formula pendapatan segera dari internet oleh neal izham
DESCRIPTION
Find out more related information here http://www.nealizham.comTRANSCRIPT
Formula duit Segera dari Internet.
Laporan yang perlu anda baca.
NOTIS & HAK
Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan
e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap
fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku
di dunia internet kini.
Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri
oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-
book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi
yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang
terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan
diambil perhatian.
Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti
penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan
informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk
menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.
Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang
professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal
kewangan.
Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam
membuat bacaan.
BIODATA PENULIS
Neal Izham Sharifudin,
dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat
pendidikan awal di Negeri Johor dan
mendapat peluang melanjutkan
pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar
kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).
Berjaya mendapat keputusan
yang cemerlang pada peringkat PMR
dan SPM seterusnya menyambung
pengajian ke peringkat matrikulasi di
Tangkak. Masakini beliau merupakan
pelajar sepenuh masa di Universiti
Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.
Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia
perniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di
peringkat sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang
perniagaan melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-
buahan.
Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk
menangani sesuatu cabaran.
Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan
paradigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini
menemukan beliau kepada keajaiban dunia ICT dalam membantu selok-
belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau bertekad untuk
memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.
Pendahuluan.
Internet adalah lubuk duit. Internet bukanlah perniagaan trend atau
sesuatu yang akan di telan zaman. Selagi ada internet, selagi itulah
perniagaan internet akan wujud. Ia adalah sama dengan situasi
stesyen minyak. Selagi wujud kenderaan dan loji minyak mentah,
stesyen minyak tetap akan menjadi perniagaan yang relevan.
Jadi, kenapa tunggu lagi? Marilah sertai perniagaan yang tiada had ini
sama ada secara part time atau full time. Namun, ada satu lagi
perkara yang anda perlu tahu dalam perniagaan internet ini iaitu
perniagaan ini mampu memberi pendapatan segera kepada anda.
Apa yang anda perlu ada adalah sambungan internet dan sedikit
kemahiran, anda sudah boleh memulakan pencarian wang anda.
Perniagaan yang saya maksudkan adalah buat duit melalui freelance
iaitu melakukan pekerjaan untuk orang lain.
Setiap hari di Internet terdapat berpuluh ribu kerja freelance di
tawarkan kepada sesiapa yang mahukannya. Apa yang anda perlu ada
adalah kemahiran. Di sini, saya akan huraikan 3 jenis freelance utama
yang ada di internet. Sebenarnya terdapat banyak lagi kerja freelance
tetapi saya akan utamakan yang tiga ini dahulu.
Freelance Pertama: Articel Writing atau menulis
artikel.
Di internet, pekerjaan ini adalah yang paling panas dan saingan pula
adalah sangat sengit. Namun, anda tidak perlu gusar kerana di situ
ada kemahuan, di situ ada jalan. Kini semua orang ingin berblog dan
menjana pendapatan darinya. Namun, tiada semua orang ada masa
atau ada bakat dalam menulis.
Jadi, mereka akan mengupah orang untuk menulis bagi pihak mereka.
Di sinilah anda mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan
darinya. Ada banyak jenis kerja penulisan yang boleh anda lakukan,
antaranya
Penulisan artikel.
Penulisan blog.
Cerita pendek.
Lagu.
Sajak dan puisi.
Cerita lawak.
Penulisan artikel akademik
Pendek kata, segala jenis pekerjaan penulisan ada di tawarkan di
Internet. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari sahaja
pekerjaan yang di tawarkan dan jana wang darinya.
Untuk setiap artikel yang di tulis anda mungkin akan di bayar
sebanyak 3 USD (RM 9). Namun, apabila reputasi anda sudah
meningkat dan tahap penulisan anda bertambah baik, anda mungkin
akan di bayar sehingga 10 USD bagi setiap artikel. Bayangkan dalam
sehari anda menulis 10 hingga 20 artikel. Tidakkah ia akan membantu
anda daris segi kewangan.
Freelance Kedua : Designer untuk website.
Jika anda kreatif, anda boleh jana pendapatan menerusi design grafik
atau website. Bagi satu minisite simple, anda boleh jana pendapatan
sehingga 500 USD. Fuh ! lumayan bukan.
Untuk permulaan, anda mungkin hanya mampu menjana 30 hingga 50
USD bagi satu website. Namun, ia tetap lumayan. Sesungguhnya ia
adalah lubuk wang segera bagi anda yang kreatif.
Freelance Ketiga : Jual website yang sudah siap.
Jual sahaja website yang sudah siap kepada pelanggan-pelanggan di
http://www.flippa.com
http://www.ebay.com
http://www.websitebroker.com
Anda reka apa-apa website yang anda selesa dan tahu. Kemudian
anda jual di website di atas. Jika ada yang berminat, mereka akan
beli. Jadi, tidak ada tekanan di sini. Antara website yang boleh di jual
adalah
Automatik blog.
Blog yang siap sedia untuk di gunakan.
Website jualan beserta dengan produk.
Website reseller
Website korporat.
Anda boleh jual website yang sudah siap ini antara 50USD hingga 200
USD bergantung sejauh mana tingginya permintaan. Semakin tinggi
permintaan, semakin tinggi nilai website anda.
Freelance Keempat : Buat duit dengan
programming.
Anda tahu programming? Jika tidak tahu, anda boleh belajar kerana ia
adalah lubuk wang segera yang bagus untuk di ceburi. Kini, usahawan
internet lebih suka untuk mengupah orang lain untuk melakukan kerja
remeh temeh seperti programming website dan lain-lain kerana
mereka lebih suka fokus untuk melakukan promosi.
Jadi, adalah tugas anda untuk mengebas duit mereka ini. Pasang blog,
setting script, integrasi sistem dan penulisan program software,
semuanya memerlukan anda yang mahir dalam programming. Anda
mungkin akan di bayar mengikut jam atau mengikut kerja yang anda
terima.
Freelance Kelima : Apa sahaja servis.
Apa sahaja servis yang anda mampu beri anda boleh jual servis anda
itu. Antara servis yang anda boleh jalankan adalah
Mengambil upah promosi produk di forum-forum.
Mengambil upah melakukan tugas SEO seperti submit site ke
sosial bookmark.
Mengambil upah mendownload video dari youtube, letak
watermark dan upload ke kembali ke youtube.
Mengambil upah melakukan keyword research.
Mengambil upah download movie.
Mengambil upah beli barang dari pasar raya dan hantar ke
rumah pembeli.
Mengambil upah menjadi latar suara di video.
Pendek kata, apa sahaja yang anda mampu sumbangkan, anda boleh
jana pendapatan darinya. Contoh terbaik ada di
http://www.fiver.com
Di Fiver terdapat banyak perkhidmatan pelik yang di cadangkan.
Mungkin anda boleh tiru dari perkhidmatan di sana.
Tempat untuk cari kerja.
Berikut adalah tempat-tempat yang anda boleh tawarkan
perkhidmatan freelance anda.
http://www.elance.com
http://www.getafreelancer.com
http://www.rentacoder.com
http://www.odesk.com
http://www.fiver.com
http://www.ebay.com
Ada banyak lagi tempat untuk anda cari kerja tetapi enam laman web
di atas adalah antara laman web yang ada permintaan yang banyak.
Selain laman web seperti di atas, anda juga boleh cari kerja di forum-
forum. Berikut adalah senarai forum utama di internet yang anda
boleh gunakan untuk menjana pendapatan darinya :
http://www.warriorforum.com
http://www.digitalpoint.com
http://www.sitepoint.com
http://www.wangcyber.com
Tips tambahan untuk jana pendapatan dari freelance.
Berikut adalah tips-tips penting untuk jana pendapatan dari Freelance
Fokus- fokus pada kerja anda, jangan buang masa untuk melihat
emel dan bersosial di laman sosial terlalu kerap sehingga
menangguh-nangguhkan kerja.
Sentiasa berhubung dengan pelanggan – sentiasa update kerja
anda dengan pelanggan anda. Pelanggan mungkin tidak kisah
jika anda lewat sedikit menyiapkan kerja kerana anda selalu
berhubungan dengan mereka. Selain itu, anda juga perlu
berhati-hati jika pelanggan lari dari anda dan tidak melakukan
pembayaran hasil kerja yang anda buat.
Sentiasa buatkan yang terbaik untuk setiap kerja yang anda
dapat. Sentiasa over deliver kerja yang anda dapat untuk
menarik perhatian pelanggan. Cara ini untuk memikat mereka
untuk mengupah anda secara berulang-ulang.
Anda berhak untuk tolak pelanggan – jika ada di antara
pelanggan yang agak cerewet dan permintaan yang sentiasa
berubah-ubah sehingga tidak logik serta kadangkala memarahi
anda walaupun anda telah buatkan yang terbaik, anda berhak
untuk memecat mereka. Jangan takut rosak reputasi jika anda
ada sebab yang kukuh untuk tidak menghabiskan kerja mereka.
Jalankan pekerjaan pada harga yang rendah dahulu untuk
membina kredibilit, testimoni dan mengasah bakat anda.
Penutup
Anda tentukan sendiri jadual anda, anda juga tentukan sendiri upah
yang anda hendak. Jangan jadi takut untuk berjaya dan jangan terlalu
berani untuk gagal, jadi manusia yang normal untuk melakukan
perkara luar biasa. Selamat mencuba!
Yang benar
Budakpandai.
Tawaran Istimewa
Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda
seorang yang serius untuk menambah ilmu.
Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat
secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan
membaca ebook ini.
Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan
pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.
Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.
Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium
Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”
Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.
http://www.BlogMudah.info