faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian …€¦ · pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan...

25
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DALAM DAERAH KERIAN, PERAK. ARBAIN B ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN

PELAJAR PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DALAM

MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN

DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DALAM DAERAH KERIAN,

PERAK.

ARBAIN B ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

3

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN

PELAJAR PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DALAM

MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN

DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DALAM DAERAH KERIAN,

PERAK.

ARBAIN B ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Jentera )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

ii

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

iii

DEDIKASI

Buat insan yang dikenangBuat insan yang dikenangBuat insan yang dikenangBuat insan yang dikenang;;;;

Ayahanda dan bondaAyahanda dan bondaAyahanda dan bondaAyahanda dan bonda Abdullah Bin Abdullah & Masniah Binti Hassan

Terima kasih Atas kasih sayang dan doa kalian

Ayahanda dan bonda mertuaAyahanda dan bonda mertuaAyahanda dan bonda mertuaAyahanda dan bonda mertua Hj Mohd Ariffin Bin Hj Zainal Abidin & Hjh Ramlah Binti Hj Abdul

Rahman Terima kasih Atas perhatian dan semangat yang diberikan

Isteri Isteri Isteri Isteri yang dikasihiyang dikasihiyang dikasihiyang dikasihi Pn. Rosniza Binti Mohd Ariffin

Terima kasih atas sokongan dan pengorbanan yang diberikan selama ini.

AnakkuAnakkuAnakkuAnakku Atiqah Izzati Binti Arbain

Muhammad Bin Arbain

Taatilah akan Allah SWT, mengikut cara Rasulullah SAW. Semoga beroleh kajayaan di Dunia dan Akhirat.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah

S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Tn Hj Kandar B

Selamat yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa

jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada pengetua Sekolah

Menengah Teknik Kerian , Bagan Serai Perak serta guru-guru yang telah memberi

kerjasama semasa kajian ini dijalankan.

Sekalung penghargaan kepada mana-mana individu yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

WASSALAM

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

v

ABSTRAK

Kajian secara deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor

pengaruh guru, sikap, minat dan pengurusan masa pelajar-pelajar tingkatan empat ke

atas pencapaian mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, kursus Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Kerian, Bagan Serai Perak. Kajian

penyelidikan yang digunakan dengan menggunakan soalselidik sebagai instrumen.

Data-data yang diperolehi, diproses dengan menggunakan perisian SPSS versi 10 (

Statistical For Social Science ) dan data-data diterjemahkan dalam bentuk kekerapan

dan peratus. Kajian rintis yang dilakukan mendapat nilai Alpha 0.7491. Hasil kajian

menunjukkan faktor pengaruh guru mendapat tahap penilaian yang tinggi. Faktor

pengaruh sikap dan minat berada pada tahap sederhana manakala faktor pengurusan

masa mendapat tahap yang rendah. Kajian mendapati faktor pengaruh guru

mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan. Beberapa cadangan dan disarankan sebagai altenatif untuk tujuan akan

datang

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

vi

ABSTRACT

This descriptive research is aimed to identify the influential factor or teachers,

attitude, interest and time of the form 4 students of the Mechanical Engineering course

from Sekolah Menengah Teknik Kerian Bagan Serai Perak, in the Technical Drawing

subject. This research is based on questionnaires and survey. The data are prosesed with

SPSS 10 ( Statistical For Social Science ) and translated in frequency and percentage

form. Reasearh outcome showed that the teachers are the most influential factos.

However interest is the average whereas time is the lowest influence. Research also that

student are mostly influenced by teachers to take up Technical Drawing subject. A few

recommendation are made as an alternative in future

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xii

Senarai Singkatan xii

Senarai Lampiran

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

viii

BAB 1 PENGENALAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Obkektif Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Faktor pengaruh guru 15

2.3 Faktor pengaruh sikap 18

2.3.1 Sikap Positif 21

2.3.2 Sikap Negatif 21

2.4 Faktor minat 22

2.5 Faktor pengurusan masa 24

2.6 Kajian-kajian lepas

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

ix

2.6.1 Faktor pengaruh guru 27

2.6.2 Faktor pengaruh sikap 28

2.6.3 Faktor pengaruh minat 29

2.6.4 Faktor pengaruh masa 30

2.7 Kesimpulan 32

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 34

3.4 Instrumen Kajian 35

3.5 Prosedur Kajian 37

3.6 Analisis data 39

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Kesimpulan 41

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Bahagian A Latarbelakang Responden

4.2.1 Taburan responden mengikut

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

x

kelas 43

4.2.2 Taburan reponden berdasarkan

jantina 43

4.2.3 Taburan responden berdasarkan

bangsa 44

4.2.5 Taburan responden berdasrkan

agama 44

4.2.6 Taburan responden berdasarkan

keputusan PMR 45

4.3 Bahagian B : Analisis Faktor-faktor Yang

Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 47

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 50

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 53

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 55

4.3.5 Analisa Data Keseluruhan 58

4.3.6 Kesimpulan 59

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan 61

5.3 Perbincangan Kajian 63

5.3.1 Latar belakang responden 63

5.3.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi 64

pencapaian pelajar

5.3.2.1 Faktor pengaruh guru 64

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

xi

5.3.2.2 Faktor sikap 67

5.3.2.3 Faktor minat 69

5.3.2.4 Faktor pengurusan masa 71

5..4 Cadangan 73

5.4.1 Guru 74

5.4.2 Pelajar 74

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.6 Penutup 75

RUJUKAN 76

LAMPIRAN

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

xii

SENARAI JADUAL

NO JUDUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Grad kelulusan SPM Matapelajaran Lukisan

Kejuruteraan 6

1.2 Gred kelulusan Peperiksaan Pertengahan tahun

Tingkatan empat 2005 7

3.1 Skala Likert 36

3.2 Taburan berdasarkan persoalan kajian 37

3.3 Perubahan skala 39

3.4 Kriteria penilai skor 39

4.1 Taburan reponden mengikut kelas 43

4.2 Taburan reponden berdasarkan jantina 43

4.3 Taburan reponden berdasarkan bangsa 44

4.4 Taburan reponden berdasarkan agama 44

4.5 Taburan reponden berdasarkan keputusan PMR 45

4.6 Mengenalpasti faktor guru mempengaruhi

pencapaian pelajar 47

4.7 Mengenalpasti faktor sikap mempengaruhi

pencapaian pelajar 50

4.8 Mengenalpasti faktor minat mempengaruhi

pencapaian pelajar 53

4.9 Mengenalpasti faktor pengurusan masa

mempengaruhi pencapaian pelajar 55

4.10 Peratus keseluruhan faktor dikaji 58

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

xiii

SENARAI RINGKASAN

BPPDP : Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar

JPN : Jabatan Pendidikan Negeri

JPTV : Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional

NO :Nombor

PKM : Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

PMR : Penilaian Menengah Rendah

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPSS : Statistical Packages for the Social Sciences

SRP : Sijil Rendah Pelajaran

SMT : Sekolah Menengah Teknik

S : Setuju

TP : Tidak Pasti

TS : Tidak Setuju

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menjelang abad ke - 21, dunia pendidikan menjadi semakin kompleks. Pelbagai

perubahan berlaku seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Oleh

itu,perubahan ini perlu dihayati sejajar dengan keperluan jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Aspek pengetahuan dan kemahiran yang digandingkan bersama penyuburan

nilai-nilai murni mampu membentuk generasi alaf baru yang bukan sahaja dapat

memenuhi pasaran tenaga mahir tetapi juga sanggup menghadapi masalah dari dunia

yang semakin mencabar.

Pendidikan Vokasional dan Teknikal merupakan teras kejayaan dalam bidang

industri. Latihan Vokasional dan kemahiran merupakan salah satu pilihan yang baik

dalam pembinaan dan pembangunan kerjaya paradigma masyarakat terhadap terhadap

kerjaya dalam bidang vokasional.

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

2

Merapati visi 2020, negara kita sedang bergerak menuju pencapaian tahap negara

bergerak maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Negara kita sedang pesat menerajui

era teknologi maklumat selaras dengan pendidikan Teknologi dan Vokasional. Justeru

itu para pelajar dan guru berganding bahu dalam memfokuskan usaha mereka kearah

kejayaan sebagai matlamat utama semasa belajar di sekolah. Untuk itu, semangat ingin

tahu dan ingin mencuba sentiasa dibuka di dalam minda dan belajarlah setiap saat

sesuatu yang baru (Abdul Aziz, 2003).

Kita tentu terfikir bagaimana seseorang individu itu berjaya dalam bidang

akademik. Individu-individu ini berjaya memperoleh segulung ijazah dengan kelulusan

Doktor Falsafah (ph.D.), Ijazah Sarjana (M.A.), Ijazah Sains Perubatan (M.D.), dan

Ijazah Sarjana Muda (B.A.). Mereka bangga menjawat jawatan dalam profesion

masing-masing seperti pensyarah, jurutera, doktor, guru, pegawai kerajaan, dan

sebagainya. Untuk mencapai kedudukan mereka sekarang, tentulah mereka berhadapan

dengan peperiksaan demi peperiksaan. Dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah

dan dari sekolah menengah sehingga universiti, peperiksaanlah yang menentukan

kejayaan mereka. Sistem pendidikan di negara kita berorientasikan peperiksaan. Sejak

negara mencapai kemerdekaan lagi, setiap pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan

untuk menguji kecekapan, keupayaan, dan prestasi dalam akademik serta sebagai

prasyarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kebiasaannya peperiksaan tidak digemari murid. Setelah belajar bersungguh-

sungguh, setiap murid mengharapkan keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Menghadapi sesuatu peperiksaan memang berat dan masalah yang berkaitan dengannya

memang banyak. Kemahiran belajar cara belajar membantu murid beranggapan positif

terhadap peperiksaan dan seterusnya menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin (Pusat

Perkembangan Kurikulum, Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan

Pembelajaran, 2001).

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

3

Peperiksaan mendewasakan kita. Ini bermakna setiap tahap peperiksaan yang

anda lalui itu dengan secara tidak langsung akan mematangkan lagi pemikiran dan

meningkatkan lagi taraf kedudukan seseorang. Peperiksaan menjadikan seseorang

pelajar lebih peka menghadapi pelajaran, memberi tumpuan di dalam kelas, dan

melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru. Inilah amalan baik untuk mengecapi

kejayaan. Peperiksaan mengiktirafkan tahap keilmuan seseorang individu. Tidak

lengkap ilmu seseorang individu itu selagi tidak ada satu bentuk ujian yang dilalui.

Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan.

Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR), Penilaian Sekolah Menengah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dan apa sahaja bentuk peperiksaan tentu tidak

menghadapi masalah untuk belajar dan menghadapi peperiksaan dengan tenang.

Peperiksaan-peperiksaan penting tersebut memerlukan persediaan yang lebih berstrategi

agar dapat menghasilkan kejayaan yang membanggakan. Tanpa persediaan yang rapi,

banyak pelajar memperoleh keputusan yang tidak setimpal dengan usaha yang

dicurahkan. Oleh itu, lebih baik kita bersedia lebih awal kerana persediaan itu

merangkumi banyak aspek, bukan setakat membaca atau menghafal seperti yang

dilakukan oleh sesetengah pelajar.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

4

1.2 LATARBELAKANG MASALAH

Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu aliran pengajian yang

memberi alternatif kepada para pelajar untuk mencapai kejayaan dalam hidup selain

daripada sistem pendidikan yang lebih menumpukan kepada bidang akedemik semata-

mata. Menurut Abdul Aziz (2003), pelajar harus bersyukur dengan pelbagai bidang

yang disediakan oleh kerajaan bagi mencapai kejayaan hidup. Objektif utama

pendidikan teknikal adalah memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi

kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan untuk melanjutkan pengajian yang

berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi.

Pengambilan pelajar serta syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik yang

ada menawarkan Aliran Pendidikan Teknik adalah berdasarkan kepada keputusan

Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagi Jurusan Kejuruteraan Mekanikal pelajar

mestilah mendapat sekurang-kurangnya Bahasa Melayu B, Matematik C, Sains C,

Kemahiran Hidup C. Selain itu syarat tambahan lain, pelajar mestilah mendapat

pencapaian minimum Peringkat C dalam satu matapelajaran dan Peringkat D dalam

matapelajaran lain.Bagi pelajar Jurusan Kejuruteraan Mekanikal yang dianjurkan oleh

Jabatan Pendidikan Teknikal (JPT), mereka ditawarkan matapelajaran seperti Fizik,

Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Jentera, Matematik Tambahan dan

Kimia. Selain itu mereka turut mempelajari matapelajaran teras seperti Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral atau Pendidikan Moral, Sejarah dan Pendidikan

Jasmani. (Maklumat Panduan & Borang Kemasukan Tahun 2004)

Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah satu matapelajaran efektif dalam

kumpulan II ( Vokasional danTeknologi) untukTingkatan 4 dan 5 dalam program

KBSM. Matapelajaran ini dirancang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang berhasrat mewujudkan rakyat Malaysia yang seimbang dari rohani, emosi dan

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

5

jasmani. la juga digubal ke arah meningkatkan daya pengeluaran melalui penglibatan

masyarakat secara produktif, inovatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja

yang kenal, faham teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.

Pencapaian akademik seseorang pelajar biasanya dikaitkan dengan pencapaian

peperiksaan samada pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia. Peperiksaan menentukan tahap pencapaian seseorang itu dan ia biasanya

dicatatkan dalam sijil atau dokumen yang sah. Adalah menjadi hasrat individu, samada

ibubapa, guru atau pihak sekolah bahawa pencapaian dalam akedemik merupakan

matlamat utama hasil dari pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Menurut Yahya Emat (1993), SMT mengambil pelajar-pelajar yang keputusan

baik dalam peperiksaan SRP. Objektif utama SMT ialah menyediakan pelajaran asas

bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi, khusus

dalam bidang teknik. Pelajar sepatutnya mendapat kelulusan yang cemerlang kerana

mereka adalah calon yang terpilih.

Pencapaian kertas matapelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam peperiksaan SPM

antara tahun 2002 hingga 2004 Sekolah Menengah Teknik Kerian (Unit Peperiksaan

SMT Kerian) tahun 2005 menunjukkan peningkatan seperti yang ditunjukkan dalam

Jadual 1.1. Walau bagaimanapun, menurut laporan peperiksaan pertengahan tahun

seperti dalam Jadual 1.2 menunjukkan kelulusan hanya sebanyak 60%. Mengikut

Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan pencapaian

ini berada di tahap sederhana jika dibandingkan keputusan SPM tahun 2004. Justeru itu

penyelidik ingin mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini. Kajian ini amatlah penting bagi

memastikan keputusan SPM akan datang terus meningkat.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

6

Jadual 1.1: Gred Kelulusan SPM Mata Lukisan Kejuruteraan Di SMT Kerian

Jumlah Calon Mengikut Gred

TAHUN

BIL.

CALON 1 2 3 4 5 6 7 8 9

JUMLAH

LULUS

%

LULUS

2002 142 0 0 3 9 5 18 13 12 81 60 41.90

2003 137 1 2 7 14 13 24 13 23 40 97 70.80

2004 57 8 4 3 9 12 9 7 4 1 56 98.20

Jadual 1.2: Gred Kelulusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkata Empat

Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan Di SMT Kerian

Jumlah Calon Mengikut Gred ½

TAHUN

BIL.

CALON 1 2 3 4 5 6 7 8 9

JUMLAH

LULUS

%

LULUS

2005 94 4 0 4 6 11 12 8 12 37 57 60.0

1.3 Pernyataan masalah

Berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun tingkatan empat tahun

2005, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal SMT Kerian mencapai keputusan yang

sederhana, satu kajian akan dibuat untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap

faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut di

Sekolah Menengah Teknik Kerian dalam daerah Kerian negeri Perak Darul Ridzuan.

Kajian ini juga bertujuan mengumpul dan menilai pandangan pelajar terhadap faktor

pendorong kejayaan pembelajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah

tersebut. Kajian yang dibuat hanya khusus pada pelajar Jurusan Kejuruteraan

Mekanikal sahaja yang sedang menuntut di tingkatan empat. Semoga dengan

terhasilnya kajian ini, diharap dapat memberikan jawapan yang boleh membantu dalam

memantapkan prestasi kelulusan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

7

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:

(a) mengenalpasti faktor pengaruh guru terhadap pencapaian pelajar di dalam

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

(b) mengenalpasti faktor sikap dalam pencapaian mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan.

(c) mengenalpasti faktor minat terhadap pencapaian pelajar di dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

(d) mengenalpasti faktor pengurusan masa terhadap pencapaian pelajar di dalam

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian berkaitan dengan masalah kajian seperti berikut:

(a) Adakah guru mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan ?

(b) Adakah sikap pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

(c) Adakah faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

(d) Adakah faktor pengurusan masa mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

8

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:

i. Membantu guru-guru, pihak pentadbir sekolah mengetahui faktor-faktor

yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Lukisan Kejuruteraan.

ii. Membantu pihak sekolah menyusun strategi pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih berkesan.

iii. Memberi penjelasan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri supaya

merancang strategi yang lebih berkesan untuk meningkatkan pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN …€¦ · Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan. Calon-calon yang berjaya dengan cemerlang

9