g a r i s p a n d u a n program khidmat bantu …
TRANSCRIPT
G A R I S P A N D U A N
PROGRAM KHIDMAT BANTU JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH
NEGERI PERAK
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
K AN DUNGAN
1.0 NAMA PROGRAM ................................................................................................. 1
2.0 PUNCA KUASA ...................................................................................................... 1
3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM .............................................................................. 2
Peranan dan tanggungjawab JTK dalam JTK Rakan Sekolah .................................................... 2 Perbezaan JTK Rakan Sekolah dan Smart Team ...................................................................... 2 Rasionalisasi bekerja secara individu ...................................................................................... 2
4.0 TUJUAN PROGRAM .............................................................................................. 2
5.0 OBJEKTIF ............................................................................................................. 3
6.0 KETETAPAN PROGRAM ........................................................................................ 3
6.1 Pengurusan Program ............................................................................................... 3 6.2 Bilangan hari bertugas ............................................................................................ 3 6.3 Hari bertugas ........................................................................................................... 3 6.4 Masa bertugas ......................................................................................................... 3 6.5 Pakaian ..................................................................................................................... 3 6.6 Jarak lokasi sekolah khidmat bantu ....................................................................... 4 6.7 Pemilihan sekolah khidmat bantu .......................................................................... 4 6.8 Cuti ........................................................................................................................... 4 6.9 Menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) .............................................. 4 6.10 Rekod kehadiran ...................................................................................................... 5 6.11 Penempatan di sekolah khidmat bantu ................................................................. 5 6.12 Pelaporan ................................................................................................................. 5 6.13 Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) ... 5 6.14 Daftar Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM) .............................................. 5
7.0 SENARAI TUGAS .................................................................................................. 6
8.0 TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN ........................................................................ 7
9.0 PERTUKARAN, PENGECUALIAN DAN PENGGANTIAN HARI BERTUGAS ............ 7
10.0 PENAMATAN PROGRAM....................................................................................... 8
11.0 PERKARA LAIN YANG PERLU DIPATUHI ............................................................ 8
12.0 ADUAN DAN PERTANYAAN .................................................................................. 9
LAMPIRAN ................................................................................................................... 10
A. RINGKASAN SENARAI TUGAS ............................................................................... 10 B. RINGKASAN DOKUMENTASI TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN .......................... 10 C. RINGKASAN PELAPORAN ...................................................................................... 11
I. LOG HARIAN JTK [JTK-RS B1] ...................................................................... 12 II. LOG BULANAN JTK [JTK-RS B2] .................................................................... 13
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
1
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
1.0 NAMA PROGRAM
Program Khidmat Bantu Juruteknik Komputer Negeri Perak – JTK Rakan Sekolah
Nama singkatan atau panggilan rasmi nama program : JTK RAKAN SEKOLAH
Nama atau singkatan gelaran / penunjuk :
i. Pengetua / Guru Besar ii. Penolong Kanan (Pentadbiran)
─ PGB ─ PK1
iii. Guru Penyelaras ICT ─ GPICT iv. Juruteknik Komputer ─ JTK v. Sekolah sedia ada JTK berkhidmat ─ sekolah asal vi. Sekolah penerima khidmat bantu JTK ─ sekolah khidmat bantu vii. JTK Rakan Sekolah ─ JTKRS
2.0 PUNCA KUASA
2.1 Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bilangan 1 Tahun 2017 bertarikh 4 Januari 2017: Mesyuarat bersetuju pelaksanaan Khidmat Bantu Sekolah oleh Juruteknik Komputer (JTK) di negeri Perak.
[ Cabutan minit : Perkara 11 ]
2.2 Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bilangan 2 Tahun 2018
bertarikh 8 Februari 2018: Mesyuarat bersetuju Program Khidmat Bantu Juruteknik Komputer Negeri Perak – “JTK Rakan Sekolah” akan dilaksanakan pada tahun ini iaitu : a. Membantu sekolah yang tiada perjawatan JTK dalam aspek teknikal ICT
iaitu selenggaraan peralatan ICT dan rangkaian komputer serta pengurusan aset ICT.
b. JTK akan berkhidmat selama satu (1) hari setiap minggu di sekolah yang dibantu.
[ Cabutan minit : Perkara 4 (b) ]
2.3 Mesyuarat Penyelarasan Pendidikan Bilangan 6 Tahun 2018
bertarikh 28 November 2018: Mesyuarat bersetuju Program Khidmat Bantu Juruteknik Komputer Negeri Perak – “JTK Rakan Sekolah” bagi tahun 2019 diteruskan. PPD perlu memastikan pihak sekolah tidak memberi tugas selain yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Pelaksanaan.
[ Cabutan minit : Perkara 8.2 ]
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
2
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
JTK Rakan Sekolah adalah Program Khidmat Bantu Juruteknik Komputer Negeri Perak yang mengambil idea asal pelaksanaan Program Sekolah Angkat yang telah dijalankan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Manjung selama empat (4) bulan iaitu bermula 21 Julai 2016 dan berakhir pada 21 November 2016. JTK berkhidmat selama dua (2) hari di sekolah angkat pada setiap hari Khamis dan Jumaat. Penempatan dalam kawasan lingkungan terdekat dengan rumah atau sekolah berhampiran. Dapatan program ini menunjukkan Program Sekolah Angkat berjaya membantu sekolah yang tiada perjawatan Juruteknik Komputer dalam aspek ICT iaitu pengurusan aset, penyelenggaraan dan pelupusan.
Peranan dan tanggungjawab JTK dalam JTK Rakan Sekolah
JTK Rakan Sekolah melibatkan JTK secara individu membantu sekolah yang tiada perjawatan Juruteknik Komputer (JTK) agar dapat memperkemaskan pengurusan teknikal ICT di sekolah berkenaan melalui kemahiran dan kepakaran JTK. Peranan JTK di sekolah khidmat bantu adalah sebagai pegawai teknikal sokongan tahap pertama (first level support) di mana JTK dikehendaki menganalisa, mengenalpasti isu ICT di sekolah secara terperinci dan mengkelaskan isu / kerosakan.
Perbezaan JTK Rakan Sekolah dan Smart Team
Smart Team merupakan konsep kerja secara berpasukan yang menerima tugasan secara permohonan melalui PPD / JPN. Smart Team menjalankan kerja-kerja teknikal ICT dalam skala besar mengikut tempoh masa yang sesuai dan melaksana tugas yang tidak dapat diselesaikan secara individu.
Rasionalisasi bekerja secara individu
Rasionalisasi pentadbiran ini tidak menetapkan pergerakan secara berkumpulan bagi program ini adalah kerana melatih JTK berkerja secara individu, JTK mempraktikan ilmu pengurusan ICT di sekolah asal ke sekolah khidmat bantu dan JTK mempertingkatkan kemahiran komunikasi serta kemahiran interpersonal.
4.0 TUJUAN PROGRAM
Tujuan program ini diadakan untuk pemantapan profesionalisme Juruteknik Komputer bagi meningkatkan prestasi kerja dengan membantu sekolah yang tiada perjawatan Juruteknik Komputer (JTK). Pelaksanaan program JTK Rakan Sekolah ini dapat memperkemaskan pengurusan teknikal ICT di sekolah yang tiada JTK melalui kemahiran dan kepakaran JTK berkenaan.
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
3
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
5.0 OBJEKTIF
5.1 Membantu sekolah khidmat bantu yang tiada perjawatan JTK dalam aspek teknikal ICT iaitu selenggaraan peralatan ICT dan rangkaian komputer serta pengurusan aset ICT.
5.2 Berperanan sebagai pegawai teknikal sokongan tahap pertama (first level
support) di mana JTK dikehendaki menganalisa, mengenalpasti isu ICT di sekolah secara terperinci dan mengkelaskan isu / kerosakan di sekolah khidmat bantu.
5.3 JTK sebagai sumber rujukan ICT di sekolah khidmat bantu.
6.0 KETETAPAN PROGRAM
6.1 Pengurusan Program i) Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
- Unit Perkhidmatan Teknikal -
ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) - Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
6.2 Bilangan hari bertugas Satu (1) hari
6.3 Hari bertugas Setiap hari Selasa (kecuali pada cuti sekolah)
6.4 Masa bertugas 8.00 pagi hingga 5.00 petang (mengikut waktu pejabat)
6.5 Pakaian Pakaian pejabat atau baju korporat pelaksana ICT dan bagi JTK perempuan dibenarkan memakai seluar kerja semasa program ini.
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
4
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
6.6 Jarak lokasi sekolah khidmat bantu i) Keutamaan jarak sekolah khidmat bantu adalah bersebelahan atau
berdekatan dengan sekolah asal JTK atau berdekatan dengan tempat tinggal JTK.
ii) PPD boleh menentukan sekolah yang jarak lebih jauh dari sekolah asal atau tempat tinggal JTK berdasarkan keperluan.
6.7 Pemilihan sekolah khidmat bantu i) Penentuan sekolah khidmat bantu diuruskan oleh PPD. ii) Justifikasi pemilihan sekolah khidmat bantu mestilah berdasarkan
keperluan teknikal ICT berdasarkan jumlah peralatan ICT yang perlu diselenggara dan sekolah yang mempunyai matapelajaran ICT (Asas Sains Komputer dan Sains Komputer).
6.8 Cuti i) Jika bercuti pada hari bertugas di sekolah khidmat bantu maka tidak
perlu berganti (rujuk senarai cuti dalam Perintah-Perintah Am Bab ‘C’
(Cuti) Tahun 1974). ii) Sebarang urusan pentadbiran adalah di bawah sekolah asal. iii) Status tidak hadir hendaklah dimaklumkan kepada Penolong PPD /
Penyelia ICT dan sekolah khidmat bantu. iv) Medium makluman adalah mengikut tatacara yang ditentukan oleh PPD
masing-masing (contoh : aplikasi media sosial (Whatsapp / Telegram) / e-mel rasmi sekolah / panggilan telefon dan sebagainya) dan selepas itu mesti disusuli dengan;
v) Surat tidak hadir bertugas melalui PGB sekolah asal dihantar kepada PPD.
6.9 Menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) i) Jika menghadiri LADAP (Kursus / Bengkel / Seminar / dan semua
berkaitan) pada hari bertugas di sekolah khidmat bantu maka tidak perlu berganti.
ii) Sebarang urusan pentadbiran adalah di bawah sekolah asal. iii) Status tidak hadir hendaklah dimaklumkan kepada Penolong PPD /
Penyelia ICT dan sekolah khidmat bantu. iv) Medium makluman adalah mengikut tatacara yang ditentukan oleh PPD
masing-masing (contoh : aplikasi media sosial (Whatsapp / Telegram) / e-mel rasmi sekolah / panggilan telefon dan sebagainya) dan selepas itu mesti disusuli dengan;
v) Surat tidak hadir bertugas melalui PGB sekolah asal bersama salinan surat panggilan LADAP dihantar kepada PPD.
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
5
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
6.10 Rekod kehadiran i) Rekod kehadiran adalah tertakluk kepada tatacara sekolah khidmat
bantu. ii) Salinan pengesahan kehadiran wajib dihantar kepada Penolong PPD /
Penyelia ICT pada atau sebelum 5hb berikutnya. iii) Laporan kehadiran [JTK-RS B3] hendaklah dicetak melalui sistem OSC
Pendidikan Negeri Perak sebanyak dua (2) salinan dan mendapat pengesahan PGB / PK / GPICT dan cop sekolah khidmat bantu.
Nota : 1 salinan asal untuk Penolong PPD / Penyelia ICT dan 1 salinan asal untuk Unit
Kewangan PPD bagi tuntutan elaun perjalanan.
6.11 Penempatan di sekolah khidmat bantu Lokasi penempatan ditentukan oleh sekolah khidmat bantu dengan syarat memudahkan JTK untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan. Cadangan tempat di Makmal/Bilik Komputer.
6.12 Pelaporan Terdapat dua (2) laporan yang perlu disediakan oleh JTK iaitu : i) Log Harian JTK [JTK-RS B1]
- Pengesahan oleh GPICT pada setiap minggu atau akhir bulan melalui sistem OSC Pendidikan Negeri Perak.
ii) Log Bulanan JTK [JTK-RS B2] - Rumusan aktiviti yang dilaksanakan pada akhir bulan. Pengesahan
oleh PGB / GPICT melalui sistem OSC Pendidikan Negeri Perak. Nota : Catatan di dalam Log Harian sekolah asal hanya perlu direkodkan hadir ke sekolah khidmat bantu.
6.13 Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) i) Program JTK Rakan Sekolah hendaklah dimasukkan dalam SKT JTK. ii) Sekolah khidmat bantu tidak akan membuat penilaian LNPT JTK. iii) Penilaian LNPT JTK masih di bawah tanggungjawab sekolah asal. iv) PP1 dan PP2 sekolah asal dinasihatkan membuat penilaian prestasi
tahunan JTK dengan turut mengambil kira penglibatan dalam program ini.
6.14 Daftar Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM) i) JPN akan mendaftarkan penglibatan JTK dalam SPLKPM berdasarkan
pengesahan kehadiran yang dihantar kepada Penolong PPD / Penyelia ICT.
ii) Pendaftaran hanya pada bulan semasa sahaja.
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
6
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
7.0 SENARAI TUGAS
BIDANG TUGAS AKTIVITI
7.1
Selenggara peralatan ICT dan rangkaian komputer
i. Membantu menyelenggara peralatan ICT dan perisian aplikasi yang telah didaftarkan sebagai Aset Alih Kerajaan.
ii. Membantu memeriksa dan menyelenggara kelengkapan ICT yang rosak seperti Komputer desktop, notebook, netbook, chromebook, pencetak, projektor dan lain-lain peralatan ICT berkaitan di sekolah khidmat bantu.
iii. Membantu menyelenggara peralatan ICT seperti switch, konfigurasi talian internet, wireless dan Local Area Network (LAN).
iv. Peralatan ICT yang tidak didaftarkan sebagai Aset Alih Kerajaan, peranti Smartphone Altitude (Yes) dan Tablet Guru adalah tidak termasuk dalam senarai tugas JTK.
v. Kemasukan data bagi aplikasi online adalah tidak dibenarkan termasuk menyelesaikan kerja-kerja dokumentasi pihak sekolah seperti mencetak, mengimbas dokumen, mengemaskini sistem fail serta mengendalikan siaraya dan fotografi.
7.2 Aset ICT i. Membantu PK1 dan GPICT melaksanakan pelupusan aset ICT dengan memberi khidmat nasihat teknikal dan memberi panduan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Pihak sekolah hendaklah menguruskan proses pelupusan.
ii. Membantu PK1 dan GPICT memeriksa KEW-PA berkaitan dengan peralatan ICT sahaja. KEW-PA hendaklah disediakan oleh pihak sekolah.
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
7
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
8.0 TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN
8.1 JTK dibenarkan membuat tuntutan perjalanan mengikut pekeliling yang berkuatkuasa dan tertakluk kepada kebenaran Ketua Jabatan.
8.2 Tuntutan elaun perjalanan yang dibenarkan hanya pada jarak paling
terdekat sama ada dari sekolah asal ke sekolah khidmat bantu atau tempat tinggal ke sekolah khidmat bantu.
8.3 Tuntutan perjalanan hendaklah dihantar ke Unit Kewangan PPD masing-
masing pada atau sebelum 5hb bagi bulan berikutnya (Contoh : Tugasan bagi bulan Mei, tuntutan akan dihantar pada atau sebelum 5hb Jun).
8.4 Tuntutan perjalanan bagi JTK dari sekolah Pusat Tanggung Jawab (PTJ)
adalah diuruskan oleh masig-masing.
8.5 Tuntutan yang melangkaui bulan adalah tidak dibenarkan.
8.6 Dokumentasi yang diperlukan oleh Unit Kewangan PPD untuk membuat tuntutan adalah : a. Borang KENYATAAN TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI
yang lengkap disahkan oleh PGB sekolah asal. b. Surat Program Khidmat Bantu bersama lampiran nama JTK yang telah
disahkan. c. Salinan nombor akaun bank yang telah disahkan. d. Salinan asal Pengesahan Kehadiran JTK Rakan Sekolah [JTK-RS B3]
sekolah yang dicetak melalui sistem OSC Pendidikan Negeri Perak yang telah mendapat pengesahan PGB / PK / GPICT dan cop sekolah khidmat bantu.
Peringatan : JTK dinasihatkan menyimpan maklumat atau membuat salinan tuntutan elaun perjalanan supaya pihak penyelaras program boleh membuat semakan sekiranya tidak menerima sebarang bayaran.
9.0 PERTUKARAN, PENGECUALIAN DAN PENGGANTIAN HARI BERTUGAS
9.1 Pertukaran hari bertugas (Selasa) kepada hari lain mestilah dengan kebenaran PPD. Pihak yang hendak membuat pertukaran hari perlu membuat permohonan dengan justifikasi yang kukuh kepada PPD.
9.2 Sekiranya sekolah asal menjalankan program pada hari berkenaan dan
memerlukan khidmat JTK maka PGB sekolah asal hendaklah memaklumkan kepada PGB sekolah khidmat bantu dan Penolong PPD / Penyelia ICT.
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
8
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
9.3 Sekolah khidmat bantu tidak dibenarkan menetap penggantian hari bertugas atas sebab JTK tidak hadir bertugas kerana cuti / LADAP / program di sekolah asal.
9.4 Sekiranya sekolah khidmat bantu memohon diganti hari maka hendaklah
membuat permohonan secara rasmi kepada PPD (untuk perhatian Penolong PPD / Penyelia ICT) dan jika permohonan diluluskan, tarikh adalah ditentukan oleh pihak PPD.
10.0 PENAMATAN PROGRAM 10.1 JTK yang telah selesai melaksanakan tugas di sekolah khidmat bantu dan
hendak membuat penamatan program maka perlu memaklumkan kepada Penolong PPD / Penyelia ICT disertakan bersama senarai tugas yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut. Penolong PPD / Penyelia ICT berkenaan akan membuat semakan kerja dengan sekolah khidmat bantu. JTK boleh ditempatkan disekolah baharu atau terus ditamatkan dari program.
10.2 Bagi sekolah khidmat bantu yang ingin membuat penamatan khidmat
bantu JTK atas sebab kerja telah diselesaikan maka dikehendaki membuat surat rasmi kepada PPD.
10.3 Manakala, jika sekolah khidmat bantu yang terpilih tidak memerlukan
khidmat bantu teknikal ICT (JTK Rakan Sekolah) hendaklah membuat penolakan secara bersurat kepada PPD dalam tempoh dua (2) minggu selepas surat rasmi program ini diterima.
11.0 PERKARA LAIN YANG PERLU DIPATUHI
11.1 PGB sekolah asal hendaklah membenarkan pergerakan JTK seperti yang telah ditetapkan perkara 6.0 dan PGB sekolah khidmat bantu hendaklah menerima kehadiran JTK berkenaan.
11.2 Peranan JTK adalah MEMBANTU pihak sekolah khidmat bantu dan
TANGGUNGJAWAB tugasan tersebut masih pada sekolah khidmat bantu untuk memastikannya selesai.
11.3 Mana-mana sekolah khidmat bantu yang menghadapi masalah besar
berkaitan penyelenggaraan setelah dikenal pasti oleh JTK, sekolah khidmat bantu hendaklah memohon bantuan Smart Team dari PPD bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
9
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
11.4 Penyelenggaraan peralatan ICT dan rangkaian yang melibatkan implikasi
kewangan (kos item) maka pihak sekolah khidmat bantu perlu menyediakan peruntukan mengikut peraturan sedia ada. Jika tidak dapat menyediakan alat ganti / perkakasan yang dicadangkan dan proses baik pulih tidak dapat diselesaikan maka ia adalah di bawah tanggungjawab pihak sekolah khidmat bantu.
11.5 Walaubagaimanapun, sekolah khidmat bantu boleh terus merujuk dengan
JTK dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) bagi selenggaraan peralatan ICT dan isu teknikal ICT di sekolah.
11.6 Bagi sekolah yang tiada dalam senarai sekolah khidmat bantu, isu teknikal
ICT adalah dibawah tanggungjawab JTK PKG atau boleh mendapatkan bantuan Smart Team melalui PPD masing-masing dan tertakluk kepada PPD / PKG.
12.0 ADUAN DAN PERTANYAAN
12.1 Sekiranya sekolah asal, sekolah khidmat bantu atau JTK menghadapi masalah dengan pelaksanaan program ini, boleh merujuk terus dengan pihak Pengurusan Program (perkara 6.1).
12.2 Sebarang aduan dengan program JTK Rakan Sekolah hendaklah dibuat
secara rasmi kepada :
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT), JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK, JALAN TUN ABDUL RAZAK, 30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN Telefon : 05-5015204 Faks : 05-5279809 Emel rasmi : [email protected] Untuk maklumat lanjut berkenaan JTK Rakan Sekolah, pihak tuan boleh melayari Portal SPMICT di alamat http://jpnperak.moe.gov.my/spmict/.
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
10
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
LAMPIRAN
A. RINGKASAN SENARAI TUGAS
TUGAS UTAMA LAIN-LAIN TUGAS (KESESUAIAN MASA)
7.1 SELENGGARA PERALATAN ICT DAN RANGKAIAN
7.2 ASET ICT
1. KOMPUTER 12 SEMAKAN PENDAFTARAN ASET
2. PENCETAK
Membantu membuat semakan kad daftar harta modal KEW.PA-2.
Pastikan pihak sekolah tahu dan dapat menunjukkan peralatan ICT tersebut ditempatkan.
Bukan tugas JTK mencari peralatan ICT tersebut di sekitar sekolah jika tidak ditemui.
3. SISTEM (TEKNIKAL SAHAJA)
4. PERISIAN
5. CHROMEBOOK
6. NOTEBOOK / NETBOOK
7. SWITCH 13 SEMAKAN SENARAI PELUPUSAN
ASET ICT
8. AP (ACCESS POINT)
Semakan senarai yang disediakan oleh pihak sekolah dan peralatan ICT yang telah dikumpulkan.
Bukan tugas JTK mencari peralatan ICT tersebut disekitar sekolah jika tidak ditemui.
9. PROJEKTOR
10. NODE NETWORK
11. TALIAN INTERNET
B. RINGKASAN DOKUMENTASI TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN
DOKUMEN TUNTUTAN UNIT
KEW PPD UNIT
ICT PPD
1. Borang KENYATAAN TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI yang lengkap disahkan oleh PGB sekolah asal
2. Surat Program Khidmat Bantu bersama lampiran nama JTK yang telah disahkan
3. Salinan nombor akaun bank yang telah disahkan
4. Pengesahan kehadiran JTK Rakan Sekolah [JTK-RS B3] yang dicetak melalui sistem OSC Pendidikan Negeri Perak dan disahkan oleh PGB / PK / GPICT serta cop sekolah khidmat bantu
salinan disah
dokumen asal
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
11
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
C. RINGKASAN PELAPORAN
NAMA
BORANG/
DOKUMEN & KOD
PENERANGAN TARIKH
SERAHAN
TINDAKAN
SEK ASAL
SEK
KHIDMAT
BANTU CATATAN
PGB JTK GPICT PGB /
PK
LOG HARIAN JTK
[JTK-RS B1]
Pengesahan ditandatangani oleh
GPICT pada setiap akhir bulan. Format
sama seperti Senarai Tugas Harian / Buku
Log JTK.
SETIAP AKHIR
BULAN
LOG
BULANAN JTK
[JTK-RS B2]
Rumusan aktiviti yang dilaksanakan
pada akhir bulan.
Pengesahan oleh GPICT dan PGB.
SETIAP
AKHIR
BULAN
PENGESAHAN KEHADIRAN
[JTK-RS B3]
Pengesahan
Kehadiran JTK untuk kegunaan Tuntutan
Elaun Perjalanan dan daftar SPLKPM (2 salinan asal)
SETIAP
AKHIR BULAN
(sebelum atau
pada 5hb. kepada PPD)
(PGB/PK/GPICT)
1 Salinan asal – Unit ICT PPD
1 Salinan asal – Unit Kew. PPD
1 Salinan Fail JTK * Sekolah asal semak dari salinan JTK
SASARAN KERJA
TAHUNAN
(SKT)
JTK merekodkan program ini di dalam
SKT individu. PP1
mengesahkan SKT.
Tertakluk
pada HRMIS
PP1
LAPORAN NILAIAN
PRESTASI
TAHUNAN (LNPT)
PP1 dan PP2
membuat penilaian prestasi tahunan JTK
dengan turut
mengambil kira penglibatan dalam
program ini
AKHIR TAHUN
PP1 &
PP2
Bukti melalui
pelaporan Log Harian, Bulanan
dan pengesahan kehadiran JTK
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
12
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
I. LOG HARIAN JTK [JTK-RS B1]
Pelaporan adalah direkodkan melalui sistem OSC Pendidikan Negeri Perak (https://oscict.sictperak.com). Gambar dibawah adalah contoh format pelaporan :
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
13
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak
JTK-RS v2.0
II. LOG BULANAN JTK [JTK-RS B2]
Pelaporan adalah direkodkan melalui sistem OSC Pendidikan Negeri Perak (https://oscict.sictperak.com). Gambar dibawah adalah contoh format pelaporan :