faktor wujud kesedaran di tanah melayu

1
Abad ke-20 sememangnya abad kesedaran kepada masyarakat di Tanah Melayu. Pada abad ini masyarakat Tanah Melayu mula sedar bahawa mereka selama ini ditindas dan dipermainkan oleh penjajah di tanah mereka sendiri. Hal ini telah menyebakan mereka bangkit daripada lena yang dibuai oleh penjajah Inggeris ketika itu. Kesedaran dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu wujud disebabkan dua faktor utama iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran yang telah mencetuskan rasa sedar dalam diri masyarakat Tanah Melayu ialah disebabkan wujudnya gerakan pemulihan islam di Mesir. Gerakan ini memperjuangkan konsep Pan-Islamisme iaitu konsep menyatupadukan masyarakat islam. Konsep yang dibawa oleh gerakan ini telah mempengaruhi pelajar-pelajar Tanah Melayu yang belajar di Mesir dan juga jemaah haji yang berada di sana. Mereka pulang ke Tanah Melayu dan cuba menyatukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama. Tokoh yang terlibat dalam perjuangan ini ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Moh am mad Sa lim al- Ka lal i dan Ha ji Abbass bin Moh am mad T ah a.

Upload: rapala-shadrap

Post on 04-Oct-2015

219 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Faktor

TRANSCRIPT

Abad ke-20 sememangnya abad kesedaran kepada masyarakat di Tanah Melayu. Pada abad ini masyarakat Tanah Melayu mula sedar bahawa mereka selama ini ditindas dan dipermainkan oleh penjajah di tanah mereka sendiri. Hal ini telah menyebakan mereka bangkit daripada lena yang dibuai oleh penjajah Inggeris ketika itu. Kesedaran dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu wujud disebabkan dua faktor utama iaitu faktor luaran dan faktor dalaman.Faktor luaran yang telah mencetuskan rasa sedar dalam diri masyarakat Tanah Melayu ialah disebabkan wujudnya gerakan pemulihan islam di Mesir. Gerakan ini memperjuangkan konsep Pan-Islamisme iaitu konsep menyatupadukan masyarakat islam. Konsep yang dibawa oleh gerakan ini telah mempengaruhi pelajar-pelajar Tanah Melayu yang belajar di Mesir dan juga jemaah haji yang berada di sana. Mereka pulang ke Tanah Melayu dan cuba menyatukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama. Tokoh yang terlibat dalam perjuangan ini ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh MohammadSalimal-KalalidanHajiAbbassbinMohammadTaha.