falkulti pendidikan dalam pendidikan mei 2012...

26
FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 810713125386001 NO. KAD PENGNEALAN : 810713125386 NO. TELEFON : 0128101102 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

Upload: vandat

Post on 02-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

MEI 2012

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI : 810713125386001

NO. KAD PENGNEALAN : 810713125386

NO. TELEFON : 0128101102

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

Page 2: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

1

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

1.0 Pengenalan 3

2.0 Penghasilan bunyi-bunyi bahasa 3-4

2.1 Organ Artikulasi dan Fungsinya 4-5

2.1.1 Bibir 6

2.1.2 Lidah 6

2.1.3 Gigi 6

2.1.4 Gusi 6

2.1.5 Lelangit 6

2.1.6 Anak Tekak 7

2.1.7 Rongga 7

2.1.8 Pita suara 7

3.0 Penghasilan bunyi Bahasa Melayu 7-8

3.1 Cara penghasilan bunyi-bunyi vokal 8

3.1.1 Vokal hadapan 9-10

3.1.2 Vokal belakang 10-11

3.1.3 Vokal tengah 11

3.1.4 Vokal sengau 12

4.0 Bunyi konsonan 12

4.1 Konsonan letupan 12

4.1.1 Letupan bibir 12

4.1.2 Letupan gusi 13

4.1.3 Letupan lelangit lembut 13

4.1.4 Letupan pita suara 13

4.2 Konsonan geseran 14

4.2.1 Geseran gusi 14

4.2.2 Geseran pita suara 14

4.3 Konsonan Getaran 15

4.4 Konsonan Sisian 15

4.5 Separuh Vokal 15

Page 3: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

2

4.6 Konsonan pinjaman 16

4.7 Konsonan Sengauan 16

4.7.1 Sengauan bibir 16

4.7.2 Sengauan gusi 17

4.7.3 Sengauan lelangit keras 17

4.7.4 Sengauan Lelangit lembut 17

4.8 Carta konsonan Bahasa Melayu 17

4.9 Transkripsi Fonetik Dan Fonemik 18-19

4.9.1 Transkripsi Fonetik 19

4.9.2 Transkripsi Fonemik 20

5.0 Fonologi 20

5.1 Fonem 20-21

5.2 Alofon 21

6.0 Ciri-ciri Supresegmental Bahasa Melayu 22

6.1 Tekanan 22

6.2 Panjang- pendek 22

6.3 Tona 22

6.4 Jeda 22

7.0 Kepentingan Dalam Pengajaran Kemahiran Lisan 23-24

8.0 Kesimpulan 24

9.0 Rujukan 25

Page 4: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

3

1.0 Pengenalan

Bahasa adalah satu cara yang amat penting bagi menimbulkan dan memupuk

perhubungan antara manusia. Suatu pandangan yang menyeluruh mengenai bahasa

berdasarkan linguistik, serta pengalaman dalam mengajar dan pembelajaran bahasa akan

dikemukakan dahulu. Bagi seorang guru bahasa dan ahli linguistik , bahasa merupakan

mata pelajaran penting untuk dikaji.

Umumnya, ilmu linguistik itu suatu ilmu pengkajian terhadap bahasa yang

dilakukan secara saintifik ( J. Lyons,1968:1). Haruko Momma (2001) pula berpendapat

bahawa ilmu linguistik ialah disiplin atau bidang ilmiah yang berkaitan dengan kajian

bahasa sebagai sains. Terdapat beberapa bidang –bidang kajian yang dinyatakan dalam

buku-buku C. F. Hockett (1955), Robin (1957) dan lain-lain seperti psikolinguistik,

linguistik komputer, linguistik gunaan dan sosiolingustik. Setiap bidang ini meneliti

aspek tertentu dalam bidang bahasa. Justeru, ilmu linguistik amat penting dalam kajian

terhadap bahasa.

Dalam bahasa mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan dapat kita menguasai

kemahiran bertutur dalam bahasa dengan baik dan berkesan, Seorang pengguna bahasa

perlulah mempunyai ilmu pengetahuan fonologi untuk menuturkan atau mengeluarkan

bunyi-bunyi yang bermakna. Ilmu fonologi ialah ilmu yang berkaitan dengan cara-cara

pengguna bahasa menuturkan atau melahirkan bunyi yang bermakna dalam bahasa

secara saintifik.

2.0 Penghasilan Bunyi-bunyi Bahasa

P.B.Denes dan E.N. Pinson (1963) dalam bukunya The Speech Chain telah

membuat kajian fonetik dari segi urat-urat saraf dan tindakannya dalam menghasilkan

bunyi. K.L.Pike, ( 1943) pula telah membuat sumbangan yang penting dalam bukunya

bertajuk Phonetics, yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa itu diujarkan.

Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada 2 bidang, iaitu fonetik dan

fonologi.Fonetik merupakan kajian bunyi bahasa dari segi organ pertuturan , pendengaran

(auditori) dan sifat bunyi bahasa (akustik). Oleh itu, fonetik Terdapat 3 bidang utama

ilmu fonetik iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonologi pula

kajian mengenal pola bunyi bahasa, iaitu kajian sistem bunyi bahasa yang bermakna yang

Page 5: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

4

diucapkan oleh manusia melalui alat artikulasi.

Kajian tentang fonetik( Rajah dipetik daripada buku OUM)

2.1 Organ Artikulasi Dan Fungsinya

Organ artikulasi merupakan alat yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara

menghasilkan bunyi tersebut. Alat yang terlibat ialah alat yang menerbitkan bunyi setelah

udara daripada paru-paru dipam ke dalam organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini

asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi

membersihkan darah. Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa.

Dalam sistem ujaran ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan. Organ-organ ini

penting dalam sistem aliran udara yang terlibat dalam penghasilan bunyi.

Rajah Sistem Pernafasan

Page 6: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

5

Organ dalam sistem penghasilan bunyi dikenali sebagai organ artikulasi.Bunyi

bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti berikut:

Rajah Organ artikulasi.

1. Bibir atas

11. Tengah lidah

2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

3. Gigi atas 13. Akar lidah

4. Gigi bawah 14. Epiglotis

5. Gusi 15. Pita suara

6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut 17. Rongga hidung

8. Anak Tekak 18. Rongga mulut

9. Hujung lidah 19. Rahang

10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

Page 7: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

6

2.1.1 Bibir

Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut

yang boleh berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga

mulut.Bibir berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.

2.1.2 Lidah

Lidah merupakan organ artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam

pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung, tengah,

hadapan, dan belakang. Bahagian hadapan, tengah, dan belakang lidah penting dalam

pengeluaran bunyi vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Maka, lidah aktif

dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dan disebut sebagai artikulator.

2.1.3 Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi tetapi ia kurang aktif kerana gigi

tidak boleh digerak-gerakkan seperti lidah atau bibir dan hanya berfungsi sebagai

penahan udara daripada terus keluar dengan bebas daripada rongga mulut. Dalam

penyebutan bunyi-bunyi [e], [y], [c],[q] gigi turut sama berperanan, dan dikenali sebagai

daerah penyebutan.

2.1.4 Gusi

Gusi ialah bahagian yang embung, dan menurun dari gigi ke bahagian dalam

rongga mulut. Ia berfungsi sebagai daerah artikulasi. Gusi berperanan dalam pengeluaran

bunyi-bunyi seperti [t], [d], [l], [r], [s], [z] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah

yang berfungsi membuat penyekatan.

2.1.5 Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit

keras terletak di antara gusi dan berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran

bunyi. Lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan

sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Jika diturunkan,

rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Organ ini

penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau pun

tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan

kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukan bunyi sengau.

Page 8: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

7

2.1.6 Anak tekak

Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran

dengan lelangit lembut dan berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan

lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak

dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.

2.1.7 Rongga

Rongga terbahagi kepada rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga

merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar masuk daripada

paru-paru.

2.1.8 Pita suara

Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia juga amat penting untuk

penghasilan bunyi. Lubang di antara dua keping selaput itu boleh diluas atau

disempitkan dalam usaha mengeluarkan bunyi. Jika seseorang yang mengalami

kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara dan orang yang tidak mempunyai

pita suara akan menjadi bisu.

Rajah Pita suara

3.0 Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu

Umumnya, dalam Bahasa Melayu terdapat 3 golongan bunyi iaitu, vokal,

konsonan dan diftong.

Pertama, bunyi dikeluarkan dengan cara udara tanpa gangguan dalam rongga

mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tersekat atau

terhimpit.Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan

bunyi yang dihasilkan sedemikian akan dikenali sebagai Vokal.

Page 9: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

8

Kedua, bunyi-bunyi itu dapat dihasilkan dengan menekan udara keluar dari paru-

paru. Aliran udara itu kemudian terganggu oleh alat-alat sebutan tadi semasa melalui

rongga mulut atau rongga hidung.Bunyi yang dikeluarkan dengan cara demikian

dikatakan bunyi konsonan.

Menurut cara sebutan tersebut yang diterangkan di atas, bunyi bahasa tersebut

dibahagi kepada bunyi vokal dan bunyi konsonan. Deskripsi bunyi yang mengasingkan

bunyi vokal dan konsonan adalah suatu cara tradisional.Analisis ciri-ciri pembeza ini

dimulakan oleh R.Jacobson(1956) dengan melihat ciri-ciri akustik bunyi-bunyi

tersebut.Setiap bunyi itu ditentukan oleh ciri pembeza sahaja, iaitu di mana ia berbeza

antara satu sama lain.

3.1 Cara Penghasilan Bunyi-bunyi Vokal

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami

sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah , keadaan

rongga mulut dan bentuk bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu

vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.

Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu seperti contoh jadual berikut:

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

Rajah Vokal yang dihasilkan

Page 10: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

9

3.1.1 Vokal Hadapan

Kalau bahagian lidah yang terlibat itu hujung lidah, maka bunyi vokal yang

dihasilkan vokal hadapan kerana hujung lidah itu terletak di bahagian mulut. Depan lidah

dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras terdapat saluran

sempit untuk udara keluar.Saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak

setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal .Ada 4 buah fon vokal depan iaitu

[ i ], [ e ], [ ] dan [ a ].

Vokal Hadapan dapat menghasilkan :

No Lambang

Fonetik

Gambarajah Penjelasan Dan Contoh

(i)

[ i ] vokal hadapan sempit

( Rajah dipetik daripada buku

OUM)

Apabila hujung lidah diletakkan pada titik

paling tinggi di bahagian depan mulut tetapi

lidah tidak menyekat aliran udara dari paru-

paru. Udara ditekan keluar dari paru-paru.

Maka bunyi vokal akan dihasilkan.

Contoh: bilik , titik , ipar , jari , cari

(ii) [ e ] vokal hadapan separuh sempit

( Rajah dipetik daripada buku

OUM)

Hujung lidah dibawa turun 1/3 daripada titik

untuk vokal sempit.Udara dari paru-paru

ditekankan keluar.Dua bibir dileperkan. Ini

menghasilkan bunyi vokal separuh sempit.

Contohnya: kole , tauge , bendi , elok

(iii)

[ ] vokal hadapan separuh luas

( Rajah dipetik daripada buku

OUM)

Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,depan

lidah diturunkan 1/3 dari kedudukan untuk

mengeluarkan vokal [ e ]dan[ i ].

Contohnya: tauke , gelek , gesek , gerek

Page 11: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

10

(iv) [ a ] vokal hadapan luas

( Rajah dipetik daripada buku

OUM)

Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,depan

lidah diturunkan serendah-rendahnya.

Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke

belakang tekak dan menutup rongga hidung.

Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama

seperti menghasilkan vokal [ e ]dan[ i ].

Contohnya: pandai , anak , landai , siapa

3.1.2 Vokal Belakang

Kalau bahagian belakang lidah yang terlibat, maka bunyi vokal yang dihasilkan

itu akan dikenali sebagai vokal belakang. Untuk menghasilkan bunyi ini, bibir

dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Kita boleh

melakukan satu kajian kecil bahawa letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u],

kemudian sebut [o]. Vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah

lebih rendah ketika kita menghasilkan bunyi [u].

Rajah Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

Vokal belakang dapat menghasilkan :

No Lambang

Fonetik

Gambarajah Penjelasan Dan Contoh

(i) [ u ] vokal belakang sempit

( Rajah dipetik daripada buku

OUM)

Dihasilkan dengan mengangkat belakang

lidah setinggi mungkin di atas,tetapi tidak

menutup ruang aliran udara.Bentuk bibir

dibundarkan.

Contohnya: ubat , ulat , undang , udang

Page 12: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

11

(ii) [ o ] vokal belakang separuh sempit

( Rajah dipetik daripada buku

OUM)

Bunyi dihasilkan dengan menurunkan

belakang lidah 1/3 di antara tempat yang

paling tinggi dan tempat yang paling

rendah.Keadaan bibir pula dibundarkan.

Contohnya: obor , solo, toko

(iii) [ ↄ] vokal belakang separuh luas

Mengikut Yunus Maris(1969), vokal ini

adalah gantian vokal belakang separuh

sempit [ o ].Ia wujud kerana pengaruh

dialek daerah.

Bunyi dihasilkan apabila belakang lidah

diturunkan 1/3 daripada kedudukan

separuh sempit dan bentuk bibir turut

dibundarkan.

3.1.3 Vokal Tengah

Kalau lidah dalam keadaan bersahaja, iaitu terletak di lantai rongga mulut dalam

keadaan sedikit tegang maka vocal yang dihasilkan itu dipanggil vokal tengah [Ә ].

Vokal tengah dapat menghasilkan :

No Lambang

Fonetik

Gambarajah Penjelasan Dan Contoh

(i). [ә] vokal tengah pendek Meletakkan lidah terhampar di

lantai rongga mulut.Tengah lidah

agak melengkung ke atas

sedikit.Luas rongga mulut agak

sederhana.Keadaan bibir juga

bersahaja.

Contohnya:perahu, tompat

Page 13: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

12

3.1.4 Vokal Sengau

Vokal sengau adalah vokal yang dihasilkan dengan artikulasi yang hampir sama

dengan artikulasi bunyi-bunyi vokal oral yang telah dihuraikan di atas.Perbezaannya

adalah dari segi aliran

arus udara dari paru-paru itu dibenarkan keluar melalui rongga nasal dengan sebahagian

darinya tetap mengalir juga di rongga mulut.Vokalnya ini dibezakan dengan vokal oral

dengan cara menandakan tanda diakritis [ ~ ]di atas vokal berkenaan.

Contohnya, seperti [mȃkan] , [mȃndi].

4.0 Bunyi Konsonan

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara dari paru-paru yang

tersekat, disempitkan dan lain-lain semasa rongga mulut atau disalurkan melalui rongga

hidung. Ia bertentangan dengan bunyi vokal yang dihasilkan tanpa

gangguan terhadap aliran udara tersebut.

Dalam mendeskripsikan bunyi-bunyi konsonan ini, ketiga-tiga faktor ini akan

digunakan iaitu daerah artikulasi, cara sebutan dan keadaan pita suara.Bunyi-bunyi

konsonan Bahasa Melayu boleh dibahagi kepada duo golongan, iaitu konsonan asli dan

konsonan pinjaman.

4.1Konsonan Letupan

Bunyi letupan ini dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana

daerah sebutan.Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan

tersekat.Apabila udara tersekat ini dilepaskan dengan serta-merta maka bunyi letupan

akan dihasilkan. Bunyi letupan akan berubah jika daerah dan alat sebutan berubah.Kita

memanggil bunyi letupan itu mengikut daerah sebutannya.

4.1.1 Letupan bibir [p] , [b]

Letupan bibir dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara

dari paru-paru akan bertahan.Kalau letupan itu dilakukan dengan getaran pita suara maka

bunyi itu menjadi letupan bibir tak bersuara, iaitu [p] dan [b] pula dilakukan dengan pita

suara tidak bergetar.Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan bibir.

Page 14: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

13

Letupan bibir [p] , [b]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

4.1.2 Letupan gusi [t] dan [d]

Hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Udara yang tertahan dalam rongga mulut

dilepaskan dengan serta merta.Bunyi dihasilkan ialah letupan gusi tak bersuara [t] dan

letupan gusi bersuara [d]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan gusi.

Letupan gusi [t] dan [d]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

4.1.3 Letupan lelangit lembut [k] dan [g]

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.Udara yang tertahan dilepaskan

dengan serta merta dan menghasilkan bunyi letupan lelangit lembut [k] tak bersuara dan

bersuara [g]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan lelangit lembut [k] dan [g].

Letupan lelangit lembut [k] dan [g]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

4.1.4 Letupan pita suara [?]

Jika pita suara dirapatkan dan tekanan udara dari paru-paru dilepaskan dengan

serta merta, dan menghasilkan bunyi letupan. Letupan berlaku di pita suara, maka kita

tidak mengambil kira ianya bersuara atau tidak. [?]dijadikan lambang bunyi. Rajah

dibawah menunjukkan bunyi letupan pita suara [?].

Page 15: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

14

Letupan pita suara [?]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

4.2 Konsonan Geseran

Konsonan geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu

melalui rongga mulut.Lelangit lembut dirapatkan ke dinding belakang rengkung dan

udara hanya keluar melalui rongga mulut. Penyempitan rongga mulut menyebabkan

udara dari paru-paru kita keluar dengan cara bergeser untuk menghasilkan bunyi

geseran.Geseran ini boleh bersuara dan tidak bersuara.

4.2.1 Geseran Gusi [s], [z]

Hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras tetapi aliran udara

tidak tersekat.Udara dari paru-paru tertekan dan keluar dengan bergeser. Bunyi geseran

gusi lelangit keras tak bersuara[s] dan yang bersuara [z]. Rajah dibawah menunjukkan

bunyi geseran gusi [s], [z].

Geseran Gusi [s]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

4.2.2 Geseran pita suara [h]

Pita suara boleh disempitkan dan menyebabkan udara keluar di antara pita suara

dengan bergeser. Pita suara ini tidak dikatakan bersuara atau tidak.Geseran pita suara

ialah [h].Dalam tesis Ph. D.nya, bertajuk Some Aspects of Malay Phonology and

Morphology (1976), Farid Onn, mengatakan [h] mempunyai cirri bersuara. Rajah

dibawah menunjukkan bunyi geseran pita suara [h].

Page 16: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

15

Geseran pita suara [h]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

4.3 Konsonan Getaran [r]

Bunyi konsonan ini dihasilkan dengan mengetarkan lidah dalam rongga

mulut.Terdapat satu bunyi getaran dalam Bahasa Melayu.Lidah diangkat ke arah gusi

atas.Udara dari paru-paru ditekan keluar hingga menggetarkan lidah untuk menghasilkan

bunyi getaran [r].Bunyi ini bersuara. Rajah dibawah menunjukkan konsonan bunyi

getaran [r].

Konsonan Getaran [r]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

4.4 Konsonan Sisian [l]

Bunyi ini dihasilkan dengan menggetarkan lidah dari kiri dan kanan dalam rongga

mulut.Hujung lidah diangkat ke arah gusi atas.Udara dari paru-paru ditekan keluar ikut

kiri dan kanan lidah. Satu bunyi sisian [l]dihasilkan dan bunyi bersuara dalam Bahasa

Melayu. Rajah dibawah menunjukkan konsonan Sisian [l].

Konsonan Sisian [l]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

4.5 Separuh Vokal [w] dan [y]

Separuh vokal ini merupakan bunyi vokal yang tidak selesai.Ia tidak tidak dikenal

sebagai vokal penuh kerana ia tidak terdapat sebarang gangguan kepada aliran udara,

tetapi di sini mempunyai masalah gangguan aliran udara.Ada dua bunyi separuh vokal,

Page 17: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

16

iaitu:separuh vokal bibir [w] dan separuh vokal lelangit keras [y]. Rajah dibawah

menunjukkan Separuh Vokal [w] dan [y].

Separuh Vokal [w]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

4.6 Konsonan pinjaman

Gigi bawah dirapatkan ke arah bibir atas tetapi tidaklah rapat sehingga menyekat

aliran udara.Udara dari paru-paru tertekan dan keluar dengan bergeser.Bunyi geseran

gigi-bibir yang bersuara ialah [v]dan yang tak bersuara ialah [f]. Rajah dibawah

menunjukkan Konsonan pinjaman [v] dan [f].

Konsonan pinjaman [v] dan [f]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

4.7 Konsonan Sengauan

Konsonan ini dihasilkan dengan cara yang seakan serupa dengan letupan. Tetapi

lelangit lembut diturunkan untuk membolehkan udara keluar melalui rongga

hidung.Bunyi sengauan akan terhasil.Semua bunyi sengauan adalah bersuara.

4.7.1 Sengauan bibir [m]

Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas.Ini menghasilkan bunyi sengau bibir [m].

Rajah dibawah menunjukkan sengau bibir [m].

Sengauan bibir [m]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

Page 18: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

17

4.7.2 Sengauan Gusi [n]

Hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Ini menghasilkan bunyi sengau gusi[n].

Rajah dibawah menunjukkan sengauan gusi [n].

Sengauan Gusi [n]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

4.7.3 Sengauan Lelangit Keras[ɲ]

Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dikenali sebagai

bunyi sengauan lelangit keras bersuara[ɲ]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi sengauan

lelangit keras bersuara [ɲ].

Sengauan Lelangit Keras[μ]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

4.7.4 Sengauan Lelangit Lembut[ŋ]

Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi

sengauan lelangit lembut bersuara[ŋ]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi sengauan

lelangit lembut bersuara[ŋ].

Sengauan Lelangit Lembut[ŋ]

( Rajah dipetik daripada buku OUM)

Page 19: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

18

4.8 Carta Konsonan Bahasa Melayu

Untuk menjelaskan bunyi-bunyi yang dideskripsi, satu carta telah dimasukkan

sebagai rujukan.Dalam carta ini, daerah sebutan dirujukkan kepada cara sebutan,

dinyatakan juga sama ada bunyi itu bersuara atau tidak.

Carta Konsonan Bahasa Melayu

4.9 Transkripsi Fonetik dan Fonemik

Kita telah membincangkan bagaimana bunyi dihasilkan, baik vokal mahupun

konsonan. Transkripsi adalah penurunan lambang-lambang bunyi daripada lambang

tulisan yang mencatat sesuatu dalam kehidupan. Semua lambang dapat dipakai bagi

merakamkan bunyi secara bertulis.Hanya setelah bunyi-bunyi ini terakam dalam bentuk

lambang barulah bunyi tersebut dapat dianalisa.Penganalisaan bunyi untuk menimbulkan

sistem bunyi dalam kajian fonologi. Bermacam-macam bunyi boleh dilahirkan sekiranya

daerah sebutan dibahagi dengan lebih rapi.Transkripsi terbahagi kepada dua jenis iaitu

transkripsi fonetik dan transkripsi fonemik. Ini dapat dilihat dalam carta Fonetik

Antarabangsa di bawah.

Page 20: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

19

Carta Fonetik Antarabangsa

4.9.1 Transkripsi Fonetik

Transkripsi fonetik merupakan cara yang mempelajari segala bunyi bahasa yang

dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang-lambang fonetik

untuk bunyi itu masing-masing. Contohnya seperti berikut:

Page 21: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

20

4.9.2 Transkripsi Fonemik

Transkripsi fonetik pula merupakan cara yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa

dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem.Ia lebih ditumpukan transkripsi

dalam bentuk tulisan.Contohnya seperti berikut:

Fonem θ dieja sebagai"th"

Fonem ŏ dieja sebagai"dh"

Fonem ŋ dieja sebagai"ng"

Fonem γ dieja sebagai"gh"

5.0 Fonologi

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi

yang tertentu dalam pertuturan,khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang

menyatakan “ the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of

individual language has variously been called phonology”. Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli

linguistik Barat pula,“ phonology is the study of the function and patterning of speechsounds ” yang

bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang

diucapkan oleh manusia”. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula,fonologi ialah

bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan

yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri.

5.1 Fonem

Fonem adalah unit pada tingkat bunyi yang distingtif.Selain itu, fonem boleh

dimengertikan sebagai unit sifat bunyi yang membezakan erti ( Bloodmfield: 1933).Satu

unit ujaran yang bermakna dan terdiri daripada beberapa unit bunyi. Contohnya seperti

kaya , baya , paya , maya dan saya.Seseorang tidak lagi teragak-agak mengatakan yang

bunyi-bunyi konsonan /k/ , /b/ , /p/ , /m/ dan /s/. Unit-unit bunyi ini dipanggil

fonem.Fonem juga bermaksud bunyinya hampir sama, yang membezakan erti antara dua

kata itu. Terdapat beberapa contoh di bawah.

Page 22: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

21

Misalnya :

b diganti dengan p , maka bagi akan bertukar menjadi pagi .

p diganti dengan b , maka paku akan bertukar menjadi baku .

g diganti dengan k , maka geli akan bertukar menjadi keli .

k diganti dengan g , maka kitar akan bertukar menjadi gitar .

g diganti dengan k , maka gelipar akan bertukar menjadi kelipar .

b diganti dengan p , maka bagi akan bertukar menjadi palu .

Oleh itu b , p , k , g dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu

membezakan maksud ujaran.

5.2 Alofon

Alofon adalah pengwujudan dari fonem yang berbeza dari segi sifat-sifat fiziknya.

Dengan kata lain,alofan merupakan bunyi-bunyi kelainan yang tergolong kepada kelas

fonem yang sama, dan dengan sendirinya merupakan anggota kepada keluarga fonem

tersebut.Bunyi-bunyi yang dikaji itu haruslah dilihat dari segi kesamaan fonetis.Selain itu,

bunyi-bunyi yang berbeza dikaji haruslah jangan mendatangkan perbezaan makna.

Perkataan-perkataan di bawah mempunyai erti yang sama tetapi berbeza secara

fonetis pada bunyi pertamanya . Contohnya seperti berikut:

Ugama agama

/ u / boleh diganti dengan / a / supaya perkataan yang sama boleh disebut sebagai agama.

igama ugama

/ i / boleh diganti dengan / u / supaya perkataan yang sama boleh disebut sebagai ugama .

pikir fikir

[ f ] dan [ p ] adalah alofon-alofon kepada fonem /p/ dalam Bahasa Melayu.

paham faham

[ f ] dan [ p ] adalah alofon-alofon kepada fonem /p/ dalam Bahasa Melayu.

Akhir kata, dalam membuat pertimbangan bagi menentukan alofon-alofon kepada

sesuatu fonem dalam sesuatu bahasa, seorang pengkaji harus dapat membezakan keadaan

yang seolah-olah sama dengan variasi bebas di mana kerap terjadi sebutan yang alternatif

dari suatu kata yang memperlihatkan adanya perbezaan yang fonemis.Unit bunyi juga

boleh saling berganti secara alternatif itu adalah fonem-fonem yang berasingan yang

sudah terbukti dengan jelasnya dalam sesuatu bahasa itu.

Page 23: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

22

6.0 Ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu

Ciri-ciri suprasegmental adalah sifat bunyi yang menindihi sesuatu segmen bunyi

samada bunyi vokal atau bunyi konsonan. Segmen bunyi yang dicantumkan menjadi

urutan yang bermakna akan menghasilkan kata yang jika seharusnya dilengkapkan

dengan ciri-ciri yang non-segmental seperti panjang-pendek , tekanan , tona dan jeda ,

maka barulah makna kata itu menjadi pasti dan jelas.

6.1 Tekanan

Tekanan adalah keras atau lemahnya suara yang diperlukan bagi menyebut

sesuatu suku-kata. Bunyi vokal boleh berbeza dari segi kenyaringan dalam kesatuan

bunyi-bunyi.Terdapat 4 jenis tekanan dengan tanda-tanda tertentu seperti berikut:

= tekanan keras / dua \ = tekanan lemah / tiga

ᴧ = tekanan sedang / dua v = tekanan paling lemah

6.2 Panjang- pendek

Dua bunyi, khususnya bunyi vokal mungkin serupa dalam semua aspek fonetik

melainkan berbeza dari segi panjang-pendek.Lambang ini akan digunakan bernama

mora[:]. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora.

Dalam kebanyakan bahasa, panjang-pendek bunyi vokal dan konsonan penting sekali

peranannya bagi membezakan morfem.

6.3 Tona

Tona adalah meninggi atau menurunnya nada suara pada menyebut sesuatu suku-

suku atau morfem.Perbezaan tona merupakan sesuatu perbezaan yang disebabkan oleh

perbezaan nada suara seperti tona tinggi,tona rendah, tona mendatar dan tona turun naik.

6.4 Jeda

Jeda dikenali sebagai persendirian , iaitu unsur hentian yang memisahkan antara

perkataan, ayat atau rangkaian kata. Lambang jeda digunakan ialah #. Unsur ini

digunakan untuk membezakan makna.

Page 24: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

23

7.0 Kepentingan dalam pengajaran kemahiran lisan

Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat menunjukkan bahawa kanak-kanak

mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa

dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka

menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.

Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah mengeluarkan buah

fikiran mereka dengan sebutan yang betul. Dengan itu mereka akan lebih berani, yakin

diri untuk bersuara semasa pengajaran dijalankan.

Contohnya, kanak berdiri untuk membaca perkataan yang hampir sama dan

berbeza sedikit bunyi dari segi fonetiknya yang diberi oleh guru secara persendirian.

pagi & bagi

beli & beri

dara & darah

Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan

suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang

baik. Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah

dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan

akan membina asas bahasa yang kukuh.

Contohnya: 1) Dia sudah lari. Perbezaan antara r dan l

2) Dia sudah lali.

Kanak-kanak dapat bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan

menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan

dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan

dan lain-lain. Contohnya:

Pengalaman yang diceritakan oleh kanak yang melawat ke zoo negara di dalam kelas

dapat membantu kanak-kanak lain mengenali lebih banyak tentang kehidupan haiwan .

Page 25: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

24

Kanak-kanak dapat mendengar dan memahami pertuturan yang disampaikan oleh

orang lain dalam kehidupan harian sama ada di dalam atau di luar rumah.Mereka dapat

melakukan apa yang disampaikan oleh orang lain.Contohnya seperti berikut:

Ibu:"Ali , tolong beli sebotol kicap di kedai runcit ."

Ali:"Baiklah, ibu. Saya pergi membeli sekarang. "

Secara keseluruhan kemahiran lisan adalah amat penting, guru dikehendaki

memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang

banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata

kanak-kanak. Maka dengan ini boleh memudahkan kanak-kanak untuk belajar.

8.0 Kesimpulan

Melalui kerja kursus ini banyak yang kita dapat pelajari daripada BahasaMelayu dimana

terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi bermakna yang dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi

yang terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.

Fonemik merupakan satu kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan

pendengaran. Manakala fonemik pula berkaitan tentang kajian fungsi dan struktur bunyi bahasa. Di

samping itu , saya juga mengkaji bagaimana vokal dan konsonan dihasilkan. Setelah mengkaji, vokal

merupakan bunyi bersuara kerana tiada halangan semasa udara keluar dari peparu. Lidah dan bibir pula

memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi vokal manakala konsonan mempunyai

bunyi yang bersuara dan tidak bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau halangan

semasa udara keluar dari peparu dan dua bibir iaitu gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, dan

rongga hidung yang memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain daripada itu,

saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan dearah-daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi

melibatkan semua organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi manakala dearah artikulasi adalah bagi

organ yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada pada tempatnya.

Untuk memahami dengan lebih mendalam, carta vokal, konsonan dan carta fonetik

antarabangsa dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus ini sebagai rujukan.

Page 26: FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/8107131253… · linguistik komputer, ... Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan

HBML1203

25

RUJUKAN / REFERENSI

Abdullah Hassan, (1980), Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Kuala

Lumpur:Fajar Bakti SDN.BHD.

Arbak Othman, (1983), Permulaan Ilmu Linguistik satu pengenalan konsep bidang

kajian secara teoritis, Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

T.Jensen, J. (1995), Morfologi Struktur Kata Dalam Nahu Generati, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peter Trudgil , (1984), Sosiolinguistik Satu Pengenalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.

Robert Lado, (1964), Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik, Amerika Syarikat:

Nombor Kad Katalog Perpustakaan Kongres.

Yunus Maris, (1966), The Malay Sound System, Kuala Lumpur : University Malaya

Press.

http:// www.oum.edu.my