falsafah catan barat

Download falsafah CATAN barat

Post on 16-Jul-2015

186 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Topik 2:Teori-teori pendidikan seni Oleh: Hassan Mohd Ghazali Fakulti Seni dan Muzik Falsafah Estetika Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat tentang kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan maka secara langsung akandibicarakan hal-hal yang berkaitan dengan seni dan kesenian. Persoalan estetika banyak dibincangkan oleh ahli-ahli falsafah kuno dan ahli falsafah sekarang. Apabila persoalan estetika dibahaskan maka secara langsung persoalan kesenian dan nilai keindahan akan disentuh. Nilai estetika itu sendiri adalah seni. Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aisthesis membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi ialah kepekaan. Estetika juga boleh diertikan sebagi persepsi pancaindera (sense of perception). Ahli Filsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan aisthetika. Namun demikian Cottfried Leibniz (1646-1716) telah meneruskan pendapatnya mengenai estetika dan memberi penekanan kepada pengalaman seni sebagai suatu bentuk ilmu.Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan falsafah keindahan, kerana estetika tidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, sehingga menangkapi bidang ilmiah,antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan.George T. Dickie dalam bukunya Aesthetic telah mengajukan tiga permasalah yang sering dikemukakan dalam estetika antaranya ialah: 1.persoalan kritis yang menggambarkan, menafsirkan atau menilai karya-karya seni yang khusus. 2.Penyataan yang bersifat umum oleh pada ahli sastera, muzik dan seni halus untuk memberikan ciri-ciri khas genre artistik.3. Persoalan tentang keindahan, seni imitasi dan lain-lain.Menurut Dharsono Dalam bukunya pengantar estetika mengatakan cabang estetika dipecahkan kepada empat bidang utama iaitu 1.Nilai estetika (esthetic value) 2.Pengalaman estetika (esthetic experience) 3.Pengkarya atau seniman 4.seni. Secara umumnya persoalan-persoalan perbincangan persoalan estetika adalah membincangkan persoalannya apakah itu seni. Apakah teori-teori seni. Apakah keindahan dan teori tentang keindahan dan apakah keindahan itu objektif atau subjektif dan apakah keindahan itu berperanan dalam kehidupan manusia seharian. Persoalan ini akan terjawab dalam topik-topik selanjutnya.

Estetika dan seni Tokoh-tokoh ahli falsafah barat klasik seperti Plato, Aristotle,Hegel dan ramai lagi berbahan tentang persoalan keindahan melalui pembicaraan dalam bentuk estetika. Misalnya Plato dalam bukunya Symposium telah menghuraikan panjang lebar mengenai persoalan objek cinta ialah keindahan. Dalam bukunya itu beliau menyampaikan dalam bentuk dialogdialog watak utama seperti Phaedrus, Eryximachus,Aristophanes, Agathon dan Socrates. Terang-terang dalam dialog watak ini menyatakan bahawa proses mencintai tentang keindahan itu perlu diasaskan pada zaman kanak-kanak lagi.Sebenarnya bangsa Yunani kuno telah pun menghayati pengalaman keindahan sebagai mewarisi bangsa mereka. Bangsa Yunani juga mengenal kata keindahan dalam erti estetik yang disebutnya sebagai symmetria untuk keindahan visual. Sementara perkataan harmonia adalah keindahan pendengaran. Lantaran itu pengertian keindahan adalahmeliputi persoalan keindahan seni, alam, moral dan intelektual.Sejak zaman ahli falsafah Socrates lagi telah membincangkan persoalan nilai keindahan dan terlibat dalam pemikiran tentang apakah yang berada dalam objek yang menyebabkan ia indah. Mereka yang menikmati karya-karya seni mengalami penghayatan estetika. Pengalaman itu adalah perasaan yang timbul kepada seseorang ketika memandang sesuatu yang indah pada alam atau karya seni. Apabila membincangkan berkenaan keindahan pertanyaan yang sering disoal ialah Apakah benda itu indah atau cantik?. Secara langsung ia telah memperkatakan tentang estetika dalam diri orang yang bertanya. Walau pun keindahan dan kecantikan adalah nilai yang subjektif, dua orang yang bertanya tentang kecantikan kepada sesuatu barang itu sifatnya berbeza pada nilai keindahan. Tetapi setiap orang inginkan benda-benda yang cantik dan indah. Tidak manusia yang mahu kepada yang buruk. Itulah hakikatnya fitrah manusia yang dikurniakan oleh tuhan

3Ramai lagi tokoh-tokoh falsafah kuno dan falsafah moden membicarakan persoalan kesenian dalam kehidupan manusia. Seni tidak dapat lari dalam kehidupan harian, justeru seni adalah sebagai fitrah dalam diri manusia. Seperti definisi seni oleh Herbert Read (1959) yang menyatakan kesenian adalah penciptaan bentukbentuk yang menyenangkan, yang membawa maksud bahawa seni itu adalah penjelmaan rasa estetika yang mengarah kepada kebenaran melalui penjelmaan fitrah manusia.Menurut Jakob Sumardjo (2000), dalam buku bertajuk Filsafat Seni memperjelaskan perbezaan antara falsafah estetika dan falsafah seni.Antara lain beliau menerangkan bahawa estetika mempersoalkan hakikat keindahan alam dan karya seni, sedangkan falsafah seni mempersoalkanhanya karya seni atau benda seni atau artifak yang disebut seni. Beberapa hujah mendorongkan perbincangan tentang falsafah seni antara lain: 1.Karya seni mengekspresikan gagasan dan perasaan, sedangkanalam tidak mengandungi makna ekspresi semacam itu. 2.Dalam karya seni, orang akan bertanya, apakah yang ingindikatakan karya ini atau apa maksud karya itu?, tetapi tidak pernah bertanya serupa ketika menyaksikan keindahanmatahari terbenam di pantai, atau menyaksikan bentuk awamsenja, desasnya air terjun, jadi karya seni selalu membawamakna tertentu dalam dirinya, yakni ada komunikasi senidengan orang lain. Sebagai contoh kecantikan seorang wanitaapabila dilihat pada mata kasar adalah sesuatu yang indah.Sebaliknya dalam sebuah karya seni lukisan wanita yang mudaatau yang tua tetap akan kelihatan indah dalam makna karyaseni .3.Seni dapat meniru alam, tetapi alam tidak mungkin meniruartifak seni.

4.Melalui alam kita melihat keindahan yang azali dan melihatkebesaran tuhan yang mencipta alam ini. Sebaliknya karya senitetap mempunyai makna dan dapat menyalami makna-maknatersirat yang boleh dinilai.Melihat karya seni melalui perbincangan falsafah kesenian, makapersoalan falsafah moden dalam falsafah estetika yang mempersoalkantentang hasil seni dan produk seni. Di samping itu juga membicarakantentang pengkarya dan penaja sebagai pelengkap kepada mengkajimengenai nilai karya seni tersebut. Perbincangan mengenai hasil seni danproduk seni disebut sebagai estetika morfologi, sementara perbincanganmengenai karyawan seni dan kepentingan seni itu disebut sebagai estetikapsikologi. Persoalan pokoknya yang terlibat dalam kesenian ini ialahpenghasil seni (seniman), karya seni (Produk seni) dan kumpulanpenerima seni (penggemar seni

4Enam perkara yang penting dalam membincangkan tentang seni iaitu: 1.benda seni (karya seni) 2.pencipta seni (seniman) 3.publik seni 4.konteks seni 5.nilai-nilai seni 6.pengalaman seni

Benda Seni Benda seni secara langsung berkisar kepada karya seni itu sendiri.Apakah medium atau material karya seni yang menghasilkan suatu bentuk seni yang indah. Seni wujud melalui media pendengar untuk audio, media penglihatan untuk visual (tampak). Media ini memberi peranan kepada kategori kepada seni misalnya seni halus lebih kepada media visual, seniteater lebih kepada media dengar dan visual, seni muzik lebih kepada media audio dan lain-lain.Persoalan yang diperdebatkan sejak zaman Plato dan Aristotle mengenai benda seni ialah persoalan ekspresi seni, unsur peniruan(mimesis), persoalan siapakah seniman sebenarnya dan pengamatan seni itu sendiri. Pencipta seni Persoalan pengkarya seni adalah persoalan asas dalam kontekskreativiti dan ekspresi seniman. Yang sering diperbincangkan ialah soalgaya (style) karyanya, peribadinya misalnya pengaruhnya, persekitaran dan jantinanya menjadi persoalan dalam penghasilan karyanya. Disamping itu perbincangan juga menyentuh mengenai zaman dan bermulanya karya seni dihasilkan. Publik seni Publik seni menyentuh persoalan komunikasi karya seni terhadap orang awam atau masyarakat. Seni itu adalah publik, tanpa orang lain menghayati karya seni maka karya seni itu tidak dapat berdiri dengan sendiri. Maka komunikasi dalam karya seni membuahkan sesebuah karya seni akan berjaya dan menjadi milik masyarakat. Nilai seni Nilai seni selalunya berhubungan dengan normal-normal yang Esensial di samping sesuatu kepentingan yang sangat peribadi.Kebiasaannya nilai seni adalah bersangkutan mengenai kualiti, bersifat kontekstual dan esensial-universal

5 Pengalaman seni Pengalaman seni adalah terlibat dalam penghayatan seni itu secara langsung. Pengalaman bersangkutan tentang ruang waktu dan penglibatan seni. Seni sebagai komunikasi adalah pengalaman yang melibatkan kegiatan pancaindera, nalar, emosi dan intuisi seniman. Oleh sebab itu pengalaman seni terlibat dalam ruang waktu sebelum, semasa dansesudah . Konteks seni Bagi membincangkan konteks seni, secara langsung akan membincangkan keperluan masyarakat terhadap seni. Seni secara langsung menyangkut nilai-nilai setempat atau sezaman. Oleh yang demikian pemahaman seni amat erat dengan konteks zaman tersebut.Misalnya seni zaman sebelum merdeka di negara ini konteksnya adalah bentuk seni zaman tersebut. Begitu juga dalam konteks masyarakat yang Islam tidak menerima patung sebagai karya seni kerana bertentangan dengan syariah Islam.Dalam membincangkan enam persoalan tentang seni ia saling berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Sebenarnya persoalan seni selalunya sangat subjektif sifatnya. Di bawah ini adalah hubungan persoalan yang dibincangkan di atas dan hubungannya antara satu denganyang lain. Gambar rajah 1: Perbincan