fktor n kesan

5
Pengenalan Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat. Faktor-faktor penubuhan 1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak,

Upload: aapit09

Post on 12-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kesan2 dan faktor

TRANSCRIPT

Page 1: Fktor n Kesan

 PengenalanIdea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat. Faktor-faktor penubuhan1.         Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza. Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan kos pentadbiran. Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial.

2.         Menghadkan kuasa Residen

Page 2: Fktor n Kesan

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak. Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.

3.         Masalah kewangan PahangAhli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapat bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang. Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan dikemukakan oleh British untuk mengatasi masalah ini.

Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah British. Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan British.

Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia tidak dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat juga menghadapi masalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belum diselesaikan.

Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan Selangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik berasingan.

Page 3: Fktor n Kesan

Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.

4.         KeselamatanA.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.

5.         Dasar BritishMemang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya “Federation Decision of 1895” dan Jagjit Singh dalam bukunya “Administration of the Federation Malay States 1896-1920”.