falsafah pendidikan kebangsaan web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. ... pendidikan di...

101
MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI (BMM3109) (MORFOLOGI BAHASA MELAYU) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2010 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

Upload: duongliem

Post on 01-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

(BMM3109)

(MORFOLOGI BAHASA MELAYU)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC,

CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2010

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

Page 2: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Cetakan Jun 2010Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,

Page 4: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan
Page 5: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan
Page 6: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan
Page 7: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan
Page 8: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

7 Kata Nama Bahasa Melayu Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti Nama

3 3

8 Pembentukan Kata Nama Bahasa Melayu

Kata Nama Tunggal Kata Nama Terbitan Kata Nama Majmuk Kata Nama Ganda

3

3

9 Penggolongan Kata Kerja Bahasa Melayu

Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Transitif

3

3

10 Pembentukan Kata Kerja Bahasa Melayu

Kata kerja tunggal Kata kerja terbitan Kata kerja majmuk Kata kerja ganda

3

3

11 Jenis-Jenis Kata Adjektif Bahasa Melayu

Sifatan, Warna, Ukuran Bentuk, Waktu, Jarak, Cara Perasaan, dan Pancaindera

3

3

12 Pembentukan Kata Adjektif Bahasa Melayu

Kata Adjektif Tunggal Kata Adjektif Terbitan Kata Adjektif Dalam Bentuk

Perbandingan

3

3

13 Kata Tugas Bahasa Melayu Kelompok Dasar Kata Tugas Kata Praklausa

3 3

14 Kata Tugas Bahasa Melayu Kata Prafrasa Kata Pascakata

3 3

15 Pembentukan Perkataan Baharu Bahasa Melayu

Bunyi Bahasa Melayu, Pem-bentukan Kata

Pembaharuan dalam Bentuk Kata

Sistem Ejaan Perkataan Ba-haru

3

3

JUMLAH 30 15 45

Page 9: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga

tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.

Page 10: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Perubahan

Perubahan Golongan

Perubahan Contoh :

Contoh :Contoh

:

Rajah 1.1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk

perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal

dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses

pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara

pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk

secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan

yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju.

Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar

untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan

sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk

kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata

adjektif.

Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan

bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan

bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan

unsur lain.

MORFOLOGI

Page 11: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata

dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau

penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu

berdasarkan rentak bunyi tertentu.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1.menjelaskan konsep Imbuhan.

2.menjelaskan jenis-jenis Imbuhan.

3.menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

1.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep

Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata

dalam Bahasa Melayu

1.1 Definisi Imbuhan

Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan?

Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh

terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima

IMBUHAN

Konsep Imbuhan

Jenis-Jenis Imbuhan

Konsep Pembentukan Kata

Page 12: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses

memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata.

Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada

bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup

dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan,

morfem kosong dan bentuk fleksi.

Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan

pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu

awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan

dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu

kata kerja, dan kata adjektif.

Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu

bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem

morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan

perkataan melibatkan pengimbuhan.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri

dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan

perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara

mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan

demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.

1.2 Jenis-Jenis Imbuhan

Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang

besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan

yang dipinjam daripada bahasa asing.

1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu

Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan

pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

Page 13: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Rajah 1.3 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.2.1.1 Awalan

Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam

pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-,

ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

Bentuk-

Awalan

Kata Nama

Akhiran

Kata Nama

Sisipan

Apitan

Morfem

Fleksi

Kata Nama

Tidak Wujud

Tidak Wujud

Kata Nama

Page 14: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

1.2.1.2 Akhiran

Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata

dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i.

1.2.1.3 Apitan

Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan

hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an

dan di-.....-i dalam di+ikut+i,

1.2.1.4 Sisipan

Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu

er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam

s+er+uling dan –em-, dalam g+em+uruh.

1.2.1.5 Morfem Kosong

Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

1.2.1.5 Fleksi

Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu

Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan

mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah :

1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit

Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke

dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan

telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun,

terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan

akhiran.

Page 15: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Awalan Akhiran

maha maharaja man seniman

tata tatabahasa man budiman

pra prakata wan angkawan

swa swadaya wan jelitawan

tuna tunabusana wati olahragawati

eka ekabahasa wati seniwati

dwi dwitahunan nita karyanita

tri tribulan nita biduanita

panca pancaindera

1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi

Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam

ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam,

bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini

memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu,

terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat

dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.

Awalan Akhiran

bi- biadap -wi duniawi

bilazim -i abadi

binormal -iah lahiriah

-in hadirin

munafikin

-at hadirat

munafikat

-ah qariah

solehah

Page 16: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris

Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal

daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak

berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan

seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.

Awalan Akhiran

pro- probarat -isme sosialisme

anti- antikerajaan -isme nasionalisme

poli- poliklinik -ik prolifik

auto- autograf -ik saintifik

sub- subbidang -si sensasi

supra- supranasional -si revolusi

hetero- heterograf -al praktikal

heksa- heksagon -al klinikal

hidro- hidrolisis -is potensi

homo- homogen -is praktis

hiper- hiperbola

kilo- kilometer

makro- makrolinguistik

infra- intrajabatan

inter- intervokal

Page 17: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Rajah 1.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata

majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan,

tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah

pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim

Rajah 1.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.3.1 Proses Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata

dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan,

akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata

dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan

kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.

Proses Pembe

Pengimbuha

Pemajmukan

Penggandaa

Akronim

Page 18: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Imbuhan (Awalan) Kata dasar Kata terbitan

Pem- bawa pembawa

Memper- kuat memperkuat

-isme nasional nasionalisme

-i dekat dekati

Peng-.....-an isytihar pengisytiharan

Men-.....-i ikut mengikuti

Ke-...-an sihat kesihatan

Ber-....-an lari berlarian

-er- gigi gerigi

-em- gilang gemilang

Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh

berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa

( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).

Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan

kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi

kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya,

dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima

apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan.

Berikut ialah beberapa contoh lain :

Kata Dasar Imbuhan Kata Terbitan

libat terlibat keterlibatan

lanjur terlanjur keterlanjuran

balik terbalik menterbalikkan

sambung sinambung kesinambungan

1.3.2 PROSES PEMAJMUKAN

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih

dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas

masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk

kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar

ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau

* kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.

Page 19: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

1.3.2.1Pengimbuhan Kata MajmukKata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara

pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :

1.3.2.1.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah.

Contohnya :

urus niaga - berurus niaga

cari gali - mencari gali

reka bentuk - direka bentuk

daya serap - daya serapan

1.3.2.1.2 Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum,

Contohnya :

lipat ganda - melipatgandakan

surat khabar - persuratkhabaran

urus niaga - diurusniagakan

ibu bapa - keibubapaan

1.3.2.1 Penggandaan Kata Majmuk Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata

majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.

Contohnya :rumah sakit - rumah-rumah sakit

guru besar - guru-guru besar

Raja Muda - Raja-raja Muda

Timbalan Naib Canselor - Timbalan-timbalan Naib Canselor

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah

mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.

Contohnya :setiausaha - setiausaha-setiausaha

Page 20: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

jawatankuasa - jawatankuasa-jawatankuasa

tanggungjawab - tanggungjawab-tanggungjawab

1.3.3 PROSES PENGGANDAANProses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada

secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan

kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;

1. Penggandaan penuh,

2. Penggandaan separa, dan

3. Penggandaan berentak.

1.3.3.1 Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar.

Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :

Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan.

Contohnya :

Sekolah sekolah-sekolah

makan makan-makan

besar besar-besar

baju baju-baju

Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.

Contohnya :

1.3.3.2 Penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar

sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :

pelari pelari-pelari

perbualan perbualan-perbualan

kekasih kekasih-kekasih

kejadian kejadian-kejadian

Page 21: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata

pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata

dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan,

menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang

berikut :

jari jejari jejari

siku sisiku sesiku

sungut susungut sesungut

pohon popohon pepohon

laki lalaki lelaki

pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku

hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan

ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian

belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar.

1.3.3.3 Penggandaan Berentak Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut

rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak,

seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.

Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan

berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal

2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

3 Penggandaan Berentak Bebas

Kata Dasar Berimbuhan Imbuhan

tersenyum tersenyum-senyum

bercakap bercakap-cakap

setinggi setinggi-tinggi

membantu bantu-membantu

mencuit cuit-mencuit

menari tari-menari

mengejar kejar-mengejar

Page 22: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang

mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal,

Contohnya :

sayur - sayur-mayur

ramah - ramah-tamah

cerai - cerai-berai

Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-

bunyi konsonan tertentu,

Contohnya :

kayu - kayu-kayan

tanah - tanah-tanih

simpang - simpang-siur

Perhatian:Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai.

1.3.4 KATA AKRONIMMengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah

kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan

menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata

daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contohnya :

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

Bernama - Berita Nasional Malaysia

Kugiran - kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata AkronimTerdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara

pembentukkannya.

1.3.4.1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnyaAkronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang

disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

Contohnya :

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

UMNO - United Malay National Organisation

Page 23: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

1.3.4.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis

dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

Contohnya :

tabika - taman bimbingan kanak-kanak

purata - pukul ratakugiran - kumpulan gitar rancak

1.3.4.2 Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku

katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf

besar.

Contohnya :

Bernama - Berita Nasional Malaysia

Intan - Institut Tadbir Awam Negara

Proton - Perusahaan Otomobil Nasional

# Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu,

proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan

kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk

mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu.

2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat tentang

Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.

BACAAN TAMBAHAN

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Page 24: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

TAJUK 2 PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata

majmuk. Selain itu, tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan kata tunggal

dan kata terbitan.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal

(ii) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan

(iii) Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk

(iv) Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda

(v) Mengenal pasti Golongan Kata Tunggal

(vi) Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1

BENTUK KATA

BENTUK KATA TUNGGAL DAN

TERBITAN

BENTUK KATA MAJMUK DAN KATA GANDA

GOLONGAN KATA TUNGGAL DAN

TERBITAN

Page 25: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

2.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata tunggal dan

bentuk kata tunggal, mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata terbitan, mengenal

pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk, mengenal pasti kata ganda dan bentuk kata

ganda, mengenal pasti golongan kata tunggal dan mengenal pasti golongan kata

terbitan.

2.1 Kata Tunggal dan Bentuk Kata TunggalKata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya

satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. Contohnya :

Kata Tunggal Satu Suku Kata had, am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat, dram, teks, zink, golf, skrip, trak, skru

Kata Tungga Dua Suku Kata dia, suka, akan, asal, bulat, meja, jauh, dekat, sini, sana

Kata Tunggal Tiga Suku Kata bahaya, cahaya, gembira, berita, almari, laksana, isyarat

Kata Tunggal Empat Suku Kata dan lebih

universiti, sayembara, mahasiswa, cenderamata, personifikasi

Kata Tunggal - Akronim (Gabungan Huruf Awal)

ABIM, UMNO, ADUN, MAS.

Kata Tunggal - Akronim(Gabungan Suku Kata)

cerpen, purata, tadika, taska, cereka

Kata Tunggal - Akronim(Gabungan Huruf Awal dan/ Suku Kata - Nama Khas)

Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)Mara (Majlis Amanah Rakyat)Pernas (Perbadanan Nasional)

2.2 Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan

Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu proses

mengandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan itu pula terdiri daripada kata nama,

kata kerja dan lain-lain. Contoh bentuk imbuhan adalah seperti di bawah yang

merangkumi awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

Page 26: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Kata Terbitan Berawalan(Awalan Kata Nama)

peN-, pel-, per-, ke-, juru, maha, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-,anti, infra-, ko-, makro-, mikro-, pro-, semi-, tele-

Kata Terbitan Berawalan(Awalan Kata Kerja)

meN-, memper-, ber- bel-, ter-, di-, diper-

Kata Terbitan Berawalan(Awalan Kata Adjektif)

ter-, se-, te-

Kata Terbitan Berakhiran(Akhiran Kata Nama)

-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, -ita, -is, -

Kata Terbitan Berakhiran(Akhiran Kata Kerja)

-kan, -

Kata Terbitan Berapitan(Apitan Kata Nama)

peN-, -an, per-, -an, pel-…-an, ke-…-an

Kata Terbitan Berapitan(Apitan Kata Kerja)

meN-…-kan, ber-…-kan, ber-…, -an, di-…-kan, meN-…- , di-…- , diper-…-kan, diper--,memper-…-kan, memper-…-

Kata Terbitan Berapitan(Apitan Kata Adjektif)

ke-…-an

Kata Terbitan Bersisipan(Sisipan Kata Nama)

-el-, -em-

Kata Terbitan Bersisipan(Sisipan Kata Adjektif)

-el-, -er-, -em-, -in-

LATIHAN :Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas, kenal pasti contoh-contoh

kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan

2.3 Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata MajmukKata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata dasar atau

lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata majmuk bertindak sebagai

satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Contohnya seperti di bawah.

Kata Majmuk Bebas bandar raya, lebuh raya, terima kasih, tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Naib Canselor, Duta Besar

Kata Majmuk Istilah Khusus model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail terus

Kata Majmuk Kiasan/Simpulan Bahasa

anak emas, berat mulut, buah tangan, kaki ayam, kaki bola

Kata Majmuk yang Mantap antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan,

Page 27: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

matahari, kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan, jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara, tanggungjawab

Kata Majmuk Jamak(Gandaan kata pertama)

alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal terbang,

Kata Majmuk Jamak(Penada Jamak - semua, banyak,sekumpulan, persatuan, para,pertubuhan, barisan, sebahagian)

semua Ketua Setiausaha, sekumpulan guru penolong kanan, Persatuan Bekas Perajurit,

Kata Majmuk Terbitan(Awalan dan Akhiran)

dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, daya serapan

Kata Majmuk Terbitan(Apitan)

mencampuradukkan, pengambilalihan, pengenalpastian.

LATIHAN :Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa.

2.4 Kata Ganda dan Bentuk Kata GandaKata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar.

Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan

secara berima. Contohnya seperti di bawah.

Kata Ganda Penuh rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau

Kata Ganda Separa lelaki, lelayang, berlari-lari, tertanya-tanya, tolong-menolong

Kata Ganda Berentak lauk-pauk, kusut-masai,lintang-pukang, simpang-perenang, gunung-ganang

2.5 Golongan Kata Tunggal

Page 28: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan

penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata

atau mempunyai lebih daripada satu suku kata.

2.5.1 Penggolongan Kata: Kata Nama

Kata Nama Am (Konkrit) baju, seluar, kucing, masjid

Kata Nama Am (Abstrak) mimpi, perasaan, kemahuan, idaman, kehendak, keadaan

Kata Nama Khas(Hidup - Manusia)

Kata Nama Khas(Hidup - Bukan Manusia)

YAB Datuk Seri Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Abdul Razak, Alya Nabila, Rafeah, SudirmanSang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok, Vanda Diana (orkid) Jibrail, Jin.

Kata Nama Khas(Tak Hidup)

Proton Perdana V6, Proton Waja, Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kementah

Kata Ganti Nama (Diri Pertama) aku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya

Kata Ganti Nama (Diri Kedua) anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian, tuanku, tuan hamba

Kata Ganti Nama (Diri Ketiga) baginda, beliau, dia, ia, mereka

Kata Ganti Nama (Tunjuk) ini, itu

Kata Ganti Nama (Tanya) apa, siapa, mana, berapa

Kata Ganti Nama (Tempat) sana, sini, situ

LATIHAN :Dengan merujuk akhbar, kelompokkan kata ganti mengikut jenisnya.

2.5.2 Golongan Kata Terbitan

Page 29: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Penggolongan Kata: Kata Kerja

Kata Kerja Transitif (Aktif) membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat, menyiram

Kata Kerja Transitif (Pasif) dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat, disiram

Kata Kerja Tak Transitif(Tak Berpelengkap)

bangun, datang, tersenyum, kerkibaran, menguning, membesar, terduduk,

Kata Kerja Tak Transitif(Berpelengkap)

tinggal, beransur, berbantalkan

LATIHAN :Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata kerja mengikut kumpulannya.

2.5.3 Penggolongan Kata: Kata Adjektif

Kata Adjektif Sifat/Keadaan berani, cerdik, cerdas, gopoh

Kata Adjektif Warna hitam, putih, merah, biru

Kata Adjektif Ukuran cetek, dalam, kecil, nipis, tebal

Kata Adjektif Bentuk bukur, bundar, bulat, leper

Kata Adjektif Pancaindera ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat, manis, basah, halus

Kata Adjektif Waktu Baru, lama, spontan, segera

Kata Adjektif Cara cepat, deras, laju, perlahan

Kata Adjektif Perasaan benci, cinta, ghairah, ingin

LATIHAN :Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata adjektif mengikut jenisnya.

2.5.4 Penggolongan Kata: Kata Tugas

Page 30: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik

predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugas-

tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat. Berdasarkan kriteria

kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat dikelompokkan kepada :

kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata pascakata

2.5.4.1 Kata Penyambung Ayat

Kata Penyambung Ayat

Kata Hubung Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan,

sambil, kemudian.

Kata Hubung Pancangan Relatif yang

Kata Hubung Pancangan Komplemen bahawa, untuk

2.5.4.2 Kata Praklausa

Kata Praklausa

Kata Seru wah, amboi, aduhKata Tanya bagaimana, siapa, bila, berapaKata Perintah sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga.Kata Pembenar ya, benar, betul.Kata Pangkal Ayat Maka, alkisah, hatta, syahadan

2.5.4.3 Prafrasa

Kata Prafrasa

Kata Bantu akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belumKata Penguat amat, sangat, palingKata Penegas juga, lah, kah, tah, punKata Nafi tidak, bukanKata Pemeri ialah, adalahKata Sendi Nama di, dari, dalam, ke, padaKata Bilangan beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelimaKata Arah atas, situ, dalam

2.5.4.4 Kata Pascakata

Page 31: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Kata Pascakata

Kata Pembenda yang, -nyaKata Penekan -nya

LATIHAN :1. Dengan merujuk keratan akhbar, garisi fungsi ‘nya’ sebagai kata

pascakata.

BACAAN TAMBAHAN

Page 32: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

TAJUK 3

Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Kata Tunggal Kata Terbitan

Page 33: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang menumpukan

kepada kata tunggal dan kata terbitan.

HASIL PEMBELAJARAN

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3

3.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis dan huraian

Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu.

3.1 Definisi Kata Tunggal

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang

imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses

penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004).

PROSES PEMBENTUKAN

KATA

DEFINISI DAN JENISKATA

KATA TUNGGAL KATA TERBITAN

Page 34: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar,

iaitu  tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal

mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.

.1.1 Jenis-Jenis Kata TunggalKata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata,

Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang dimaksudkan

akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang

berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal

suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai

kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).

Satu Suku Kata KV VK KVK

Page 35: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

KKVK KVKK KKKV

KKKVK

Dua Suku Kata V + KVV+VK

V+KVKVK+KV

VK+KVK KV+V

KV+KVK KV+KV+VK

KVK+KVK

Kata Tunggal Tiga Suku Kata KV+V+KV KV+V+KVK

V+KV+V KV+KV+V

KVK+KV+V KV+KV+VK

KVK+KV+VK dan lain-lain

Empat Suku Kata KV+KV+VK+KV

dan Lebih KV+KVK+KV+KV

KVK+KV+KV+KVKVK+KV+V+KV

dan lain-lain

Akronim Mara Bernama

Kugiran Tabika

ABIM Gapena

Rajah 3.2

3.1.3 Kata Tunggal dalam bahasa Melayu

Page 36: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

3.1.3.1 Kata Tunggal

Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada

dua jenis (rujuk Rajah 1.5):

i. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri

Contoh:

i. Kamu.

ii. Sudah?

iii. Ini?

ii. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-ku-

rangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.

Contoh:

i. di mana?

ii. ke Kuala Lumpur

iii. dari Terengganu

3.1.3.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata

Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500.

Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan

bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa

Melayu adalah seperti berikut :

1. KV Contohnya : yu, ru, ya

2. VK Contohnya : am

3. KVK Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap

4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek

5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf,

6. KKKV Contohnya : skru, skaf,

7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw

3.1.3.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata

Page 37: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut :

1. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri

2. V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air

3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat

4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta

5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan

6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria

7. KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih

8. KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko

9. KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris

10. KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda

11. KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting

# Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri

daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku

kata.

3.1.3.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola

suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku

kata merupakan kata pinjaman.

1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola

2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang

3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea

4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua

5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar

6. KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan

7. V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat

8. V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi

9. V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat

10. VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama

11. KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna

12. KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu

13. V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun

Page 38: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

14. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah

15. KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat

16. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan

17. KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda

18. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna

19. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok

3.1.3.1.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata.

Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut :

1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda

2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana

3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara

4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa

5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema

6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur

7. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter

8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana

9. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional

10. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti

11. KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan

12. KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela

3.1.3.1.5 Kata Akronim

Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan

huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai

kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contohnya :

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

Bernama - Berita Nasional Malaysia

Kugiran - kumpulan gitar rancak

3.1.3.1.5.1 Cara Menulis Kata AkronimTerdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara

pembentukkannya.

Page 39: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnyaAkronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang

disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

Contohnya :

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis

dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

Contohnya :

tabika - taman bimbingan kanak-kanak

purata - pukul ratakugiran - kumpulan gitar rancak

c. Ditulis bermula dengan huruf besarJika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu

menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contohnya :

Bernama - Berita Nasional Malaysia

Intan - Institut Tadbir Awam Negara

Proton - Perusahaan Otomobil Nasional

# Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu,

proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan

kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu

3.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu

proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk

morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu:

1. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan di-

dalam diambil,

Page 40: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

2. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya –kan dalam jalankan dan -i

dalam ikuti,

3. apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan

hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam

keindahan dan di-.....-i dalam diikuti,

4. sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya –el- dalam telunjuk dan -in-

dalam sinambung.

Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan

dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. Imbuhan- imbuhan

ini dihuraikan di bawah ini.

3.2.1 Imbuhan awalan Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu :

1. awalan kata nama

2. Awalan kata kerja

3. Awalan kata adjektif

3.2.1.1 Awalan Kata Nama Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar,

membentuk kata nama,

Contohnya :

Awalan Perkataan

peN- =

per-pe-ke-juru-maha-tata-pra-sub-supra-eka-dwi-

pe-pem-pen-peng-penge-

pelukis, pewangi, penyanyipembalut, pembeli, pemberipendatang, pencari, penjualpengguna, pengayuh, pengukurpengebom, pengetin, pengecatperasap, perbara, pertapapesara, pekedai, peguamketua, kehendak, kelepekjurubahasa, jurujual, juruterbangmahasiswa, mahaguru, maharajatatabahasa, tatanegara, tatanamaprasejarah, prakata, prasangkasubbidang, subsistem, subkategorisuprakelas, suprasistem, suprakategoriekabahasa, ekasuku, ekahaladwibahasa, dwifungsi, dwibudaya

3.2.1.2 Awalan Kata KerjaAwalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk

kata kerja.

Contohnya :

Page 41: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Awalan Perkataan meN- = me-

mem-men-meng-menge-

melukis, menari, merasamembeli, memberi, membalutmendaki, menduga, mentadbirmengaji, mengasuh, menghasutmengebom, mengetin, mengecat

memperisteri, memperbesar, memperolehberkata, bersetuju, berbangga terkata, terasa, tersenyumdiatur, dibeli, disuruhdiperisteri, diperbesar, diperoleh

memper-ber-ter-di-diper-

3.2.1.3 Awalan Kata Adjektif Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar,

membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu :

Awalan Perkataanter -se-

terpandai, termerah, terpanjangseputih, sehalus, sejernih

3.2.1.4 Imbuhan Akhiran Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu :

1. akhiran kata nama, dan

2. akhiran kata kerja

3.2.1.5 Akhiran Kata NamaAkhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar,

membentuk kata nama.

Contohnya :

Page 42: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Akhiran Perkataan-an -wan-man-wati-isme--in-at-ah

ajaran, silaan, bacaanilmuwan, budayawan, usahawanbudiman, senimanseniwati, peragawatinasionalisme, sosialisme, komunismehadirin, musliminhadirat, muslimatustazah, sultanah

3.2.1.6 Akhiran Kata Kerja Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja.

Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu –kan dan –i .

Contohnya :

Akhiran Perkataan-kan-i

lahirkan, ambilkan, hulurkanikuti, jalani, sertai

3.2.1.7 Imbuhan ApitanDalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu :

1. apitan kata nama

2. apitan kata kerja

3. apitan kata adjektif.

3.2.1.8 Apitan Kata NamaApitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan

membentuk kata nama.

Contohnya :

Apitan PerkataanpeN-.....-an:

pe-....-anpem-.....-anpen-....-anpeng-.....-anpenge-.....-an

pe-......-anper-.....-anke-...-an

pelaksanaan, perusuhan, penyuluhanpembukaan, pemburuan, pemfitnahanpendakian, pencucian, pentauliahanpenguduran, penggandaan, pengkhayalanpengesahan, pengeboman, pengekodan

pendalaman, pesisiran, petempatanperjumpaan, persamaan, perlumbaankecantikan, kebijakan, kelurusan

3.2.1.9 Apitan Kata KerjaApitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar,

membentuk kata kerja.

Contohnya:

Page 43: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Apitan perkataanmeN-......kan

me-.....-kanmem-.....-kanmen-....-kan meng-....-kan menge-....kan

ber-....-kanber-....-andi-...-kanmeN-.....-i

me-....-imen-...-imem-...-imeng-....-i

di-......-idiper-.....-kandiper-....-imemper-.....-kanmemper-....-ike-....-an

memajukan, melakukan, menanyakanmembezakan, memfatwakan, memberikan mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkanmenggulingkan, mengelakkan, mengkhususkanmengehadkan, mengesyorkan, mengepinkanberalaskan, berbekalkan, berjudulkan bertaburan, bergantungan, beratapanditaburkan, didorongkan, digulingkan

melalui, menyedari, mewarnaimendahului, mencucuri, menjauhimembanjiri, membelakangi, membasahimenghendaki, mengawasi, mengkhianatidianugerahi, didekati, dianutidiperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskandiperingatimemperdengarkan, memperlihatkan, memperingatikehujanan, kepanasan, kecurian

3.2.1.10 Apitan Kata AdjektifApitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar,

membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....-an.

Contohnya :

Apitan Perkataanke-.....-anke-.....-anke-.....-an

kemelayuan keinggerisan kearaban

3.2.1.11 Imbuhan SisipanBentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk

perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan.

Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir

dala m perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta.

Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu:

1. sisipan kata nama, dan

2. sisipan kata adjektif.

3.2.1.12 Sisipan Kata NamaSisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk

kata nama.

Contohnya :

Page 44: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

sisipan perkataan-el--er--em-

telunjuk, telapak, kelemumurseruling, kerupingkemuning, kemuncup

3.2.1.13 Sisipan Kata AdjektifSisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabial hadir di celahan kata dasar, membentuk

kata adjektif.

Contohnya :

Sisipan Perkataan -el--er--em--in-

selerak, gelembungserabut, gerodakgemilang, gemuruh, sementarasinambung

AKTIVITI

Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata

tunggal mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari.

Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

AKTIVITI

Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata

terbitan mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari.

Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

LATIHAN

1. Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan yang bergaris berikut:

Page 45: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

(i) ghairah (vi) balai

(ii) cabar (vii) laut

(iii) masyhur (viii) sepoi

(iv) dekad (ix) tekukur

(v) pulau (x) sarat

2. Beri satu contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang telah

anda pelajari.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Nik Safiah et. Al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

TAJUK 4 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Kata Majmuk Kata Ganda

SINOPSIS

Page 46: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang

terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan

kepada definisi, jenis dan perinciannya.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa Melayu.

(ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 4

4.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis Kata Majmuk

dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada

perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu.

4.1 Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu

Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil

membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu

bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa Dewan, 1996).

Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus.

Proses Pembentukan kata

Definisi dan

Jenis-jenis kata Kata Majmuk Kata Ganda

Page 47: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan

menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan maksud tidak boleh menerima

sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan

yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). Ini berbeza dengan

rumah besar,sebuah frasa, yang boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan

frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ).

4.2 Jenis-Jenis Kata Majmuk

Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya besar

terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat digolongkan

kepada tiga kategori, iaitu :

i. Kata Majmuk Rangkaian bebas

ii. Kata Majmuk Pengimbuhan

iii. Kata Majmuk Penggandaan

4.2.1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata BebasContohnya :

bandar hijau hijau daunterima kasihguru besar

bom tangankuning langsatcampuk aduk segi empat panjang

dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran,

contohnya :

Duta Besar Setiausaha Politik Profesor Madya

Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Perpustakaan Timbalan Naib Canselor

4.2.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khususContohnya :

deria rasa telefon dail terus

segi tiga pita suara

medan sinaran segi empat panjang

4.2.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan Bahasa Contohnya :

kaki ayamrabun ayam

panjang tangan pilih kasih

anak emas tumbuk rusuk

4.2.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap

Page 48: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus setia.

Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap

mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata

mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja

sebagai satu perkataann, iaitu :

antarabangsa sukarelajawatankuasatanggungjawab olahraga

setiausahabumiputeratandatangan kerjasamapesuruhjaya

beritahusuruhanjayakakitanganwarganegaramatahari

Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan

dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan.

Antaranya :

1. Kata Nama

Contohnya : peribadi, hulubalang

2. Kata Adjektif

Contohnya : sukacita, dukalara

3. Kata Sendi Nama

Contohnya : daripada, kepada

4. Kata Hubung

Contohnya : manakala, walhal, barangkali

5. Kata Tanya

Contohnya : bagaimana

4.2.3.2 Penggandaan Kata MajmukDalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan penggandaan

unsur pertama kata sahaja.

Contohnya :

Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor, Menteri-menteri besar,

Guru-guru Besar

Namun, kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk yang telah

mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur.

Contohnya :

Warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, setiausaha-setiausaha

4.2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk

Page 49: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan.

Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu :

a. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja

dan dieja terpisah. Contohnya :

campur aduk menjadi bercampur aduk

ambil alih menjadi mengambil alih

daya serap menjadi daya serapan

b. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya

bercantum. Contohnya :

campur aduk menjadi mencampuradukan

ambil alih menjadi pengambilalihan

satu padu menjadi menyatupadukan

4.3 Kata Ganda

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar

(Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan

kepada tiga jenis, iaitu :

1.kata ganda penuh,

2. kata ganda separa, dan

3. kata ganda berentak

4.3.1 Kata Ganda PenuhKata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata

ganda penuh boleh terdiri daripada :

1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar.

Contohnya :

rumah-rumah

buku-buku

masjid-masjid

2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan.

Contohnya :

pelajar-pelajar

Page 50: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

ajaran-ajaran

kementerian-kementerian

4.3.2 Kata Ganda Separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian

kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada :

1. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya

berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku

kata tersebut kepada vokal e pepet.

Contohnya :

Laki-laki menjadi lalaki menjadi lelaki

Siku-siku menjadi sisiku menjadi sesiku

Jari-jari menjadi jajari menjadi jejari

Langit-langit menjadi lalangitmenjadi lelangit

2. kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang penggandaan

berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Pengganda separa

jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan

boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan.

Contohnya :

Di Bahagian Belakang Kata Dasar Di bahagian Hadapan Kata Dasarberlari-larimencari-carisepandai-pandai

cinta-mencintaibantu-membantukejar-mengejar

4.3.4 Kata Ganda Berentak Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar

mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan

bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan

bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal.

Contohnya :

Sayur-mayurCalar-balarSaki-baki

2. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan Contohnya ;

mundar-mandir

Page 51: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

tanah-tanihkayu-kayan

3. kata ganda berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi,

tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi.

Contohnya :

kusut-masaiipar-duai

rempah-ratuslintang-pukang

AKTIVITI

Secara berpasangan, teliti kata majmuk dan kata terbitan vokal dalam Bahasa Melayu.

Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis kata majmuk dan kata terbitan

tersebut.

LATIHAN

1. Teliti kata majmuk dalam Bahasa Melayu berdasarkan contoh di beri. Kemudian,

Nyatakan jenis kata majmuk tersebut.

a. Simpang siurb. Mengadu dombac. Penyahtaksaand. Melatih tubie. Pengambilalihan

2. Teliti kata terbitan dalam bahasa Melayu berdasarkan contoh diberi. Kemudian, nyatakan kata terbitan tersebut.

a. Gunung-ganangb. Lintang pukangc. Lelabid. Pokok-pokoke. Anak beranak

Page 52: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

TAJUK 5 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Page 53: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;

Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;

Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;

Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh digolongkan ke

dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya, kriteria struktur

fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik?.

Walaupun demikian, perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan

(Nik Safiah Karim et.al. 1996) yang menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria

sintaksis dan kriteria semantik sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam

binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat.

Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang

berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa.

Oleh itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum

yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan

klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat.

Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat

dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif

(FA) dan frasa sendi nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;

2. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa

Melayu;

3. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa

Melayu;

4. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja

Bahasa Melayu;

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Page 54: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

5.0 KANDUNGAN ISI

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang

konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang berbeza.

Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata

nama dan kata kerja Bahasa Melayu.

5.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu

Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu

berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula

membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing  (Ali Mahmood et.al. 2010)

seperti berikut:

a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812):

Rajah 5.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812)

Golongan Kata Bahasa Melayu

Konsep golongan kata Bahasa Melayu

Konsep golongan kata nama dan kata kerja

Bahasa Melayu

Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja

Bahasa Melayu

Jenis-jenis golongan kata nama dan kata

kerja Bahasa Melayu

Page 55: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)

Rajah 5.2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)

c. Golongan Kata Menurut Asmah (1968):

Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968)

d. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):

Page 56: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

5.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu

Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu,

namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat

golongan perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Sehubungan itu, perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan

kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

5.2.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama

Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti

kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau

benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan

berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama

seperti rajah di bawah.

Page 57: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama

5.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu

Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu

perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.

5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama

Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata

nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

a. Kata Nama Khas  

Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama

khas, kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et

al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk

rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan

(institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. 

Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan.

Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan

nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu

manusia dan bukan manusia.

Page 58: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Rajah 5.6: Kata nama khas

b. Kata Nama Am  

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau

konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada

kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i)

hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi

atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak

berbilang seperti berikut:

Page 59: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Rajah 5.7: Kata Nama Am

c. Kata Ganti Nama  

Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang 

menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama

dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii)

kata ganti nama tunjuk.

Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama

diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri

orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama,

kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti

berikut:

Page 60: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Rajah 5.8: Kata Ganti Nama

5.3.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti

dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua

kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula

boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik

Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut:

Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

KATA KERJA

KATA KERJA TRANSITIF

AKTIF PASIF

KATA KERJA TAK TRANSITIF

BERPELENGKAP TAK BERPELENGKAP

Page 61: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

5.3.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja

Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis,

iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja pasif.

(a) Kata kerja aktif transitif

Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek

tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja.

Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada

sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan,

me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata

kerja dalam rangkai kata predikat.

Contoh:

i) Samad membacakan ayahnya surat.

ii) Pengarang itu menulis buku.

iii) Aminah sedang mencuci pakaian.

iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.

(b) Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-

ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh

dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima

sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi

dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-, ber-, ber-…

an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian.

Contoh :

i) Pegawai itu berkereta ke pejabat.

ii) Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.

iii) Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.

iv) Gadis itu tersenyum.

v) Padi sedang menguning.

vi) Pemuda itu sedang berbual.

Page 62: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

(c) Kata kerja pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif.

Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu

(i) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis

dan sebagainya.

(ii) Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai

dan sebagainya.

(iii) Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan

dan sebagainya.

AKTIVITI

1.Secara berpasangan, kenal pasti kata nama am, kata nama khas dan kata

ganti nama berdasarkan senarai perkataan yang berikut:

Tugu Negara Dia

Cangkul Cantik

Sepet Hospital

Siti Mereka

Meja Kuala Lumpur

Sedih Komputer

Kamu Tun Ali

2. Secara berkumpulan (tiga hingga empat orang), pilih satu petikan akhbar

yang sesuai dan jalankan aktiviti berikut:

i. Kenal pasti jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut.

ii. Bina ayat yang tepat berdasarkan kata kerja tersebut.

Page 63: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

LATIHAN

Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan kata nama

dan kata kerja.

i. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk nama_______, nama______

nama _____dan nama_______.

ii. _______ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda,

perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf beasr.

iii. Kata nama khas dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas ________dan

nama khas_______ ___________.

iv. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan _____ ______.

v. Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan ____________

vi. Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja ________dan kata

kerja ____ ____________.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.

Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala

Lumpur:Open University Malaysia.

Page 64: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala

Lumpur:Open University Malaysia

Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa

dan Pustaka

Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab

Perguruan:Penerbit Fajar Bakti.

TAJUK 6 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU

Page 65: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;

Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;

Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

Untuk pengetahuan anda, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Oleh itu, kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Sehubungan itu, kata adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat, sungguh dan sangat.

Kata tugas pula hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa

Melayu;

2. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas

Bahasa Melayu;

3. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Page 66: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

6.0 KANDUNGAN ISI

Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep

golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu, seperti yang dikemukakan

khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et.al (1996, 2006) dan ahli-ahli

bahasa yang lain. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-

jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu.

6.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif

Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan

perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?. Frasa adjektif pula boleh

terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan

unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif

adalah seperti contoh yang berikut:

Ahmad sangat pandai bermain muzik.

Pemuda itu baik sungguh.

Buah cempedak itu enak sekali.

6.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif

Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat

merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali,

sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Golongan Kata Bahasa Melayu

Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

Page 67: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau

frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata

penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.  Kata adjektif boleh

terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama

ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007)

Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurang-

kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif

warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata

adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif

pancaindera

Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi

menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti

contoh berikut:

kuat pintar nakal

keras lemah sihat

bijak cergas jahat

Contoh ayat: i. Budak nakal selalu kena marah

ii. Dia lemah dalam matematik

iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.

iv. Anak Pak Kamar bijak sekali.

v. Peserta itu berdiri dengan cergas.

Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan

yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:

jinggaperang hitam

putih biru kelabu

Contoh ayat: i. Adik suka pakai baju hijau.

ii. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.

iii. Baju kesukaan saya berwarna kuning.

iv. Kereta merah itu kepunyaan abang.

v. Dia memiliki mata berwarna biru.

Page 68: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:

tebal gemuk panjang

nipis kurus pendek

tinggi rendah kecil

Contoh ayat: i. Buku tebal itu sudah saya baca.

ii. Anaknya masih kecil lagi.

iii. Badannya semakin kurus.

iv. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.

v. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:

lurus bulat bujur

bengkok leper bundar

lonjong buncit tajam

Contoh ayat: i. Jalan lurus mudah dilalui.

ii. Bentuk buah kelapa itu lonjong.

iii. Mukanya bujur sirih.

iv. Pinggan leper itu untuk pinggan makan.

v. Matanya tajam memandang ke hadapan

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan

yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:

kerap awal sering

jarang lewat silam

baharu dahulu lampau

Contoh ayat: i. Kedatangannya lewat hari ini.

ii. Dia berada di kampus sehari suntuk.

iii. Kenangan silam sukar dilupakan.

iv. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.

v. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal

Page 69: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan

yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:

nyaris dekat

hampir jauh

Contoh ayat: i. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.

ii. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.

iii. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan

yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut:

pantas deras ligat

lambat gopoh perlahan

laju cermat cepat

Contoh ayat: i. Kereta itu dipandu dengan laju.

ii. Siapa cepat dia dapat.

iii. Gasing itu berpusing ligat.

iv. Arus sungai itu sangat deras.

v. Dia cermat apabila berbelanja.

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur

keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti

contoh yang berikut:

kasih takut malu

sayang hendak geram

cinta rindu marah

Contoh ayat: i. Dia masih marah kepada saya.

ii. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.

iii. Mereka amat rindu akan kampung halaman.

iv. Kanak-kanak itu takut akan kucing.

v. Pemuda itu masih malu untuk bersuara

Page 70: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah

perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti

contoh yang berikut:

Indera sentuh

lembik kasar licin

halus kesat keras

i. Lantai itu licin kerana baru dicuci.

ii. Kulit mukanya sangat halus.

iii. Kain yang kesat itu ialah kain lap.

iv. Buku itu berkulit keras.

v. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

Indera dengar

nyaring lembut mersik

merdu garau serak

i. Suaranya merdu bagai buluh perindu.

ii. Teriakannya nyaring sungguh.

iii. Kebanyakan lelaki bersuara garau.

iv. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.

v. Alunan musik itu mersik.

Indera pandang

comel hodoh molek

cantik buruk segak

i. Pemuda segak itu guru saya.

ii. Kakaknya suka berpakaian cantik.

iii. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.

iv. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.

vi. Pakaian pengantin itu molek sungguh.

Indera bau

Page 71: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

wangi hanyir harum

busuk hancing tengik

i. Bunga ros itu harum baunya.

ii. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.

iii. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.

iv. Setiap hari dia memakai minyak wangi.

v. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

Indera rasa

manis kelat masam

masin payau lazat

i. Setiap hari kita minum air tawar.

ii. Semua orang suka makanan lazat.

iii. Buah limau masam rasanya.

iv. Saya tidak suka minum ubat pahit.

v. Kuih tradisional itu terlalu manis.

6.3 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas

Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis

(keterangan). Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi

golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh

menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk

mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata tugas

dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar,

penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan

contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam

sintaksis tertentu.

kata hubung : dan, atau, tetapikata seru : wah,amboi,ciskata tanya : apa, berapa, siapakata perintah : sila, tolong, harapkata pangkal ayat : hatta, maka, syahadankata bantu : akan, sudah, pernahkata penguat : sangat, amat, palingkata penegas : juga, lah, tah, kah, pun

Page 72: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

kata nafi : tidak, bukankata pemeri : ialah, adalahkata sendi nama: di, dari, dalam, daripadakata pembenar : ya, betul, benarkata bilangan : dua, segala, banyakkata arah : atas, bawah, tepi

6.4 Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk

mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai

kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Sila rujuk jadual yang berikut

untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.al.2010)

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

(i) Kata Hubung Gabungan

1. Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.

Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian

Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.

Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak.

Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah.

(ii) Kata Hubung Pancangan

1. Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.

Relatif yang Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan.

Mereka beramai-ramai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer.

Komplemen bahawa Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.

Semua pihak harus menyedari bahawa perkara yang

Page 73: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

dihadapi adalah amat mencabar.

Keterangan kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata, kendatipun, hingga, jikalau, semasa, sementara,   setelah, sewaktu, ketika, untuk, tatkala, walaupun, sungguhpun, apabila

Pertandingan badminton akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan.

Dia membaca terlalu banyak hingga terlupa untuk makan.

Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.

Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.

Sewaktu diumumkan berita penting itu kami tiada di sini.

    Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.

(iii) Kata Praklausa

1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

2. Tugasnya yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa

Kata seru aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai

Syabas, awak telah berjaya!

Aduhai, awak datang lambat sangat!

Kata tanya berapa, bila, bagaimana, mengapa, apa, siapa, mana

Harga barang itu berapa?

Mengapakah dia menangis

Page 74: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

semalam? Kesihatannya

sekarang bagaimana?

Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?

Manakah baju baharu saya?

Siapakah yang datang semalam?

Kata perintah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap, sila, jangan,

Jangan buang sampah di sini.

Janganlah bersusah hati.

Harap saudara dapat datang petang ini.

Silalah masuk.

Kata pembenar ya, benar, betul, benar Ya, itulah orangnya.

Betul, tanyalah dia untuk mendapatkan kepastian.

Benar, itulah cikgu baru di sekolah kita.

Kata pembenar hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, sekali peristiwa, arakian

Hatta istana itu pun siaplah.

Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.

Maka baginda pun bertitah kepada Bendahara Paduka Raja.

Sebermula berburulah baginda bersama-sama

Page 75: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

hulubalangnya.

(iv) Kata Prakfrasa

1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif.

2. Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang.

Kata bantu 1. Bantu Aspek: telah, baru, pernah, sedang, masih, akan, belum

Pekerja itu telah pulang.

Murid-murid itu baru tiba.

Mereka pernah ke utara Malaysia.

Mereka sedang menyiapkan pengaturcaraan komputer.

Semua pihak sedang sibuk menyiapkan kerja.

Adik masih membersihkan meja.

Semua kenderaan akan diperiksa esok.

Pembesaran tasik masih belum dapat dimulakan lagi.

  2. Bantu Ragam: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat

Cikgu Ramli bersungguh-sungguh hendak mengadakan kelas tambahan.

Ramai graduan yang mahu bekerja sendiri.

Halaman di hadapan rumah harus dibesarkan lagi.

Keputusan mesti diumumkan pada hari ini juga.

Semua pihak boleh memberikan pendapat mereka.

Atuk dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini.

Page 76: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Kata penguat 1. Penguat Hadapan: terlalu, paling, agak, terlalu, paling, agak

Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.

Bangau itu terlalu kurus.

Cadangan yang dikemukakannya paling menarik.

Pendapatnya agak bernas.

  2. Penguat belakang: sekali, benar, nian

Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.

Lukisan di dinding itu cantik sekali.

Lambat benar bas itu tiba.

Dia keluar sebentar nian.

  3. Penguat bebas: amat, sangat, sungguh

Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas, sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

 

Kata penegas -Kata penegas memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.

1. Penegas frasa predikat: -kah, -tah, -lah.

Hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan.

Siapakah majikan kamu itu?

Apatah daya kita. Orang itulah

bapanya.

  1. Penegas frasa subjek atau frasa predikat: juga, pun, jua, hanya, lagi, hanya, memang

Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat

Kami juga ingin ke bandar.

Kami ingin juga ke pekan.

Hujan hanya turun pada musim dingin.

Page 77: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Hujan turun hanya pada musim dingin.

Kata nafi -Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama

1. Menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama: bukan

Itu bukan mereka. Roti bukan

diperbuat daripada besi.

2. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif: tidak.

Dia tidak berlari. Rumah lama itu

tidak besar sangat

3. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa mendukung maksud pertentangan maklumat: bukan

Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.

Pak Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.

Kata pemeri -Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat.

1. Hadir di hadapan frasa nama: ialah

Yang dapat dilihat ialah usaha dan kerajinannya.

Kereta api laju ke KLIA ialah jenis pengangkutan yang dapat menjimatkan masa.

2. Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama: adalah

Kenyataan itu adalah tidak benar.

Kejadian yang berlaku itu adalah disengajakan bagi mengelakkan salah faham.

Kata sendi nama Kata sendi nama ialah

1. Menunjukkan tempat: di Tempat: Pengembara itu sesat di dalam hutan.

Page 78: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. 2. Menunjukkan: tempat,

arah dituju, waktu atau masa: ke

Tempat: Mereka akan ke Kuantan esok.

Arah: Mereka menuju ke selatan.

Waktu atau masa: Ali menunggu hingga ke petang.

3. Menyatakan tempat atau arah,waktu atau masa: dari

Tempat atau arah: Angin bertiup dari arah selatan.

Waktu atau masa: Tempoh pembayaran bermula dari esok.

4. Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber, asal kejadian, perbezaan, dan perbandingan:     daripada

Punca: Dia menerima surat daripada kakak.

Sumber atau asal kejadian: Ukiran itu diperbuat daripada logam.

Perbezaan atau perbandingan: Kami tiba lewat daripada mereka.

5. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan: kepada

Sasaran: Sila kembalikan borang itu kepada kerani.

Pecahan: Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.

Perubahan keadaan: Keadaan berubah kepada yang lebih baik.

6. Menunjukkan keterangan waktu dan tempat: pada

Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh pagi.

Tempat: Tuliskan nama anda pada kertas ini.

Page 79: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

7. Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu: untuk, bagi

Kegunaan untuk sesuatu: Rumah untuk pekerja sedang dibaiki.

Rumah bagi pekerja sedang dibaiki.

8. Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: untuk

Bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: Hadiah ini untukmu.

9. Bertugas membawa makna tujuan: demi

Tujuan: Kita mesti bersatu demi keadilan negara.

10. Membawa maksud rujukan: tentang

Rujukan: Mereka berbincang tentang masalah negara.

11. Membawa maksud perbandingan: seperti, bagai, umpama, laksana

Perbandingan: Hatinya keras {seperti, bagai, umpama, laksana} batu.

12. Membawa maksud bersama-sama, cara sesuatu dilakukan, memakai atau menggunakan, menyatakan perbandingan yang serupa: dengan

Bersama-sama: Ayah ke pekan dengan ibu.

Cara sesuatu dilakukan: Dia memulakan majlis dengan doa.

Memakai atau menggunakan: Ani melukis potret itu dengan cat air.

Menyatakan perbandingan: Dia sentiasa sependapat

Page 80: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

dengan ketuanya.

13. Membawa maksud penanda waktu atau masa: sejak, semenjak

Penanda waktu atau masa: Kami tinggal di kampung {sejak, semenjak} dua tahun yang lalu.

14. Membawa maksud rujukan: terhadap

Rujukan: Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang

15. Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: akan

Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: Wanita itu amat rindu akan anaknya.

16. Membawa maksud hubungan pembuat dalam ayat pasif, hubungan yang membawa maksud sebab: oleh

Hubungan pembuat dalam ayat pasif: Kuih itu dibeli olehnya.

Hubungan yang membawa maksud sebab: Pemain badminton itu kalah oleh (sebab) kekurangan latihan.

17. Membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu, atau tempat: hingga, sampai

Perihal peringkat dan had masa: Anaknya belajar {hingga, sampai} peringkat universiti.

18. Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: dalam, antara

Lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: Kita harus bertutur dalam bahasa kebangsaan kita.

Tidak ada perbezaan besar antara

Page 81: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

pendapatnya dengan pendapat saya.

Kata arah 1. atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara

Buku itu ada di atas meja.

Dia duduk di antara Ramli dan Salmah.

Mereka bersembunyi di bawah rumah.

Petani itu berjalan di tepi danau.

Kami mendirikan khemah di belakang rumah.

Kata bilangan 1. Menunjukkan bilangan tentu: satu, dua, sepuluh, sejuta

Bilangan tentu: Dua hari lagi dia akan sampai.

2. Menunjukkan bilangan tak tentu: segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit

Bilangan tak tentu: Segala persiapan telah dibuat.

(v) Kata Pascakata

1. -nya yang hadir selepas perkataan.2. Berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

Kata penekan 1. Memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya: -nya

Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Kata pembenda 1. Menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama: Kata + -nya; lajunya, sakitnya

Lajunya ialah 100 km sejam.

Page 82: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

AKTIVITI

1. Secara berpasangan, catatkan dua contoh kata adjektif untuk setiap jenis kata

adjektif, iaitu (i). kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna;

(iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi)

kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix)

kata adjektif pancaindera.

2. Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang berbeza, iaitu (i) kata hubung gabungan; (ii) kata hubung pancangan; (iii) kata praklausa; (iv) kata prakfrasa dan kata pascakata.

Page 83: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.

Tegas beliau, “krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pem-budayaan tentang mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.”

Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa “penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta.

Sumber: http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf

LATIHAN

Page 84: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Berdasarkan petikan cerpen di bawah, kenal pasti dan gariskan golongan kata adjektif

yang terdapat. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut.

Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh.  

"Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.  

Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan.  

"Hilwah... kau marah?"  Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa

aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan."  

"Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum.

"Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!

 

BAHAN BACAAN

Page 85: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Web viewMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH. ... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan ... dan jasmani berdasarkan

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006).

Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah.Kuala

Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala

Lumpur:Open University Malaysia.

Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala

Lumpur:Open University Malaysia

Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa

dan Pustaka