0
meter (6.5 kaki) x 3.25 meter (10.66 kaki). Tinggi lega
(clearance height) minimum ialah 2.75 meter (9.02 kaki).
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
11
4.2.4 Maksimum bilangan bilik yang dibenarkan bagi setiap aras
adalah bergantung kepada jumlah keluasan sesebuah premis
selepas mengambilkira penyediaan kemudahan yang diperlukan
seperti pantri, ruang membasuh dan menyidai, koridor, ruang
tamu serta tandas. (Lampiran 1c).
4.2.5 Pengusaha digalakkan menyediakan kamera litar tertutup untuk
memudahkan kawalan keselamatan.
4.2.6 Pengusaha tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan mudah terbakar untuk dijadikan sekatan dinding (‘partition’)
antara bilik-bilik.
4.2.7 Bilik besar yang mempunyai penghuni lebih dari 6 orang
dianggap sebagai domitori dan perlu mempunyai 2 buah
pintu/laluan keluar masuk. (Lampiran 1c).
4.2.8 Bangunan asrama yang melebihi 2 tingkat perlu memasang alat
penggera keselamatan, lampu kecemasan dan menyediakan 2
buah tangga.
4.2.9 Pembinaan hendaklah mempunyai pengudaraan dan
pencahayaan semulajadi yang mencukupi melalui satu atau
lebih tingkap yang mempunyai keluasan tidak kurang dari 15%
daripada keluasan lega lantai bilik itu.
4.2.10 Jika pengudaraan dan pencahayaan semulajadi tidak
mencukupi peratus minima yang ditetapkan, pengudaraan dan
penyamanan udara secara mekanikal yang kekal adalah
dibenarkan.
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
12
5.0 Kesan Terhadap Pelaksanaan Garis Panduan Keperluan Kebenaran
Merancang Membuat Perubahan Material Bangunan daripada Kediaman/Bangunan Perniagaan kepada Aktiviti Asrama.
5.1 Memudahkan proses melulus/menolak permohonan kebenaran
merancang membuat perubahan material bangunan daripada premis
kediaman/bangunan perniagaan kepada asrama pelajar.
5.2 Memudahkan pihak institusi menyediakan asrama kepada pelajar
mereka.
5.3 Memberi kemudahan penginapan yang lengkap, selesa, selamat dan
berhampiran kolej/universiti kepada pelajar-pelajar terutamanya bagi
pelajar yang tinggal di luar kawasan.
5.4 Meningkatkan sumber pendapatan pihak MPSJ melalui proses
permohonan kebenaran merancang, permohonan permit bangunan
sementara dan lesen aktiviti premis.
5.5 MPSJ dapat menyediakan inventori premis rumah kediaman/bangunan
perniagaan yang dijadikan asrama pelajar dan memudahkan kerja-
kerja pemantauan daripada pihak MPSJ dan agensi berkaitan.
5.6 Pengusaha hendaklah mengawal premis yang dijadikan asrama
tempat tinggal pelajar supaya teratur, selamat, selesa dan tidak
mendatangkan kacau ganggu jiran bersebelahan dan berhampiran.
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
13
1.0 PELAN
LAMPIRAN 1
Lampiran 1 (a) – Jarak Premis Kediaman Perumahan Teres (50 kaki)
Sumber : Garis Panduan Perumahan, Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
14
i. Rumah Kos Rendah – keluasan minimum 650 k.p. (maksimum 6 orang)
Lampiran 1 (b) – Contoh Pelan Lantai Rumah Jenis Berbilang Tingkat
Sumber : Pelan Lantai Apartment Seroja, Setia Alam (682 k.p.)
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
15
ii. Rumah Kos Sederhana Rendah – keluasan minimum 750 k.p. (maksimum 7 orang)
Sumber : Pelan Lantai Alam Idaman Service Apartment, Shah Alam (807 k.p.)
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
16
iii. Rumah Kos Sederhana – keluasan minimum 850 k.p. (maksimum 8 orang)
Sumber : Pelan Lantai Alam Idaman Service Apartment, Shah Alam (926 k.p)
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
17
iv. Rumah Kos Sederhana – keluasan minimum < 1000 k.p. (maksimum 8 - 10 orang)
Sumber : Pelan Lantai Alam Idaman Service Apartment, Shah Alam (1023 k.p.)
Sumber : Pelan Lantai Apartment Sri Ixora, Kajang (1082 k.p.)
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya
xviii
Lampiran 1 (c) – Contoh Pelan Lantai Asrama Pelajar di Bangunan Perniagaan (Maksimum bilangan bilik yang dibenarkan bagi setiap aras adalah bergantung kepada jumlah keluasan sesebuah premis selepas mengambilkira penyediaan kemudahan yang diperlukan seperti pantri, ruang membasuh dan menyidai (dobi), koridor, ruang tamu serta tandas)
Koridor 4 kaki
- Saiz minimum 1 unit Kedai & Kedai Pejabat 20’ x 65’ (Garis Panduan Perumahan, Manual Garis Panduan dan Piawaian
Perancangan Negeri Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) - Luas minimum bilik kediaman untuk seorang penghuni ialah 6.5 meter persegi (69.97 kaki persegi) dengan lebar minimum 2.0
meter (6.5 kaki) x 3.25 meter (10.66 kaki). Tinggi lega (clearance height) minimum ialah 2.75 meter (9.02 kaki).
Pintu Keluar Masuk Pintu Keluar Masuk
20 kaki
65 kaki
10.66 kaki
6.5 kaki
17
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya 19
2.0 CONTOH FOTO ASRAMA PELAJAR
2.1 Bilik Tidur/Belajar
LAMPIRAN 2
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya 20
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya 21
2.2 Ruang Tamu
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya 22
2.3 Pantri
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya 23
2.4 Ruang Mencuci dan Mengeringkan Pakaian
GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN/BANGUNAN PERNIAGAAN YANG DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR
MPSJ Perbandaran Subang Jaya 24
2.5 Koridor (Bagi Asrama di Bangunan Perniagaan)