fungsi bahasa melayu presen
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Fungsi Bahasa Melayu Presen
1/12
KONSEP DAN TAKRIF BAHASA MENURUTAHLI BAHASA1. Edward Sapir Bahasa selalu digunakan oleh manusia dan
(1921) merupakan kaedah yang digunakan untuk
menyampaikan idea, perasaan dan keinginan
melalui bunyi-bunyi bahasa
2. G. Trager Bahasa ialah satu sistem lambang vokal yang
(1949) arbitrari dan bermakna yang digunakan olehanggota masyarakat untuk berhubung sebagai
satu cara mereka bersosialisasi.
-
7/29/2019 Fungsi Bahasa Melayu Presen
2/12
3. Noam Chomsky Bahasa ialah set ayat, sama ada terbatas atau
(1957) tidak dan setiapayat yang terbatas
panjangnya dibina oleh satu set elemen
yang terbatas juga.
4. R.A. Hall Bahasa merupakan institusi yang
(1964) membolehkanmanusia berkomunikasidan berhubung antara satu sama lain yang
mengandungi makna dan menggunakan
lambang-lambang arbitrari
5. Michael Halliday Bahasa ialah satu urutan kemungkinan dan
(1973) pilihan tingkah laku yang bersesuaian dengan
individu sebagai manusia yang bersosialisasi.
-
7/29/2019 Fungsi Bahasa Melayu Presen
3/12
FUNGSI BAHASA MELAYUSebagai Bahasa Kebangsaan
Sebagai Bahasa Rasmi
Sebagai Bahasa PerpaduanSebagai Bahasa Pengantar
Sebagai Bahasa Ilmu
Sebagai Bahasa Komunikasi
-
7/29/2019 Fungsi Bahasa Melayu Presen
4/12
Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan
identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik.
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadibahasa utama
sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai
bahasa rasmi negara tersebut.
Ia merupakan lambang jati diri negara dankewarganegaraan, bukti
tentang kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.
Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan
undang-undang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan negara.
-
7/29/2019 Fungsi Bahasa Melayu Presen
5/12
Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi tidak
semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa
yang umum digunakan rakyat sesebuah negara.
Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri.
Misalnya, Bahasa Melayu di Malaysia, Bahasa Inggeris di UnitedKingdom, Bahasa Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, dan
Bahasa Jerman di Jerman.
Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan.
Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan
Inggeris sebagai bahasa kebangsaannya.
-
7/29/2019 Fungsi Bahasa Melayu Presen
6/12
Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam
ucapan rasmi dan surat-menyurat.
Biasanya, bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai
bahasa rasmi.
Tetapi di Singapura, walaupun bahasa kebangsaannya ialah BahasaMelayu, tiga bahasa lain turut diisytiharkan sebagai bahasa rasmi,
menjadikan jumlah bahasa rasminya empat iaitu Melayu, Inggeris,
Mandarin dan Tamil.
-
7/29/2019 Fungsi Bahasa Melayu Presen
7/12
Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar disekolah, maktab, politeknik dan universiti.
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi
menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa
pengantar ilmu pengetahuan.
Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah
yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu.
-
7/29/2019 Fungsi Bahasa Melayu Presen
8/12
Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan
kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu,dan puluhan, malahan ratusan,
profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu
dalam Bahasa Melayu.
Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapimelibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia.
Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan
dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmupengetahuan dalam pelbagai bidang.
-
7/29/2019 Fungsi Bahasa Melayu Presen
9/12
Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalamdunia abad ke-21. Namun, kejayaan Bahasa Melayu dalam tugas ini
amat bergantung pada kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk
menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.
Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden
akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa
Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu.
Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan
negara untuk menghasilkan pelajar yang dwi bahasa sifatnya.
-
7/29/2019 Fungsi Bahasa Melayu Presen
10/12
Itulah sebabnya Bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai mata pelajaran
sejak tahun satu sekolah rendah supaya pelajar menerima pendidikan
Bahasa Inggeris selama 11 tahun dan sepatutnya telah menguasai
bahasa tersebut dengan baik.
Jika rasa megah terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidakada dan jika semua pihak lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris,
lama-kelamaan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan
berkurangan.
Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya, berdasarkan
kejayaan Bahasa Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada
bagi Bahasa Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.
-
7/29/2019 Fungsi Bahasa Melayu Presen
11/12
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa
perhubungan di antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari
dengan senang dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk
kawasan ini.
Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat sebab sifatdwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran
(Melayu-Inggeris).
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan
rakyat jelata.
Maka, fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu
kerana pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi.
-
7/29/2019 Fungsi Bahasa Melayu Presen
12/12
Bahasa Melayu bertindak sebagai satu alat yang dapat menatupadukankaum di Malaysia.Sebagai negara yang mamiliki rakyat yang berbilang
kaum penggunaan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan amat
penting.
Berperanan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang pelbagai
di negara ini malah diharapkan dapat malahirkan rasa megah dan
mencintai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa yang
menunjukkan identiti nasional.
Bahasa Melayu disalurkan melalui Dasar Pelajaran Nasional.