folio geografi pmr 2010

31
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100, Kuala Lumpur MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BATU 8, JALAN SG. PUSU, 53100, KUALA LUMPUR NAMA : MUHAMMAD HAZIQ IQBAL BIN FAZLI KELAS : 3 AL-KHAWARIZMI SEKOLAH : SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK NAMA GURU : PUAN HAJAH AINI BINTI MD. JADI TARIKH HANTAR : 08/12/2010 (fake) TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU

Upload: hazique15

Post on 19-Jun-2015

3.393 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Ini contoh yang saya berikan.. Kalau tak perfect.. edit lah sendiri..Gud luck to all malaysian batch 0812 PMR 2010Ganbatte! Sayounara!!

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Geografi Pmr 2010

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak

Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100, Kuala Lumpur

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

DI BATU 8, JALAN SG. PUSU, 53100, KUALA LUMPUR

NAMA                       : MUHAMMAD HAZIQ IQBAL BIN FAZLI

KELAS                     : 3 AL-KHAWARIZMI

SEKOLAH                 : SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK

NAMA GURU          : PUAN HAJAH AINI BINTI MD. JADI

TARIKH HANTAR    : 08/12/2010 (fake)

TANDATANGAN PELAJAR                                   TANDATANGAN GURU

—————————                        —————————

Page 2: Folio Geografi Pmr 2010

SENARAI KANDUNGAN                                                                                          

BIL TAJUK    MUKA SURAT

1.Penghargaan

2. Pendahuluan

3. Objektif Kajian

4. Kawasan Kajian

5. Kaedah Kajian

6. Hasil Kajian

7. Rumusan

8. Rujukan

9. Lampiran

Page 3: Folio Geografi Pmr 2010

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SBP Integrasi

Gombak, Tuan Jamaluddin bin Yusof kerana telah memberikan kebenaran kepada saya

untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu

Puan Aini binti Md. Jadi dan Puan Rohaziah binti Junoh yang telah banyak memberikan

tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan

dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang

telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Nabil Hadi Roslan dan Nabilah Norzain yang

telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Terima

kasih juga kerana sudi meminjamkan komputer riba kepada saya.

Page 4: Folio Geografi Pmr 2010

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kompleks Institusi

Pendidikan yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian

ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat lulus untuk pensijilan

Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu  Migrasi

Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat

kajian ini di kampung sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang

diberikan. Di Gombak,  sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di daerah ini

disebabkan perkembangan sektor pendidikan di kawasan sekitarnya.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac

sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang

lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah

khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.

Page 5: Folio Geografi Pmr 2010

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1)    Supaya saya dapat mendefinisikan konsep migrasi dalaman penduduk dengan tepat

dan jelas

2)    Supaya saya dapat menyatakan pola migrasi penduduk di kawasan kajian

3)    Supaya saya dapat menyatakan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman

penduduk di kawasan kajian.

4)    Supaya saya dapat menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

5)    Supaya saya dapat mencadangkan langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang

berlaku di kawasan kajian.

Page 6: Folio Geografi Pmr 2010

6) Untuk menjadikan diri saya seorang pelajar yang bertanggungjawab, menghargai,

bersyukur, dan memupuk nilai-nilai patriotism semasa menjalankan kajian.

7)    Untuk menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk di Batu 8

mengenai kepentingan migrasi.

KAWASAN KAJIAN

LOKASI KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100, Kuala Lumpur.

Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat membeli-belah Ong

Tai Kim dan kira-kira 2 km dari Universiti Islam Antarabangsa. Biasanya tambang bas

yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 2.00 untuk perjalanan

pergi yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah dari Ong Tai Kim.

KEISTIMEWAAN KAWASAN KAJIAN

Batu 8 mempunyai banyak pusat pendidikan seperti SBP Integrasi Gombak, SM Teknik

Gombak dan Universiti Islam Antarabangsa. Pusat-pusat ini telah wujud sekitar tahun

2000 yang lalu dan kini telah mempunyai kira-kira 1200 orang penduduk yang

kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam

Page 7: Folio Geografi Pmr 2010

sektor pendidikan iaitu guru dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perniagaan dan

profesional seperti menjadi pekerja swasta.

PETA KAJIAN

Peta-peta yang berikut ialah peta kawasan kajian kajian yang mempunyai SBP Integrasi

Gombak dan Kuaters Institusi Pendidikan yang merupakan kawasan kajian dan juga peta

daerah Gombak.

1)    Lukis Peta Daerah Gombak

2)    Peta KIP dan SBPIG

i)             Tajuk dan Bingkai  [1 m]

ii)            Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

3)    Peta Kawasan Kajian

( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka membuat kajian tersebut ) =

kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan

Page 8: Folio Geografi Pmr 2010

iii)           Tajuk dan Bingkai  [1 m]

iv)           Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

v)            Simbol Piawai [ 1 m ]

vi)           Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

( peta perlu kemas dan cantik )

- Perlu diwarnakan mengikut kesesuaian (3 jenis warna sahaja)

KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan

digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan

bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja

kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1)    Pemerhatian:

Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pola migrasi yang berlaku di

kawasan kajian

2)    Temu Bual & Soal Selidik:

Seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk Kuaters Institusi

Pendidikan(KIP) pada 25 Mac untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola

Page 9: Folio Geografi Pmr 2010

migrasi di kawasan kajian. Temu bual dijalankan kepada penduduk kuaters yang telah

lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan

kawasan di situ.

3)    Perbincangan:

Saya juga telah membuat perbincangan bersama rakan-rakan dan guru-guru mengenai

kawasan kajian terutama tentang migrasi dalaman yang berlaku.

4) Rujukan:

Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk

mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang berlaku

di Malaysia.

Page 10: Folio Geografi Pmr 2010

DAPATAN KAJIAN

8.1   Konsep Migrasi Penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan,

kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi

yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk

dari satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Pola Migrasi Penduduk

Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku

di kawasan kajian. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:

i) Migrasi luar bandar ke bandar

Ini ialah merupakan migrasi banyak berlaku di Batu 8. Migrasi ini berlaku disebabkan

oleh faktor tarikan. Faktor tarikan ialah kerana kawasan bandar menyediakan peluang

pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti pendidikan,

perniagaan dan perkhidmatan.

Page 11: Folio Geografi Pmr 2010

Negeri Lelaki Perempuan Jumlah

Kelantan 4 8 12

Kedah 2 1 3

Selangor 1 2 3

Johor 3 0 3

Perak 1 1 2

Pahang 1 1 2

Terengganu 0 1 1

Jumlah 12 14 26

Migrasi Luar Bandar ke Bandar di Kompleks Institusi Pendidikan, Batu 8, Jalan

Sungai Pusu, 53100, Kuala Lumpur

Kelas Lelaki Perempuan Jumlah

3 Al-Biruni 6 6 12

Page 12: Folio Geografi Pmr 2010

3 Al-Farabi 6 3 9

3 Al-Khawarizmi 9 2 11

Jumlah 21 11 32

Migrasi Luar Bandar ke Bandar bagi tingkatan 3 di SBP Integrasi Gombak, Batu 8,

Jalan Sungai Pusu, 53100, Kuala Lumpur

ii) Migrasi Bandar ke Bandar

Migrasi ini juga berlaku di kawasan kajian. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar

kerajaan yang membuka pusat pendidikan seperti sekolah dan universiti telah menarik

penduduk yang memerlukan pekerjaan dan menjadi tempat tinggal bagi yang menuntut di

institusi-institusi pendidikan. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan luar

bandar berhijrah ke Batu 8.

Negeri Lelaki Permpuan Jumlah

Kelantan 3 2 5

Kedah 1 0 1

Selangor 0 2 2

Johor 0 1 1

Page 13: Folio Geografi Pmr 2010

Perak 1 1 2

Pahang 0 1 1

Terengganu 0 2 2

Sabah 0 1 1

Jumlah 5 10 15

Migrasi Luar Bandar ke Bandar di Kuaters Institusi Pendidikan, Batu 8, Jalan

Sungai Pusu, 53100, Kuala Lumpur

Kelas Lelaki Perempuan Jumlah

3 Al-Biruni 9 9 18

3 Al-Farabi 8 13 21

3 Al-Khawarizmi 6 12 11

Jumlah 23 34 57

Page 14: Folio Geografi Pmr 2010

Migrasi Bandar ke Bandar bagi tingkatan 3 di SBP Integrasi Gombak, Batu 8,

Jalan Sungai Pusu, 53100, Kuala Lumpur

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kajian saya ini disebabkan oleh beberapa

faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut ialah :-

A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)

i)  melanjutkan pelajaran

- Kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan

kawasan luar bandar untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sani menawarkan

banyak peluang pendidikan seperti UIA (Universiti Islam Antarabangsa), sekolah

menengah, institusi pendidikan awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh

memberikan masa depan kepada pelajar.

ii) peluang pekerjaan

- Sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang

lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor pendidikan,

Page 15: Folio Geografi Pmr 2010

perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan

penduduk di luar bandar berpindah ke kawasan bandar.

B (Migrasi Bandar ke Bandar)

iii) Governan

- Pihak kerajaan telah memajukan kawasan kajian saya dengan membuka institusi-

institusi dan pusat-pusat pendidikan kepada pelajar.Kerajaan juga membina kuaters untuk

tenaga pengajar yang mengajar di institusi tersebut. Keadaan ini menyebabkan

terdapatnya penduduk dari kawasan bandar yang lain telah berpindah ke kawasan kajian

saya untuk mencari peluang pekerjaan daripada sektor pendidikan.

iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan

- Daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah

keluarga yang datang ke kawasan ini disebabkan kerana mengikut keluarga dan

berkahwin dengan penduduk dari kawasan kajian. Secara tidak langsung ini akan

menyebabkan bilangan penduduk di Batu 8 semakin bertambah secara semulajadi.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kajian saya mempunyai penduduk yang hidup

dalam keadaan aman, damai dan sentosa walaupun bilangan penduduk sering berubah

disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.

Page 16: Folio Geografi Pmr 2010

8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya  sebenarnya telah memberi

yang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat

ialah :-

A ( KESAN POSITIF )

1) Penduduk Bertambah

- Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kawasan

kajian telah meningkat. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh

faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimanapun penduduk di

kawasan kajian masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh

penduduk.

2) Meningkatkan Taraf Hidup

- Migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan peningkatan taraf hidup bagi penduduk di

kawasan ini. Keadaan ini disebabkan oleh penduduk mempunyai tempat tinggal yang

selesa dat tiada masalah kekurangan tempat tinggal.

Page 17: Folio Geografi Pmr 2010

3) Kemudahan Infrastruktur Bertambah Baik

- Migrasi yang berlaku di kawasan kajian telah menyebabkan kemudahan infrastruktur

bertambah baik. Contohnya terdapat beberapa pondok telefon dan perhentian bas

disediakan bagi memudahkan penduduk menjalankan kehidupan harian mereka.

B ( KESAN NEGATIF )

4) Masalah Sosial

- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing dan

anak-anak muda yang tidak bertanggungjawab. Keadaan ini telah menyebabkan masalah

sosial semakin menular di kawasan kajian saya. Mereka ini kadang kala telah

menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu orang ramai di

kawasan kajian saya.

5) Masalah Pencemaran Alam

- Kemasukan terlalu ramai penduduk dalam kalangan penduduk kawasan sekitar waima

yang tua atau muda telah telah menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar di

kawasan kajian saya. Penduduk sering membuang sampah-sarap di tempat yang tidak

Page 18: Folio Geografi Pmr 2010

sepatutnya sekaligus mencemarkan alam sekitar dan membuat kawasan sekitar tidak lagi

kondusif dan selesa untuk didiami.

6) Kesesakan Lalu Lintas

- Migrasi penduduk yang berlaku di kawasan kajian saya telah menyebabkan kesesakan

lalu lintas terutama pada waktu pagi. Hal ini kerana kebanyakan penduduk mempunyai

kenderaan masing-masing dan kawasan ini juga berdekatan dengan lebuh raya. Keadaan

ini telah menyukarkan penduduk untuk pergi ke tempat kerja dan kawasan tersebut

menjadi bising.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya berharap walaupun penduduk kawasan kajian berusaha untuk mengurangkan

masalah sosial, kemakmuran juga  juga perlu dipelihara. Penduduk perlulah saling

bekerjasama untuk memastikan keadaan setempat sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu

wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang

masalah sosial daripada terus berlaku.

Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana Batu 8 masih lagi aman dan selamat untuk

dihuni.

8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

( peringatan = cadangan perlu selari dengan Kesan Migrasi di tajuk 8.4)

Page 19: Folio Geografi Pmr 2010

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa

tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-

1) Wujudkan Rukun Tetangga

- Rukun tetangga ini perlu diwujudkan di Batu 8 untuk memastikan kawasan kajian

sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti melepak pada waktu malam. Giliran

bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk setempat bagi memastikan

keadaan sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

2) Menguatkuasakan Undang-Undang Alam Sekitar

- Bagi mengatasi masalah pencemaran alam di kawasan saya, kerajaan perlu

menguatkuasakan undang-undang alam sekitar seperti mengenakan denda kepada sesiapa

yang membuat pencemaran. Hal ini penting bagi mengatasi masalah pencemaran yang

diwujudkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

3) Melebarkan Jalan Raya

- Pihak kerajaan perlulah melebarkan jalan raya terutama di kawasan yang sempit dan

sering berlaku kesesakan. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan tiada kesesakan

lau lintas atau kemalangan berlaku.Usaha ini juga boleh mengelakkan kebisingan.

Penerapan Unsur Patriotisme

Page 20: Folio Geografi Pmr 2010

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang

dilakukan , masalah  dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa

kawasan ini merupakan tempat tinggal bagi masyarakat majmuk yang memerlukan

suasana yang tenang dan bersesuaian untuk mereka menjalankan kehidupan seharian.

Konklusinya, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang

tinggi untuk menjaga kawasan ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat

kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kawasan ini.

Bahan Grafik

Page 21: Folio Geografi Pmr 2010

- Korang boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik  :-

i)             Jadual

ii)            Graf

iii)           Carta Pai

iv)           Peta  Aliran

- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai.

RUMUSAN

Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Migrasi

ini perlu dikawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kawasan

setempat. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan

berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia

Page 22: Folio Geografi Pmr 2010

digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang amat berharga

untuk membangunkan kawasan kajian saya.

LAMPIRAN

Cari sendiri

Page 23: Folio Geografi Pmr 2010

RUJUKAN

cAri sendiri

Page 24: Folio Geografi Pmr 2010

Hak Cipta Terpelihara© Hazique Iqbal

Anda disarankan untuk mengubah sedikit kandungan folio ini supaya tidak dituduh

meniru bulat-bulat…. [email protected] (add FB aku)