folio shantini

18
8/8/2019 Folio Shantini http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 1/18 FOLIO SEJARAH TOKOH NEGARA: TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Upload: tawa-mani

Post on 10-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 1/18

FOLIO

SEJARAH

TOKOH NEGARA: TUN DR. MAHATHIR BIN

MOHAMAD

Page 2: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 2/18

ISI KANDUNGAN

NAMA TOKOH

KANDUNGAN MUKA SURAT

MUKA DEPAN 1

ISI KANDUNGAN 2

NAMA TOKOH : TUN DR.MAHATHIR BIN MOHAMAD 3

LATAR BELAKANG 4-6

GELARAN 6

PERANAN DAN SUMBANGAN 7-8

KEISTIMEWAAN 8-13

GALERI 14-17

KESIMPULAN 18

LAMPIRAN 19

Page 3: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 3/18

NAMA TOKOH YANG DIPILIH OLEH SAYA IALAH

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD PERDANA

MENTERI YANG KE EMPAT DI NEGARA KITA.

LATAR BELAKANG

Page 4: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 4/18

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det)dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik-

beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, MohamadIskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee Muslim (yang berasal dariKerala, India) dan ibunya berbangsa Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-

laki melayu di sebeerang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung disekolah kerajaan beraliran inggeris di Alor Setar. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yangkeempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliaumenerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran disegala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalamsebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan

pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dituduh bersifat kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain di dunia.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-terangdan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia ² kapitalismeautokratik yang dianjurkan oleh negeri ² sebagai alternatif kepada individualisme AmerikaSyarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), MenaraBerkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambangkemegahan rakyat dan diterima ramai.

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia",negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan

penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkatkehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa.Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan

pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepasPresiden Suharto dari Indonesia.

Persekolahan Tun Dr Mahathir bin Mohamad bermula di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang

Perak, Kedah. Kemudian disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar (kini Maktab Sultan AbdulHamid) di mana ayahandanya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah gurubesar sekolah itu yang pertama. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, MenteriBesar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman.

Encik Mohamad Iskandar adalah anak Melayu pertama yang menjadi guru besar sebuah sekolahInggeris pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi

Page 5: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 5/18

pendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya. Sejak kecil Tun Dr Mahathir bin Mohamaddikatakan sebagai seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya. Secarasemulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan mempunyai determinasi untuk berjayadalam apa jua bidang yang diceburinya.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelummemasuki Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej SultanAbdul Halim. Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan Tun Dr Mahathir bin Mohamad berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahandan barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua,Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun1945 sehingga Senior Cambridge. Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun1947, melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya,Singapura. Pengalaman berniaga yang dilalui menyedarkan beliau betapa perlunya kemahiran

berniaga untuk meninggikan taraf hidup kaum Melayu. Inilah yang mendorong Tun Dr Mahathir bin Mohamad menceburi bidang politik apabila beliau masih di bangku sekolah.

Ketika zaman persekolahan lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menentang Malayan Uniondengan lantang dan menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah serta Kesatuan Pemuda MelayuKedah. Pada tahun 1946, Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan salah seorang ahli UMNOyang awal dengan kemasukan Kesatuan Melayu Kedah ke dalam UMNO. Dr. Mahathir sejak mudanya adalah seorang yang rajin menulis. Dengan nama penanya 'Che Det' beliau banyak menulis tentang kisah-kisah yang melanda masyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan. Kebanyakan rencana Tun Dr Mahathir bin Mohamad dihantar ke Strait Times dan

Sunday Times bertemakan kepahitan hidup masyarakat Melayu. Bakat kepimpinannya terselahsemasa menuntut lagi apabila beliau dilantik sebagai Presiden, Penrtubuhan Islam, KolejKedoktoran. Tun Dr Mahathir bin Mohamad sering mengikuti perdebatan dan forum dan tidak segan silu menyatakan pendapatnya yang sebenar. Pada tahun 1952, Tun Dr Mahathir binMohamad lulus dengan ijazah perubatan MBBS.

Penglibatan politiknya bermula pada tahun 1945 apabila Tun Dr Mahathir bin Mohamadmenganggotai SABERKAS. Pada tahun 1946 Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyertai pulaKesatuan Melayu Kedah. Apabila Kongres Melayu SeMalaya diadakan pada tahun itu, Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad turut sama dalam peristiwa bersejarah itu dan merupakan salahseorang pengasas UMNO apabila Kongres membuat resolusi untuk menubuhkan UMNO danmembuka keahliannya.

Berkat hasil usaha beliau, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian di bidang perubatan di Universiti Malaya, Singapura. Semasa di Kolej Perubatan, TunDr Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Islam dan Ketua Ridaksi

Page 6: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 6/18

majalah pelajar di Kolej Kedoktoran tersebut. Di sinilah juga Tun Dr Mahathir bin Mohamad bertemu dan kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos1956, dan mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani,Mukhriz, Maizura, dan Mazhar.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan pada1953. Tun Dr Mahathir bin Mohamad seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan diHospital Besar Alor Setar dan kemudiannya di Pulau Langkawi. Pada tahun 1957, Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan membuka klinik MAHA di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Ini semata-mata untuk membolehkan beliau bergiatdalam politik. Pada masa inilah beliau dikenali sebagai Dr Mahathir.

PENDIDIKANTun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepadapasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan dirumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, SeberangPerak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan(9) orangadik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu SeberangPerak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah diGoverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkanbiasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII Collegeof Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun danbersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berattentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan kelulusanIjazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura. Berbekalkan kelulusan

berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadidoktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantiksebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya.Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

GELARANSelepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia",

negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yangtertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliaumerupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

Page 7: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 7/18

PE RANAN DAN SUMBANGAN

Penglibatannya secara aktif dalam politik bermula pada tahun 1964 apabila Tun Dr Mahathir bin Mohamad dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar setelah memenangi kerusi kawasan KotaSetar Selatan di atas tiket Perikatan dan mula menempa nama di kalangan masyarakat. Namundalam pilihan raya umum berikutnya pada tahun 1969 Tun Dr Mahathir bin Mohamad tewas dikawasan yang sama kepada calon PAS. Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan antaragolongan muda yang paling lantang mengkritik pucuk kepimpinan UMNO di bawahAllahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terutamanya selepas trajedi 13 Mei1969 . Ini akhirnya membawa kepada pemecatan Tun Dr Mahathir bin Mohamad dari UMNO

pada tahun 1969.

Semenjak terbuang, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi `pemberontak' dalam buangandan menghasilkan buku ` The Malay Dilemma' yang telah diharamkan pada masa itu. Dalam

buku itu, Tun Dr Mahathir bin Mohamad banyak membidas sikap fatalisme masyarakat Melayuyang menyalahkan takdir dan menerima kekalahan dengan pasif. Apabila Allahyaraham TunAbdul Razak menjadi Presiden UMNO pada tahun 1972, Tun Dr Mahathir bin Mohamadkembali aktif dalam UMNO dan mendapat sambutan yang popular. Kekalahan dan kekecewaan

dalam bidang politik tidak pernah mematahkan semangat beliau. Malah mempengaruhi beliauuntuk lebih agresif dalam memperjuangkan isu-isu orang Melayu. Populariti Tun Dr Mahathir bin Mohamad jelas apabila beliau memenangi kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO dengan unditertinggi pada 1972 dan seterusnya sebagai senator pada tahun 1973.

Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan, Tun Dr Mahathir binMohamad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama pada tahun 1968,Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada 1972, Member of the University Court andUniversity of Malaya Council, dan Chairman of the National University Council pada 1974.

Sebagai calon Barisan Nasional di Kubang Pasu, Kedah Tun Dr Mahathir bin Mohamadmenang tanpa bertanding dalam tahun 1974. Pada 6 Oktober 1974, Tun Dr Mahathir binMohamad dilantik sebagai Menteri Pelajaran di dalam kabinet Allahyaraham Tun Abdul Razak.Tindakan pertama beliau adalah melaksanakan Akta Universiti dan Kolej 1974 denganmeletakkan pentadbiran universiti di bawah Kementerian Pelajaran. Pada bulan Jun 1975, TunDr Mahathir bin Mohamad menjadi Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menterikepada Allahyaraham Tun Abdul Razak. Pada masa itu, beliau juga masih memegang portfolio

Page 8: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 8/18

Kementerian Pelajaran. Dalam satu rombakan kabinet, beliau ditukarkan menjadi MenteriPerdagangan dan Perindustrian. Apabila Allahyaraham Tun Hussein Onn meletakkan jawatanatas sebab kesihatan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengangkat sumpah sebagai PerdanaMenteri yang keempat pada 18 Julai 1981. Dalam tahun yang sama Tun Dr Mahathir binMohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO.

Tugas pertama Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah membersihkan dan meninggikantaraf perkhidmatan kerajaan dengan melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah.Pengenalan sistem `punch-card' di kalangan pegawai-pegawai kerajaan benar-benar membukamata masyarakat. Rakyat diberi keutamaan. Tun Dr Mahathir bin Mohamad mendorong rakyatuntuk `Pandang ke Timur' untuk mencapai kemajuan dari segi pendidikan, teknologi serta cara

berfikir. Malaysia mula menjadi perhatian dunia dengan seorang pemimpin yang beranimenyuarakan pendapat walaupun bertentangan dengan pemimpin-pemimpin negara Barat.

Dalam pilihanraya parti 1987, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengalahkan lawannya untuk mengekalkan jawatan Presiden dan pada tahun 1990 dan 1993, sekali lagi Tun Dr Mahathir binMohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti. Di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad, parti memerintah Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum

berturut-turut pada tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

KEISTIMEWAANTun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang pemikir dan revolusiner. Di bawah

pentadbirannya negara telah melalui suatu proses transformasi yang tidak pernah digambarkansebelum ini. Tun Dr Mahathir bin Mohamad mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju danrakyatnya mampu bersaing di peringkat global.

Hasratnya dijelaskan dalam apa yang dinamakan Wawasan 2020 yang beliau utarakan pada 28Februari 1991 dengan bermatlamatkan "ke arah pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju dalam segala bidang secara seimbang meliputi ekonomi, politik sosial, kerohanian,

psikologi dan kebudayaan".

Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di manaMalaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Inimeningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-langkahke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat.

Page 9: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 9/18

Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan keretayang paling laris di Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%). Tun Dr Mahathir binMohamad juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaandan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham

Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamadadalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir binMohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan keindahan

perlaksanaan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letihmemperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah

memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah'dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murnidikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arahmenjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong

pengeluarannya.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga tidak lupa menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran. Kempen peningkatan 'Daya Pengeluaran Negara' juga dianjurkan begitu juga dasar

'Penerapan Nilai-nilai Islam' sebagai satu wadah menerapkan budaya kerja yang selari denganajaran Islam. Selain itu dibawah kepimpinannya, tertubuhlah Universiti Islam Antarabangsa yangdicetuskan oleh timbalan Perdana Menteri, Anuwar Ibrahim, dan Bank Islam. Sejak itu, Malaysiadiberi penghormatan dan kepercayaan untuk mengendalikan persidangan-persidangan bertaraf antarabangsa seperti PATA, CHOGM, Kumpulan Selatan dan kini Sukan Commonwealth 1996.

Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabahdan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkanuntuk turut serta.

Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia-British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atassikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia.

Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya

Page 10: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 10/18

kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demimeningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.

Program pengswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usahamengurangkan beban kewngan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan.Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebihcekap. Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburankerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan jugadiperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa.

Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia' yang bertujuanmenjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakankongsi dalam pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia'yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdayasaing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran

produk Malaysia.

Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib.Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuanmengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demimengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkanteknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan

beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan. Hasil dasar ini maka lahirkan keretanasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobildengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal ;Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang

berdaya maju.

Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia. Negara juga menaja

pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'.

Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara keangkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlahdengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994.

Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Inimenjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli

Page 11: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 11/18

dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.

Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawahkepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - baratsemenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antarayang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabilatransit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.

Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6bil. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancangmempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara danseterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.

Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur

tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusattransmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dansemestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini

juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia.

Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil.Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia dengan 88 tingkat menara berkembar diatas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yanglebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi

abad ke dua puluh dan juga untuk buat beberapa tahun yang akan datang.

Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaituEmpangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi,

projek ini yang telah diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yangterbesar di Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia.

Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbangcanggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasanladang di Sepang kepada tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil.Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang setahun dan

pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling kompetitif di dunia.

Semua orang tahu Dr. Mahathir mempunyai komputer di pejabatnya, tetapi tiada siapa yangsangka bahawa beliau akan meletakan paksi dunia komputer di Malaysia.

Page 12: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 12/18

Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akanmenjadikan Malaysia pusat eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul didunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi maklumat dalamsebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya'akan dibina dan bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia.

Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasarantanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia.

Dr. Mahathir juga memberikan penekanan kepada pembangunan akademik. Malaysia kinimenjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga kepadauniversiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan membuka

cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi pendidikan yangdilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau AsiaTenggara. Tidak setakat pendidikan tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akanditerapkan ke peringkat sekolah dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang

bakal beroperasi penuh menjelang tahun 2000.

Dr. Mahathir bukan hanya berusaha membangunkan Malaysia tetapi beliau juga berusahamembangunkan negara-negara dunia ketiga yang lain. Beliau menggalakkan syarikat-syarikatMalaysia melabur ke negara-negara yang memerlukan pelaburan serta menghulurkan bantuanteknikal kepada negara-negara yang ketandusan kepakaran. Kini Malaysia merupakan pelabur

terbesar Kemboja dengan RM1bil. Yang kedua terbesar di Vietnam dengan nilai pelaburan berjumlah RM559 disamping membuat kehadirannya sangat dirasai di Myanmar, Afrika Selatan,Zimbabwe dan Maldives.

Tidak kira apa gagasannya - negara membangun, negara dunia ketiga, negara kecil atau negaramiskin - beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum antarabangsaserta menyelar negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah menindas dengan

prejudis.

Pandangannya yang kritis tetapi nyata, telah menjadikan beliau jurucakap kepada negara-negaradunia ketiga dan pembela agama Islam yang konsisten. Malaysia mampu berbuat demikiankerana Malaysia "Merdeka' bukan sahaja dari segi politik tetapi juga ekonomi dan yang lebih

penting - dari segi spiritualnya.

Dr. Seri Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjayameskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan

Page 13: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 13/18

negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggufalsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkandari luar dan bukan disebaliknya.

Rakyat hari ini dan generasi yang terkemudian tidak akan lupa pada Dr. Mahathir kerana'Wawasan 2020nya'. Wawasan 2020 yang mengandungi apa yang dikatakan 'Sembilan CabaranUtama' merupakan cita-citanya melihat rakyat Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni dan

pragmatik ke arah pembentukan sebuah masyarakat maju dengan hasil jalinan keindahan spritualdan kemewahan material.

Wawasan 2020 bukan suatu sasauan, malah ia adalah satu realiti yang mana prosesnya sedangrancak berirama mengelilingi kita dengan program-program pembangunan. Bagi PerdanaMenteri Dr. Mahathir, perjuangannya belum selesai kerana perjalanannya tidak pernah

berpenghujung. Beliau secara realistik menjelaskan, "saya tidak akan hidup sehingga tahun 2020tetapi saya pasti Wawasan 2020 akan dapat dicapai".

Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat tidak dapatdipertikaikan lagi merupakan 'Pencetus Malaysia Negara Maju'. Beliau mengakui bahawa beliautidak percaya lagi dengan penulisannya dalam 'Malay Dilemma' tetapi hakikatnya MalayDilemma sudah tidak relevan sejak Dr. Mahathir memegang pacuan negara.

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi seorang pemimpin yang disegani dan sering dirujuk untuk memberikan pandangan di kalangan negara-negara sedang membangun. Tun Dr Mahathir

Mohamad dianggap sebagai jurucakap bagi negara-negara sedang membangun terhadap polisi- polisi kuasa besar politik dari Barat. Beliau memikul harapan negara untuk merintis jalan ke arahsuatu peranan kepimpinan di dalam dunia ekonomi.

GALERI

Page 14: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 14/18

Page 15: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 15/18

Page 16: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 16/18

Page 17: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 17/18

Page 18: Folio Shantini

8/8/2019 Folio Shantini

http://slidepdf.com/reader/full/folio-shantini 18/18

KESIMBULAN

TUN DR.MAHATHIR BIN MOHAMAD ADALAH SEORANG YANGMEMAJUKKAN NEGARA KITA. DIA IALAH SEORANG YANG SATUSEBAB YANG MENJADIKAN NEGARA MAKMUR DAN AMAN.

LAMPIRAN