falsafah pendidikan kebangsaan falsafah pendidikan guru · pjm3163 penyelidikan tindakan i -...

25
PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan Panduan Pelajar Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran Tajuk 1: Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Tajuk 2: Jenis Penyelidikan dan Pengenalan kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk Penyelidikan. Tajuk 3: Prosedur Penyelidikan Pendidikan Tajuk 4: Penyelidikan Tindakan: Konsep dan Model Tajuk 5: Penyelidikan Tindakan: Proses Tajuk 6: Penyelidikan Tindakan: Rancangan dan Cadangan Tajuk 7: Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data Tajuk 8: Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan Semasa Mengumpul Data Tajuk 9: Penyelidikan Tindakan: Analisis Data Tajuk 10: Interpretasi Data Penyelidikan Tindakan Tajuk 11: Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan Tajuk 12: Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan Tajuk 13: Cara-cara Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul

Upload: others

Post on 26-Sep-2019

156 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan Panduan Pelajar Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran Tajuk 1: Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Tajuk 2: Jenis Penyelidikan dan Pengenalan kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk

Penyelidikan. Tajuk 3: Prosedur Penyelidikan Pendidikan Tajuk 4: Penyelidikan Tindakan: Konsep dan Model Tajuk 5: Penyelidikan Tindakan: Proses Tajuk 6: Penyelidikan Tindakan: Rancangan dan Cadangan Tajuk 7: Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data Tajuk 8: Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan Semasa Mengumpul Data Tajuk 9: Penyelidikan Tindakan: Analisis Data Tajuk 10: Interpretasi Data Penyelidikan Tindakan Tajuk 11: Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan Tajuk 12: Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan Tajuk 13: Cara-cara Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul

Page 2: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

2

1.1 Sinopsis Kursus ini memberi pengetahuan tentang kaedah penyelidikan tindakan dalam (Bidang Pengkhususan) Pendidikan Rendah. Kursus ini membincangkan pengenalan terhadap pelbagai kaedah dalam penyelidikan pendidikan, tujuan penyelidikan, ciri-ciri, pendekatan kuantitatif dan kualitatif serta etika dalam penyelidikan dalam pendidikan yang menerangkan tentang aspek penting dalam pendidikan dan kod etika. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan penyelidikan dalam pendidikan 2. Menerangkan ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan 3. Membincangkan tentang pendekatan penyelidikan dalam pendidikan 4. Menerangkan aspek etika dalam penyelidikan pendidikan

1.3 Kerangka konsep Tajuk 1

1.4 Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Penyelidikan dalam pendidikan boleh ditakrifkan sebagai proses memperolehi pengetahuan baru melalui

pengumpulan data dan maklumat untuk menyelesaikan masalah pendidikan dan seterusnya digunakan

untuk meningkatkan kualiti dan amalan pendidikan.

TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

1.4.1 Tujuan Penyelidikan dalam Pendidikan

Penyelidikan tindakan mempunyai tiga tujuan:

a. untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan;

b. untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan.

c. untuk mengkaji pola tingkah laku murid, guru, pentadbir, dan pekerja sekolah, atau Institusi

Pendidikan.

Pengenalan kepada kaedah penyelidikan dalam pendidikan

Etika dalam Penyelidikan

Tujuan Penyelidikan

Pendekatan Penyelidikan

Ciri-ciri Penyelidikan

Page 3: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

3

1.4.2 Ciri -ciri Penyelidikan Dalam Pendidikan a. Menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/amalan

mereka. b. Memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat. c. Merupakan proses pembelajaran yang teratur. d. Membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri. e. Menggalakkan fikiran yang terbuka. f. Membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak. g. Mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses penyelidikan. h. Berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) – satu lingkaran yang

mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan. i. Melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal) j. Dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian

melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.

1.4.3 Pendekatan Penyelidikan dalam Pendidikan 1.4.3.1 Pendekatan ‘positivist’ (kuantitatif) Positivism atau dikenali dengan “analitik empirikal” merupakan satu falsafah yang berpegang kepada ilmu pengetahuan tulen atau autentik yang di dasarkan kepada pengalaman sebenar sahaja. Spekulasi metafezikal tidak boleh diambil kira. Falsafah ini menjadi pegangan mazhab behaviorisme yang hanya mengambil kira tentang tingkahlaku yang boleh dilihat sahaja. (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin. 2012)

Penyelidikan kuantitatif merupakan satu kajian saintifik yang sistematik berkenaan sifat-sifat kuantitatif dan fenomena serta hubungan antara keduanya menggunakan hipotesis atau teori. Tujuan penyelidikan kuantitatif adalah untuk membina dan menggunakan model Matematik, teori dan hipotesis berkaitan serta bersesuaian dengan fenomena semula jadi. Data dikumpulkan dan dibuat analisis untuk menjelaskan, menjangka dan mengawal fenomena yang menjadi perhatian. Seterusnya keadaan semasa akan diperjelaskan, diselidiki perhubungan fenomena dengan data kuantitatif serta dikaji punca dan kesannya terhadap pendidikan. Ciri-ciri penyelidikan kuantitatif

a. Data yang diperolehi akan dinilai menggunakan analisis statistic yang di wakili menggunakan nombor.

b. Bertujuan menguji hipotesis menggunakan prosedur secara formal c. Penggunaan kawalan untuk meminimumkan kesan faktor-faktor yang mungkin mengganggu

dapatan kajian. d. Menggunakan bilangan subjek yang ramai. e. Kajian yang objektif. f. Menggunakan ujian pensil dan kertas soal selidik dan lain-lain g. Menggunakan pendekatan deduktif.

Page 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

4

1.4.3.2 Pendekatan interpretif (kualitatif) Penyelidikan kualitatif merupakan suatu kaedah inkuiri dalam pelbagai disiplin akademik, secara tradisi dalam sains sosial, termasuk kajian pemasaran. Ia bermula dalam bidang sains sosial dan tingkahlaku : sosiologi, antropologi dan psikologi. Tujuan penyelidikan kualitatif adalah untuk mengumpul pemahaman yang mendalam tentang tingkahlaku manusia dan sebab-sebab yang menjadi punca tingkahlaku tersebut. Kaedah kualitatif mengkaji mengapa dan bagaimana keputusan dibuat, bukan sekadar apa, bagaimana dan bila. Penyelidikan kualitatif digunakan untuk mendapatkan celik akal mengenai sikap manusia, persepsi, tingkahlaku, system nilai, sikap ambil berat, motivasi, aspirasi, budaya dan gaya hidup. (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin. 2012) Ciri-ciri penyelidikan kualitatif

a. Tujuan: mencari kefahaman tentang interpetasi manusia mengenai fenomena. b. Dunia sebenar dilihat bersifat dinamik yang berubah mengikut persepsi manusia. c. Kawalan nilai: nilai dilihat mempunyai kesan dan seharusnya difahami dan diambil

kira semasa mengendalikan dan melaporkan kajian. d. Fokus secara holistik: gambaran secara keseluruhan dicari. e. Orentasi penemuan: teori dan hipotesis terbina daripada data yang dikumpul. f. Data subjektif: data merupakan persepsi manusia dalam persekitaran di mana

mereka berada. g. Instrumentasi : manusia merupakan alat utama untuk mendapatkan maklumat. h. Analisis dibuat secara induktif.

1.4.4 Etika dalam Penyelidikan dalam Pendidikan Etika dalam pnyelidikan dalam pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan perlakuan penyelidik serta bagaimana penyelidik mengaitkan atau melayan sampel semasa penyelidikan dibuat. Ia adalah berkaitan dengan norma serta standard piawai berperlakuan dan bertingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh penyelidik. 1.4.4.1 Aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan Terdapat tiga aspek penting dalam etika penyelidikan;

a. Menjalankan kerja professional mereka dengan nilai jujur serta ikhlas, dan dengan cara demikian tidak akan membahayakan penyelidikan akan datang.

b. Menghormati hak-hak dan maruah kesemua mereka yang terlibat atau menerima kesan dari penyelidikan mereka

c. Memastikan seboleh mungkin menjaga kebajikan secara fizikal, sosial dan psikologikal yang mengambil bahagian dalam penyelidikan atau mereka yang akan menerima kesannya

1.3.4.2 Kod etika

Penyelidik perlu menghormati hak peribadi peserta penyelidikan. Penyelidik perlu membina hubungan dengan seorang atau kumpulan sebelum mereka menyertai penyelidikan. Antara kod etika adalah :

a. Kejujuran professional penyelidikan. b. Menghormati hak dan maruah peserta dan dapatkan persetujuan percuma. c. menghargai masa dan usaha mereka. d. perundingan bersama komuniti yang terlibat e. pastikan peserta sentiasa mendapat makluman f. menamatkan perhubungan dengan cara yang baik setelah kajian selesai. g. Privasi

Page 5: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

5

Rumusan

Bab ini telah menjelaskan tentang latar belakang umum penyelidikan bermula dengan sejarah berkaitan yang menunjukkan terdapat peningkatan dan kemerosotan dalam penyelidikan. Begitu juga terdapat pengertian-pengertian yang hampir sama maknanya yang diberikan oleh tokoh-tokoh penyelidikan. Pendekatan utama dalam penyelidikan yang telah dibincangkan adalah pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang setiap daripadanya memerlukan etika tertentu yang mesti dipatuhi oleh penyelidik. Latihan Buat satu rumusan pengertian penyelidikan berdasarkan pandangan-pandangan tokoh-tokoh penyelidikan.

OLL Buat satu jadual yang menunjukkan perbezaan antara pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif.Hantar kepada pensyarah anda melalui OLL atau email.

Page 6: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

6

2.1 Sinopsis Kursus ini menerangkan jenis-jenis penyelidikan, pengenalan terhadap pelbagai reka bentuk penyelidikan tindakan, yang terdiri dari penyelidikan kuantitatif iaitu kajian eksperimental, kuasi-eksperimental, kajian tinjauan, kajian korelasi, sementara penyelidikan kualitatif merupakan kajian etnografi, kajian kes dan kajian sejarah.

2.2 Hasil Pembelajaran a. Menghuraikan konsep penyelidikan asas, gunaan, tindakan dan penilaian.

b. Mengkaji pelbagai jenis rekabentuk penyelidikan kuantitatif dan kualitatif.

2.3 Kerangka Konsep Tajuk 2

2.4 Jenis Penyelidikan 2.4.1 Penyelidikan asas Penyelidikan asas juga dikenali sebagai penyelidikan tulen. Penyelidikan ini dapat meningkatkan kefahaman prinsip–prinsip asas tentang ilmu pengetahuan baru tanpa mengambil kira faedahnya, untuk jangka masa panjang. Ia dilakukan apabila timbul rasa ingin tahu tentang sesuatu hal. Dalam penyelidikan asas, teori disediakan dan diaplikasi untuk menghasilkan konsep yang dapat digunakan sewaktu menyelesaikan masalah pendidikan. 2.4.2 Penyelidikan gunaan

TAJUK 2 JENIS PENYELIDIKAN DAN PENGENALAN KEPADA PELBAGAI JENIS REKA BENTUK PENYELIDIKAN

Jenis Penyelidikan

Penyelidikan kualitatif

Pengenalan Kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk Penyelidikan

Penyelidikan asas

Penyelidikan kuantitatif Penyelidikan gunaan

Penyelidikan tindakan

Penyelidikan penilaian

Page 7: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

7

Penyelidikan gunaan merupakan penyelidikan yang dibuat untuk mengakses atau menggunakan sebahagian himpunan teori, pengetahuan, kaedah serta teknik komuniti penyelidik, dengan tujuan untuk meninjau keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah praktikal. Penyelidikan gunaan menyediakan semula pembentukan sesuatu teori. Contohnya, kajian penyesuaian pelbagai gaya pembelajaran semasa mengajar pendidikan akhlak.

2.4.3 Penyelidikan tindakan Penyelidikan tindakan merupakan suatu proses reflektif yang menggabungkan tindakan dan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah tentang persoalan tertentu, isu atau fenomena. Ianya dijalankan secara progresif dan dikendalikan oleh individu atau kumpulan penyelidik dengan dibantu oleh penyelidik professional. 2.4.4 Penyelidikan penilaian Penyelidikan penilaian adalah adalah penyelidikan yang dijalankan untuk mengukur keberkesanan atau pencapaian sesuatu projek, program, konsep atau kempen. Ia dijalankan untuk menentukan projek atau program berkenaan mengikut langkah-langkah serta mengikut objektif yang telah ditetapkankan.

Aktiviti 1 – Perbincangan

• Nyatakan jenis-jenis penyelidikan dan bincangkan secara ringkas salah satu daripadanya.

2.6 Pengenalan Kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk Penyelidikan Bab ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada jenis reka bentuk kajian yang boleh dilakukan untuk membolehkan penyelidik menjawab soalan kajian. Pada hakikatnya terdapat pelbagai jenis reka bentuk penyelidikan.

2.5.1 Penyelidikan kuantitatif Penyelidikan kuantitatif merupakan penyelidikan yang objektif dan formal serta menggunakan kaedah statistik. Penyelidikan kuantitatif dicirikan dengan penggunaan sampel yang besar, piawai pengukuran, pendekatan deduktif dan alat temubual yang berstruktur untuk mengumpul data buat menguji hipotesis (Marlow, 1993)

2.5.1.1 Kajian eksperimental Kajian eksperimental merupakan kajian reka bentuk eksperimen yang menghimpunkan amalan pengumpulan maklumat, sama ada dengan kawalan sepenuhnya ke atas pembolehubah atau tidak. Ia dicirikan dengan menipulasi terus atau kawalan ke atas pembolehubah (penyebab) supaya kesannya dapat dilihat pada pembolehubah yang lain (kesan atau akibat) Hubungan sebab akibat ini adalah penting dari perspektif penyelesaian masalah. Kepentingannya dijelaskan oleh Van Dalen (1973). Sebagai satu kemestian hubungan sebab dan akibat itu perlu dikemukakan untuk membolehkan sains mencapai matlamat bagi menjelas, meramal dan mengawal tingkahlaku, kejadian dan peristiwa. Atau tidak.

a. Kaedah Eksperimen

Page 8: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

8

Kaedah eksperimen merupakan penggunaan dan adaptasi kaedah penyelidikan saintifik. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling tepat tetapi agak rumit untuk dijalankan. Antara beberapa ciri kaedah ini termasuklah:

i. Menggunakan tanggapan bahawa jika terdapat dua situasi yang serba sama dengan satu rawatan diberikan kepada satu daripada situasi itu, maka perbezaan yang diperoleh (jika ada) disebabkan oleh rawatan itu. Oleh itu, kaedah eksperimen melibatkan pengawalan terhadap semua faktor kecuali rawatan yang kesannya hendak dikaji. ii. Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam bilik darjah yang beberapa keadaan dapat dikawal.

iii. Oleh sebab subjek dalam eksperimen ialah manusia maka tidak semua ciri boleh dikawal. Ciri-ciri seperti minat, kebolehan mental dan emosi amat sukar untuk ditentukan. Oleh itu, hasil eksperimen dalam penyelidikan pendidikan tidaklah setepat seperti hasil eksperimen sains. iv. Dalam bilik darjah, penyelidik ingin mengawal faktor-faktor seperti umur, pencapaian, kecerdasan, kebolehan membaca, status sosia, bangsa dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan mengubah ciri-ciri \ subjek dalam kumpulan dan dalam kumpulan eksperimen.

b. Langkah-langkah Penyelidikan

i. Merancang Membuat Eksperimen (a) Mengkaji kenapa perlu dilakukan eksperimen dan menyatakan masalah yang hendak dikaji. (b) Membaca penulisan dan hasil kajian yang lalu tentang masalah yang hendak dikaji. (c) Menentukan faktor yang terlibat dalam eksperimen. (d) Menentukan kaedah eksperimen yang hendak digunakan. (e) Merancangkan tempat, masa, dan alat untuk melakukan eksperimen. (f) Membuat percubaan awal. (g) Memilih subjek yang diperlukan. ii. Melakukan Eksperimen (a) Mengawal faktor-faktor yang tidak termasuk dalam eksperimen. (b) Mencatat langkah-langkah yang dijalankan. (c) Merekod hasil yang diperoleh. (d) Mengelas, menganalisis dan mentafsir hasil eksperimen. (e) Membuat keputusan. iii. Membuat Laporan

Jenis-jenis Eksperimen

Satu cara yang biasa digunakan untuk mengelaskan jenis eksperimen adalah dengan mengikut jumlah

pengumpulan subjek. Terdapat tiga jenis eksperimen yang boleh dilakukan berdasarkan jumlah

pengumpulan subjek tersebut.

• Eksperimen Satu Kumpulan

Page 9: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

9

Dalam eksperimen jenis ini, rawatan yang kesannya hendak dikaji diberikan kepada satu kumpulan subjek.

Hasil penggunaan rawatan itu ditentukan. Langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen satu kumpulan

ialah:

(a) Memberi ujian pra. (b) Mengawal semua faktor kecuali rawatan (pembolehubah tak bersandar). (c) Melaksanakan rawatan pada jangka masa tertentu. (d) Memberi ujian pasca untuk menentukan kesan rawatan terhadap pembolehubah bersandar. (e) Membincangkan kesan faktor-faktor lain terhadap pembolehubah bersandar. Secara ringkasnya, langkah-langkah menjalankan eksperimen satu kumpulan adalah seperti yang berikut:

A = Kumpulan subjek

R1 = Keputusan ujian pra

R2 = Keputusan ujian pasca

X = Rawatan

R1 - R2 = Hasil rawatan

Begitu juga halnya jika kita menggunakan faktor-faktor lain (X1, X2 …).

Nilai R2 — R1, (R3 — R2), boleh dihitung.

X

Kebaikan menggunakan kaedah eksperimen satu kumpulan ialah,

(a) Pelaksanaannya mudah.

(b) Putaran kumpulan atau kawalan kumpulan tidak diperlukan.

Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah

(a) Kesan daripada satu-satu kaedah akan terbawa-bawa dari satu fasa ke fasa lain dalam eksperimen itu.

(b) Perubahan wujud dalam kebolehan membaca di kalangan subjek dari satu fasa ke fasa yang lain.

(c) Ralat dihasilkan oleh kedewasaan subjek.

(d) Unit-unit pengukurannya tidak sama.

• Eksperimen Kumpulan Selari

Dalam eksperimen jenis ini, dua atau lebih kumpulan subjek yang setara atau selari digunakan. Satu

daripada kumpulan itu digunakan sebagai kumpulan kawalan dan satu lagi sebagai kumpulan eksperimen.

Rawatan yang kesannya hendak dikaji dikenakan kepada kumpulan eksperimen. Perbezaan yang terdapat

A R1

R2

Page 10: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

10

pada hasil pengukuran bagi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas rawatan ditentukan.

Secara ringkasnya, langkah-langkah menjalankan eksperimen kumpulan selari adalah seperti yang berikut:

A = Kumpulan kawalan

B = Kumpulan eksperimen

X R1 — R = Hasil rawatan X

R = Pascaujian—Praujian (Kumpulan kawalan)

R1= Pascaujian—Praujian (Kumpulan eksperimen)

Jika lebih daripada dua kumpulan selari digunakan dan lebih daripada satu rawatan (X, X1, X2, ...)

digunakan, langkah-langkah menjalankan eksperimen menjadi seperti yang berikut:

X

R1 — R = Hasil rawatan X

X1 R2 — R = Hasil rawatan X1

R3 — R = Hasil rawatan X2

X2

Langkah pertama dalam kaedah ini adalah dengan memilih kumpulan selari. Langkah ini agak rumit sedikit sebab wujudnya perbezaan individu dalam kumpulan itu. Walaupun terdapat beberapa pembolehubah yang boleh diukur secara objektif seperti umur, jantina, bangsa, keadaan fizikal, pencapaian masa lalu, kecerdasan dan sebagainya, terdapat juga faktor-faktor lain yang agak susah untuk diukur seperti tabiat membaca, ciri-ciri peribadi (seperti kreatif, naluri ingin tahu, dan sebagainya). Oleh itu, untuk menyamakan kumpulan-kumpulan beberapa cara digunakan termasuklah: i. Memilih subjek secara rawak (memilih subjek bagi setiap kumpulan secara rawak daripada populasi yang besar). ii. Memilih subjek mengikut skor min dan sisihan piawai (memilih subjek bagi setiap kumpulan mengikut skor dalam IQ, umur, dan sebagainya). iii. Menggunakan pasangan sepadan, (memilih dua atau tiga subjek yang agak serba sama dan memecahkannya kepada dua atau tiga kumpulan).

• Eksperimen Kumpulan Putaran

A R

B R

A R

B R1

C R2

D R3

Page 11: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

11

Kaedah ini menggunakan faktor eksperimen dan faktor kawalan serentak dan bergilir-gilir. Katakan X,

faktor eksperimen, dan Y, faktor kawalan. Rajah berikut menunjukkan cara mengendalikan eksperimen

dengan menggunakan kumpulan putaran.

Pusingan I A. X R

B Y R1

Pusingan II A Y R2

B X R3

R + R3 = Hasil rawatan X

R1 + R2 = Hasil rawatan Y

(R + R3) — (RI + R2) = Perbezaan rawatan X dengan Y

Kaedah ini dapat mengawal faktor perbezaan masa seperti yang terdapat dalam eksperimen satu kumpulan

dan faktor menyamakan kumpulan seperti yang diperlukan dalam eksperimen kumpulan selari.

2.4.1.2 Kuasi ekperimental

Apakah kajian kuasi–eksperimen? Kajian ini biasanya digunakan untuk menilai keberkesanan suatu

program apabila responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak. Dua kumpulan responden yang

dipilih mestilah tidak seimbang dan tidak mempunyai ciri-ciri yang sama.

Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan untuk menggantikan reka berbentuk eksperimen tulen apabila

dalam proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat dilakukan oleh penyelidik

(Chua, 2006). Tambahan lagi, kajian ini dilakukan ke atas individu yang sentiasa terdedah dengan ralat-

ralat dari luar misalnya perbezaan jantina, umur, latar belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada,

pengaruh persekitaran dan sebagainya. Kesemua faktor berkenaan boleh mempengaruhi hasil eksperimen.

Dalam perkataan lain, penyelidik kurang yakin sama ada perubahan pada responden kumpulan rawatan

pada akhir eksperimen adalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan kepadanya atau faktor-faktor luaran

yang lain. Kajian ini biasanya digunakan oleh penyelidik bidang psikologi, sosiologi dan pendidikan

(Neuman, 2000). Contoh, seorang penyelidik telah menjalankan kajian tentang keberkesanan program

kaunseling ke atas pelajar-pelajar bermasalah disiplin di sebuah sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah

pemilihan responden untuk pensampelan bertujuan.

Persampelan ini menggunakan ciri-ciri tingkah laku bermasalah disiplin. Kumpulan rawatan merupakan

Page 12: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

12

pelajar yang bermasalah disiplin mana kala kumpulan kawalan ialah kumpulan pelajar tidak bermasalah

disiplin. Perbezaan yang boleh dikenal pasti dari kedua-dua kumpulan berkenaan ialah jantina, bangsa,

umur, tahap IQ, tahap pendidikan, pandangan dan sikap mereka. Sehubungan itu, kajian eksperimen tulen

tidak dapat dilakukan tetapi penyelidik berkenaan boleh menjalankan kajian kuasi-eksperimen.

Kajian kuasi-eksperimen menggunakan prosedur persampelan secara kebetulan/ persampelan kesediaan

(accidental atau convenience sampling) dan persempelan bertujuan (purposive sampling). Persampelan

secara kebetulan, penyelidik memilih mana-mana responden kajian yang ditemuinya atau yang paling

dekat dengannya. Pemilihan responden kajian ini akan menimbulkan ralat yang tidak boleh dijangka

kerana prosedur persampelan secara kebetulan bukan melalui persampelan rawak (Chua, 2006).

Persampelan bertujuan dalam kajian ini digunakan untuk mendapatkan kumpulan responden yang

mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut kehendak penyelidik. Sebagai contoh, kajian pelajar bermasalah

disiplin. Sampel kajian ialah pelajar-pelajar bermasalah disiplin. Sampel begini bukan merupakan sampel

rawak. Terdapat pelbagai reka bentuk kajian kuasi-eksperimen tetapi penjelasan hanya diberikan kepada

tiga reka bentuk yang biasa digunakan di kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan. Mengikut Chua

(2006), terdapat tiga reka bentuk kajian kuasi-eksperimen yang biasa digunakan iaitu:

• Ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang (nonequivalent groups pre-post test design), • Reka bentuk regrasi tidak bersambungan (regression-discontinuity design) • Reka bentuk siri masa (time series design).

Reka bentuk ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang merupakan reka bentuk yang paling

popular digunakan dalam kajian keberkesanan dalam bidang pendidikan. Reka bentuk ini mempunyai dua

kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan mempunyai

ciri-ciri yang hampir sama.

Dalam reka bentuk kajian ini, analisis Ujian dan Ujian ANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan

antara kedua-dua kumpulan responden. Reka bentuk regresi tidak bersambung biasanya digunakan dalam

kajian yang melibatkan kumpulan khas misalnya menilai keberkesanan program pemulihan dan menguji

keberkesanan program kaunseling ke atas sikap pelajar bermasalah disiplin.

Analisis menggunakan Ujian regrasi. Reka bentuk siri masa merupakan kajian jangka masa panjang yang

memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Reka bentuk ini tidak mempunyai kumpulan kawalan.

Penyelidik tidak dapat membuat perbandingan sama ada rawatan yang diberikan akan menghasilkan

Page 13: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

13

perubahan yang diingini atau pun tidak (Mohd. Majid, 2000).

Pasca ujian akan dilakukan berulang-ulang sepanjang rawatan. Misalnya kajian berkaitan perkembangan

pencapaian akademik pelajar yang didedahkan kepada KBSM. Analisis dilakukan melalui pencapaian

ujian yang lebih baik.

2.4.1.3 Kajian tinjauan

Kajian tinjauan merupakan proses memerhatikan tingkahlaku manusia yang melakukan aktiviti rutin

dalam persekitaran mereka secara natural dalam konteks tertentu. Instrument utama kajian tinjauan adalah

rakaman video. Penyelidik boleh mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang dirakamkan bergantung

kepada maklumat dan keperluan penyelidik. Beberapa orang penyelidik akan bekerjasama secara

sistematik untuk membuat analisis dan membuat interpretasi data yang dikumpulkan.

2.4.1.4. Kajian korelasi

Kajian kolerasi melibatkan penjelasan yang menentukan perkaitan antara pembolehubah

Pembolehubah yang telah wujud dalam satu fenomena. Penyelidik akan melihat kepada perkara yang

telah wujud dan menentukan kaitan antara dua pembolehubah kuantitatif dan bagaimana

pembolehubah-pembolehubah tersebut di kaitkan antara satu sama lain.

Terdapat dua jenis kolerasi iaitu kolerasi positif dan kolerasi nagatif. Dalam konteks positif, sekiranya

nilai satu pembolehubah meningkat maka nilai pembolehubah kedua juga meningkat. Dalam kolerasi

negatif, sekiranya nilai satu pembolehubah meningkat maka nilai pembolehubah kedua menurun,

sekiranya nilai satu pembolehubah menurun maka nilai pembolehubah kedua meningkat.

2.5.2 Penyelidikan kualitatif

Kajian kualitatif merupakan kajian mendalam atas sesuatu situasi & individu. Data dikutip melalui

pemerhatian, temu bual, penulisan diari dan analisis dokumen. Kajian kualitatif adalah kajian yang

menjawab soalan berkaitan kenapa dan bagaimana. Penyelidik akan terlibat secara langsung dalam

kajian yang dijalankan. Pendekatan kajian kualitatif adalah kajian kes, etnografi dan grounded theory.

Sampel yang diambil biasanya menggunakan persampelan bertujuan. Menurut Miles & Huberman

(1994), analisis data melalui data reduction, data display dan conclusion.

2.5.2.1 Kajian etnografi

Page 14: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

14

Pengenalan Istilah Ethnos berasal dari perkataan Greek yang bermaksud manusia, bangsa atau budaya.

Menurut Agar (1986) dalam Sabitha Marican, (2005) menyatakan “graphy” bermaksud penjelasan

mengenai sesuatu. Etnografi merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang

sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi dan dirujuk sebagai penyelidikan saintifik

semula jadi (field research).

Pendapat ini dipersetujui oleh dua sarjana iaitu Berg, (1995) dan Guy et al. (1987) dalam Sabitha Marican,

(2005). Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas

dalam penyelidikan sosial. Kadang kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan bertulis mengenai sesuatu

budaya tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang

dikumpulkan dari kajian lapangan. Ia adalah kajian deskriptif ke atas budaya, sub-budaya, institusi atau

kumpulan sesebuah masyarakat.

Soalan-soalan yang sering dikemukakan dan difokuskan dalam penyelidikan etnografi seperti “apakah

budaya kumpulan itu?”. Oleh itu etnografi mengambarkan apa yang dilakukan sesebuah masyarakat dalam

kehidupan seharian mereka. Ia merupakan potret atau gambaran mengenai manusia. Dengan demikian,

kajian etnografi merupakan kajian yang mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan

bukan berunsur perkaitan (Sabitha Marican, 2005).

Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang praktikal untuk mengkaji sesuatu

kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan, tingkahlaku dan bahasa.

Kajian etnografi merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk menerangkan, menganalisa dan

meinterpretasi bentuk “culture-sharing” sesuatu kumpulan seperti tingkahlaku, kepercayaan, bahasa,

ekonomi, struktur politik, interaksi, kehidupan dan gaya dalam perhubungan. Untuk memahami “culture-

sharing” seseorang pengkaji perlu meluangkan masa di lapangan untuk interview, memantau dan

medokumentasi bagi memahaminya.

Masa yang lama diambil maka data dapat direkodkan dengan terperinci.Kajian etnografi merupakan

cabang daripada antropologi yang berhubung dengan memberi gambaran secara khusus terhadap budaya

manusia. Ia bermula lewat abad ke 19 dan awal abad ke 20 dan kajian menggunakan kaedah etnografi

mula diterbitkan pada 1920-an dan 1930-an oleh “Chicago Scholl of Sociology” (Pole & Morrison, 2003).

Sekitar tahun1950-an kajian etnografi masih baru dan menurut Hammersly (1998) sekitar tahun 1960-an

Page 15: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

15

kajian yang menggunakan pendekatan antropologi dan sosiologi semakin berkurang tetapi kajian

menggunakan pendekatan etnografi semakin berkembang dan lebih banyak digunakan.Kajian ini masih

terbatas tetapi ianya terus berkembang sekitar tahun 1980-an. Bermula tahun 1980-an ahli etnografi telah

mengenalpasti dan hanya memberi fokus kepada budaya kumpulan, mengendalikan pemantauan, analisa

data dan menulis kajian yang dilakukan(Creswell, 2005).

Etnografi merupakan kajian yang menghuraikan dan menganalisa sesuatu atau sebahagian daripada

kebudayaan serta komuniti dengan mengenalpasti dan menghuraikan kepercayaan dan amalan harian

responden. Kajian etnografi juga perlu mengkaji kedua-dua kumpulan iaitu respoden dan tempat dimana

mereka berinteraksi secara serentak. Topik dalam kajian etnografi tidak dinyatakan secara khusus pada

awal kajian. Kajian yang dijalankan dalam skala yang kecil dengan bilangan responden yang terhad dan

kontek kajian yang kecil. Pengkaji etnografi mesti menjalankan kajian di kawasan semulajadi responden

dalam tempoh masa yang tertentu untuk mengumpul data.Sanders (2004), menyatakan etnografi

melibatkan gambaran dan belajar tentang budaya manusia.

Pengkaji sosial menggunakan kaedah etnografi untuk lebih memahami budaya dan hubungan social

menerusi pentafsiran dan praktikal. Keberkesanan kajian etnografi bukan bergantung kepada perspektif

penyelidik tetapi kepada dapatan data. Etnografi pada awalnya menggunakan disiplin dalam antropologi

iaitu meluangkan masa dengan penduduk tempatan untuk membuat pemerhatian terhadap kehidupan dan

amalan mereka. Biasanya kajian etnografi traditional dilakukan secara individu dan mengambil masa dari

beberapa bulan hingga bertahun untuk menyiapkannya. Etnografi aplikasi menggunakan kaedah kajian

dengan membawa pengguna untuk melihat bentuk dan perkembangan sesuatu produk serta perkhidmatan

yang baru bagi meningkatkan pengeluaran produk. Etnografi aplikasi dilakukan oleh kumpulan yang kecil

dan biasanya dilakukan dalam masa yang singkat iaitu dalam beberapa hari hingga beberapa bulan.

Sabitha Marican (2005),

2.5.2.2 Kajian kes

Kajian kes merupakan satu kajian yang termasuk kedalam kaedah penyelidikan deskriptif. Kajian dibuat

secara intensif dan terperinci oleh penyelidik ke atas unit kecil social seperti individu, satu keluarga,

sebuah kelas, satu institusi, seperti satu cawangan Institut Pendidikan Guru atau satu masyarakat.

Contohnya kajian terhadap reaksi pensyarah dan pelajar ke atas kelas pembelajaran elektronik (e-

pembelajaran). Kajian kes juga dibuat secara terperinci ke atas satu program, satu peristiwa, satu aktiviti,

dan satu kumpulan dalam tempoh satu masa.

2.5.2.3 Kajian Sejarah.

Page 16: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

16

Kajian Sejarah pula diperolehi oleh penyelidik melalui maklumat, data, dan ilmu pengetahuan

dengan meneliti perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang telah berlaku. Melalui analisis data

dan maklumat sejarah secara terperinci, penyelidik boleh menentukan, sedikit sebanyak, tentang

hubungan sebab-akibat. Penyelidik juga boleh membantu guru pengurus dan pengguna

penyelidikan daripada melakukan kesilapan sama.

Aktiviti 2 – Perbincangan

• Apakah reka bentuk penyelidikan yang sesuai untuk mengkaji perbandingan dua kaedah mengajar

al-Quran/(mengikut bidang masing-masing) kepada murid tahap 1? (Lebih daripada satu reka

bentuk dibenarkan).

Soalan OLL

• Buat satu jadual yang menunjukkan langkah-langkah membuat penyelidikan.

Page 17: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

17

TAJUK 3

PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

3.1 Sinopsis Kursus ini menjelaskan tentang prosedur penyelidikan pendidikan, Menyatakan masalah kajian, menetapkan objektif kajian, membentuk soalan kajian, membentuk hipotesis kajian, melakukan tinjauan literatur, merancang reka bentuk kajian, menentukan prosedur persampelan, membina instrumen kajian, menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian, menentukan prosedur pengumpulan data,mengumpul data, menganalisis dan menghurai data, membincang dan melapor hasil kajian.

3.2 Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran murid dapat:

1. Mengenal pasti prosedur penyelidikan pendidikan

2. Menerangkan prosedur penyelidikan pendidikan

3. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan

3.3 Kerangka Konsep Tajuk 3

Prosedur Penyelidikan Pendidikan

Menentukan prosedur persampelan

Menetapkan objektif kajian

Membina instrumen kajian

Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Menentukan prosedur pengumpulan data

Membentuk soalan kajian

Membentuk hipotesis kajian

Menyatakan masalah kajian

Melakukan tinjauan literatur

Mengumpul data

Merancang reka bentuk kajian

Menganalisis dan menghurai data

Membincang dan melapor hasil kajian

Page 18: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

18

3.4 Prosedur Penyelidikan pendidikan

Penyelidikan pendidikan dijalankan mengikut cara yang hampir sama dengan proses penyelidikan yang

saintifik menggunakan langkah-langkah yang sistematik dari pembentukan permasalahan kajian kepada

pengumpulan data hinggalah menghasilkan satu laporan kajian yang berdasarkan pada analisis kajian

yang bertepatan dengan data yang diperolehi.

3.4.1 Menyatakan masalah kajian

a) Pengenalan

Dalam bahagian ini anda akan memperkenalkan masalah kajian dengan sedikit elaborasi tentang fokus utamanya, pemboleh ubah yang terlibat dan tujuan kajian. Anda juga harus mengetengahkan beberapa kajian yang signifikan dalam bidang kajian yang anda pilih. Ia sepatutnya ditulis sepanjang lebih kurang 200 perkataan.

b) Latar Belakang Masalah Kajian

Dalam bahagian ini, anda perlu huraikan masalah kajian yang telah anda kenal pasti dan terangkan kenapa perlunya kajian ini dibuat. Anda juga harus melakarkan keadaan semasa atau isu-isu yang perlu ditangani, dan terangkan bagaimana kajian anda akan menghasilkan penyelesaian yang diperlukan atau menjelaskan masalah-masalah yang ada. Di sini anda juga boleh menjelaskan literatur yang berkaitan dengan kajian anda dan yang menghasilkan penemuan yang signifikan.

c) Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah boleh ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam bentuk persoalan kajian. Pada amnya kenyataan ini amat spesifik dan mengandungi variable kajian. Sekiranya anda menggunakan hipotesis, sebagaimana lazimnya dalam kajian kuantitatif, ia juga perlu anda nyatakan. Berikut adalah contoh-contoh pernyataan masalah kajian dalam bentuk soalan.

(i) Apakah keperluan profesional sesuatu kumpulan guru Pendidikan Islam tertentu? (ii) Apakah mereka memerlukan kursus pedagogikal, Pemantapan Ilmu Wahyu, kandungan Pendidikan Islam, pengendalian kelas atau mana-mana kursus lain? (iii) Adakah kursus-kursus profesional perlu dibezakan untuk guru-guru berdasarkan kadar gaji bulanan? (iv) Adakah murid-murid yang mengikuti Kelas Fardhu Ain mempunyai keupayaan kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat lebih baik daripada murid-murid yang tidak mengikuti Kelas Fardhu Ain?

Page 19: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

19

3.4.2 Menetapkan objektif kajian

Pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum susuatu kajian dijalankan. Penyenaraian tujuan spesifik kajian ini amat mustahak kepada pengkaji sebab ia membolehkan pengkaji mengutip data yang sesuai dan jenis alat yang perlu digunakan. Untuk membina item soal selidik, anda perlu merujuk kepada objektif kajian anda. Dalam konteks yang sama, semasa menjalankan pemerhatian, temuduga dan analisis dokumen, anda juga dipandu oleh objektif tersebut.

Berikut adalah contoh objektif kajian tentang seorang guru cemerlang.

Objektif kajian adalah:

1. Mengenal pasti pendekatan guru dalam pengajaran Pendidikan Islam, termasuk strategi pengajaran dan kaedah serta teknik yang digunakan

2. Mengenal pasti strategi yang digunakan guru dalam bilik j-QAF 3. Memberi penerangan tentang kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat yang

disampaikan dan cara bagaimana ia disampaikan, implisit atau eksplisit. 4. Mendapatkan persepsi murid tentang personaliti guru dan hubungan guru dengan murid. 5. Mendapatkan kadar prestasi pengajaran guru daripada perspektif pemerhati dan murid.

3.4.3 Membentuk soalan kajian

Soalan dan objektif kajian berhubung rapat antara satu sama lain. Soalan kajian ialah soalan yang dibina berpandukan kepada objektif kajian. Yang mana jawapan kepada soalan ini membantu pengkaji untk mencapai objektif dan tujuan kajian. Di bawah diberikan beberapa contoh soalan kajian. (a) Apakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan guru cemerlang dalam bilik darjah? (b) Bagaimana guru mengendalikan pembelajaran Amali Solat dalam bilik j-QAF? (c) Apakah kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat dikendalikan secara implisit atau eksplisit? (d) Adakah persepsi murid terhadap guru mereka sebagai teman, seorang berautoriti, pemberi informasi

atau seorang waris? (e) Apakah prestasi guru dalam pengajaran yang dinilai oleh pendidik dan murid?

3.4.4 Membentuk hipotesis kajian Hipotesis ialah satu pernyataan yang dijangka menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah. Ciri-ciri hipotesis adalah seperti berikut:

• Suatu pernyataan yang diramal mempunyai jawapan yang bernilai kepada soalan kajian. • Suatu jangkaan yang mempunyai hubungan antara beberapa variable atau kesan antara satu

variable terhadap variabel lain. • Hipotesis boleh diuji secara spesifik.

Page 20: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

20

3.4.4.1 Perbezaan antara

Hipotesis Kajian dan Hipotesis Statistik

Hipotesis kajian adalah pernyataan tentang keputusan yang dijangka, sebaliknya hipotesis statistik adalah

pernyataan tentang andaian bahawa tiada hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Andaian tiada

hubungan ini perlu dibuat sebab sesuatu kaedah statistik yang digunakan untuk menguji hipotesis perlu

mengandaikan “tiada hubungan” antara pemboleh ubah kajian. Contohnya :

Ho : µ1 = µ2 (hipotesis statistic/nol)

Ha : µ1 ≠ µ2 (hipotesis kajian/alternatif)

µ1 = min populasi 1

µ2 = min populasi 2

Bagi mana-mana hipotesis nol /statistic yang dibina, perlu wujud hipotesis alternatif / kajian, sekiranya

hipotesis nol ditolak. Jadi terdapat satu set hipotesis. Hipotesis nol biasanya ditulis dalam bentuk “tiada

perbezaan” .Selain itu, sesuatu hipotesis tidak boleh diuji sekiranya ukuran pemboleh ubah bersandar

tidak bersifat kuantitatif. Data kualitatif yang tidak menggunakan ukuran dalam bentuk angka tidak dapat

di analisis secara statistik. Jadi hipotesis kajian tidak perlu dibina, tetapi persoalan kajian perlu dijawab

secara deskriptif tanpa bukti berbentuk angka.

3.4.5 Melakukan tinjauan literatur

John Creswell (2008) mendefinisikan tinjauan literatur sebagai ringkasan artikel bertulis yang diambil

daripada jurnal, buku-buku dan dokumen-dokumen lain yang memberi gambaran tentang maklumat pada

masa lalu dan kini. Menyusun literatur sesuai dengan topik kajian. Tinjauan literatur juga sesuai dengan

dokumen yang diperlukan oleh suatu penyelidikan.

Tinjauan literatur perlu dibuat untuk membolehkan penyelidik memperolehi kefahaman yang mendalam

berkaitan masalah kajian. Tinjauan literatur juga boleh memberi maklum kepada penylidik sama ada

kajian sudah dilakukan oleh penyelidik terdahulu atau sebaliknya.

Langkah-langkah membuat tinjauan literatur:

a. Kenalpasti kata kunci b. Dapatkan sumber literatur yang pelbagai c. Menilai secara kritikal d. Susun bahan literatur e. Tuliskan tinjauan literitur

Page 21: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

21

3.4.6 Merancang reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan,

apakah rawatan (jika ada) yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan

bagaimanakah data ini dikutip. Terdapat 8 rekabentuk kajian yang biasa digunakan dalam kajian

pendidikan. Bentuk kajian adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang gabungan antara

kedua-duanya.

1. Rekabentuk Kajian Kuantitatif • Eksperimen • Kuasi-Eksperimen • Korelasi • Tinjauan

2. Rekabentuk Kajian Kualitatif

• Teori grounded • Etnografi • Naratif • Kajian Kes

3. Rekabentuk Kajian Gabungan Kuantitatif & Kualitatif

• Kaedah Bercampur • Kajian Tindakan

3.4.7 Menentukan Prosedur Persampelan

Langkah pertama dalam menulis penyelidikan akademik menyediakan draf cadangan penyelidikan, yang

merupakan ringkasan sistematik atau dokumen yang terdiri daripada lakaran kasar penyelidikan anda

akan menjalankan. Cadangan penyelidikan yang lengkap biasanya mengandungi maklumat tentang

masalah penyelidikan, soalan penyelidikan, kajian literatur, metodologi penyelidikan dan senarai rujukan.

Mengapa Menulis Cadangan Penyelidikan

Satu cadangan penyelidikan adalah pelan kajian yang terdiri daripada rangka kerja konsep penyelidikan, tujuan dan objektif penyelidikan, soalan penyelidikan dan hipotesis, kepentingan penyelidikan dan batasan, kajian literatur dan kajian terdahulu serta alat penyelidikan dan kaedah analisis data.

Penyelidik akan menjalankan penyelidikan berdasarkan cadangan ini, dengan hasil akhir menjadi kertas kertas penyelidikan, disertasi, tesis atau projek. Dengan penyediaan cadangan penyelidikan penyelidik akan dapat mengenalpasti masalah isu dikaji dan menyatakan satu set soalan yang perlu dijawab dalam penyelidikan.

Kajian literatur yang berkaitan kepada masalah penyelidikan (ini menunjukkan status pengetahuan akademik dalam bidang), dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang masih belum diselidiki atau telah tidak ditangani oleh penyelidik. Menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan penyelidikan, jika berkenaan); Membina metodologi penyelidikan sepadan untuk menguji hipotesis atau menjawab soalan-soalan penyelidikan; Membina reka bentuk penyelidikan dan wajar teknik pengumpulan data; Mengenalpasti prosedur data yang sesuai.

Page 22: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

22

3.4.8 Membina Instrumen Kajian Secara umumnya instrumen kajian ialah apa saja alat, atau cara atau kaedah untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Membina instrumen kajian adalah dengan cara mereka / cipta sendiri oleh pengkaji berdasarkan soalan-soalan kajian dan membuat ubahsuai daripada instrumen kajian pengakaji terdahulu dan menggunakan instrumen standard yang sedia ada. Instruman Kajian Kuantitatif menggunakan borang soal-selidik (BSS), pelbagai jenis ujian dan Senarai semak Tujuan Kajian & Reka Bentuk Kajian Kuantitatif ialah: 1. Mencipta persepsi, pendapat atau trend masyarakat terhadap sesuatu isu.

Contoh: Persepsi murid PISMP terhadap kepentingan kajian…. ( Reka bentuk kajian Jenis Tinjauan (Survey )

2. Mengkaji keberkesanan rawatan. Contoh: Keberkesenan kaedah pembelajaran koperatif (Reka bentuk kajian jenis Eksprimen) Nota : Persampelan rawak 3. Mengkaji keberkesanan rawatan. Contoh: Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif (Reka bentuk kajian jenis Kuasi- Eksperimen) Nota: Persampelan tidak rawak 4. Mengkaji hubungan antara pembolehubah (Reka bentuk kajian jenis Korelasi ) Contoh: Hubungan antara Kaedah Amali Solat dengan penguasaan bacaan dalam solat …. REKA BENTUK EKSPERIMEN Ciri-ciri utama: 1. Peserta-peserta dipilih dan diagihkan secara rawak kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. 2. Sesuatu intervensi diaplikasikan kepada satu atau lebih kumpulan. 3. Akibat (outcomes ) diukur pada akhir eksperimen - boleh menentukan sebab dan akibat dalam kajian. 4. Prosedur direkabentuk supaya menangani ancaman terhadap kesahan. 5. Statistik digunakan untuk membuat perbandingan Contoh 1 Tajuk Kajian: Gaya belajar dalam kalangan murid Tahun 6 di sekolah daerah Kinta Utara. Latar Belakang Kajian 1. Pencapaian akademik adalah penting untuk hala tuju dan masa depan murid 2. Murid tidak tahu memilih gaya belajar yang sesuai dengan diri mereka dan suka mengamalkan gaya pembelajaran pada saat-saat sebelum peperiksaan bermula. 3. Kajian berbentuk tinjauan yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji gaya pembelajaran yang diamalkan oleh murid-murid Tahun 6 di sekolah daerah Kinta Utara dan hubungannya dengan pencapaian akademik berdasarkan empat model / gaya pembelajaran yang diasaskan oleh Dunn dan Dunn (1978) dalam:-

a) Stimulus Persekitaran b) Stimulus Emosi c) Stimulus Fisiologi d) Stimulus Sosiologi

4. Kajian ini menggunakan soal selidik berskala 4 mata sebagai instrumen kajian.

Page 23: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

23

3.4.9 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian Kesahan dan kebolehpercayaan instrument amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah dari kecacatan. Semakin tinggi nilai kesahan dan kebolehpercayaan maka semakin jitu data-data yang diperolehi bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. 1. Kesahan Instrumen Soal Selidik (Kuantitatif). Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran (truthfulness), bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan (usefulness) instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Kesahan juga bermaksud ; persetujuan antara dua percubaan untuk mengukur trait yang sama secara maksimum dengan kaedah yang berlainan. Biasanya bagi instrumen soal selidik, seseorang penyelidik akan menggunakan teknik Criterion – Related Evidence untuk mengumpulkan bukti (collecting evidence) terhadap kesahan instrumen melalui sekumpulan pakar rujuk (expert judgement). Dengan itu penyelidik akan melantik beberapa orang pakar untuk mengesahkan instrumen kajian. Kesahan Instrumen Temu Bual Dan Pemerhatian (Kualitatif) Bagi kajian penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual dan pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen). Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Kesahan dalam kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan. Bagi seseorang penyelidik yang menggunakan kaedah survey, maka kesahan dalaman (internal validity) dan kesahan kriteria (criteria validity) digunakan serentak bagi maksud membuat kesalahan kepada instrumen temu bual. Kesahan dalaman dilihat daripada aspek manipulatif kawalan dalam hubungan variabel-variabelnya. Dengan itu, teknik morale ballot dan cross-checking digunakan kedua-duanya serentak bagi memperkukuhkan nilai kesahan terhadap data, khususnya dalam temu bual. Atas saranan ini, biasanya penyelidik akan menggunakan dua orang informan (seorang lelaki dan seorang wanita) bagi setiap kajian bagi tujuan temu bual. Manakala kesahan kriteria dalam temu bual dicapai melalui menemu bual individu yang benar-benar memiliki pengetahuan dan maklumat terhadap bidang kajian pengkaji. Biasanya bagi tujuan ini pula, penyelidik akan menemu bual beberapa orang informan dalam lokasi kajian yang berlainan asalkan sama ciri dan sifatnya. Manakala kesahan dalam pemerhatian dibuat melalui teknik kesahan konstruk (construct validity) iaitu dengan cara mengkategorikan peristiwa-peristiwa yang diperhatikan kepada beberapa kelompok (clusters) bagi variabel yang dikehendaki, kemudian membandingkan pemerhatian yang lalu dengan pemerhatian sekarang. Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin kesahan item-item (instrumen) agar bersifat ; o Defensibiliti (dapat dipertahankan – hasil kajiannya tepat dan berguna) o Accuracy (ketepatan – menjawab persoalan kajian) o Appropriatetness (kesesuaian – relevan dengan tujuan kajian) o Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor) o Usefulness (kebolehgunaan – mampu membuat keputusan berhubung dengan apa yang cuba dicari atau

dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian).

Page 24: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

24

3.4.12 Menganalisis dan menghurai data Biasanya alat kajian kuantitatif akan menghasilkan data yang besar saiznya. Sebagai pengkaji, anda bertanggungjawab untuk mengolah data itu kepada format yang sesuai dengan kaedah analisis data dan boleh ditafsir kemudiannya. Anda perlu mengolah data kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. Berikut adalah Iangkah-Iangkah dalam analisis data: (a) Fasa pra-analisis (b) Fasa pengurangan saiz data (c) Fasa paparan data (d) Fasa pengesahan data (e) Fasa dapatan Dalam fasa pra-analisis, segala penjelasan tentang variabel kajian hendaklah dibaca dan difahami, dikemaskini, dan disempurnakan. Anda mesti yakin yang pemboleh ubah penting/utama dilabel dengan betul mengikut jenis atau kategori. Mereka hendaklah disusun tertib mengikut keperluan teori analisis. Pemprosesan Data Seperti yang dinyatakan dalam topik lepas, data dikutip dan dikemaskan melalui prosidur berikut: (a) Surat memohon kebenaran membuat kajian hendaklah dihantar kepada pentadbir sekolah berserta dengan surat kebenaran daripada Kementerian Muridan. (b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua, satu temu janji hendak dibuat dengan guru kelas untuk membincang jadual waktu bagi anda melakukan kajian. Maklumat latar belakang kelas juga perlu diketahui sebelum memulakan kajian. (c) Apabila sampel telah dikenal pasti, borang soal-selidik / inventori diedarkan dan meminta mereka yang berkenaan mengisikannya. d) Sebelum analisis dibuat, data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian, misalnya, peratus murid mengikut jantina, tahap sosioekonomi ibu baps, jumlah gaji dan lokasi sekolah. (e) Data daripada alat kajian, seperti soal-selidik / inventori, perlu diubah kepada skor variabel-variabel kajian. Ini biasanya dibuat dengan menggunakan pengiraan, seperti mengira jumlah atau min item-item tertentu untuk mengira skor bagi variabel "sikap". Jika nilai skor diperoleh secara manual, maka semakan ketepatan harus dilakukan. (f) Selepas semua maklumat tentang latar belakang subjek kajian dan semua skor variabel kajian diperoleh, pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian. 3.4.13 Membincang dan melapor hasil kajian Sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang jelas, lebih baik ia mempunyai pemikiran yang jelas juga; dan sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang terpuji, biarlah dirinya sendiri mempunyai pemikiran yang terpuji. (Johann Wolfgang von Goethe). Dalam membincangkan hasil kajian, kita wajib menyemak keputusan secara kritikal. Menurut Akhiar dan Shamsina (2011) kita juga harus menanya beberapa soalan kepada diri kita sendiri iaitu: - Adakah kriteria yang telah dipilih menunjukkan kualiti isi kandungan yang sah? Adakah kita telah meninggalkan mana-mana kriteria penting atau telah memasukkan kriteria yang tidak berkenaan? - Sekiranya kita menjalankan rawatan (treatment) dan membuat perbandingan antara kumpulan atau masa, maka soalan berikut perlu ditanyakan: � Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan, berkaitan isi kandungan sebelum dan selepas rawatan?

Page 25: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru · PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan

PJM3163 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

25

� Selain tindakan rawatan adakah syarat serupa bagi setiap kumpulan (contohnya, arahan, tahap keupayaan)? � Adakah perkara lain telah berlaku selain rawatan yang dirancang, yang boleh mempengaruhi dapatan kajian? � Adakah terdapat perbezaan motivasi antara kumpulan sebelum atau semasa kajian dijalankan?

Di Institut Pendidikan Guru (IPG), penulisan laporan penyelidikan akur dengan format/gaya mengikut American Psychological Association (APA). Aktiviti perbincangan • Penyelidikan didefinisikan sebagai pemerolehan fakta-fakta secara sistematik melalui proses

pengumpulan, penganalisisan dan pentafsiran sesuatu keputusan ( Khalid, 2003). Terangkan 4 sebab mengapa penyelidikan dijalankan?

Soalan OLL • Bagaimanakah cara untuk menyatakan masalah kajian dalam penyelidikan pendidikan?