fakulti sains dan teknologi mei 2012 bbgo 4103...

24
BBGO 4103 1 FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 GELAGAT ORGANISASI NO. MATRIKULASI : 700208115075003 NO. KAD PENGNEALAN : 700208115075 NO. TELEFON : 019-9204609 E-MEL : [email protected] TUTOR’S NAME : ENCIK ASRI BIN MOHAMED PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KELANTAN

Upload: leanh

Post on 02-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

1

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

MEI 2012

BBGO 4103

GELAGAT ORGANISASI

NO. MATRIKULASI : 700208115075003 NO. KAD PENGNEALAN : 700208115075

NO. TELEFON : 019-9204609

E-MEL : [email protected]

TUTOR’S NAME : ENCIK ASRI BIN MOHAMED

PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KELANTAN

Page 2: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

2

Bil Perkara Muka Surat 1.0 Pengenalan Pengurusan Gelagat Organisasi………………………................3

1.1 Nama Organisasi ..................................................................................3

1.2 Jenis Perniagaan Atau Perkhidmatan ...................................................3

1.3 Visi Dan Misi .......................................................................................3,4

1.4 Jenis Pekerjaan .....................................................................................4

1.5 Saiz Pekerja, Data Pekerja Dan Carta Organisasi ................................4,5,6,7,8,9

2.0 Lima Peranan Pengurus Institut Berdasarkan Model Mintzberg’s (1973)......10

2.1 Pemimpin Dan Contoh ........................................................................10,11

2.2 Lambang Dan Contoh ..........................................................................11

2.3 Jurucakap Dan Contoh .........................................................................12

2.4 Pemantau Dan Contoh .........................................................................12,13

2.5 Penyelesai Masalah Dan Contoh .........................................................13,14

3.0 Analisa Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pengurus Institut ................................14

3.1 Cabaran Globalisasi Dan Contoh.........................................................14,15

3.2 Cabaran Tenaga Kerja Pelbagai Dan Contoh.......................................15,16

3.3 Cabaran Mengurus Perubahan Teknologi Dan Contoh........................16

3.4 Cabaran Etika Dan Contoh...................................................................16,17

4.0 Cadangan Bagaimana Pengurus Institut Boleh Menangani

Cabaran Dengan Baik…..............................................................................…17

4.1 Cadangan Terhadap Globalisasi Dan Justifikasi.................................17,18,19

4.2 Cadangan Terhadap Tenaga Kerja Pelbagai Dan Justifikasi..............19,20

4.3 Cadangan Mengurus Perubahan Teknologi Dan Justifikasi ..............20,21

4.4 Cadangan Terhadap Etika Dan Justifikasi..........................................22,23

5.0 Rumusan ........................................................................................................23

Rujukan ..........................................................................................................24

Page 3: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

3

1.0 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI.

Gelagat Organisasi merupakan tingkah laku individu dan kumpulan dalam sesebuah

organisasi. Daripada kajian yang telah dijalankan, mendapati Gelagat Organisasi lebih memberi

penekanan terhadap hubungan psikososial antara perorangan dan tingkah laku dinamik dalam

sesebuah organisasi.

Menurut Johns (1996), Gelagat Organisasi di rujuk kepada sikap dan perilaku individu

dan kumpulan dalam sesebuah organisasi. Gelagat Organisasi menurut Robbins (2005),

didefinasikan sebagai satu bidang kajian yang menyelidiki impak gelagat yang dihasilkan oleh

individu, kumpulan dan struktur dalam organisasi bertujuan untuk mengaplikasikan pengetahuan

tertentu bagi menjamin kemajuan dan kecekapan sesebuah organisasi.

1.1 NAMA ORGANISASI.

Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi subjek

Gelagat Organisasi ialah Institut Kemahiran MARA Besut, Terengganu.

1.2 JENIS PERNIAGAAN ATAU PERKHIDMATAN.

Perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh institut ialah memberi latihan

kemahiran kepada kaum bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Program kemahiran yang

ditawarkan oleh institut di tahap sijil teknologi ialah Kejuruteraan Lukisan Rekabentuk,

Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan

Penyejukan Dan Penyamanan Udara dan Teknologi Kimpalan.

1.3 VISI DAN MISI.

Visi dan misi Institut Kemahiran MARA Besut adalah sama sebagaimana visi dan misi

Institut Kemahiran MARA yang lain di Malaysia.

Page 4: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

4

1.3.1 Visi.

Peneraju Latihan Kemahiran Negara Terunggul Bertaraf Dunia.

1.3.2 Misi.

i). Menjadikan latihan kemahiran negara sebagai peneraju dan role model

kepada latihan kemahiran negara.

ii). Melahirkan tenaga kerja bumiputera yang berdaya saing, terlatih, beretika,

berinovasi dan memiliki minda kelas pertama.

iii). Melahirkan teknopreneur global ke arah pembangunan Masyarakat

Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera .

1.4 JENIS PEKERJAAN.

Jenis pekerjaan yang terdapat di Institut Kemahiran MARA Besut terdiri daripada pekerja

di bahagian pengurusan dan pentadbiran, tenaga pengajar di bahagian pengajian am dan tenaga

pengajar di bahagian teknikal.

1.5 SAIZ PEKERJA, DATA PEKERJA DAN CARTA ORGANISAS I.

Jumlah kakitangan yang berkhidmat di Institut ini sehingga Mei 2012, ialah seramai 104

orang. Di bawah dilampirkan data sokongan berkenaan kakitangan institut.

Page 5: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

5

Page 6: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

6

Page 7: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

7

Page 8: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

8

Data Senarai Kakitangan Institut Kemahiran MARA Besut Terengganu

Page 9: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

9

Carta Organisasi Institut Kemahiran MARA Besut, Terenggnau.

Page 10: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

10

2.0 LIMA PERANAN PENGURUS INSTITUT BERASASKAN MODEL

MINTZBERG’S (1973) .

Terdapat sepuluh peranan pengurus yang dihuraikan oleh Henry Mintzberg’s (1973).

Walaubagaimanapun telah dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu:-

i.). Peranan ‘interpersonal’, yang berkaitan dengan lambang, pemimpin dan

penghubung.

ii). Peranan penyampai maklumat terdiri daripada pemantau, penyebar dan

jurucakap.

iii). Peranan membuat keputusan menerangkan tentang keusahawanan, penyelesai

masalah, pengagihan sumber dan perunding.

Daripada Model Mintzberg’s, (1973), saya telah memilih lima peranan yang perlu diberi

perhatian oleh pengurus di Institut Kemahiran MARA Besut iaitu :-

2.1 PEMIMPIN DAN CONTOH.

Pengarah adalah pemimpin yang bertanggungjawab untuk memotivasi, membimbing,

melatih, mengarahkan pekerja, menyediakan ganjaran, mendisiplin dan mengambil tidakan

tatatertib terhadap pekerja. Sebagai pemimpin, pengarah akan memberikan kepimpinan kepada

pasukan, jabatan dan juga terhadap seluruh organisasi bertujuan untuk menguruskan semua

anggota dalam kumpulan.

Kepimpinan ialah satu proses eksekutif yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan kerja

– kerja lain untuk mencapaian matlamat tertentu dalam situasi yang diberikan. Kepimpinan juga

merupakan keupayaan pengurus untuk mendorong orang bawahan supaya bekerja dengan lebih

Page 11: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

11

yakin dan bersemangat. Pemimpin perlu berfikiran jauh kehadapan dan membangunkan

wawasan masa hadapan organisasi.

Contoh kepimpinan yang telah dilaksanakan oleh pengarah di institut ialah seperti

memberikan tugas – tugas tertentu kepada pekerja bawahan. Di antara tugas – tugas tersebut

ialah melantik ahli jawatankuasa disiplin, sukan, keselamatan, kebajikan dan lain – lain lagi,

supaya pentadbiran institut dapat berjalan dengan lancar dan berkesan dengan meletakkan

harapan agar pekerja akan memberi perhatian yang wajar terhadap tahap prestasi yang telah

ditentukan.

2.2 LAMBANG DAN CONTOH.

Pengurus berfungsi sebagai lambang atau simbol yang bertanggungjawab untuk merasmi

dan menutup majlis – majlis rasmi, melaksanakan tanggungjawab sosial, adat istiadat dan

undang – undang.

Sebagai lambang pengurus juga perlu memperbaiki atau membina keyakinan diri dengan

menjaga imej diri, tingkah laku dan reputasi. Sifat merendah diri dan empati perlu dipupuk serta

meletakkan diri sebagai satu contoh yang baik di tempat kerja dan berfikir cara untuk menjadi

ikutan dan contoh yang baik.

Contoh pengurus berperanan sebagai lambang di institut seperti melayani pelawat luar

dan memberi taklimat berkenaan dengan institut. Selain daripada itu beliau juga berperanan

untuk menandatangangi perjanjian dengan pihak luar seperti perjanjian latihan peningkatan

kemahiran tenaga pengajar dengan pihak SIRIM. Di majlis – majlis rasmi atau semasa dipilih

sebagai tuan rumah, pengurus akan dijemput untuk menghadiri upacara pemotongan riben dan

sebagainya.

Page 12: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

12

2.3 JURUCAKAP DAN CONTOH.

Pengurus perlu berinteraksi dengan pihak lain dan membentuk satu jaringan kerja yang

efektif. Pengurus hendaklah berkomunikasi dengan kenalan di dalam organisasi dan juga pihak

lain yang berada di luar organisasi dengan baik supaya kesannya akan menguntungkan organisasi

itu sendiri.

Dalam konteks membentuk rangkaian kerja dengan pihak luar, pengurus perlu

berbincangan mengenai sesuatu projek dengan pengurus dari institusi latihan kemahiran, jabatan

atau organisasi lain. Pengurus juga perlu mengadakan perhubungan dengan pemimpin -

pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan dan pengubah – pengubah polisi peringkat kebangsaan

atau tempatan.

Contoh peranan sebagai jurucakap ialah apabila beliau menghadiri mesyuarat pengarah –

pengarah di peringkat ibu pejabat MARA di Kuala Lumpur, segala maklumat yang diterima akan

disampaikan kepada semua pekerja bawahan semasa beliau kembali ke institut. Beliau juga

berperanan untuk membentangkan laporan pencapaian pelajar – pelajar institut di sepanjang sesi

pengajian kepada Pengarah Bahagian Kemahiran di ibu pejabat MARA Kuala Lumpur pada

hujung semester.

2.4 PEMANTAU DAN CONTOH.

Pemantau akan melibatkan kerja – kerja penapisan maklumat yang dihantar dan diterima

sama ada dari luar atau dalam organisasi. Pengurus akan mencari maklumat yang berkaitan

dengan organisasi mereka dan institusi latihan kemahiran lain. Pengurus akan mencari maklumat

mengenai perubahan yang relevan dalam persekitaran. Pengurus juga akan memantau pasukan

mereka dari aspek produktiviti dan kesejahteraan.

Pengurus perlu memperbaiki dan belajar bagaimana kaedah untuk mengumpul maklumat

serta mengatasi masalah limpahan maklumat. Pendekatan yang digunakan ialah dengan

Page 13: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

13

menggunakan strategi efektif dengan mendapatkan maklumat melalui sumber pembacaan dan

menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Setiap maklumat yang diperolehi hendaklah

diproses dengan cepat dan teliti.

Contoh pemantau ialah apabila pengurus perlu menghadiri sesuatu persidangan berkaitan

perubahan teknologi program latihan kemahiran di peringkat antarabangsa. Maklumat –

maklumat yang berkaitan dengan perancangan strategik latihan kemahiran, perubahan teknologi

dan program latihan kemahiran terkini perlu dikenalpasti dan dikumpulkan terlebih dahulu.

Maklumat – maklumat melalui pembacaan akhbar, maklumat melalui laporan, menghadiri

seminar – seminar dan latihan – latihan akan dipantau terlebih dahulu oleh pengurus sebelum

digunapakai.

2.5 PENYELESAI MASALAH DAN CONTOH.

Pengurus akan dapat menyumbang idea untuk melaksanakan sesuatu projek dan membuat

keputusan yang sesuai berkaitan dengan masalah yang di hadapi. Pengurus juga terlibat dengan

usaha – usaha untuk merapatkan jurang perbezaan yang terdapat di antara pekerja dalam

organisasi atau masalah yang berlaku semasa berhubung dengan pihak luar. Pengurus yang

berpengalaman dan berpengetahuan akan bertindak bersendirian mengatasi masalah tersebut.

Pekerja perlu dilibatkan untuk mendapatkan jalan penyelesaian sesuatu masalah jika

sekiranya dirasakan sumbangan idea daripada pekerja sesuai untuk menjayakan sesuatu

keputusan. Jika berlaku konflik di antara pengurusan dengan pengurus lain atau pekerja,

pembekal atau pelanggang terhadap sesuatu masalah, pengurus hendaklah bertindak

menyelesaikan masalah tersebut dengan mendapatkan keputusan secara bersama atau

bermuafakat.

Contoh pengurus bertindak sebagai penyelesai masalah ialah mengatasi masalah kualiti

persekitaran dan latihan yang tidak tersusun. Pengurus telah membentuk satu jawatankuasa

amalan persekitaran berkualiti (5S). Dengan menetapkan sasaran untuk mendapatkan sijil

Page 14: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

14

pengiktirafan dari pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia pada oktober 2012, semua individu di

dalam organisasi telah terlibat dan mengambil bahagian bagi memastikan jabatan, bahagian atau

unit mereka telah memenuhi spesifikasi amalan persekitaran yang berkualiti. Kesannya pada

masa kini, persekitaran organisasi telah berada dalam keadaan tersusun dengan baik dan begitu

kondusif kepada kakitangan dan pelajar.

3.0 ANALISA CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PENGURUS INSTITU T.

Pengurus akan sentiasa berhadapan dengan berbagai cabaran dan implikasi yang akan

mempengaruhi keberkesanan mereka dalam mengurus institut. Ini adalah disebabkan oleh

organisasi yang sentiasa terdedah kepada perubahan persekitaran. Di antara cabaran – cabaran

utama yang perlu dihadapi ialah pengurus di peringkat tempatan dan antarabangsa ialah :-

3.1 CABARAN GLOBALISASI DAN CONTOH.

Globalisasi telah memberi kesan yang besar kepada pengurusan organisasi. Semua

negara, institusi dan penduduk di dunia akan dihubungkan di bawah satu ekonomi global yang

saling bergantungan. Mereka dapat berkongsi maklumat, sumber – sumber, kepakaran, teknologi

dan lain – lain . Pengurus institut hendaklah dilengkapkan dengan individu yang mempunyai ciri

– ciri berikut:

i). Pengurus hendaklah didedahkan dengan perkerjaan yang melibatkan mereka

berurusan dengan pihak dari luar negara. Dengan pendedahan ini mereka akan

dapat mempelajari dan menerima pengalaman yang berbeza dari aspek kemahuan,

keperluan dan aspirasi bangsa asing.

ii). Di dalam negara pula, pengurus hendaklah diberikan tugasan yang melibatkan

pegawai atasan, rakan sekerja dan kakitangan asing. Pengurus hendaklah

memahami budaya pekerja yang pelbagai dan menyesuaikan perbezaan tersebut

dengan bentuk pengurusan mereka.

Page 15: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

15

Contoh cabaran globalisasi ialah ketika pengurus dikehendaki untuk membentangkan

program latihan kemahiran yang ditawarkan di Institusi mereka kepada wakil belia yang datang

dari negara Thailand dan Vietnam bagi tujuan untuk membuat pertukaran pelajar di antara dua

pusat latihan belia dari negara tersebut dengan Institut Kemahiran MARA Besut. Pada situasi ini

memerlukan pengurus mempunyai kemahiran dalam berinteraksi dengan pihak luar dan

maklumat – maklumat yang disampaikan hendaklah jelas dan tepat.

3.2 CABARAN TENAGA KERJA PELBAGAI DAN CONTOH.

Organisasi biasanya dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan menjalankan

tugas yang pelbagai dan berbeza untuk mencapai matlamat yang sama. Semua pekerja

memainkan peranan yang tersendiri berdasarkan kelebihan yang dimiliki sama ada dari segi

kebolehan, kepakaran dan pengetahuan. Tenaga kerja pelbagai terdiri daripada jantina, taraf

pendidikan, umur, kaum etnik dan lain – lain.

Pengurus perlu mengagihkan tugas dan tanggung jawab berdasarkan kelebihan dan

kesesuaian yang dimiliki. Pengurus perlu mengagihkan tugas sebaik mungkin terutama apabila

organisasi dianggotai oleh ahli yang pelbagai budaya supaya tidak timbul konflik, salah faham

dan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja. Kepelbagaian itu akan memberi kesan kepada

sikap, kebolehan dan personaliti dalam kalangan pekerja. Pengurus tidak boleh menganggap

bahawa semua kakitangan mereka mepunyai kemampuan yang sama, tetapi sebaliknya perlu

mengambil peluang daripada perbezaan tersebut sebagai aset yang sangat berpotensi untuk

organisasi.

Contohnya apabila umur pekerja meningkat, produktiviti kerja akan menurun, dalam

situasi ini pengurus akan mengambil tindakan meningkatkan semula produktiviti pekerja dengan

menghantar perkerja tersebut mengikuti kursus motivasi, menangani tekanan dan sebagainya.

Faktor umur yang meningkat juga akan menyebabkan tahap kesihatan akan menurun. Kaedah

Page 16: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

16

yang digunakan oleh pengurus untuk menangani masalah ini ialah dengan menyediakan

kemudahan klinik panel bagi memudahkan pekerja institut mendapatkan rawat

3.3 CABARAN MENGURUS PERUBAHAN TEKNOLOGI DAN CONTOH.

Perubahan teknologi merupakan satu lagi cabaran yang mesti dihadapi oleh seseorang

pengurus. Menurut Nelson dan Pantas (2008), teknologi ditakrifkan sebagai proses intelektual

dan mekanikal yang digunakan oleh organisasi untuk menukar input kepada produk atau

perkhidmatan yang boleh mencapai objektif organisasi.

Pengurus perlu memilih pekerja yang tepat untuk melakukan sesuatu tugas dengan

teknologi terkini. Pekerja perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran terutama berkenaan

dengan teknologi maklumat yang mempengaruhi gelagat pekerja semasa melaksanakan tugas.

Penumpuan kepada teknologi meliputi penggunaan mesin dan peralatan dengan konsep

pembelajaran yang sedang dilaksanakan. Ia bertujuan untuk memastikan supaya tenaga pengajar

didedahkan dengan mesin terkini dan menyampaikannya kepada pelajar.

Contoh perubahan teknologi ialah membuat perubahan ergonomik dalam melakukan

kerja atau dengan kata lain, hubungan pekerja dengan peralatan. pekerja – pekerja pentadbiran

dihantar mengikuti kursus – kursus berkaitan dengan teknologi maklumat (IT). Mempunyai

pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat (IT) ini, membolehkan pertukaran pengetahuan

dan memudahkan penyelesaian masalah. Tenaga pengajar dihantar mengikuti kursus peningkatan

kemahiran di pusat – pusat latihan yang diiktiraf untuk mendapatkan teknologi yang terkini.

Manakala peralatan atau mesin - mesin yang menggunakan teknologi usang telah digantikan

dengan perlatan terkini.

3.4 CABARAN ETIKA DAN CONTOH.

Pengurus institut juga tidak terlepas daripada cabaran etika. Organisasi yang mempunyai

dasar dan amalan kerja yang jelas biasanya sangat berjaya dalam menguruskan cabaran etika ini.

Page 17: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

17

Organisasi akan menghadapi kesukaran dalam menguruskan etika sekiranya semua individu atau

pekerja tidak mempunyai pendapat yang serupa.

Kini masyarakat telah dapat menilai dan mempunyai pengetahuan untuk bertindak

melalui saluran undang – undang dan peraturan – peraturan yang betul terhadap sebarang

tindakan yang salah. Pengurus hendaklah sedar sekiranya berlaku perbuatan pecah amanah atau

mendapatkan sesuatu perkara untuk kepentingan peribadi dengan menggunakan perbelanjaan

organisasi akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada organisasi mereka. Pengurusan etika

adalah merujuk kepada keupayaan individu untuk membuat keputusan dan memilih tingkah laku

yang betul iaitu tidak bercanggah dengan nilai – nilai organisasi dan perinsip umum.

Contoh dalam proses pemilihan petender, pengurus akan melantik ahli jawatankuasa

pembuka tender untuk membuka tender. Semasa proses ini berlaku pengurus tidak mempunyai

hak untuk menetapkan petender yang terpilih. Laporan tender akan dibentangkan kepada

jawatakuasa penilai tender dan jawatankuasa ini akan menentukan petender yang berjaya dengan

merujuk kepada spesifikasi yang telah ditetapkan.

4.0 CADANGAN BAGAIMANA PENGURUS INSTITUT BOLEH MENA NGANI

CABARAN DENGAN BAIK.

Di bawah adalah cadangan – cadangan kepada pihak Pengurus Institut untuk membuat

penambahbaikan berkaitan dengan:-

4.1 CADANGAN TERHADAP GLOBALISASI DAN JUSTIFIKASI.

Pengurus institut hendaklah menyusun beberapa strategi seperti mewujudkan perkongsian

bijak dengan pengurus lini untuk mewujudkan hubungan yang baik, melibatkan pengurus dalam

membuat perancangan strategi korprat. Diantara cadangan – cadangan tersebut ialah:-

Page 18: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

18

4.1.1 Meningkatkan Mobiliti Pekerja.

Organisasi perlu mencipta satu polisi yang baru untuk menjamin pekerjaan,

kekananan dan pampasan. Ini bertujuan untuk menjaga kesetiaan pekerja terhadap

organisasi. Pekerja tidak akan mencari bidang yang baru kerana mempunyai

mobiliti kerja yang tinggi

.

4.1.2 Bersedia Menghadapi Persaingan Global.

Pengurus hendaklah mengenalpasti siapakah pesaing mereka, bagaimanakah

ancaman dan kekuatan pesaing dan hasil yang diperolehi daripada persaingan.

Strategi yang boleh diambil untuk menghadapi pesaing seperti melalui promosi

yang agresif, pengiklanan dan membuat MOU dengan institusi latihan kemahiran

dalam dan luar negara.

4.1.3 Melibatkan Pengurusan Bahagian Dalam Membuat Perancangan Strategik.

Perancangan strategik korporat digubal oleh pengurusan atasan menentukan

wawasan, misi dan hala tuju institut, mengenalpasti teras latihan kemahiran,

program – program latihan baru yang mampu diceburi.

4.1.4 Mengintegrasikan Teknologi Maklumat Dengan Budaya Koporat.

Penggunaan teknologi maklumat yang optimum akan mampu membantu institut

untuk mengurangkan kos, menambahkan maklumat berkaitan teknologi

kemahiran, kepada pengajar dan pelajar serta lain – lain.

Page 19: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

19

4.1.5 Mengambil Faedah Daripada Pekerja Berpengetahuan.

Pengurus hendaklah berperanan membantu mewujudkan budaya yang

Mengutamakan pembangunan ilmu seperti mencadangkan kepada pengurusan

atasan memberi biasiswa kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran, memberi

cuti belajar dan memberi latihan yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran

pekerja.

Justifikasi.

Pekerja akan merasa mereka dihormati, dihargai dan mempunyai ketaatan terhadap

organisasi. Melalui promosi yang agresif, institut akan dapat menarik ramai pelajar untuk

mendapatkan latihan kemahiran di institusi ini. Institut akan sentiasa bersedia untuk bersaing

dengan pihak dalam dan luar negara kerana mempunyai pekerja yang mempunyai komitmen,

pengetahuan dan pengurusan yang mempunyai perancangan strategik yang baik.

4.2 CADANGAN TERHADAP TENAGA KERJA PELBAGAI DAN JUS TIFIKASI.

Kepelbagaian tenaga kerja telah banyak berkembang, memaksa pengurus untuk melihat

perbezaan individu dalam cara yang segar. Pengurus hari ini perlu lebih memahami dan

memenuhi kepelbagaian kakitangan dan perbezaan individu. Cadangan kepada pengurus institut

ialah:

4.2.1 Sentiasa berinteraksi dengan pekerja yang mempunyai perbezaan luas pada

beberapa ciri-ciri, mengelakkan konflik dan ketidakpercayaan di kalangan ahli-

ahli pasukan.

4.2.2 Sensitif kepada keperluan pekerja yang pelbagai dan cuba untuk mengambil

pendekatan yang fleksibel untuk meningkatkan pekerjaan tahap mereka seperti:

Page 20: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

20

i). Menyediakan pakej manfaat yang sesuai dengan keperluan pekerja yang

berbeza.

ii). Kerja yang fleksibel.

iii). Melaksanakan perkongsian kerja.

iv). Merekabentuk pekerjaan dan bangunan untuk menampung pekerja cacat

dan pelanggan.

v). Mewujudkan program pengurusan yang direka untuk memberikan

maklum balas yang membina kepada pekerja tentang gaya peribadi

mereka berurusan dengan pekerja minoriti.

vi). Mewujudkan rangkaian tidak rasmi di kalangan kakitangan minoriti untuk

memberi sokongan sosial.

Justifikasi.

Pekerja dapat membantu membina dan memperkukuhkan kelebihan persaingan dalam

institut. Pengurus yang mahir dalam mengurus kepelbagaian ini akan memudahkan urusan kerja,

malah juga membantu melancarkan lagi perlaksanaan ke arah mencapai matlamat yang

ditetapkan.

4.3 CADANGAN TERHADAP MENGURUS PERUBAHAN TEKNOLOGI DAN

JUSTIFIKASI.

Cadangan kepada pengurus institut untuk mengurus perubahan teknologi supaya pekerja

dapat menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang begitu cepat ialah :-

Page 21: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

21

4.3.1 Meningkatkan kualiti Dan Proses Pembaikan berterusan.

Pengurus institut hendaklah memberi penekanan kepada dua perkara iaitu

pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan mereka bentuk semula pekerjaan.

Pengurus perlu menilai sumber tenaga dan menyesuaikannya dengan

persekitaran. Latihan kemahiran perlu disediakan kerana mengikut perubahan

teknologi, strategi persaingan dan polisi kerajaan.

4.3.2 Proses Perkayasaan Semula Program Yang Ditawarkan Di Instutut.

Dengan teknologi maklumat hari ini, pelanggang lebih mengutamakan kualiti

pembelajaran, kemudahan yang disediakan, pengiktirafan sijil dan peluang

mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Institut hendaklah

menawarkan program yang mendapat sambutan dari pelanggang dan sesuai

dengan teknologi masa kini.

4.3.3 Meningkatkan Kemahiran Pekerja.

Apabila berlaku perubahan teknologi, kemahiran dan teknologi lama akan

menjadi usang. Pengurus hendaklah merombak dan mereka bentuk semua kerja

supaya pencapaian pembelajaran yang lebih tinggi dapat dicapai. Tenaga pengajar

hendaklah menggunakan alat bantuan mengajar terkini seperti komputer, LCD,

audio sistem, video simulasi dan sebagainya.

Justifikasi:

Institut akan sentiasa menawarkan latihan yang memenuhi kehendak masyarakat dan

berteknologi semasa. Institut akan dapat bersaing dengan pusat latihan kemahiran yang lain dan

akan menjadi pilihan utama pelajar – pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang

kemahiran.

Page 22: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

22

4.4 CADANGAN CABARAN ETIKA DAN JUSTIFIKASI.

Untuk mewujudkan suasana beretika dalam institut dan suasana persekitaran kerja

menjadi harmoni dicadangkan supaya:-

4.4.1 Mendapatkan Mereka Yang Beretika Sahaja Untuk Bekerja.

Mengenakan ujian ketelusan terbuka atau ujian ketelusan berdasarkan personaliti.

Ia merupakan satu ujian bertulis yang menganggarkan kejujuran calon dengan

bertanya secara langsung tentang fikiran mereka terhadap kecurian dan perlakuan

tidak beretika serta mengukur ciri – ciri psikologi seperti penggantungan dan

kesedaran.

4.4.2 Mewujudkan Kod Etika Kerja.

Institut hendaklah mempromosikan kod etika kepada anggota organisasi dan

pihak di luar institut. Institut juga hendaklah membangunkan piawaian dan

prosedur yang khusus terhadap amalan etika dalam mengendalikan latihan

kemahiran.

4.4.3 Mengadakan Latihan Etika.

Bertujuan untuk membangunkan kesedaran pekerja tentang etika, mencapai

kredibiliti pekerja dan mengajar pekerja – pekerja satu model praktikal tentang

membuat keputusan yang beretika.

4.4.4 Mewujudkan Suasana Etika.

Pengurus atasan hendaklah menjadikan diri mereka sebagai “role model” dalam

menghidupkan suasana beretika kepada pekerja bawahan. Program – program

etika juga perlu diwujudkan dan dikendalikan untuk jangka waktu tertentu secara

berkala.

Page 23: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

23

Justifikasi.

Pekerja tidak akan melakukan sebarang tindakan yang akan memudaratkan reputasi

organisasi. Pekerja akan cuba mengelak daripada melakukan gelagat yang tidak beretika. Mereka

akan memikirkan tentang akibat daripada perbuatan mereka dan kesan kepada orang lain.

5.0 RUMUSAN.

Untuk memastikan sesebuah organisasi itu cemerlang dan berjaya, pengurus memainkan

peranan utama sebagai tonggak ke arah pencapaian matlamat institut. Pengurus perlu

menjalankan peranannya sebagai pemimpin, lambang, jurucakap, pemantau dan penyelesai

masalah. Mereka perlu membangunkan semua sumber yang dimiliki dan memastikan berlaku

perubahan tambah nilai yang positif terhadap gelagat kerja pekerja dalam organisasi.

Dalam mengurus sesebuah organisasi, pengurus akan berhadapan dengan globalisasi,

tenaga kerja yang pelbagai, perubahan teknologi dan etika. Pengurus perlu memahami apakah

cabaran yang perlu dihadapi dan bagaimana hendak menangani cabaran tersebut melalui

perancangan strategik. Mereka perlu bersedia menerima cabaran ini, pengurus perlu memiliki

kepakaran, perancangan yang baik dan melaksanakan perancangan dengan berkesan.

Dengan melaksanakan cadangan yang telah dinyatakan terhadap globalisasi, institut akan

dapat bersaing dengan pihak lain dari luar dan dalam negara. Tenaga kerja yang pelbagai pula

membolehkan pengurus memahami gelagat pekerja mereka dan mengambil tindakan

penyelesaian yang sesuai mengikut umur, bangsa, etnik dan sebagainya. Ini akan mengukuhkan

lagi hubungan pengurusan tertinggi dengan pekerja bawahan. Pengurus perlu peka terhadap

perubahan teknologi yang begitu pesat dan meningkatkan kemahiran pekerja sesuai dengan

teknologi hari ini. Begitu juga dalam menjaga etika, organisasi yang beretika akan mendapat

kepercayaan masyarakat luar dan mempunyai reputasi yang tinggi. Anggota organisasi akan

mempunyai nilai ketaatan yang tinggi terhadap organisasi

(3098 patah perkataan)

Page 24: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MEI 2012 BBGO 4103 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBGO4103/18024/... · Organisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi

BBGO 4103

24

RUJUKAN

Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi, Azelin Aziz, (2007), Perinsip Pengurusan,

Kuala Lumpur,Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

Dr. Fauzuniah Pangil, Dr. Fais Ahmad, Dr. Ooi Yeng Keat, Hanissah A. Razak, Naslina Zakaria,

Zulkufli Aziz, Assoc Prof Dr. Husna Johari, (2011), Organisational Behaviour, Kuala

Lumpur,Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

Ab. Aziz Yusof (2010), Gelagat Organisasi Satu Pendekatan Strategik, ,Universiti Utara

Malaysia (UUM)

Maimunah Aminuddin (2008), Human Resource Management Principles And Practices,

Selangor Darul Ehsan,Oxford Fajar Sdn. Bhd