faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti keputusan ... · pdf filekajian berbentuk deskriptif...

31

Upload: lytuyen

Post on 03-Feb-2018

285 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2
Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN

PEPERIKSAAN DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN JOHOR BAHRU

ZUL AZLI BIN ZAINUN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2008

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

ii

“Saya akui kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : ZUL AZLI B ZAINUN

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

iii

DEDIKASI

Untuk Ibu dan Ayah Tersayang,

Zainun b Barahim & Maimunah bt Chin

Doa, kasih sayang, dorongan serta pengorbanan yang tidak berpenghujungnya.

Sesunggunhnya hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.

Buat Tunang Tercinta,

Terima kasih diatas pengorbanan, kesetiaan, kasih sayang, serta

doronganmu yang tidak terhingga. Perangsangmu telah menguatkan azam dan

semangatku dalam mengharungi liku-liku dan pahit getir perjuangan ini.

Kepada adik-beradik, saudara-mara dan rakan-rakan,

Terima kasih di atas perhatian dan sokongan kalian yang amat bermakna bagi diri ini.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang”

Syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, maka kajian

ini dapat disiapkan dalam masa yang dirancang.

Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih kepada penyelia iaitu Encik Mohamad Abdillah Royo di atas segala bimbingan,

tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang telah diberikan

itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Tidak

lupa juga kepada Encik Mohsin Uzir yang banyak memberi tunjuka ajar dan nasihat,

sesungguhnya hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak

memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Pegawai JPN Johor, Pengetua

SMT Perdagangan Johor Bahru, guru-guru dan individu yang terlibat di atas kerjasama

yang diberikan. Akhir sekali, rasa penghargaan juga dihulurkan kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung ataupun tidak, penulis sekali lagi menyusun sepuluh jari

memohon maaf dan ucapan terima kasih tidak terkira. Semoga keikhlasan yang

diberikan mendapat keberkatan dariNya.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti adakah faktor-faktor peranan dan

dorongan ibu bapa, minat, sikap, kaedah pengajaran guru dan kemudahan pembelajaran

mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari

Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan

adalah soal selidik yang mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian A adalah latar belakang

responden dan bahagian B adalah menjawab lima persoalan kajian yang mengandungi 30

item kesemuanya. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan nilai Alpha Cronbach

ialah 0.855 telah diperolehi manakala keesahan item-item diperolehi menerusi

perbincangan dengan pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows

Version 13.0. Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati secara keseluruhannya

kesemua faktor yang dikaji mempengaruhi kualiti keputusan SPM dalam mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan terutamanya faktor peranan ibu bapa, minat pelajar dan pengajaran

guru. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan prestasi pelajar serta

membaiki kelemahan disamping memperkukuhkan lagi kekuatan yang sedia ada. Hasil

kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk

memberi lebih penumpuan kepada aspek-aspek yang mempengaruhi prestasi pelajar

serta dapat membantu pihak yang berkenaan dalam menyediakan skop dan prasarana

pembelajaran mata pelajaran ini dengan lebih efektif di masa hadapan.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

vi

ABSTRACT

This research is conduct to analyze whether these factors such as role of the

parents and encouragement from them, students’ interest and attitude, methods of

teaching as well as teaching aids that being used in learning process had influenced the

quality of exam result especially in Engineering Drawing subject. The of descriptive

research involves 70 samples of students from Sekolah Menengah Teknik Perdagangan

Johor Bahru. The instrument that has been carried out throught out this research is by

distributing questionnaires whereby contain of two parts; part A and part B. Content of

part A is background of the respondent while in part B contains of five research

question that linked to the research which include 30 items generally. The reliability of

the question have been tested, with the value of Alpha Cronbach is 0.855. All the data

that have been gathered are analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS)

for Windows Version 13.0 software. The analysis findings from the research question

find that all the factors, which have been analyzed generally, especially in terms of role

of the parents, students’ interest and methods of teaching are really give a big impact to

the quality of SPM result emphasis on Engineering Drawing subject. Several suggestion

have been made to enhance the students’ performance in the subject conjunction with the

improvement of weaknesses besides maintaining the strength that they already have.

Hope that this research outcome will be the reference to the authority in order to

concentrate more on some elements that had influenced the students’ performance.

Furthermore, it can also help the authority for the purpose of providing more effective

learning facilities in the future.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

viii

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Konsep 10

1.8.1 Pengaruh 10

1.8.2 Faktor 10

1.8.3 Lukisan Kejuruteraan 11

1.8.4 Kualiti 11

1.8.5 Pencapaian 12

1.8.6 Minat 12

1.8.7 Sikap 12

1.8.8 Pengajaran 13

1.8.9 Keluarga 13

1.9 Penutup 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Faktor Kemudahan Pembelajaran 16

2.3 Faktor Minat Pelajar 17

2.4 Faktor Sikap Pelajar 18

2.5 Faktor Dorongan Ibu Bapa 19

2.6 Faktor Pengajaran Guru 21

2.7 Penutup 23

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 25

3.4 Tempat Kajian 25

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

ix

3.5 Instrumen Kajian 26

3.6 Prosedur Kajian 28

3.7 Kajian Rintis 28

3.8 Kaedah Analisis Data 29

3.9 Andaian Kajian 31

3.10 Kesimpulan 31

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisis Bahagian A 33

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan 33

Tingkatan

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan 34

Kursus

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan 34

Jantina

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan 35

Bangsa

4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan 36

Agama

4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan Tempat 36

Tinggal Semasa

4.2.7 Taburan Responden Berdasarkan Jumlah 37

Subjek Yang Mendapat A Dalam PMR

4.2.8 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan

Bagi Mata Pelajaran KH Dalam PMR 38

4.3 Analisis Bahagian B 38

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 39

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

x

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 42

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 44

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 47

4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian Kelima 50

4.3.6 Rumusan Keseluruhan Persoalan Kajian 54

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Perbincangan Kajian 57

5.2.1 Latar Belakang Responden 57

5.2.2 Adakah faktor peranan dan dorongan 59

yang diberikan oleh ibubapa mempengaruhi

kualiti keputusan peperiksaan dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan?

5.2.3 Adakah faktor minat pelajar mempengaruhi 61

kualiti keputusan peperiksaan dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan?

5.2.4 Adakah faktor sikap pelajar mempengaruhi 62

kualiti keputusan peperiksaan dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan?

5.2.5 Adakah faktor kaedah pengajaran guru 64

mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?

5.2.6 Adakah faktor kemudahan pembelajaran 65

mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?

5.3 Rumusan 67

5.4 Cadangan Kajian 69

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

xi

5.6 Penutup 71

RUJUKAN 73 - 76

LAMPIRAN A-H 77 - 84

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Analisis Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 4

Sekolah Menengah Teknik Perdagangan. Keputusan

Sijil Pelajaran Malaysia 2004, 2005 & 2006

3.1 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 27

3.2 Kelasifikasi Terhadap Item Soalan 30

3.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 30

(Dipetik Dari Buku Mohd Najib Ghafar, 1999,

Penyelidikan Pendidikan)

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Tingkatan 33

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 34

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 34

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 35

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Agama 36

4.6 Taburan Responden Berdasarkan Tempat 36

Tinggal Semasa

4.7 Taburan Responden Berdasarkan Jumlah Subjek 37

Yang Mendapat A Dalam Penilaian Menengah

Rendah (PMR)

4.8 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan Bagi 38

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

xiii

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian

Menengah Rendah (PMR)

4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden 39

Yang Menjawab Item Bagi Peranan Dan Dorongan

Ibu Bapa

4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden 42

Yang Menjawab Item Bagi Minat Pelajar

4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden 45

Yang Menjawab Item Bagi Sikap Pelajar

4.12 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden 47

Yang Menjawab Item Bagi Kaedah Pengajaran Guru

4.13 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden 50

Yang Menjawab Item Bagi Kemudahan Pembelajaran

4.14 Analisis Keseluruhan Bagi Setiap Faktor 54

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 77

B Reliability kajian rintis 78

C Surat memohon kebenaran 79

mendapatkan data awal

D Surat kebenaran daripada Bahagian 80

Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan

E Surat memohon kebenaran menjalankan 81

kajian rintis

F Surat memohon kebenaran 82

menjalankan kajian kepada JPN Johor

G Surat akuan pelajar daripada 83

Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia

H Analisis Keputusan peperiksaan Keputusan 84

Sijil Pelajaran Malaysia 2004, 2005 &

2006 Sekolah Menengah Teknik Perdagangan

Johor Bahru

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

xv

SENARAI SINGKATAN

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package of Social Science

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

IPT - Institut Pengajian Tinggi

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SENARAI SIMBOL

% - Peratus

ƒ - Kekerapan

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam usaha mewujudkan masyarakat yang berdaya saing, kita seharusnya

berjaya melahirkan rakyat yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sesuatu

bidang. Falsafah Pendidikan Negara (1998), mempunyai matlamat iaitu untuk

melahirkan masyarakat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat

sebenarnya adalah selari dengan matlamat wawasan Negara iaitu mewujudkan

masyarakat yang mampu memberi saingan, berjiwa kental dan berpandangan jauh.

Kemajuan pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membina

semangat jati diri setiap individu bagi mengejar kemajuan dalam semua bidang

kehidupan sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa. Negara

memerlukan masyarakat yang celik terhadap sains dan teknologi, serta mempunyai

daya saing yang tinggi dan berpandangan luas. Di samping itu, kita juga perlu

mampu menjadi pengguna teknologi yang bijak serta dapat menyumbangkan tenaga

kepada tamadun saintifik dan teknologi pada masa depan bagi mewujudkan

masyarakat yang maju, kita mesti melahirkan rakyat yang mempunyai kemahiran

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

2

tinggi. Contohnya dari segi pembangunan teknologi jentera atau pemotoran kita

memerlukan jurutera yang berkemahiran untuk memberi persaingan manakala

pembangunan bandar pula memerlukan perancang bandar yang mampu membuatkan

perancangan yang rapi dan menarik agar kemajuan yang diimpikan dapat

direalisasikan untuk menjana ekonomi dan secara tidak langsung akan membuktikan

satu kepimpinan yang cekap dan sistematik.

Bagi mencapai kemajuan yang disasarkan, Kementerian Pelajaran telah

merancang dan menggubal semula kurikulum yang diajar di sekolah-sekolah bagi

meningkatkan lagi tahap pembelajaran sedia ada. Mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan merupakan salah satu mata pelajaran elektif baru dalam Kumpulan II

(Vokasional dan Teknikal) mula diperkenalkan bagi Tingkatan 4 dan 5 dalam

Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di sekolah-sekolah

akademik harian mulai pada tahun 1995 (Kementerian Pendidikan, 1993). Bahagian

Jabatan Pendidikan Teknikal khasnya telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan

latihan dan pengajian untuk mengasah potensi yang ada pada pelajar untuk

membolehkan mereka menerajui pembangunan yang dirancang. Seterusnya untuk

memperbaiki dan memantapkan segala kemahiran dan pengetahuan pada pelajar.

Kementerian Pelajaran memainkan peranan yang utama dalam proses

membangunkan sumber manusia ini dan memahami hakikat pentingnya pendidikan

dan latihan dalam membekalkan tenaga mahir yang mempunyai aspek-aspek utama

untuk mencapai wawasan Negara. Pendekatan yang digunakan Kementerian

Pendidikan dalam melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran ini

ialah bermula dari peringkat awal yang mana contohnya seperti pendidikan teknik dan

vokasional di mana pendidikan ini merupakan satu kaedah yang telah di kenal pasti

dapat membantu dalam melahirkan masyarakat yang berkemahiran dan berkebolehan

dalam bidang teknikal serta mampu menjana ekonomi untuk menyumbang kepada

Negara.

Kementerian Pelajaran merupakan penjana yang akan melahirkan tenaga kerja

yang mampu memimpin sebuah Negara dan yang akan mencorak langkah-langkah

permulaan untuk menjadi Negara industri yang yang berdaya saing. Menurut Ahmad

Mahdzan Ayob dan Fauziah Yaakub (1999a), untuk menjadi sebuah Negara industri,

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

3

rakyat hendaklah menghargai pendidikan dan kemahiran yang berkaitan dengan

Negara industri. Ini jelas menuntut pihak-pihak yang berkenaan agar memberi

perhatian yang lebih kepada pembelajaran sains teknologi baik sebagai ibu bapa, guru

atau pihak yang terlibat secara langsung seperti sekolah dan Kementerian Pelajaran.

Kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi seperti universiti atau politeknik

hendaklah lebih mengutamakan bidang sains dan teknologi agar objektif program

pendidikan dan latihan kemahiran dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan

(RMK9) iaitu membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan

berpengetahuan sesuai dengan keperluan pasaran tercapai. Oleh yang demikian, bagi

menyempurnakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) ini, perkembangan dan

kemajuan teknologi dan industri Negara pada masa kini di tingkatkan lagi

perjalanannya melalui sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kurikulum adalah merupakan rancangan pendidikan yang telah digubal untuk

para pelajar bagi memenuhi kehendak dan keperluan individu, masyarakat dan

wawasan Negara. Bagi memenuhi keperluan ini, kurikulum seharusnya bersifat

dinamik serta berkembang mengikut keperluan dan keadaan semasa. Kurikulum yang

dirancang untuk subjek mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bertujuan untuk

melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang

kejuruteraan serta melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi secara bahasa grafik

sama ada di dalam kehidupan harian mahupun dalam bidang yang diceburi selepas

alam persekolahan.

Pendedahan yang diberikan dalam mata pelajaran ini juga adalah merupakan

asas kepada cabang bagi menuju kepada sesuatu bidang tertentu dalam sesuatu

teknologi kejuruteraan. Lukisan Kejuruteraan adalah merupakan satu mata pelajaran

yang penting kepada para pelajar yang mengikuti aliran teknikal dan vokasional,

namun begitu bagi pelajar yang menjadikan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

4

sebagai mata pelajaran elektif, ia merupakan satu jalan alternatif bagi mereka untuk

mempelajari salah satu dari bidang kejuruteraan. Menurut Nor Fadila dan Widad

(1998), pada masa kini, pendidikan teknik dan kejuruteraan di peringkat sekolah

menengah merupakan langkah pertama untuk menyediakan pelajar dengan

pengetahuan yang kukuh dalam asas kejuruteraan. Asas permulaan penting untuk

pelajar mencongak masa depan berdasarkan minat dan kebolehan jika pelajar

mempunyai bakat untuk untuk mempelajari dengan lebih mendalam bidang

kejuruteraan. Kesungguhan dan kebolehan pelajar dapat diukur berdasarkan penilaian

peperiksaan yang diduduki. Jadual 1.2 menunjukkan keputusan peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia ( SPM ) mengikut gred.

Jadual 1.1 : Analisis Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Sekolah Menengah

Teknik Perdagangan. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2004, 2005 &

2006

Tahun KEPUTUSAN SPM %

Lulus

%

A

Jumlah

calon

1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G

2004 13 9 14 36 49 37 20 26 17 92.31 10 221

2005 1 12 25 42 45 54 57 42 58 82.74 3.8 337

2006 14 20 54 51 62 44 28 17 16 94.77 11 307

Jadual di atas menunjukkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan pada 2004, 2005 dan 2006 bagi Sekolah

Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang diperolehi untuk tiga tahun

berturut-turut dari tahun 2004 hingga 2006 adalah berada pada tahap yang terbaik dan

ini wujud mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Permulaan

pada tahun 2004 dengan 92.31% adalah satu prestasi yang baik, namun pencapaian

pada tahun berikutnya menunjukkan penurunan sebanyak 10% dan kembali

meningkat sehingga 94.77% pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, dapat dilihat

pada ketiga-tiga tahun di atas tentang kualiti calon SPM yang berjaya memperolehi

gred ’A’ tidak begitu memuaskan berbanding jumlah calon. Hasil daripada penilaian

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

5

terhadap keputusan yang diperolehi, penyelidik ingin mengetahui apakah faktor-

faktor yang mempengaruhi kualiti dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia di sekolah Menengah Teknik Perdagangan.

Faktor-faktor yang di maksudkan tersebut adalah seperti faktor minat pelajar,

faktor sikap pelajar, faktor pengajaran guru, faktor dorongan ibu bapa dan

persekitaran kelas atau kemudahan peralatan melukis. Menurut Suradi (1991), antara

faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik ialah faktor kualiti pembelajaran,

kedudukan sosio ekonomi, kecukupan kelengkapan dan kemudahan belajar, sikap dan

tabiat belajar dan keadaan persekitaran. Semua faktor tersebut adalah adalah paling

hampir dengan pelajar untuk memberi peratusan pengaruh yang tinggi bagi

menentukan pencapaian pelajar. Selain itu juga, tidak bererti pelajar tidak boleh di

pengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti bakat semula jadi, rakan-rakan dan lain-lain.

Faktor-faktor yang dinyatakan di atas boleh memberi pengaruh yang besar

kepada prestasi pelajar tetapi menurut Hassan (1996), pelajar yang pintar adalah

pelajar yang dapat merancang aktiviti dengan betul sama ada kegiatan akademik atau

pun sosial, di samping kemahiran pembelajaran yang berkesan turut memainkan

peranan yang penting bagi mengelakkan pembaziran tenaga dan masa. Ini bererti

pelajar sememangnya mempunyai pilihan sendiri untuk mengatur rutin harian yang

akan mempengaruhi kegiatan akademiknya bagi menentukan pencapaian

peperiksaannya jika ada kemahuan dalam diri pelajar tersebut.

Rumusannya terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keputusan

peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini. Faktor utama dalam

situasi ini ialah sikap pelajar itu sendiri. Pelajar itu perlu mempunyai sikap berusaha

bersungguh-sungguh dalam proses pembelajaran mereka. Seterusnya, pelajar itu perlu

merancang kaedah yang terbaik dan sesuai dengan tahap kemampuan mereka. Selain

faktor sikap pelajar itu, faktor-faktor lain juga mempengaruhi keputusan peperiksaan

dalam mata pelajaran ini. Antara faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian

keputusan bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini ialah keadaan persekitaran,

sosial ekonomi, keluarga dan lain-lain lagi.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

6

Dengan ini, penyelidik telah memilih faktor-faktor yang dapat mempengaruhi

kualiti pembelajaran pelajar iaitu faktor persekitaran kelas, minat dan sikap pelajar,

dorongan ibu bapa dan pengajaran guru. Penyelidik amat berminat untuk mencari dan

mengenal pasti punca sebenar pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan ini menunjukkan peningkatan setiap tahun. Analisis yang lebih

mendalam akan dibuat untuk tujuan mencari penyebab sebenar kecemerlangan

pelajar. Penyataan dan kesimpulan yang didapati akan dapat digunakan sebagai

panduan untuk pihak yang berkenaan.

1.3 Pernyataan Masalah

Keputusan peperiksaan SPM SMT. Perdagangan Johor Bahru pada tahun 2004

dengan 92.31% adalah satu prestasi yang baik, namun pencapaian pada tahun

berikutnya menunjukkan penurunan sebanyak 10% dan kembali meningkat sehingga

94.77% pada tahun 2006. Di dalam kajian ini, penyelidik berhasrat untuk

menjalankan kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti keputusan

SPM dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dari aspek pelajar, keluarga, guru

dan kemudahan peralatan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk menjawab persoalan mengenai

beberapa faktor yang telah dikenal pasti oleh pengkaji terhadap kualiti keputusan

peperiksaan di sekolah berkenaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini dan

kajian ini mempunyai beberapa objektif iaitu untuk :-

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

7

(a) Mengenalpasti faktor peranan dan dorongan yang diberikan oleh ibubapa

mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan.

(b) Mengenalpasti faktor minat pelajar mempengaruhi kualiti keputusan

peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

(c) Mengenalpasti faktor sikap pelajar mempengaruhi kualiti keputusan

peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

(d) Mengenalpasti faktor kaedah pengajaran guru mempengaruhi

kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan.

(e) Mengenalpasti faktor kemudahan pembelajaran mempengaruhi kualiti

keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam penyelidikan yang akan dijalankan, penyelidik akan cuba

mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan objektif kajian tercapai. Antara

persoalan kajian tersebut ialah :-

(a) Adakah faktor peranan dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa

mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan.

(b) Adakah faktor minat pelajar mempengaruhi kualiti keputusan

peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

(c) Adakah faktor sikap pelajar mempengaruhi kualiti keputusan

peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

(d) Adakah faktor kaedah pengajaran guru mempengaruhi kualiti keputusan

peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

(e) Adakah faktor kemudahan pembelajaran mempengaruhi kualiti

keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

8

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi satu panduan dalam membantu

pihak-pihak yang berkaitan, khasnya sekolah dan untuk semua pihak terutamanya

pelajar yang mengimpikan kejayaan dalam setiap pelajarannya. Selain itu juga, kajian

ini dapat mengetahui sejauh mana perkembangan pencapaian di kalangan pelajar

terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan mereka pada peringkat menengah dan

kepentingannya dalam meneruskan pelajaran pada peringkat yang tertinggi di dalam

menghadapi cabaran yang kian mencabar pada masa kini.

Keseluruhannya kajian ini adalah diharap dapat memberi panduan kepada

pihak-pihak yang berkenaan dalam meneliti kelemahan serta memperbaikinya untuk

kepentingan bersama. Ianya adalah untuk :-

1.6.1 Memberi panduan kepada ibu bapa untuk membantu pelajar meningkatkan

prestasi pelajaran mereka melalui sokongan moral dan material. Ibu bapa

boleh menghantar anak-anak ke program-program motivasi sama ada anjuran

kementerian atau swasta untuk aktiviti luar. Di rumah, ibu bapa boleh

bersemuka untuk membincangkan hal-hal pelajaran dan juga memberi

sokongan seperti galakan dan pujian. Dari segi meterial pula, ibu bapa boleh

membantu pelajar mendapatkan keperluan peralatan belajar yang baik serta

buku-buku untuk rujukan dan latihan tambahan.

1.6.2 Panduan kepada pelajar mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang berkesan

seperti kaedah belajar berkumpulan. Selain itu juga, pelajar perlu memahami

kepentingan alatan bantu mengajar dalam pembelajaran. Pelajar juga perlu

tahu cara menyemai keyakinan diri dan belajar membentuk disiplin diri yang

baik.

1.6.3 Membantu guru yang mengajar Lukisan Kejuruteraan dan diharap akan dapat

dijadikan panduan dalam aktiviti pengajaran dalam kelas baik dari segi

perancangan sebelum atau semasa di dalam kelas untuk meningkatkan

pencapaian pelajarnya. Kajian ini juga di harap dapat membantu guru yang

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

9

terlibat supaya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka yang lebih

bersesuaian.

1.6.4 Membantu pihak sekolah untuk terus mengekalkan prestasi pelajar di sekolah

dan dijadikan satu garis panduan dalam membantu para pelajar, guru dan

pihak sekolah cara untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar. Membantu

merancang strategi yang lebih tersusun dengan menyediakan kemudahan

pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian seperti perisian terbaru,

peralatan yang baik. Sekolah juga boleh mengadakan program-program

motivasi bagi menambahkan minat dan keyakinan diri pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Penyelidik membataskan kajian yang dilakukan meliputi aspek-aspek yang

mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan di

daerah Johor Bahru. Kajian yang dilaksanakan dari segi pencapaian akademik dalam

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Ianya hanya tertumpu kepada kalangan

pelajar-pelajar di tingkatan empat tahun 2008 yang mengambil mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan sahaja.

Dalam mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, sebenarnya terdapat lagi faktor-faktor

lain yang memberi sumbangan bagi menjawab persoalan ini tetapi di sini penyelidik

hanya memilih beberapa faktor sahaja yang difikirkan antara penyumbang utama iaitu

faktor sikap, minat, pengajaran guru, keluarga dan persekitaran.

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

10

1.8 Definisi Konsep

Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dan perlu dinyatakan untuk

mengelakkan kekeliruan yang mungkin akan berlaku bagi memudahkan pembaca

untuk memanfaatkan kajian ini.

1.8.1 Pengaruh

Menurut Kamus Dewan, Edisi Baru, pengaruh adalah kuasa yang terbit

daripada orang ( benda dll) ke atas orang (benda dll), kekuatan batin (ghaib dll) yang

meninggalkan kesan ke atas orang (benda dll). Dalam kajian ini, pengaruh di guna

untuk melihat penyebab-penyebab yang membuatkan pencapaian pelajar yang

meningkat dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.8.2 Faktor

Menurut Kamus Dewan (1993), faktor ialah keadaan peristiwa dan lain-lain

yang mempengaruhi terjadinya sesuatu. Manakala menurut Kamus Lengkap (1990),

pula menyatakan faktor ialah hal, keadaan dan lain-lain yang berkaitan untuk

membawa sesuatu akibat. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan perkataan faktor

sebagai sebab-sebab atau punca berlakunya sesuatu situasi atau perkara.

Page 28: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

11

1.8.3 Lukisan Kejuruteraan

Lukisan Kejuruteraan merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk

menyampaikan maklumat secara tepat dan ringkas.(Pusat Perkembangan Kurikulum

dan Bahagian Teknik dan Vokasional dalam Yusaini Salleh, (1999). Lukisan

Kejuruteraan adalah mata pelajaran wajib di sekolah menengah teknik ia juga

merupakan bahasa grafik yang digunakan untuk menyempurnakan maklumat secara

tepat dan ringkas (Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknik dan

Vokasional, Mac, 1990). Lukisan kejuruteraan juga adalah salah satu mata pelajaran

asas yang amat penting kepada pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan.

Penglibatannya dalam bidang kejuruteraan adalah menyeluruh bermula dari

pengetahuan asas, lakaran, reka bentuk hinggalah ke peringkat penyelenggaraan

kerja-kerja.

1.8.4 Kualiti

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), kualiti didefinisikan sebagai darjah

kecemerlangan atau memberikan gambaran yang jelas serta terang. Dalam konteks ini

kualiti dilihat sebagai pencapaian pelajar dalam peperiksaan untuk memperolehi

keputusan gred ‘A’ dalam subjek Lukisan Kejuruteraan.

Page 29: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

12

1.8.5 Pencapaian

Pencapaian bermaksud prestasi atau hasil yang diperolehi daripada proses

yang dilalui oleh pelajar terhadap mata pelajaran yang diikuti (Kamus Dewan, 1991).

Pencapaian ialah prestasi secara kuantitatif selepas menduduki peperiksaan atau ujian

yang dijalankan di peringkat sekolah-sekolah. Pencapaian yang dimaksudkan dalam

kajian ini adalah keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.8.6 Minat

Bermaksud keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu (Kamus

Dewan,1991). Menurut Safean Hussin (1995), menyatakan minat merupakan

keghairahan atau kegemaran untuk melakukan sesuatu. Dalam kajian ini minat yang

dimaksudkan adalah kesukaan atau kesungguhan pelajar terhadap mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan.

1.8.7 Sikap

Merupakan kelakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang

individu (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990). Dalam kajian ini sikap yang

dikaji ialah sikap pelajar untuk menerima cara pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Page 30: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

13

1.8.8 Pengajaran

Menurut Kamus Dewan,Edisi Baru, pengajaran ialah perihal mengajar,

pembelajaran (proses/kegiatan belajar) Konsep pengajaran ialah sesuatu yang

berkaitan dengan mengajar melalui cara atau peraturan membuat sesuatu atau kaedah

membuat atau mencipta sesuatu ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan

sesuatu, muslihat atau rancangan yang teratur.

Proses ini boleh berlaku secara formal dan secara tidak formal. Dalam

konteks ini, pengajaran dirujukkan kepada pengajaran secara formal melalui sistem

pendidikan di sekolah. Di sekolah atau di mana-mana institusi pendidikan,

pengajaran merupakan proses komunikasi atau interaksi antara guru dengan pelajar.

Proses komunikasi ini akan mengakibatkan pembelajaran berlaku di kalangan pelajar

supaya memperkembangkan potensi setiap pelajar dari aspek intelek, rohani, emosi,

jasmani dan sosial (Asmah, 1989).

1.8.9 Keluarga

Keluarga bermaksud seisi rumah yang terdiri daripada suami isteri serta anak-

anak atau orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain atau

sekalian orang yang bertalian kerana perkahwinan ( Kamus Dewan, 1997 ). Melihat

kepada kajian ini, keluarga juga antara penyumbang utama kepada pencapaian prestasi

pelajar kerana pada peringkat sekolah pelajar memerlukan sokongan yang kuat dari

keluarga untuk mencapai matlamatnya.

Page 31: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN ... · PDF fileKajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik ... Tingkatan 33 4.2

14

1.9 Penutup

Dalam bab ini pengkaji telah menerangkan menerangkan tentang beberapa

aspek penting yang terdapat dalam penyelidikan serta pendahuluan kajian yang

mengandungi pelbagai aspek termasuklah latar belakang masalah, penyataan masalah,

objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, tempat kajian

dan definisi konsep. Di dalam bab ini ianya lebih menerangkan tentang kajian yang

akan dilakukan bagi memenuhi kehendak penyelidik.