faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak

25
FAKTOR PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Upload: azyyati-zainudin

Post on 21-May-2015

3.956 views

Category:

Education


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

FAKTOR PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Page 2: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

PENGENALAN

Definisi Persekitaran Persekitaran adalah keadaan yang berada di sekeliling

termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi diantara manusia sesama manusia dan alam sekitarnya.

Menurut Rahil & Habibah (2002), persekitaran atau“nurture” ialah segala rangsangan yang mempengaruhi perkembangan individu.

Coon (2000) pula memberikan definisi bahawa persekitaran itu ialah “The sum of all external conditions affecting development, especially the effects of learning”.

Page 3: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Menurut W. Edgar Vinacke (1969) persekitaran adalah

segala kuasa kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu.

Amram Schienfeld menyatakan persekitaran merujuk

kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula daripada peringkat persenyawaan.

Page 4: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu tetapi berbeza dari segi fizikal,kognitif,emosi, dan sosial.

Berdasarkan definisi di atas dapat dikatakan bahawa persekitaran adalah segala yang terdapat disekeliling mampu mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak.

Page 5: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

 No Sistem Huraian Contoh

1 Mikro Sebahagian besar sosial individu dihabiskan

Sekolah, tempat kerja, keluarga

2 Meso Pengalaman satu sistem Mikro mempengaruhi sistem Mikro lain

Masalah tempat kerja bawa ke rumah

3 Ekso Pengalaman individu mempengaruhi individu lain

Pelajar pasif mempengaruhi penyediaan aktiviti guru dalam pengajaran

4 Makro Sosial dalam masyarakat Budaya Melayu, Budaya Islam

5 Krono Sejarah perkembangan sosial individu

Kehidupan moden jadikan kanak2 lebih maju

Teori Ekologi Bronfenbrenner 1977

Page 6: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Mikrosistem Persekitaran yang terdekat di mana kanak-

kanak mempunyai interaksi secaralangsung dan menghabiskan paling banyak masa.

Kanak-kanak berkembang ke arah yang lebih kompleks kerana terdapat banyak pengaruh luaran

Contoh: ibu bapa, adik beradik.Rakan-rakan, jiran dan guru.

Page 7: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Mesosistem Perhubungan antara 2 mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mesosistem

bolehmempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain.

Misalnya keadaan rumahboleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah

Contoh: rumah-sekolah,rumah-jiran, sekolah-jiran

Kanak-kanak yang diberi galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi akan menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang tidak diberi peluang

Page 8: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Eksosistem Pengalaman dengan persekitaran yang tidak

melibatkan murid secara langsungtetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepadakanak-kanak alam dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak memainkan peranan secara pasif

Contohnya,prestasi murid meningkat kerana program yang dianjurkan oleh PIBG dengan pihak sekolah.

Page 9: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Makrosistem Perkembangan individu dipengaruhi oleh

norma-norma, nilai dan amalanmasyarakat.

Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan(Santrock, 200H).

Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebihdominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yangpenting.

Page 10: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Kronosistem

Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.

Misalnya kanak-kanak hari ini lebihberfokus kepada permainan-permainan komputer jika di bandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaranrumah.

Menekankan pada perubahan seseorang dan perkembangan ekologi terhadap emosinya.

Page 11: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Page 12: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Faktor persekitaran yang

mempengaruhi perkembangan

sosioemosi kanak-kanak

Page 13: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

KELUARGA

Institusi keluarga memberi pengaruh yang amat kuat dan utama terhadap proses perkembangan manusia.

Unsur-unsur keluarga ini melibatkan corak kehidupan mereka di rumah, makanan, asuhan dan status ekonomi.  

Faktor-faktor inilah yang akan mempengaruhi perbezaan perkembangan setiap individu.

Contohnya kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.

Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.

Page 14: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna.

Page 15: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

PENGARUH RAKAN SEBAYA

Pengaruh rakan sebaya merangkumi perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial.

Contohnya,kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum.

Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif dan pembentukan sahsiah yang baik daripada mereka.

Page 16: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

STATUS SOSIO-EKONOMI

Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum.

Contohnya ,ibubapa berupaya memberi makanan berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.

Page 17: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

GURU DAN SEKOLAH

Guru turut berperanan dalam perkembangan pelajar dari segi intelek, emosi dan sosialnya. 

Guru yang penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak dan bertanggungjawab.

Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak.

Page 18: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT

Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza

akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dari aspek sosio emosi, personaliti dan mental. 

Misalnya, perbezaan pegangan agama akan membezakan corak hidup dan perlakuan.

Page 19: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

SUMBER TEKNOLOGI Sumber teknologi merujuk kepada maklumat-maklumat yang

diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer.

Pendedahan kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak.

Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap dan personaliti yang negatif.

Page 20: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

PENGARUH MEDIA

Media berfungsi untuk memberikan informasi mengenai segala aspek di dunia ini.

Ibu bapa yang terdedah dengan informasi mengenai kesihatan, kehidupan dan budaya akan mementingkan dan mengutamakan faktor pemakanan, dan pendidikan anak-anak.

Sebagai contoh, ibu bapa yang berpendidikan tinggi sering menggunakan media seperti majalah, bahan bacaan ilmiah dan internet sebagai sumber rujuk bagi pemakanan dan pendidikan anak secara sihat.

Page 21: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Ini dapat membantu anak-anak dalam mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang paling baik.

Berbeza pula dengan ibu bapa yang kurang mengambil berat tentang faktor ini.

Gaya kehidupan yang kurang sihat dari segi pemakanan, pendidikan akan membantutkan pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.

Page 22: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

PUSAT IBADAT

Pusat ibadat juga merupakan salah satu daripada faktor yang mempengaruhi perkembangan individu.

Sebagai contoh, anak-anak yang tinggal berhampiran dengan pusat ibadat dan sering mengunjungi pusat ibadat mampu membentuk sahsiah dan perkembangan jasmani dan rohani yang lebih positif.

Page 23: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak

KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa faktor persekitaran seperti keluarga,rakan sebaya,status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.

Jelaslah bahawa faktor persekitaran mempengaruhi perjalanan kehidupan kanak-kanak, dan memberi impak terbesar dalam pewatakan, pertumbuhan dan perkembangan sosioemosi kanak-kanak terutama yang sedang meningkat dewasa.

Page 24: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Page 25: Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak