feb minggu 3

Upload: sadyeh

Post on 25-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    1/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    Rangkap Maksud

    Aku mendongak langit

    membaca garis dan titik

    menaakuli kebesaran-Mu

    di bawahnya gumpulan mega

    hembasan bayu dan banjaran gunung.

    Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaanlangit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayatikeindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yangdigambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yangberhembus dan banjaran gunung.

    Kuselusuri alam

    kicauan burung

    desiran ombak dan wajah pelangi

    mewarnai kehidupan umat-Mu.

    Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yangdigambarkan melalui burung yang berkicau, kewujudanpantai dan ombak, dan kemunculan pelangi.

    Aku mendongak lagi

    membaca langit

    di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh

    dahan dan ranting terkulai

    daun-daun berguguran

    helai demi helai

    di lantai tanah airku yang makmur.

    Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin

    tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaranalam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasaMelayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan olehrakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa

    kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawakemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatanbahasa Melayu.

    Aku membaca langit

    kutemui

    bulan dan bintang menangismeratapi luka nasib bangsa

    Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa

    sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak

    dimartabatkan.

    Aku mendongak lagi

    menitis air mata langit

    membasahi bahasa Melayuku

    yang berdarah.

    Penyajak meluahkan kekesalannya apabila bahasa Melayuyang semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semuapihak.

    Nama

    Tarikh 20 FEBRUARI 2016

    BAHASA MELAYU

    TINGKATAN 4

    SAJAK T4 AKU MEMBACA LAGI (Razali Mohd Yussof)

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    2/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    TEMA- Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

    PERSOALAN / NILAI / PENGAJARAN

    Persoalan Nilai Pengajaran Contoh

    Keindahan alam

    semula jadiciptaan Tuhan

    Nilai cinta akan

    alam sekitar

    Kita mestilah

    cinta akan alamsekitar.

    Penyajak menghayati

    keindahan alam yangdiciptakan oleh Tuhan yang

    digambarkan melalui awan

    yang bergumpal, angin

    yang berhembus danbanjaran gunung.

    Kedaulatan

    bahasa Melayuyang kian hilang

    Nilai cinta akan

    Bahasa

    Kita mestilah

    cinta akanbahasa.

    Penyajak mendapati

    bahawa semakin lamasemakin kurang orang yang

    mendaulatkan bahasaMelayu walaupun bahasa

    Melayu merupakan bahasa

    kebangsaan.

    Kesedihan

    pejuang bahasaterhadap nasib

    bahasa Melayu

    Nilai

    keprihatinan

    Kita mestilah

    prihatin atasisu yang tidak

    diberikan

    perhatian.

    Para pejuang bahasa yang

    prihatin akan bahasaMelayu berasa sedih

    melihat nasib bahasa

    Melayu yang tidakdimartabatkan.

    BENTUK SAJAK

    1. Terdiri daripada lima rangkap2. Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap

    3. Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu baris

    4. Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris

    5. Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    3/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    GAYA BAHASA

    Sinkof

    Personifikasi

    Repitasi

    Kata Ganda

    Soalan Pemahaman Jawapan

    Apakah maksud meratapi

    luka nasib?

    Pada pendapat anda, apakah

    langkah-langkah yang bolehdiambil bagi mengangkat

    martabat Bahasa Melayu

    yang hampir tenggelam

    semula?

    Pada pendapat anda,mengapakah Bahasa Melayu

    kian terpinggir dalam

    kalangan masyarakat ?

    Huraikan bentuk sajak .

    Huraikan maksud

    gumpulan mega.

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    4/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara

    mengatasi masalah disiplin pelajar. Panjang huraian anda hendaklah antara 200

    hingga 250 patah perkataan.

    KARANGAN BERPANDU

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    5/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    RANGKA KARANGAN

    1.0 Pendahuluan

    - Disiplin pelajar kian meruncing- Pelajar yang melakukan vandalisme dan terlibat dengan gangsterisme- Terdapat beberapa cara mengatasi masalah disiplin

    2.0 Isi /Fakta

    2.1 peranan pihak sekolah

    - guru perlu bertindak tegas- ibu bapa menyokong pihak sekolah- memberikan amaran sehingga dibuang sekolah- menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain

    2.2 penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

    - menghindari pelajar melakukan salah laku- membentuk semangat jati diri, menambahkan pengalaman dan pengetahuan,

    memanfaatkan masa.- Aktiviti kokurikulum unit beruniform,persatuan dan kelab.- Aktiviti kerohanian dapat mengisi jiwa

    2.3 berhati-hati memilih rakan sebaya

    - rakan adalah pengaruh besar- menilai antara yang baik dengan yang buruk- mencari kawan yang berminat dengan pelajaran, mematuhi agama dan menghormati

    orang tua.- Menjauhkan diri dengan kawan yang bersikap negatif

    3.0 Penutup

    Kesimpulannya kembali kepada agama kerana tiada agama yang menghalalkan perbuatansalah.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    6/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    KERJA RUMAH

    Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara

    mempratikkan amalan gaya hidup sihat. Panjang huraian anda hendaklah antara

    200 hingga 250 patah perkataan.

    AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

    Pengambilan makanan seimbang Bersukan

    Pemeriksaan kesihatan

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    7/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan

    -derita jiwa mecengkam dada

    -pelbagai cabaran yang bakal menghambat

    -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat

    -kepiluan mencengkam jiwa

    -pembentukan masyarakat sakinah

    -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini

    -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini

    -perlu dibaja kembali

    -perubahan yang diharap masih belum menjelma

    -petanda kehancuran generasi

    -pewujudan masyarakat madani

    -propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

    -air mata sepi mengundang lagi

    -kita perlu mengorak langkah

    -kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini

    -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat

    -kuntum kasih perlu mekar mewangi dalam setiap keluarga

    -kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu

    FRASA-FRASA MENARIK UNTUK KARANGAN ANDA

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    8/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    -Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik

    -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan

    --memudaratkan kesejahteraan rakyat

    -nilai-nilai moral ditepis ke tepi

    -menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung

    -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama

    -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak

    -mengimpi sejuta kemodenan di gubuk

    -menampilkan wajah baru yang disulami tekad

    mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu

    -manifestasi kesanggupan bangsa

    -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit

    -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan

    -melangkah dengan seribu kekuatan

    -menggalas sejuta harapan dan impian

    -melontarkan soalan yang cukup penting

    -melupakan cita-cita yang lebih luhur

    -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu

    -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan

    -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah

    Disediakan oleh,Cikgu Sathya Seelan

    010 377 5698

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    9/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    Rangkap MaksudKuhantar kau mengecapi angin baru

    udara lain dari kampung bendang kuningmu

    bumantara asing dari yang sering

    kaumesrai

    yang sama sekali berbeza

    dengan suasana suntimu

    kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu

    memesrai azimat dan tangkal

    dari tangga gading

    Penulis menghantar anaknya menghirup udarakehidupan yang baharu di bandar keranaanaknya akan melanjutkan pelajaran di sana.Oleh sebab suasana dan persekitaran bandardan kampung jauh berbeza, penulis berharapagar anaknya dapat menyesuaikan diri dibandar. Penulis mahu anaknya menimbapengalaman baharu di universiti yang bakal

    mengubah kehidupan anaknya sebagaimahasiswa di sebuah universiti.

    Kulepaskan kau menjadi burung putih

    dengan sayap berkembang

    menongkah awan perak dan kabut dingin

    mengenal kalimat hujan dan bilah petir

    menyelit antara sembilu nasib

    dan waras akal.

    Penulis sanggup membenarkan anaknya hidupdi bandar untuk meluaskan pengalamankehidupannya. Hal ini dikatakan demikiankerana penulis mahu melatih anaknya agartabah menghadapi cabaran dalam kehidupanagar dapat mematangkan diri. Dengan berbuat

    demikian, pemikiran anaknya menjadi lebihmatang dan bijaksana menghadapi segalacabaran dalam kehidupannya sebagai seorangmahasiswa agar dapat berjasa kepadakeluarga, bangsa, dan negara pada masadepan.

    Nama

    Tarikh 20 FEBRUARI 2016

    BAHASA MELAYU

    TINGKATAN 5

    SAJAK T5 PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS Sazalee Yacob

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    10/22

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    11/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    PERSOALAN

    (a) Kepentingan pendidikan demi masa depan

    (b) Perbezaan kehidupan di bandar dan di luar bandar.

    (c) Fikiran waras dan matang daripada pengalaman hidup.

    (d) Cabaran hidup di bandar

    (e) Harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa

    (f) Nasihat ibu bapa kepada anak

    BENTUK SAJAK

    1. Terdiri daripada __________ rangkap

    2. Terdiri daripada _________ hingga _________baris dalam satu rangkap

    3. Terdiri daripada ________hingga _________perkataan dalam satu baris4. Terdiri daripada __________ hingga _________ suku kata dalam satu baris5. Rima akhir mempunyai bentuk _______________ .

    GAYA BAHASA

    Kuhantar kau mengecapi angin baru

    udara lain dari kampung bendang kuningmu

    bumantara asing dari yang sering kaumesrai

    dengan suasana suntimu

    kaunikmatilah angin dan udara ilmu ituKulepaskan kau menjadi burung putih

    Pandai-pandailah kau terbang

    jangan kaupulang

    Kuhantar kau mengecapi anginbaru

    kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu

    kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu

    memesrai azimat dan tangkal

    menongkah awan perak dan kabut dinginmengenal kalimat hujan danbilah petir

    Di awan kampus yang sarat ilmu

    di pohon kampus yang tegar status

    di padang kampus yang hijau pertimbangan

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    12/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    Di awan kampus yang sarat ilmu

    dipohon kampus yang tegar status

    dipadang kampus yang hijau pertimbangan

    mengenal kalimat hujan dan bilah petir

    menyelit antarasembilu nasibdan waras akal.

    burungkebebasan

    sembilukesedihan yang disebabkan oleh cabaran

    tangga gadinguniversiti

    Kuhantar kau mengecapi anginbaru

    udara lain dari kampung bendang kuningmu

    kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu

    dari tanggagading.Kulepaskan kau menjadi burungputih

    menongkah awanperak dan kabut dingin

    mengenal kalimat hujan dan bilahpetir

    menyelit antarasembilu nasib

    Di awan kampus yang sarat ilmu

    hadir sihir angin bernafas api

    dipadang kampus yang hijau pertimbangan

    tumbuhgunung ego menghalau pekerti.

    menongkah awan mulus dan kabus dingin

    NILAI & PENGAJARAN

    Kasih sayang Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakankesejahteraan mereka.

    Kesungguhan Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa yang kita sukai

    Kegigihan Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi kegunaan padamasa depan.

    Ketabahan Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demimematangkan diri.

    Ketaatan Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepasberpindah ke bandar.

    Hemah tinggi Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri yang mulia dimana-mana sahaja kita berada.

    Berdikari Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidakterlalu bergantung pada orang lain.

    Kesabaran Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agardapat menjadikan diri kita lebih kental.

    Kebijaksanaan Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapatmenghadapi cabaran dalam kehidupan

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    13/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    Soalan Pemahaman Jawapan

    Apakah maksud perkataan

    berikut ?

    (i) Mulus(ii) Sunti

    (iii) Bumantara(iv) Selumbar(v) berceracak

    Huraikan bentuk rangkap

    sajak ini.

    Pada pendapat anda,bagaimanakah seorang gadis

    dapat memulihara maruahdirinya ?

    Berdasarkan sajak,

    mengapakah lelaki kecil

    mahu hantar gadisnya kekampus ?

    Pada pendapat anda, apakah

    masalah masalah yang

    boleh dihadapi mahasiswasehingga berhenti

    meneruskan pengajiannya ?

    Andaikan anda seorang bakalmahasiswa yang ingin ke

    bandar untuk melanjutkan

    pelajaran. Nyatakanbeberapa persediaan yangpatut anda lakukan.

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    14/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan

    permaianan tradisional . Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250

    patah perkataan.

    Pada era pascamodenisasiini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan

    pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya, pelbagai warisan nenek moyang kita

    semakin dianktirikanoleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah

    satu khazanah kebudayaan kita yang semakin lunturdalam gaya hidup yang

    moden ini ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau,

    gasing dan sebagainya. Oleh itu, generasi muda perlu disedarkan tentang

    kepentingan permainan tradisional kepada bangsa dan negara.

    Salah satu kemaslahatanpermainan tradisional ialah permainan ini merupakan

    kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan

    tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri

    kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan

    permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga

    merupakan satu seni budaya yang amat unik, bitaradan terunggul. Sebagai

    KARANGAN BERPANDU

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    15/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan

    digunting dengan cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi

    kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah

    peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

    Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang

    signifikandalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam

    semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para

    pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni.

    Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang

    melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, Tak kenal maka tak cinta, setelah

    diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut

    bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu,

    hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita

    patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing

    kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga

    memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa,

    serampang dua mata.Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu

    tarikan dalam industri pelancongan.

    Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat

    kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi.Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita

    dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan

    lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang.

    Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan

    lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang

    lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan

    harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan

    masa bersama dengan keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada

    individu yang asyik bermain permainan komputer di kamarsendiri tanpa

    berinteraksi dengan orang lain.

    Kompendiumnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang

    tidak ternilai. Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan

    khazanah ini daripada generasi kepada generasi, seperti peribahasa, Tak lapuk

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    16/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    dek hujan, tak lekang dek panas. Walaupun zaman beredar, tetapi segala

    warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak digelar

    sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi.

    KERJA RUMAH

    Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara

    menghidupkan permaianan tradisional semula. Panjang huraian anda hendaklah

    antara 200 hingga 250 patah perkataan.

    Kempen / Ceramah Sebagai aktiviti kokurikulum

    Penganjuran pertandingan

    Cara Cara

    menghidupkan

    permaianan tradisional

    semula

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    17/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan

    -derita jiwa mecengkam dada

    -pelbagai cabaran yang bakal menghambat

    -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat

    -kepiluan mencengkam jiwa

    -pembentukan masyarakat sakinah

    -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini

    -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini

    -perlu dibaja kembali

    -perubahan yang diharap masih belum menjelma

    -petanda kehancuran generasi

    -pewujudan masyarakat madani

    -propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

    -air mata sepi mengundang lagi

    -kita perlu mengorak langkah

    -kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini

    -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat

    -kuntum kasih perlu mekar mewangi dalam setiap keluarga

    -kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu

    FRASA-FRASA MENARIK UNTUK KARANGAN ANDA

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    18/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    -Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik

    -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan

    --memudaratkan kesejahteraan rakyat

    -nilai-nilai moral ditepis ke tepi

    -menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung

    -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama

    -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak

    -mengimpi sejuta kemodenan di gubuk

    -menampilkan wajah baru yang disulami tekad

    mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu

    -manifestasi kesanggupan bangsa

    -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit

    -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan

    -melangkah dengan seribu kekuatan

    -menggalas sejuta harapan dan impian

    -melontarkan soalan yang cukup penting

    -melupakan cita-cita yang lebih luhur

    -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu

    -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan

    -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah

    Disediakan oleh,Cikgu Sathya Seelan

    010 377 5698

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    19/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    Jawapan gaya bahasa

    Disiplin pelajar dewasa ini kian meruncing. Antara masalah disiplin yang sering

    dilakukan oleh pelajar ialah vandalisme dan gangsterisme. Kedua-dua masalah ini bukanlah

    sesuatu yang baru tetapi telah lama dibincangkan dan kegiatan ini semakin berleluasa. Pelbagai

    langkah perlu diambil untuk membendung masalah ini daripada berleluasa.

    Salah satu cara untuk mengatasi masalah disiplin pelajar ialah mendidik mereka di

    sekolah dan di sini peranan guru amat penting. Guru-guru perlulah mengambil tindakan tegas

    iaitu tindakan secara berperingkat daripada amaran sehinggalah dibuang sekolah. Hukuman

    yang dijatuhkan kepada para pelajar perlulah disokong oleh ibu bapa. Tindakan sebeginibukanlah untuk menggelapkan masa depan pelajar tetapi adalah cara terbaik supaya tindakan

    ini menjadi contoh dan tidak diulangi oleh pelajar lain.

    Selain itu, penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah perlu untuk

    menghindari pelajar melakukan salah laku. Aktiviti kokurikulum ini termasuklah unit

    beruniform, persatuan-persatuan yang dianjurkan oleh sekolah, dan aktiviti kerohaniah.

    Penglibatan pelajar dalam aktiviti sebegini dapat membentuk semangat jati diri, menambahkan

    pengalaman, pengetahuan, dan memanfaatkan masa. Aktiviti kerohaniah dapat mengisi jiwa

    pelajar, oleh itu pelajar mempunyai panduan hidup seterusnya tidak mudah terpesong untukmelakukan salah laku.

    Pelajar juga dinasihatkan agar berhati-hati memilih rakan sebaya. Hal ini demikian

    kerana rakan adalah pengaruh terbesar yang boleh mengubah pendirian seseorang. Seperti

    kata-kata seorang ilmuan kawan yang jahat umpama berkawan dengan tukang besi, walaupun

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    20/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    tidak kena apinya, sekurang-kurangnya kita terkena asapnya, kawan yang baik pula umpama

    berkawan dengan penjual minyak wangi, walaupun tidak terkena minyak wangi, sekurang-

    kurangnya kita akan mendapat wangiannya. Justeru, pelajar perlu menilai antara yang baik

    dengan yang buruk. Pelajar perlu menjauhkan diri daripada rakan yang bersifat negatif. Oleh

    itu, pelajar digalakkan untuk mencari kawan yang berminat terhadap pelajaran, mematuhi

    agama, dan menghormati orang tua. Tidak ada ruginya para pelajar berkawan dengan orangyang sedemikian.

    Kesimpulannya, kita perlulah kembali kepada agama kerana tiada agama yang

    menghalalkan perbuatan salah. Zaman remaja hanya sekali, sekiranya remaja tersilap langkah

    ia tidak akan berulang lagi. Ingatlah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah

    juga.

    Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan

    gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklahmelakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.Tindakan ini ibarat menyediakanpayung sebelum hujan,iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkankecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnyaakan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan

    produktiviti negara.

    Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Olehitu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang

    diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat sepertisayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi

    kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan

    darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripadamengubatinya .

    Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah

    yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah danbadan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak,menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilahdaya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

    Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akanmemastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas

    berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari,

    diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidangperubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikiankerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklahsudahterhantuk baru nak tengadah.

    Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkanrakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk

    merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untukmelahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    21/22

    Hak Cipta Terpelihara2016

    melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak salingbekerjasama iaitu,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

    bumantara angkasa; udara

    azimat barang (tulisan) yang dianggap mempunyai sakti dan

    dapat melindungi pemakainya.

    sunti anak dara; anak perempuan yang mulai jadi gadis.

    tegar tidak dapat dilenturkan; keras dan kaku

    berceracak mencuar ke atas tajam-tajam (spt ranjau); berceranang

    selumbar serpihan kayu atau duri yang tajam; sembilu

    noda bintik; kotoran; aib; cela; nista

    mulus lurus hati; ikhlas; jujur; terus terang

    Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita

    Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi

    sehingga mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu,

    permainan tradisional turut dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita

    daripada arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan

    komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita.

    Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam

    pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya

    selera. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien

    untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa,di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh.

    Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu

    alternatif yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita.

    Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

    secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media

    cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak

    berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan

    permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain.

    Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu

    menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap

    masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen

    tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan

    sebagainya, bak kataperibahasa, tak kenal maka tak cinta. Lantarannya

  • 7/25/2019 Feb Minggu 3

    22/22

    golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap

    permainan tradisional kita.

    Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan

    kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkansupaya menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan

    kelab permainan tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat

    permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan

    berminat untuk melibati permainan tradisional tersebut. Generasi muda

    merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai

    masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam

    permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita

    daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak

    kata peribahasa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, atas komitmen pihak

    sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat

    bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai

    kegiatan riadah.

    Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk

    membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian

    kerana sebagai fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga.

    Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, JabatanPelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat

    seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan

    tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah

    satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir

    Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat

    permainan tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya

    mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing,

    selaras dengan peribahasa, menyelam sambil minum air.

    Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek

    hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan

    hanya melepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di

    bumi kita. Ingatlah peribahasa, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak

    berguna.