folio geografi

29
mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang telah saya gunakan ialah:- SAM HULU LANGAT BATU 10,CHERAS KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2009 KAJIAN MENGENAI PETEMPATAN DI SUNGAI JELOK, KAJANG, SELANGOR DAN PERBANDINGAN DENGAN TOKYO JEPUN. Nama Murid: __________________ No K/P : _________________ Nama Guru: _________________

Upload: muhammad-imran

Post on 11-Jun-2015

2.727 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Geografi

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang

diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang telah saya gunakan ialah:-

1. Rujukan – Saya telah merujuk dan menganalisi maklumat dari buku-buku

ilmiah,dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan berhampiran bagi

mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang telah saya pilih.

2. Media – Saya telah menganalisi media massa dan media cetak seperti internet,

majalah-majalah, dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan

maklumat lanjut mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan

fahaman yang jelas mengenainya.

3. Pemerhatian –Saya telah melakukan pemerhatian bagi mengenal pasti seni

bina dan keistimewaan bangunan yang telah saya pilih dengan tepat.

SAM HULU LANGATBATU 10,CHERAS

KERJA KURSUS GEOGRAFIPMR 2009

KAJIAN MENGENAI PETEMPATAN DI

SUNGAI JELOK, KAJANG, SELANGOR DAN

PERBANDINGAN DENGAN TOKYO JEPUN.

Nama Murid: __________________

No K/P : _________________

Nama Guru: _________________

Page 2: Folio Geografi

KAJIAN MENGENAI

PETEMPATAN DI

SUNGAI JELOK,

KAJANG, SELANGOR

DAN PERBANDINGAN

DENGAN TOKYO

JEPUN.

Page 3: Folio Geografi

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1 Penghargaan 2

2 Pendahuluan 3

3 Objektif Kajian 4

4 Kawasan Kajian 5-

5 Kaedah Kajian

6 Dapatan Kajian Jenis dan Pola petempatan kawasan kajian Faktor petempatan penduduk dikawasan kajian Fungsi kawasan kajian Masalah yang terdapat di kawasan kajian Langkah untuk mengurangkan masalah petempatan

dikawasan kajian Bahan grafik

7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan

Page 4: Folio Geografi

PENGHARGAAN

Pertama sekali,saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan folio ini dengan sempurna.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan jutaan

terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menjalankan kajian

inisecara langsung mahupun secara tidak langsung. Bantuan,tunjuk ajar dan dorongan

ini telah membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya.

Sekalung penghargaan kepada ibu bapa saya kerana membantu dalam menyediakan

kemudahan bagi menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga kepada guru Geografi

saya, ________________kerana memberi panduan dan tunjuk ajar yang jelas kepada

saya bagi menjalankan kajian ini.

Ribuan terima kasih juga kepada para responden yang memberi kerjasama yang

baik sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, terima kasih di ucapkan kepada

rakan-rakan yang membantu saya dalam melaksanakan kajian ini secara langsung

mahupun tidak langsung.

Page 5: Folio Geografi

PENDAHULUAN

Saya, _____________pelajar Tingkatan ____________di _______________ telah

menjalankan kajian mengenai petempatan Sungai Jelok, Kajang, Selangor dan

perbandingan dengan negara Jepun. Oleh itu, saya talah menjalankan kajian di

kawasan Sungai Jelok, Kajang, Selangor.

Saya telah memilih kawasan ini kerana kawasan tersebut merupakan kawasan

tampat tinggal saya. Oleh itu. Ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian saya.

Saya telah menjalankan kajian ini selama 2 minggu dan laporan lengkap mengenai

kajian tersebut difoliokan seperti yang disyaratkan 2minggu berikutnya.

Page 6: Folio Geografi

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menamakan dan menghuraikan jeni pola petempetan yang terdapat di

Sungai Jelok. Kajang dan negara Jepun.

2. Menyenarai dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi

petempatan di Sungai Jelok, Kajang dan negara Jepun.

3. Menghuraikan fungsi petempatan di kawasan Sungai Jelok, Kajang dan

negara Jepun.

4. Menyenarai dan menghuraikan masalah petempatan di kawasan Sungai

Jelok, Kajang dan negara Jepun.

5. Menyenarai dan menghuraikan langkah- langkah mengurangkan masalah

di petempatan di kawasan Sungai Jelok, Kajang dan negara Jepun.

6. Menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian.

Page 7: Folio Geografi

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang dipilih saya ialah sungai Jelok, Kajang. Sungai Jelok terletak di

negeri Selangor iaitu di Daerah Hulu Langat,Zon Kajang.Lihat peta 1,2,3 dan 4.

Kawasan ini dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang. Kawasan ini

terletak dibahagian barat Daerah Hulu Langat dan terletak dibahagian barat daya

bandar Kajang.

Kedudukannya dari bandar Kajang ialah kira-kira 3 kilometer. Kedudukannya dari

pusat bandar pula iaitu Kuala Lumpur ialah kira-kira 30 kilometer. Kedudukannye

yang hampir dengan bandar Kajang mahupun bandar Kuala Lumpur menyebabkan

petempatan di sini padat. Penduduknya melebihi 200 orang sekilometer persegi.

Kawasan ini pada asalnya merupakan kawasan ladang getah dan juga kawasan

bukit bukau yang kemudiannya ditereskan untuk pembinaan kawasan petempatan.

Kini kawasan ini mempunyai banyak rumah teres setingkat, banglo dan juga flat.

Kawasan ini juga mempunyai banyak kemudahan seperti kedai,klinik,taman

permainan,sekolah dan pelbagai kemudahan lain untuk keselesaan penduduk. Perkara

ini berlaku kerana kawasan ini menjadi tumpuan penduduk.

Manakala, negara bandingan yang dipilih ialah negara Jepun dan lebih .Secara

rasmi Tokyo Metropolis adalah satu daripada 47 wilayah Jepun dan terletak di

bahagian timur bagi pulau utama Honshū.Lihat peta. Kawasan ini merupakan

kawasan metropolitan paling berpenduduk dunia. Tokyo adalah pusat politik,

ekonomi, budaya dan akademik di Jepun serta tempat tinggal raja Jepun dan kerusi

pemerintahan negara, dan sekaligus merupakan pusat perniagaan dan ekonomi utama

untuk seluruh Asia Timur. Oleh itu,kawasan ini adalah sangat padat dengan penduduk

melebuhi 2,187orang sekilometer persegi.Pada asalnya,kawasan ini merupakan

Page 8: Folio Geografi

kawasan pertanian tetapi pertambahan penduduknya menyebabkan tanah pertanian

semakin berkurang kerana kawasan petempatan baru terpaksa dibuka.Kini, kawasan

ini dimajukan dan menfokuskan kegiatan perniagaan dan kornesial.

~PETA

MALAYSIA

~PETA

SELANGOR

~PETA

HULU LANGAT

~PETA LAKAR SUNGAI JELOK

PETA NEGARA YANG

DIBANDINGKAN(JEPUN)

PETA KAWASAN YANG

DIBANDINGKAN(TOKYO)

Page 9: Folio Geografi

PETA MALAYSIA

Page 10: Folio Geografi

PETA SELANGOR

PETUNJUK:-

NEGERI KAJIAN

Page 11: Folio Geografi

PETUNJUK DAERAH KAJIAN

Peta sungai Jelok

U

Page 12: Folio Geografi
Page 13: Folio Geografi

Peta Jepun

Peta T0kyo

Page 14: Folio Geografi

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh

maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan ialah:-

Page 15: Folio Geografi

Kaedah kajian

1. pemerhatian-saya telah membuat pemerhatian mengenai jenis dan pola

petempatan di kawasan kajian.

2. soal selidik-saya telah mengumpul maklumat mengenai kawasan

petempatan yang dikaji melaui borang soal selidik bagi mengetahui

mengenai masalah-masalah yang dihadapi penduduk kawasan tersebut.

3. rujukan- saya telah membuat rujukan di perpustakaan,buku teks,internet

bagi mendapatkan fahaman yang jelas mengenai kawasan kajian dan

membuat perbandingan dengan negara luar yang di pilih.

Page 16: Folio Geografi

DAPATAN

KAJIAN

Page 17: Folio Geografi

JENIS DAN POLA PETEMPATAN

Jenis petempatan kawasan Sungai Jelok ialah kawasan bandar sama seperti

Tokyo Jepun. Pola Kawasan petempatan ini ialah berpusat. Rumah-rumah telah

dibina dan disusun rapi serta tertumpu dan berdekatan dengan kemudahan-kemudahan

awam seperti surau,kedai,kuil dan sebagainya. Pola petempatan sebegini

memudahkan penduduk untuk menggunakan kemudahan yang disediakan tanpa perlu

berjalan jauh ataupun menaiki kenderaan bermotor sekali gus dapat mengurangkan

pencemaran udara dikawasan tersebut.

Pola petempatan di T0kyo Jepun juga berpusat dan tertumpu kepada

kemudahan awam tetapi dengan populasi penduduk yang padat iaitu dengan

penduduk melebuhi 2,187orang sekilometer persegi sehingga menyebabkan rumah-

rumah dibina terlalu banyak dan kelihatan padat bagi memenuhi keperluan

penduduknya dan akhirnya menyebabkan kemudahan jalan raya yang ada sempit

sekaligus menyebabkan kawasannya kelihatan penuh dan sesak.

Kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan di negara Malaysia yang tidak

mengalami masalah petempatan yang terlalu padat seperti yang dihadapi penduduk di

Tokyo,Jepun.

Page 18: Folio Geografi

FAKTOR PETEMPATAN PENDUDUK

Kedudukan kawasan Sungai Jelok yang berdekatan dengan pusat bandar

menyebabkan darjah ketersampaiannya tinggi. Oleh itu,kawasan ini menjadi tumpuan

untuk dijadikan kawasan penempatan. Selain itu, sejarah lampau turut mempengaruhi

petempatan kawasan ini. Kawasan yang dahulunya merupakan ladang getah,

berhutan,berpaya dan mempunyai sungai menjadikan ia tumpuan untuk dijadikan

tempat kediaman kerana memudahkan mereka menjalankan aktiviti pertanian dan

mencari sumber alam untuk dijadikan punca rezeki. Akhirnya, sebahagian besar

kawasan ini dimajukan untuk dijadikan kawasan petempatan.

Petempatan di Tokyo Jepun pula telah pengaruhi dengan dengan kegiatan

ekonomi. Dasar kerajaan yang membahagikan Jepun kepada 2 bahagian yang

menyebabkan kawasan ini lebih menfokuskan kegiatan Perniagaan dan kormesial

yang memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Jepun. Oleh itu, kawasan

ini telah menjadi tumpuan untuk dijadikan kawasam petempatan dan ramai

pekerjanya berpindah ke kawasan ini untuk memudahkan mereka untuk sampai ke

tempat kerja.Selain itu, darjah ketersampaian kawasan ini ke pusat bandarnya yang

tinggi turut menjadi faktor petempatan penduduk di kawasan ini.

Kita seharusnya berasa bangga dengan kelebihan yang diberikan kepada kita

kerana negara kita dapat menstabilkan populasi penduduk supaya tidak terlalu

tertumpu kepada sesebuah tempat seperti yang berlaku di Jepun.

Page 19: Folio Geografi

FUNGSI KAWASAN KAJIAN

Fungsi Kawasan Sungai Jelok ialah sebagai tempat perniagaan. Terdapat

banyak kedai,restoran dan sebagaianya. Terdapat juga kompleks membeli belah di

kawasan ini seperti Metro Point dan Mydin. Perkara ini memudahkan penduduk

untuk mendapatkan barangan keperluan selain memberi peluang pekerjaan kepada

penduduknya.

Tokyo adalah pusat politik, ekonomi, budaya dan akademik di Jepun serta

tempat tinggal raja Jepun dan kerusi pemerintahan negara, dan sekaligus merupakan

pusat perniagaan dan ekonomi utama untuk seluruh Asia Timur. Oleh itu,kawasan ini

adalah sangat padat dengan penduduk melebuhi 2,187orang sekilometer persegi. Pada

asalnya, kawasan ini merupakan kawasan pertanian tetapi pertambahan penduduknya

menyebabkan tanah pertanian semakin berkurang kerana kawasan petempatan baru

terpaksa dibuka.Kini, kawasan ini dimajukan dan menfokuskan kegiatan perniagaan

dan kormesial.

Kita seharusnya bersyukur dengan negara kita yang dapat memberikan

peluang pekerjaan melalui kegiatan perniagaan untuk dijadikan punca rezeki dan tidak

terlalu menumpukan sesuatu tempat sehingga berlaku pelbagai masalah di negara kita.

Page 20: Folio Geografi

MASALAH DI KAWASAN PETEMPATAN

Penduduk kawasan Sungai Jelok ini tidak menghadapi masalah serius kerana

kedudukannya yang strategik dan terletak di bandar tetapi terdapat banyak permintaan

yang menunjukan bahawa kawasan ini kekurangan kawasan tempat tinggal. Selain

itu,kawasan ini juga mengalami masalah pencemaran sungai. Sungai Jelok telah

menjadi tumpuan penduduk untuk membuang sampah sekaligus menyebabkan

pencemaran berlaku.Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini tidaklah serius dan

menyebabkan kehidupan penduduk terganggu.

Kawasan bandar Jepun pula mengalami pelbagai masalah kerana kepadatan

penduduknya. Antara masalah yang dihadapi penduduk kawasan ini ialah masalah

kesesakan lalu lintas.Kawasan ini mengalami kesesakan lalu lintas yang sangat

dahsyat terutama pada waktu puncak penduduk keluar bekerja. Kawasan yang padat

ini juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara dengan adanya banyak

kenderaan bermotor yang digunakan di kawasan ini. Keadaan ini menyebabkan

kehidupan penduduk di kawasan ini terganggu dan menyebabkan kesukaran untuk

menjalani kehidupan dengan selesa.

Kita seharusnya merasa syukur dan bangga dengan keadaan yang selesa di

negara tercinta ini dan tidak menggangu gugat keselesaan di kawasan petempatan.

Page 21: Folio Geografi

Langkah-langkah mengurangkan masalah di kawasan petempatan

Masalah kekurangan kawasan tempat tinggal di Sungai Jelok dapat di atasi

dengan membina rumah-rumah teres dan pangsa di bekas kawasan tanaman getah

yang terbiar dan menjadi semak. Kini,kawasan ini telah dibersihkan dan disediakan

bagi membina kawasan perumahan yang baru bersesuaian dengan masalah yang di

hadapi. Masalah pencemaran sungai pula dapat dikurangkan dengan penguatkuasaan

undang-undang yang melarang penduduk membuang sampah ke dalam sungai dan

menyediakan perkhidmatan mengangkut sampah di setiap rumah.

Masalah di kawasan T0kyo iaitu masalah kesesahan lalu lintas dapat di

kurangkan dengan membina jalan bertingkat. Cara ini dapat menjimatkan ruang dan

mengelakkan kesesakan lalu lintas kerana keaadan Tokyo yang padat dengan

bangunan-bangunan dan rumah-rumah. Masalah pencemaran udara pula dapat

dikurangkan dengan menambah kemudahan pengangkutan awam untuk

mengurangkan masalah pencamaran ini sekaligus dapat mengurangkan masalah

kesakan lalu lintas. Selain itu,kerajaan perlu turut mengambil peranan dengan

mengadakan kempan supaya penduduk mengunakan kemudahan awam ataupun

berbasikal bagimengurangkan masalah pencamaran dan kesesakan ini.

Kita seharusnya berasa syukur kerana negara kita tidak menghadapi masalah

yang mengganggu keselesaan penduduk seperti masalh tang dihadapi di T0kyo Jepun.

Page 22: Folio Geografi

Bahan Grafik

Jadual 1 : FAKTOR PETEMPATAN PENDUDUK DI SUNGAI JELOK

SUMBER : SOAL SELIDIK PENDUDUK

FAKTOR BILANGAN

DARJAH KETERSAMPAIAN 13

SEJARAH 4

KEGIATAN EKONOMI 2

BENTUK MUKA BUMI 1

DASAR KERAJAAN 0

SUMBER 0

SOSIAL/BUDAYA 0

JUMLAH 20

GRAF 1 : FAKTOR PETEMPATAN PENDUDUK DI SUNGAI JELOK

RUMUSAN

Page 23: Folio Geografi

Secara kesimpulannya, kajian ini memberi ruang kepada saya dan rakan-rakan

mengetahui mengenai jenis pola petempatan di kawasan kediaman masing-masing

dan negara bandingan. Pelabagai dugaan dan cabaran yang dihadapi sepanjang

menjalankan kajian ini mengajar erti kesabaran. Hasil yang kami dapati membuatkan

kami lebih menghargai kawasan kediaman kami. Pelbagai aspek berkaitan petempatan

dapat diketahui termasuklah faktor-faktor,fungsi,dan masalah yang dihadapi

dikawasan kajian dan negara bandingan.Sungai Jelok ini terletak berhampiran bandar

menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan. Oleh itu,beberapa masalah telah timbul.

Walaubagaimanapun, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mengatasi

masalah tersebut. Kita seharusnya berasa bangga dan bersyukur kerana diberikan

tempat kediaman yang selesa dan tidak menghadapi masalah serius yang menganggu

rutin harian penduduknya seperti yang berlaku di Jepun.

Page 24: Folio Geografi

LAMPIRAN

Page 25: Folio Geografi

Tokyo

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Tokyo東京都 Tōkyō-to

Koordinat: 35°41′N 139°45′E / 35.683°N 139.75°E

Wilayah KantōPulau Honshū

Daerah 1Kaw. Perbandaran 62

Kerajaan - Gabenor Shintaro Ishihara

Kepadatan (2006) - Total 12,570,000

 - Kepadatan 15,011.6/sq mi (5,796/km²)Bunga bandarSomei-YoshinoPoko bandarGinkgoBurung bandarLarus ridibundus

Tokyo secara harafiah bermaksud “ibukota timur” dalam bahasa Jepun, erti yang berlawanan dengan ibukota lama di barat, Kyoto, yang dinamakan “saikyo”, bererti “ibukota barat” untuk jangka waktu yang pendek pada abad ke-19. Hingga tahun 1870-an, Tokyo bernama “Edo”. Apabila pusat kerajaan berpindah dari Kyoto ke Edo, namanya turut ditukar.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyo

Page 26: Folio Geografi