front cover - ir.unimas.my
TRANSCRIPT
© UNIMAS Publisher, 2019
Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.
Diterbitkan oleh
UNIMAS Publisher,Universiti Malaysia Sarawak,94300 Kota Samarahan,
Dicetak di Malaysia oleh
PPKS Production Sdn. Bhd.(623666-M)Jalan Canna, Off Jalan Wan Alwi, 93350 Tabuan Jaya,Kuching, Sarawak, Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam PenerbitanRoslan AliTuhan Tambahkan Daku Ilmu / ROSLAN ALI.ISBN 978-967-2298-23-61. Islam--Customs and practices. 2. Religious life--Islam.3. Muslims--Conduct of life.4. Government publications--Malaysia.I. Judul. 297.57
v
Penghargaan vii
Prakata ix
Pengenalan xi
Bab 1 Baikilah Wuduk Kita 1
Bab 2 Ulang Kaji Masalah Niat dalam Solat 9
Bab 3 Sempurnakan Saf Solat ketika Solat Berjemaah 17
Bab 4 Salam Menurut Sunah 21
Bab 5 Menjawab Salam daripada Orang Bukan Islam 25
Bab 6 Hikmah Berpuasa 29
Bab 7 Bulan Puasa Ada Hantu 33
Bab 8 Beberapa Pertanyaan Sekitar Ibadat Korban dan Akikah 37
Bab 9 Konsep Talkin Menurut Perspektif Islam 45
Bab 10 Sebab Pengharaman Babi dalam Islam 53
Bab 11 Sifat Mahmudah Yang ada Pada Anjing 57
Bab 12 Arak dan Minyak Wangi 63
Bab 13 Islam Satu Perintah Berterusan 69
Bab 14 Kesahihan Fakta dan Ketepatan Terjemahan 77
Bab 15 Yang Popular Tidak Semestinya Sahih 83
Bab 16 Anak Derhaka Menempah Neraka 91
Bab 17 Apabila Anak Mula Bertanya 97
Bab 18 Talfiq, Taklid atau Jahil 103
Bab 19 Wanita dicipta daripada Rusuk Lelaki 107
Bab 20 Status Haiwan Dua Alam 113
vii
Sekalung penghargaan kepada ayahanda dan bondaAli bin Osman dan Amimah binti Hamdan
kerana telah melahirkan dan membesarkan dakudengan penuh sabar dan kasih sayang
Kujunjung budimu hingga akhir hayatku.
Untuk Suri hatiku, Nur Shakira Maisarah Yang selama ini cukup memahami rasa hati
Percayailah bahawa setiap langkah kakiku ini, Engkau tetap bertahta di hati.
Juga untuk putera-puteraku, Eizkiel Daniel Qalif, Eizmier Danish Qudsy
dan Eizriel Darwish Qasyfi, Papa amat menyayangi kamu bertiga dan
Tuntutlah ilmu tanpa jemu.
Akhir sekali buat warga FBK, UNIMAS Publisher, Editor yang dilantik,Terima kasih atas sokongan dan dukungan
sehingga buku ini berjaya diterbitkan.
ix
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana atas limpahan kurnia-Nya buku Tuhanku Tambahkan Daku Ilmu ini dapat diterbitkan. Buku ini sebenarnya merupakan koleksi artikel saya yang ditulis mulai 2012 hingga sekarang. Koleksi ini agak lama berada dalam simpanan
saya dan ketika itu hanya disebarkan melalui e-mel kepada rakan-rakan yang rapat di UNIMAS. Daripada maklum balas yang diterima, ramai yang meminta agar artikel-artikel tersebut dibukukan. Sebagai seorang penulis, sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik untuk semua orang.
Tidak banyak yang ingin diperkatakan selain mengharapkan penerimaan orang ramai terhadap edisi pertama ini. Buku ini perlu dibaca oleh mereka yang mencintai ilmu pengetahuan, yang ingin mengetahui jawapan kepada persoalan-persoalan yang selama ini memberat di fikiran, yang ingin menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat secara ilmiah. Selepas ini, insya-Allah akan menyusul pula edisi kedua dengan tajuk-tajuk atau bab-bab yang lain.
Sebagai insan biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan, saya mengharapkan segala kekurangan atau mana-mana kepincangan yang ada dalam buku ini dilihat sebagai kesan bahan rujukan dan bukannya prasangka. Akhirnya menjadi harapan penulis agar penulisan ini dapat lebih mendekatkan kita umat Islam kepada al-Quran dan Sunah, memahami perbezaan pendapat dalam kalangan ulama dan fahaman mazhab serta menjadikan kita umat yang sederhana dan bertoleransi dalam kerangka syariah yang dibenarkan oleh Islam.
Dr Ust. Hj. Roslan bin Hj. AliFakulti Bahasa dan KomunikasiUniversiti Malaysia Sarawak
xi
“Sesiapa yang menginginkan dunia maka dia wajib memiliki ilmu, sesiapa yang menginginkan akhirat, dia juga wajib memiliki ilmu. Sesiapa yang menginginkan kedua-duanya sekali, dia juga wajib memiliki ilmu”. Kata-kata ini dianggap Hadis tetapi tidak pernah wujud dalam kitab-kitab Hadis. Setelah diteliti oleh Imam Nawawi dan Imam Syarbini r.a. ternyata kata-kata ini merupakan kata-kata hikmah yang diujarkan oleh Imam Syafie. Oleh hal yang demikian, betapa pentingnya manusia memiliki ilmu kerana dengan ilmu, manusia berjaya di dunia dan juga di akhirat.
Tuhanku tambahkan daku ilmu sebenarnya merupakan himpunan artikel yang saya tulis setelah menamatkan pengajian PhD dalam jurusan bahasa Arab di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penulisannya bermula pada tahun 2012 dan konsep penulisan asalnya bersifat santai sahaja sekitar 2 hingga 4 muka surat kemudian disebarkan melalui e-mel kepada warga UNIMAS sebulan sekali sebagai sumbangan kecil saya ke arah dakwah Islamiah. Alhamdulillah daripada situ, saya mendapat respons yang sangat baik daripada mereka, maka lahirlah buku ini sebagai hadiah kepada para pencinta ilmu.
Tajuk-tajuk yang disajikan dalam buku ini, insya-Allah akan dapat menjawab pertanyaan yang sering berlegar-legar di dalam ruang minda atau yang tidak pernah terfikirkan oleh kita selama ini selain dapat menambah info ketika mengadakan usrah, ceramah atau tazkirah agama. Artikel-artikel ini ditulis berdasarkan pengetahuan dan pemahaman penulis maka rujukan teks amatlah sedikit. Memandangkan koleksi artikel agak banyak, maka 20 tajuk terawal sahaja atau dalam erti kata lain mengikut kronologi penulisan dimuatkan dalam edisi buku pertama ini.
xii
Sebagai intiha, ilmu itu umpama air. Andai air itu tidak mengalir (bertakung), air itu dianggap mati dan membusuk. Oleh itu, pastikan ilmu yang diperoleh diamalkan dan disebarkan kepada khalayak agar ilmu itu tidak mati dalam jiwa sebaliknya menjadi amal jariah yang boleh membawa kita ke syurga nanti. Jangan jadikan sebarang perbezaan pendapat dan pemahaman dalam sesuatu perkara menjarakkan silaturahim sesama kita. Seharusnya perbezaan pendapat ini diraikan dan ditangani dengan hati yang terbuka (berlapang dada) agar kesatuan umat akan terus terpelihara.
1
Sekiranya kita pernah membuka kitab-kitab fikah, kita akan dapati bahawa sebelum sampai ke bab ibadat, kita akan mempelajari bab TAHARAH (bersuci) terlebih dahulu. Inilah susunan yang telah diatur oleh para ulama sejak zaman-berzaman. Hal ini menunjukkan betapa kebersihan itu
dititikberatkan dalam Islam sebelum seseorang itu dibenarkan beribadat kepada Allah SWT. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan ibadat mereka rosak dan terbatal dengan sendirinya. Saya yakin semua orang tahu akan makna wuduk tetapi saya lebih yakin bahawa tidak semua orang tahu akan tatacara berwuduk dengan betul dan menepati Sunah? Kita berwuduk pada setiap kali kita hendak solat. Kalau solat fardu ada lima kali dalam sehari, bererti kita juga akan berwuduk sebanyak 5 kali dalam sehari melainkan kalau wuduk kita tidak batal. Hal ini dikatakan demikian kerana solat TIDAK SAH tanpa berwuduk terlebih dahulu. Kenyataan ini bersandarkan dalil daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
أ ح�ت يتوض
ث
حد
ا أ
إذ
حدك أ
ة الله صلا
بل
يق
لا
Terjemahan: Allah tidak menerima solat seseorang daripada kamu apabila dia berhadas sehinggalah dia berwuduk semula.
سل�يها الت
ليل ، و�ت ب�ي
ك ها الت ر�ي هور، و�ت
ة الط
لا تاح الص
مف
Terjemahan: Pembuka solat ialah penyucian, dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.