faktor faktor kejadian tanah runtuh.docx

Upload: bungatahiayam

Post on 04-Jun-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 FAKTOR FAKTOR KEJADIAN TANAH RUNTUH.docx

    1/2

    FAKTOR FAKTOR KEJADIAN TANAH RUNTUH

    Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia.Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsibersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut banyak nyawayang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu,tsunami, gempa bumi dan letupan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada

    jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikiankerana sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pastiakan terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menghalang kuasa alam, namun kejadian

    bencana alam yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agarnyawa manusia tidak terancam.

    Aktiviti pembalakan memang merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara,namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam.Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan tidak memikirkan kesannya sebelummenebang pokok kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasanhutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, pasti akanterdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akanmenyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkankerosakan harta benda. Oleh itu, perkara ini membuktikan bahawa masalah ini menjadipenyebab bencana alam berlaku.

    Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang sukamelakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh kerana yang kelihatan hanyalahasap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupanmanusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asmaakan mengalami masalah pernafasan dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Olehitu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang

    jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal inisecara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar danmembantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia yang tidak berdosa.

  • 8/14/2019 FAKTOR FAKTOR KEJADIAN TANAH RUNTUH.docx

    2/2

    Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab

    iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secarasedar atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah,kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya . Hal inidemikian kerana sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalamsungai dan longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkanbanjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidakberdosa. Oleh itu, perkara ini jelas membuktikan bahawa sikap angota masyarakat yang tidakbertanggungjawab menjadi punca becana alam berlaku.

    Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku kebiasaannya disebabkan olehaktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentumenimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku.Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibattanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal inidisebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambillangkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Merekatidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembokkonkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan keranakebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yangmenyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

    Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahudengan m engamalkan peribahasa seperti aur dengan tebing untuk menangani masalah ini.Janganlah kita mengamalkan peribahasa seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucukmasing-masing . Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksamenanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulahsedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaansemata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepadakita sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu,

    banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah selera sebelum bertindakagar kita tidak ditimpa oleh bencana alam akibat tindakan kita sendiri yang tidakbertanggungjawab.